8 Februari 2009

Normah Binti Ismail

Normah bt. Ismail (M20081000089)
Sek. Keb. Methodist (ACS),
Jalan Lahat,
30200 Ipoh.
No. telefon bimbit: 014 2546199

Jawapan untuk tugasan kuliah kelima pada 24 Januari 2009.

Soalan 1:
Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu merupakan asas penting Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Mulai tahun 1999, Kementerian Pelajaran melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian) yang memasukkan Kesusasteraan Melayu sebagai Komponen Wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Menurut Dr. Sharifah Maimunah Syed Zain, Timbalan Pengarah PPK dalam wawancara yang disiarkan dalam Dewan Sastera (Februari 2000), “Komponen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan memperkenalkan kepada pelajar tentang enam genre sastera yang meliputi genre novel, cerpen, drama, puisi dan prosa tradisional, dan puisi moden (sajak).”

Dua waktu daripada enam waktu seminggu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dikhususkan untuk menghayati teks sastera. Guru yang mengajar komponen sastera terdiri daripada guru bahasa Melayu dan kesusteraan Melayu yang sedia ada. Mereka telah dan akan diberikan pendedahan dan ilmu pedagogi tentang pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini.

Beberapa penekanan diberikan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera seperti tema dan persoalan, pemikiran, gaya bahasa, plot, watak dan perwatakan, nilai murni, pengajaran, falsafah di samping unsur luaran karya seperti biodata penulis dan sinopsis serta rumusan mahupun tanggapan.

Pada peringkat awal, ada pihak yang mempertikai tentang masa dan teknik pengajaran yang dicadangkan oleh pihak kementerian. Namun, anggapan itu telah diperjelas. Berkaitan perkara tersebut, Borhan Md. Zain menjelaskan, “Kebimbangan mengenai terlalu banyak genre yang akan diajarkan dalam waktu yang cukup terhad juga seharusnya tidak patut berlaku kerana pihak kementerian telah pun menyediakan modul yang sesuai dan sukatan yang relevan.”

Modul dasar bagi setiap tingkatan telah digubal oleh panel yang dilantik yang terdiri daripada kalangan guru dan sarjana sastera. Adalah wajar guru mematuhi kandungan modul ini di samping menyesuaikannya mengikut kreativiti sendiri dan suasana yang dihadapi. Jika berlainan atau bertentangan mungkin keseronokan dan penghayatan ilmu kesusasteraan akan terbantut.

Kesesuaian komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini dapat dilihat dari segi beberapa perkara iaitu kesesuaian kandungan atau teks yang dipilih, pendekatan serta kaedah dan teknik pengajaran guru, pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar, dan penilaian yang dijalankan.

Kesesuaian Kandungan/ Teks
Teks dipilih oleh Kementerian Pendidikan melalui beberapa orang ahli panel secara berperingkat-peringkat bermula secara rawak hinggalah ke peringkat akhir yang lebih spesifik dan teliti. Garis panduan dan kriteria telah ditetapkan oleh pihak kementerian untuk dipatuhi oleh ahli panel. Antara ahli panel peringkat akhir ialah Dr. Othman Puteh, Prof. Madya Rahman Shaari, Mawar Shafie, T.Alias Taib, Prof. Madya Dr. Rahman Hanafiah, Prof. Madya Dr. Noriah Mohamad, dan Mahaya Mohd. Yassin.

Dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, sebanyak 15 buah novel remaja dipilih. Antaranya ialah novel Meniti Kaca oleh Raja Sabaruddin Abdullah untuk tingkatan satu, Perlumbaan Kedua oleh Marwilis Haji Yusof untuk tingkatan dua, Merdeka! Merdeka! oleh A. Rahman Hanapiah, Panas Salju karya Talib Samat untuk tingkatan tiga, Di Hadapan Pulau oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (tingkatan empat), dan Julia oleh Abu Hassan Morad untuk tingkatan lima.

Sebanyak 28 buah cerpen, 30 buah puisi, dan 15 buah drama juga telah terpilih. Antara cerpen yang termasuk dalam senarai tersebut ialah “Di Sisi Rinda” oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, “Diari seorang Pengawas” oleh Ali Majod dan banyak lagi.

Karya-karya yang dipilih mengandungi mesej yang baik selain mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari berbagai-bagai aspek meliputi tema, latar, plot, gaya, teknik, watak, dan sebagainya. Selain itu, karya yang dipilih juga mewakili karya yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara, sasterawan mapan dan berwibawa, pemenang hadiah-hadiah sastera, dan penulis-penulis muda yang berbakat besar.

Bagi karya puisi dan prosa tradisional pula kebanyakannya tidak mempunyai pengarang berdasarkan sifat karya itu yang berasal dari tradisi lisan dan sastera rakyat. Jika adapun hanyalah sebagai penyusun atau penyelenggara. Kebanyakan karya di atas telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbit lain adalah seperti Marwilis Publisher dan Utusan Publication & Distributors.

Teks yang digunakan akan dibahagikan mengikut zon (utara, tengah, timur, selatan) Malaysia dan perincian serta modul setiap satunya telah dan akan diedarkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah-sekolah. Tugas guru adalah untuk membaca dan mendalami isi karya untuk disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Teks dan bahan yang dipilih sudah semestinyalah bersesuaian dengan pelajar. Penerapan unsur moral dan penjanaan kreativiti tidak dikesampingkan dalam karya-karya yang dipilih. Walaupun banyak lagi bahan sastera yang bermutu dan baik tetapi tidak dipilih, teks atau bahan yang sedia ada ini adalah pemangkin atau pemula untuk pelajar menghayati karya sastera.

Soalan 2:
Sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.

Proses pengajaran adalah edaran yang berterusan. Tujuan ujian dalam pendidikan:
• mendapatkan kembali maklumat
• memastikan objektif pengajaran guru tercapai
• menggredkan pelajar
• sebagai penggerak (motivasi pelajar)
• tujuan penempatan – sederhana, baik, lemah

Ciri-ciri ujian:
• Kesahan ujian
Sejauh mana ujian itu menggambarkan atau menguji apa yang hendak diuji. Contoh: jika objektif guru mahu pelajar menguasai tema, maka ujian adalah berkaitan tentang tema.
• Kebolehpercayaan atau kestabilan ujian
• Keobjektifan atau ketepatan ujian

Jenis-jenis ujian:
• Ujian Penempatan – menguji ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
• Ujian Formatif – ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa.
• Ujian Diagnostik – ujian untuk mencari punca kelemahan pelajar.
• Ujian Sumatif – ujian untuk penggredan dan pensijilan, contohnya ujian PMR dan SPM.

Asas Penilaian:
• Penilaian Domain Kognitif
o Kemampuan proses berfikir.
o Bermula dari aras rendah hingga yang tertinggi.
o Bentuk ujian seperti ujian objektif, ujian subjektif, ujian lisan, tulisan dan ujian bulanan.
• Penilaian Domain Afektif
o Melihat hubungan sikap, pendangan dan nilai.
o Bentuk ujian seperti wawancara, pengamatan dan tingkah laku dan ujian bertulis.
o Skala Likert – contoh: sangat setuju, amat setuju, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju.
o Pilihan jawapan – YA atau TIDAK.
• Penilaian Domain Psikomotor
o Berhubung dengan aktiviti pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan.
o Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
o Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan dengan kognitif dan afektif).

Aras-aras Ujian Sastera
Ujian kesusasteraan melibatkan tingkat-tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai enam aras utama (Taksonomi Bloom) iaitu bermula dengan tingkat ingatan sehingga menjurus kepada tingkat penilaian.
i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingat hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya begitu mudah yang hanya menghendaki pelajar menamakan, memberi definisi, nama pengarang, buku-buku yang dihasilkan dan sebagainya.Tugasnya hanya meluahkan kembali butiran fakta yang dibacanya dengan secara langsung dan soalannya juga tidak disamar-samarkan. Contoh ujian aras ingatan ini seperti berikut:
• Apakah yang diertikan dengan perkataan ‘cemara’?
• Sebutkan pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat di Malaysia.
• Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden?
• Sebutkan dua antologi sajak yang ditulis oleh Usman Awang.

ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami, membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Pelajar juga berkemampuan dan berkeupayaan menyimpulkan beberapa ciri perbezaan antara syair dengan pantun umpamanya. Contoh-contoh butiran ujian dalam kelompok ini berbunyi seperti:
• Buat satu sinopsis cerpen berjudul Anak Bumi Tercinta karya Fatimah Busu.
• Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam sajaknya Bahasa?
• Terdapat beberapa perbezaan dibandingkan antara pantun dengan syair, apakah ciri-ciri persamaan dan perbezaan tersebut ?
• Buat ringkasan cerita cerpen yang berjudul Buku Catatan Farid Badrul karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman.

iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Misalnya penggunaan pengetahuan berkenaan ciri-ciri pantun untuk mencipta pantun. Kebolehan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada prosedur kritikan bagi menilai sesebuah karya.
Bagi memanfaatkan ujian ke aras ini adalah dikira tugasan berbentuk esei dan perlakuan lebih menampakkan keserasian ujian. Ini kerana pelajar diberi kebebasan mengemukakan jawapan dan jawapan-jawapan sokongan bagi mempertahan dan menguatkan hujahnya. Contoh soalan berbentuk aplikasi ialah :
• Diturunkan sebuah wacana berbentuk prosa, misalnya daripada novel Senjakala, sepanjang lebih kurang satu muka surat (perlu diingatkan pemilihan wacana itu perlulah bersesuaian) dan pelajar ditugaskan supaya :
• Ubahkan bentuk cerita yang dilampirkan menjadi sebuah dialog.
• Sudut pandangan apakah yang digunakan dalam cerita di atas, ungkapkan kembali cerita di atas dengan sudut pandangan yang berbeza, contohnya daripada gaya dia kepada aku atau sebaliknya.
• Tunjukkan dan huraikan kembali semua gaya bahasa yang terdapat dalam wacana di atas.
Soalan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran juga boleh ditanyakan kepada pelajar. Puisi yang dipilih itu haruslah tidak terlalu panjang, contohnya sajak berjudul Ke Makam Bonda oleh Usman Awang dan tugaskan pelajar menjawab soalan seperti:
• Berikan tanda-tanda penjedaan ke atas puisi di atas ( tugasan ini berkaitan dengan psikomotor).
• Buatkan parafrasa puisi di atas atau tuliskan kembali puisi Ke Makam Bonda di atas menggunakan gaya dan bahasa anda sendiri.
• Tunjukkan beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Kebolehan pelajar melihat perkaitan dan hubungan antara unsur-unsur yang dapat dikesan dan kebolehan menggunakan organisasi, susunan sistematik binaan, kesatuan yang membangunkan sesebuah karya sastera. Keupayaan menyelesaikan tugasan ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman (lahiriah dan batiniah) karya tersebut. Contoh soalan pada aras ini ialah :
• Bagaimanakah caranya pengarang melukiskan watak dan perwatakan setiap tokoh dalam novel Senjakala ?
• Bagaimanakah sifat-sifat watak utama novel Senjakala?
• Huraikan dengan contohnya sekali tema pokok dan tema sampingan, plot utama dan anak plot sebagaimana yang terdapat dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung.
• Jelaskan keberkesanan unsur-unsur bunyi dalam sajak yang berjudul Ketika Kami Bercerita Tentangnya karya Lim Swee Tin.

v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera. Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut:
• Jelaskan benarkah kaitan antara latar, perwatakan dan tema dalam novel Senjakala bersifat padu dan wajar.
• Jelaskan persamaan antara watak Saaman dalam Keluarga Gerilya dan Busat dalam novel Sandera.

vi. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam ukuran ujian aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Keupayaan berfikir aras penilaian ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu perkara. Contoh soalan aras penilaian ialah:
• Bandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azad Khan dari segi:
o Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua drama tersebut.
o Unsur-unsur kamanusiaan.
• Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya.

Ujian Kesusasteraan Kategori Moody
Aras ujian kategori Moody memang secara khusus direncanakan bagi menguji kesusasteraan dan ianya sama sekali berbeza dengan pendekatan Taksonomi Bloom.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi dimaksudkan berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera. Contoh soalan yang boleh diuji antara lain:
• Siapakah pengarang novel Badai Semalam? Sekarang beliau tinggal di mana dan apakah pekerjaannya?
• Siapakah watak utama novel Badai Semalam? Ke manakah watak utama pergi di akhir cerita novel tersebut dan untuk apakah beliau pergi ke tempat baru tersebut?

ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Sebagai contoh di bawah ini diturunkan beberapa contoh soalan menguji pelajar pada aras konsep:
• Apakah hubungan antara Kinto dengan Noor, apakah hubungan antara Damid dengan Dasima? Apakah konflik atau masalah utama yang terdapat dalam novel tersebut? Apakah faktor yang selalu membebani penderitaan batin dan jiwa Kinto? Mengapakah Kinto begitu sayang kepada Noor dan Dasima? Mengapa Kinto akhirnya tidak dapat terlepas daripada perasaan kesal yang berpanjangan dalam hidupnya?

iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif lebih diberi penumpuan kepada mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Di bawah ini diturunkan beberapa soalan aras ujian perspektif:
• Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Senjakala?
• Adakah sesuatu yang bersifat tipikal dalam novel Senjakala?
• Unsur apakah yang bersifat tipikal itu dan realiti kehidupan yang manakah yang anda maksudkan itu?

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan selalunya berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Item-item soalan yang dimaksudkan untuk mengungkapkan aras apresiasi ini seperti dicontohkan di bawah ini:
• Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Azizi Hj. Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu?
Dipungut beberapa buah sajak karya Amir Hamzah yang mengandungi kata-kata arkis, seperti dalam sajak “Hanya Satu”.
• Apakah fungsi dan efek penggunaan kata-kata arkaik dalam sajak itu?
• Seandainya kata-kata arkis itu digantikan dengan kata-kata lain yang ‘baru’, apakah ianya dikira tepat?

Soalan 3:
Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu.

Selain melaksanakan pengajaran, guru juga perlu menjalankan penilaian dan pengujian. Dalam usaha menilai dan menguji pemahaman pelajar terhadap sesebuah karya, beberapa aspek penting perlu diberi perhatian. Menurut Azman Wan Chik (1981) sebarang ujian mestilah menguji:
i. Penikmatan
ii. Penghayatan
iii. Pengalaman

Soalan-soalan boleh dibentuk secara objektif (aneka pilihan) seperti soalan pemahaman dan tatabahasa ataupun secara subjektif seperti melengkapkan teks, membuat rumusan, dan menulis karangan .Kedua-dua bentuk ini boleh dijalankan mengikut kesesuaian dan jenis ujian. Bagi peringkat menengah (Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia) terdapat kertas aneka pilihan dan secara subjektif dalam kertas Bahasa Melayu.

Bagi ujian biasa di dalam bilik darjah guru boleh menyediakan soalan ujian sendiri. Contohnya, soalan sastera yang bersifat subjektif boleh dibina mengikut kebolehan pelajar. Satu daripada caranya ialah menggunakan Taksonomi Bloom yang membahagikan objektif pendidikan kepada tiga bidang besar iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor. Guru juga boleh menilai berdasarkan sudut yang difikirkan wajar seperti ketepatan memberi pendapat, membuat analisis, dan sebagainya.

Antara masalah dalam pengujian bahasa ialah:
• dialek yang berbeza
• tatabahasa
• falasi logik
• kekurangan kosa kata
• penulisan
• gaya

Semua pelajar dalam satu kumpulan atau tingkatan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Markah atau skor yang diperolehi hasil daripada jawapan sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk numerik tentang prestasi pelajar. Numerik atau ketepatan inilah yang membedakan pencapaian antara pelajar dengan pelajar yang lain dan akan membantu guru membuat sesuatu keputusan berdasarkan ujian tersebut.

Maklumat daripada penilaian boleh digunakan untuk beberapa perkara. Pertama, guru dapat mendiagnos apakah kelemahan atau kekuatan bagi seseorang pelajar tentang sesuatu unit pelajaran atau sesuatu bahan sastera yang telah diajarkan di dalam kelas. Kedua, maklumat daripada penilaian boleh digunakan untuk memberi gred atau markah dan ketiga, untuk menempatkan pelajar dalam kelas-kelas tertentu mengikut aliran-aliran pengajian tertentu. Dalam konteks pendidikan, pencapaian objektif pengajaran boleh ditinjau dari tiga perspektif iaitu bidang kognitif, bidang afektif dan bidang psikomotor, tetapi adalah menjadi tugas guru untuk memastikan pelajar mereka menikmati dan menghargai apa yang telah dipelajari oleh pelajar.

Kesahan Ujian
Sesuatu ujian adalah sah jika ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Contohnya jika sesuatu ujian sepatutnya mengukur penghayatan atau apresiasi pelajar terhadap suatu novel, soalan yang diajukan perlu ada kaitan dengan unsur penghayatan yang terdapat dalam novel tersebut, bukannya mengukur perubahan tingkah laku atau psikomotor pelajar tersebut. Begitu juga sekiranya guru ingin menguji tema yang terdapat dalam sesuatu bahan sastera, soalan yang diajukan mestilah berkaitan dengan tema.
Kesahan Isi
Terdapat beberapa cara untuk menentukan sama ada sesuatu ujian itu cukup sah dan berguna. Kaedah yang termudah ialah dari segi kesahan isi atau kandungan. Cara yang biasa digunakan adalah dengan menyemak sama ada soalan-soalan yang dikemukakan menepati isi yang patut diliputi oleh ujian tersebut. Kaedah ini adalah kaedah termudah bagi ujian untuk mengukur pencapaian kerana tidak sukar untuk menetapkan apa yang sepatutnya dimasukkan ke dalam isi sesuatu ujian. Bagi memudahkan lagi, seseorang guru yang hendak menggubal ujian sepatutnya merujuk pada objektif tingkah laku atau objektif perlakuan dan pelan tindakan atau jadual penentuan bagi memastikan soalan-soalan yang perlu dimasukkan ke dalam ujian. Satu masalah tentang kesahan isi adalah dari segi ujian yang kelihatan sah tapi sebenarnya tidak sah kerana ujian tersebut tidak mengukur apa yang sepatutnya diukur. Oleh itu, kesahan isi menjadi keperluan penting bagi sesuatu ujian yang berguna.
Kesahan Kriteria
Satu lagi bentuk kesahan ialah kesahan kriteria. Dalam menentukan kesahan kriteria, skor dari sesuatu ujian dikolerasikan dengan sesuatu kriteria luaran. Terdapat dua jenis kesahan kriteria iaitu kesahan serentak kriteria dan kesahan prediktif kriteria. Kesahan serentak kriteria melibatkan ukuran yang boleh dilaksanakan serentak dengan ukuran yang hendak disahkan. Kesahan prediktif kriteria merujuk pada setakat mana ujian itu dapat meramal tingkah laku pelajar pada masa hadapan. Bentuk kesahan ini contohnya amat berguna bagi ujian bakat yang cuba untuk meramal atau menjangkakan setakat mana pelajar yang menduduki ujian akan berjaya pada situasi akan datang.
Kebolehpercayaan Ujian
Konsep kebolehpercayaan memberi jawapan kepada soalan “Adakah hasil ujian itu boleh dipercayai?” atau “Adakah jawapan yang diberikan tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan kemahiran serta kebolehan pelajar?” atau “Adakah ujian yang diberi menghasilkan skor yang sama?” Ujian yang boleh dipercayai adalah ujian yang akan menghasilkan markah yang sama atau hampir sama apabila ujian tersebut diberi kepada pelajar yang sama berulang kali. Konsep kebolehpercayaan sesuatu ujian dibincang berdasarkan ciri ketekalan dan boleh ditelah (dependable). Contohnya, guru menyediakan satu ujian tentang watak yang terdapat dalam sesuatu karya cerpen. Untuk menentukan ujian itu tekal dan boleh dipercayai, guru tersebut boleh memberikan ujian itu sebanyak dua kali kepada pelajar yang sama. Ujian kedua diberi satu atau dua minggu selepas ujian pertama. Jika markah setiap pelajar dalam ujian pertama dan ujian kedua adalah lebih kurang sama, maka ujian itu dianggap tekal atau stabil. Selain daripada itu, hasil daripada penyediaan dan pentadbiran ujian tersebut dapat memberi maklumat yang boleh diguna pakai pada masa akan datang. Ujian yang telah dipastikan kebolehpercayaannya boleh digunakan pada masa akan datang untuk mengesan tahap kemahiran dan kebolehan pelajar serta menentukan persediaan lain yang diperlukan. Kedua-dua aspek tersebut (ketekalan dan boleh ditelah) merupakan aspek kebolehpercayaan yang penting.

Soalan 4:
Bina 5 soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda.

Soalan 1 : Puisi Tradisional – Pantun / Syair
PANTUN KANAK-KANAK

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Jangan gergaji pohon
talas,
Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.

Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pokok kelapa ;
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara, ibu dan bapa.

1. Berikan maksud rangkap pertama pantun ini.
A Orang yang malas tidak dapat menyara hidupnya dengan sempurna.
B Orang yang malas selalu mendapat sakit perut.
C Orang yang malas selalunya berpunca daripada badan yang tidak sihat.
D Orang yang malas selalunya berpunca daripada perutnya yang selalu sakit.

2. Apakah yang perlu dilakukan apabila kita telah mendapat ilmu ?
A Kita perlu mengamalkan ilmu itu untuk mencari kekayaan dan hidup mewah di dunia.
B Kita perlu mengucapkan terima kasih selepas mendapat ilmu daripada guru.
C Kita perlu mencari guru yang telah mengajar kita itu.
D Kita tidak melupakan pengajaran yang telah diperoleh.

3. Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam pantun ini ialah...
A kerajinan.
B kesyukuran.
C kesetiaan.
D keadilan.

4. Apakah rima akhir pantun ini?
A abcd
B abab
C abba
D aabb

5. Yang berikut merupakan antara pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun ini, kecuali…
A sikap rajin perlu disemai sejak kecil lagi.
B ilmu penting untuk dipelajari sebagai bekalan hidup.
C kanak-kanak yang cerdas selalunya akan berjaya dalam hidup.
D kita perlu menunaikan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu bapa dan saudara mara.

Soalan 2 : Sajak – SEORANG GURU TUA, Gunawan Mahmood

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
sudah menjadi menteri
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

1. Perubahan nyata yang telah berlaku terhadap guru penyajak ialah…
A anak-anaknya sendiri sudah menjadi menteri.
B ada anaknya yang sudah menjadi usahawan.
C wajahnya sudah tua dan rambutnya sudah beruban.
D anak-anaknya juga sudah berjawatan tinggi.

2. Yang berikut merupakan antara penyataan yang benar tentang guru penyajak, kecuali…
A masih bertugas di sekolah yang sama.
B memiliki kereta yang sama seperti dahulu.
C masih setia dan tidak bosan dengan tugasnya.
D mendapat anugerah tertinggi dalam bidang pendidikan.

3. Frasa suara bibirnya dalam sajak ini ialah gaya bahasa…
A simile.
B personifikasi.
C peribahasa.
D hiperbola.

4. Apakah persoalan yang hendak dipaparkan oleh penyajak dalam sajak ini?
A Pendidik yang sangat mencintai ilmu.
B Dedikasi seorang pendidik walaupun sudah berusia.
C Kebanggaan anak kampung yang berjaya dalam bidang pendidikan.
D Perasaan megah seorang pendidik apabila berjaya melahirkan anak-anak muridnya yang kini berjawatan tinggi.

5. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam sajak Seorang Guru Tua ini?
A Setiap orang perlu bercita-cita untuk menjadi guru.
B Janganlah mudah melupakan kisah silam dalam hidup.
C Kita hendaklah menghormati insan yang banyak berjasa kepada masyarakat.
D Anggota masyarakat patut menambahkan pengetahuan dengan belajar.

Soalan 3 : Prosa Tradisional – TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka Tuanku Malim Deman pun segeralah berangkat pergi merupakan dirinya orang tua yang teramat buruknya membawa sebaur kail lalu menghendap perlahan-lahan dekat ke tempat kain-kain layang dan baju layang Tuan Puteri Bongsu itu lalu diambilnya. Setelah dapat kepadanya ia pun langsung berjalan ke hilir sungai itu lalu mengail. Hatta, seketika lagi tuan puteri pun naiklah dari bersiram, tuan puteri enam pun lalulah bersalin kain basahan lalu memakai kain layang baju layangnya. Maka Tuan Puteri Bongsu pun naiklah bersalin kain basahan serta hendak memakai kain layang baju layang, dilihatnya sudah tiada, rata-rata dicarinya tiada dapat juga. Maka kata puteri enam, “Ayuhai adinda adik bongsu, sungguhlah seperti perkataan pantun adinda tadi: malam tadi kita berkampung adik-beradik; malam ini jikalau tiada dapat kain layang baju layang itu, tentulah kita bercerai, kerana kakanda yang keenam ini hendak kembalilah ke kayangan. Hari pun sudah petang; takut dimurkai oleh ayahanda bonda pula."
Telah didengari oleh Tuan Puteri Bongsu lalu ia menangis teramat sangat terkenangkan untung nasibnya sampai ia mencari kain layang baju layang juga ke sana ke mari ; tiada berhenti tiadalah dapat juga. Maka tuan puteri enam pun seraya bersabda, "Tinggallah adik bongsu, kakanda kembali ke kayangan, bolehlah kakanda sembahkan kepada ayahanda bonda akan hal adinda itu, jikalau ada upaya mengambil adinda."
Maka puteri enam pun langsung melayang ke kayangan masuk ke dalam istana mempersembahkan hal ehwal Puteri Bongsu itu. Maka sangat hairanlah ayahanda bonda mendengar dia, sepatah pun tiada apa katanya, diam sahaja.
Kalakian, tersebutlah perkataan Tuan Puteri Bongsu, antara beberapa lama ia mencari kain layang baju layang itu, ia pun berjalan ke hilir air itu. Maka dilihatnya seorang orang tua laki-laki mengail. Maka Tuan Puteri Bongsu pun segeralah datang mendapatkan orang itu seraya bersabda, "Ayuhai bapa, orang pengail adakah menengok kain layang baju layang saya tersangkut kepada ukiran taman itu ?"
(Antologi Sehijau Warna Daun,
halaman 29-30.)

1. Bagaimanakah cara Tuanku Malim Deman mengambil baju layang dan kain layang Tuan Puteri Bongsu ?
A menyamar sebagai seorang jejaka yang kacak
B bersembunyi di balik pokok-pokok di dalam taman itu
C menyamar diri menjadi seorang tua yang membawa kail
D meminta pertolongan daripada Nenek Kebayan untuk mengambilnya

2. Mengapakah puteri enam hendak pulang segera ke kayangan?
A kerana hendak meminta bantuan daripada ayahanda dan bondanya
B kerana hendak membantu Tuan Puteri Bongsu mencari baju dan kain layangnya
C kerana hendak mengambil kain dan baju layang yang lain
D kerana takut dimurkai oleh ayahanda dan bondanya

3. Berdasarkan petikan, kata berangkat dan bersiram ialah gaya bahasa…
A istana.
B klasik.
C peribahasa.
D asing.

4. Berdasarkan petikan, Tuan Puteri Bongsu ialah puteri yang…
A suka bernyanyi.
B penyedih.
C kuat azam.
D mudah marah.

5. Yang berikut merupakan antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerita Tujuh Puteri Turun ke Dunia, kecuali…
A hormat orang tua.
B gigih dan sabar.
C berbudi bahasa.
D kesyukuran.

Soalan 4 : Cerpen – ANAK BUMI TERCINTA, Fatimah Busu

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Matain melihat anak-anak terung pada batasnya. Ada dua pohon yang lebih besar daripada semua pokok terung di batas Sitiawa. Tingginya sudah lebih sejengkal. Pokok-pokok terung itu nampak layu dan tidak bermaya dalam panas terik tengah hari begitu. Matain tunduk mencabut sebatang pokok pegaga kecil pada umbi sebatang pokok terungnya.
Beberapa minggu dulu bapak membawa balik sekotak besar anak-anak terung yang hijau dan lemah. Besarnya cuma dua ruas jari. Lalu emak semaikan di dalam kerek daun kelapa yang dibuat bulat-bulat seperti kerek untuk bubuh manisan kelapa. Sungguh cantik kerek-kerek yang dibuat oleh emak. Emak atur kerek-kerek itu pada tempat lapang di belakang rumah. Matain tolong mengangkut dari hadapan tangga. Dan Matain tolong ambil air dari telaga untuk buat siram anak-anak terung yang baru disemai.
Pagi-pagi limun sebelum orang lain bangun, Matain sudah turun ke tanah melihat semaian anak-anak terung di dalam kerek di belakang rumah. Semua anak terung segar dan hijau. Matain amat gembira.
"Anak terung hidup segar, mak! Bagus betul! Tain mahu siram acap-acap!"
Kemudian bapak pergi seperti biasa membawa pulang alat-alat buat rumah. Emak membekalkan nasi untuk makan tengah hari yang dibubuh ke dalam periuk besi putih. Kemudian Kak Jarah dan Sitiawa pula pergi ke sekolah. Lepas itu Abang Jali pula pergi kerja pukul kain batik di Panambang. Pagi itu, Matain tidak cuba tolak basikal Abang Jali seperti pagi-pagi yang lain. Biasanya, Matain buat begitu untuk bergurau senda dengan Abang Jali. Kemudian seperti pagi-pagi yang lain,juga, dia tinggal berdua dengan emak di rumah untuk separuh hari sebelum Kak Jarah dan Sitiawa balik dari sekolah.
"Mari kita pergi bersihkan kebun ubi ketela. Kita tanam terung."
Matain bersorak-sorak riang mendengar emak mengajaknya ke kebun untuk tanam terung. Matain pakai seluar cepat-cepat. Emak sudah membawa cangkul dan parang. Matain ikut terkedek-kedek di belakang emak.
Emak mula membersihkan batas ubi ketela yang sudah digali dengan cangkul. Matain cabut pokok-pokok bayam peraksi dan membalingkannya ke luar pagar kebun.
(Antologi Anak Bumi Tercinta, halaman 128-129.)

1. Yang berikut merupakan keadaan anak-anak terung di batas Matain, kecuali…
A dua pokok terungnya lebih besar daripada pokok terung Sitiawa.
B tinggi pokok terung itu melebihi satu jengkal.
C anak-anak terungnya itu lebih subur daripada anak-anak terung Sitiawa.
D pokok-pokok terung itu kelihatan layu akibat terkena pancaran matahari.

2. Frasa pagi-pagi limun bermaksud…
A awal-awal pagi.
B tiap-tiap pagi.
C selepas waktu pagi.
D pagi semalam.

3. Berdasarkan petikan, perwatakan Matain yang menonjol adalah…
A jujur.
B rajin.
C suka menolong orang.
D menghormati orang lain.

4. Apakah gambaran masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam petikan cerpen di atas?
A masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan dan tolong-menolong antara satu sama lain
B masyarakat yang percaya akan kepercayaan tradisional dalam kehidupan
C masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran dengan pekan
D masyarakat yang tinggal di tepi pantai dan bekerja sebagai nelayan yang mencari rezeki di laut.

5. Apakah tema cerpen Anak Bumi Tercinta?
A kehidupan masyarakat kampung yang miskin dan mengharungi rintangan dalam
meneruskan hidup
B pergaduhan sesama adik-beradik hingga menimbulkan pergolakan keluarga
C kehidupan sebuah keluarga yang dihujani pelbagai masalah
D pertengkaran kecil yang membawa kepada kematian

Soalan 5 : Drama – ANGIN, Basaruddin Abd. Razak

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MATAHARI: (Marah bukan main) Cis! Angin. Kau pun apa kurangnya? Kau seperti lupa bahawa zaman sekarang tidak perlu ada kau lagi. Untuk mendinginkan tubuh manusia, mereka telah mencipta kipas angin dan penyaman udara!
ANGIN: Ahhhhhhh, bagaimana kalau penyaman udara mereka rosak? (Mengejek sinis) Tentu mereka akan memanggil aku. "Wahai angin, datanglah kau!Duhai Angin, berhembuslah… (Tersenyum lebar) Datanglah bertiup sepoi-sepoi bahasa, agar kami merasa nikmatnya…."
MATAHARI:Kau hanya berangan-angan, Angin! (Mengejek jijik) Kau juga lupa jika pakaian mereka lembap, mereka juga akan memanggil aku kau tahu?(Menyindir) Lalu mereka pun berkata dan merayu kepadaku. "Wahai Matahari, muncullah segera engkau untuk mengeringkan pakaianku.Muncullah Matahari, Matahariku tersayang!"
ANGIN : (Gelak-gelak mengejek) Nampaknya antara kita … tidak ada siapa pun yang mahu mengalah. Kita perlu beradu nasib. Aku cadangkan, satu pertandingan yang khusus perlu dilangsungkan. Dan kita mesti memanggil saksi-saksi serta panel hakim bagi penentuan. (Tersenyum lebar).
MATAHARI:(Mengangguk) Cadanganmu baik sekali! Dan aku terima cabaran itu! Sudahlah Angin. Memang dasar kamu begitu. Bila baik semuanya hakmu. Tapi kau jangan pula lupa, akibat kau juga manusia sering bergaduh! Ya, mereka mengatakan adanya khabar-khabar angin membuatkan fitnah berleluasa! Tapi tidak ada pula khabar matahari yang mengadu-dombakan manusia. Betul tak? (Menudingkan jarinya kepada Angin).
ANGIN: (Marah semula dengan meninggikan suaranya) Hei, Matahari! Kau masih berdegil, ya. Nanti aku akan panggilkan teman setiaku Ribut untuk menghapuskan kamu semua, baru padan muka kau itu…. (Ketawa bangga).
(Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, halaman 134)

1. Mengapakah Matahari mengatakan bahawa manusia tidak memerlukan Angin lagi pada masa kini?
A Manusia tidak memerlukan angin untuk meneruskan hidup.
B Manusia sendiri boleh menghasilkan angin tiruan.
C Manusia tidak memerlukan angin kerana angin yang kuat akan memusnahkan mereka.
D Manusia sendiri sudah ada banyak angin di dalam rumah.

2. Apakah kebaikan Matahari kepada manusia?
A menerangi alam semesta
B memberikan tenaga solar
C mengeringkan air hujan
D memudahkan pakaian dikeringkan

3. Berdasarkan petikan drama Angin, penyataan yang manakah yang tidak benar tentang perwatakan Matahari?
A sombong dan angkuh
B suka mengalah tetapi ganas
C suka membuat tuduhan
D suka mencabar orang lain

4. Latar masa peristiwa yang digambarkan dalam petikan drama Angin ini berlaku pada..
A waktu siang.
B waktu malam.
C waktu senja.
D waktu subuh.

5. Yang berikut merupakan antara mesej yang dapat diperoleh daripada drama Angin karya Basaruddin Abd. Razak, kecuali….
A setiap orang yang melakukan kekejaman pasti akan menerima balasannya.
B kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan dengan jujur.
C janganlah suka merendah-rendahkan kemampuan atau kebolehan orang lain.
D kelebihan yang ada pada diri kita harus digunakan untuk tujuan kebaikan.

Soalan 5:
2 cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa kini.
i. Pihak sekolah seharusnya memilih guru yang terlatih dalam bidang bahasa dan kesusasteraan untuk mengajarkan mata pelajaran ini. Guru bahasa Melayu bukanlah boleh dipilih sewenang-wenang sebaliknya dia mestilah terlatih dan membuat persediaan yang cukup.

Untuk lebih mendalami teks ini, buku-buku rujukan tambahan boleh digunakan selain bantuan bahan bacaan yang lain seperti majalah dan akhbar. Antaranya ialah majalah Dewan Siswa, Fokus, Dewan Sastera, dan Pelita Bahasa. Akhbar harian dan mingguan juga banyak membuat ulasan dan panduan tentang teks-teks yang dikaji seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Terdapat berbagai-bagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan atau komponen sastera dalam bahasa ini. Fokus utama pendekatan ialah penekanan kepada isi dan tema serta keupayaan pelajar berdiri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.

Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan sejarah (historis), pendekatan sosiologi (kemasyarakatan), pendekatan antropologi, psikologi, biografi, formal/struktural, dan moral. Selain itu dalam pengajaran dan pembelajaran pula, pendekatan deduktif, pendekatan induktif, dan pendekatan berfikir boleh digunakan.

Pada asasnya terdapat empat kaedah pengajaran kesusasteraan yang diterima pakai oleh kebanyakan guru dan juga disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Keadah-kaedah tersebut ialah kaedah global, struktural, berfokus, dan mengalami serta menghayati.

Kaedah global merupakan kaedah pengajaran kesusasteraan yang konvensional. Kaedah ini memerlukan guru mengajar kesusasteraan secara keseluruhan teks. Pelajar seharusnya membaca dan mengetahui terlebih dahulu struktur karya.

Kaedah struktural memerlukan pengajaran mengikut srutktur karya dari sudut tema, plot, watak, latar, bahasa, dan sebagainya. Kaedah ini amat perlu untuk memperkenalkan pelajar tentang aspek-aspek struktur karya yang dikaji.

Kaedah berfokus pula diperkenalkan oleh PPK iaitu guru boleh memilih fokus pengajaran yang utama atau sampingan. Ini dapat membenarkan guru dan pelajar memberi perhatian terhadap aspek yang hendak diajarkan. Kaedah ini memudahkan pelajar memahami aspek yang harus diberi tumpuan.

Kaedah mengalami serta menghayati pula diharapkan dapat para pelajar menghayati karya beradasrkan pengalaman yang dialami dan juga mengaitkannya dengan pengalaman teman-teman atau orang lain berdasarkan karya yang dikaji. Kaedah ini memudahkan pemahaman sekaligus menjadikannya menarik.

Teknik pula ialah tindakan melaksanakan pendekatan dan kaedah yang telah difikir dan dirancang oleh guru. Ia adalah pelaksanaan sebenar di dalam bilik darjah. Teknik dapat direalisasikan di dalam kelas menjadi aktiviti. Beberapa teknik yang sesuai boleh digunakan oleh guru. Guru mestilah memikirkan teknik setelah membaca karya yang dikaji atau dibincangkan lalu memikirkan teknik mana yang mudah dijalankan selain menarik minat dan mengesankan.

Teknik merupakan perlaksanaan pengajaran dalam bilik darjah. Sama ada berjaya atau tidak teknik itu bergantung kepada praktikalnya juga kerjasama guru dengan pelajar serta faktor-faktor lain. Antara teknik yang popular dan sesuai dijalankan ialah teknik sketsa, teknik membaca teks, teknik bercerita, berlakon, mendengar rakaman, bersoal-jawab, perbincangan, ceramah, penerangan, tugasan, seminar, perbengkelan, dan ‘group-programme’.

Dalam teknik sketsa sebagai contoh, kaedah yang digunakan ialah keadah berfokus untuk mendalami tema dan watak utama sesebuah novel. Pelajar diminta membaca novel tersebut terlebih dahulu. Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan lalu berbincang tentang tema dan watak utama novel tersebut. Kemudian mereka dikehendaki membuat lakaran atau sketsa apa sahaja bentuk lukisan yang difikirkan memberi maksud tentang tema cerita tersebut. Seterusnya ketua kumpulan menjelaskan maksud sketsa atau lakaran kumpulannya di hadapan kelas. Pelajar lain boleh menambah atau memberi komen sebelum guru membuat ulasan dan pandangan.

ii. Para pelajar juga seharusnya bersedia untuk mendalami teks dan bahan yang dimestikan. Perbincangan, pendapat, komen, dan cetusan idea baru sangat perlu untuk menyemarakkan lagi bahasa dan sastera di dalam dan di luar kelas.

Faktor seperti kesediaan dan psikologi turut berperanan mempengaruhi pembelajaran. Kebanyakan pelajar tingkatan satu misalnya, masih belum mendalami kesusasteraan dan masih suka membaca cerita kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah, mereka diperkenalkan dengan novel remaja dan ini menyebabkan mereka terasa agak ‘berat’. Namun begitu, pendekatan guru seharusnya lebih menenangkan dan menjadikan perkara baru itu tidak membosankan mereka. Tidak dinafikan peringkat awal ini adalah fasa terpenting pembelajaran komponen sastera.

Teks sastera yang digunakan tidaklah membebankan. Bagi tingkatan satu, novel yang digunakan (mengikut zon) ialah Meniti Kaca ataupun Anak Din Biola juga Aku Anak Timur. Novel-novel ini mengangkat tema kemanusiaan yang mudah difahami di samping penggunaan gaya bahasa dan teknik yang tidak begitu mencabar. Jadi, para pelajar diharap dapat menguasai teks dengan baik sehinggalah pembelajaran berlangsung dengan lancar.

Latar belakang pelajar yang berbeza juga mempengaruhi penerimaan sesuatu teks terhadap pelajar. Setiap novel atau karya sastera memaparkan kisah yang mengambil latar tertentu. Antaranya latar kampung, bandar, luar negara, dalam pesawat, kampus, dan sebagainya. Dalam kalangan pelajar, pengalaman tentang latar-latar tersebut mungkin tidak mereka miliki. Contohnya latar sungai atau kampung kurang didalami oleh pelajar yang menetap di bandar besar. Begitu juga kisah yang berkaitan budaya orang Melayu yang sukar difahami oleh kaum lain.

Dr. Misran Rokimin (1999) menyatakan, “Memang tidak dinafikan bahawa kecenderungan dan penerimaan novel tersebut mungkin ada perbezaan antara etnik. Umpamanya, bagi etnik Melayu, tidak timbul masalah menginterpretasi novel ini kerana berlaku dalam ‘milieu’ mereka, tetapi bagi etnik bukan Melayu, timbul sedikit kesulitan kerana latar, budaya, istilah yang berbeza dengan persekitaran mereka. Namun ini bukanlah benteng penghalang, kerana dilihat secara keseluruhan novel ini masih bersifat sejagat.” (Dr. Misran mengulas tentang penggunaan sebuah novel bagi tingkatan empat).

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, guru perlu bijak membaca suasana dan menggunakan kreativitinya untuk melaksanakan kaedah dan teknik yang sesuai. Ini penting untuk lebih mendekatkan pelajar agar tercapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Bibliografi:

1. Abdul Aziz Abdul Talib. 1996. Cetakan Ketiga. Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abu Bakar Nordin. 1995. Penilaian Afektif. Kajang: Masa Enterprise.

3. Bhashah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tg. Malim: Quantum.

4. Lado, R. (1962). Language Testing. New York: McGraw Hill.

5. Marohaini Yusoff. 1999. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Mohd. Khir Kassim. 2006. KOMSAS: Ulangkaji Total. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

2009 Januari 28 21:32

7 ulasan:

shariah binti zulkifly berkata...

BMP 6123 PENGUJIAN DAN PENILAIAN
NAMA : SHARIAH BINTIZULKIFLY
SEKOLAH : SJK(C) ST. MICHAEL & ALL ANGELS,KAMPUNG TAWAS,30010 IPOH,PERAK
TELEFON : 017 5269094
NOMBOR MATRIK : M20082000005

1. NOTA KULIAH
PENYERAPAN UNSUR BARU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
Huraian Sukatan Pelajaran :
Konsep : penyerapan : proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah.

Kemahiran Baru : diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
HSP Bahasa Melayu : penekanan kepada KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mengelaskan, mengumpul, mengkategorikan
- Membuat kaitan dan pertimbangan
- Membanding dan membeza
- Menyusun atur
- Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu.

Alat berfikir
• Peta minda
• Penyususunan grafik
• Soalan bertumpu/bercapah/lingkaran soalan.

Kemahiran Bernilai Tambah
• Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi
• Kemahiran belajar cara belajar
• Kajian masa depan
• Kecerdasan pelbagai
• Pembelajaran konstruktivisme
• Pembelajaran kontekstual
Perlu diserapkan dengan mengambil kesesuaian pembelajaran yang ingin dicapai berdasarkan kebolehan dan sumber yang ada.

Konsep Penggabung jalinan Kemahiran Berbahasa.
Penggabungan merupakan proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinanberlaku antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa.Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti berikut :
• Kemahiran bahasa iaitukemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis.
• Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
• Kosakata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membca teks yang mengandungi kosa kata dan peribahasa.

Penyerapan dalam konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa berfokus kepada :
• Penyerapan ilmu dalam pengajarapembelajaran
• KBT
• Kepintaran emosi

Penyerapan Ilmu dalam Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa.
Penyerapan ilmu dan penggabungjalinan berjalan seiring semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-mrid mendapat keseronokan meneroka sesuatu bidang dan dapat melihat manfaatnya.

Penyerapan KBT dalam Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa.
Kemahiran yang diajar dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
Pembentangan Kognitif Bloom :
• Pengetahuan
• Kefahaman
• Aplikasi
• Analisis
• Sintesis
• Penilaian.

Penyerapan Kepintaran Emosi Dalam Konsep Penggabungjalinan.
EQ : kebolehan menggunakan emosi yang baik.
Dr. Noriah Ishak : Emosi dikaitkan dengan dua jenis kompetensi iaitu peribadi dan social ( kerohanian dan kematangan )

1. Kompetensi Peribadi.
• Kesedaran kendiri
• Kesedaran emosi
• Penilaian kendiri yang tepat
• Keyakinan kendiri
• Niat baik
• Regulasi kendiri ( kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, penyesuaian,inovasi)
• Motivasi kendiri ( dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif, optimis, minat )

2. Kompetensi Sosial.
• Empati – memahami orang lain, membantu
• Kemahiran social – mengurus, komunikasi, kerjasama.
• Kerohanian – sabar, beriman, takwa, ikhlas
• Kematangan – usia,pengalaman dan pengetahuan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran guru membimbing murid-murid tentang etika perbincangan yang sihat ( komunikasi berkesan )
Dalam aktiviti lakonan,murid dibimbing merasai apa yang dialami oleh watak ( empati)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggabungjalinan kemahiran berbahasa bertutur, membaca,menulis.
Pengajaran ini diadun dengan baik denganmenyerapkan ilmu, nilaimurni, kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya, KBT atau kepintaran emosi. Guru akan memilih mana-mana elemen dan merancang dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada murid. Murid pula dapat meneroka sesuatu bidang dengan baik.

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu.
• Murid menguasai 3M
• Murid berbahasa dengan baik
Penyerapan akan menjadikan murid-murid insane berilmu, mampu memenuhi keperluan, dan bijak dalam perhubungan sosial dan harian.
Murid-murid dilatih agar mempunyai rasa tanggungjawab, kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan.

Kesimpulan : Guru berperanan membantu membina sahsiah diri yang terpuji agar menjadi insan berketrampilan.

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU.
Sukatan Pelajaran : Dokumen yang penting bagi guru professional. Guru perlu memiliki, memahami,menguasai dan menghayati sukatan pelajaran dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu yang diajar dan ilmu penguasaan pendidikan, pedagogi.

Guru perlu peka dengan perubahan dan membuat pengubahsuaian. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian daripada intipati profesionalisme guru.
Definisi Sukatan Pelajaran .
• Dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi sesuatu mata pelajaran, pada tahap tertentu.
• Berdasarkan kemahiran dan mengandungi topic, objektif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian.
• Dibangunkan oleh dua elemen penting iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Guru akan merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian yang mengandungi kemahiran, hasil pembelajaran, strategi pengajaran, pengurusan sumber dan bahan pengajaran.

Sukatan Pelajaran.
Dokumen induk yang mewakilin keperluan kurikulum bagi satu peringkat persekolahan iaitu Sekolah Rendah ( Tahap 1 dan Tahap 2 ) dan Sekolah Menengah ( Menengah Rendah dan Menengah Atas )

Huraian Sukatan Pelajaran
Dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandunga sukatan pelajaran. Disediakan bagi setiap tahun pembelajaran dan dibezakan anatara Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
1. Matlamat dan objektif
2. Organisasi kandungan kurikulum ( konsep utama )
a. Kemahiran bahasa
Kemahiran mendengar
Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat member maklum balas.
Kemahiran bertutur
Keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, sertaidea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran membaca
Keupayaan muriud membaca ayat dengan lancer serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran menulis
Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kretiviti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
b. Hasil pembelajaran
Ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Ia merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu,murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran membantu guru memilih kandungan, kaedah,sumber,dan prosedur yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum . Pendekatan berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Hasil pembelajarn juga dapat membantu dan membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
c. Sistem bahasa
Merujuk kepada bahasa Melayu baku dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada tatabahasa,ejaan, sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi, dan sintaksis manakala kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.
d. Pengisian kurikulum
Terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi ilmu, nilai,kewarganegaraan,perauturan sosiobudaya, kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

Organisasi HSP Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Lima buah buku HSP berlainan dari dua segi :
1. Objektif
2. Huraianhasil pembelajaran.
3. Catatan dan cadangan aktiuviti dan sumber.

Organisasi HSP Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
1. Matlamat
2. Organisasi Kandungan( Konsep Utama )
a. Penggunaan bahasa
b. Kemahiran bahasa
c. Hasil pembelajaran
d. Komponen Kesusasteraan Melayu
e. Pengisian kurikulum
3. Penerangan tentang HSP hasil pembelajaran
a. Hasil pembelajaran ( utama dan khusus )
b. Huraian hasil pembelajaran
c. Cadangan aktiviti atau nota
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran.
5. Sistem bahasa
6. Pengisian kurikulum
7. Hasil pembelajaran
a. Hasil pembelajaran ( utama dan khusus )
b. Huraian hasil pembelajaran
c. Cadangan atau nota

Matlamat dan objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan.
Sekolah Menengah : melengkapkan murid-murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusanharian, pendidikan dan pekerjaan.

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
1. Melibatkan diri dalam interaksi social melalui perbualaan, perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untukmendapatkan barangan dan perkhidmatan.
2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber didengar,dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat.
3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
4. Mendengar, membaca, menonton, membuat respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera.
5. Melahirkan idea dan pendapat dalambentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginative secara kreatif dan berkesan.
6. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

Penggunaan Bahasa.

Hasil Pembelajaran
1. Set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapaioleh murid melalui proses pembelajaran bahasa.
2. Skinner (1992) – pembelajaran ialah proses perubahan hasil pembelajaran melalui pengalaman pembelajaran pengetahuan, kemahiran, dan sikap dapat dibentuk.

ISU-ISU DALAM PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA.
- Memperkenalkan teori, kaedah, dan teknik-teknik menilai dan menguji dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Kaedah penilaian dan pengujian dalam bahasa Inggeris disesuaikan kepada bahasa Inggeris.
- Perbezaan akan dibuat terhadap belajar bahasa sebagai bahasa ibunda dan juga bahasa asing.
Penilaian
a. Teori dan kaedah pengujian dan penilaian 30 peratus.
b. Membina ujian 30 peratus
c. Peperiksaan 40 peratus
d. Jumlah 100 peratus

Cara membina ujian seperti ujian karangan, pemahaman dan tatabahasa.
2. Pengenalan
- Belajar bahasa ibunda dengan bahasa asing.
- Hubungan ujian dengan pembelajaran
- Isu-isu yang selalu timbul

Pengujian dalam bahasa.
• Masalah menguji bahasa asli
- Dialek yang berbeza-beza
- Tatabahasa
- Falasi logik
Logik berbeza mengikut kaum/tempat/umur/jawapan tidak semestinya betul/kenaubah kosep ujian.
- Kekurangan kosa kata – berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat.
Contoh : ayam – manuk, turu- tidur
Perbezaan bilangan kosa kata antara anak kelas menengah dan anak kelas rendah ( masalah bahasa rendah dan bahasa tinggi ).
- Penulisan
- Gaya
Hambar atau bertenaga ( lengkap, peribahasa, analogi cukup)

Teori dan Amali.
• Teori dan amali menguji bahasa asing
• Perbezaan berbanding dengan bahasa ibunda.

Budaya.
Kosa kata ( reading skill)
• Hiburan
• Maklumat
• Kefahaman
• Anugerah
• Kita perlu galakkan kanak-kanak membaca buku maklumat untuk membina pengetahuan dan memperkayakan kosa kata.

Variabel : unsur dan kemahiran ( kebarangkalian )
Strategi : situasi dan bahasa, unsur atau kemahiran, ujian berkelompok atau individu, ujian subjektif atau objektif.
Dalam kemahiran berbahasa :
• Mesti ada unsure budaya
• Boleh menjadi modal insane
• Sesuai dengan konteks

Kriteria menguji
- Kesahihan, realibiliti,scorabiliti, ekonomi,administrabiliti.
- Kritikan : terjemahan, esei, rencana, ujian objektif, ujian mendengar.

Sebutan
– peranan sebutan, segmen sebutan dan bunyi.
3. Kemahiran bersepadu
- Kefahaman auditori
- Bagaimana membentuk ujian
- Pelbagai pilihan, betul-salah dan lain-lain.
- Membina unit ujian bersepadu.
4. Kefahaman membaca
- Teknik umum
- Pra bacaan
- Teknik bagi pelajar awal
- Teknik bagi pelajar maju
- Membina unit ujian membaca

5. Prosedur membina Ujian
- Prinsip ujian dalam bilik darjah
- Ujian atau kuiz
- Item ujian objektif
- Kertas jawapan
- Fail item ujian
- Menyediakan item ujian
- Merekabentukujian on-line

1. Membina ujian
2. Pembinaan ujian
3. Ujian secara berasingan
4. Ujian intergrasi dan pragmatic
5. Ujian komunikatif
6. Model kecekapan komunikatif.

Apakah yang perlu diuji ?
- Kefahaman kemahiran
- Pengetahuan

Bahan bacaan dari luar perlu diedit, dibaca,disusun oleh guru sebelumdigunakan di dalam kelas.
Ujian pragmatik :
Tidak diuji secara individu tapi diajar atau diuji dalam konteks unsure itu berguna.

Bahasa tinggi : peraturan-peraturannya adalah rapi, tatabahasa,pilihan perkataan, peribahasa, susunannya .

Pembinaan ujian :
1. Penggunaan ujian berkriteria
2. Pembinaan item ujian
3. Kesahan ujian
4. Kebolehpercayaan ujian.

Prosedur Membina Ujian
1. Prinsip ujian dalam bilik darjah.
2. Ujian
3. Item ujian objektif
4. Kertas jawapan
5. Fail item ujian
6. Menyediakan item ujian
7. Membina ujian
8. Merekabentuk ujian on-line.

MEMBINA UJIAN
1. Pembinaan ujian
2. Ujian secara berasingan
3. Ujian intergrasi dan pragmatik
4. Ujian bahasa komunikatif
5. Model kecekapan komunikatif

Ujian secara berasingan (Discrete Point Test )
- Intergrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi
- Intergrasi mahal ,mengambil masa yang panjang.
- Ujianintergrasi sesuai untuk KBSR
- Item intergratif meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa.
- Ujian kloz, sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti.

REKABENTUK UJIAN
Komunikatif dan Rekabentuk Ujian
- Pandangan tentang bahasa dan penggunaan bahasa mempengaruhi rekabentuk ujian, dan mentafsir skor.
- Binaan ujian adalah bagi mengetahui kemahiran bahasa calon yang diukur.
- Rekabentuk ujian ditentukan oleh apa yang kita anggap menjadi kemahiran yang diuji.
- Format yang berlainan, ujian lisan atau ujian tulisan bergantung pada apa yang dianggap bahasa dan penggunaaan bahasa.

Bahasa : ialah satu aspek budaya dan boleh dijadikan sebagai produk yang kita boleh digunakan dalam perhubungan. Kita boleh membina citra hidup kita dengan menggunakan bahasa. Bahasa juga ialah bakat atau kebolehan yang boleh meningkatkan kualiti hidup. Bahasa juga boleh berperanan untuk memahami orang lain.

Bahasa ada unsure huruf, bunyi, frasa, tatabahasa.
Bahasa digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain, memahami orang lain, membaca karangan orang lain
Bahasa alat komunikasi :
• Bercakap dan bergaya
• Menulis dan bergaya

Ujian unsur-unsur berasingan
- Pengaruh liguistik struktural
- Dilakukan oleh Lado pada tahun 1961
- Menguji unsur bunyi, tatabahasa,kosa kata secara berasingan.
- Diperkukuhkan oleh psychometrics, menguji kemahiran kognitif secara berasingan, mewujudkan bateri (peringkat ) ujianbagi empat kemahiran yang berlainan iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Masih digunakan sehingga sekarang.

Taxonomy Bloom
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian.

Kognitif : proses daripada kita tidak tahu kepada tahu.
Senaraikan apakah yang hendak kita uji kepada murid:
- Tatabahasa
- Pemahaman ( petikan teks)
- Lisan
- Bacaan
- Penulisan – bahagian
 A - Nilai-nilai murni
 Bina ayat berpandukan gambar
 Karangan berformat atau tidak berformat.

- Isu-isu
o Pemahaman
o Mendengar : betul atau sebaliknya, mendengar dan memahami
o Lisan : bertutur, intonasi, jeda, sebutan
o Sebutan : kata-kata pinjaman, masalah daerah
( Terengganu, Kelantan)
Bagaimana menguji pertuturan
- Syarahan
- Beri pendapat
- Forum
- Ucapan
- Rangsangan gambar
- Dialog
- Pidato

Forum
Setiap perkara yang dituturkan atau ditulis perlulah berdasarkan bukti atau maklumat tentang sesuatu tajuk yang hendak dibincangkan
- ada pengerusi atau pengurus forum
o pengurus masa
o pengurus giliran
o mengurus perjalanan forum.
Bercerita : keluarga, peristiwa, cerita-cerita rakyat
Rangsangan gambar

UJIAN DI SEKOLAH.
Ujian di sekolah : diberi markah tinggi atau rendah. Tidak ada makna jika tidak dinilai. Dapat memberi gambaran atau tafsiran jika dibandingkan ujian lain atau ujian yang dibuat pada waktu lain.

Isu-isu :
Ujian terkongkong dengan format peperiksaan.
Lupa kepada kemahiran bertutur

Sebab-sebab Pengujian
1. Melihat prestasi
2. Melihat kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran yang diajar.
3. Melihat tahap penguasaan kemahiran murid
4.
Jenis-jenis Ujian :
a. Norma : nilai berubah -ubah.
Satu nilai untuk pada masa itu sahaja.
Ujian nilai itu hanya untuk pada masa ujian itu sahaja.
Markah lulus diturunkan – ramai yang lulus dan mendapat A. Hakikatnya tiada kualiti lagi.

b. Ujian rujukan kriteria – norma tidak berubah.
Contoh : ujian kedoktoran. Markah lulusnya 40 peratus dan jika markah pelajar itu 38 peratus, dia akan gagal dalam ujianitu. Dalam keadaan ini markah lulus tidak akan diturunkan walaupun ramai yang gagal. Syaratnya mesti mengikut markah yang telah ditetapkan.

Kemahiran Kreatif dan Kritis
Kritis : kita perlu melihat yang baik dan buruk tentang sesuatu dan penilaian itu perlu seimbang.

Kreatif : daripada tidak ada kepada ada iaitu daripada yang lama buat yang baru .
Contohnya: rekaan topi berlampu.

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN BAHAN SASTERA.
1. Proses pengajaran

- Proses yang berterusan
- Objektif – pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran – penilaian ( pengujian )

2. Tujuan dalam pendidikan
- Mendapatkan kembali maklumat
- Memastikan objektif pengajaran guru tercapai.
- Mengredkan pelajar
- Sebagai penggerak ( motivasi pelajar )
- Tujuan penempatan ( sederhana, baik, lemah )
- Mengenal pasti kelemahan pelajar
o Lemah - pemulihan
o Baik - pengukuhan

3. Ciri-ciri Ujian
a. Kesahan ujian
Sejauhmanakah ujian itu menggambarkan atau menguji apa yang hendak diuji.
b. Kebolehpercayaan atau kestabilan.
c. Keobjektifan atau ketepatan ujian
Item-item yang dibina atau member peluang kepada sesuatu interprestasi berkesan.
Bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian.
Skema permarkahan hendaklah disediakan sebelum guru memeriksa.

4. Jenis-jenis Ujian
a. Ujian penempatan : ujian ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
b. Ujian formatif : menguji pelajar dari semasa ke semasa. Lepas mengajar
c. Ujian diognastik : mencari punca kelemahan pelajar
d. Ujian sumatif : tujuan untuk pengredan dan pensijilan – UPSR, PMR, SPM

5. Aras Penilaian
a. Penilaian Domain Kognitif
i. Lebih banyak ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir.
ii. Bermula denganyang rendah ( ingatan ) hingga yang tinggi ( kompleks)
iii. Bentuk ujian: aneka pilihan atau subjektif, lisan, tulisan atau ujian bulanan dan sebagainya.
iv. Oleh sebab untuk menguji pengetahuan : mudah ke susah.

b. Penilaian Domain Afektif.
i. Hubungan dengan masalah sikap,pandangan dan nilai yang dipercayai seseorang.
ii. Dapat diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis.
iii. Pengukuran menggunakan skala likert antara caranya dengan pernyataan sangat setuju, sangat tidak setuju.
iv. Juga boleh menggunakan pilihan jawapan ya atau tidak.

c. Penilaian Domain Psikomotor.
i. Berkembang dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan.
ii. Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
iii. Aktiviti seperti mendeklamasikan puisi, berlakon, bergerak,beraksi dan sebagainya. ( ada kaitan dengankognitif dan afektif )

6. Aras-aras Ujian.
Kategory Moody
Aras - informasi, konsep, perspektif, apreasiasi atau penghayatan.

UJIAN
Ujian : satu insrumen untuk membantu guru mengajar dan bukan melihat pencapaian prestasi semata-mata.
Objektif
• jangkapanjang ( keselutuhan kursus)
• jangka pendek

Cultural Literalacy : pandai berbudaya
• dapat berbicara atau menyampaikan sesuatu hujah yang berlandaskan fakta atau kajian atau pendapat pakar.
Pendapat : kurang atau lebih bebelan,dapat menulis

Membina bahasa sebagai modal insane ( human capital ) – gunabahasa dalam budaya tinggi atau intelektual untuk menyampaikan maklumat dan fakta.

Bahasa itu sendiri ada potensi untuk memberi pelajar itu pekerjaan dan kerjaya. Contoh : penulis buku, penceramah.

Isu 2 : mengajar kefahaman atau membuat rumusan tersurat dan tersirat.
Akibat sampingan :
1. Memberi platform tambahan kepada pembangkang
2. Perbezaan pendapat antara menteri UMNO jangka pendek

1. Kesan ekonomi seperti pembiayaan insfrasruktur dan elaun guru.
2. Hubungan cendiakawan dan pemimpin renggang.
3. Timbul cemuhan dan kritikan
4. Apa yang hendak dicapai 9 objektif masih kabur )
5. Sikap orang yang tidak mahu berdebat.
Positif : kecenderungan mengetepikan persoalan dan menangguhkan penyelesaian.

Langkah : pilih teks.
• Baca teks
• Sesuaikan apa isinya.
• Bina soalan dan sesuaikan dengan isi.
Semua soalan ada objektif – untuk mendapatkan jawapan
Soalan panjang : Terbuka
Soalan pendek : Tertutup
i. Salah /betul
ii. Aneka jawapan

2. Esei mengenai objektif Bahasa Melayu sekolah rendah.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid mendapat :
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan, membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan kearah membina budaya pembelajaran berterusan.
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Berdasarkan objektif di atas, kita boleh bahagikan objektif-objektif itu kepada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

I. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.
Semasa menjalankan aktiviti ini, murid-murid akan berbual tentang ahli keluarga,rakan dan orang sebagainya. Di sekolah saya, aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik walaupun bahasa yang dituturkan oleh murid-murid adalah terhad dan masih mempunyai intonasi dan nada sebutan Cina.Namun begitu, mereka dapat menceritakan hal ahli keluarga menggunakan aras bahasa yang sederhana. Untuk membantu murid menjana idea, guru perlu membantu denganbersoal jawab dengan murid-murid agar mereka dapat menyampaikan cerita dengan menggunakan ayat sendiri. Bantuan gambar juga digunakan untuk membantu murid-murid membina idea menyampaikan cerita tentang ahli keluarga atau rakan-rakan lebih baik.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau dialami.
Aktiviti bercerita sangat menyeronokkan bagi murid-murid di sekolah ini. Mereka dapat bercerita dengan baik walaupun sebutan dan intonasinya kurang baik kerana terpengaruh dengan sebutan bahasa Cina. Perkataan yang sering silap disebut ialah perkataan yang mengandungi huruf ‘r’ seperti ‘rasa’ , ‘mereka’ dan sebagainya. Huruf ‘r’ akan ditukar menjadi huruf ‘l’. Guru perlu melatih tubi sebutan jenis ini untuk memperbaiki kesalahan. Semasa melaporkan perkara yang didengar, mereka menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan kosa kata yang mudah. Namun begitu, isi yang ingin disampaikan masih dapat mencapai objektif pembelajaran. Kemahiran ini dapat melatih murid-murid mendengar dan bertutur dengan baik. Mereka dilatih menggunakan bahasa yang ringkas untuk menyampaikan apa yang telah didengar,ditonton, dibaca dan sebagainya.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan.
Menyampaikan maklumat dalam pengucapan adalah aktiviti yang sukar bagi murid-murid di sekolah ini kerana mereka kekurangan kosa kata. Idea yang hendak disampaikan ada tetapi apabila dikehendaki bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan berasa tertekan. Dengan itu, guru perlu membimbing mereka menggunakan perkataan yang mudah dan memberi sokongan semasa mereka berucap. Bahan seperti keratan akhbar, gambar, dan buku boleh digunakan agar maklumat itu dapat disampaikan .

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila.
Kemahiran ini memerlukan murid-murid mengemukakan idea dan pandangan tentang sesuatu tajuk yang diberikan oleh guru. Kemahiran ini agak sukar kerana murid-murid perlu menggunakan perkataan sendiri untuk menyampaikan ideanya. Aktiviti memerlukan bimbingan daripada guru terutama bagi kelas yang lemah. Namun begitu, mereka berupaya mengeluarkan pendapat sendiri dengan memberikan hujah yang bernas untuk menyokong pendapat itu. Contohnya: Perbincangan tentang pencemaran. Mereka mampu mengeluarkan pendapat dengan mengaitkan dengan apa yang mereka lihat, tonton, dengar dan baca melalui media massa atau pun kehidupan seharian.

II. KEMAHIRAN MEMBACA.
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai.
Aktiviti ini tidak menimbulkan kesukaran kepada guru walaupun murid-murid ini menghadapi kesukaran dari aspek sebutan dan intonasi. Mereka masih lagi dipengaruhi oleh bahasa ibunda dari aspek sebutan. Murid-murid dapat membaca kuat bahan yang diberikan. Untuk bacaan puisi, guru menggunakan pita rakaman untuk memberi panduan kepada murid-murid mendeklamasikan puisi seperti pantun, syair, sajak dan sebagainya. Dengan pita rakaman itu,sebutan dan intonasi murid-murid dapat diperbaiki. Selain itu, buku cerita dapat membantu murid-murid melancarkan bacaan dan memperbaiki sebutan dan ejaan. Dialog yang terdapat di dalam buku,digunakan untuk melatih murid-murid melafazkan cerita dengan sebutan, intonasi di samping menghayati isi cerita. Murid-murid ini menghadapi sedikit masalah, tetapi mereka dapat melakonkan cerita itu dengan baik.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca.
Kemahiran ini akan mendidik murid-murid mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku, akhbar dan sebagainya. Daripada petikan yang dibaca,murid-murid akan mencari makna perkataan menggunakan kamus. Mereka akan diminta menghayati isi teks dan memahami maklumat yang terkandung di dalamnya. Mereka dapat mencari jawapan dengan meneliti kata kuci setiap soalan yang diberikan. Aktivi dapat diajar dengan berkesan kerana mereka dapat mengaitkan katakunci dengan soalan yang ditanya.

II. KEMAHIRAN MENULIS
7.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu menggunakan pelbagai sistem bahasa untuk membina ayat dalam penulisan karangan. Murid-murid Cina dan India didapati sukar membina ayat yang gramatis dan ringkas kerana kekurangan kosa kata. Mereka juga masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dalam membina ayat. Mereka sering menggunakan teknik terjemahan terus ke bahasa Melayu dengan mengikut struktur bahasa Cina. Namun begitu, mereka dapat menggunakan wacana yang betul dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

8.0 Mencatat dan menyusun maklumat
Murid-murid Cina dan India mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan aktiviti ini disebabkan mereka kurang faham makna perkataan. Dengan itu, mereka tidak memahami teks yang diberikan. Guru boleh menggunakan gambar untuk membantu mereka menyusun maklumat yang diberikan. Bagi maklumat yang perlu disusun mengikut urutan masa dan tarikh, aktiviti ini dapat dijalankan dengan lebih mudah kerana ada panduan yang jelas dan mudah difahami.

9.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Penulisan adalah aktiviti yang sukar bagi murid-murid di sekolah ini kerana masalah kurang kosa kata. Mereka masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dari aspek morfologi, sintaksis, dan percampuran kod. Ini jelas dilihat dalam pembinaan ayat pendek, tiga kesalahan ini sering dilakukan. Contohnya :
Ali and Abu di padang main bola.
Masalah morfologi disebabkan bahasa Cina tidak ada imbuhan. Kesalahan menulis ‘dan’ menjadi ‘and’ kerana kesalahan percampuran kod. Kesalahan sintaksis kerana mereka mengikut struktur bahasa Cina.
Untuk mengatasi masalah ini guru akan membina jadual susunan ayat untuk memberi panduan mereka menyusun perkataan dengan betul.
Contoh panduan susunan ayat :
1. Siapa – buat apa- di mana.

10.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca.
Bagi sekolah rendah, ulasan yang perlu dibuat ialah menulis nilai-nilai murni berdasarkan teks yang dibaca. Aktiviti dapat dijalankan dengan baik kerana mereka dapat memahami teks yang diberi. Mereka boleh mencari ayat-ayat yang mempunyai nilai murni dan menulisnya dalam bentuk karangan.

KESIMPULAN :
Kesimpulan yang boleh dibuat, objektif-objektif yang ingin dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan baik. Bahan-bahan pengajaran daripada pelbagai sumber dapat membantu guru-gurumelaksanakan pengajaran dan pembelajaran denganberkesan di bilik darjah. Kemahiran bertutur dan mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dapat diterapkan kepada murid-murid. Untuk lebih berkesan,guru perlu menyesuaikan pengajaran dan pembelajarannya dengan menggabungjalinkan kaedah, ilmu dan kemahiran bernilai tambah dengan tahap kebolehan dan minat murid-murid. Murid-murid di sekolah ini perlu ditekankan dengan kemahiran lisan kerana mereka masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dan percampuran kod.

shariah binti zulkifly berkata...

BMP 6123 PENGUJIAN DAN PENILAIAN
NAMA : SHARIAH BINTIZULKIFLY
SEKOLAH : SJK(C) ST. MICHAEL & ALL ANGELS,KAMPUNG TAWAS,30010 IPOH,PERAK
TELEFON : 017 5269094
NOMBOR MATRIK : M20082000005
PETIKAN TEKS.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak negara kita merdeka,semua pihak termasuk golongan istimewa atau Orang Kurang Upaya (OKU) turut terlibat dalam pembangunan negara. Kerajaan berasa bangga dengan golongan ini kerana berpandangan positif dan berkeyakinan bahawa hak dan kehidupan mereka dapat diubah sekiranya mereka berusaha dan diberi peluang untuk memajukan diri. Bagi golongan yang sempurna, peluang mendapat pekerjaan merupakan sesuatu yang lumrah, tetapi bukan kepada OKU. Hal ini merupakan suatu anugerah yang amat bermakna buat mereka.
Walaupun peratus OKU di negara ini kecil, namun kerajaan tidak ingin melihat mereka dipinggirkan. Mereka diberi hak persamaan mendapat peluang melalui penyediaan pelbagai kemudahan agar dapat memanfaatkan kehidupan. Penyediaan kemudahan ini diharap dapat menjadikan golongan OKU lebih proaktif dan menggunakan peluang ini untuk memajukan diri. Selain itu, kerajaan turut menubuhkan lebih banyak pusat pemulihan komuniti bagi OKU dalam RMK-9. Pusat itu menawarkan khidmat setempat bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif bagi OKU.
Akta OKU akan digubal untuk meningkatkan dan melindungi hak OKU supaya hidup bermaruah dan mempunyai harga diri. Akta itu akan memberikan hak kepada mereka untuk diterima oleh masyarakat dengan meningkatkan akses pendidikan dan latihan vokasional, pekerjaan, persekitaran, dan bergerak bebas. Selain itu,program mengintergrasikan OKU dalam masyarakat bertujuan membolehkan mereka menjalani kehidupan yang normal akan terus dipergiatkan. Golongan OKU tidak seharusnya menjadikan kepelbagaian kemudahan ini sebagai alasan untuk tidak berusaha dan hanya mengharapkan bantuan pihak lain.
Kerajaan turut menyediakan peluang yang luas kepada OKU untuk memberikan khidmat bakti mereka kepada negara. Hal ini terbukti di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988, satu peratus peluang pekerjaan diperuntukkan kepada OKU. Sehingga kini pelbagai jenis pekerjaan dijawat oleh golongan istimewa ini. Pemberian peruntukan berbentuk geran berjumlah RM200 ribu turut memberikan peluang kepada OKU dalam bidang sukan. Bukan itu sahaja, pelbagai sektor termasuk swasta turut menyediakan latihan yang banyak serta peluang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan agar mereka mampu mandiri dan tidak bergantung kepada pihak tertentu sahaja.
Beberapa pihak telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan unit khas di Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu golongan OKU terlibat dalam bidang perniagaan. Unit ini perlu juga menggubal kurikulum khas dengan memasukkan elemen keusahawanan pada peringkat kursus dan latihan vokasional. Secara langsung langkah ini dapat memberikan kemudahan dan pendedahan kepada bakal-bakal usahawan kelak. Malah unit ini turut disaran supaya memperkenalkan skim bantuan modal oleh institusi kewangan kepada individu yang kurang upaya.
Kesimpulannya, kehadiran golongan OKU dalammasyarakat tidak harus dipandang serong atau disisihkan dalam masyarakat. Kementerian Pelajaran turut memperluas bantuan elaun khas dan insentif kepada pelatih dan pelajar OKU.Kita harus menerima mereka sama seperti manusia normal yang lain. Golongan ini tidak mengharapkan simpati, tetapi menagih peluang supaya dapat hidup berdikari.
(Dipetik dan dubahsuaikan daripada rencana
“Sumbangan Orang kurang Upaya kepada Negara”
oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Ogos 2006.)

Soalan ini memerlukan murid membuat rumusan daripada teks yang dibaca. Dalam kemahiran ini murid-murid diuji memahami maksud teks yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat. Murid-murid perlu memahami isi teks dan dapat memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Olehitu,murid-murid mengetahui makna kosa kata yang ditulis dalam petikan ini. Kemahiran rumusan petikan ini dikategori dalam Kemahiran Berfikir Kritis dan Keratif.

Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan berikut :
1. (a) – Petikan umum.
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksudrangkai kata meningkatkan akses pendidkan.
Soalan ini berkemahiran pengetahuan. Murid-muridperlumengetahui makna rangkai kata untuk menjawab soalan ini.

ii. Nyatakan perananunit khas yangtelahdicadangkan penubuhannya.
Soalan ini emerlukan murid-murid mempunyai kemahiran memahami teks dengan baik. Jika mereka tidak memahami isi teks dan kosa kata, mereka akan gagal menjawab soalan ini dengan baik. Soalan ini memerlukan kemahiran pemahaman terhadap petikan yang dibaca.

iii. Pada pendapat anda,apakah yang dilakukan untuk membantu rakan yang kurang upaya (OKU) ?
Bagi menjawab soalan ini,murid-murid perlu mempuanyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Tanpa kebolehan ini, murid-murid tidak dapat menganalisis bahan petikan dan menjana idea untuk menjawab soalan ini. Murid-murid perlu menggunakan pengetahuan sedia adanya untuk mengaitkan tindakannya dengan keadaan sekelilingnya berdasarkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam kehidupannya.

shariah binti zulkifly berkata...

BMP 6123 PENGUJIAN DAN PENILAIAN
NAMA : SHARIAH BINTIZULKIFLY
SEKOLAH : SJK(C) ST. MICHAEL & ALL ANGELS,KAMPUNG TAWAS,30010 IPOH,PERAK
TELEFON : 017 5269094
NOMBOR MATRIK : M20082000005

PENGAJARAN LISAN.
Lisan adalah aspek kemahiran bahasa yang penting dan utama dan merupakan asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh seorang kanak-kanak normal sebelum ia mempelajari kemahiran membaca dan menulis. Seseorang kanak-kanakyang mula masuk ke sekolah biasanya sudahpun menguasai sekurang-kurangnya dua kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.

KEPENTINGAN AKTIVITI LISAN.
Manusia mencipta lambing-lambang pertuturan sebelum mencipta lambing-lambang tulisan. Dengan hal demikian kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan berani bergaul dengan kank-kanak lain. Mereka suka berkawan dan rajin berkenalan. Kanak-kanak yang telah menguasai lisan akanmudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat. Kanak-kanak dilatih supaya banyak bertutur. Jika kanak-kanak selalu bercakap atau mendengar, maka akan bertambah perbendaharaankata kanak-kanak itu. Dengan itu, kebolehan menggunakan bahasa itu akan bertambah baik. Dengan mengetahui banyak perbendaharaan kata, ia dapat mempelajari mata-mata pelajaran lain dengan mudah.

TUJUAN MENGAJAR LISAN.
Pengajaran lisan mempunyai beberapa tujuan.
a. Untuk membolehkan seseorang murid itu menyebut sesuatu( perkataan, ayat )dengan betul. Sebutannya jelas dan tepat serta dituturkan dalam bentuk pertuturan biasa.
b. Untuk melatih seseorang itu mendengar dan memahami pertuturan orang lain dengan baik.
c. Membolehkan ia berhubung dengan orang lain secara tepat untuk menyatakan kehendak, perasaan, pengalaman serta mengutarakan pendapat dan pandangan yang jitu dan berkesan.
d. Untuk membolehkan kanak-kanak dengan ayat-ayat yang tersusun, menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang luas.
e. Untuk membolehkan mereka menguasai lisan, kerana ia menjadi asas kepada pelajaran aspek-aspek bahasa yang lain dalam pengajaran bahasa. Kemhiran-kemahiran lain seperti bacaan,menulis, dan sebagainya dapat dikuasai secara mudah.
f. Untuk menyuburkan keyakinan dan kepercayaan diri sendiri di kalangan kanak-kanak.Ini menjadikan mereka berani bercakap, menyatakan perasaan dan pendapat.
g. Untuk membolehkan kanak-kanak mendapat kemahiran :
• Bercakap dengan tenang dan dalam gaya yang betul
• Bertutur dengan nada,intonasi, tekanan yang betul
• Mendengar, memahami, dan menghormati percakapan orang lain.
• Berbicara dan berbincang dengan lancer dan fasih.
• Bercerita atau melapor dengan gaya bahasa yang menarik dan betul.
• Mengiklan atau membuat pengumuman dengan jelas dan tepat.
• Memberi arahan secara berkesan.
• Mengemukakan pendapat,fikiran atau pandangan secara bernas.
• Boleh menggunakan bahasa dengan baik dalam satu-satu situasi mengikut keperluan menggunakannya.

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PENGAJARAN LISAN
Semasamenyampaiakn pelajaran lisan, beberapa perkara penting harus diberi perhatian :
a. Pertuturan yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas, dan mudah. Pertuturan yang baik hendaklah jelas dan lantang,tersusun rapi, cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
b. Gunakan topik atau tajuk-tajuk yang ada dalam pengalaman murid.
c. Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.
d. Semuapelajaranlisan hendaklah dibuat secara formal.
e. Galakkan murid-murid mengeluarkan idea baru dalam pelajaran lisan. Galakkan mereka memilih bahan-bahan mereka sendiri.
f. Semasa penyampaian pelajaran ini, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran itu.
i. Tiap-tiap orang kanak-kanak hendaklahdiberi peluang mengambil bahagian.
ii. Hanya seorang sahaja bercakap dalamsatu ketika.
iii. Tiap-tiap orang murid hendaklah mendengar apabila orang lain bercakap.

AKTIVITI-AKTIVITI LISAN
Aktiviti lisan seperti perbualan, dialog, lakonan, wawancara dan sebagainya adalah bentuk-bentuk aktiviti yang membolehkan murid-murid mengamal dan menggunakan bahasa dalamkomunikasi yang paling dekat dengan situasi kehidupan sehari-hari. Latihan sebutan,penggunaan tatabahasa dan ciri-ciri prosodi dapat dipraktikkan.

AKTIVITI BERCERITA
Dalam kemahiran lisan, bercerita memainkan peranan yang penting,bukan sahaja di kalangan kanak-kanak malah juga kalangan orang-orang dewasa.

OBJEKTIF BERCERITA
a. Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak :
Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat. Misalnya menjadi seorang puteri, Sang Kancil dan sebagainya.

b. Membina rasa hati :
Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau mengalami bahaya-bahaya yangmenyebabkan penderitaan. Keadaan ini dapat membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain dalam kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru membawa mereka kepada tema cerita.

c. Menyuburkan akal dan kecerdasan murid-murid:
Semasa cerita disampaikan,minat dan rasa hairan murid-murid dibangkitkan.Mereka digalakkan menyoal, mengemukakan pandangan dan memberi komen terhadap peristiwa dan watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti ini boleh diikuti dengan perbincangan selanjutnya.

d. Menggalakkan perkembangan bahasa murid-murid :
Dengan cara memperkenalkan perkataan-perkataan baharu, ayat peribahasa, teka-teki dan sebagainya kosa kata murid-murid boleh diperluaskan.

e. Asas untuk pendidikan agama :
Ada sesetengah cerita mempunyai pengajaran atau contoh yang baik. Melalui cerita-cerita seperti ini,terutama cerita-cerita yang mengandungi pendidikan moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik akan dapat disemai dikalangan murid-murid.

PERSEDIAAN MENGAJAR AKTIVITI LISAN
(BERCERITA )

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bilangan Murid : 25 orang
Tahun : 5A
Tarikh : 3 Mac 2009
Masa : 60 minit
Tajuk : Puteri Gunung Ledang
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapatmenyatakan :
a. Nama-nama watak dalam cerita.
b. Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam cerita.
c. Melakonkan cerita dengan intonasi dan suara yang sesuai.

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR:
Kemahiran :
1.5 Aras 2 (i)- Menjelaskan maksud diksi, frasa, ungkapan dan ayat dalam sesuatu
pengucapan.
1.5 Aras 3 (i)- Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks.

Alat bantu mengajar : Buku cerita Puteri Gunung Ledang.

Kadar pencapaian objektif yang diharapkan ialah 90 peratus memuaskan.

LANGKAH PENGAJARAN.
INDUKSI SET
1. Guru mengumpulkan murid di hadapan kelas. Murid-murid duduk di atas tikar dan mengadap guru.
2. Guru bertanya murid-murid di manakah seorang puteri tinggal?

LANGKAH 1.
1. Guru mengaitkan jawapan murid sambil menunjukkan sebuah buku cerita yang bertajuk Puteri Gunung Ledang.

LANGKAH 2.
1. Guru membaca buku cerita itu mengikut muka surat. Guru menyampaikan cerita itu dengan intonasi dan suara yang sesuai.
2. Guru menerangkan makna perkataan yang susah sambil bercerita. Guru mengulangi ayat-ayat yang sukar untuk memudahkan murid-murid memahami isi cerita. Contoh perkataan : aneh, denai, pelawa, terpesona, tersergam, terpinga-pinga, dijamu, gaung, menitahkan, panorama, berpapah, telatah, terpaku, dan hasrat.

LANGKAH 3.
1. Guru bertanyakan soalan tentang watak-watak dalam cerita kepada murid-murid.
2. Guru meminta murid menceritakan secara ringkas tentang kejadian yang menimpa rombongan Tun Mamat semasa meminang Puteri Gunung Ledang.

LANGKAH 4.
1. Guru mengedarkan skrip lakonan kepada murid-murid mengikut kumpulan.
CONTOH SKRIP LAKONAN:
SKRIP 1 :
Pencerita :
Sebentar kemudian,muncullah Puteri Gunung Ledang. Tun Mamat terpaku seketika melihat kejelitaanPuteri Gunung Ledang.
Tun Mamat : Ampun tuan puteri. Hamba datang membawa hajat yang
besar daripada Sultan Melaka.
Puteri Gunung Ledang : Ya, beta sudah tahu.
Tun Mamat : Perkenankanlah kiranya hajat Sultan Mahmud.
Puteri Gunung Ledang : Beta bersetuju menerima pinangan Sultan Melaka, tetapi
dengan bersyarat.
Tun Mamat : Apakah syarat itu ? Kami sedia memenuhinya.
PuteriGunung Ledang : Syaratnya, Sultan Melaka hendaklah menyediakan sebuah
jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang. Sebuah
lagi jambatan perak. Syarat kedua, sultan hendaklah
menyediakan tujuh dulang hati nyamuk, tujuh tempayan
air mata anak dara sunti,satu tempayan air pinang muda
dan syarat lima, hantarkan satu mangkuk darah Sultan
Melaka dan satu mangkuk darah Raja Ahmad.

SKRIP 2 :
Pencerita :
Sedang mereka berehat, tiba-tiba muncul seorang nenek kebayan. Bajunya buruk dan
compang-camping dan bertongkat menghampiri mereka.
Nenek Kebayan : Anak semua ini dari mana ?
Datuk Laksamana : Kami dari Melaka hendak pergi meminang Puteri Gunung
Ledang.
Nenek Kebayan : Kamu semua nampak letih. Mari ke rumah nenek.

Pencerita :
Tun Mamat dan rakan-rakannya diam sejak dan berpandangan. Mereka hairan
bagaimana orang tua itu boleh tinggal di dalam hutan.
Nenek Kebayan : Jangan bimbang. Nenek ikhlas hendak menolong. Kamu
Nampak letih dan lapar. Marilah ke rumah nenek.
Datuk Laksamana : Baiklah, mari kita kerumah nenek.

2. Murid-murid melakonkan cerita itu dengan suara dan intonasi yang sesuai.

LANGKAH 5.
3. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi beberapa soalan :
a. Siapakah yang mengetuai rombongan peminangan PuteriGunung Ledang ?
b. Dalam perjalanan ke Gunung Ledang, apakah binatang liar yang ditemui oleh rombongan itu ?
c. Nyatakan syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang yang dikenakan ke atas Sultan Melaka ?
d. Apakah kenderaan yang dinaiki oleh rombongan itu semasa pergi ke Gunung Ledang ?
e. Siapakah yang ditemui oleh Tun Mamat dan rakan-rakan semasa mendaki Gunung Ledang ?

• Latihan ini dibuat di rumah untuk latihan tambahan dan pengukuh

LAMPIRAN:

BIBLIOGRAFI :

Kamarudin Haji Husin, 1990,Pedagogi Bahasa, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 1992, SiriPanduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Aktiviti Bahasa , Jilid 7, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khadijah Hashim,2005, Puteri Gunung Ledang, Shah Alam : ‘K’ publishing Sdn. Bhd.

shariah binti zulkifly berkata...

BMP 6123 PENGUJIAN DAN PENILAIAN

NAMA : SHARIAH BINTI ZULKIFLY
SEKOLAH : SJK(C) ST.MICHAEL & ALL ANGELS, KAMPUNG TAWAS,30010 IPOH, PERAK.
TELEFON : 017-5269094
NOMBOR MATRIK : M20082000005

1. KANDUNGAN KURSUS SASTERA DALAM BAHASA MELAYU.
Kandungan sastera dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah tidak dijalankan secara berasingan. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam waktu Bahasa Melayu. Penggunaan teks berunsur sastera seperti cerita lagenda, puisi (pantun, syair, sajak ), cerpen dijadikan bahan bacaan untuk membina pengetahuan bahasa di sekolah.

1.1 MATLAMAT
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam urusan,perhubungan sosial dan memperoleh ilmu.

1.2 OBJEKTIF MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.
Pada akhir sekolah rendah murid dapat :
i. Mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
ii. Bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan bukan sastera dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan kearah membina budaya pembelajaran berterusan;
vi. Memperkembang imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya bukan sastera; dan

1.3 ORGANISASI KURIKULUM
a. Kemahiran berbahasa
Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

i.Kemahiran mendengar
Merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan,serta dapat memberikan maklum balas.

ii. Kemahiran bertutur
Merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan,menyampaikan maklumat, pendapat,perasaan,serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul.

iii. Kemahiran membaca
Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan , intonasi, jeda dankelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.

iv. Kemahiran menulis.
Merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenispenulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginatif.

1.4 CONTOH SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN TAHUN ENAM ( berunsur sastera ) .
UNIT OBJEKTIF FORMAT
SISTEM BAHASA PENGISIAN KURUKULUM BAHAN BANTU
MENGAJAR
Unit 1
Bahagian C
Koreena
yang Berdedikasi. • Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul.
• syair
Sebutan
dan intonasi
• Laras puisi Ilmu
• Kesusasteraan • Teks puisi
Unit 2
Bahagian B
Berkebundi Sekolah. • Menulis pantunyang dibaca dengan ejaan dan tanda baca yang betul. • Pantun Sebutan
dan intonasi
• Laras pantun Ilmu
• KajianTempatan • Rakaman
- pantun
Unit 3
Bahagian B
Berbahasa Malaysia
• membaca sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.
• Menyatakan maklumat yang ada dalam sajak.
• Menjelaskan isi-isi penting dan perkara utama dalam sajak.
• sajak Sebutan
dan intonasi
• Laras sajak Ilmu
• Komunikasi • MyCD
Galeri Multimedia
- sajak
Unit 4
Bahagian B
Bakat Terpendam
• Menulis rumusan berdasarkan maksud pantun
• pantun Sebutan
dan intonasi
• Laras pantun Ilmu
• Kemahiran Hidup • MyCD
Galeri Multimedia
- pantun
Unit 5
Bahagian B
Kelab Briged Penyelamat Sungai
• Menyatakan idea dalamperbincangan tentang sesuatu perkara.
• Memberipendapat tentang hasil perbincangan.

• sajak Sebutan
dan intonasi
• Laras sajak Ilmu
• Pendidikan AlamSekitar. • MyCD
Galeri Multimedia
- sajak
Unit 6
Bahagian C
Lagu Kebangsaan
• Menghasilkan pembayang pantun emapat kerat yang sesuai. • pantun Sebutan
dan intonasi
• Laras pantun Ilmu
• Kewarganegaraan • Rakaman
Pantun
Unit 9
Mari Bercerita
Bahagian A
Cerita Pendek.
• Membaca teks cerpen dengan sebutandanintonasi yang betul.
• Menulis pandangan tentang frasa yang menarik dalam karya.
• cerpen Sebutan
dan intonasi
• Laras cerita Ilmu
• Kesusasteraan • Teks Prosa
Bahagian B
Cerita Lagenda • Menulis kekuatan dankeistimewaan watak dalamkarya yang dipilih.
• cerpen Sebutan
dan intonasi
• Laras cerita• Ilmu
• Kesusasteraan • Teks prosa
Bahagian C
Cerita Teladan • Menyatakan pengajaranyang terdapat dalam bahan-bahan sastera.
• Menyatakan isi daripada cerita yang dibaca.
• cerpen Ilmu
• Kesusasteraan • Teks prosa

2. Sepuluh perkara penting dalam kuliah .
Aras-Aras Ujian Sastera .
Ujian kesusasteraan melibatkan tingkat-tingkat ujian kognitif yang mempunyai enam aras utama iaitu bermula dengan tingkat ingatan sehingga menjurus kepada tingkat penilaian.

2.1 Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan.
Ujian kesusasteraan aras ingatan memerlukan keupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingati hal-hal yang berhubung dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujian ini mengkehendaki pelajar menamakan, member definisi, nama pengarang, buku-buku yang dihasilkan dan sebagainya. Contoh ujian aras ingatan ini , contohnya seperti berikut:
o Apakah yang diertikan dengan perkataan ‘cemara’ ?

2.2 Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman
Ujian kesusasteraan aras pemahaman memerlukan pelajar memahami, membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-siafat lain yang tingkatnya bukan sekadar untukmengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja.Pelajar perlu berupaya menangkap isi puisi, prosa,meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Pelajar juga perlu berkeupayaan menyimpulkan beberapa cirri perbezaan antara syair dengan pantun . Contoh butiranujian dalam kelompok ini berbunyi seperti berikut :
o Tema yang hendak dikemukakan oleh Zam-Zam Ismail dalam sajaknya Air Papan.

2.3 Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi
Ujian aras aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yangdiperolehnyaitu ke dalam suatu situasi baru. Contonya penggunaan pengetahuan berkenaan cirri-ciri pantun untuk mencipta pantun.
Dengan cara ini membolehkan pelajar menerapkan pengetahuan teoretisnya ke dalam kegiatan paraktis dan konkrit. Ini bermaksud pelajar berkeupayaan melakukan segala yang berhubungan dengan sastera nyata tidaklagi secara teori sahaja.Di aras ini pelajar berkeupayaan mengubah, memodifikasi, mendemostrasikan (tunjuk cara), mengoperasi dan menerapkan sesuatu hal atau sesuatu kemampuan. Contohnya pelajar mampu mengubah karya berbentuk puisi kepada berbentuk prosa tanpa menghilangkan maksud sebenar puisi tersebut.
Bagi memanfaatkan ujian aras ini tugasan berbentuk esei dan erlakuan lebih menampakkan keserasian ujian. Contoh soalan berbentuk aplikasi.
o Diturunkan sebuah wacana berbentuk prosa, misalnya daripada novel Senjakala, sepanjang lebih kurang satu muka surat ( perlu diingatkan pemilihan wacana itu perlulah bersesuaian) dan pelajar ditugaskan supaya :
 Ubahkan bentuk cerita yang dilampirkan menjadi sebuah dialog.
 Tunjukkan dan huraikan kembali gaya semua bahasa yang terdapat dalam wacana di atas.

2.4 Ujian Kesusasteraan Aras Analisis
Ujian aras analisis berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Kebolehan pelajar melihat perkaitan dan hubungan antara unsur-unsur yang dapat dikesan dan kebolehan menggunakan organisasi, susunan sistematik binaan, kesatuan yang membangunkan sesebuah karya sastera. Sebelum ujian aras ini pelajar mesti sudah membaca karya yang ditetapkan dan pelajar mampu melakukan analisis terhadap karya itu. Sikap dan aras membaca seharusnya lebih luas.Pelajar perlu berkeupayaan memahami isi cerita, membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut.

Contoh soalan aras analisis :
o Bagaimanakah caranya pengarang melukiskan watak dan perwatakan setiap tokoh di dalam novel Senjakala ?

Dengan menimbangkan bentuk tugasan dan aktiviti, ujian berbentuk esei dikira paling tepat dan sesuai kerana soalannya mudah disediakan berbanding dengan ujian berbentuk objektif.

2.5 Ujian Kesusasteraan Aras Sintaksis
Ujian aras sintaksis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan,menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan, dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera, kemampuan menyelesaikan tugasan berbentuk sintesis ini , pelajar berkeupayaan mengkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis, contohnya puisi, cerpen atau novel yang mempunyai persamaan unsur tertentu seperti gaya, tema plot, dan latar. Pelajar berkeupayaan menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa hal baik dalam sesebuah karya sastera mahupun beberapa buah karya sastera sama ada ditulis oleh penulis sama atau ditulis oleh beberapa orang penulis yang berbeza. Mereka akan dapat menghubungkan antara tema,perwatakan dan latar, antara gaya dengan plot, tema utama dengan anak tema, antara tema utama dan diksi dalam sesebuah puisi atau beberapa buah puisi. Pelajar dapat menentukan aras sintesis ini boleh dilakukan dengan inter atau intera penuliskarya tersebut.
Pelajar-pelajar juga akan dapat menjelaskan hubungan antara beberapa unsur atau unsur-unsur dalam sesebuah karya sastera dalam membentuksuatu kesatuan, contohnya hubungan antara diksi,kalimat dan gayamengungkapkan pembentukan tema dalam sesebuah puisi, begitujuga keserasian pemilihan latardengan lokasi dan masa,keadaan sosial dengan perwatakan tokoh-tokoh yang terlibat dalam cerita.
Contoh soalan aras sintaksis .

o Jelaskan benarkah kaitan antara latar, perwatakan dan tema dalam novel Senjakala bersifat padu dan wajar.

Untuk mengukur keupayaan berfikir yang kompleks seperti ini, ujian berbentuk esei dikira amat sesuai keranaia mencerminkan proses berfikir pelajar yang sebenar-benarnya.

2.6 Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian
Aras penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Pelajar berkeupayaan melakukan penilaian terhadap berbagai-bagai masalah kesusasteraan , sama ada karya sastera dengan unsur-unsurnya mahupun kehidupan sastera keseluruhannya.

Keupayaan berfikir aras penialaian ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu perkara. Contohnya masalah ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan frasa dengan dikaitkan hubungannya dengan tema dan maksud keseluruhan sajak, ketepatan plot, perwatakan, latar gaya,tema dan unsur-unsur lain yang membentuk kesepaduan dan kesatuan yang utuh dalamsesebuah karya fiksyen,penggunaan gaya dan bahasa secara umum atau kata-kata yang keterlaluan atau tidak berekonomi dalam penggunaaan kata-kata dalam sesebuah atau beberapa buah novel.

Aras penilaian ini bukan sahaja mengarah pada penilaian secara perincian terhadap hasil karya sahaja tetapi berkeupayaan menelah dan mengelompokkan ke dalam sesuatu angkatan penulisan baru menggantikan penulisan lama. Contoh soalan aras penilaian .
o Bandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azza Khan daripada segi :
 Latar masa, latar tempat, latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua drama tersebut.
 Unsur-unsur kemanusiaan.

2.7 Ujian Kesusasteraan Kategori Moody
Aras ujian kategori Moody khusus untuk menguji kesusasteraan dan kategori ini berbeza sama sekali dengan pendekatan taksonomi Bloom. Kategori Moody tidak boleh menguji semua mata pelajaran. Tujuan pengukuran hasil pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan pendekatan ujian Moody ialah mengukur kemampuan pada aras informasi, konsep, perspektif dan apresiasi. Ujian Moody menyingkapkan masuk secara langsung dengan berorientasi kepada karya secara konkrit.

2.8 Ujian Kesusasteraan Aras Informasi.
Ujian kesusasteraan aras informasi dimaksudkan berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera. Perkara pokok ini boleh terdiri daripada hal-hal yang bersangkutan dengan maklumat-maklumat berkenaan dengan sesuatu karya yang boleh membantu pelajar memudahkan pentafsiran sebuah karya sastera seperti apakah yang terjadi, di manakah peristiwa itu berlaku, nama-nama watak, latar tempat kejadian secara khusus dan sebagainya.Pelajar perlu mempunyai pengetahuan untuk membaca ke atas membuat rujukan kembali butiran idea atau maklumat yang dibacanya apabila diuji. Maklumat-maklumat batu lainyang terdapat di luar daripada karya asal boleh juga membantu pelajar menyelesaikan soalan-soalanyang ditanya seperti namapengarang, tempat kelahirannya, pekerjaan dan latar belakang keluarga, status sosial, minat dan hobinya dan sebagainya. Item-item soalan mudah diselesaikan kerana ia merujuk kembali kepada kepada karya sastera yang dipelajari dan pelajar melakukan aktiviti hafalan bagi mengingati fakta-fakta penting dalam karya tersebut.
Contoh soalan :
o Siapakah pengarang novel Badai Semalam ? Sekarang beliau tinggal di mana dan apakah pekerjaannya ?

Contoh ujian pilihan berganda :
o Pada akhir cerita, watak Mazni dalamnovel Badai Semalam memutuskan supaya :
 Meninggalkan Tanjung Putri dan melarikan diri ke rumah mertuanya.

2.9 Ujian Kesusasreaan Aras Konsep
Ujian kesusasteraan ini adalah berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat dan unsur-unsur karya sastera diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini seperti apa-apa yang terkandung dalam karya fiksyen dan puisi, mengapakah pengarang membuat pilihan mendedahkan unsur-unsur seperti itu,apakah kesannya kepada pembaca dan sebagainya.
Oleh itu,pelajar perlu mempunyai pengetahuan asas teori danperlu membaca terlebih dahulu karya sastera yang hendak dikajinya secara kritikal, analitis dan bacaan matang dan bukan hanya membaca sekadar mengetahui garis-garis utama cerita sahaja. Ini kerana keupayaan kognitif diperlukan untuk menganalisis dan menghubungkan berbagai-bagai unsur dalam sesuatu karya.
Contoh soalan:
o Apakah hubungan di antara Kinto dengan Noor, apakah hubungan di antara Damid dengan Dasima ? Apakah konflik atau masalah utama yang terdapat dalam novel tersebut?

2.10 Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif
Ujiankesusasteraan pada aras perspektif lebih memberi penumpuan kepada mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya yang dibaca. Bagaimanakah pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah karya sastera ditentukan oleh keupayaannya memahami karya sastera yang berkaitan.
Masalah-masalah yang sering diajukan kepada pelajar anatara lain menyinggung permasalahan : Apakahkarya Senjakala yang ditulis olehBadaruddin Kahar membawa pelbagai faedah ? Apakah ia bersesuaian dengan reality kehidupan seharian ?
Ringkasnya, ujian peringkat ini memerlukan pelajar berkeupayaan menghubungkan antara sesuatu yang ada dalam lingkungan karya dengan sesuatu yang berada di luar karya sastera tersebut. Dalam hubungan ini, pelajar berkeupayaan menghubungkan pengarang dengan karya sastera yang diteliti dengan karya sastera hasilannya yang lain-lain. Pelajar juga berkeupayaan menjuruskan pengetahuan yang terkandung dalam karya sastera tersebut dengan keadaan-keadaan lain seperti keadaan masyarakat semasa dan sebelum karya tersebut dihasilkan.
Pelajar berkemampuan membandingkan dan menilai antara dua periodisasi masa dan nilai-nilai masyarakat pada waktu yang berbeza. Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan bahawa item-item soalan ujian aras ini adalah ujian kemampuan kognitif yang paling tinggi sekali arasnya.

Contoh soalan :
o Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Senjakala ?

3. Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam Bahasa Melayu.
Pengajaran dan pembelajaran sastera telah lama diterapkan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah jenis kebangsaan sebelum semakan semula pada tahun 2003 dibuat lagi. Namun begitu pengajaran dan pembelajarnnya tidak begitu ditekan. Selepas semakan pada tahun 2003, unsur sastera telah diterapkan dengan memperbanyakkan teks cerita sastera seperti cerita lagenda, cerita binatang, cerita rakyat dansebagainya. Puisi seperti syair, pantun dan sajak telah dimuatkan dalam buku teks agar masyarakat sekarang mengenali budaya bangsa sendiri di samping memperkayakan kosa kata.
Walaupun Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa pertama di sekolah jenis kebangsaan, hakikatnya Bahasa Melayu perlu diakui sebagai bahasa kedua kerana bahasa ini hanya dituturkan di sekolah sahaja, iaitu waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dijalankan. Beberapa isu yang boleh kita bincangkan tentang pengajaran dan pembelajaran teks berunsur sastera diselitkan dalam Bahasa Melayu. Isu-isu itu merangkumi dua perkara iaitu :

a. Penilaian.
Penilaian dianggap sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana penilaian, pengajaran dan pembelajaran bertindak balasdi anatara satusama lain bagi mencapai matlamat yang dijangkakan.

Penilaian dalam kelas biasanya mengutamakan penilaian sumatif, iaitu mengesan perkembangan pembelajaran dengan serta merta untuk mengenal kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Penilaian dibuat bertujuan untuk memilih calon,mengawasi mutu pelajaran, makluman balik kepada murid-murid, dan makluman balik kepada guru.
i. Pemilihan calon.
Murid-murid dapat dipilih untuk mengetahui aras kebolehan mereka. Dengan itu mudahlah bagi guru untuk menempatkan murid-murid dalam kumpulan pengajaran dan pembelajaran mereka.
ii. Mengawasi mutu pelajaran
Guru akan menjadikan penilaian sebagai kayu ukur untuk melihat mutu pelajaran yang telah mereka sampaikan kepada murid-murid.
iii. Makluman balik kepada murid-murid
Melalui penilaian,murid –murid akan dapat makluman balik tentang prestasi mereka. Dengan cara itu,mereka akan dapat memperbaiki prestasi dan mengetahui kelemahan serta kekuatan mereka dalam mata pelajaran yang mereka pelajari. Penilaian juga menjadi motivasi kepada murid-murid untuk maju.
Dalam satu kajian yang dijalankan di San Francisco tentang maklum balas murid sekolah menengah terhadap gred karangan yang diberi oleh gurunya, Carl Werthman (1963) Kebanyakan pelajar ingin mendapatkan maklumabalas yang lebih berguna selain gred C atau market 55% atau 6 daripada 10 markah. Berikut dicatatkan maklum balas daripada seorang pelajar kajian Carl Werthman (1963) :
After we got our compositions back, I went back to him you know, I asked him about my compositions. I got an F. A asked him what I did wrong. He told me that he could tell by the way I write that I could do better than what I did. And he explained it to me,and he showed me what I need to improve. And he showed me, if I correct my paper, I would get a D. A straight D instead of that F. O.K And I got the D for class. I mean I feel like that teacher was helping me.
iv. Makluman balik kepada guru.
Penilaian merupakan kayu ukur yang paling penting kepada guru. Melalui penilaian mereka akan dapat melihat sejauh mana keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Dengan itu, mereka akan merangka semula strategi,kaedah, dan teknik pengajaran dan pembelajaran mereka agar bersesuaian dengan murid-murid.
b. Pengujian
Pengujian boleh didefinisikan sebagai cara yang sistematis untuk membandingkan prestasi seseorang dengan prestasi seorang lain yang dianggap baku.

Tujuan penilaian ialah menentukan cara dan tujuan pengujian yang baik, menguji kefahaman,makluman balik kelemahan dan kekuatan, dan memberi makluman balik kepada murid.

Bagi mata pelajaran sastera di sekolah rendah, pengujian dijalankan merangkumi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Ujian ini dijalankan dalam bentuk objektif untuk menguji pengetahuan murid-murid tentang teks yang mereka baca. Namun begitu,guru perlu mengambil kira ciri-ciri ujian yang baik semasa membina soalan.
Ciri-ciri ujian yang baik ialah kesahan,kebolehpercayaan.
i. Kesahan.
a. Kesahan rupa.
Ujian perlu mengandungi petikan pemahaman dan kosa kata yang berlaras bahasa sastera. Jangan banyak mengandungi angka, graf dan sebagainya seperti ujian Matematik.
b. Kesahan isi
Soalan yang diuji mestilah berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar oleh guru. Guru tidak boleh mengemukakan soalan yang tidak diajar lagi . Ini akan menyebabkan objektif pelajaran tidak dapat dicapai. Soalan yang biasa diuji mestilah berdasarkan teks. Soalan berbentuk KBKK digalakkan untuk menjana idea dan kematangan murid-muridmenjawab berdasarkan bahan yang mereka baca. Soalan yang dikemukakan itu akan meminta mereka menganalisis peristiwa atau kesan yang akan terjadi .
ii. Kebolehpercayaan
Kebolehan merujuk kepada keselarasan sekumpulan skor ujian mengukur. Jadi kebolehpercayaan itu ialah ketepatan atau konsistensi ujian tersebut. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan satu-satu hasilan bahan ujian.
a. Kesesuaian dan ketepatan tugas-tugas diberi,keobjektifan pemeriksa yang memeriksa ujian dan kestabilan kebolehan murid dalam melaksanakan tugas ujian.

Bagi sekolah rendah bentuk ujian formatif yang dijalankan adalah bentuk objektif. Murid-murid dilatih mencari jawapan berdasarkan teks yang diberikan. Soalan-soalan biasanya tidak lari daripada apa yang terdapat dalam teks.

4. Bina lima soalan berkaitan pengajaran danpembelajaran sastera di sekolah rendah .
Baca syair di bawah dengan teliti. Kemudian jawab semua soalan berikut.

1. Tujuan syair di atas ialah untuk _______
A. Menasihati kita
B. Sebagai hiburan
C. Menyampaikan pesanan
D. Sebagai pedoman

2. Kepada siapakah syair tersebut ditujukan ?
A. Teman
B. Saudara
C. Semua orang
D. Diri sendiri

3. Mengapakah syair itu meminta kita bersabar ?
A. Agar diri kita akan disayangi
B. Kerana hidup ini penuh cabaran
C. Supaya diri dikenang orang
D. Untukmenghormati orang dewasa

4. Mengapakah ilmu perlu dituntut sejak dari kecil ?
A. Supaya dapat berbakti kepada negara
B. Supaya jadi bekalan hari sedap
C. Supaya tidak berasa bosan.
D. Tempuh hidup dengan kesabaran.

5. Berikut adalah pesanan-pesanan yang terdapat di dalam syair kecuali
A. Bersopan santun di jalan raya
B. Setiap nasihat jadikan pedoman
C. Tuntutlah ilmu dari kecil
D. Curahkan jasa kepada Negara

5. Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa kini.

Pengajaran dan pembelajaran yang berunsur sastera, bukanlah topik yang mudah bagi murid-murid di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina. Ini disebabkan oleh kosa kata yang beraras tinggi dan petikan yang mempunyai maksud tersirat dan tersurat. Oleh sebab itu, pengajaran yang hendak dijalankan perlu menarik minat murid-murid agar objektif akan tercapai.

Aktiviti yang dicadangkan ialah :
5.1 Nyanyian
Nyanyian adalah cara yang menyeronokkan murid-murid belajar puisi seperti sajak dan pantun. Nyanyian dapat menyerapkan perasaan gembira dan membuat pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berada dalam suasana yang gembira. Setiap perkataan yang disampaikan menjadi mudah kepada murid-murid apabila mereka dapat berada dalam suasana yang dapat memberikan rasa relaks dan menyeronokkan. Namun begitu pemilihan bahasa untuk dijadikan bahan bantu mengajar adalah penting. Beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti :
a. Pertimbangandari segi umur murid
b. Pertimbangan dari segi peringkat ( aras ) murid
c. Pertimbangan dari segi pengalaman mengajar
d. Pertimbangandari segi objektif pelajaran
e. Pertimbangan dari segi jangka masa yang ditetapkan.

Sebelum guru memulakan pengajaran danpembelajarannya, persediaan perlu dibuat agar pengajaran yang hendak disampaikan akan berjalan dengan baik dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Semasa memilih bahan, guru-guru perlu mengambil kira beberapa aspek dalam pemilihan lagu yang hendak dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beberapa dasar pemilihan lagu yang perlu dipertimbangkan ialah :
a. Elakkan daripada memilih lagu-lagu yang mempunyai susunan kata yang tidak betul dan salah dari segi tatabahasa.
b. Pilihlah lagu-lagu yang mempunyai melodi yangmudah dipelajari dan dingati.
c. Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya, tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat.
d. Lagu-lagu itu akan lebih berkesan jika di dalamnya terdapat unsur-unsur pengulangan.
e. Lagu-lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita, menggambarkan pandangan atau pendapat, pernyataan perasaan dan sebagainya.
f. Lagu-lagu itu juga harus sesuai dengan umur, minat dan kecerdasan murid-murid.

5.1.1 Cara-cara Menjalankan Aktiviti Menyanyi.
Pada peringkat persediaan, guru perlu memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid dan objektifnya. Tentukan tahap kesusahannya dan kemudian fikirkan bahan-bahan dan alat-alat yang diperlukan, aspek-aspek bahasa yang hendak diajar,aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dan sebagainya.
Pada peringkat penyampaian pula, guru boleh memulakan pelajarannya dengan membincangkan perkataan-perkataan susah yang terdapat di dalam lagu itu. Kemudian guru bolehlah menjalankan aktiviti mendengar lagu tersebut melalui pita rakaman seperti CD dan VCD, menyanyikan lagu tersebut , mengedarkan senikata lagu dan membaca, menyampaikan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari oleh murid dan sebagainya. Lagu-lagu yang boleh dipilih oleh guru ialah seperti lagu kanak-kanak tradisional seperti Lenggang-lenggang Kangkung, Ulik Mayang, Wau Bulan, Dayung Sampan Dayung dan sebagainya. Lagu-lagu berunsur tradisional ini menarik, ringkas dan boleh diselitkan unsur tarian untuk menarik minat murid-murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Di bahagian penutup, bolehlah guru menyanyikan semula lagu tersebut bersama-sama murid dan memberi kerja-kerja susulan.

5.2 Bercerita
Bercerita merupakan salah satu aktiviti yang sesuai untukmenyerapkan unsur-unsur sastera dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan bercerita murid-murid dapat dilatih bertutur dan menyebut perkataan dengan baik. Di samping menekankan intonasi dan memperkayakan kosa kata murid-murid. Beberapa objektif bercerita ialah :

a. Menyuburkan daya imaginasi kanak-kanak:
Kanak-kanak boleh secara imaginasi memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka yang terlibat. Misalnya menjadi haiwan, puteri dan sebagainya.

b. Membina rasa hati :
Dalam cerita sering didapati watak-wataknya menemui kejayaan atau mengalami bahaya-bahaya yang menyebabkan penderitaan. Keadaan ini dapat membantu dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Sikap mereka terhadap manusia, pendapat-pendapat, perkara-perkara dan lain-lain dalam kehidupan secara am boleh diubah dengan cara guru membawa mereka kepada tema cerita.

5.2.1 Prinsi-Prinsip Bercerita.

a. Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Aristotle dalam Politics ada menyebut bahawa pendidik hendaklah berhati-hati dalam memilih cerita yang akan disampaikan, terutama kepada kanak-kanak. Ini bermakna cerita dari segi tema atau jalan cerita, bahasa dan lain-lain hendaklah bersesuaian dengan umur, latar belakang dan pengalaman murid-murid. Cerita-cerita yang boleh dipertimbangkan adalah seperti cerita lagenda, cerita rakyat, dan sebagainya. Cerita Lebai Malang, Pak Pandir dan Mak Andih, Cerita-cerita Sang Kancil, Si Badang dan sebagainya memang menarik hati murid-murid di sekolah rendah. Cerita-cerita sudah diketahui dan banyak bahan bacaan yang diterbitkan.
b. Cerita harus menggunakan bahasa yang sesuai. Ini bermaksud bahasa perlulah mudah, tepat dan jelas serta tidak mengandungi perkataan atau rangkai kata yang boleh mengelirukan. Perkataan atau rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian haruslah dielakkan.
c. Plot cerita dan penyampaiannya perlulah menarik. Episod tersusun dan dan ada kesudahan. Semasa menyampaikannya, guru perlu menggunakan aneka gaya, menggunakan gerak isyarat, pergerakan, pernyataan, menggunakan cakap ajuk,lakonan dan sebagainya.
d. Penglibatan murid-murid sepenuhnya adalah juga penting. Libatkan intelek, emosi dan kadang-kadang fizikal murid semasa sesi bercerita. Ini diikuti dengan aktiviti-aktiviti sebagai susulan.

5.2.3 Kemahiran Bercerita

Berbagai-bagai kemahiran digunakan dalam kemahiran bercerita. Kemahiran-kemahiran ini boleh dikumpulkan kepada dua komponen :
a. Komponen struktur
b. Komponen penyampaian.

a. Komponen berstruktur boleh dibahagikan kepada tiga :
i. Permulaan
ii. Pembentukan
iii. Penutup

i. Permulaan.
Guru harus dapat menarik perhatian murid dan mengekalkannya sehingga ke akhir pembelajaran. Keadaan ini boleh melalui penggunaan gerak isyarat yang sesuai, mimic muka,gambar, perhubungan penglihatan, media dan sebagainya. Perhatian juga boleh dirasai oleh murid jika guru mampu membentuk situasi atau membawa pendengar ke zaman berlakunya cerita atau peristiwa itu.

ii. Pembentukan
a. Bahasa yang sesuai :
Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud cerita dapat disampaikan dan difahami. Penggunaan cakap ajuk di tempat-tempat yang boleh menambahkan kesan dan menjadikan pendengar-pendengar memberi lebih banyak perhatian kepada cerita hendaklah selalu diadakan.
b. Kelancaran pertuturan :
Ini penting untuk perkembangan cerita licin. Kefahaman murid-murid akan lebih baik dan berkesan.
c. Suara guru :
Cerita akan menjadi lebih menarik dan boleh berbentuk hiburan jika ada perubahan-perubahan dalam suara guru dari aspek nada, intonasi, ketinggian, kekuatan dan sebagainya. Perubahan suara ini perlu dilakukan pada tempat-tempat yang sesuai dengan peristiwa dalam cerita.
d. Gerak-geri dan pernyataan yang sesuai :
Gerak isyarat dan pernyataan yang sesuai dan bermakna membantu menyampaikan maksud sesebuah cerita. Iajuga membangkitkan minat dan memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid.
e. Ransangan yang tepat :
Semasa bercerita rangsangan yang berbeza boleh digunakan untuk mengarahkan minat dan perhatian murid-murid kepada keseluruhan cerita. Guru boleh mengemukakan soalan, murid boleh memberi pendapat dan cadangan pada mana-mana yang sesuai mengikut konteks cerita.
f. Aturan perkembangan cerita :
Peringkat-peringkat cerita yang membentuk keseluruhan cerita mesti dalam susunan dahulu-kemudian.
g. Penjelasan tema cerita :
Ini harus dibentuk dengan baik supaya pendengar-pendengar boleh membincangkan plot cerita, watak-watak utama dan dapat membuat gambaran mengenai moral cerita tersebut.
h. Penglibatan murid-murid :
Semasa membentuk cerita,murid-murid boleh terlibat secara efektif, kognitif dan kadang-kadang fizikal. Mereka boleh terlibat secara lisan, atau melakukan sesuatu, atau memberi pandangan dan pendapat atau sebagainya.

iii. Penutup
Cerita perlu mempunyai kesudahan agar dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memberi aktiviti susulan untuk memantapkan pengetahuan murid-murid.

b. Komponen penyampaian.
Untuk menyampaikan cerita, pelbagai kemahiran boleh diterapkan oleh guru. Di antaranya ialah :
i. Penggunaan bahasa.
a. Bahasa mestilah jelas. Bahasa mestilah sesuai dan mudah. Elakkan penggunaan bahasa yang kabur.
b. Suara perlu jelas dan ada perubahan dalam nada dan intonasi.
ii. Keceriaan guru :
Pergerakan yang dibuat perlu bermakna dan sesuai dengan cerita agar penyampaian lebih berkesan.
iii. Penglibatan murid-murid :
Murid-murid bolehdilibatkan dengan meminta mereka melakonkan watak-watak,memberi pendapat atau menjawab soalan-soalan yang dikemukakan agar suasana tersebut hidup dan ceria.
iv. Penggunaan alat bantuan :
Media alat pandang dengar yang dipilih mestilah berkaitan dengan situasi cerita , dapat membangkitkan minat murid-murid dan memberikan kefahaman kepada mereka.
v. Peneguhan :
Pencerita boleh menggunakan ulangan di mana-mana yang perlu untuk menarik perhatian murid-murid. Idea dan komen murid-murid perlu diberi perhatian untuk peneguhan kognitif dan efektif.

5.2.4 Dasar Pemilihan Cerita
a.Cerita-cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan pengalaman, latar belakang, peringkat umur, kebolehan otak,kecenderungan dan minat murid-murid.
b. Cerita-cerita itu menggunakan bahasa yang baik, mudah dan tidak berbelit-belit
serta betul tatabahasanya.
c. Isi dan tema cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pendidikan dari aspek
akhlak dan budi pekerti.
d. Cerita yang dipilih boleh dijadikan lakonan dan kerja bertulis.
e. Plot cerita menarik dan mudah difahami.
f. Cerita yang dipilih tidak menyentuh sensitiviti agama, kaum, kebudayaan,
kepercayaan dan adat resam.
g. Cerita juga tidak menyentuh dasar kerajaan atau yang bertentangan dasar
tersebut.
h. Cerita harus menerapkan unsur intergrasi negara.

5.2.5 Cara Menjalankan Pelajaran Cerita
a. Guru menerangkan makna perkataan, rangkai kata yang susah dan latar
belakang cerita itu.
b. Setelah mengumpulkan murid-murid, guru terus bercerita sambil menunjukkan
gambar-gambar atau bahan bantu mengajar untuk menarik perhatian murid-murid.
c. Setelah selesai,guru boleh mengemukakan soalan atau memintamurid-murid
menyatakan soalan dan pendapat mereka tentang cerita yang didengar.
d. Guru boleh juga meminta murid-murid melakonkannya bersesuaian dengan masa
dan keadaan.

ilhamlara berkata...

AZIAWATI AZIZ
M20081000094

1. Sempurnakan nota kuliah setakat ini. (10 markah)
Minggu 1
1. Memperkenalkan beberapa teori, kaedah dan teknik semasa menilai dan menguji dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
2. Antara bahan rujuakan ialah:
a. Robert Lado(1962)
b. Abdul Aziz Abdul Talib (1996) berkaitan Menguji Kemahiran Bahasa.
c. Azman Wan Chik (1994) berkaitan Pengujian Bahasa.

3. Isu-isu berkaitan Pengujian yang dibahagikan kepada dua iaitu:-
a. Kesahan
b. Kebolehpercayaan
4. Pengenalan berkaitan bahasa ibunda dan bahasa asing. Selain itu penekanan mengenai hubungan ujian dengan pembelajaran juga ditekankan. Beberapa isu yang berkaitan Ujian juga dibincangkan dalam kuliah.
5. Masalah dalam menguji bahasa , misalnya bahasa asli. Terdapat beberapa masalah timbul seperti:
a. Dialek yang berbeza
b. Tatabahasa
c. Kekurangan kosa kata
d. Penulisan
e. Gaya
6. Perbincangan berkaitan teori dan amali dalam menguji bahasa asing. Selain itu perbincangan juga berkisar perbezaannya dengan bahasa ibunda.
7. Berkaitan variable dan strategi.
a. Variable : unsur dan kemahiran
b. Strategi : iaitu situasi, bahasa, unsur atau kemahiran, ujian berkelompok atau individu, ujian objektif atau subjektif
8. Terdapat beberapa kriteria semasa menguji iaitu:-
a. Kesahihan, realibiliti,ekonomi.
b. Kritikan-terjemahan, esei,rencana,ujian objektif, dan ujian mendengar.
9. Peranan sebutan dan segmen sebutan .
10. Kemahiran Bersepadu
a. Berkaitan kefahaman auditori
b. Bagaimana membentuk Ujian
c. Pelbagai pilihan iaitu betul/salah
d. Membina unit Ujian Bersepadu

11. Kefahaman Membaca iaitu berkisar mengenai
a. Teknik umum
b. Pra membaca
c. Teknik bagi pelajar maju
d. Membina unit ujian membaca

Minggu ke-2
1. Dalam membina ujian terdapat beberapa aspek yang ditekankan iaitu:-
a. Pembinaan Ujian
b. Ujian secara berasingan
c. Ujian integrasi dan pragmatik(iaitu bagaimana kita menggunakan bahasa itu dalam komunikasi)
d. Ujian bahasa komunikatif
e. Model kecekapan komunikatif
2. Model komunikatif
-atau dipanggil model kecekapan. Seperti orang yang pandai menggunakan bahasa tinggi, peraturan
canggih,penggunaan perkataan yang sesuai
3. Dalam pembinaan Ujian ada beberapa aspek yang perlu dilakukan.
a. Pembinaan ujian, kesahan ujian dan kebolehpercayaan ujian.
4. Pembinaan Ujian
a. Pembinaan ujian yang berkriteria
b. Pembinaan item ujian
c. Kesahan ujian
d. Kebolehpercayaan ujian
5. Penerangan berkaitan kriteria ujian ,kesahan dan kebolehpercayaan ujian
6. Ujian secara berasingan
-integrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi
Interaksi yang mengambil masa yang panjang
Ujian integrative sesuai untuk KBSR
Ujian integrative meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa
Ujian kloz sesuai untuk ujian kemahiran produktif
7. Penjelasan berkaitan Ujian Integrasi dan Pragmatik
Minggu ke-3
1. Reka Bentuk Ujian
-komunikasi dan reka bentuk ujian: berkaitan pandangan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa
mempengaruhi reka bentuk ujian dan mentafsir skor.
-bahasa: satu alat komunikasi,model budaya dan model insan.
2. Ujian unsur-unsur Berasingan
-pengaruh linguistik struktural
Menguji unsur bunyi,tatabahasa,kosa kata
Diperkukuhkan dengan kemahiran kognitif
Masih digunakan hingga sekarang.
Minggu ke-4
1. Proses pengajaran adalah edaran yang berterusan
2. Tujuan Ujian dilakukan:-
a. Mendapatkan maklumat
b. Memastikan objektif pengajaran guru tercapai
c. Menggredkan pelajar
d. Sebagai penggerak
e. Tujuan penempatan-baik,sederhana,lemah
3. Ciri-ciri Ujian
a. Kesahan Ujian
b. Kebolehpercayaan dan kestabilan
c. Keobjektifan dan ketepatan Ujian
4. Jenis-jenis Ujian
a. Ujian Penempatan
b. Ujian Formatif
c. Ujian Diagnostik
d. Ujian untuk penggredan dan pensijilan
5. Asas Penilaian
a. Domain kognitif (Kemampuan proses berfikir)
b. Domain afektif (hubungan sikap,pandangan dan nilai)
c. Domain psikomotor(pergerakan yang menggunakan badan)

Minggu ke-5
1. Taksonomi Bloom
a. Pengetahuan
b. Kefahaman
c. Aplikasi
d. Analisis
e. Sintesis
f. Penilaian

2. Epestimologi (berkaitan dengan kognitif)
3. Pengertian mengenai Taksonomi Bloom

Minggu ke-6
1. Menyenaraikan apa yang diuji di sekolah
a. Penulisan, pemahaman
2. Isu-isu: tiada kemahiran mendengar di sekolah
a. Berkaitan ujian lisan dan bukan lisan
b. Bagaimana mahu menguji kefahaman secara lisan
c. Apa yang kita uji
d. Bagaimana kita mahu menguji penghasilan pertuturan (kemahiran bertutur)
e. Apa fungsi budaya
f. Ujian berasaskan sekolah
g. Guru yang membuat ujian terlalu terkongkong dengan format soalan.
h. Kurangnya kemahiran bercakap dan mendengar

Minggu ke-7
1. Apa yang hendak diuji semasa membuat soalan Ujian.
a. Melihat prestasi
b. Menggunakan ujian rujukan norma dan kriteria
2. Penerangan berkaitan pemikiran kreatif dan kritis
3. Kemahiran berbahasa
4. Mengutaran isu-isu :-
a. Bagaimana mencari isi tersurat dan tersirat

Minggu ke-8
1. Berkaitan matlamat semasa pengajaran bahasa (matlamat jangka masa panjang atau pendek)
2. Pendidikan budaya yang dikatakan penting dalam pengajaran di sekolah.
3. Bahasa dikatakan sebagai:
a. Memberikan peluang pekerjaan
b. Bahasa sebagai modal insan

3. Buat esei mengenai objektif sukatan pelajaran Bahasa Melayu menurut sekolah Menengah dan
Rendah tempat anda bertugas. (10 markah)

Selaras dengan dasar Pendidikan Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang diwajibkan di semua sekolah menengah. Hal ini kerana bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan rakyat di Malaysia. Bahasa Melayu ini dikatakan mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat serta berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air.
Oleh itu, kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah dibentuk dengan tujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum bahasa Melayu ini juga, bertujuan untuk menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan pertuturan tatabahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan pertuturan tatabahasa secara betul dan tepat.
Hal ini juga,untuk melahirkan murid-murid yang mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir.
Sukatan bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga sesebuah sekolah juga telah menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai oleh organisasinya. Antaranya ialah dengan harapan pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum bahasa Melayu, murid-murid sekolah menengah akan dapat melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan,perbincangan dan penulisan. Selain itu juga untuk menjalinkan dan mengeratkan hubungan antara para guru dengan murid dan antara murid dengan murid yang lain. Hal ini penting untuk dipraktikkan terutama semasa melakukan urusan bagi mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang diingini.
Selain itu objektif ini ditetapkan dengan tujuan murid-murid dapat memproses maklumat secara kritis dengan menggunakan pelbagai sumber yang didengari,dibaca,dan ditonton bagi mendapatkan sesuatu maklumat.
Seterusnya pihak pendidikan dan sekolah juga mengharapkan murid-murid dapat menggunakan maklumat yang diperolehnya itu untuk tujuan menyelesaikan masalah,membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan. Hal ini juga akan mengurangkan jumlah murid yang buta huruf dan melahirkan murid-murid yang celik akal. Selain itu pihak sekolah dan kementerian juga berhasrat agar mereka dapat melahirkan murid-murid yang dapat menghayati dan mengamalkan nilai murni,sikap positif dan bersemangat patriotik dalam memajukan dan mempertahankan negara.
Secara tuntasnya, objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian amatlah selaras dengan hasrat pihak sekolah iaitu melahirkan modal insan yang berguna dan berilmu bagi menjana pembangunan negara. Hal ini bertepatan dengan kata-kata Perdana Menteri kita yang mahukan negara menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang di seantero dunia.