20 Disember 2008

Kuliah 2 (3 Januari 2009) Analisis Sukatan Pelajaran bahasa Melayu

Hjh Zahirah Abdul Aziz
Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pendahuluan

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan (Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh profesion, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka, menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian berdasarkan perubahan tersebut. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian inti pati profesionalisme guru. Berasaskan pemahaman dan analisis ten tang organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan pengajaran.

Definisi Sukatan Pelajaran

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum, dan mengandungi topik, obejktif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian (www.edsnet.na/ Resources/TBCM/TBCM l/Glossary M 1.htm).

Amalan kurikulum berbeza-beza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Dalam amalan kurikulum di Malaysia, kurikulum dan sukatan pelajaran bersifat berpusat, diselaraskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang merangkum pendidikan prasekolah, rendah dan menengah. Terdapat dua dokumen penting yang saling melengkapi yang dibangunkan, iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Sukatan pelajaran

Sukatan pelajaran, sebagai dokumen induk, mewakili keperluan kurikulum bagi satu peringkat persekolahan. Oleh itu, ada dua sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang dibina di PPK iaitu sukatan pelajaran sekolah rendah dan sukatan pelajaran sekolah menengah. Sukatan pelajaran sekolah rendah merangkurni Tahap Satu dan Tahap Dua, disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, dan Kelas Peralihan. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah (tingkatan satu hingga tingkatan tiga), dan menengah atas (tingkatan empat dan tingkatan lima).

Huraian sukatan pelajaran

Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandungan sukatan pelajaran. Huraian sukatan pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran, dan dibezakan antara HSP SK dan SJK.

Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah dimuatkan dalam dokumen sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Organisasi kandungan kurikulum, sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merujuk kerangka utama dokumen berkenaan, setiap satu, dengan kerangka yang tertentu. Organisasi Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah seperti yang berikut:

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah diorganisasikan seperti berikut:

1. Matlamat dan Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum):
a. Penggunaan Bahasa
b. Kemahiran Bahasa
c. Hasil Pembelajaran
d. Sistem Bahasa
e. Pengisian Kurikulum

3. Hasil Pembelajaran (senarai hasil pembelajaran bagi ketiga­tiga bidang penggunaan bahasa)
4. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)
5. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Terdapat lima buah buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang disediakan, iaitu sebuah khusus bagi setiap tingkatan satu hingga tingkatan lima. Kelima-limanya berbeza dari dua segi, iaitu:

1. Objektif pendidikan Bahasa Melayu bagi setiap tingkatan
2. Huraian hasil pembelajaran
3. Catatan dan cadangan aktiviti dan sumber (sejajar dengan pemyataan huraian hasil pembelajaran)

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah seperti yang berikut:

1. Matlamat, Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah, dan Objektif Pendidikan 2. Bahasa Melayu Sekolah Menengah mengikut tingkatan
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum)
a. Penggunaan Bahasa
b. Kemahiran Bahasa
c. Hasil Pembelajaran
d. Sistem Bahasa
e. Komponen Kesusasteraan Melayu
f. Pengisian Kurikulum

3. Penerangan tentang Huraian Sukatan Pelajaran Hasil Pembelajaran
a. Hasil Pembelajaran (Utama dan Khusus)
b. Huraian Hasil Pembelajaran
c. Cadangan Aktiviti/Nota

4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
5. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)
6. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)
7. Hasil Pembelajaran (kandungan). Bahagian ini dipersembahkan dalam tiga lajur, iaitu hasil pembelajaran utama dan khusus dalam lajur 1, huraian hasil pembelajaran dalam lajur 2, dan catatan dan nota dalam lajur 3.

Matlamat dan Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Matlamat kurikulum sdalah tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan, misalnya pendidikan Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan kecil antara matlamat pendidikan bahasa Melayu bagi sekolah rendah dengan sekolah menengah. Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan pekerjaan.

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah digariskan daripada matlamat yang dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah berbeza daripada objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah. Objektif yang dicapai pada akhir pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah adalah:

1. Melibatkan diri dalam interaksi so sial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;
3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;
4. Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera;
5. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan
6. Menghayati dan mengamalkan nilai mumi, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Selain daripada itu, terdapat juga objektif yang lebih khusus bagi setiap tahun pembelajaran, iaitu tingkatan satu hingga tingkatan lima dinyatakan dalam dokumen huraian sukatan pelajaran mengikut tahun. Perbezaan ini wujud dari segi skop, peluasan dan kedalaman kemahiran. Objektif mengikut tingkatan ini berdasarkan objektif pendidikan sekolah menengah tertera di atas. Di bawah ini diperturunkan objektif pendidikan Bahasa Melayu Tingkatan Tiga:

1. Berbicara tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau dan antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun.
2. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan melaksanakan aktiviti yang lazim dalam transaksi.
3. Memberikan penjelasan, alasan dan contoh untuk mempengaruhi pihak lain dalam suasana perbincangan dan perundingan yang harmoni.
4. Membaca bahan sastera dan ilmu dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu karya.
5. Merujuk pelbagai sumber, memperluas dan menganalisis maklumat bagi tujuan penyelidikan. 6. Menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara, bentuk dan gaya penyampaian yang efektif.
7. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang gramatis dan teknik penulisan yang menarik.
8. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara yang terdapat dalam bahan yang dipelajari dan yang diperoleh melalui pengalaman pembelajaran di bilik darjah.

Penggunaan Bahasa

Untuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah, pengetahuan dan kemahiran yang ingin disuntik kepada pelajar ialah keterampilan menggunakan bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan harian, pengembangan ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur hayat, serta tuntutan kerjaya. Berasaskan matlamat tersebut, kandungan kurikulum Bahasa Melayu dijuruskan kepada tiga bidang penggunaan bahasa iaitu:

1. Bidang interpersonal: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks mengekalkan hubungan dan interaksi sosiallain seperti memberikan pendapat, rundingan, membuat pertimbangan, memujuk dan transaksi.

2. Bidang maklumat: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks memperoleh, memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dalam pelbagai disiplin.
3. Bidang estetik: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa bagi apresiasi keindahan bahasa pelbagai karya penulisan dan penghasilan genre penulisan.

Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah yang berasaskan penggunaan bahasa merupakan urutan yang logik daripada penekanan pada kemahiran bahasa pada peringkat sekolah rendah kepada aspek fungsian bahasa Melayu dalam pelbagai konteks kebahasaan sebenar pada peringkat menengah. Kemahiran bahasa dan kecekapan berbahasa (dijelmakan dalam pernyataan hasil pembelajaran) yang perlu dikuasai oleh murid menengah mencakup keperluan fungsi ketiga-tiga bidang penggunaan bahasa tersebut. Harus diingat bahawa bidang penggunaan bahasa tidak mewakili kemahiran bahasa tertentu. Anggapan bahawa bidang interpersonal mewakili kemahiran mendengar dan bertutur, manakala bidang maklumat mewakili kemahiran membaca, dan bidang estetik mewakili kemahiran menulis adalah tidak tepat sama sekali. Setiap hasil pembelajaran dalam bidang penggunaan bahasa boleh menjurus kepada kemahiran dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan atau menulis. HPK 2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti boleh merujuk dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran bertutur dan menulis.

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran adalah set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh murid melalui proses pembelajaran bahasa (Melayu). Ini sejajar dengan pandangan Skinner (1992) bahawa pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku melalui pengalaman pembelajaran pengetahuan, kemahiran dan sikap dapat dibentuk. Hasil pembelajaran dibina mengikut bidang penggunaan bahasa (interpersonal, maklumat atau estetik). Pernyataan hasil pembelajaran berteraskan kemahiran bahasa dan disepadukan satu atau lebih perkara berikut, iaitu sistem bahasa, komponen sastera dan elemen pengisisan kurikulum. Te1iti hasil pembelajaran berikut:

1.4 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan ungkapan yang sesuai

a. Mentafsir maksud tersurat/tersirat ialah unsur kemahiran berfikir, menganalisis dan kecerdasan verbal-linguistik, iaitu satu daripada elemen pengisian kurikulum
b. Merujuk sistem bahasa iaitu kosa kata
c. Maksud rangkai kata/petikan yang ditafsir mungkin daripada bahan komponen sastera.

Hasil pembelajaran terbahagi dua: hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus.

5.1 Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

Hasil pembelajaran utama bagi setiap bidang penggunaan bahasa adalah seperti yang berikut:

Bidang Interpersonal

1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat
4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan
5.0 Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain melakukan sesuatu
6.0 Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan

Bidang Maklumat

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton
8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu

Bidang Estetik

10.0 Memaharni dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera
11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif

12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif

5.1 Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

Hasil pembelajaran utama yang tersenarai di atas masih bersifat umum. Oleh itu, setiap hasil pembelajaran utama mengandungi set hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai untuk memastikan hasil pembelajaran utama telah dikuasai o1eh pelajar. Contohnya, terdapat lima HPK 2.1,2.2,2.3,2.4 dan 2.5 perlu dikuasai murid untuk mencapai HPU 2.0

2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan

2.1 Mencetuskan idea bemas dan teliti semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.
2.2 Menghuraikan idea bemas secara kritis dan rapi.
2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.
2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk membantu dalam membuat penyelesaian.
2.5 Berbincang dan membuat penje1asan secara spontan tentang sesuatu perkara terhadap isu yang dikemukakan.

Berdasarkan taksonomi Bloom, iaitu konsep daripada yang mudah daripada mudah kepada yang sukar, HPK 2.1 ialah HP yang relatifnya mudah berbanding 2.2, dan HPK 2.5 ialah HP yang paling sukar bagi HPU 2.0.

Hasil pembelajaran utama (HPU), hasil pembelajaran khusus (HPK), hinggalah kepada pernyataan yang lebih spesifik iaitu huraian hasil pembelajaran (HHP) mempunyai implikasi pedagoginya. Dalam konteks pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran:

petunjuk kepada kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai
membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan tatacara pengajaran serta penilaian yang relevan dan berkesan

Pernyataan Huraian Hasil Pembelajaran (HHP)

Suatu perkara dalam kandungan huraian sukatan pelajaran yang perlu dianalisis dan difahami oleh guru ialah huraian hasil pembelajaran. Bagi tujuan yang lebih spesifIk untuk memenuhi keperluan pedagogi di bilik daIjah, setiap hasil pembelajaran khusus diperincikan mengikut tahap kesukaran isi pelajaran dan tahap pembelajaran dan pre stasi pelajar. Perincian ini terkandung huraian hasil pembelajaran yang juga disebut pemyataan aras pembelajaran; sarna ada aras as as [Aras I], aras sederhana [Aras 2], atau aras cemerlang [Aras 3]. Pemyataan aras pembelajaran dibina berdasarkan pemyataan HPK. Oleh sebab tidak semua pemyataan aras ada bagi semua HPK bagi ketiga-tiga aras, maka guru hams berupaya mengesan HPK bagi pernyataan aras tersebut. Di bawah ini diperturunkan huraian hasil pembelajaran dari aras 1,2 dan 3 bagi HPU 1.0 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga, dan sila teliti pertalian antara HPK dan HHP.

Aras 1

1. Berbual, menambah dan menyambung bicara ten tang masyarakat dengan menggunakan ungkapan yang sesuai dan ayat yang gramatis. (HPK 1.1)

2. Mendengar pemyataan dengan aktif dan menghubungkaitkannya dengan kejadian atau peristiwa yang dibaca, didengar, dan didalami sebagai respons. (HPK 1.2)

3. Mengisahkan dan menceritakan semula sesuatu perkara dengan teratur dan menarik perhatian. (HPK 1.3)

4. Menyatakan pandangan dengan menghuraikan maksud tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber (HPK 1.3)

5. Mengemukakan soalan dalam bentuk ayat tanya tanpa kata tanya dan menggunakan soalan pengikat untuk mengundang respons (HPK 1.4) VI.

6. Menolak pandangan seseorang dengan memberikan penjelasan yang sopan (HPK 1.5)

7. Memberikan penjelasan tentang maksud dan kedudukan sebenar secara sopan.

Aras 2

1. Mengutarakan soalan bertumpu dan bercapah serta memberikan jawapan yang tepat dalam perbincangan (HPK 1.4)

2. Menghujah secara sop an tentang pemyataan atau isu yang bersifat sensitif dan berupa tuduhan (HPK 1.5)

3. Menyatakan penghargaan, pengakuan, kecenderungan dan mendapatkan pertimbangan. (HPK 1.6)

Aras 3

1. Menafikan pemyataan dan menolak tuduhan dengan mengemukakan hujah yang meyakinkan tanpa menyentuh hal sensitif. (HPK 1.5)

2. Menyatakan kesediaan, keprihatinan, kekhuatiran tentang sesuatu, serta menegur perlakuan yang tidak menyenangkan dengan menyisipkan peribahasa. (HPK 1.6)

Pemyataan dalam huraian hasil pembelajaran ialah pemyataan yang dipilih dan diukur oleh guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian. Selain menggunakan kreativiti dan pengalaman untuk merangka dan memikirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi hasil pembelajaran yang dipilih, guru digalakkan menggunakan cadangan aktiviti dalam lajur 3 HSP yang mengambil kira aspek pedagogi, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sumber dan bahan bantu belajar.

Komponen Sastera dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Pembelajaran unsur sastera bagi murid-murid sekolah mula diberikan penekanan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu 1988 sebagai unsur sastera. Mulai tahun 2000 pembelajaran unsur sastera dimantapkan melalui pelaksanaan komponen sastera yang dijelaskan dalam edisi penyesuaian Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu seta penggunaan teks sastera wajib yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum Bahasa Melayu semakan pelaksanaan 2003, komponen sastera diteruskan. Dengan semangat yang sarna dinyatakan dalam objektif pelaksanaan komponen sastera, iaitu:

1. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera,

2. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Komponen sastera harus difahami dalam perspektif yang tepat, iaitu:

1. komponen sastera diperkenalkan bukan untuk mengajarkan sastera per se, dalam kelas Bahasa Melayu.

2. komponen sastera merupakan medium atau wahana untuk mencapai matlamat pendidikan bahasa Melayu iaitu keterampilan berbahasa Melayu, dengan itu mengukuhkan kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) serta penguasaan sistem bahasa (tatabahasa, kosa kata dan sebagainya) murid.

Aspek sastera seperti tema persoalan gaya bahasa, plot, pengajaran, dan sebagainya diperkenalkan tetapi tidak begitu terperinci seperti kandungan pedidikan Kesusasteraan Melayu elektif.

Dengan ini, komponen sastera dalam konteks sukatan semakan terjelma dalam dua bentuk:

Sebagai HPU dari HPK, khususnya HPU 10.0 memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera

Teks atau karya sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja untuk mencapai HPU 10.0, tetapijuga boleh digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran dengan HPU yang lain termasuk bidang interpersonal dan maklumat
Teks komponen sastera boleh digunakan sebagai bahan untuk mengajarkan tatabahasa dan mengembangkan kosa kata murid.
Pengajaran menggunakan teks sastera dapat merealisasikan mana­mana kemahiran bemilai tambah yang sesuai sarna ada kemahiran berfIkir, teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kajian mas a depan, kontekstual, konstruktivisme atau kecerdasan pelbagai.

Berdasarkan pemahaman ini, kekeliruan dapat dielakkan dan guru dapat merancang strategi pengajaran yang berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran serta menepati objektif sebenar komponen sastera.

Pengisisan Kurikulum

Selain kemahiran dan kecekapan yang khusus diperoleh daripada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, kurikulum semakan menggariskan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai yang hams dimiliki oleh murid yang dididik. Hasrat ini dinyatakan dalam pengisian kurikulum. Terdapat beberapa pernyataan hasil pembelajaran secara tersurat memperlihatkan penekanan elemen pengisisan kurikulum yang khusus. Walau bagaimanapun, sekiranya mana-mana elemen tersebut tidak dinyatakan dalam pernyataan HP, penyerapan pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai perlu dirancang dan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima elemen dalam pengisian kurikulum iaitu:

Ilmu - pengintegrasian isi atau kemahiran khusus mata pelajaran dan disiplin lain dalam pendidikan Bahasa Melayu
Nilai - penyerapan 17 nilai murni yang as as atau subnilai merentas kurikulum
Kewarganegaraan - tuntutan meningkatkan patriotisme mood kepada negara.
Peraturan sosiobudaya - pendidikan berteraskan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia

Kemahiran bernilai tambah - kemahiran generik yang dibina melalui kemahiran dan pendekatan dan gaya pembelajaran berikut: a. Kemahiran berfikir b. Kemahiran teknologi c. Maklumat dan komunikasi Kemahiran belajar cara belajar d. Kajian masa depan e. Kecerdasan pelbagai f. Pembelajaran konstruktivisme g. Pembelajaran kontekstualisme

Bagi menyerapkan elemen di atas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, pertimbangan pedagogi perlu dibuat bagi menyesuaikan hasil pembelajaran dengan mana-mana elemen tersebut.

Strategi pengajaran dan pembelajaran

Analisis dan pemahaman kandungan sukatan pelajaran perlu disusuli praktis yang berkesan. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu menggariskan strategi pengajaran dan pembelajaran berikut yang perlu diamalkan dan dilaksanakan:

1. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan menggalakkan interaksi dan penguasaan kemahiran meIaIui pengalaman sendiri serta memberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.

2. Pendekatan masteri untuk memastikan murid menguasai isi pelajar dan kemahiran, meIaIui pengubahsuaian teknik mengikut tahap kebolehan murid dan penilaian formatif yang jitu dan berterusan serta tindakan susulan yang sesuai.

3. Kepelbagaian pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan kebolehan murid serta keberkesanan pengolahannya.

4. Kepelbagaian sumber dan bahan seperti akhbar, majaIah, kamus, bahan daripada internet, perisian kursus, bahan sastera dan bukan sastera, bahan pelbagai disipIin, bacaan luas serta penggunaan pusat sumber dan komputer.

5. Penggunaan tatabahasa yang tepat melalui pengajaran terancang, penggunaan aspek tatabahasa dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna. Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan utama.

6. Pengajaran dan pembelajaran bertema meliputi bidang iImu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu semasa dirancang supaya hasil pembelajaran, kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata disepadukan dan dikukuhkan.

7. Bacaan luas dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera untuk meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca.

8. Penggabungjalinan antara dua atau Iebih kemahiran bahasa, serta hasil pembelajaran dengan sistem bahasa. Bagi tujuan ini, guru harus mengenal pasti sekurang-kurangnya dua hasil pembelajaran bagi setiap waktu pengajaran dengan satu daripadanya sebagai fokus utarna, dan selebihnya fokus sampingan. Penggabungjalinan tatabahasa dan kosa kata perlu dilaksanakan dalam setiap waktu pengajaran.

9. Penyerapan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Kemahiran bedikir perlu diserapkan dalam setiap waktu pengajaran BM.

10. Pemulihan dibuat untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai mengikut kadar kemampuan mood.

11. Penilaian formatif dan sumatif yang berterusan dijalankan untuk menentukan pencapaian hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran, serta mengenal pasti tindakan susulan yang perlu diambil misalnya aktiviti pemulihan atau pengayaan.

12. Pengayaan perlu diberikan bagi murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal daripada jangka masa yang ditetapkan melalui aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar.

Kesimpulan

Semakan kurikulum menuntut guru menganalisis semula kandungan kurikulum, sukatan dan huraian sukatan pelajaran supaya guru dapat melaksanakan tugas mengajar dengan sebaiknya mengikut matlamat, objektif dan ketetapan yang dibuat. Setelah memaharni kandungan sukatan pelajaran, tugas yang lebih berat ialah penyediaan rancangan pengajaran tahunan dan harian, seterusnya pelaksanaan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Di sinilah pengetahuan kurikulum, ilmu tentang bahasa (Melayu), strategi pengajaran berkesan dan kecintaan kepada tugas mengajar dipersatukan bagi memastikan muridlah yang pada akhirnya mendapat yang terbaik daripada pengajaran yang ditawarkan oleh guru serta pengalaman pendidikan yang dilalui oleh murid.

Kuliah 1 (20 Disember 2008); Penyerapan Unsur Baru dalam BM

KONSEP PENYERAPAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Hjh. Zahirah Abd. Aziz
Ketua Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
Pusat Perkembagan Kurikulum
Kementerian Pelajran Malaysia

1.0 Pengenalan

Dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu konsep penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah. Penyerapan ini diterangkan seperti yang berikut:

1. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakupi hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
2. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang, namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
3. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberikan penekanan pada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir wajib diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:

Mencirikan
Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
Membuat kaitan dan perhubungan
Membanding dan membeza
Menyusun atur
Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
Membezakan fakta dengan pendapat
Menganalisis
Mengesan kecondongan pendapat
Mengenal pasti sebab akibat
Meramal
Mensintesis
Mengitlak
Membuat analogi
Membuat inferens
Membuat kesimpulan
Menginterpretasikan, mentafsir
Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
Menilai
Menjana idea
Merumus, meringkas
Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah

Kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan untuk membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai oleh murid. Alat berfikir seperti penyusun grafik, soalan (bertumpu, bercapah, dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid, serta sumber yang ada.

2.0 Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa

Satu strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sebagaimana yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran ialah penggabungjalinan. Ini merupakan proses yang sangat penting kerana melalui penggabungjalinan, beberapa kemahiran berbahasa dapat dikuasai oleh murid serentak. Penggabungjalinan ini berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu inter bidang atau kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intra bidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran berbahasa membaca. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran.
Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada kata umum atau istilah), dan peribahasa; serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

3.0 Penyerapan dalam Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa

Kertas kerja ini memberikan fokus kepada penyerapan ilmu, kemahiran bernilai tambah dan kepintaran emosi dalam konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa.

3.1 Penyerapan Ilmu dalam Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa

Menurut Kamus Dewan, ilmu bermakna pengetahuan, kepandaian (dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin). Ilmu merangkumi pelbagai bidang dan disiplin yang luas. Ilmu bukan sekadar merentas kurikulum seperti ilmu dalam bidang sains, matematik, geografi, sejarah atau agama, tetapi juga meliputi seluruh kehidupan bermasyarakat.

Penggabungjalinan kemahiran berbahasa dan penyerapan ilmu merupakan dua perkara yang berjalan seiring semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Melayu. Pengabungjalinan kemahiran berbahasa merupakan strategi manakala ilmu merupakan bahan. Guru diberi sepenuh kebebasan untuk menggunakan pelbagai disiplin ilmu (asalkan tidak bertentangan dengan nilai norma masyarakat Malaysia) agar murid merasakan keseronokan meneroka sesuatu bidang dan melihat manfaatnya dalam kehidupan mereka.

Dalam contoh Lampiran 1 yang diberikan, penggabungjalinan berlaku antara kemahiran mendengar dan bertutur sebagai fokus utama [ 10.6 Aras 2 (iv) ] dengan kemahiran menulis [ 3.3 Aras 3 (i) ] sebagai fokus sampingan. Berdasarkan kemahiran berbahasa yang dipilih, objektif yang hendak dicapai pada akhir pelajaran ialah murid dapat:

menyebut dan menganalisis watak dan perwatakan;
menegaskan pendirian dengan mengemukakan hujah yang sesuai secara lisan;
Menulis jurnal dengan menggunakan kata adjektif yang telah dikenal pasti.

Lihat hasil pembelajaran berikut:

Fokus Utama [aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur]

10.6
Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.

Aras 2 (iv)
Menganalisis watak dan perwatakan serta latar.

Fokus Sampingan [aktiviti kemahiran menulis]

3.3
Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.

Aras 3 (i)
Menegaskan pendirian dengan mengemukakan hujah yang sesuai.

Penggabungjalinan antara kemahiran mendengar dan bertutur dengan kemahiran menulis ini menyerapkan ilmu bidang veterina sebagai bahan dalam proses p&p. Bahan yang digunakan ialah cerpen ‘Pertemuan’. Secara keseluruhannya cerpen ini memberikan ilmu tentang kucing. Antara beberapa perkara baru yang dapat murid terokai ialah:

Jenis kucing (kucing parsi, baka kucing)
Cara penjagaan kucing (earmites, flea colar)
Penyakit kucing (kurap, Feline Leukemia, Feline Panleukopenia, Rabies)
Maklumat tambahan (Persatuan Pencinta Kucing Malaysia)

(Rujuk Buku KOMSAS Tingkatan 3; Antologi Anak Bumi Tercinta; ‘Pertemuan’ oleh Faizati Mohd. Ali; m/s 72-82)

Murid bukan sahaja menimba pelbagai ilmu tentang kucing melalui cerpen ‘Pertemuan’, namun melalui pelbagai aktiviti murid turut dapat meneroka ilmu baru yang lain tentang kucing. Misalnya murid boleh diminta mencari maklumat tentang cara penjagaan kucing yang betul (anatomi kucing, rawatan cacing setiap tiga bulan, suntikan vaksin setiap 12 bulan, meletakkan kucing di tempat yang sesuai apabila tuannya tiada di rumah atau jenis makanan yang sesuai untuk kucing mengikut umur dan keperluan mereka).

Semua maklumat semasa proses p&p sekiranya diterokai dengan baik dan terancang akan membekalkan murid dengan ilmu yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan mereka.

3.2 Penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) dalam Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa

KBT ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia yang global. Dalam kurikulum sekolah, KBT yang dimaksudkan ialah:

Kemahiran berfikir (wajib)
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
Kemhiran belajar cara belajar
Kajian masa depan
Kecerdasan pelbagai (visual ruang, muzik kinestetik, interpersonal, intrapersonal, naturalis)
Pembelajaran konstruktivisme
Pembelajaran kontekstual

Dalam contoh Rancangan Pelajaran yang dikemukakan (Lampiran 1), kemahiran bernilai tambah yang diserapkan ialah teori kecerdasan pelbagai, naturalis (fauna: haiwan kucing). Dalam aktiviti 1 (mendengar dan bertutur), murid diminta mengenal pasti menyebut nama watak dan menganalisis perwatakan watak tersebut. Secara tidak langsung, murid akan meneliti anatomi kucing (fizikal, tingkah laku serta persekitaran hidup) dan kemudian diminta melakonkan aksi, meniru suara serta mengenal pasti ciri-ciri seekor haiwan bernama kucing. Semasa menjalankan aktiviti ini, kemahiran berbahasa dari aspek tatabahasa yang dapat dikuasai oleh murid ialah kata adjektif. Antara kata adjektif yang akan dikuasai oleh murid adalah seperti lebat, cantik, panjang, rapi, jingga, besar, gemuk, kurus, kotor, buruk, baik, hebat, kerdil, kurap, sihat, lembut, bersih, bulat gebu, indah, mahal. Antara kosa kata baru yang murid pelajari dan boleh diterokai ialah jingga, hebat, kurap dan gebu.

Seterusnya murid dibimbing agar mereka dapat mengenal dan mengklasifikasi haiwan peliharaan kucing. Proses ini dapat merangsang rasa ingin tahu murid serta menggalakkan mereka belajar berkumpulan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti mengelompokkan murid dalam kumpulan kecil dan meminta mereka menulis catatan tentang jenis-jenis kucing, penjagaan kucing, penyakit kucing, serta cara untuk melatih kucing agar cergas dan sihat. Setiap kumpulan akan melawat beberapa stesen untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya menulis laporan. Antara stesen yang boleh mereka lawati ialah:

klinik veterina swasta
Klinik veterina kerajaan
Fakulti Veterina UPM
SPCA (Society for the Prevention of Cruelty to Animals)
Pecinta kucing seperti En. J. Sham
Kelab Pencinta Kucing Malaysia
Laman web di internet
Perpustakaan

Sekiranya guru memilih teori kecerdasan pelbagai naturalis sebagai KBT, maka semasa proses p&p, guru mesti membimbing melalui tahap berikut:
Strategi penyelesaian masalah menggunakan contoh haiwan kucing dan kehidupan persekitarannya untuk mengkaji sesuatu masalah dan penyelesaiannya. (Masalah kucing terbiar dan cara mengatasinya)

Memperluas pemikiran murid mencari cara menggunakan bahan alam semula jadi sebagai bahan sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa. (Bahan alam semula jadi seperti bulu ayam untuk menghasilkan alat permainan bagi kucing)

Perkembangan kognitif Bloom menilai perkembangan kognitif murid mengikut tahap berikut:

Pengetahuan (tahu fizikal kucing)
kefahaman (mengenal pasti sifat kucing)
aplikasi (menggunakan teknik yang betul untuk memelihara kucing)
analisis (menentukan masalah misalnya kucing terbiar)
sintesis (mengatasi masalah kucing terbiar)
penilaian (membuat persembahan hasil dapatan dan mendapat maklum balas)

3.3 Penyerapan Kepintaran Emosi dalam Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa

Kepintaran Emosi (EQ) merupakan elemen baru yang cuba diserapkan dalam proses p&p. EQ ialah kebolehan menggunakan emosi dengan baik apabila berfungsi dalam kehidupan seharian. Menurut Dr. Noriah Mohd. Ishak, emosi boleh dikaitkan dengan dua jenis kompetensi iaitu kompetensi peribadi, kompetensi sosial, kerohanian dan kematangan. Guru boleh memasukkan mana-mana elemen kompetensi berikut semasa menyerapkan kepintaran emosi dalam p&p. Kompetensi tersebut ialah:

1. Kompetensi peribadi
a. Kesedaran kendiri
b. Kesedaran emosi
c. Penilaian kendiri yang tepat
d. Keyakinan kendiri
e. Niat yang baik
f. Regulasi kendiri (kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggung jawab, penyesuaian, inovasi)
g. Motivasi kendiri (dorongan pencapaian, komitmen, inisiatif, optimis, minat)

2. Kompetensi Sosial
a. Empati (memahami orang lain, membantu, mengembangkan potensi orang lain, berorientasikan perkhidmatan, mencungkil kepelbagaian bakat, kesedaran politik, penyayang)
b. Kemahiran soaial (pengurus, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, pembina hubungan, kolaborasi dan kerjasama, keupayaan kerja berpasukan).
c. Kerohanian (sabar, beriman, takwa, ikhlas)
d. Kematangan (usia, pengalaman, pengetahuan)

Dengan mengambil contoh cerpen ‘Pertemuan’ dalam teks komponen sastera tingkatan 4, kepintaran emosi yang boleh diserapkan ialah kompetensi sosial (komunikasi, empati) serta kompetensi peribadi (penilaian kendiri yang tepat dan keyakinan diri). Semasa proses p&p berjalan, guru membimbing murid tentang etika perbincangan yang sihat (komunikasi berkesan). Dalam aktiviti lakonan watak dan perwatakan, murid dibimbing merasai apa yang dialami oleh watak tersebut (empati). Dari sini murid dilatih menanam rasa bertanggung jawab dan kasih sayang terhadap haiwan yang terbiar. Semasa menulis jurnal pula, murid sebenarnya menunjukkan tahap EQ mereka tanpa disedari. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu murid membina sahsiah diri yang positif serta menjadi insan yang berketerampilan.

4. Rumusan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pengabungjalinan kemahiran berbahasa berlaku di antara kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, atau kemahiran menulis. Konsep ini diadun baik dengan menyerapkan ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosio budaya, kemahiran bernilai tambah atau kepintaran emosi. Guru boleh memilih mana-mana elemen yang hendak diserapkan. Namun elemen yang dipilih mestilah dirancang dengan teliti dan jelas agar pengajaran dan pembelajaran berfokus dan murid dapat meneroka sesuatu bidang dengan baik.

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, atau kemahiran menulis dengan baik. Selain melahirkan murid yang dapat berbahasa dengan baik, konsep penyerapan dapat membantu murid menjadi insan yang berilmu, berketerampilan, dapat berkomunikasi dengan berkesan, mampu memenuhi keperluan diri serta bijak dalam perhubungan sosial dan urusan harian.


PPK: Mac 2005