26 Januari 2009

Kuliah kelima pada 24 Januari 2009

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kepada semua pelajar kursus BMP 6123 Pengujian dan Penilaian.

Sila buat nota kuliah kelima pada 24 Januari 2009. Beri tumpuan kepada lima perkara.

1. Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu. (500 perkataan)

2. Sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009. (1500 perkataan)

3. Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu. (1000 perkataan)

4. Bina lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda. (1000 perkataan)

5. Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini. (1000 perkataan)


Tugasan hendaklah dimasukkan ke dalam Comments tidak lewat daripada 30 Januari 2009.

9 ulasan:

normahismail berkata...

Normah bt. Ismail (M20081000089)
Sek. Keb. Methodist (ACS),
Jalan Lahat,
30200 Ipoh.
No. telefon bimbit: 014 2546199


Jawapan untuk tugasan kuliah kelima pada 24 Januari 2009.

Soalan 1:
Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu merupakan asas penting Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Mulai tahun 1999, Kementerian Pelajaran melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian) yang memasukkan Kesusasteraan Melayu sebagai Komponen Wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Menurut Dr. Sharifah Maimunah Syed Zain, Timbalan Pengarah PPK dalam wawancara yang disiarkan dalam Dewan Sastera (Februari 2000), “Komponen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan memperkenalkan kepada pelajar tentang enam genre sastera yang meliputi genre novel, cerpen, drama, puisi dan prosa tradisional, dan puisi moden (sajak).”

Dua waktu daripada enam waktu seminggu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dikhususkan untuk menghayati teks sastera. Guru yang mengajar komponen sastera terdiri daripada guru bahasa Melayu dan kesusteraan Melayu yang sedia ada. Mereka telah dan akan diberikan pendedahan dan ilmu pedagogi tentang pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini.

Beberapa penekanan diberikan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera seperti tema dan persoalan, pemikiran, gaya bahasa, plot, watak dan perwatakan, nilai murni, pengajaran, falsafah di samping unsur luaran karya seperti biodata penulis dan sinopsis serta rumusan mahupun tanggapan.

Pada peringkat awal, ada pihak yang mempertikai tentang masa dan teknik pengajaran yang dicadangkan oleh pihak kementerian. Namun, anggapan itu telah diperjelas. Berkaitan perkara tersebut, Borhan Md. Zain menjelaskan, “Kebimbangan mengenai terlalu banyak genre yang akan diajarkan dalam waktu yang cukup terhad juga seharusnya tidak patut berlaku kerana pihak kementerian telah pun menyediakan modul yang sesuai dan sukatan yang relevan.”

Modul dasar bagi setiap tingkatan telah digubal oleh panel yang dilantik yang terdiri daripada kalangan guru dan sarjana sastera. Adalah wajar guru mematuhi kandungan modul ini di samping menyesuaikannya mengikut kreativiti sendiri dan suasana yang dihadapi. Jika berlainan atau bertentangan mungkin keseronokan dan penghayatan ilmu kesusasteraan akan terbantut.

Kesesuaian komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini dapat dilihat dari segi beberapa perkara iaitu kesesuaian kandungan atau teks yang dipilih, pendekatan serta kaedah dan teknik pengajaran guru, pembelajaran yang dihadapi oleh para pelajar, dan penilaian yang dijalankan.

Kesesuaian Kandungan/ Teks
Teks dipilih oleh Kementerian Pendidikan melalui beberapa orang ahli panel secara berperingkat-peringkat bermula secara rawak hinggalah ke peringkat akhir yang lebih spesifik dan teliti. Garis panduan dan kriteria telah ditetapkan oleh pihak kementerian untuk dipatuhi oleh ahli panel. Antara ahli panel peringkat akhir ialah Dr. Othman Puteh, Prof. Madya Rahman Shaari, Mawar Shafie, T.Alias Taib, Prof. Madya Dr. Rahman Hanafiah, Prof. Madya Dr. Noriah Mohamad, dan Mahaya Mohd. Yassin.

Dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, sebanyak 15 buah novel remaja dipilih. Antaranya ialah novel Meniti Kaca oleh Raja Sabaruddin Abdullah untuk tingkatan satu, Perlumbaan Kedua oleh Marwilis Haji Yusof untuk tingkatan dua, Merdeka! Merdeka! oleh A. Rahman Hanapiah, Panas Salju karya Talib Samat untuk tingkatan tiga, Di Hadapan Pulau oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (tingkatan empat), dan Julia oleh Abu Hassan Morad untuk tingkatan lima.

Sebanyak 28 buah cerpen, 30 buah puisi, dan 15 buah drama juga telah terpilih. Antara cerpen yang termasuk dalam senarai tersebut ialah “Di Sisi Rinda” oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, “Diari seorang Pengawas” oleh Ali Majod dan banyak lagi.

Karya-karya yang dipilih mengandungi mesej yang baik selain mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari berbagai-bagai aspek meliputi tema, latar, plot, gaya, teknik, watak, dan sebagainya. Selain itu, karya yang dipilih juga mewakili karya yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara, sasterawan mapan dan berwibawa, pemenang hadiah-hadiah sastera, dan penulis-penulis muda yang berbakat besar.

Bagi karya puisi dan prosa tradisional pula kebanyakannya tidak mempunyai pengarang berdasarkan sifat karya itu yang berasal dari tradisi lisan dan sastera rakyat. Jika adapun hanyalah sebagai penyusun atau penyelenggara. Kebanyakan karya di atas telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Penerbit lain adalah seperti Marwilis Publisher dan Utusan Publication & Distributors.

Teks yang digunakan akan dibahagikan mengikut zon (utara, tengah, timur, selatan) Malaysia dan perincian serta modul setiap satunya telah dan akan diedarkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah-sekolah. Tugas guru adalah untuk membaca dan mendalami isi karya untuk disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Teks dan bahan yang dipilih sudah semestinyalah bersesuaian dengan pelajar. Penerapan unsur moral dan penjanaan kreativiti tidak dikesampingkan dalam karya-karya yang dipilih. Walaupun banyak lagi bahan sastera yang bermutu dan baik tetapi tidak dipilih, teks atau bahan yang sedia ada ini adalah pemangkin atau pemula untuk pelajar menghayati karya sastera.


Soalan 2:
Sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.

Proses pengajaran adalah edaran yang berterusan. Tujuan ujian dalam pendidikan:
• mendapatkan kembali maklumat
• memastikan objektif pengajaran guru tercapai
• menggredkan pelajar
• sebagai penggerak (motivasi pelajar)
• tujuan penempatan – sederhana, baik, lemah

Ciri-ciri ujian:
• Kesahan ujian
Sejauh mana ujian itu menggambarkan atau menguji apa yang hendak diuji. Contoh: jika objektif guru mahu pelajar menguasai tema, maka ujian adalah berkaitan tentang tema.
• Kebolehpercayaan atau kestabilan ujian
• Keobjektifan atau ketepatan ujian

Jenis-jenis ujian:
• Ujian Penempatan – menguji ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
• Ujian Formatif – ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa.
• Ujian Diagnostik – ujian untuk mencari punca kelemahan pelajar.
• Ujian Sumatif – ujian untuk penggredan dan pensijilan, contohnya ujian PMR dan SPM.

Asas Penilaian:
• Penilaian Domain Kognitif
o Kemampuan proses berfikir.
o Bermula dari aras rendah hingga yang tertinggi.
o Bentuk ujian seperti ujian objektif, ujian subjektif, ujian lisan, tulisan dan ujian bulanan.
• Penilaian Domain Afektif
o Melihat hubungan sikap, pendangan dan nilai.
o Bentuk ujian seperti wawancara, pengamatan dan tingkah laku dan ujian bertulis.
o Skala Likert – contoh: sangat setuju, amat setuju, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju.
o Pilihan jawapan – YA atau TIDAK.
• Penilaian Domain Psikomotor
o Berhubung dengan aktiviti pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan.
o Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
o Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan dengan kognitif dan afektif).


Aras-aras Ujian Sastera
Ujian kesusasteraan melibatkan tingkat-tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai enam aras utama (Taksonomi Bloom) iaitu bermula dengan tingkat ingatan sehingga menjurus kepada tingkat penilaian.
i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingat hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya begitu mudah yang hanya menghendaki pelajar menamakan, memberi definisi, nama pengarang, buku-buku yang dihasilkan dan sebagainya.Tugasnya hanya meluahkan kembali butiran fakta yang dibacanya dengan secara langsung dan soalannya juga tidak disamar-samarkan. Contoh ujian aras ingatan ini seperti berikut:
• Apakah yang diertikan dengan perkataan ‘cemara’?
• Sebutkan pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat di Malaysia.
• Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden?
• Sebutkan dua antologi sajak yang ditulis oleh Usman Awang.

ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami, membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Pelajar juga berkemampuan dan berkeupayaan menyimpulkan beberapa ciri perbezaan antara syair dengan pantun umpamanya. Contoh-contoh butiran ujian dalam kelompok ini berbunyi seperti:
• Buat satu sinopsis cerpen berjudul Anak Bumi Tercinta karya Fatimah Busu.
• Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam sajaknya Bahasa?
• Terdapat beberapa perbezaan dibandingkan antara pantun dengan syair, apakah ciri-ciri persamaan dan perbezaan tersebut ?
• Buat ringkasan cerita cerpen yang berjudul Buku Catatan Farid Badrul karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman.

iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Misalnya penggunaan pengetahuan berkenaan ciri-ciri pantun untuk mencipta pantun. Kebolehan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada prosedur kritikan bagi menilai sesebuah karya.
Bagi memanfaatkan ujian ke aras ini adalah dikira tugasan berbentuk esei dan perlakuan lebih menampakkan keserasian ujian. Ini kerana pelajar diberi kebebasan mengemukakan jawapan dan jawapan-jawapan sokongan bagi mempertahan dan menguatkan hujahnya. Contoh soalan berbentuk aplikasi ialah :
• Diturunkan sebuah wacana berbentuk prosa, misalnya daripada novel Senjakala, sepanjang lebih kurang satu muka surat (perlu diingatkan pemilihan wacana itu perlulah bersesuaian) dan pelajar ditugaskan supaya :
• Ubahkan bentuk cerita yang dilampirkan menjadi sebuah dialog.
• Sudut pandangan apakah yang digunakan dalam cerita di atas, ungkapkan kembali cerita di atas dengan sudut pandangan yang berbeza, contohnya daripada gaya dia kepada aku atau sebaliknya.
• Tunjukkan dan huraikan kembali semua gaya bahasa yang terdapat dalam wacana di atas.
Soalan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran juga boleh ditanyakan kepada pelajar. Puisi yang dipilih itu haruslah tidak terlalu panjang, contohnya sajak berjudul Ke Makam Bonda oleh Usman Awang dan tugaskan pelajar menjawab soalan seperti:
• Berikan tanda-tanda penjedaan ke atas puisi di atas
(tugasan ini berkaitan dengan psikomotor).
• Buatkan parafrasa puisi di atas atau tuliskan kembali puisi Ke Makam Bonda di atas menggunakan gaya dan bahasa anda sendiri.
• Tunjukkan beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Kebolehan pelajar melihat perkaitan dan hubungan antara unsur-unsur yang dapat dikesan dan kebolehan menggunakan organisasi, susunan sistematik binaan, kesatuan yang membangunkan sesebuah karya sastera. Keupayaan menyelesaikan tugasan ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman (lahiriah dan batiniah) karya tersebut. Contoh soalan pada aras ini ialah :
• Bagaimanakah caranya pengarang melukiskan watak dan perwatakan setiap tokoh dalam novel Senjakala ?
• Bagaimanakah sifat-sifat watak utama novel Senjakala?
• Huraikan dengan contohnya sekali tema pokok dan tema sampingan, plot utama dan anak plot sebagaimana yang terdapat dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung.
• Jelaskan keberkesanan unsur-unsur bunyi dalam sajak yang berjudul Ketika Kami Bercerita Tentangnya karya Lim Swee Tin.

v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera. Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut:
• Jelaskan benarkah kaitan antara latar, perwatakan dan tema dalam novel Senjakala bersifat padu dan wajar.
• Jelaskan persamaan antara watak Saaman dalam Keluarga Gerilya dan Busat dalam novel Sandera.

vi. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam ukuran ujian aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Keupayaan berfikir aras penilaian ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu perkara. Contoh soalan aras penilaian ialah:

• Bandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azad Khan dari segi:
o Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua drama tersebut.
o Unsur-unsur kamanusiaan.

• Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya?


Ujian Kesusasteraan Kategori Moody
Aras ujian kategori Moody memang secara khusus direncanakan bagi menguji kesusasteraan dan ianya sama sekali berbeza dengan pendekatan Taksonomi Bloom.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi dimaksudkan berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera. Contoh soalan yang boleh diuji antara lain:
• Siapakah pengarang novel Badai Semalam? Sekarang beliau tinggal di mana dan apakah pekerjaannya?
• Siapakah watak utama novel Badai Semalam? Ke manakah watak utama pergi di akhir cerita novel tersebut dan untuk apakah beliau pergi ke tempat baru tersebut?

ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Sebagai contoh di bawah ini diturunkan beberapa contoh soalan menguji pelajar pada aras konsep:
• Apakah hubungan antara Kinto dengan Noor, apakah hubungan antara Damid dengan Dasima? Apakah konflik atau masalah utama yang terdapat dalam novel tersebut? Apakah faktor yang selalu membebani penderitaan batin dan jiwa Kinto? Mengapakah Kinto begitu sayang kepada Noor dan Dasima? Mengapa Kinto akhirnya tidak dapat terlepas daripada perasaan kesal yang berpanjangan dalam hidupnya?

iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif lebih diberi penumpuan kepada mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Di bawah ini diturunkan beberapa soalan aras ujian perspektif:
• Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Senjakala?
• Adakah sesuatu yang bersifat tipikal dalam novel Senjakala?
• Unsur apakah yang bersifat tipikal itu dan realiti kehidupan yang manakah yang anda maksudkan itu?

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan selalunya berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Item-item soalan yang dimaksudkan untuk mengungkapkan aras apresiasi ini seperti dicontohkan di bawah ini:
• Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Azizi Hj. Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu?

Dipungut beberapa buah sajak karya Amir Hamzah yang mengandungi kata-kata arkis, seperti dalam sajak “Hanya Satu”.
• Apakah fungsi dan efek penggunaan kata-kata arkaik dalam sajak itu?
• Seandainya kata-kata arkis itu digantikan dengan kata-kata lain yang ‘baru’, apakah ianya dikira tepat?


Soalan 3:
Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu.

Selain melaksanakan pengajaran, guru juga perlu menjalankan penilaian dan pengujian. Dalam usaha menilai dan menguji pemahaman pelajar terhadap sesebuah karya, beberapa aspek penting perlu diberi perhatian. Menurut Azman Wan Chik (1981) sebarang ujian mestilah menguji:
i. Penikmatan
ii. Penghayatan
iii. Pengalaman

Soalan-soalan boleh dibentuk secara objektif (aneka pilihan) seperti soalan pemahaman dan tatabahasa ataupun secara subjektif seperti melengkapkan teks, membuat rumusan, dan menulis karangan. Kedua-dua bentuk ini boleh dijalankan mengikut kesesuaian dan jenis ujian. Bagi peringkat menengah (Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia) terdapat kertas aneka pilihan dan secara subjektif dalam kertas Bahasa Melayu.

Bagi ujian biasa di dalam bilik darjah guru boleh menyediakan soalan ujian sendiri. Contohnya, soalan sastera yang bersifat subjektif boleh dibina mengikut kebolehan pelajar. Satu daripada caranya ialah menggunakan Taksonomi Bloom yang membahagikan objektif pendidikan kepada tiga bidang besar iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor. Guru juga boleh menilai berdasarkan sudut yang difikirkan wajar seperti ketepatan memberi pendapat, membuat analisis, dan sebagainya.

Antara masalah dalam pengujian bahasa ialah:
• dialek yang berbeza
• tatabahasa
• falasi logik
• kekurangan kosa kata
• penulisan
• gaya

Semua pelajar dalam satu kumpulan atau tingkatan diuji dengan soalan atau masalah yang sama dan dengan cara yang sama di samping mendapat arahan yang sama. Markah atau skor yang diperolehi hasil daripada jawapan sesuatu ujian ialah sebagai indikator atau penunjuk numerik tentang prestasi pelajar. Numerik atau ketepatan inilah yang membedakan pencapaian antara pelajar dengan pelajar yang lain dan akan membantu guru membuat sesuatu keputusan berdasarkan ujian tersebut.

Maklumat daripada penilaian boleh digunakan untuk beberapa perkara. Pertama, guru dapat mendiagnos apakah kelemahan atau kekuatan bagi seseorang pelajar tentang sesuatu unit pelajaran atau sesuatu bahan sastera yang telah diajarkan di dalam kelas. Kedua, maklumat daripada penilaian boleh digunakan untuk memberi gred atau markah dan ketiga, untuk menempatkan pelajar dalam kelas-kelas tertentu mengikut aliran-aliran pengajian tertentu. Dalam konteks pendidikan, pencapaian objektif pengajaran boleh ditinjau dari tiga perspektif iaitu bidang kognitif, bidang afektif dan bidang psikomotor, tetapi adalah menjadi tugas guru untuk memastikan pelajar mereka menikmati dan menghargai apa yang telah dipelajari oleh pelajar.

Kesahan Ujian
Sesuatu ujian adalah sah jika ujian itu mengukur apa yang sepatutnya diukur. Contohnya jika sesuatu ujian sepatutnya mengukur penghayatan atau apresiasi pelajar terhadap suatu novel, soalan yang diajukan perlu ada kaitan dengan unsur penghayatan yang terdapat dalam novel tersebut, bukannya mengukur perubahan tingkah laku atau psikomotor pelajar tersebut. Begitu juga sekiranya guru ingin menguji tema yang terdapat dalam sesuatu bahan sastera, soalan yang diajukan mestilah berkaitan dengan tema.
Kesahan Isi
Terdapat beberapa cara untuk menentukan sama ada sesuatu ujian itu cukup sah dan berguna. Kaedah yang termudah ialah dari segi kesahan isi atau kandungan. Cara yang biasa digunakan adalah dengan menyemak sama ada soalan-soalan yang dikemukakan menepati isi yang patut diliputi oleh ujian tersebut. Kaedah ini adalah kaedah termudah bagi ujian untuk mengukur pencapaian kerana tidak sukar untuk menetapkan apa yang sepatutnya dimasukkan ke dalam isi sesuatu ujian. Bagi memudahkan lagi, seseorang guru yang hendak menggubal ujian sepatutnya merujuk pada objektif tingkah laku atau objektif perlakuan dan pelan tindakan atau jadual penentuan bagi memastikan soalan-soalan yang perlu dimasukkan ke dalam ujian. Satu masalah tentang kesahan isi adalah dari segi ujian yang kelihatan sah tapi sebenarnya tidak sah kerana ujian tersebut tidak mengukur apa yang sepatutnya diukur. Oleh itu, kesahan isi menjadi keperluan penting bagi sesuatu ujian yang berguna.
Kesahan Kriteria
Satu lagi bentuk kesahan ialah kesahan kriteria. Dalam menentukan kesahan kriteria, skor dari sesuatu ujian dikolerasikan dengan sesuatu kriteria luaran. Terdapat dua jenis kesahan kriteria iaitu kesahan serentak kriteria dan kesahan prediktif kriteria. Kesahan serentak kriteria melibatkan ukuran yang boleh dilaksanakan serentak dengan ukuran yang hendak disahkan. Kesahan prediktif kriteria merujuk pada setakat mana ujian itu dapat meramal tingkah laku pelajar pada masa hadapan. Bentuk kesahan ini contohnya amat berguna bagi ujian bakat yang cuba untuk meramal atau menjangkakan setakat mana pelajar yang menduduki ujian akan berjaya pada situasi akan datang.
Kebolehpercayaan Ujian
Konsep kebolehpercayaan memberi jawapan kepada soalan “Adakah hasil ujian itu boleh dipercayai?” atau “Adakah jawapan yang diberikan tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan kemahiran serta kebolehan pelajar?” atau “Adakah ujian yang diberi menghasilkan skor yang sama?” Ujian yang boleh dipercayai adalah ujian yang akan menghasilkan markah yang sama atau hampir sama apabila ujian tersebut diberi kepada pelajar yang sama berulang kali. Konsep kebolehpercayaan sesuatu ujian dibincang berdasarkan ciri ketekalan dan boleh ditelah (dependable). Contohnya, guru menyediakan satu ujian tentang watak yang terdapat dalam sesuatu karya cerpen. Untuk menentukan ujian itu tekal dan boleh dipercayai, guru tersebut boleh memberikan ujian itu sebanyak dua kali kepada pelajar yang sama. Ujian kedua diberi satu atau dua minggu selepas ujian pertama. Jika markah setiap pelajar dalam ujian pertama dan ujian kedua adalah lebih kurang sama, maka ujian itu dianggap tekal atau stabil. Selain daripada itu, hasil daripada penyediaan dan pentadbiran ujian tersebut dapat memberi maklumat yang boleh diguna pakai pada masa akan datang. Ujian yang telah dipastikan kebolehpercayaannya boleh digunakan pada masa akan datang untuk mengesan tahap kemahiran dan kebolehan pelajar serta menentukan persediaan lain yang diperlukan. Kedua-dua aspek tersebut (ketekalan dan boleh ditelah) merupakan aspek kebolehpercayaan yang penting.


Soalan 4:
Bina 5 soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda.

Soalan 1 : Puisi Tradisional – Pantun / Syair
PANTUN KANAK-KANAK

Baca pantun di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Jangan gergaji pohon talas,
Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat.

Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Apa yang dapat jangan dilupa.

Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pokok kelapa;
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara, ibu dan bapa.

1. Berikan maksud rangkap pertama pantun ini.
A Orang yang malas tidak dapat menyara hidupnya dengan sempurna.
B Orang yang malas selalu mendapat sakit perut.
C Orang yang malas selalunya berpunca daripada badan yang tidak sihat.
D Orang yang malas selalunya berpunca daripada perutnya yang selalu sakit.

2. Apakah yang perlu dilakukan apabila kita telah mendapat ilmu ?
A Kita perlu mengamalkan ilmu itu untuk mencari kekayaan dan hidup mewah di dunia.
B Kita perlu mengucapkan terima kasih selepas mendapat ilmu daripada guru.
C Kita perlu mencari guru yang telah mengajar kita itu.
D Kita tidak melupakan pengajaran yang telah diperoleh.

3. Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam pantun ini ialah...
A kerajinan.
B kesyukuran.
C kesetiaan.
D keadilan.

4. Apakah rima akhir pantun ini?
A abcd
B abab
C abba
D aabb

5. Yang berikut merupakan antara pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun ini, kecuali…
A sikap rajin perlu disemai sejak kecil lagi.
B ilmu penting untuk dipelajari sebagai bekalan hidup.
C kanak-kanak yang cerdas selalunya akan berjaya dalam hidup.
D kita perlu menunaikan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu bapa dan saudara mara.


Soalan 2 : Sajak – SEORANG GURU TUA, Gunawan Mahmood

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
sudah menjadi menteri
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

1. Perubahan nyata yang telah berlaku terhadap guru penyajak ialah…
A anak-anaknya sendiri sudah menjadi menteri.
B ada anaknya yang sudah menjadi usahawan.
C wajahnya sudah tua dan rambutnya sudah beruban.
D anak-anaknya juga sudah berjawatan tinggi.

2. Yang berikut merupakan antara penyataan yang benar tentang guru penyajak, kecuali…
A masih bertugas di sekolah yang sama.
B memiliki kereta yang sama seperti dahulu.
C masih setia dan tidak bosan dengan tugasnya.
D mendapat anugerah tertinggi dalam bidang pendidikan.

3. Frasa suara bibirnya dalam sajak ini ialah gaya bahasa…
A simile.
B personifikasi.
C peribahasa.
D hiperbola.


4. Apakah persoalan yang hendak dipaparkan oleh penyajak dalam sajak ini?
A Pendidik yang sangat mencintai ilmu.
B Dedikasi seorang pendidik walaupun sudah berusia.
C Kebanggaan anak kampung yang berjaya dalam bidang pendidikan.
D Perasaan megah seorang pendidik apabila berjaya melahirkan anak-anak muridnya yang kini berjawatan tinggi.

5. Apakah mesej yang hendak disampaikan oleh penyajak dalam sajak Seorang Guru Tua ini?
A Setiap orang perlu bercita-cita untuk menjadi guru.
B Janganlah mudah melupakan kisah silam dalam hidup.
C Kita hendaklah menghormati insan yang banyak berjasa kepada masyarakat.
D Anggota masyarakat patut menambahkan pengetahuan dengan belajar.


Soalan 3 : Prosa Tradisional – TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Maka Tuanku Malim Deman pun segeralah berangkat pergi merupakan dirinya orang tua yang teramat buruknya membawa sebaur kail lalu menghendap perlahan-lahan dekat ke tempat kain-kain layang dan baju layang Tuan Puteri Bongsu itu lalu diambilnya. Setelah dapat kepadanya ia pun langsung berjalan ke hilir sungai itu lalu mengail. Hatta, seketika lagi tuan puteri pun naiklah dari bersiram, tuan puteri enam pun lalulah bersalin kain basahan lalu memakai kain layang baju layangnya. Maka Tuan Puteri Bongsu pun naiklah bersalin kain basahan serta hendak memakai kain layang baju layang, dilihatnya sudah tiada, rata-rata dicarinya tiada dapat juga. Maka kata puteri enam, “Ayuhai adinda adik bongsu, sungguhlah seperti perkataan pantun adinda tadi: malam tadi kita berkampung adik-beradik; malam ini jikalau tiada dapat kain layang baju layang itu, tentulah kita bercerai, kerana kakanda yang keenam ini hendak kembalilah ke kayangan. Hari pun sudah petang; takut dimurkai oleh ayahanda bonda pula."
Telah didengari oleh Tuan Puteri Bongsu lalu ia menangis teramat sangat terkenangkan untung nasibnya sampai ia mencari kain layang baju layang juga ke sana ke mari ; tiada berhenti tiadalah dapat juga. Maka tuan puteri enam pun seraya bersabda, "Tinggallah adik bongsu, kakanda kembali ke kayangan, bolehlah kakanda sembahkan kepada ayahanda bonda akan hal adinda itu, jikalau ada upaya mengambil adinda."
Maka puteri enam pun langsung melayang ke kayangan masuk ke dalam istana mempersembahkan hal ehwal Puteri Bongsu itu. Maka sangat hairanlah ayahanda bonda mendengar dia, sepatah pun tiada apa katanya, diam sahaja.
Kalakian, tersebutlah perkataan Tuan Puteri Bongsu, antara beberapa lama ia mencari kain layang baju layang itu, ia pun berjalan ke hilir air itu. Maka dilihatnya seorang orang tua laki-laki mengail. Maka Tuan Puteri Bongsu pun segeralah datang mendapatkan orang itu seraya bersabda, "Ayuhai bapa, orang pengail adakah menengok kain layang baju layang saya tersangkut kepada ukiran taman itu ?"
(Antologi Sehijau Warna Daun, halaman 29-30.)


1. Bagaimanakah cara Tuanku Malim Deman mengambil baju layang dan kain layang Tuan Puteri Bongsu ?
A menyamar sebagai seorang jejaka yang kacak
B bersembunyi di balik pokok-pokok di dalam taman itu
C menyamar diri menjadi seorang tua yang membawa kail
D meminta pertolongan daripada Nenek Kebayan untuk mengambilnya

2. Mengapakah puteri enam hendak pulang segera ke kayangan?
A kerana hendak meminta bantuan daripada ayahanda dan bondanya
B kerana hendak membantu Tuan Puteri Bongsu mencari baju dan kain layangnya
C kerana hendak mengambil kain dan baju layang yang lain
D kerana takut dimurkai oleh ayahanda dan bondanya

3. Berdasarkan petikan, kata berangkat dan bersiram ialah gaya bahasa…
A istana.
B klasik.
C peribahasa.
D asing.

4. Berdasarkan petikan, Tuan Puteri Bongsu ialah puteri yang…
A suka bernyanyi.
B penyedih.
C kuat azam.
D mudah marah.

5. Yang berikut merupakan antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam cerita Tujuh Puteri Turun ke Dunia, kecuali…
A hormat orang tua.
B gigih dan sabar.
C berbudi bahasa.
D kesyukuran.


Soalan 4 : Cerpen – ANAK BUMI TERCINTA, Fatimah Busu

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Matain melihat anak-anak terung pada batasnya. Ada dua pohon yang lebih besar daripada semua pokok terung di batas Sitiawa. Tingginya sudah lebih sejengkal. Pokok-pokok terung itu nampak layu dan tidak bermaya dalam panas terik tengah hari begitu. Matain tunduk mencabut sebatang pokok pegaga kecil pada umbi sebatang pokok terungnya.
Beberapa minggu dulu bapak membawa balik sekotak besar anak-anak terung yang hijau dan lemah. Besarnya cuma dua ruas jari. Lalu emak semaikan di dalam kerek daun kelapa yang dibuat bulat-bulat seperti kerek untuk bubuh manisan kelapa. Sungguh cantik kerek-kerek yang dibuat oleh emak. Emak atur kerek-kerek itu pada tempat lapang di belakang rumah. Matain tolong mengangkut dari hadapan tangga. Dan Matain tolong ambil air dari telaga untuk buat siram anak-anak terung yang baru disemai.
Pagi-pagi limun sebelum orang lain bangun, Matain sudah turun ke tanah melihat semaian anak-anak terung di dalam kerek di belakang rumah. Semua anak terung segar dan hijau. Matain amat gembira.
"Anak terung hidup segar, mak! Bagus betul! Tain mahu siram acap-acap!"
Kemudian bapak pergi seperti biasa membawa pulang alat-alat buat rumah. Emak membekalkan nasi untuk makan tengah hari yang dibubuh ke dalam periuk besi putih. Kemudian Kak Jarah dan Sitiawa pula pergi ke sekolah. Lepas itu Abang Jali pula pergi kerja pukul kain batik di Panambang. Pagi itu, Matain tidak cuba tolak basikal Abang Jali seperti pagi-pagi yang lain. Biasanya, Matain buat begitu untuk bergurau senda dengan Abang Jali. Kemudian seperti pagi-pagi yang lain juga, dia tinggal berdua dengan emak di rumah untuk separuh hari sebelum Kak Jarah dan Sitiawa balik dari sekolah.
"Mari kita pergi bersihkan kebun ubi ketela. Kita tanam terung."
Matain bersorak-sorak riang mendengar emak mengajaknya ke kebun untuk tanam terung. Matain pakai seluar cepat-cepat. Emak sudah membawa cangkul dan parang. Matain ikut terkedek-kedek di belakang emak.
Emak mula membersihkan batas ubi ketela yang sudah digali dengan cangkul. Matain cabut pokok-pokok bayam peraksi dan membalingkannya ke luar pagar kebun.
(Antologi Anak Bumi Tercinta, halaman 128-129.)

1. Yang berikut merupakan keadaan anak-anak terung di batas Matain, kecuali…
A dua pokok terungnya lebih besar daripada pokok terung Sitiawa.
B tinggi pokok terung itu melebihi satu jengkal.
C anak-anak terungnya itu lebih subur daripada anak-anak terung Sitiawa.
D pokok-pokok terung itu kelihatan layu akibat terkena pancaran matahari.

2. Frasa pagi-pagi limun bermaksud…
A awal-awal pagi.
B tiap-tiap pagi.
C selepas waktu pagi.
D pagi semalam.


3. Berdasarkan petikan, perwatakan Matain yang menonjol adalah…
A jujur.
B rajin.
C suka menolong orang.
D menghormati orang lain.

4. Apakah gambaran masyarakat yang dipaparkan oleh pengarang dalam petikan cerpen di atas?
A masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan dan tolong-menolong antara satu sama lain
B masyarakat yang percaya akan kepercayaan tradisional dalam kehidupan
C masyarakat yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran dengan pekan
D masyarakat yang tinggal di tepi pantai dan bekerja sebagai nelayan yang mencari rezeki di laut

5. Apakah tema cerpen Anak Bumi Tercinta?
A kehidupan masyarakat kampung yang miskin dan mengharungi rintangan dalam meneruskan hidup
B pergaduhan sesama adik-beradik hingga menimbulkan pergolakan keluarga
C kehidupan sebuah keluarga yang dihujani pelbagai masalah
D pertengkaran kecil yang membawa kepada kematian


Soalan 5 : Drama – ANGIN, Basaruddin Abd. Razak

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MATAHARI: (Marah bukan main) Cis! Angin. Kau pun apa kurangnya? Kau seperti lupa bahawa zaman sekarang tidak perlu ada kau lagi. Untuk mendinginkan tubuh manusia, mereka telah mencipta kipas angin dan penyaman udara!
ANGIN: Ahhhhhhh, bagaimana kalau penyaman udara mereka rosak? (Mengejek sinis) Tentu mereka akan memanggil aku. "Wahai angin, datanglah kau! Duhai Angin, berhembuslah… (Tersenyum lebar) Datanglah bertiup sepoi-sepoi bahasa, agar kami merasa nikmatnya…."
MATAHARI: Kau hanya berangan-angan, Angin! (Mengejek jijik) Kau juga lupa jika pakaian mereka lembap, mereka juga akan memanggil aku kau tahu? (Menyindir) Lalu mereka pun berkata dan merayu kepadaku. "Wahai Matahari, muncullah segera engkau untuk mengeringkan pakaianku. Muncullah Matahari, Matahariku tersayang!"
ANGIN : (Gelak-gelak mengejek) Nampaknya antara kita … tidak ada siapa pun yang mahu mengalah. Kita perlu beradu nasib. Aku cadangkan, satu pertandingan yang khusus perlu dilangsungkan. Dan kita mesti memanggil saksi-saksi serta panel hakim bagi penentuan. (Tersenyum lebar).
MATAHARI: (Mengangguk) Cadanganmu baik sekali! Dan aku terima cabaran itu! Sudahlah Angin. Memang dasar kamu begitu. Bila baik semuanya hakmu. Tapi kau jangan pula lupa, akibat kau juga manusia sering bergaduh! Ya, mereka mengatakan adanya khabar-khabar angin membuatkan fitnah berleluasa! Tapi tidak ada pula khabar matahari yang mengadu-dombakan manusia. Betul tak? (Menudingkan jarinya kepada Angin).
ANGIN: (Marah semula dengan meninggikan suaranya) Hei, Matahari! Kau masih berdegil, ya. Nanti aku akan panggilkan teman setiaku Ribut untuk menghapuskan kamu semua, baru padan muka kau itu….(Ketawa bangga).
(Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa, halaman 134)

1. Mengapakah Matahari mengatakan bahawa manusia tidak memerlukan Angin lagi pada masa kini?
A Manusia tidak memerlukan angin untuk meneruskan hidup.
B Manusia sendiri boleh menghasilkan angin tiruan.
C Manusia tidak memerlukan angin kerana angin yang kuat akan memusnahkan mereka.
D Manusia sendiri sudah ada banyak angin di dalam rumah.

2. Apakah kebaikan Matahari kepada manusia?
A menerangi alam semesta
B memberikan tenaga solar
C mengeringkan air hujan
D memudahkan pakaian dikeringkan

3. Berdasarkan petikan drama Angin, penyataan yang manakah yang tidak benar tentang perwatakan Matahari?
A sombong dan angkuh
B suka mengalah tetapi ganas
C suka membuat tuduhan
D suka mencabar orang lain

4. Latar masa peristiwa yang digambarkan dalam petikan drama Angin ini berlaku pada..
A waktu siang.
B waktu malam.
C waktu senja.
D waktu subuh.

5. Yang berikut merupakan antara mesej yang dapat diperoleh daripada drama Angin karya Basaruddin Abd. Razak, kecuali….
A setiap orang yang melakukan kekejaman pasti akan menerima balasannya.
B kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan dengan jujur.
C janganlah suka merendah-rendahkan kemampuan atau kebolehan orang lain.
D kelebihan yang ada pada diri kita harus digunakan untuk tujuan kebaikan.




Soalan 5:
2 cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa kini.
i. Pihak sekolah seharusnya memilih guru yang terlatih dalam bidang bahasa dan kesusasteraan untuk mengajarkan mata pelajaran ini. Guru bahasa Melayu bukanlah boleh dipilih sewenang-wenang sebaliknya dia mestilah terlatih dan membuat persediaan yang cukup.

Untuk lebih mendalami teks ini, buku-buku rujukan tambahan boleh digunakan selain bantuan bahan bacaan yang lain seperti majalah dan akhbar. Antaranya ialah majalah Dewan Siswa, Fokus, Dewan Sastera, dan Pelita Bahasa. Akhbar harian dan mingguan juga banyak membuat ulasan dan panduan tentang teks-teks yang dikaji seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Terdapat berbagai-bagai pendekatan, kaedah, dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran kesusasteraan atau komponen sastera dalam bahasa ini. Fokus utama pendekatan ialah penekanan kepada isi dan tema serta keupayaan pelajar berdiri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.

Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan sejarah (historis), pendekatan sosiologi (kemasyarakatan), pendekatan antropologi, psikologi, biografi, formal/struktural, dan moral. Selain itu dalam pengajaran dan pembelajaran pula, pendekatan deduktif, pendekatan induktif, dan pendekatan berfikir boleh digunakan.

Pada asasnya terdapat empat kaedah pengajaran kesusasteraan yang diterima pakai oleh kebanyakan guru dan juga disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Keadah-kaedah tersebut ialah kaedah global, struktural, berfokus, dan mengalami serta menghayati.

Kaedah global merupakan kaedah pengajaran kesusasteraan yang konvensional. Kaedah ini memerlukan guru mengajar kesusasteraan secara keseluruhan teks. Pelajar seharusnya membaca dan mengetahui terlebih dahulu struktur karya.

Kaedah struktural memerlukan pengajaran mengikut srutktur karya dari sudut tema, plot, watak, latar, bahasa, dan sebagainya. Kaedah ini amat perlu untuk memperkenalkan pelajar tentang aspek-aspek struktur karya yang dikaji.

Kaedah berfokus pula diperkenalkan oleh PPK iaitu guru boleh memilih fokus pengajaran yang utama atau sampingan. Ini dapat membenarkan guru dan pelajar memberi perhatian terhadap aspek yang hendak diajarkan. Kaedah ini memudahkan pelajar memahami aspek yang harus diberi tumpuan.

Kaedah mengalami serta menghayati pula diharapkan dapat para pelajar menghayati karya beradasrkan pengalaman yang dialami dan juga mengaitkannya dengan pengalaman teman-teman atau orang lain berdasarkan karya yang dikaji. Kaedah ini memudahkan pemahaman sekaligus menjadikannya menarik.

Teknik pula ialah tindakan melaksanakan pendekatan dan kaedah yang telah difikir dan dirancang oleh guru. Ia adalah pelaksanaan sebenar di dalam bilik darjah. Teknik dapat direalisasikan di dalam kelas menjadi aktiviti. Beberapa teknik yang sesuai boleh digunakan oleh guru. Guru mestilah memikirkan teknik setelah membaca karya yang dikaji atau dibincangkan lalu memikirkan teknik mana yang mudah dijalankan selain menarik minat dan mengesankan.

Teknik merupakan perlaksanaan pengajaran dalam bilik darjah. Sama ada berjaya atau tidak teknik itu bergantung kepada praktikalnya juga kerjasama guru dengan pelajar serta faktor-faktor lain. Antara teknik yang popular dan sesuai dijalankan ialah teknik sketsa, teknik membaca teks, teknik bercerita, berlakon, mendengar rakaman, bersoal-jawab, perbincangan, ceramah, penerangan, tugasan, seminar, perbengkelan, dan ‘group-programme’.

Dalam teknik sketsa sebagai contoh, kaedah yang digunakan ialah keadah berfokus untuk mendalami tema dan watak utama sesebuah novel. Pelajar diminta membaca novel tersebut terlebih dahulu. Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan lalu berbincang tentang tema dan watak utama novel tersebut. Kemudian mereka dikehendaki membuat lakaran atau sketsa apa sahaja bentuk lukisan yang difikirkan memberi maksud tentang tema cerita tersebut. Seterusnya ketua kumpulan menjelaskan maksud sketsa atau lakaran kumpulannya di hadapan kelas. Pelajar lain boleh menambah atau memberi komen sebelum guru membuat ulasan dan pandangan.

ii. Para pelajar juga seharusnya bersedia untuk mendalami teks dan bahan yang dimestikan. Perbincangan, pendapat, komen, dan cetusan idea baru sangat perlu untuk menyemarakkan lagi bahasa dan sastera di dalam dan di luar kelas.

Faktor seperti kesediaan dan psikologi turut berperanan mempengaruhi pembelajaran. Kebanyakan pelajar tingkatan satu misalnya, masih belum mendalami kesusasteraan dan masih suka membaca cerita kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah, mereka diperkenalkan dengan novel remaja dan ini menyebabkan mereka terasa agak ‘berat’. Namun begitu, pendekatan guru seharusnya lebih menenangkan dan menjadikan perkara baru itu tidak membosankan mereka. Tidak dinafikan peringkat awal ini adalah fasa terpenting pembelajaran komponen sastera.

Teks sastera yang digunakan tidaklah membebankan. Bagi tingkatan satu, novel yang digunakan (mengikut zon) ialah Meniti Kaca ataupun Anak Din Biola juga Aku Anak Timur. Novel-novel ini mengangkat tema kemanusiaan yang mudah difahami di samping penggunaan gaya bahasa dan teknik yang tidak begitu mencabar. Jadi, para pelajar diharap dapat menguasai teks dengan baik sehinggalah pembelajaran berlangsung dengan lancar.

Latar belakang pelajar yang berbeza juga mempengaruhi penerimaan sesuatu teks terhadap pelajar. Setiap novel atau karya sastera memaparkan kisah yang mengambil latar tertentu. Antaranya latar kampung, bandar, luar negara, dalam pesawat, kampus, dan sebagainya. Dalam kalangan pelajar, pengalaman tentang latar-latar tersebut mungkin tidak mereka miliki. Contohnya latar sungai atau kampung kurang didalami oleh pelajar yang menetap di bandar besar. Begitu juga kisah yang berkaitan budaya orang Melayu yang sukar difahami oleh kaum lain.

Dr. Misran Rokimin (1999) menyatakan, “Memang tidak dinafikan bahawa kecenderungan dan penerimaan novel tersebut mungkin ada perbezaan antara etnik. Umpamanya, bagi etnik Melayu, tidak timbul masalah menginterpretasi novel ini kerana berlaku dalam ‘milieu’ mereka, tetapi bagi etnik bukan Melayu, timbul sedikit kesulitan kerana latar, budaya, istilah yang berbeza dengan persekitaran mereka. Namun ini bukanlah benteng penghalang, kerana dilihat secara keseluruhan novel ini masih bersifat sejagat.” (Dr. Misran mengulas tentang penggunaan sebuah novel bagi tingkatan empat).

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, guru perlu bijak membaca suasana dan menggunakan kreativitinya untuk melaksanakan kaedah dan teknik yang sesuai. Ini penting untuk lebih mendekatkan pelajar agar tercapai objektif pengajaran dan pembelajaran.




Bibliografi:


1. Abdul Aziz Abdul Talib. 1996. Cetakan Ketiga. Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abu Bakar Nordin. 1995. Penilaian Afektif. Kajang: Masa Enterprise.

3. Bhashah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tg. Malim: Quantum.

4. Lado, R. (1962). Language Testing. New York: McGraw Hill.

5. Marohaini Yusoff. 1999. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Mohd. Khir Kassim. 2006. KOMSAS: Ulangkaji Total. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

RusuhaizaSulaiman berkata...

Rusuhaiza Bt Sulaiman
M20071000114
Sekolah Kebangsaan Perpaduan
Taman Perpaduan, 31150 Ipoh, Perak
019-5740982

Tugasan Kuliah Kelima (24 Januari 2009)
BMP6123 Pengujian dan Penilaian

Jawapan Soalan 1:
Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu bagi tingkatan 1-3 untuk zon di utara melibatkan pemahaman KOMSAS. KOMSAS ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan Melayu’. KOMSAS ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Kertas 1 hanya merangkumi pemahaman komsas yang melibatkan 3 buah buku antologi iaitu:
a) Tingkatan Satu: Antologi Sehijau Warna Daun
b) Tingkatan Dua: Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa
c) Tingkatan Tiga: Antologi Anak Bumi Tercinta

Manakala dalam kertas 2 bahasa Melayu (zon utara) , untuk PMR melibatkan 3 buah novel seperti Aku Anak Timur (Tingkatan 1), Kapten Hassan Wira Bangsa (Tingkatan 2), dan Merdeka! Merdeka! (Tingkatan 3). Kemahiran yang diajarkan melibatkan berikut:
a) Mengenal genre novel
b) Memahami makna dan konsep diksi dalam bahan novel
c) Memahami sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, latar serta perwatakan
d) Memahami istilah bagi kesusasteraan bagi genre novel
e) Memahami mesej dan pengajaran serta nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan
kebudayaan dalam novel
f) Memahami binaan dan teknik plot
g) Menilai dan mengulas gaya bahasa dalam novel

Mulai PMR 2005, aspek sastera yang diterapkan melibatkan tema, persoalan, watak, perwatakan, latar, plot (binaan plot, teknik plot) dan gaya bahasa serta pengajaran dalam setiap tajuk dalam pemahaman KOMSAS. Kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu Kertas 1 ini mengandungi pengetahuan tentang prosa moden (drama dan cerpen) dan prosa tradisional, puisi moden (sajak) dan puisi tradisional (pantun dan syair). Antara isi kandungan sastera adalah seperti berikut:

CERPEN
Tingkatan 1: Antologi Sehijau Warna Daun
1. Hadiah Hari Guru
2. Gema Menggegar Kota
3. Diari Seorang Pengawas
4. Makmal ZNF
5. Sehijau Warna Daun
6. Pak Usu

Tingkatan 2: Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa
1. Tina
2. Batu
3. Buku Catatan Farid Badrul
4. Mama
5. Erti Kasih Makna Sayang
6. Tangan Kanan Kiri atau Kedua-duanya

Tingkatan 3: Antologi Anak Bumi Tercinta
1. Sayang Ayah
2. Pertemuan
3. Dugong
4. Hikayat Mat Jenin
5. Rahsia
6. Anak Bumi Tercinta


DRAMA
Tingkatan 1: Antologi Sehijau Warna Daun
1. Baju Emas Sang Maharaja
2. Bila Retak Kota Melaka
3. Jerat

Tingkatan 2: Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa
1. Penunggu Pusaka
2. Angin
3. Buyung

Tingkatan 3: Antologi Anak Bumi Tercinta
1. Asar Belum Berakhir
2. Adik Berjasa
3. Jalan Sempit

PROSA TRADISIONAL/CERITA KLASIK
Tingkatan 1: Antologi Sehijau Warna Daun
1. Lebai Malang
2. Tujuh Puteri Turun Ke Dunia
3. Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka
4. Keberanian Lima Bersaudara

Tingkatan 2: Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa
1. Pak Kaduk
2. Putera Besar Lahir Ke Dunia
3. Puteri Buluh Betung
4. Cerita Kera Dengan Buaya

Tingkatan 3: Antologi Anak Bumi Tercinta
1. Pak Belalang
2. Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari
3. Raja Bersiung
4. Patung Kencana dari Kuripan


SAJAK
Tingkatan 1: Antologi Sehijau Warna Daun
1. Negeri Cinta
2. Seorang Guru Tua
3. Surat Dari Kampus
4. Puisi Buat Mama
5. Tasik Biru Bau, Sarawak
6. Burung Tempua

Tingkatan 2: Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa
1. Mata Ayah
2. Seuntai Kata Untuk Dirasa
3. Bicara Buat Guru
4. Pesan Tangan Kanan Kepada Jari
5. Cinta
6. Ruang

Tingkatan 3: Antologi Anak Bumi Tercinta
1. Rumah Baru
2. Bahasa
3. Bila Berjauhan
4. Wanita Zaman Ini
5. Ketika Kami Bercerita Tentangnya
6. Usia



PUISI TRADISIONAL: Pantun & Syair
Tingkatan 1: Antologi Sehijau Warna Daun
1. Pantun Dua Kerat
2. Pantun Budi
3. Pantun Kanak-kanak
4. Syair Badrul Zaman
5. Syair Ken Tambuhan
6. Syair Menyambut Pelajaran

Tingkatan 2: Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa
1. Pantun Perpisahan
2. Pantun Joget Pahang
3. Pantun Teka-teki
4. Syair Pesanan Ibu
5. Syair Nur Alam Shah Lela Putera
6. Syair Mungkir Janji

Tingkatan 3: Antologi Anak Bumi Tercinta

1. Pantun Budi
2. Pantun Nasib
3. Pantun Peribahasa
4. Syair Yatim Nestapa
5. Syair Cintai Alam Sekitar
6. Syair Tenaga Pemuda

Dalam peperiksaan SPM pula, kandungan kursus sastera hanya terdapat dalam Kertas 2 yang melibatkan dua buah buku iaitu Buku Antologi Anak Laut (Tingkatan 4) dan Buku Antologi Kerusi (Tingkatan 5) bagi soalan no. 2. Manakala soalan no.4 melibatkan 2 buah novel iaitu Novel Perlumbaan Kedua karya Marwills Hj Yusof (Tingkatan 4) dan Novel Julia karya Abu Hassan Morad (Tingkatan 5).

Antara isi kandungan dalam buku antologi seperti berikut:
CERPEN
Tingkatan 4: Buku Antologi Anak Laut
1. Menatap Wajahnya (8ms)
2. Annyss Sophilea (10ms)
3. Kerana Mansinya Epal (10ms)
4. Lambaian Malar Hijau (11ms)
5. Pusaran (12ms)
6. Budi Yang Tak Terbeli (10ms)

Tingkatan 5: Buku Antologi Kerusi
1. Tragedi (8ms)
2. Virus Zel Untuk Abah (10ms)
3. Aku, Kris dan Kristal (11ms)
4. Sebutir Pasir Di Kaki (12ms)
5. Di Sisi Rinda (13ms)
6. Mariah (8ms)

DRAMA
Tingkatan 4: Buku Antologi Anak Laut
1. Serunai Malam (19ms)
2. Titik-titik Perjuangan (12ms)
3. Seri Nara (14ms)

Tingkatan 5: Buku Antologi Kerusi
1. Jangan Bunuh Rama-rama (15ms)
2. Puteri Li Po (33ms)
3. Kerusi (14ms)



2(c)Petikan Prosa Klasik/Tradisional (8 markah)
Tingkatan 4: Buku Antologi Anak Laut
1. Cerita Bayan Tiada Menurut kata Ibu Bapanya (19ms)
2. Peminangan Puteri Gunung Ledang (12ms)
3. Pertarungan Tuah dengan Jebat (14ms)
4. Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah (15ms)

Tingkatan 5: Buku Antologi Kerusi
1. Sabor (6ms)
2. Kezaliman Membawa Padah (4ms)
3. Asal Usul Raja Kecil (4ms)
4. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (5ms)


2(d)Petikan Puisi Tradisional ( 9 markah): Pantun/Syair/Seloka/Gurindam
Tingkatan 4: Buku Antologi Anak Laut
1. Pantun Mengenang Nasib (1ms)
2. Pantun Kiasan (1ms)
3. Syair Pembunuhan Angreni (2ms)
4. Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih (1ms)
5. Gurindam Baris Hadapan (1ms)
6. Seloka Pak Kaduk (1ms)

Tingkatan 5: Buku Antologi Kerusi
1. Pantun Enam Kerat (1ms)
2. Pantun Lapan Kerat (1ms)
3. Syair Jong Pecah (2ms)
4. Syair Kelebihan Ilmu (1ms)
5. Gurindam Memelihara Anggota dan Hati Daripada Kejahatan (1ms)
6. Seloka Pandai Pak Pandir (1ms)




Jawapan Soalan 2:
Sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009 antaranya

Proses pengajaran adalah aktiviti yang berterusan dan ujian bertujuan ujian untuk mendapatkan kembali maklumat, memastikan objektif pengajaran guru tercapai, menggredkan pelajar, untuk memotivasikan pelajar dan tujuan penempatan tahap pelajar mengikut pencapaian.

Ciri-ciri ujian seperti keesahan ujian,kebolehpercayaan atau kestabilan ujian dan keobjektifan atau ketepatan ujian Jenis-jenis ujian:
• Ujian Penempatan – menguji ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
• Ujian Formatif – ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa.
• Ujian Diagnostik – ujian untuk mencari punca kelemahan pelajar.
• Ujian Sumatif – ujian untuk penggredan dan pensijilan, contohnya ujian PMR dan SPM.

Asas Penilaian:
• Penilaian Domain Kognitif
• Penilaian Domain Psikomotor



Aras-aras Ujian Sastera
Ujian kesusasteraan melibatkan tingkat-tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai enam aras utama (Taksonomi Bloom) iaitu bermula dengan tingkat ingatan sehingga menjurus kepada tingkat penilaian.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingat hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya begitu mudah yang hanya menghendaki pelajar menamakan, memberi definisi, nama pengarang, buku-buku yang dihasilkan dan sebagainya.Tugasnya hanya meluahkan kembali butiran fakta yang dibacanya dengan secara langsung dan soalannya juga tidak disamar-samarkan. Contoh ujian aras ingatan ini seperti berikut:
a) Apakah yang diertikan dengan perkataan ‘cemara’?
b)Sebutkan pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat di Malaysia.
c) Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden?
d) Sebutkan dua antologi sajak yang ditulis oleh Usman Awang.


ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami, membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Pelajar juga berkemampuan dan berkeupayaan menyimpulkan beberapa ciri perbezaan antara syair dengan pantun umpamanya. Contoh-contoh butiran ujian dalam kelompok ini berbunyi seperti:
a)Buat satu sinopsis cerpen berjudul Anak Bumi Tercinta karya Fatimah Busu.
b)Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam sajaknya Bahasa?
c)Terdapat beberapa perbezaan dibandingkan antara pantun dengan syair, apakah ciri-ciri persamaan dan perbezaan tersebut ?
d)Buat ringkasan cerita cerpen yang berjudul Buku Catatan Farid Badrul karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman.


iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Misalnya penggunaan pengetahuan berkenaan ciri-ciri pantun untuk mencipta pantun. Kebolehan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada prosedur kritikan bagi menilai sesebuah karya.
Bagi memanfaatkan ujian ke aras ini adalah dikira tugasan berbentuk esei dan perlakuan lebih menampakkan keserasian ujian. Ini kerana pelajar diberi kebebasan mengemukakan jawapan dan jawapan-jawapan sokongan bagi mempertahan dan menguatkan hujahnya.

Contoh soalan berbentuk aplikasi ialah :
a)Diturunkan sebuah wacana berbentuk prosa, misalnya daripada novel Senjakala, sepanjang lebih kurang satu muka surat (perlu diingatkan pemilihan wacana itu perlulah bersesuaian) dan pelajar ditugaskan supaya :
b)Ubahkan bentuk cerita yang dilampirkan menjadi sebuah dialog.
c)Sudut pandangan apakah yang digunakan dalam cerita di atas, ungkapkan kembali cerita di atas dengan sudut pandangan yang berbeza, contohnya daripada gaya dia kepada aku atau sebaliknya.
d)Tunjukkan dan huraikan kembali semua gaya bahasa yang terdapat dalam wacana di atas.
Soalan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran juga boleh ditanyakan kepada pelajar. Puisi yang dipilih itu haruslah tidak terlalu panjang, contohnya sajak berjudul Ke Makam Bonda oleh Usman Awang dan tugaskan pelajar menjawab soalan seperti:
• Berikan tanda-tanda penjedaan ke atas puisi di atas
(tugasan ini berkaitan dengan psikomotor).
• Buatkan parafrasa puisi di atas atau tuliskan kembali puisi Ke Makam Bonda di atas menggunakan gaya dan bahasa anda sendiri.
• Tunjukkan beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Kebolehan pelajar melihat perkaitan dan hubungan antara unsur-unsur yang dapat dikesan dan kebolehan menggunakan organisasi, susunan sistematik binaan, kesatuan yang membangunkan sesebuah karya sastera. Keupayaan menyelesaikan tugasan ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman (lahiriah dan batiniah) karya tersebut. Contoh soalan pada aras ini ialah :
• Bagaimanakah caranya pengarang melukiskan watak dan perwatakan setiap tokoh dalam novel Senjakala ?
• Bagaimanakah sifat-sifat watak utama novel Senjakala?
• Huraikan dengan contohnya sekali tema pokok dan tema sampingan, plot utama dan anak plot sebagaimana yang terdapat dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung.
• Jelaskan keberkesanan unsur-unsur bunyi dalam sajak yang berjudul Ketika Kami Bercerita Tentangnya karya Lim Swee Tin.


v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera. Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut:
• Jelaskan benarkah kaitan antara latar, perwatakan dan tema dalam novel Senjakala bersifat padu dan wajar.
• Jelaskan persamaan antara watak Saaman dalam Keluarga Gerilya dan Busat dalam novel Sandera.


vi. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam ukuran ujian aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Keupayaan berfikir aras penilaian ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu perkara. Contoh soalan aras penilaian ialah:
• Bandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azad Khan dari segi:
Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua drama tersebut dan unsur-unsur kemanusiaan.

• Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya?


Ujian Kesusasteraan Kategori Moody
Aras ujian kategori Moody memang secara khusus direncanakan bagi menguji kesusasteraan dan ianya sama sekali berbeza dengan pendekatan Taksonomi Bloom.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi dimaksudkan berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera. Contoh soalan yang boleh diuji antara lain:
a)Siapakah pengarang novel Badai Semalam? Sekarang beliau tinggal di mana dan apakah pekerjaannya?
b) Siapakah watak utama novel Badai Semalam? Ke manakah watak utama pergi di akhir cerita novel tersebut dan untuk apakah beliau pergi ke tempat baru tersebut?

ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Sebagai contoh di bawah ini diturunkan beberapa contoh soalan menguji pelajar pada aras konsep:
a) Apakah hubungan antara Kinto dengan Noor, apakah hubungan antara Damid dengan Dasima?
b)Apakah konflik atau masalah utama yang terdapat dalam novel tersebut? Apakah faktor yang selalu membebani penderitaan batin dan jiwa Kinto?
c) Mengapakah Kinto begitu sayang kepada Noor dan Dasima?
d) Mengapa Kinto akhirnya tidak dapat terlepas daripada perasaan kesal yang berpanjangan dalam hidupnya?

iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif lebih diberi penumpuan kepada mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Di bawah ini diturunkan beberapa soalan aras ujian perspektif:
a) Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Senjakala?
b)Adakah sesuatu yang bersifat tipikal dalam novel Senjakala?
c) Unsur apakah yang bersifat tipikal itu dan realiti kehidupan yang manakah yang anda maksudkan itu?

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan selalunya berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Item-item soalan yang dimaksudkan untuk mengungkapkan aras apresiasi ini seperti dicontohkan di bawah ini:
a)Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Azizi Hj. Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu?


Dipungut beberapa buah sajak karya Amir Hamzah yang mengandungi kata-kata arkis, seperti dalam sajak “Hanya Satu”.
b) Apakah fungsi dan efek penggunaan kata-kata arkaik dalam sajak itu?
c) Seandainya kata-kata arkis itu digantikan dengan kata-kata lain yang ‘baru’, apakah ianya dikira tepat?



Jawapan Soalan 3:
Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu tingkatan 1-3 (PMR) bermula tahun 2005 memuatkan dua petikan pemahaman KOMSAS (soalan objektif no 31- 40 sahaja) dan diletakkan dibahagaian akhir selepas soalan tentang sistem bahasa. Petikan prosa dan puisi adalah sedutan daripada mana-mana cerpen, drama, dan prosa tradisional yang terdapat dalam buku antologi tingkatan 1-3 dan bagi soalan prosa moden dan prosa tradisional, yang dikemukan hanyalah sebahagian daripada teks asal, iaitu petikan sepanjang antara 200 – 250 patah perkataaan. Manakala puisi tradisional dan sajak, keseluruhan teks puisi akan dikemukan. Petikan prosa moden dan tradisional dikemukan dalam soalan 31 hingga soalan 35 manakala petikan puisi moden dan puisi tradisional dikemukan sebagai soalan 36 hingga soalan 40.
Pada umumnya, soalan-soalan ini dapat dikategorikan kepada tiga bentuk iaitu:
a) soalan pemahaman berdasarkan teks
b) soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan teks
c) soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan bahan; yakni keseluruhan cerpen,
drama atau prosa tradisional

Pengujian dan penilaian dalam kertas 2 dalam PMR yang melibatkan kajian novel mulai PMR 2005 dikemukan dalam Bahagian D yang terdiri daripada satu atau dua soalan yang merupakan soalan esei dan wajib dijawab. Jawapan hendaklah didasarkan pada sebuah novel yang dikaji dan markah diperuntukkan ialah 10 markah. Skema pemarkahan untuk novel ini isi (6 markah) dan bahasa (4 markah).

Manakala pengujian dan penilaian dalam SPM untuk tingkatan 4 dan 5 pula hanya dalam kertas 2 dengan kategori pemarkahan seperti berikut:

2(b)Petikan Cerpen Atau Drama ( 9 markah)

2(c)Petikan Prosa Klasik/Tradisional (8 markah)

2(d)Petikan Puisi Tradisional ( 9 markah): Pantun/Syair/Seloka/Gurindam

Soalan 4: Novel ( 15 markah)

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu merupakan asas penting Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Mulai tahun 1999, Kementerian Pelajaran melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian) yang memasukkan Kesusasteraan Melayu sebagai Komponen Wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Menurut Dr. Sharifah Maimunah Syed Zain, Timbalan Pengarah PPK dalam wawancara yang disiarkan dalam Dewan Sastera (Februari 2000), “Komponen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan memperkenalkan kepada pelajar tentang enam genre sastera yang meliputi genre novel, cerpen, drama, puisi dan prosa tradisional, dan puisi moden (sajak).” Dua waktu daripada enam waktu seminggu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dikhususkan untuk menghayati teks sastera.

Guru yang mengajar komponen sastera terdiri daripada guru bahasa Melayu dan kesusteraan Melayu yang sedia ada. Mereka telah dan akan diberikan pendedahan dan ilmu pedagogi tentang pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran ini.Beberapa penekanan diberikan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera seperti tema dan persoalan, pemikiran, gaya bahasa, plot, watak dan perwatakan, nilai murni, pengajaran, falsafah di samping unsur luaran karya seperti biodata penulis dan sinopsis serta rumusan mahupun tanggapan.



Jawapan Soalan 4:
Lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera dalam bahasa Melayu PMR (Penilaian Menengah Rendah) Kertas 1(02/1):

Soalan 31 hingga soalan 35

Baca pantun di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
PANTUN BUDI

Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

(Dipetik daripada Antologi Anak Bumi Tercinta,
Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31 Bagaimanakah caranya kita menghargai budi baik seseorang?

A Menjunjung orang tersebut
B Mengenang dan menghargainya
C Selalu menyebut dan memujinya
D Mengingati di hati






32 Hina manusia tidak berbudi yang terdapat dalam rangkap kedua pantun
tersebut bermaksud

A manusia dan besi akan dipandang hina kerana berkarat
B biar manusia hina, asalkan berbudi
C manusia akan dipandang hina lantaran tidak memiliki sifat-sifat terpuji
D manusia yang tidak berbudi akan dipandang mulia



33 Kata pandai yang terkandung dalam rangkap keempat pantun tersebut
merupakan

A inversi
B personafikasi
C simile
D repitisi


34 Gaya bahasa perlambangan bagi emas membawa maksud

A harta benda atau kekayaan
B keturunan dan status seseorang
C barang kemas yang menjadi perhiasan wanita
D kedudukan seseorang dalam masyarakat


35 Berikut merupakan pengajaran yang diperoleh menerusi Pantun Budi kecuali

A amalan hidup berbudi akan dipandang mulia
B kita hendaklah memandang harta berbanding budi
C walaupun hidup miskin, tetapi kita perlu berbudi
D orang yang berjasa akan dikenang



Jawapan Soalan 5:
Cadangan Pertama:
Cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini bagi tingkatan 1-3 adalah dengan mengkreatif dan mengkritiskan bahan bantu mengajar. Ini adalah perlu bagi tajuk-tajuk dalam buku antologi kerana tajuk terlalu banyak tetapi soalan yang ditanya hanya sepuluh daripada 75 tajuk (dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3) . Ini jelas seperti berikut:

Pemahaman KOMSAS
Soalan no 31-35: Prosa Moden Dan Prosa Tradisional (5 SOALAN)
1. Drama (9 tajuk)
2. Cerpen (18 tajuk)
3. Prosa Tradisional/Cerita Klasik(12 tajuk)

Soalan no 36- 41 : Puisi Moden Dan Puisi Tradisional (5 SOALAN)
1. Puisi Moden :Sajak (18 tajuk)
2. Puisi Tradisional : Pantun & Syair(18 tajuk)

Tujuan utama mengkreatifkan dan mengkiritskan tajuk-tajuk dalam pemahaman komsas ketika pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk menghayati dan memahami unsur genre dalam sastera supaya lebih berfokus agar tidak belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja (membaca tajuk tertentu). Misalnya dibuatkan peta minda yang lebih mudah semasa menyampaikan isi kandungan atau menciptakan dialog kartun dalam setiap tajuk dalam pemahaman KOMSAS agar lebih menarik dan tidak membosankan. Bahan teks tersebut perlulah lebih diinovasikan dengan pelbagai mutiara kata yang secara tidak langsung menerapkan nilai dan pengajaran dengan illustrasi gambar yang berwarna dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer. Di samping itu, adakan juga bunyi-bunyi atau suara latar yang menghidupkan watak tersebut. Cara seperti ini pastinya akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah lebih berkesan dan efektif serta berjaya mencapai objektif dan falsafah pendidikan agar dapat membudayakan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Setiap guru yang mengajar perlulah ada keyakinan dan ilmu pendidikan yang baik agar segala perancangan dalam pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Cadangan Kedua:
Pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini bagi novel tingkatan 1- 3 (Kertas 2) dicadangkan agar dilakonkan semula oleh pelajar agar mereka mudah ingat mengikut bab demi bab supaya semua pelajar main peranan dan secara tidak langsung akan ada penerapan nilai murni dan semangat satu hati dalam menyiapkan tugasan. Setiap dialog yang hendak dilakonkan hendaklah disediakan oleh para pelajar mengikut kumpulan dan guru hanyalah sebagai pemantau yang pembimbing pelajar. Namun begitu, penggunaan perlalatan perlulah ada agar dan disediakan oleh jawatankuasa tertentu.

Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran sastera seperti novel boleh juga diselitkan pesanan datuk kepada cucu melalui penggunaan bahan inovasi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seperti radio, komputer, laman sesawang dan sebagainya. Kesannya akan lebih menarik dan para pelajar akan lebih minat terhadap unsur sastera dalam bahasa Melayu. Namun begitu, setiap aktiviti yang dilakukan hendaklah dirumuskan oleh guru agar ada kesudahan yang berjaya diterapkan dalam cara hidup seharian agar sentiasa mengutamakan kesopanan dan nilai dalam diri setiap pelajar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan jika setiap guru itu mengaplikasikan ilmu pedagogi dan ilmu pendidikan dengan pelbagai kaedah dan teknik yang bersepadu, unsur sastera akan hidup dan terus hidup sebagai salah satu ilmu yang bermanfaat.

Noorhayati Bt Mushroom berkata...

NOORHAYATI BT MUSHROOM
M20071000113
SMK TAT BENG, SG. NYIOR, 34800 TRONG PERAK.
019-4372896

Nota kuliah kelima pada 24 Januari 2009.

Soalan 1 : Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.

Unsur sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah diperkenalkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sebagai komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2000 di Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di seluruh negara. Pelajar mengkaji dan membaca pelbagai karya sastera berdasarkan genre novel, cerpen, drama, puisi tradisional, puisi moden dan prosa tradisional.
Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini diperkenalkan bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar, serta memperkukuh kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya.
Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijalankan secara berperingkat-peringkat di sekolah mulai bulan Mac 2000 seperti yang berikut:

Mac 2000 : Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Tahun 2001 : Tingkatan 2 dan Tingkatan 5
Tahun 2002 : Tingkatan 3


Melalui pelaksanaan komponen ini, setiap pelajar akan membaca dan mengkaji novel-novel secara berasingan mengikut zon yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Satu novel bagi setiap tingkatan ditetapkan mengikut zon, iaitu daripada pilihan 4 judul. Ini bermakna, seorang pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan. Novel-novel yang ditetapkan adalah seperti berikut:





Tingkatan 1 - 1. Meniti Kaca (R. Sabarudin R. Abdullah)
2. Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)
3. Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj.Yusuf)
4. Limpahan Darah Di Sungai Semur (Zakaria Salleh)

Tingkatan 2 - 1. Pahlawan Pasir Salak (Mohd.Ismail Sarbini)
2. Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)
3. Timulak Kapal Perang (Azmah Nordin)
4. Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)

Tingkatan 3 - 1. Panas Salju (Talib Samad)
2. Merdeka! Merdeka! (A. Rahman Hanafiah)
3. Ekspedisi (Mohd.Ghazali Tocheh)
4. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Noordin)

Tingkatan 4 - 1. Terminal Tiga (Othman Puteh)
2. Perlumbaan Kedua (Marwilis Hj.Yusuf)
3. Di Hadapan Pulau (A.Samad Said)
4. Bukit Kepong (Ismail Johari)

Tingkatan 5 - 1. Konserto Terakhir (Abdullah Hussain)
2. Seteguh Karang (Tuan Faridah Syed Abdullah)
3. Julia (Abu Hassan Morad)
4. Putera Gunung Tahan (Ishak Haji Muhammad)

Di samping itu, pelajar juga dikehendaki membaca dan mengkaji teks antologi yang sama bagi semua zon. Teks antologi ini mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden (sajak), 6 puisi tradisional, dan 4 prosa tradisional seperti yang berikut:
Tingkatan 1- Sehijau Warna Daun
Tingktan 2 - Seuntai Kata untuk Dirasa
Tingktan 3 – Anak Bumi Tercinta
Tingktan 4 – Anak Laut
Tingkatan 5 – Kerusi
Bagi mempelajari komponen Kesusasteraan Melayu ini, dua waktu diperuntukkan daripada enam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Sementara, penaksiran pada peringkat sekolah dan peringkat pusat dilaksanakan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai pada Tahun 2001dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai pada Tahun 2002.


Soalan 2 : Perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.
Nota kuliah pada 24 Januari 2009 membincangkan beberapa topik. Antara topik penting yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Tujuan ujian dalam pendidikan adalah untuk mendapat kembali maklumat, memastikan objektif pengajian guru tercapai, menggred pelajar, ujian sebagai penggerak atau motivasi dan bagi tujuan penempatan (sederhana, baik dan lemah).
2. Ciri-ciri ujian yang dibincangkan meliputi perkara-perkara berikut:
i. Kesahan ujian – ujian itu mengambarkan atau menguji apa yang hendak diuji. Contoh, jikalau objektif guru mahu pelajar menguasai tema, maka ujian yang diadakan adalah berkaitan tema.
ii. Kebolehpercayaan atau kestabilan - ciri ini dilihat dari segi ketepatan dan kejituan ukuran yang dibuat. Ujian yang stabil atau boleh dipercayai.
iii. Keobjektifan atau ketepatan ujian – Item-item yang dibina tidak memberi peluang kepada sesuatu interpretasi berlainan daripada apa yang telah ditentukan terlebih dahulu. Bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Skema pemarkahan juga disediakan terlebih dahulu sebelum guru memeriksa.
3. Jenis-jenis Ujian. Jenis-jenis ujian merangkumi ujian berikut:
i. Ujian penempatan – bertujuan menguji pelajar agar mempunyai keterampilan yang disyaratkan bagi sesuatu kursus.
ii. Ujian formatif – menguji pelajar dari masa ke masa serta memberi maklumat kepada guru.
iii. Ujian Diagnostik – mencari punca kelemahan pelajar.
iv. Ujian Sumatif – untuk penggredan dan pensijilan(UPSR,PMR,SPM,STPM).

4. Asas-asas Penilaian. Asas-asas penilaian digariskan mengikut domain-domain berikut:
i. Penilaian Domain Kognitif – ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir. Bermula daripada peringkat rendah iaitu aras ingatan sehingga yang tertinggi,iaitu kompleks. Bentuk ujian adalah pelbagai seperti aneka pilihan, subjektif, lisan, tulisan, ujian bulanan dan lain-lain.
ii. Penilaian Domain Afektif – berhubung dengan masalah sikap, pandangan dan nilai-nilai yang dipercayai seseorang. Penilaian ini diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis. Pengukuran menggunakan skala Likert . Di samping itu, boleh juga menggunakan respon pilihan ya atau tidak.
iii. Penilaian Domain Psikomotor – berhubung dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan. Penilaian menggunakan pengamatan berbeza dengan bidang sukan. Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan dengan kognitif dan afektif).
5. Aras-aras Ujian. Antara aras ujian yang digariskan adalah seperti berikut:
i. Kategori Moody – Aras informasi, Aras Konsep, Aras perspektif, Aras Apresiasi/penghayatan.
ii. Taksonomi Bloom – Aras pengetahuan, Aras pemahaman, Aras Aplikasi, Aras Analisis, Aras Sintesis dan Aras Penilaian.
6. Aras-aras Ujian Sastera.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan – memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian,definisi,deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya mudah, hanya menghendaki pelajar menamakan,memberi definisi,nama pengarang dan sebagainya. Contoh ujian aras ingatan ini adalah seperti berikut; Apakah yang diertikan dengan perkataan “cemara”? Butiran ujian juga boleh direncanakan dalam bentuk aneka pilihan.
ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman – memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami,membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Contoh soalan, Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Latifah Hj Shebli dalam sajaknya Aku Menjadi Lebih Berani.
iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi – menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Dengan cara ini membolehkan para pelajar menerapkan pengetahuan teoritisnya ke dalam kegiatan praktis dan konkrit. Pada aras ini pelajar berkeupayaan mengubah, memodifikasi, mendemonstrasi, mengoperasi dan menerapkan sesuatu hal atau sesuatu kemampuan. Contoh soalan, Sudut pandangan apakah yang digunakan oleh dalam Novel Julia karya Abu Hassan Morad.
iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis - berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Sebelum diuji aras ini, pelajar harus benar-benar sudah membaca karya yang ditetapkan dan pelajar mampu melakukan kerja analisis terhadap karya tersebut. Sikap dan aras membaca seharusnya lebih luas. Pelajar bukan sekadar berkeupayaan memahami isi cerita tetapi lebih jauh daripada itu berkemampuan membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut atau karya sastera tersebut sebagai hasil secara keseluruhan. Keupayaan menyelesaikan tugasan analisis ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman karya tersebut. Contoh soalan, Bagaimanakah sifat-sifat watak utama dalam Novel Perlumbaan Kedua?
v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis – mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera, kemampuan untuk menyelesaikan tugasan berbentuk sintesis antara lain pelajar berkeupayaan mengkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis, contohnya, puisi, cerpen atau novel yang mempunyai persamaan unsur tertentu seperti gaya, tema plot dan latar.Pelajar juga berkeupayaan menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa buah karya sastera. Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut; Jelaskan persamaan watak Julia dalam novel Julia dan watak Tuk Kura dalam novel Perlumbaan Kedua.
vi. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian – peringkat tertinggi dalam kayu ukuran aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Contoh soalan, Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya.
7. Ujian Kesusasteraan Kategori Moody.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi – berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera.Item-item soalan yang dirancang dan diajukan kepada pelajar amat mudah disediakan kerana selalunya merujuk kembali kepada karya sastera yang dipelajari dan murid melakukan aktiviti hafalan bagi mengingati fakta-fakta penting dalam karya tersebut. Contoh soalan, Siapakah watak utama novel Perlumbaan Kedua?
ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep – berkaitan dengan persepsi bagaimana maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Contoh soalan, Apakah konflik yang dialami oleh watak Tuk Kura?
iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif - penumpuan kepada pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah karya sastera ditentukan oleh keupayaannya memahami karya sastera yang berkaitan. Item-item soalan ujian aras ini adalah ujian kemampuan kognitif yang paling tinggi arasnya. Contoh soalan, Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Julia?
iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan – ujian aras ini berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Keperluan kognitif yang diperlukan untuk mengerjakan butiran-butiran ujian aras apresiasi juga memerlukan kemampuan kognitif aras tinggi. Pelajar harus berupaya mengenali, menganalisis, membandingkan, menggeneralisasi dan menilai bentuk-bentuk kebahasaan yang digunakan dalam sesebuah karya sastera yang dikaji dan dibahaskan. Contoh soalan, Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang jalan dan Azizi Hj Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu.

Soalan 3 : Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu.
Pengujian dan penilaian memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan bahasa. Apabila unsur sastera diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara berperingkat mulai 2000, pengujian dan penilaian bahasa turut berubah. Jikalau dahulu pelajar didedahkan dengan item-item ujian yang menjurus kepada penulisan karangan, tatabahasa, rumusan dan ringkasan karangan, pemahaman, kini item-item ujian yang dibina perlu berlandaskan teks-teks kesusasteraan yang ditetapkan oleh kementerian.
Pada asasnya, penilaian adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan mengajar sesuatu kemahiran bahasa, iaitu kemahiran yang telah dapat diajar dan dikuasai oleh murid, dan aspek-aspek yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran yang akan datang. Mulai tahun 2001, Komponen Sastera (KOMSAS) mula diuji dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang disemak semula pada tahun 2002 (Pusat Perkembangan Kurikulum), ditegaskan KOMSAS dimasukkan ke dalam bidang estetik dan bertujuan membolehkan pelajar menguasai aspek bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping mementingkan penikmatan hasil karya, antara perkara-perkara yang dititikberatkan ialah:
10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya
10.3 Menyatakan jenis, ciri tema dan persoalan,pemikiran,latar,plot,gaya bahasa dan sudut pandangan.
Bagi membolehkan pelajar menikmati dan menghayati sesebuah karya sastera dari aspek kandungan mesej dan keindahan bahasanya, pelajar perlu memahami karya tersebut dari aspek luaran dan dalaman. Dalam pengujian dan penilaian KOMSAS, soalan aneka pilihan digunakan bagi menguji KOMSAS bagi tingkatan satu hingga tiga. Item-item soalan dibina berdasarkan petikan yang terdapat dalam antologi yang ditetapkan oleh Kementerian. Soalan esei dikemukakan berasas novel yang dipelajari semasa tingkatan satu, dua dan tiga. Isu yang timbul di sini, ialah bentuk-bentuk soalan aneka pilihan yang disoal lebih cenderung ke arah mencungkil pemahaman pelajar semata-mata. Item soalan yang dibina adakalanya tidak menguji apa yang sepatutnya diukur. Seimbas lalu ujian itu kelihatan seperti mengukur apa yang sepatutnya diukur. Oleh itu, sebelum membina ujian yang bertujuan untuk menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa, eloklah guru menyemak semula setiap item atau soalan supaya jangan ada yang terkeluar daripada batasan atau tujuan ujian itu dibina.

Isu seterusnya yang dapat dilihat dalam pengujian dan penialaian KOMSAS adalah berkait dengan kesahan isi. Kesahan isi mempersoalkan sama ada sesuatu ujian itu mengandungi satu sampel yang seimbang tentang perkara yang telah diajar menurut sukatan pelajaran atau program pengajaran. Ini adalah penting bagi kedua-dua jenis ujian,iaitu yang bercorak formatif atau sumatif. Sebagai contoh, jika guru hendak menguji aspek-aspek yang telah dibincangkan dengan pelajar bagi sesebuah novel dalam bulan Februari, maka kesahan isi ujian tersebut adalah tinggi sekiranya item ujian yang dibina mewakili semua aspek novel yang telah diajar dalam bulan ini. Oleh itu, bagi menjaga kesahan isi ini, guru perlu merujuk semula rekod-rekod pengajarannya seperti buku rekod mengajar dan sukatan pelajaran. Skop isi ujian tersebut, iaitu sama ada untuk hujung penggal, pertengahan tahun atau hujung tahun, hendaklah mewakili pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku dalam tempoh tersebut.

Seterusnya, pengujian dan penilaian KOMSAS turut dikaitkan dengan kesahan konstrak. Konstrak ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda yang abstrak atau maujud. Dalam bidang pengajaran sastera dalam bahasa Melayu, kemahiran pelajar menaakul konsep-konsep abstrak seperti unsur-unsur gaya bahasa, tema, persoalan dan sebagainya merupakan antara aspek yang sering diuji oleh guru. Dalam menguji kemahiran murid memahami konsep-konsep ini, guru harus memahami terlebih dahulu konstruk –konstruk yang ingin diuji.
Selain itu, isu pengujian dan penilaian pengajaran sastera turut dikaitkan dengan kebolehpercayaan item. Kebolehpercayaan item kadang kala disebut sebagai ketekalan dalam sesuatu ujian, sebab setiap item dalam ujian tersebut berfungsi dalam kebolehpercayaan atau ketekalannya membezakan murid yang bagus dengan murid yang lemah tentang kemahiran yang diukur oleh ujian tersebut. Bagi menjaga kebolehpercayaan item sesuatu ujian, guru perlulah mengikuti garis panduan berikut:
i. Jangan menggunakan item soalan yang terlampau senang. Hal ini demikian kerana murid yang bagus dan yang lemah pun boleh menjawabnya dan oleh hal yang demikian item-item tersebut tidak dapat berfungsi dalam membezakan antara kedua-dua golongan murid.
ii. Jangan menggunakan item soalan yang terlampau susah. Hal ini demikian kerana murid yang lemah dan yang bagus sekalipun tidak boleh menjawabnya dengan betul. Oleh hal yang demikian item tersebut juga tidak dapat membezakan antara kedua-dua golongan murid.
iii. Berdasarkan maklum balas daripada faktor (i) dan (ii), maka sebaik-baiknya dari segi ketekalan dalam sesuatu ujian,item yang akan digunakan oleh guru adalah item soalan yang bercorak susah, sederhana dan senang,, dan bukan yang terlampau susah atau terlampau senang.
iv. Sekiranya item soalan dalam sesuatu ujian itu berbentuk aneka pilihan, adalah dicadangkan supaya item yang kabur atau yang mempunyai dua pilihan yang boleh dianggap betul digugurkan daripada ujian tersebut.

Soalan 4 : Bina lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda.
Soalan 1 - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta dengan demikian maka Laksamana pun sampailah ke balai gendang. Maka Laksamana berhenti di balai gendang mendengar bunyi rebana itu terlalu ramai, Si Jebat makan minum dengan segala isi istana. Setelah dilihatnya hampir tengah hari, maka didengar oleh Laksamana bunyi rebana dan redap itu berhenti, hingga bunyi rebana kecil juga lagi bunyinya mengulit Si Jebat tidur. Maka Laksamana pun tahulah akan Si Jebat tidur itu. Maka Laksamana pun melihat ketika dan edaran. Setelah sudah sampai ketikanya maka Laksaman pun turun dari balai gendang itu lalu berjalan masuk ke pagar lalu berdiri di tengah halaman istana itu. Maka segala orangnya empat puluh itu pun berdiri di belakang Laksamana. Maka segala orang banyak pun berdiri dari jauh melihat tenasya: ada yang naik pohon kayu, ada yang naik bumbungan, ada yang naik ke haling jambatan raja; maka sekalian yang berani masuk berdiri di belakang Laksamana.
(Dipetik daripadacerita “Pertarungan Tuah dengan Jebat”dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata “melihat ketika dan edaran”? [2 markah]
(ii) Bagaimanakah Laksamana meyakinkan dirinya bahawa Jebat telah tidur? [3 markah]
(iii) Pada pandangan anda, mengapakah kehadiran Laksamana di hadapan istana menarik minat orang ramai? [3 markah]
Soalan 2 - Petikan Puisi Tradisional
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN ENAM KERAT

Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat daripada kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,
Memikul Cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
[Permatang Budi, 1991 Fajar Bakti Sdn. Bhd. ]

i. Apakah maksud baris –baris berikut?
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mengatasi masalah kehilangan tempat bergantung dahan berpijak. [3 markah]

iii. Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

Soalan 3 - Sajak
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AKU MENJADI LEBIH BERANI
Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu.
Sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar
sepatah kata
bisa,
aku merasa.

Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.

Latifah Haji Shelbi (Antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud baris “Hati dan rasa mengajarku”? [2 markah]
(ii) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pensyair seorang yang berani? [3 markah]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Soalan 4 - Petikan Cerpen
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Setiap kali, cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.
Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menghela nafas panjang.
Jo menjadi serba salah ketika menatap wajah Daneng yang keruh seperti air danau yang timbul kelodaknya.
“Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?” bentak suara hati Jo.
Tetapi niatnya harus diteruskan. Bara yang digenggam perlu menjadi arang!
“Daneng, kau terlalu sayang akan hutan ini bukan?”
“Janganlah memisahkan saya dengan hutan ini, cikgu,” terkeluar kalimat rayuan daripada mulut Daneng.
“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau, oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata Bara yang digenggam perlu menjadi
arang dalam petikan cerpen di atas? [2 markah ]

( ii ) Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ancaman yang dihadapi oleh
hutan malar hijau. [3 markah]

( iii ) Huraikan dua persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang terdapat dalam
cerpen di atas. [4 markah ]


Soalan 5 - Petikan drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PUTERI HANG LI PO: Pandai Orang Kaya mengolah bicara hingga tujuan asal beta untuk
melamar cinta telah tuan hamba ubah pula menjadi seolah-olah beta hanya menguji Orang Kaya.

HANG JEBAT : Sememangnya pada hemat patik, Tuanku Puteri hanya menguji patik.
Adalah wajar perbuatan Tuanku Puteri itu tadi untuk mengukur kesetiaan hamba sahaya. Atas anggapan itu akan patik tanam lagi dengan sekukuh-kukuhnya akan kesetiaan hamba sahaya seperti patik ini untuk panduan Tuanku Puteri. Percayalah Tuanku Puteri bahawa atas nama hulubalang Melayu tidak terlintas di hati lelaki yang perwira dan taat pada rajanya untuk menderhaka sedemikian rupa. Mereka akan lebih rela mati daripada menjejas kedaulatan raja. Apatah lagi Sultan Melaka sungguh adil dan saksama serta bijaksana pula. Jika ada sesuatu kedurjanaan akan segera dikesan oleh baginda.

PUTERI HANG LI PO: Malu amat beta dibuat oleh kata-kata Orang Kaya. Apalah lagi
yang ada pada beta selepas ini. Sudahlah dagang di negeri orang, menumpang kasih pula dilarang.

HANG JEBAT: Sudahlah Tuanku Puteri. Bersabarlah menanti kedatangan Sultan.
Apabila baginda kembali dari berburu pelanduk di hutan, patik akan sampaikan betapa rindunya Tuanku Puteri semoga segera dikunjungi baginda. Mohon patik minta diri dahulu Tuanku Puteri, takut geruh pula nanti terlalu lama berdua-duaan begini. Ampun Tuanku Puteri.

[Dipetik daripada drama Puteri LI Po, karya Rahmah Bujang, dalam Antologi Kerusi]

( i ) Apakah sifat-sifat yang dimiliki oleh hulubalang Melayu Melaka? [3 markah]

( ii ) Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat menolak cinta Puteri Hang Li Po?
[3 markah]

( iii ) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam drama ini. [4 markah]


Soalan 5: Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera
di sekolah pada masa ini


Pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah kini sememangnya berdepan dengan beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi oleh guru dan murid adalah penggunaan genre yang terlalu banyak dalam peruntukan waktu yang terlalu singkat. Dalam situasi ini guru sering berdepan dengan dilema untuk menghabis pengkajian novel atau genre yang ditetapkan demi keperluan peperiksaan semata-mata. Dalam keadaan ini sudah pasti nilai estetika genre berkenaan tidak dititikberatkan oleh guru. Guru hanya mengajar KOMSAS berlandaskan alasan untuk memenuhi keperluan peperiksaan. Dalam hal ini sudah pasti matlamat tujuan KOMSAS diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tersasar daripada matlamat asasnya. Guru tidak berkesempatan mengungkapkan nilai-nilai estetika sesebuah genre berkenaan, malahan adalah lebih tragis, murid tidak langsung mengenali penulis karya berkenaan. Hal ini demikian kerana soalan tentang latar belakang penulis tidak dijadikan item dalam pembinaan soalan sama ada di peringkat sekolah, mahupun peringkat PMR atau SPM. Dalam keadaan ini adalah wajar pihak-pihak berkenaan memastikan bahawa genre yang dipilih dihadkan bilangannya, ibarat pepatah “ukur baju di badan sendiri”. Ukur keupayaan guru dan ukurlah keupayaan murid kerana jika kita bersikap hanya melepaskan batuk di tangga, maka matlamat kurikulum untuk mengungkap nilai-nilai estetika dalam karya-karya sastera sukar direalisasi oleh pendidik. Sesebuah karya harus dikupas dengan teliti agar murid benar-benar dapat melihat nilai-nilai estetika karya berkenaan. Waktu yang diperuntuk sekitar 35 hingga 40 minit, (dua kali seminggu) tidak mencukupi bagi murid menilai keindahan karya berkenaan. Tambahan pula, lambakan genre yang pelbagai tidak dapat membantu murid menghayati genre-genre berkenaan dengan sewajarnya. Oleh itu, adalah wajar pihak berkenaan mengehadkan bilangan genre dan novel yang perlu dikaji oleh murid di sekolah. Sekiranya bilangan genre ini tidak dihadkan, alternatif kedua yang perlu difikirkan oleh pihak terbabit adalah menambah bilangan waktu pengajaran KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah juga memerlukan guru-guru yang mempunyai pendedahan dalam bidang kesusasteraan. Walaupun pengetahuan guru mungkin tidak mendalam, namun adalah lebih baik berbanding jika guru-guru yang mengajar KOMSAS atau mata pelajaran Bahasa Melayu adalah guru-guru yang mempunyai latar belakang akademik atau bidang kemahiran yang berbeza. Situasi ini menyebabkan guru-guru tidak dapat menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan kepada murid. Situasi di sekolah kini memperlihatkan bahawa kebanyakan guru yang mengajar bahasa Melayu adalah terdiri daripada guru-guru yang mempunyai latar belakang teknologi maklumat, perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Dasar kerajaan 60:40, iaitu 60 pemberatan ke arah sains dan 40 sastera, menyebabkan guru-guru yang keluar dari institusi pendidikan mempunyai latar belakang yang majoritinya bukan aliran kesusasteraan. Bagaimana mungkin seorang guru yang tidak berminat langsung dengan karya-karya sastera, dapat menterjemahkan nilai-nilai estetika yang terkandung di dalam genre atau sesebuah novel berkenaan. Jika terdapat guru yang sedemikianpun, adalah sukar untuk dicari. Jika ditinjau di sekolah-sekolah, rungutan yang pasti kedengaran adalah kekurangan guru opsyen bahasa Melayu. Guru-guru yang mempunyai opsyen lain rela atau terpaksa, harus mengajar subjek ini. Realitinya, sukar kita mengungkap nilai-nilai estetika karya-karya sastera jika pendidik yang menjadi wadah ilmu ini sendiri tidak mempunyai kesediaan ilmu yang mencukupi dalam bidang berkenaan. Pihak-pihak yang berkenaan perlu merenung kembali permasalahan ini, agar KOMSAS yang diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, benar-benar dapat menyedarkan murid tentang keindahan karya-karya sastera di negara kita

Abd.Rahman berkata...

Abd. Rahman bin Ismail(m20071000111)
Sek.Keb.Telok kepayang
32600 Bota
0195942045

Kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu yang dikenali sebagai komponen sastera( Komsas ) telah dijadikan komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu.Kursus ini telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 di peringkat tingkatan satu dan tingkatan empat. Kemudian,pada tahun 2001,Komsas diperluas ke tingkatan dua dan tingkatan empat. Menjelang tahun 2003,Komsas telah dapat dilaksanakan sepenuhnya daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Calon sulung bagi sukatan bahasa Melayu edisi penyesuaian ini mula diuji secara rasmi dalam Peperiksaan Menengah Rendah dalam subjek Komsas mulai tahun 2002 manakala calon Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2001,setahun lebih awal daripada pelajar tingkatan 1,2000.

Melalui pengajaran dan pembelajaran Komsas,unsur atau bahan sastera dalam pendidikan bahasa akan menjurus kepada aspek nilai estetik,keindahan bahasa dan sosio budaya yang tergarap dalam sesebuah karya. Hal ini dapat dilihat melalui matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas Antara matlamat itu ialah untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis, meningkatkan kekuatan rohani dan intelek, memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa, mengenali dan mengurus perasaan pelajar serta meningkatkan kemahiran intrapersonel dan interpersonel.

Matlamat Komsas ini dapat digambarkan dalam kandungannya. Kandungan Komsas dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian A, Antologi yang disoal dalam Kertas 1 manakala bahagian B pula membicarakan novel dan diuji dalam Kertas 2. Antologi yang digunakan adalah mengikut peringkat tingkatan iaitu,
i) Tingkatan Satu:Antologi
Sehijau Warna Daun
ii) Tingkatan Dua: Antologi
Seuntai Kata Untuk Dirasa
iii)Tingkatan Tiga: Antologi Anak
Bumi Tercinta
iv) Tingkatan Empat: Antologi Anak
Laut
v) Tingkatan Lima: Antologi Kerusi
Misalnya, antologi ’ Seuntai Kata Untuk Dirasa’ yang diajar di tingkatan dua mengandungi beberapa buah genre seperti puisi tradisional,sajak,prosa tradisional,cerpen dan drama. Puisi tradisonal mengandungi pantun perpisahan,pantun Joget Pahang,pantun teka-teki,syair Pesanan Ibu,syair Nur Alam Syah Lela Putera dan syair Mungkir Janji. Prosa tradisional mengandungi cerita klasik dengan tajuk, ’Pak Kaduk’,’Putera Besar Lahir ke Dunia’, dan ’Kera dengan Buaya’. Kata orang, kalau ada yang lama tentu pula ada yang baharu. Bagi mengimbangi puisi dan prosa tradisonal maka puisi dan prosa baru turut diajar. Sajak mengandungi tajuk,’Mata Ayah',’Seuntai Kata Untuk Dirasa’, ’Bicara Buat Guru’,’Pesan Tangan Kepada Jari,’Cinta’, dan ’Ruang’ manakala genre cerpen pihak panel pemilih yang terdiri dalam kalangan nama-nama besar sastera seperti Othman Puteh, Rahman Shaari dll telah memilih enam buah cerpen.Cerpen yang dimaksudkan ialah Tina,Batu,Buku Catatan Farid Badrul,Mama,Erti Kasih Makna Sayang dan cerpen ’ Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya’. Drama dengan tiga buah tajuk iaitu Penunggu Pusaka, Angin dan Buyong merupakan genre yang terakhir yang terdapat dalam bahagian antologi. Di antara daya penarik yang terdapat di dalam genre cerpen ialah ’Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya ’,hasil nukilan penulis bukan Melayu,Tung Wai Chee yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Bahagian B atau Kertas 2 melibatkan beberapa buah novel dan diagihkan mengikut zon dan negeri.

Berikut merupakan maklumat berkenaan yang disusun mengikut negeri dan mengikut turutan yang dimulai novel tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima.

i)Negeri Selangor, Perlis,Negeri Sembilan dan WilayahPersekutuan:
Meniti Kaca, Pahlawan Pasir Salak,Panas Salju,Bukit Kepong dan Konserto Terakhir.
ii)Negeri Sabah,Sarawak, Pahang dan Terengganu:Limpahan Darah Di
Sungai Semur, Timulak Kapal Perang, Ekpsedisi,Terminal Tiga dan Seteguh Karang.
iii)Negeri Melaka Johor dan Kelantan:Anak Din Biola, Trajedi 4 Disember,Merdeka!Merdeka!,Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan.
iv)Negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang:Aku Anak Timur, Kapten Hassan Wira Bangsa, Kanang Cerita Seorang Pahlawan, Perlumbaan Kedua dan Julia.

Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam Komsas,jelas menunjukkan komponen itu memberi pendedahan yang cukup tentang kesusasteraan.Kedua,melihat kepada enam genre teks(puisi tradisional,sajak,prosa tradisional,drama,cerpen dan novel) yang perlu dikuasai oleh pelajar maka pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan merupakan sebahagian daripada sukatan bahasa Melayu yang tidak boleh diasingkan dan tanpa pengecualian. Ketiga, terdapat enam buah puisi tradisional, enam buah puisi moden, empat buah prosa tradisional, tiga buah drama, enam buah cerpen sebuah novel yang perlu dipelajari oleh para pelajar dalam setahun. Keempat, beberapa konsep seperti ironi,sinis,woordopname dll yang terdapat dalam gaya bahasa dapat diterap secara tidak langsung kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


2.Sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009. (1500 perkataan)

Perkara penting berkenaan dapat dihuraikan kepada tujuan ujian, ciri-ciri ujian, jenis-jenis ujian, asas penilaian, dan aras ujian sastera.
1.Tujuan Ujian
Proses pengajaran adalah edaran yang berterusan dan tujuan ujian diadakan dalam pendidikan ialah,
i)untuk mendapatkan kembali maklumat(kepada guru dan pelajar)
ii)untuk memastikan objektif pengajaran tercapai (mengawasi mutu pelajaran)
iii)untuk memberi gred kepada pelajar
iv)untuk menggerakkan para pelajar
v)untuk memudahkan penempatan pelajar mengikut kumpulan baik, sederhana dan lemah.(proses pemilihan melalui ujian)

2.Ciri-ciri Ujian
Dijelaskan seperti berikut:
2.1Kesahan Ujian
Ciri ini digunakan untuk menguji apa yang hendak diuji oleh guru. Dengan itu, guru akan dapat gambaran tentang ujian yang dibina.
2.2Kebolehpercayaan atau kestabilan ujian
2.3Keobjektifan atau ketepatan ujian
3.Jenis-jenis Ujian
3.1Ujian Penempatan(menguji kebolehan)
3.2Ujian Formatif(dijalankan secara berterusan)
3.3Ujian Diagnostik( mengenalpasti punca kelemahan)
3.4Ujian Sumatif(contoh Sijil Tnggi Persekolahan Malaysia)

4.Asas penilaian ada tiga domain.
4.1Domain kognitif
4.1.1kemampuan proses berfikir
4.1.2mempunyai aras rendah hingga tinggi
4.1.3ujian objektif,subjektif,ujian bulanan dll.

4.2Domain afektif
4.2.1Mengkaji hubungan sikap, pandangan serta nilai
4.2.2Contoh, temuramah,ujian pengamatan dan tingkahlaku dll
4.2.3Rujuk Skala Likert(5 skala)
4.2.4Jenis pilihan jawapan(Ya atau Tidak)

4.3Domain Psikomotor
4.3.1Aktiviti pergerakan tubuh badan
4.3.2Penilaian pengamatan berlainan dengan bidang sukan
4.3.3Contoh deklamasi sajak, berlakon dll.(domain afektif,kognitif)

5.Aras-aras Ujian Sastera
Ujian yang berkait dengan penggunaan Taksonomi Bloomfield.
5.1Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan
-pelajar mengungkapkan atau mengingat hal-hal yang
bersangkutan fakta, konsep, pengertian dan sebagainya.
-pelajar meluahkan butiran seperti fakta yang dibaca
-soalan secara terus dan jelas seperti menamakan.mendefinisi,nama
pengarang buku yang dihasilkan dll.Contoh, beri definisi’Cemara’.
5.2 Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman
-pelajar mampu memahami, membeza dan menjelaskan seperti hubungan antara konsep dll, boleh merangka novel, boleh mencari isi utama,
memahami prosa klasik dalam bentuk moden, membezakan genre syair dan
puisi.Contoh.Buatringkasan cerita cerpen yang berjudul, misalnya Buku Catatan Farid Badrul karya Mohd Tajudin Abdul Rahman.
5.3 Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi
-pelajar perlu mengaplikasi apa yang dipelajari.Contohnya ujian esei.
Diturunkan sebuah wacana berbentuk prosa, novel Senjakala, sepanjang lebih kurang satu muka surat( perlu diingatkan pemilihan wacana itu perlulah bersesuaian) dan pelajar ditugaskan supaya :
i)mengubahkan bentuk cerita yang dilampirkan menjadi sebuah dialog.
ii) sudut pandangan apakah yang digunakan dalam cerita di atas, ungkapkan kembali cerita di atas dengan sudut pandangan yang berbeza,contohnya daripada gaya dia kepada aku atau sebaliknya.
5.4 Ujian Kesusasteraan Aras
Analisis
-mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Kebolehan pelajar melihatperkaitan dan hubungan antara unsur-unsur yang dapat dikesan dan kebolehan menggunakan organisasi, susunan sistematik binaan, kesatuan yang membangunkan sesebuah karya sastera.Keupayaan menyelesaikan tugasan ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman (lahiriah dan batiniah) karya
tersebut. Contoh soalan.
i)Bagaimanakah caranya pengarang melukiskan watak dan perwatakan
setiap tokoh dalam novel Senjakala ?
5.5Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian
Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata,ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu
karya sastera. Keupayaan berfikir aras penilaian ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu perkara. Contoh soalan aras penilaian ialah:
iBandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azad Khandari segi:
a) Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua- dua drama tersebut.
b) Unsur-unsur kemanusiaan.
ii)Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya?
6. Ujian Kesusasteraan Kategori Moody
Terdapat beberapa aras dalam ujian ini yang cukup sesuai untuk menguji kesusasteraan.
6.1 Ujian Kesusasteraan Aras Informasi untuk menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera
6.2 Ujian Kesusasteraan Aras Konsep untuk mempersepsi tentang maklumat atau unsur karya dibina. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Contoh soalan untuk menguji pelajar pada aras konsep:
i) Apakah hubungan antara Kinto dengan Noor, apakah hubungan antara Damid dengan Dasima? Apakah konflik atau masalah utama yang terdapat dalam novel tersebut? Apakah faktor yang selalu membebani penderitaan batin dan jiwa Kinto? Mengapakah Kinto begitu sayang kepada Noor dan Dasima? Mengapa Kinto akhirnya tidak dapat terlepas daripada perasaan kesal yang berpanjangan
dalam hidupnya?
6.3Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif untuk mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca karya.Contoh soalan.
i)Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel
Senjakala?Adakah sesuatu yang bersifat tipikal dalam novel Senjakala?Unsur apakah yang bersifat tipikal itu dan realiti kehidupan yang manakah yang anda maksudkan itu?
6.4Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan yang ada kaitan dengan permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik.
Contoh soalan.
i)Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Azizi Hj. Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara ( Kedah ) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu?


2. Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu. (1000 perkataan)

Pengujian dan penilaian Komsas dalam bahasa Melayu dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan kembali maklumat. Maklumat ini amat berguna kepada guru dan pelajar. Melalui pengujian dan penilaian yang dijalankan guru dapat melihat sama ada objektif pengajarannya telah mencapai objektif. Apabila guru sudahpun berjaya mencapai objektif maka guru dengan mudahnya boleh memberi gred dan menempatkan para pelajar dalam kumpulan tertentu. Hal ini akan memudahkan guru untuk mengurus kelas, lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Pengujian dan penilaian juga melibatkan ciri-ciri ujian seperti kesahan ujian, kebolehpercayaan atau kestabilan ujian dan keobjektifan atau ketepatan ujian. Jenis-jenis ujian,asas penilaian dan aras ujian perlu juga diambilkira bagi memastikan tujuan dan objektif pengujian dan penilaian itu benar-benar melambangkan keperluan sesuatu ujian itu dibina dan diuji. Dengan memilih jenis ujian yang betul maka penguji akan mendapat kembali hasil daripada ujian yang dijalankan. Ini bermakna dalam menjayakan sesuatu ujian seperti ujian Komsas beberapa perkara yang disebut tadi amat perlu diambi berat, di samping beberapa aspek yang lain seperti masa menjawab bersesuaian dengan soalan, falasi logik, pengaruh bahasa dialek, kekurangan kosa kata, gaya bahasa, gaya penulisan dan sebagainya.

Menurut Azman Wan Chik ( 1981 ), konsep kesahan ditakrifkan sebagai sejauhmanakah sesuatu bahan ujian yang dtubuhkan dapat mengukur sesuatu proses pengajaran atau sejauh manakah sesuatu bahan ujian itu dapat menjalankan tugas-tugas yang diharapkan daripadanya. Dalam hal ini, pengujian dan penilaian Komsas haruslah mempunyai kesahan yang bergantung kepada kebolehpercayan markat-markat, sejauhmanakah kandungan bahan ujian Komsas merupakan satu sampel yang seimbang dan mewakili objektif pengajaran dan pembelajaran yang menjadi matlamat Komsas. Matlamat Komsas ialah untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis, meningkatkan kekuatan rohani dan intelek, memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa, mengenali dan mengurus perasaan pelajar serta meningkatkan kemahiran intrapersonel dan interpersonel. Sebagai contoh, sekiranya objektif pengajaran dan pemelajaran ialah untuk membolehkan para pelajar memberikan jawapan dalam bentuk esei, aras soalan ialah aras apresiasi yang ada kaitan antara bahasa sastera dengan linguistik seperti dalam contoh soalan (i) di bawah, guru/penguji harus berwaspada dan akur dengan dua perkara iaitu adakah soalan ( i) menepati aras apresiasi dan masa menjawab adalah mencukupi. Keduanya, adakah skima pemarkahan yang diberi bersifat seimbang. Maksudnya, adakah calon akan mempersembahkan jawapan yang hampir sama. Hal pertama tadi, dikatakan sebagai pengurusan tadbiran soalan, manakala hal kedua berkisar tentang skima yang adil dan saksama. Contoh soalan PMR.
(xii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)
Jelaskan secara ringkas tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Guru atau penguji juga harus sedar bahawa soalan di atas harus sesuai dengan matlamat pengajaran pada hari itu atau matlamat yang mahu dicapai sekiranya soalan berkenaan hendak diuji dalam ujian bulanan, misalnya.. Tidak harus juga guru memberi markah atau mengambilkira jawapan yang diberi oleh pelajar sekiranya tidak mengikut skima jawapan yang telah disediakan bagi contoh soalan di atas tadi. Jika guru mengambil sikap toleransi maka objektif yang hendak dicapai dalam pengajaran kedua-dua buah novel akan gagal. Dalam hal ini juga, kesahan soalan boleh dicapai melalui pra pengujian atau melalui teknik menguji kesahan soalan, kesahan konkuren, konstruk dan sebagainya. Hal kesahan ini akan kelihatan rumit apabila penguji berhadapan dengan soalan objektif. Antara kegunaan ujian objektif ialah guru boleh menggalakkan pelajarnya mempelajari tentang gaya bahasa , teknik serta nilai dan pengajaran, tema dan sebagainya tetapi selalunya ujian objektif hanya tertumpu kepada pengetahuan asas sesebuah karya. Pelajar dikawal daya kreatif dan kritis. Perkara ini dapat dilihat daripada soalan sajak,’Ruang” Tingkatan Dua oleh Ahmad Razali Hj. Yusof yang telah dibina oleh seorang pengubal soalan Komsas.


1 Berdasarkan baris kedua sajak penyajak merupakan insan yang
A tahu bersyukur
B menunaikan janji
C sering berasa ragu-ragu
D suka mengembara

Pelajar hanya perlu membaca dan memahami sajak yang disediakan dan soalan yang dikemukakan adalah dalam bentuk langsung(direct question ) dan dikategorikan dalam aras kesukaran ingatan. Penguji asyik terpengaruh dengan budaya soalan daripada buku rujukan di pasaran dan terhad kepada aras Taksonomi Bloom sahaja. Aras pemikiran seperti pemikiran lateral tiada diketengahkan untuk benar-benar menguji tahap membaca,menghayati, kefahaman dan sebagainya. Jika alasannya, penggubal ingin mempelbagaikan aras soalan mengikut Taksonomi Bloom atau aras soalan kesusasteraan, kewajaran mencuba pada aras pemikiran yang lebih tinggi patut diberi pertimbangan.

Menurut Mana Sikana ( 1996 ),
”...Berfalsafah bererti berfikir.Ilmu falsafah membicarakan soal dasar manusia dan cuba mencari jawapan sebenar terhadap sesuatu persoalan.Dalam konteks sastera,falsafah membicarakan soal dasarnya iaitu kesusasteraan.Falsafah ialah satu seni berfikir secara kreatif, justeru itu menguasainya bererti akan mempertahankan daya kreatif para pengarangnya”.

Untuk melihat lebih jelas lagi, lihat soalan 31 berikut yang nyata tidak mempunyai penganggu yang mantap.Calon boleh tahu jawapan sekali imbas, D.

Soalan 31. Apakah teknik penceritaan yang tidak digunakan dalam petikan?
A pemerian C imbas kembali
B monolog D imbas muka

Oleh yang demikian, menguji bahan sastera bukanlah perkara biasa-biasa tetapi berkait rapat dengan falsafah kesusasteraan itu sendiri. Perkara seperti inilah yang perlu ada dalam minda pengajar,penguji dan calon bagi mencapai matlamat Komsas.
Dalam pengujian dan penilaian Komsas, jadual penentu ujian ( JPU ) juga turut mempengaruhi sesuatu ujian itu. Komsas telah menetapkan para pelajar harus tahu mengenai tema dan persoalan, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa serta nilai dan pengajaran. Ini bermakna, JPU yang disediakan harus memberi pertimbangan yang sewajarnya, bahagian manakah yang harus diberi penekanan yang utama, sederhana utama dan kurang penting. Contohnya, sesebuah JPU yang ingin menguji novel Merdeka!Merdeka! boleh menekankan tema dan persoalan, watak dan perwatakan serta nilai dan pengajaran berbanding memberi penekanan kepada gaya bahasa dan plot. Sebaliknya jika plot dipilih, JPU seharusnya dibina dengan mengambilkira aspek permulaan, perkembangan, perumitan, puncak dan peleraian yang terdapat dalam plot bagi novel , Merdeka!Merdeka!.
Isu pengujian dan penilaian Komsas juga dapat dilihat daripada skop pengajaran dan pemelajaran dalam satu-satu tempoh. Adakala penguji tidak mengambil kira isi pelajaran yang telah diajar. Misalnya, penguji hanya berkesempatan mengajar satu daripada tiga buah novel yang telah ditetapkan tetapi dalam ujian berkenaan guru meminta pelajar membuat perbandingan antara dua buah novel maka ujian yang dijalankan dikatakan tiada kesahan isi.
Pengujian dan penilaian Komsas yang terdapat di dalam soalan Bahasa Melayu hanyalah melibatan 10 buah soalan dalam Kertas 1 dan Kertas 2, PMR. Peratusan kepentingan yang kecil tidak berpada dengan bahan-bahan sastera yang perlu dibaca. Bayangkan, seseorang pelajar harus membaca, memahami, menghayati, mengaplikasi dll tanpa pengecualian beberapa buah karya dalam masa tiga tahun sedangkan cabaran soalan hanya mempunyai kepentingan yang kecil.Selain kepentingan yang kecil, aras soalan dan format soalan yang seakan-akan boleh dihafal atau diramalkan membuatkan guru-guru tidak memberi penekanan yang sewajarnya.Sekiranya dipertaruhkan soalan berikut dalam PMR,didapati juga kekangan dialek dan kosa kata timbul dalam pengujian dan penilaian Komsas. Contoh.

i)Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Azizi Hj. Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara ( Kedah ) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu?

Bagi guru dan pelajar, mereka perlu peka dan tahu maksud kosa kata utara yang terdapat dalam kedua-dua buah novel yang bekenaan. Barangkali, pelajar di utara Semenanjung mampu untuk memahaminya tetapi bagi pelajar seperti di Johor, Sabah dan Sarawak agak suka untuk berbuat demikian. Begitu juga,dalam syair Kem Tambunan terdapat
perkataan, ”kakang ” yang membawa maksud abang ( lelaki ), juga membawa maksud kakak ( perempuan ) sekiranya yang membahasakan kakang itu seorang perempuan. Walaubagaimanapun, hal ini seumpama ini masih boleh lagi diterima kerana ianya adalah sastera sekalipun bertentangan dengan linguistik.
Menurut Azman Wan Cik ( 1981 ), dalam pengujian guru harus memahami penubuhan bahan ujian. Dalam ujian objkektif, kemahiran penubuhan bahan ujian penting tetapi dalam ujian esei, kebolehan pemarkahan menjadi pokoknya. Dalam esei, pemarkahan yang baik datangnya daripada sambutan jawapan yang hampir sama.Dalam hal berkaitan Komsas, didapati pihak penguji tidak mempunyai pengalaman tentang penubuhan bahan ujian. Skima jawapan juga didapati dirujuk terus daripada buku nota. Pengalaman belajar di dalam bilik darjah kadangkala tidak diberi perhatian sebaliknya penguji memfotostat soalan-soalan yang bukan mengikut kemahiran yang dipelajari dalam kelas pada sesuatu waktu pengajaran dan pembelajaran Komsas.


4. Bina lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda. (1000 perkataan)

Berikut merupakan lima soalan Komsas yang terdiri daripada Kertas 1 dan Kertas 2.

Soalan 1.
Kertas 1,soalan 31 hingga soalan 33

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Matain melihat anak-anak terungnya pada batasnya.Ada dua pohon yang lebih besar daripada semua pokok terung di batas Sitiawa Tingginya sudah lebih sejengkal.Pokok-pokok terung itu nampak layu dan tidak bermaya dalam panas terik tengah hari begitu,Matain tunduk mencabut sebatang pokok pegaga kecil pada umbi sebatang pokok terungnya.
Beberapa minggu dulu bapak membawa balik sekotak besa anak-anak terung yang hijau dan lemah. Besarnya Cuma dua ruas jari. Lalu emak semaikan di dalam kerek daun kelapa yang dibuat bulat-bulat seperti kerek untuk bubuh manisan kelapa. Sunguh cantik kerek-kerek yang dibuat ole emak.Emak aturkerek-kerek itu ada tempat lapang di belakng rumah. Matain tolong mengangkut dari hadapan tangg. Dan Matain tolong ambil air dari telaga untuk buat siram anak-anak terung yang baru disemai.
Pagi-pagi limun sebelum orang lain bangun,Matain sudah turun ke tanah meliha semaian anak-anak terung di dalam kerek di belakang rumah. Semua anak terung segar dan hijau.Matain amat gembira.
”Anak terung hidup segar,mak! Bagus betul! Tain mahu siram acap-acap!”.
Kemudian bapa pergi seperti biasa membawa pulang alat-alat buat rumah. Emak membekalkan nasi untuk makan tengah hari yang dibubuh ke dalam periu besi putih. Kemudian Kak Jarah dan Sitiawa pula pergi ke sekola. Lepas itu Abang Jali pula pergi kerja pukul kain batik di Penambang. Pagi itu, Matain tidak cuba toak basikal Abang Jali seperti hari-hari yang lain. Biasanya, Matain berbuat begitu untuk bergurau senda dengan Abang Jali.
(Dipetik daripada cerpen”Anak Bumi Tercinta”, karya Fatimah Busu,antologi Anak Bumi Tercinta,Tingkatan 3, DBP )

31Apakah yang dilihat oleh Matain di atas batasnya
A pokok pegaga kecil yang segar
B pokok terung yang tingginya lebih daripada sejengkal
C anak-anak terung Sitiawa yang layu dan tidak bermaya
D dua pokok terungnya yang lebih besar daripada pokok terung Sitiawa.

32Tujuan Matain bangun awal-awal pagi pada hari itu adalah...
A untuk melihat pokok-pokok terungnya di batas
B untuk menyiram acap-acap pokok terungnya.
C untuk melihat semaian anak-anak terungnya
D untuk melihat kerek di belakang rumahnya

33Yang manakah bukan perwatakan Matain?
A rajin C bersemangat
B prihatin D pemalas

34Apakah teknik penceritaan yang tidak digunakan dalam petikan?
A pemerian C imbas kembali
B monolog D imbas muka

35 Pengajaran yang berikut diperoleh daripada cerpen Anak Bumi Tercinta, kecuali...
A ibu bapa usah bertegas terhadap anak yang nakal.
B jangan membiarkan anak-anak berseorangan.
C kita hendaklah mengamalkan semangat kejiranan.
D isilah masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

Kertas 1, Soalan 36 hingga 40
Baca syair di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Radin bertitah sambil berdiri,
”Kakang sekalian segeralah mari,
Kita pun mandi bersuci diri,
Panas nan keras tidak terperi.”

Tunduk menyembah sekaliannya,
Bersalin basahan mengiring tuannya,
Radin bersiram sangatlah sukanya,
Masing-masing dengan gurau sendanya.

Ramainya tidak lagi terperi,
Ada yang berenang ke sana ke mari
Bersimbah-simbah sesama sendiri
Menyukakan hati Radin Menteri.


Setengah lagi bercura lena,
Kelihatan rakit bunga angsana,
Rupanya indah pelbagai warna,
Segala yang menentang hairan semena

Rakitnya hanyut dari hulu,
Menurut air hilir selalu,
Segala yang memandang belas dan pilu,
Masing-masing berebut dahulu.


36Kata kakang dalam rangkap pertama syair bermaksud...
A adik C bapa
B isteri D abang

37Apakah pesanan mereka setelah melihat akit hanyut di air?
A simpati C gembira
B marah D malu

38.Nyatakan nilai murni yang digambarkan dalam rangkap kedua syair
A bertanggungjawab C taat setia
B merendah diri D gigih berusaha

39 Apakah rima akhir bagi setiap rangkap syair?
A abba C abab
B aaaa D baba

40 Apakah tema Syair Kem Tambunan?
A peranan rakyat terhadap
pemerintah
B misteri rakit hanyut
C taat setia kepada pembesar
D adab ketika mandi


Soalan 3.
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

RUANG
Tuhan memberikan ruang dan udara
untuk kita menghambat kehidupan
biarpun aku dalam panas sinar mentarimu
malammu terlalu lembut dengan udara dingin
yang mencengkamku hingga jauh di hujung malam.
yang cukup panjang untuk kita
mendaki bukit-bukit harapan
sambil mencari ketentuan
yang terapung di mana-mana
aku berterima kasih
kerana kau telah menjanjikan
sesuatu yang tak dapat aku pastikan.
Ahmad Razali Hj. Yusuf
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,
Tingkatan 2, DBP)

36. Ruang dalam sajak ini mungkin sekali ialah tempat
A kediaman.
B untuk bernafas.
C untuk bekerja.
D untuk hidup.

37. Yang berikut manfaat “ruang dan udara” kepada manusia kecuali
A membolehkan kita mengejar kehidupan.
B melakukan apa-apa sahaja yang disukai.
C memberikan masa yang cukup untuk bertindak.
D menikmati perubahan cuaca pada waktu siang dan malam.


-----------------------------------
aku berterima kasih
kerana kau telah menjanjikan
sesuatu yang tak dapat aku pastikan.
-----------------------------------
38. Apakah perasaan yang digambarkan dalam baris sajak di atas?
A Lega
B Insaf
C Syukur
D Gembira

-----------------------------------
Tuhan memberikan ruang dan udara
yang cukup panjang untuk kita
mendaki bukit-bukit harapan
sambil mencari ketentuan
-----------------------------------
39. Unsur gaya bahasa yang terdapat pada baris ketiga bait kedua sajak di atas ialah
A simile C hiperbola
B metafora D personifikasi


40. Sajak “Ruang” bertemakan
A mensyukuri rahmat Tuhan.
B menikmati perubahan cuaca.
C bergerak bebas dalam kehidupan.
D melakukan sesuatu yang digemari.
Soalan 4

Kertas 2, Bahagian D, soalan novel
Bahagian D
[Masa yang dicadangkan : 10 minit]
[10 markah]
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji sama
ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.
(i) Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah)
(ii) Anak Din Biola (Maaruf Saad)
(iii) Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
(iv) Limpahan Drah di Sungai Semur (Zakaria Salleh)
(v) Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini)
(vi) Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)
(vii) Timulak Kapal Perang (Azmah Nordin)
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)
(ix) Panas Salju (Talib Samat)
(x) Merdeka! Merdeka! (A. Rahman Hanafiah)
(xi) Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)
(xii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)

Jelaskan secara ringkas tiga watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda
kaji.

Soalan 5
Kertas 2, Bahagian D, soalan novel
Bahagian D
[Masa yang dicadangkan : 10 minit]
[10 markah]
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan1, Tingkatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.
(i) Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah)
(ii) Anak Din Biola (Maaruf Saad)
(iii) Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf)
(iv) Limpahan Drah di Sungai Semur (Zakaria Salleh)
(v) Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini)
(vi) Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)
(vii) Timulak Kapal Perang (Azmah Nordin)
(viii) Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)
(ix) Panas Salju (Talib Samat)
(x) Merdeka! Merdeka! (A. Rahman Hanafiah)
(xi) Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)
(xii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)

Jelaskan secara ringkas tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

5. Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa
ini. (1000 perkataan)

Pengajaran dan pembelajaran Komsas di sekolah berkaitan dengan falsafah kesusasteraan, matlamat Komsas, dasar pendidikan negara, dasar kebudayaan negara dan sebagainya. Matlamat Komsas antaranya untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis, meningkatkan kekuatan rohani dan intelek, memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa, mengenali dan mengurus perasaan pelajar serta meningkatkan kemahiran intrapersonel dan interpersonel Matlamat-matlamat yang dinyatakan jelas menunjukkan bahawa komponen penting dalam sukatan bahasa Melayu edisi perubahan ini bukan sekadar melepaskan batuk ditangga. Dengan menjadikan Komsas sebahagian daripada kandungan sukatan bahasa Melayu guru dan pelajar harus menghayati dari pelbagai aspek dan sudut sastera seperti puisi tradisional dan moden, prosa tradisional dan prosa moden, novel dan drama, ditokok dengan enam genre bahan teks yang harus dikuasai dan harus dibaca serta dibincang dalam masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah, baik guru mahupun pelajar.Di peringkat PMR, guru harus mendedahkan dan mengajar, pelajarnya belajar 18 buah puisi tradisional, 18 buah puisi moden,12 buah prosa tradisional,sembilan buah drama,18 buah cerpen dan tiga buah novel sudah mencerminkan kesungguhan itu ( Dalam Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005 )
Semenjak diajar di sekolah-sekolah dan diuji dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) beberapa kebaikan dan kelemahan telah dapat dikenalpasti. Cadangan untuk penambahbaikan telah diutarakan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli panel yang dilantik oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum(BPK ).Tidak ketinggalan juga pihak seperti Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP )dan Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM )telah mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas. Bahagian Perkembangan Kurikulum bertugas untuk merangka kurikulum yang sesuai dengan Komsas dan sentiasa berusaha untuk penambahbaikan. Bahagian Teknologi Pendidikan pula sentiasa melakukan inovasi dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran Komsas dengan memperkenalkan pelbagai jenis media dan software untuk menarik minat pelajar untuk mengikuti Komsas. Lembaga Peperiksaan yang tugasnya untuk menggubal soalan, di dapati kian berusaha untuk mempelbagaikan aras soalan Komsas dengan melantik penggubal soalan, pembina skima dan pemeriksa yang terdiri daripada guru-guru pakar dalam bidang kesusasteraan. Di peringkat sekolah pula, Komsas sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kerana boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan seperti PMR dan SPM. Kegagalan pelajar mencapai kejayaan dalam bahasa Melayu mungkin boleh dianggap sebagai kegagalan pihak panitia Bahasa Melayu dan seisi warga sekolah.Oleh yang demikian, usaha untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Komsas di sekolah-sekolah merupakan satu usaha yang berterusan.
Saya melihat peluang untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran Komsas dari dua sudut. Pertamanya, dari sudut pengujian. Keduanya, dari sudut inovasi pengajaran dan pembelajaran Komsas.
Pengujian dan penilaian bermaksud hasil pengajaran dan pembelajaran harus dinilai kembali untuk mendapatkan maklumat, adakah pelajar berjaya menguasai pembelajaran mereka. Jika berjaya, setakat mana. Sekiranya gagal, mengapa mereka gagal dan di bahagian manakah punca kegagalan itu. Menurut Mokhtar Ismai(1995 ), seseorang guru patut memikirkan berbagai-bagai cara untuk menjadikan pengujian di bilik darjah lebih menarik, di samping mempertingkatkan pembelajaran. Dengan demikian, cadangan Ebel boleh difikirkan bersama. Menurut Ebel ( 1979 ), dengan menggunakan ujian yang sama beberapa kali. Mengikut cara ini, pada pentadbiran kali pertama,ujian dijalankan seperti biasa iaiatu di bawah pengawasan guru, yang berbeza ialah pelajar diperlukan menanda jawapan pelbagai pilihan pada dua tempat, pertama pada kertas jawapan pelbagai pilihan, dan kedua pada kertas soalan itu sendiri. Kemudian pelajar dibenarkan untuk memiliki kertas soalan tadi. Sebaik sahaja selesai pentadbiran ujian pertama, pelajar disuruh membawa kertas soalan pulang ke rumah dan diwajibkan menjawab sekali lagi tanpa pengawasan guru (ujian bawa pulang ).Oleh itu, untuk tujuan ini dibekalkan sau lagi kertas jawapan pelbagai pilihan( Kertas OMR ).Sudah tentu pada kali ini mereka boleh berbincang dengan rakan-rakan dan juga membuka buku teks, buku rujukan atau buku catatan. Mereka digalakkan berbincang dalam kumpulan kecil dan boleh membandingkan jawapan antara satu sama lain. Jika jawapan mereka berbeza, mereka perlu memberi justifikasi bagi memilih alternatif lainnya. Matlamatnya supaya pelajar mendapat markah penuh atau hampir penuh.Kertas jawapan pelbagai pilihan akan diserahkan beberapa hari sesudah pentadiran ujian pertama. Markah, ”Ujian bawa pulang” akan dijumlahkan bersama dengan markah ujian pengawasan guru tempoh hari bagi mendapatkan markah keseluruhan.pengalaman menunjukkan bahawa pelajar akan bekerja keras dengan ujian bawa pulang dan banyak perkara dipelajari.Jumalah markat tentulah berbeza dan kebolehpercayaannya lebih tinggi. Walaupun ujian itu sama tetapi mempunyai pencapaian yang berbeza. Ujian Kelas menekankan aspek kecekapan intelek manakala ujian bawa pulang menekan ketekunan usaha. Dengan prosedur penilaian yang sistematik,lebih bermakna maka pengajaran dan pembelajaran Komsas boleh dipertingkatkan.
Menurut Sufean Husin(2002 ), inovasi ialah pembaharuan, modifikasi atau memperbaiki idea,benda,ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu, atau memenuhi tunturan pasaran tertentu. Inovasi dilakukan oleh manusia kreatif untuk mebina trend baru dan meraih peluang maksima dalam ekosistem yang banyak persaingan. Dalam pengajaran dan pembelajaran Komsas, inovasi amat perlu bagi menjamin tercapai matlamat Komsas. Pengajaran dan pembelajaran Komsas setakat ini hanya melibatkan buku-buku seperti novel yang dibaca, dihayati dan sebagainya tanpa melibatkan penulis buku itu sendiri dan agak kekurangan alat bantu mengajar. Buku sungguh pun maujud tetapi intipati kandungannya perlu dihayati dengan mendalam, perlu difahami, perlu dibaca berulang-ulang dan sebagainya. Dalam soal ini, adalah lebih baik sekiranya penulis buku berkenaan diberikan ruang untuk berbicara secara langsung dengan pelajar, misalnya melalui tele-conference. Dengan adanya usaha seumpama ini, nikmat mempelajari sastera dapat dirasai oleh para pelajar. Sekiranya pula pihak sekolah berupaya menanggung kos, adalah baik jika dijemput penulis ke laman sekolah. Dengan cara ini, pelajar dapat berdiskusi dengan penulis. Dalam hal ini, gabungan beberapa buah sekolah boleh mengurangkan kos ceramah yang berkenaan. Di pihak penulis pula, diharapkan tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi. Dengan pendekatan sebegini, faedahnya bukan sahaja dapat dinimati oleh para pelajar malahan pihak guru-guru yang mengajar akan dapat menimba ilmu melalui muzakarah bersama penulis dan kemudiannya akan dapat menyampaikan pengajaran mereka dengan baik, tepat dan bermakna. Selain daripada membawa penulis turun padang, tindakan seperti tele-coference sebenarnya adalah satu alat bantu mengajar Komsas yang cukup baik. Alat bantu mengajar yang sedia ada perlu diinovasi dalam bentuk digital sesuai dengan trend masa kini.

normidza berkata...

Normidza binti Md.Kamel
SM Sains Kuala Selangor
Bandar Malawati
45000 Kuala Selangor
019-3307172

Soalan 1 - Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu

Pembelajaran unsur sastera bagi murid-murid sekolah mula diberikan penekanan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu 1988 sebagai unsur sastera. Mulai tahun 2000, pembelajaran unsur sastera dimantapkan melalui pelaksanaan komponen kesusasteraan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam pelaksanaannya, beberapa teks telah dipilih sebagai teks wajib oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara objektif pelaksanaannya ialah:
1.Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera
2.Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Komponen sastera dalam pengajaran bahasa Melayu harus difahami dengan tepat,iaitu:
1.Komponen ini bukan untuk mengajar sastera dalam kelas bahasa Melayu
2.Komponen sastera merupakan wahana untuk mencapai matlamat pendidikan bahasa Melayu iaitu mewujudkan ketrampilan berbahasa Melayu, serta penggunaan sistem bahasa

Penggunaan teks komponen sastera dalam pengajaran bahasa Melayu :
1.Memperkenalkan tema, persoalan, gaya bahasa, plot,pengajaran, dan sebagainya secara tidak terperinci dalam pengajaran bahasa Melayu
2.Teks dan karya sastera yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan bahan bantu mengajar bagi mencapai hasil pembelajaran
3.Bahan dalam teks komponen sastera digunakan sebagai bahan untuk mengajarkan tatabahasa dan mengembangkan kosa kata pelajar
4.Penggunaan teks komponen sastera mampu merealisasikan kemahiran bernilai tambah yang sesuai sama ada kemahiran berfikir, teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kajian masa depan, kontekstual, konstruktivisme ata kecerdasan pelbagai

Teks Komponen Sastera dalam pengajaran bahasa Melayu
Bagi memantapkan lagi pengajaran sastera dalam bahasa Melayu, beberapa teks satera telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk dikaji dan dihayati oleh para pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Teks Komponen Sastera – Antologi dan Novel
Dalam pengajaran bahasa Melayu, teks antologi komponen sastera yang digunakan adalah berbeza mengikut tingkatan. Teks ini mengandungi puisi tradisional,puisi moden (sajak), prosa tradisional, cerpen dan drama. Antara teks yang digunakan ialah :
Tingkatan satu : Antologi Sehijau Warna Daun
Tingkatan dua : Antologi Seuntai Kata untuk Dirasa
Tingkatan tiga : Antologi Anak Bumu Tercinta
Tingkatan empat : Antologi Anak Laut
Tingkatan lima : Antologi Kerusi

Manakala novel yang dikaji oleh para pelajar adalah berbeza mengikut zon masing-masing. Antara novel yang dikaji :

Tingkatan satu :
1. Anak Din Biola(Maraof Mahmud)
2. Aku Anak Timur (Siti Aminah Haji Yusuf)
3. Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria Salleh)
4. Meniti Kaca (R.Sabarudin R.Abdullah)

Tingkatan dua :
1. Pahlawan Pasir Salak (Mohd Ismail Sarbini)
2. Tragedi Empat Disember (Dzulkarnain Ithnain)
3. Timulak Kapal Perang (Azman Nordin)
4. Kapten Hasan Wira Bangsa (Harun Johari)

Tingkatan tiga :
1. Panas Salju (Talib Ismail)
2. Merdeka!Merdeka! (A.Rahman Hanafiah)
3. Ekspedisi (Mohd Ghazali Tocheh)
4. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznah Nordin)

Tingkatan empat :
1. Bukit Kepong (Ismail Johari)
2. Terminal Tiga (Othman Puteh)
3. Perlumbaan Kedua (Marwillis Haji Yusuf)
4. Di hadapan Pulau (A.Samad Ismail)

Tingkatan lima :
1. Konserto Terakhir (Abdullah Hussin)
2. Seteguh Karang (Tuan Faridah Syed Abdullah)
3. Julia (Abu Hassan Morad)
4. Putera Gunung Tahan (Ishak Haji Muhammad)

Soalan 2 - Sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.

Penilaian dalam Pengajaran Bahan Sastera

Proses pengajaran merupakan satu pedaran yang berterusan dan melibatkan tiga proses yang utama iaitu objektif pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang dilaksanakan untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan ujian
1. Mendapatkan kembali maklumat yang telah disampaikan kepada pelajar semasa proses pengajaran
2. Memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah telah tercapai
3. Menggredkan pelajar berdasarkan pencapaian yang diperoleh melalui penilaian yang dilakukan
4. Memotivasikan para pelajar untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam ujian yang dilaksanakan
5. Menempatkan pelajar berdasarkan tahap kemampuan intelektual (IQ).

Ciri-ciri Ujian
1. Kesahan ujian. Ujian yang dilaksanakan mestilah menggambarkan perkara-perkara yang hendak diuji. Kandungan ujian juga mestilah meliputi apa-apa yang telah dipelajari dan diajar kepada pelajar.
2. Kebolehpercayaan atau kestabilan.Setiap soalan dalam ujian mestilah tepat dan mengandungi ukuran tertentu yang mesti dipatuhi. Contohnya, pemberian markah untuk setiap soalan mestilah sama untuk semua pelajar.
3. Keobjektifan atau ketepatan ujian. Soalan-soalan yang dibina mestilah berbentuk objektif iaitu tidak memberi peluang kepada pelajar untuk membuat tanggapan/interpretasi yang berlainan terhadap soalan yang sama. Oleh itu, skema jawapan yang selaras hendaklah disediakan untuk setiap ujian/peperiksaan yang dilaksanakan.

Jenis-jenis Pengujian
Terdapat empat jenis pengujian :
1. Ujian penempatan. Ujian ini dilaksanakan untuk menempatkan pelajar berdasarkan syarat-syarat yang diperlukan untuk sesuatu kursus. Contohnya, ujian bertulis untuk penempatan pelajar ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
2. Ujian Formatif. Ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa untuk menilai tahap kemampuan pelajar.
3. Ujian Diagnostik. Ujian yang dilakukan untuk mencari punca kelemahan pelajar.
4. Ujian Sumatif. Ujian yang dilaksanakan dengan tujuan penggredan dan pensijilan. Contohnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aras Penilaian
Aras penilaian dalam penilaian bahan sastera terbahagi kepada tiga, iaitu:
1. Penilaian Domain Kognitif. Penilaian jenis ini memerlukan proses pengetahuan berfikir. Aras soalan yang dikemukakan bermula daripada soalan aras rendah ke aras soalan yang lebih tinggi (kompleks). Terdapat pelbagai bentuk ujian yang boleh dikemukakan seperti soalan aneka pilihan, subjektif, lisan, penulisan, kuiz, dan sebagainya.
2. Penilaian Domain Afektif. Penilaian ini melihat hubungan dan perkaitan masalah sikap, pandangan, dan nilai-nilai yang didokong oleh seseorang. Penilaian domain ini dapat diuji dan dikesan melalui aktiviti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku sesaorang ataupun aktiviti secara bertulis. Pengukuran dilakukan dengan menggunakan skala Likert, contohnya sangat setuju (ss),setuju (s), amat tidak setuju (ats), tidak setuju (ts), dan sangat tidak setuju (sts), serta menggunakan pilihan jawapan ya atau tidak.
3. Penilaian Domain Psikomotor. Penilaian yang dilakukan ada hubungan dengan aktiviti otot dan pergerakan otot. Contohnya latihan fizikal untuk individu yang memohon untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Aras-aras ujian
Dalam penilaian bahan sastera terbahagi kepada dua kategori yang boleh digunakan dalam pengujian iaitu Kategori Moody dan Taksonomi Bloom.

A. Kategori Moody
Aras ujian Kategori Moody dikhususkan untuk menguji kesusasteraan dan pendekatannya adalah berbeza daripada pendekatan Taksonomi Bloom. Aras ujian Kategori Moody terbahagi kepada empat iaitu aras informasi, aras konsep, aras perspektif, dan aras apresiasi. Aras-aras ini diatur daripada aras yang sederhana sehingga ke aras yang semakin kompleks.Ujian Kategori Moody juga berorientasikan kepada sesuatu karya secara konkrit.

1. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi
• Aras ini berfungsi untuk menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera.
• Perkara-perkara asas ini boleh memberi maklumat berkenaan sesuatu karya dan boleh membantu pelajar membuat tafsiran tentang sesebuah karya sastera.
• Soalan sering berkaitan dengan apa, di mana, siapa, bagaimana, dan bila.
• Ujian aras ini memudahkan guru membina soalan kerana soalan yang dikemukakan merujuk kepada karya sastera yang telah diajar dan para pelajar hanya perlu melakukan aktiviti hafalan bagi mengingati kembali fakta-fakta penting dalam karya yang diuji.
• Ujian aras ini ada persamaan dengan Ujian Kognitif aras ingatan pada Taksonomi Bloom.
• Contoh soalan : Siapakah nama pengarang novel Konserto Terakhir? Sekarang beliau tinggal di mana dan apakah pekerjaannya?

2. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep
• Soalan aras ini berkaitan dengan persepsi bagaimana maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera diorganisasikan.
• Unsur-unsur dalam sesebuah karya merupakan isu pokok yang akan dipersoalkan.
• Pelajar perlu mempunyai asas teori dan harus membaca karya yang dikaji secara kritikal, analitis ,dan bacaan matang.
• Kemampuan kognitif pelajar mestilah sehingga ke aras menganalisis dan menghubungkan pelbagai unsur dalam sesuatu karya.
• Soalan aras ini tidak hanya bersifat teori tetapi berorientasikan pada karya yang dikaji sama ada berbentuk prosa ataupun puisi.
• Contoh soalan : Apakah hubungan antara Helmi dan Dato’ Johari? Mengapakah Datin Salmah begitu benci akan Helmi?

3. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif
• Ujian aras ini memberi tumpuan kepada bagaimana pelajar memberikan pendapat atau pandangan mereka tentang karya yang dikaji.
• Pendapat dan pandangan pelajar akan ditentukan oleh tahap pemahaman mereka terhadap karya yang dibaca.
• Ujian aras ini memerlukan pelajar menghubungkan antara sesuatu yang terdapat dalam karya dengan sesuatu yang berada di luar sastera tersebut.
• Pelajar mampu menghubungkan karya sastera yang dikaji dengan karya-karya sastera yang terdapat di luar.
• Contoh soalan : Ceritakan keadaan sosial Helmi dan hayati dalam novel Konserto Terakhir pada waktu itu seperti antara kedua-duanya `tidak mungkin disatukan dalam alam perkahwinan’.
• Bentuk penyoalan yang sesuai ialah bentuk ujian esei untuk mengungkap tahap kemampuan pelajar.

4. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan
• Ujian aras ini berkisar pada permasalahan antara bahasa sastera dengan linguistik.
• Permasalahan timbul apabila bahasa sastera berbeza jika dibandingkan dengan penggunaan linguistik secara umum.
• Ujian aras ini memerlukan kemampuan kognitif aras tinggi.
• Pelajar perlu mampu mengenali, menganalisis, membanding, membuat generalisasi, dan menilai bentuk-bentul bahasa yang digunakan dalam sesebuah karya sastera.
• Pelajar mesti mempunyai sikap kritis dan mempunyai pengetahuan tentang ilmu linguistik untuk dijadikan panduan dan pegangannya.
• Contoh soalan : apakah pemakaian kata-kata dan ungkapan dialek dalam novel Konserto Terakhir berkesan dan tepat jika dibandingkan dengan ungkapan bahasa Malaysia baku.

B. Taksonomi Bloom
Aras ujian Taksonomi Bloom terbahagi kepada enam aras iaitu Aras Ingatan, Aras Pemahaman, Aras Aplikasi, Aras Analisis, Aras Sintesis, dan Aras Penilaian.

Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan
• Memerlukan keupayaan pelajar mengungkap kembali daya atau kebolehan mengingat hal-hal yang berkaitan dengan fakta,konsep,pengertian,definisi, deskripsi, atau menamakan sesuatu.
• Pelajar perlu meluahkan kembali butiran fakta yang dibacanya kerana soalan yang dikemukakan amat jelas.
• Contoh soalan : Berikan maksud rangkai kata kasih sayang semakin tandus.

Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman
• Ujian aras ini memerlukan pelajar memahami,membezakan,menjelaskan fakta, dan menghubungkan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan hanya mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca.
• Contoh soalan : Apakah tema yang terdapat dalam cerpen Lambaian Malar Hijau?
• Ujian aras ini juga boleh dilaksanakan dalam bentuk ujian aneka pilihan.
• Contoh soalan : Semua pengajaran yang berikut terdapat dalam Syair Pesanan Ibu, kecuali…
a. Kita haruslah berusaha untuk menuntut ilmu pengetahuan
b. Janganlah mudah terpedaya oleh gejala negatif
c. Jasa ibu bapa perlu dikenang dan dihargai oleh anak-anak
d. Kita janganlah membuang masa yang amat berharga

Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi
• Ujian aras ini menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya ke dalam situasi yang baru. Contohnya penggunaan pengetahuan berkenaan ciri-ciri pantun untuk mencipta pantun.
• Pelajar mampu mengubah,memodifikasi,mendemonstrasikan, mengoperasi dan menerapkan sesuatu hal atau kemampuan.
• Tugasan berbentuk esei adalah lebih sesuai.
• Contoh soalan : Huraikan pengajaran yang terdapat dalam novel konserto Terakhir.

Ujian Kesusasteraan Aras Analisis
• Berfungsi untuk mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya.
• Pelajar mampu mengaitkan dan menghubungkan unsur-unsur yang didapati dan menggunakannya dalam organisasi.
• Pelajar mesti telah mambaca , mampu membuat analisis dan memberikan kritikan terhadap karya yang dikaji bagi mendapatkan pemahaman yang lebih bernas, tepat, dan jitu.
• Contoh soalan ; Bagaimanakah sifat watak utama dalam novel Konserto Terakhir
• Ujian berbentuk esei merupakan bentuk yang paling sesuai dan penyediaan soalannya adalah lebih mudah.

Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis
• Ujian aras ini mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur sastera.
• Pelajar mampu menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa buah karya sastera.
• Ujian berbentuk esei adalah amat sesuai kerana mampu mengukur kemampuan berfikir yang kompleks.
• Ujian objektif masih boleh digunakan namun kurang berkeupayaan mencerminkan proses berfikir.
• Contoh soalan : Latar masyarakat yang terdapat dalam novel Bukit Kepong dimonopoli oleh masyarakat Melayu. Huraikan .

Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian
• Aras yang tertinggi dalam pengukuran aspek kognitif
• Mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera.
• Pelajar mampu melakukan penilaian terhadap sesuatu perkara.contohnya masalah pemilihan kata, ungkapan dan frasa dalam sesebuah sajak.
• Aras ujian ini mengarah kepada penilaian secara terperinci dan penilaian yang dilakukan memerlukan bukti dan alas an serta contoh yang kuat,jitu dan padu.
• Contoh soalan : Bandingkan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Bukit Kepong dan novel Konserto Terakhir.

Soalan 3 - Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran Sastera dalam bahasa Melayu

1. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu guru sering memberi penekanan terhadap jawapan pelajar yang menitikberatkan interpretasi yang tepat terhadap teks. Permasalah timbul terutamanya apabila pelajar perlu memberikan aprisiasi mereka terhadap teks yang dikaji terutamanya teks prosa tradisional yang menggunakan bahasa Melayu klasik, manakala dalam sajak, pelajar sering mengemukakan interpretasi yang berbeza berbanding dapatan penulis kerana tahap pemahaman mereka adalah berbeza.
2. Jawapan kepada penyoalan yang dikemukan tidak banyak membantu pelajar berfikir dan memberi respon mereka sendiri kerana pelajar sering merujuk kepada buku rujukan sedia ada dan bukannya merujuk kepada teks untuk mengemukakan idea mereka sendiri.
3.Guru kurang menekankan jawapan yang dikemukakan oleh pelajar yang menitikberatkan kebernasan idea yang disampaikan dan guru tidak seharusnya begitu menekankan aspek tatabahasanya. Dalam menjawab soalan pemahaman menengah atas, bentuk soalan yang dikemukakan berada pada aras pengetahuan, pemahaman, dan aplikasi. Setiap bahagian bagi soalan-soalan yang dikemukakan adanya peruntukan markah yang telah ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh pelajar semasa menjawab soalan. Oleh itu, bagi memastikan setiap soalan dipatuhi adakalanya susunan tatabahasa yang digunakan oleh pelajar akan menjadi kurang gramatis dan menyebabkan wujudkan pemahaman yang berbeza.
4. Jawapan yang dikemukakan oleh pelajar seharusnya boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk seperti lukisan, pementasan drama,muzik,pergerakan dan penulisan kreatif. Tahap pemahaman dan penguasaan pelajar adalah berbeza dan untuk pelajar yang mempunyai tahap pemahaman yang rendah, mereka akan menjawab berdasarkan dapatan mereka. Contohnya untuk soalan yang berbunyi : gambarkan peralatan yang digunakan oleh tukang gunting dalam sajak Tukang Gunting. Pelajar yang mempunyai tahap pemahaman yang rendah akan melukis peralatan yang digunakan iaitu gunting, sikat, bangku kaki tiga,dan cermin yang telah sompek, tetapi bagi pelajar yang mempunyai aras pemahaman yang tinggi, mereka akan menjelaskan dalam bentuk ayat, peralatan-peralatan yang digunakan oleh tukang gunting iaitu sikat, gunting, cermin yang telah sompek dan bangku kaki tiga.
5.Guru yang mengajar tidak mempunyai kemahiran untuk mengajar sastera oleh itu apabila perlu diajarkan unsur-unsur sastera berlakunya pertindihan dari segi pemahaman terhadap unsur yang dikemukakan.
6. Skema jawapan bertentangan dengan tahap pemahaman pelajar. Keadaan ini berlaku terutamanya untuk soalan yang berunsurkan KBKK. Jawapan yang dikemukakan oleh pelajar tidak mematuhi skema jawapan kerana tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar adalah berbeza jika dibandingkan dengan tahap pembina dan penggubal soalan dan jawapan.

Soalan 4 - Bina lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda (1000 patah perkataan)

Soalan 1

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SRISEGALA : Nanti!!...Aku fikir orang muda ini tentulah bukan sebarang pelakon. Kalau tidak tentunya dia tak akan mahu berlakon di hadapan kita di sini. Datangnya tidak diminta. Bukankah itu suatu keuntungan besar bagi kita? Kita akan berpeluang melihat lakonan daripada seorang pelakon handalan. Orang muda! Teruskan lakonanmu.

PUTRA : Bila aku melutut tidak bererti aku menyembahmu. Dan kalau aku meminta bukannya pada tempat dudukmu atau bunyi gong di belakangmu itu. Aku sekadar mahu berbicara dengan dirimu sebagai seorang manusia. Kerana aku cukup tahu, setiap haiwan yang bernama manusia hidup dengan fikiran dan perasaannya. Dan dia tidak akan terpisah dari apa yang dinamakan KEMANUSIAAN!

SRISEGALA : (Ketawa sinis) Orang muda! Kau tak pernah mengingati perkembangan dunia hari ini agaknya. Tahukah kau bahawa fikiran dan perasaan manusia itu adalah di bawah kekuasaan tempat duduknya? Kerusi ini lebih bijaksana daripadaku. Begitu juga bunyi sebuah gong, menguasai sesiapa sahaja yang menduduki tempat ini.

PUTRA : Tidak! Itu hanya alasanmu. Sejak bilakah kau berikan nyawa pada sebuah kerusi dan sebuah gong yang kaku? Kau adalah punca segala-galanya. Dah aku cukup tahu, selama kau di situ, hanya segelintir manusia saja yang akan berjaya mendaki gunung mencapai awan. Manusia yang sama bulunya denganmu. Aku dan orang-orang itu akan hanya dihiburkan dengan lakonanmu. Kau membawa kami ke dunia tiga penjuru dengan segala janji bahawa penjuru ini lebih dari yang itu, dan yang ini lebih baik lagi. Aku sudah tahu dunia tiga penjurumu itu sama semuanya. Tidak ada yang lebih baik!

SRISEGALA : (Ketawa) Apa sebenarnya yang kau mahu?
(Terus ketawa)
(Dipetik daripada “Kerusi” oleh Hatta Azad Khan dalam antologi Kerusi, DBP)


(i) Apakah yang dimaksudkan oleh Putra sebagai dunia tiga penjuru dalam petikan di atas?
[2 markah]

(ii) Berikan pendapat anda tentang ciri-ciri yang perlu ada pada seorang pemimpin.
[3 markah]

(iii) Huraikan satu perwatakan Srisegala yang terdapat dalam petikan di atas dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]


Soalan 2

Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah besar, maka didudukkan baginda dengan anak Raja Sulaiman Raja Kota Mahaligai, bernama Putri Kamarul Ajaib, terlalu baik parasnya tiada pelbagai pada zaman itu. Maka ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya sedia orang Singapura. Maka ia beranak seorang perempuan, terlau baik parasnya. Maka dipakai oleh baginda, terlau sangat dikasihi baginda.

Maka difitnah oleh segala gundik raja yang lain, dikatakannya berbuat jahat. Maka Raja Iskandar pun terlalu murka, maka disuruh baginda sulakan di hujung pasar. Maka Sang Rajuna Tapa pun terlalu amat malunya melihat hal anaknya itu. Maka katanya, “Jika sungguh sekali pun anak hamba berbuat jahat, bunuhlah saja; mengapakah diberinya malu demikian.”

Maka Sang Rajuna Tapa pun berkirim surat ke Jawa, demikian bunyinya, “Jikalau Betara Majapahit hendak menyerang Singapura, hendaklah segera datang, kerana hamba belot dari dalam kota.”


(i) Apakah maksud maka didudukkan baginda dalam petikan di atas? [2 markah]

(ii) Apakah yang telah terjadi kepada anak Sang Rajuna Tapa? [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah iktibar yang dapat diperoleh daripada peristiwa yang berlaku berdasarkan petikan di atas? [4 markah]

Soalan 3

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DI KOTA KECILKU

Di sini aku pulang
tempat bersekolah dan dibesarkan
lewat padang Speedy
terus ke Durian Sebatang
semuanya kini terasa kecil
mengimbau rindu
dan kenangan

Di sini anak belasan tahun
mulai mengenal cinta dan ilmu
pengorbanan ayah dan emak
keakraban teman dan pergelutan
detik itu mengambang bagai mimpi
sewaktu kulewati kota kecilku ini

Sesaat tiba di muka sekolah
telah lama kutinggalkan
kini sudah berubah
terasa sepi
suara guru yang memberikan markah
pada pangkat pertama
buat si anak desa
dan ayahku tak berkata bangga.

Di sinilah anak desa
mengenal dunia
di kota kecilnya
padang Speedy
dan Durian Sebatang
meski berubah pandangan
mengimbau rindu dan kenangan
sayang.

Baha Zain
Antologi Kerusi
2000, DBP.

(i) Jelaskan peristiwa yang menjadi kenangan penyajak apabila kembali ke daerah kelahirannya? [3 markah]

(ii) Apakah yang akan anda lakukan sebagai cara untuk menghargai sekolah yang telah memberikan pendidikan kepada anda? [3 markah]

(iii) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Di Kota Kecilku. [3 markah]


Soalan 4

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Cikgu lihat keputusan ujian Mariah bulan lalu cukup mengecewakan.”
Mariah tersedak. Cikgu sudah memulakan satu perbicaraan mencari puncanya, fikirnya. Sekali ini dia diduga sama ada belajar berbohong atau menentang kemungkaran itu. Sekaligus juga Mariah berasa dia dicabar supaya memaniskan kata-kata supaya Cikgunya itu tidak berasa kecil hati.
Wajarkah rahsia-rahsia yang selama ini dibungkus dalam lipatan ingatannya didedahkan begitu senang? Apakah Cikgu Tini boleh menyelesaikan masalah muridnya ini?
Rasanya mustahil. Cikgu Tini terlalu muda dan hanya mampu mendengar rintihan. Apakah Cikgu Tini boleh memujuk ayahnya, untuk mengembalikan imej seorang ayah kepada tahap yang selayaknya?
Kalau Lebai Kudin sudah mengangkat tangan menyerah kalah, masakan pula Cikgu Tini.
Mariah memejamkan mata.
“Mariah ada masalah. Cakaplah terus terang,” Mariah mendengar suara Cikgu Tini seperti di hujung pernafasannya. Kecil dan ngilu. Dia terperangkap dan serba salah.
Sahlah Cikgu Tini sudah mengetahui. Sahlah juga Cikgu Tini menjemputnya sekadar untuk mendapatkan keterangan lanjut. Sahlah, dia tidak boleh berdalih. Sahlah, Tuhan tidak mengizinkan dia berbohong.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada cerpen Mariah, oleh Sharif Putera dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah tujuan Cikgu Tini memanggil Mariah? [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu berterus terang apabila menghadapi sebarang masalah? [3 markah]

(iii) Nyatakan satu perwatakan Cikgu Tini dalam petikan di atas dan dua perwatakan Cikgu Tini dalam cerpen tersebut. [3 markah]










Soalan 5

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Laksamana pun berseru-seru pula, katanya, “Hai Si Jebat derhaka! Sungguh engkau berani tiada berlawan. Marilah engkau turun dari istana ini bertikam sama seorang!” Maka suara itu pun terdengar kepada Hang Jebat, dikenalnya suara Laksamana. Maka Hang Jebat, ia pun naik ke peranginan; maka dibukanya peranginan itu, maka dilihatnya Laksamana berdiri di tengah halaman itu. Maka Hang Jebat pun berdebar-debar hatinya; ia pun fikir dalam hatinya: “Adapun Hang Tuah itu sudah mati dibunuh oleh Bendahara; sekarang Laksamana itu tiada dalam dunia ini, siapa pula yang datang ini seperti Laksamana pun sikapnya dan lakunya? Kalau mataku bekas tidur ini gerangan, maka jadi salah pemandanganku?”

Maka Hang Jebat pun turun dari peranginan itu lalu ia mandi pada pasu emas itu dan dibasuh mukanya. Setelah sudah maka Hang Jebat pun memakai pakaian kerajaan lalu ia membuka pintu itu. Maka Laksamana pun berseru-seru, katanya, “Hai Si Jebat, segeralah engkau turun! Jika engkau tiada turun, sekarang istana ini kunaiki, tetapi sukar kita bertikam.” Setelah Hang Jebat mendengar suara Laksamana itu, maka ia pun membuka pintu itu sedikit; maka dilihatnya Laksamana, diperamat-amatinya, dikenalnya itu Laksamana. Maka nyatalah Laksamana itu. Maka Hang Jebat pun hairan.

(Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)


(i) Apakah maksud dibukanya peranginan? [2 markah]
(ii) Apakah reaksi Hang Jebat setelah mendengar seruan daripada Laksamana?
[3 markah]

(iii) Hang Jebat seorang hulubalang terbilang dan setia kepada raja. Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat menderhaka? [3 markah]


Soalan 5 - Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini.

Pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini perlu diperbaiki untuk memastikan tahap pencapaian pelajar yang lebih baik jika dibandingkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik. Antara cadangan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah ialah :

1. Kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
Guru memainkan peranan penting apabila menggunakan kaedah yang berpusatkan pelajar atau sekurang-kurangnya kaedah berpusatkan guru tetapi melibatkan pelajar secara aktif. Penggunaan kaedah ini membolehkan pengajaran dan pembelajaran bahan sastera di dalam bilik darjah dipelbagaikan sejajar dengan kepelbagaian kecerdasan pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang aktif, menghubungkait latar belakang dan kehidupan masyarakat serta pengintegrasian muzik menjadikan kaedah guru lebih menarik minat dan mengekalkan perhatian pelajar. Mana Sikana (2001) menyeru agar teks sastera dihidupkan melalui panca media untuk memupuk minat pelajar membaca teks sastera. Pendapat ini selari dengan pendapat Noriah (1986),Fazilah (2000) & Azman yang menyatakan faktor guru dan pendekatan pengajaran guru amat mempengaruhi pencapaian pelajar dari segi kefahaman, peningkatan minat, dan perubahan sikap pelajar dalam pembelajaran sastera. Guru seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran pemusatan pelajar agar pelajar dapat menikmati sastera. Guru juga harus peka dan dapat mengenal pasti tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar, merancang dan memilih teknik dan kaedah yang sesuai dengan gaya pembelajaran dan kecerdasan pelajar. Bagi memastikan pelaksanaan teknik dan kaedah ini,guru perlu mengambil inisiatif untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran dan pembelajaran berkesan yang mampu menarik minat pelajar terhadap sastera dan memenuhi keperluan sukatan pelajaran.
Teknik untuk memberi kefahaman kepada pelajar mempelajari sastera dipengaruhi oleh keupayaan berbahasa guru. Bahasa yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sastera. Penguasaan bahasa melalui teks sastera merupakan satu proses integrasi yang bukan sahaja berpusat kepada kemampuan untuk berbahasa tetapi bertujuan untuk menanam, dan mempertingkatkan kemampuan apresiasi teks sastera. Oleh itu, guru mesti menggunakan menggunakan bahan sastera yang berada dalam lingkungan pemahaman dan pengalaman para pelajar.
Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) adalah penting dalam usaha untuk mengekalkan perhatian pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. ABM yang digunakan harus dipelbagaikan oleh pihak yang berwajib sejajar dengan perkembangan zaman teknologi pada hari ini. Oleh itu,teks sastera harus diubah (ditransformasikan) kepada bentuk-bentuk yang lain seperti penggunaan televisyen,radio,LCD,VCD,video tape,gambar berwarna-warni,komik, dan cerita jenaka yang mungkin dapat member kesan yang lebih baik dalam mempelajari sastera dan tidak terlalu jumud dengan hanya menggunakan teks sastera semata-mata. Penggunaan teknik dan kaedah ini amat berkesan kerana pelajar-pelajar hari ini suka akan media elektronik yang baru. Pengajaran yang menggunakan wahana ini akan dapat membuka selera dan mencambah minda pelajar kerana teknik ini membolehkan guru berinteraksi secara langsung dengan pelajar.

2. Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia

Usaha untuk memartabatkan kesusasteraan Melayu terkandung dalam sukatan pelajaran pendidikan kebangsaan pada tahun 2001. Tujuan sastera dimasukkan sebagai komponen dalam pengajaran Bahasa Malaysia adalah untuk menjana minda, rohani, emosi, mengukuhkan jati diri,menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap ke arah pembinaan insan bestari. Namun usaha ini kurang berkesan kerana apa yang diajarkan kepada pelajar ialah teori, laras dan yang penting berorientasikan peperiksaan. Selain itu, penerapannya di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dianggap agak membebankan kepada para pelajar kerana mata pelajaran Bahasa Malaysia itu sendiri mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang perlu dikuasai seperti tatabahasa,pemahaman, dan penulisan.
Bagi mengatasi keadaan ini dicadangkan agar sastera dipisahkan daripada mata pelajaran Bahasa Malaysia dan harus dijadikan satu mata pelajaran tunggal. Kesusasteraan perlu berdiri dengan sendiri dan tidak perlu dijadikan komponen yang bertujuan untuk melengkapkan mata pelajaran Bahasa Malaysia kerana sesungguhnya mata pelajaran ini telah berdiri tegak sejak dahulu lagi. Selain itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memperbaiki cara pelaksanaan pengenalan sastera di sekolah. Guru-guru perlu member penekanan kepada pengajaran seni dan teknik penghayatan bahan sastera dan tidak hanya member penekanan kepada laras dan teori yang perlu dihafal oleh pelajar. Penekanan kepada laras dan teori menimbulkan tahap kebosanan kepada pelajar kerana tiada kemesraan dalam mempelajari mata pelajaran ini.
Sastera juga mesti ajar oleh guru yang mahir dalam bidang ini kerana tidak semua guru Bahasa Malaysia mampu menguasai seni kesusasteraan dengan baik kerana sastera berkait rapat dengan bahasa tetapi bahasa tidak semesti berkaitan dengan sastera. Kewujudan guru yang khusus bagi mata pelajaran Sastera diharap dapat melahirkan generasi muda yang lebih menguasai dan menghayati kesusasteraan.

Nurnee berkata...

Nurnee Bukehmatee
M20081000096
Sekolah Menengah Phathana Withaya, T. Sateng A. Meang Ch. Yala Thailand. 95000
0066844074831

Nota kuliah kelima pada 24 Januari 2009

Soalan 1
Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.


Komponen Sastera (KOMSAS) secara rasmi diselitkan dalam waktu pengajaran bahasa Melayu secara formal di bilik darjah bermula pada bulam Mac 2001. sabjek KOMSAS diperuntukkan dua waktu dalam seminggu yang merangkumi genre sajak, puisi tradisional, cerpen, prosa tradisional, novel dan drama. Ini dapat mempelbagaikan bahasa Melayu supaya sesi pengajaran lebih terancang bagi sepanjang tahun persekolahan.
KOMSAS itu berfungsi bagi melengkapkan ilmu kesusasteraan dengan matlamat bahawa murid dapat :
a. mengukuhkan kemahiran bahasa
b. menguasai kosa kata bahasa Melayu, aspek tatabahasa, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah yang lain.
c. Menguasai kemahiran dan apresiasi kesusasteraan.
d. Meningkatkan minat membaca dan penghayatan terhadap bahan kesusasteraan.
e. Memupuk kesoronokan dan kenikmatan membaca pelbagai genre seperti yang telah disenaraikan ketetapannya mengikut empat zon, iaitu waima antologinya atau novelnya.
Melalui teks yang ditetapkan, mampu mendedahkan mereka kepada segala persoalan hidup manusia dan pergolokan masyarakat kerana bahan yang diketengahkan kepada mereka itu iaialah bahan yang telah dipilih, ditapis yang mengandungi unsur-unsur yang astetik yang dipersembahkan dengan cara yang menarik dan berupaya untuk menyuburkan minat membaca yang akan membawa mereka kepada satu budaya yang unggul, iaitu budaya membaca segala macam ilmu pengetahuan.
Teks Komsas yang ditetapkan bagi Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima ialah teks yang telah ditentukan panel yang bertanggungjawab seperti Surat Pekeliling Ikhtisas BIl. 5/2000 bertarikh 23 Februari 2000 dan setiap orang murid bagi setiap tingkatan ditetaptak sebuah antologi dan sebuah novel.
Antologi yang telah ditetapkan untuk seluruh negara adalah seperti yang berikut:
a. Tingkatan Satu: Sehijau Warna Daun.
b. Tingkatan Dua: Seuntai Kata Untuk Dirasa.
c. Tingkatan Tiga: Anak Bumi Tercinta.
d. Tingkatan Empat: Anak Laut.
e. Tingkatan Lima: Kerusi.

Sementara itu, senarai novel yang ditetapkan mengikut zon dan negeri pula adalah seperti berikut:
a. Negeri Selangor, Perlis, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan:
- Meniti Kaca (Tingkatan 1)
- Pahlawan Pasir Salak (Tingkatan 2)
- Panas Salju (Tingkatan 3)
- Bukit Kepong (Tingkatan 4)
- Konserto Terakhir (Tingkatan 5)
b. Sabah, Sarawak, Pahang dan Terengganu:
- Limpahan Darah Di Sungai Semur (Tingkatan 1)
- Timulak Kapal Perang (Tingkatan 2)
- Ekspedisi (Tingkatan 3)
- Terminal Tiga (Tingkatan 4)
- Seteguh Karang(Tingkatan 5)
b. Melaka, Johor dan Kelantan:
- Anak Din Biola (Tingkatan 1)
- Tragedi 4 Disember (Tingkatan 2)
- Merdeka! Merdeka! (Tingkatan 3)
- Di Hadapan Pulau (Tingkatan 4)
- Putera Gunung Tahan (Tingkatan 5)
c. Kedah, Perak dan Pulau Pinang:
- Aku Anak Timur (Tingkatan 1)
- Kapten Hassan Wira Bangsa (Tingkatan 2)
- Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Tingkatan 3)
- Perlumbaan Kedua(Tingkatan 4)
- Julia (Tingkatan 5)
Hal ini bermakna pada waktu pengajaran dan pembelajaran KOMSAS, setiap orang murid dalam setiap tingkatan itu memperoleh pendedahan yang cukup tentang kesusasteraan. Dalam setiap sebuah antologi yang ditetapkan bagi setiap tingkatan itu terdapat lima genre. Misalnya bagi Tingkatan Satu, dalam antologi Sehijau Warna Daun itu telah dimasukkan genre-genre seperti puisi tradisional, puisi moden atau sajak, prosa tradisional (jenis petikan), cerpen dan drama.
Malahan, setiap orang murid daripada setiap tingkatan baik Tingkatan Satu, Dua, Tiga, Empat dan Lima perlu mempelajari enam buah puisitradisional, enam buah puisi moden, empat buah prosa tradisional, tiga buah drama, enam buah cerpen dan sebuah novel dalam setahun. Hal ini bermakna bagi setiap orang murid peringkat menengah rendah yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), mereka perlu mempelajari dan mengulang kaji kesemua genre yang telah dipelajari semasa di Tingkatan Satu, Dua dan Tiga sebelum berhadapan dengan peperiksaan PMR. Hal ini juga bermakna bahawa setiap orang murid itu perlu bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Di Peringkat PMR ini, mereka perlu mempelajari 18 buah puisi tradisional, 18 buah puisi moden 12 buah prosa tradisional, sembilan buah drama, 18 buah cerpen dan tiga buah novel.
Demikian juga dengan murid peringkat menengah atas, iaitu Tngkatan Empat dan Lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mereka juga perlu mempelajari dan mengulag kaji kesemua genre yang telah dipelajari semasa di Tngkatan Empat dan Lima sebelum berhadapan dengan peperiksaan SPM. Hal ini juga bermakna bahawa setiap orang murid tersebut pertu bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Di peringkat SPM ini, mereka perlu mempelajari 12 buah puisi tradisional, 12 buah puisi moden, lapan buah prosa tradisional, enam buah drama, 12 cerpen dan dua buah novel.
Sebenarnya dengan mempelajari KOMSAS dengan pelbagai genre ini murid-murid telah didedahkan dengan kepelbagaian gaya dan keindahan bahasa. Hal ini besar maknanya. Bahkan, pendedahan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memupuk dan mengembangkan bakat semula jadi yang ada pada setiap orang murid dalam bidang penulisan kreatif.


Soalan 2:
Sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.

 Penilaian Dalam Pengajaran Bahan Sastera:
Penialaian merujuk kepada sata proses bagai meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan pengajaran dan pembelajaran bahasa dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat sama ada objektif tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak. Biasanya nilai itu dilambangkan dengan markah, gred ataupun kedu-dua sekali dalam satu kelas.

 Langkah-langkah pengubalan ujian
• Menetapkan objektif ujian yang akan ditetapkan;
• Menentukan isi kandungan dan kemahiran yang akan diuji;
• Menetapkan taksonomi ujian;
• Menubuhkan ujian.

 Proses pengajaran adalah edaran yang berterusan. Tujuan ujian dalam pendidikan:
• Mendapatkan kembali maklumat
• Memastikan objektif pengajaran guru tercapai
• Menggredkan pelajar
• Sebagai penggerak (motivasi pelajar)
• Tujuan penempatan – sederhana, baik, lemah

 Ciri-ciri ujian:
• Kesahan ujian
- Sejauh mana ujian itu menggambarkan atau menguji apa yang hendak diuji.
- Contoh: jika objektif guru mahu pelajar menguasai tema, maka ujian adalah berkaitan
tentang tema.
• Kebolehpercayaan atau kestabilan ujian
- Dilihat daripada segi ketepatan dan kejituan ukuran dibuat
• Keobjektifan atau ketepatan ujian
- Item yang dibina tidak memberi peluang kepada sesuatu interpretasi berlainan daripada
apa yang telah ditentukan terlebih dahulu.
- Skema permarkahan juga hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum guru
memeriksa.

 Jenis-jenis ujian:
• Ujian Penempatan
- Menguji ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
• Ujian Formatif
- Ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa serta memberi maklumat kepada guru.
• Ujian Diagnostik
- Ujian untuk mencari punca kelemahan pelajar.
• Ujian Sumatif
- Ujian untuk penggredan dan pensijilan, contohnya ujian PMR dan SPM.

 Asas Penilaian:
• Penilaian Domain Kognitif
- Lebih banyak ditumpukan kepada proses berfikir
- Bermula dengan dari aras rendah iaitu aras ingatan hingga yang tertinggi, iaitu kompleks
- Bentuk ujian seperti ujian objektif, ujian subjektif, ujian lisan, tulisan dan ujian bulanan
dan lain-lain.
• Penilaian Domain Afektif
- Melihat hubungan sikap, pendangan dan nilai-nilai yang dipercayai oleh seseorang.
- Dapat diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawacara, peramatan terhadap tingkah
laku atau aktiviti bertulis.
- Pengukuran menggunakan Skala Likert antara caranya dengan penyataan -sangat setuju,
amat setuju, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju.
- Juga boleh menggunakan pilihan jawapan – YA atau TIDAK.
• Penilaian Domain Psikomotor
- Domain ini berhubung dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota
tubuh badan.
- Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
- Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan
dengan kognitif dan afektif).

 Aras-aras Ujian Sastera
Taksonomi Bloom
- Aras Pengetahuan/ingatan
- Aras Pemahaman
- Aras Aplikasi
- Aras Analisis
- Aras Sintesis
- Aras Penilaian
Kategori Moody
- Aras Informasi
- Aras Konsep
- Aras Perspektif
- Aras Apresiasi/Penghayatan

 Ujian kesusasteraan melibatkan tingkat-tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai
enam aras utama (Taksonomi Bloom) iaitu bermula dengan tingkat ingatan sehingga menjurus kepada tingkat penilaian.
i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingat hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya begitu mudah yang hanya menghendaki pelajar menamakan, memberi definisi, nama pengarang, buku-buku yang dihasilkan dan sebagainya.Tugasnya hanya meluahkan kembali butiran fakta yang dibacanya dengan secara langsung dan soalannya juga tidak disamar-samarkan. Contoh ujian aras ingatan ini seperti berikut:
• Apakah yang diertikan dengan perkataan ‘cemara’?
• Sebutkan pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat di Malaysia.
• Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden?
• Sebutkan dua antologi sajak yang ditulis oleh Usman Awang.

ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami, membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Pelajar juga berkemampuan dan berkeupayaan menyimpulkan beberapa ciri perbezaan antara syair dengan pantun umpamanya. Contoh-contoh butiran ujian dalam kelompok ini berbunyi seperti:
• Buat satu sinopsis cerpen berjudul Anak Bumi Tercinta karya Fatimah Busu.
• Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Rahman Shaari dalam sajaknya Bahasa?
• Terdapat beberapa perbezaan dibandingkan antara pantun dengan syair, apakah ciri-ciri persamaan dan perbezaan tersebut ?
• Buat ringkasan cerita cerpen yang berjudul Buku Catatan Farid Badrul karya Mohd. Tajudin Abdul Rahman.

iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Misalnya penggunaan pengetahuan berkenaan ciri-ciri pantun untuk mencipta pantun. Kebolehan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada prosedur kritikan bagi menilai sesebuah karya.
Bagi memanfaatkan ujian ke aras ini adalah dikira tugasan berbentuk esei dan perlakuan lebih menampakkan keserasian ujian. Ini kerana pelajar diberi kebebasan mengemukakan jawapan dan jawapan-jawapan sokongan bagi mempertahan dan menguatkan hujahnya. Contoh soalan berbentuk aplikasi ialah :
• Diturunkan sebuah wacana berbentuk prosa, misalnya daripada novel Senjakala, sepanjang lebih kurang satu muka surat (perlu diingatkan pemilihan wacana itu perlulah bersesuaian) dan pelajar ditugaskan supaya :
• Ubahkan bentuk cerita yang dilampirkan menjadi sebuah dialog.
• Sudut pandangan apakah yang digunakan dalam cerita di atas, ungkapkan kembali cerita di atas dengan sudut pandangan yang berbeza, contohnya daripada gaya dia kepada aku atau sebaliknya.
• Tunjukkan dan huraikan kembali semua gaya bahasa yang terdapat dalam wacana di atas.
Soalan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran juga boleh ditanyakan kepada pelajar. Puisi yang dipilih itu haruslah tidak terlalu panjang, contohnya sajak berjudul Ke Makam Bonda oleh Usman Awang dan tugaskan pelajar menjawab soalan seperti:
• Berikan tanda-tanda penjedaan ke atas puisi di atas
(tugasan ini berkaitan dengan psikomotor).
• Buatkan parafrasa puisi di atas atau tuliskan kembali puisi Ke Makam Bonda di atas menggunakan gaya dan bahasa anda sendiri.
• Tunjukkan beberapa gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas.

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Kebolehan pelajar melihat perkaitan dan hubungan antara unsur-unsur yang dapat dikesan dan kebolehan menggunakan organisasi, susunan sistematik binaan, kesatuan yang membangunkan sesebuah karya sastera. Keupayaan menyelesaikan tugasan ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman (lahiriah dan batiniah) karya tersebut. Contoh soalan pada aras ini ialah :
• Bagaimanakah caranya pengarang melukiskan watak dan perwatakan setiap tokoh dalam novel Senjakala ?
• Bagaimanakah sifat-sifat watak utama novel Senjakala?
• Huraikan dengan contohnya sekali tema pokok dan tema sampingan, plot utama dan anak plot sebagaimana yang terdapat dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung.
• Jelaskan keberkesanan unsur-unsur bunyi dalam sajak yang berjudul Ketika Kami Bercerita Tentangnya karya Lim Swee Tin.

v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera. Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut:
• Jelaskan benarkah kaitan antara latar, perwatakan dan tema dalam novel Senjakala bersifat padu dan wajar.
• Jelaskan persamaan antara watak Saaman dalam Keluarga Gerilya dan Busat dalam novel Sandera.

vi. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam ukuran ujian aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Keupayaan berfikir aras penilaian ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu perkara. Contoh soalan aras penilaian ialah:

• Bandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azad Khan dari segi:
o Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat dalam kedua-dua drama tersebut.
o Unsur-unsur kamanusiaan.

• Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya?
Ujian Kesusasteraan Kategori Moody
Aras ujian kategori Moody memang secara khusus direncanakan bagi menguji kesusasteraan dan ianya sama sekali berbeza dengan pendekatan Taksonomi Bloom.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi dimaksudkan berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera. Contoh soalan yang boleh diuji antara lain:
• Siapakah pengarang novel Badai Semalam? Sekarang beliau tinggal di mana dan apakah pekerjaannya?
• Siapakah watak utama novel Badai Semalam? Ke manakah watak utama pergi di akhir cerita novel tersebut dan untuk apakah beliau pergi ke tempat baru tersebut?

ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Sebagai contoh di bawah ini diturunkan beberapa contoh soalan menguji pelajar pada aras konsep:
• Apakah hubungan antara Kinto dengan Noor, apakah hubungan antara Damid dengan Dasima? Apakah konflik atau masalah utama yang terdapat dalam novel tersebut? Apakah faktor yang selalu membebani penderitaan batin dan jiwa Kinto? Mengapakah Kinto begitu sayang kepada Noor dan Dasima? Mengapa Kinto akhirnya tidak dapat terlepas daripada perasaan kesal yang berpanjangan dalam hidupnya?

iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif lebih diberi penumpuan kepada mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Di bawah ini diturunkan beberapa soalan aras ujian perspektif:
• Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Senjakala?
• Adakah sesuatu yang bersifat tipikal dalam novel Senjakala?
• Unsur apakah yang bersifat tipikal itu dan realiti kehidupan yang manakah yang anda maksudkan itu?

iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan selalunya berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Item-item soalan yang dimaksudkan untuk mengungkapkan aras apresiasi ini seperti dicontohkan di bawah ini:
• Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan dan Azizi Hj. Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu?

Dipungut beberapa buah sajak karya Amir Hamzah yang mengandungi kata-kata arkis, seperti dalam sajak “Hanya Satu”.
• Apakah fungsi dan efek penggunaan kata-kata arkaik dalam sajak itu?
• Seandainya kata-kata arkis itu digantikan dengan kata-kata lain yang ‘baru’, apakah ianya dikira tepat?


Soalan 3
Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu

Penilaian ialah proses sistematik bagi menentukan sejauh mana tujuan pengajaran dapat dicapat oleh seseorang murid. Penilaian dijalankan dijalankan berterusan atau pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, pengujian dan penilaian dapat juga dijadikan asas untuk mengadakan persekitaran pembelajaran yang positif dan memberi impak kepada pembelajaran.
Format pentaksiran direka bentuk dengan mementingkan prinsip-prinsip asas pentaksiran, terutamanya aspek kesahan, kebolehpercayaan, kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti. Aspek keserasian dengan kurikulum turut diberi keutamaan. Hal ini bermakna pentaksiran memberi fokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran yang merangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan adab/nilai. Reka bentuk pentaksiran juga memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyai kerelevenan dan kecukupan dari aspek kandungan sukatan pelajaran.
Dalam membentukan ujian KOMSAS bagi menilaian pencapaian murud, ada tiga perkara yang harus diambil kira:
(1) Kesahan. Ini bermaksud sejauh manakah ujian itu menguji dan mengukur apa yang kita hendak uji dan ukur.
(2) Kebolehpercayaan. Ini bermaksud sejauh manakah sesuatu ujian menguji dan mengukur dengan tepat apa yang kita telah uji.
(3) Mudahnua ujian itu digunakan. Ini termasuklah hal-hal seperti: senang ditadbir, tidak memerlukan masa yang terlalu banyak, kosnya rendah, keputusannya boleh ditafsirkan denganmudah dan sebagainya.
Matlamat pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan untuk melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, tak rasmi dan kreatif melalui lisan dan penulisan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Komponen kesusasteraan diperkenalkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan minat membaca pelajar-pelajar dapat mengetahui perkembangan sastera tanah air daripada pelbagai genre, iaitu novel, cerpen, drama, puisi moden, puisi tradisional dan prosa tradisional. Di samping itu juga, sikap menghargai dan menimati karya-karya penulis negara ini daripada bahan-bahan sastera yang dibaca dapat dipupuk dalam kalangan pelajar.
Objektif pengujian dan penilaian kertas bahasa Melayu sekolah menengah untuk menilai pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran berbahasa melalui aktiviti mendengar dan bertutur (lisan) berdasarkan tajuk-tajuk yang dikemukakan. Kemahiran membaca pula dapat mengukur pelajar daripada aspek pengetahuan dan kefahaman melalui bahan-bahan yang telah ditentukan dalam sukatan pelajaran dan digunakan dalam petikan teks berdasarkan genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional.
Dengan memilih jenis ujian yang betul maka penguji akan mendapat kembali hasil daripada ujian yang dijalankan. Ini bermakna dalam menjayakan sesuatu ujian seperti ujian Komsas beberapa perkara yang disebut amat perlu diambil berat, di samping beberapa aspek yang lain seperti masa menjawab bersesuaian dengan soalan, falasi logik, pengaruh bahasa dialek, kekurangan kosa kata, gaya bahasa, gaya penulisan dan sebagainya.
Seterusnya, kemahiran menulis dapat menguji pengetahuan dan kefahaman pelajar untuk menulis karangan berdasarkan tajuk dan fomat yang sesuai. Pelajar diharapkan dapat menulis rumusan daripada bahan grafik, menulis ringkasan daripada petikan dan membuat ulaasan, komen dan mengemukakan pendapat tentang teks novel yang dibaca. Pengetahuan, kefahaman dan penggunaan sistem bahasa Melayu diukur dalam teks novel yang dibaca. Pengetahuan, kefahaman dan penggunaan sistem bahasa Melayu diukur dalam aspek tatabahasa berdasarkan penggunaan pelbagai kata, imbuhan dan ayat serta pengetahuan peribahasa.
Dalam situasi di negeri kita, di mana guru menghadapi murid pelbagai bahasa, keadaannya agak kompleks. Agak sukar bagi guru untuk menumbuh ujian-ujian sastera khusus untuk tiap kumpulan pelajar, tambahan pula dalam pengajarannya, guru jarang membezakan teknik mengajarnya dan menggap darjah sebagai satu kumpulan bahasa yang seragam.
Satu lagi masalah dalam pengujian sastera ialah pengujian bahasa lisan. Kita sedar bahawa dalam komunikasi kita lebih banyak menggunakan bahasa lisan daripada menulis. Tetapi aspek bahasa ini tidak mendapat perhatian yang saksama dan sewajar baginya.ini tidak menghairankan kita, kerana bukan sahaja kemahiran lisan sukar diajar dengan kesan yang nyata, tetapi ia juga sukar diuji. Ujian lisan dengan menggunakan bahan sastera menggunakan masa yang banyak untuk ditadbirkan, juga susah untuk dinilai. Umpamanya, penentuan kefasihan bertutur adalah sesuatu yang kepastiannya samar-samar. Bagaimanakah kita hendak mengukur kelancaran bertutur, penggunaan intonasi, nada, sembutan yang tepat. Aspek-aspek kelancaran, penggunaan intonasi, yang jika mengikut komunikasi adalah sesuatu yang amat penting. Jadi, jika tidak dapat diukur dengan tegas serta tepat akan prestasi bahasa seseorang, bagaimanakah ujian lisan itu dapat ditubuhkan oleh guru.
Bagi seseorang guru, dilemanya adalah lebih kompleks lagi. Jika ahli-ahli bahasa dan juga pakar-pakar dalam bidang pengujian dan pengukuran tidak dapat menyelesaikan dengan senang akan masalah seperti tersebut di atas, bagaimanakah pula dengan guru-guru di bilik darjag yang serba kekerangan dalam pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera? Kita ditapati bahawa bahan pengajaran bilik itu sendiri dijadikan soalan-soalan untuk ujian, kerana perhubungan antara pengajaran dan soalan ujian adalah amat rapat. Jadi,guru dalam menyedari hakikat prinsip-prinsip ujian dan pengukuran yang sah dan boleh dipercayai, wajarlah menentukan ujian yang ditubuhkannya tidak lari daripada objektif pengajaran di bilik darjah, dan selari dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah sendiri.perbandingan pencapaian murid dengan norma-norma yang lain, banyak ujian dan peperiksaan formal dijalankan untuk mengetahui tersebut. Tetapi untuk mengetahui pencapaian dan perkembangan murid dalam pelajaran sehariannya, sertakeberkesanan pengajaran guru sendiri, ujian yang dibentuk oleh guru sendiri, khusus untuk tujuan-tujuan bilik darjahnya, adalah diperlukan.

Soalan 4
Bina lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda

Soalan 1 – Petikan Puisi Tradisional
Baca puisi di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Selindung Bayu kota lama,
Pantai teluban Pulau Jelapi;
Bahasa Melayu bahasa ibunda,
Huruf Jawi tulisan asli.

Tanjung Dala Janjung Budi,
Dusunnya Tanjung Mas nama diberi;
Muda mudi tak kenal bahasa sendiri,
Akibat cuai tak sedar diri.

Jambu rending cempaka raya,
Daerah Bachok wilayah Menara;
Kenapa hilang bahasa tercinta?
Kerana hilang ahli bahasa.

Kampung Jakan terkenal merata,
Sungai Golok sempadan negara;
Hilang bahasa hilang bangsa,
Hilang bangsa hilang budaya.

Banjar Lima dekat Perigi,
Telaga Sembilan dan Mak Mawi;
Kalau saudara bijak bestari,
Sejarah silam jangan dilupai.

1.Apakah jenis puisi tersebut?
A. Sajak
B. Pantun
C.Syair
D.Gurindam

2. Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah ?
A. Kampungku tercinta
B. Pantaiku
C.Selindung Bayu
D. Negeriku

3. Dimanakah terletak daerah Bachok?
A. Wilayah Yala
B. Wilayah Pattani
C. Wilayah Songkhla
D. Wilayah Menara
4. Apakah nasihat yang diberikan oleh penyair kepada saudaranya ?
A. Jangan melupakan diri
B. Menghormatti orang tua
C. Tanggungjawab seorang pemuda
D. Mempelajari bahasa ibunda

Soalan 2 - Petikan Cerpen
Baca dialog di bawah, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.
Munir : Salma, apakah cita- cita kamu?
Salma : Saya ingin menjadi seorang pendidik
Munir : Mengapakan kamu ingin menjadi pendidik ?
Salma : Ibu dan bapa saya pendidik.Selain itu, saya ingin memajukan bangsa, masyarakat, dan negara.
Munir : Tidak berminatkah kamu menjadi seorang usahawan?
Salma : Minat juga Munir. Tapi…. .
Munir : Mengapa?
Salma : Kerjaya itu agak mencabar dan saya pula masih tidak tahu apa- apa tentang perkara itu. Mungkin apabila saya dewasa nanti saya akan mengusahakannya sehingga saya berjaya.
Munir : Jadi, apakah perancangan kamu?
Salma : Pada masa ini saya akan belajar sehabis baik dan berusaha dengan gigih agar berjaya dalam pelajaran. Inilah asas yang perlu saya bina sekarang, Munir.
Munir : Saya lihat kamu pun berminat dalam bidang sukan?
Salma : Sudah tentu. Kan bersukan itu banyak faedahnya.
Munir : Sukan apakah yang paling kamu minati?
Salma : Tentulah sukan olahraga, Munir.
Munir : Oh ya! Kamu kan olahragawati harapan sekolah ini.Baiklah Salma, terima kasih kerana memberi peluang saya menemu bual kamu.
Salma : Sama- sama.

1 - Apakah cita-cita utama Salma?
A Guru
B Peguam
C Ahli sukan
D Usahawan

2 - Bagaimanakah cara Salma ingin mencapai cita- citanya?
A Rajin pergi ke sekolah
B Mengikuti kelas tambahan
C Belajar bersunguh- sungguh
D Melibatkan diri dalam sukan olahraga

3 – Apakah yang menyebabkan Salma ingin menjadi pendidik?
A Dia berminat dalam bidang itu
B Dia amat menghormati pendidiknya
C Kedua – dua orang tuanya ialah pendidik
D Dia ingin memajukan bangsa, masyarakat, dan Negara

4 – Manakah yang berikut bukan minat Salma?
A Belajar
B Berlepak
C Bersukan
D Berniaga

5 – Salma menyatakan bahawa dia masih tidak tahu apa – apa tentang bidang keusahawanan menunjukkan dia
A tidak berminat kerjaya itu.
B tidak mempunyai modal lagi.
C perlu belajar untuk mencapai cita – citanya.
D belum pernah menjadi usahawan sebelum ini.

Soalan 3 - Puisi Tradisional
Baca petikan puisi di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Masak kari ikan bawal,
Kalau makan perlahan – lahan;
Setiap hari bangkitlah awal,
Agar badan tidak keletihan.

Ambil ragi digemal – gemal,
Dicampur dengan buah kerdas;
Senaman pagi selalu diamal,
Badan cergas otak cerdas.

Pakai sari cantiknya rupa,
Pakai waktu tengah hari;
Kebersihan diri jangan dilupa,
Tentu terjaga kesihatan diri.
Ambil timah di atas peti,
Untuk dibuat modal berniaga;
Tika di rumah orang tua ditaati,
Pasti wujud keluarga bahagia.

Disusun berjajar semua belanga,
Hasil buatan orang dahulu;
Masa belajar pasang telinga,
Tentu ilmu diingat selalu.

1- Apakah jenis puisi di atas?
A Syair
B Pantun
C Sajak
D Gurindam

2 – Nilai apakah yang tidak disebut dalam puisi di atas?
A budi bahasa
B Kerajinan
C Keberanian
D Kebersihan fizikal

3 – Kita akan menjadi sihat jika kita
A sentiasa bersenam
B belajar dengan gigih
C makan makanan seimbang
D menghormati ibu dan bapa

4 – Perbuatan yang berikut dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, kecuali
A mentaati ibu bapa.
B bersikap toleransi.
C mementingksan diri.
D saling menghormati.

5 – “Masa belajar pasang telinga” bermaksud
A belajar dengan gigih.
B menumpukan perhatian ketika guru mengajar.
C berdisiplin semasa berada di dalam bilik darjah.
D sentiasa menghormati guru yang mengajar kita.

Soalan 4 - Puisi Moden

Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan – soalan yang berikutnya.

Keringatmu membasahi bumi
dari terbit mentari
hingga terbenam mentari
kau terangi tanah ini.

Pak Tani
budi pada tanah
terus kau curah
tanpa kenal erti lelah
kegigihanmu terserlah.

Kini tumbuhan menjadi
tuaian kita nikmati
tapi kau tidak berhenti – henti
meneruskan tugas yang murni ini.

1 – Apakah jenis puisi tersebut?
A Sajak
B Pantun
C Syair
D Gurindam

2 – Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah
A Keringatmu.
B Hasil Tuaianmu.
C Pak Tani.
D Kejayaanmu.

3 – Pak Tani menpunyai sikap yang berikut, kecuali
A tekun.
B bertanggungjawab.
C rajin.
D berserah nasib.

4 – Bilakah Pak Tani mula bekerja?
A Dinihari
B Waktu pagi
C Tengah hari
D Waktu petang

5 – Tuaian dalam puisi di atas bermaksud
A tumbuhan.
B makanan.
C hasil jualan.
D hasil tanaman.

Soalan 5
Baca petikan cerita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Tersebutlah kisah suatu masa dahulu seekor tupai bersahabat karib dengan seekor ikan sepat. Pada suatu hari, si ikan sepat jatuh sakit. Badannya sangat lemah. Si tupai dengan setia menunggu sahabatnya itu. Sudakh beberapa hari si ikan sepat tidak lalu hendak makan. Si tupai berusaha memujuknya. Namun si ikan sepat hanya mahu makan kalau diberi makan hati ikan jerung.
Apabila mendengar permintaan itu, si tupai tergamam. Ia terasa sukar untuk memenuhi permintaan sahabatnya itu. Ikan jerung sangat ganas dan hidup di laut. Namun akhirnya ia berusaha juga untuk mencarikannya.
Si tupai pun melompat dari pohon ke pohon hingga sampai ke sebatang pohon kelapa yang batangnya menghala ke laut. Si tupai tidak membuang masa. Ia pun menempuk sebiji kelapa. Kemudian, ia pun masuk ke dalam kelapa itu. Tangkai buah kelapa itu digigitnya.
Tangkai buah kelapa itu putus lalu tercebur ke laut. Ombak laut membawa buah kelapa itu ke tengah laut. Tiba-tiba datanglah seekor ikan jerung yang besar. Dengan pantas ikan jerung itu pun menyambar lalu menelan biji kelapa tersebut.
Semasa berada di dalam perut, si tupai terus menggigit hati ikan jerung itu. Ikan itu kesakitan lalu menuju ke pantai. Sesampainya di pantai, ikan jerung semakin lemah dan akhirnya mati.
Si tupai membawa hati ikan jerung itu ke lubuk sahabatnya. Selepas makan hati jerung, si ikan sepat pun berjanji akan menolong si tupai kalau ia memerlukan bantuan daripadanya suatu hari nanti.

1. Apakah tajuk yang paling sesuai bagi cerita ini? (2 markah)
2. Apakah hubungan antara ikan sepat dan tupai?(2 markah)
3. Apakah tindakan si tupai apabila ikan sepat ingin makan hati ikan jerung? (3 markah)
4. Apakah yang berlaku selepas si ikan sepat makan hati ikan jerung itu? (3 markah)


Soalan 5:
Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa kini.

Mengajar sastera dalam subjek bahasa Melayu adalah berlandaskan falsafah berkenaan keperluan dan kesesuaian menerapkan ilmu kesusasteraan. Salah satu daripada falsafah pengajarannya adalah muwujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Menyampaikan komponen sastera secara formal dalam bilik darjah dapat memperkasakan lagi usaha melahirkan golongan masyarakat berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia. Hasil pembelajaran dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang luas. Setiap ilmu berkaitan sastera boleh melahirkan pelajar yang lebih berketrampilan dan dapat memperkembangkan lagi ilmu pengetahuan.
Pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah kini sememangnya berdepan dengan beberapa masalah. Antaranya yang dihadapi oleh guru dan murid adalah kurang mahir tentang penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain supaya membolehkan pelajar menikmati keseronokan. Selain itu, guru merancang strategi pengajaran tidak berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran serta menepati objektif sebenar komponen sastera.
Dua cadangan untuk memperbaiki penganjaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini seperti;
1. Proses belajar dan mengajar bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu bersifat kognitif. Ini kerana guru dapat mengukur perluasan perbendaharaan kata pelajar berhubung bahasa yang digunakan dalam karya sastera. Fokus mengajar adalah objektif kognitif khusus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca, bertutur, menulis serta mempelajari peribahasa dan tatabahasa. Oleh itu, guru perlu bijak memilih, merancang dan melaksanakan pengajaran menggunakan bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu.
Bagi menambah penguasaan bahasa Melayu, pelajar diasuh dan diberi latih tubi.
Latihan ini bagi mengukuhkan kefahaman di samping latihan membina ayat, memberi
makna perbendaharaan kata, menggunakan peribahasa dengan betul dan memperbaiki
struktur tatabahasa yang salah.
2. Banyak kelebihan dan kewajaran menggunakan bahan sastera dalam pendidikan. Ini kerana bahan sastera dapat membantu meningkatkan proses belajar dan mengajar bahasa Melayu. Antara kemahiran asas yang diberi penekanan dalam bahasa Melayu adalah seperti kemahiran lisan, membaca, bertutur dan menulis yang memerlukan penghayatan dan pengukuhan dengan bahan sastera.
Bagi mengukuhkan kemahiran lisan para pelajar, guru boleh menerapkan bahan sastera melalui drama dan puisi. Beberapa aktiviti boleh dilakukan seperti mengucapkan kata bual sesuatu watak dalam cerita, melakonkan episod drama dengan dialog yang sudah dihafal, berpantun, bersyair dan membaca puisi mengikut intonasi, sebutan, rima dan irama yang sesuai.
Seterusnya, bahan sastera juga memberikan keseronokan kepada pelajar. Ini kerana karya sastera adalah karya indah dan mempunyai huraian hal-hal yang aneh dan ajaib. Ia disusun dengan kata-kata terbaik dan sekali gus menyeronokkan pelajar kerana mempunyai unsur kelucuan. Karya sastera boleh digunakan bagi mengajar bahasa Melayu mengikut peringkat kesukaran pelajaran. Ini terpulang pada kebijaksanaan guru memilih, menilai dan menyesuaikan bahan-bahan yang digunakan.
Mempelajari komponen sastera memberi peluang kepada murid-murid menyedari aktiviti membaca perlu disertai dengan minat. Ini kerana minat membaca wujud apabila kita ingin mengetahui sesuatu sama ada berkenaan penulis ataupun aspek-aspek lain dalam bahan yang dibaca.
Matlamat pendidikan bahasa adalah memberi kesempatan kepada pelajar mengetahui kepentingan kemahiran bahasa bagi meneroka bidang-bidang baharu dalam pelbagai ilmu pengetahuan lain. Setiap karya sastera yang dipilih dijadikan bahan mengajar bahasa kerana karya sastera adalah paparan berkaitan pengalaman manusia.
Karya sastera yang baik menjadi rangka luar kepada pelajar mempelajari dan mendalami asas penulisan dengan baik. Secara tidak langssung, para pelajar dapat mempelajari kaedah menyusun idea sama ada secara lisan ataupun tulisan. Di samping itu, para guru dapat membentuk setiap pelajar dengan mudah bagi memperkasakan daya kreatif dalam kemahiran berbahasa.
Menggunakan bahan sastera dalam pendidikan bahasa Melayu membuka ruang kepada pelajar bagi melihat dunia dengan lebih luas. Ia bermula dari pengalaman sendiri dan meneroka pengalaman luar hidupnya melalui hubungan dengan masyarakat dan budayanya.
Menggunakan bahan-bahan sastera semasa mengajar dan memahami sesuatu mata pelajaran dapat memupuk semangat membaca di jiwa pelajar. Dengan itu, pelajar-pelajar yang ingin mengetahui kesudahan kisah atau cerita yang dibaca dalam kelas, perlu membaca novel, cerpen, drama ataupun prosa klasik itu di perpustakaan ataupun di rumah. Dalam jangka masa panjang, aktiviti membaca dapat memahirkan mereka dalam aspek bacaan dan kefahaman.
Bahan sastera bentuk prosa moden ataupun klasik mengandungi banyak gambaran adat istiadat dan kebudayaan masyarakat Melayu. Dengan menggunakan bahan sastera semasa mengajar bahasa Melayu, secara tidak langsung boleh mendekatkan pelajar bukan Melayu dengan kebudayaan orang-orang Melayu.
Demikian juga bahan sastera yang ditulis oleh masyarakat Cina dan India, ia akan didedahkan pula kepada pelajar Melayu dan seterusnya membolehkan mereka mengenali dan memahami budaya kaum-kaum itu.
Di samping itu juga, para pelajar dapat memahami perbendaharaan kata, struktur tatabahasa Melayu dan meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu.
Ini disusuli dengan elemen pengisian kurikulum berkaitan kemahiran bernilai tambah, nilai murni, patriotisme dan peraturan sosiobudaya. Elemen kemahiran bernilai tambah yang ditekankan dan perlu diserapkan adalah seperti berikut :
1. Kemahiran berfikir
2. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
3. Kemahiran belajar cara belajar
4. Kajian masa depan
5. Kecerdasan pelbagai
6. Pembelajaran konstruktivisme
7. Pembelajaran kontekstual
Pengetahuan dan kemahiran yang terdiri daripada komponen sastera dapat membentuk pelajar lebih berketrampilan. Mereka menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian, bidang kerjaya dan seterusnya sebagai ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur hayat. Kamaruzaman Abdullah (2000), dalam kertas kerjanya menjelaskan bahawa falsafah pengajaran sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu merangkumi aspek-aspek berikut:
a) Merangsang minat pelajar membaca, mengenal, menikmati dan mengapresiasi bahan sastera, iaitu dengan cara mendekatkan diri pelajar dengan kesemua genre yang terdapat dalam ilmu sastera seperti novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional dan juga puisi tradisional yang mempunyai ciri-ciri yang berlainan.
b) Membolehkan pelajar mempertingkatkan daya fikir dan sahsiah melalui penerapan aspek-aspek yang dipelopori oleh watak-watak baik, jujur, berani dan gagah perkasa yang terkandung dalam sesuatu cerita bagi setiap genre sastera.
c) Membolehkan pelajar mendalami pengetahuan tentang penulisan dan sejarah perkembangan sastera yang akhirnya pelajar berkeupayaan untuk menghasilkan karya sastera bagi genre yang ringan seperti cerpen dan sajak, dan jika diasuh dengan teliti, mereka boleh menjadi penulis yang berbakat satu masa nanti.
d) Membantu pelajar meningkatkan ketrampilan berbahasa yang merangkumi ketiga-tiga kemahiran, iaitu lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis yang akan menambah keyakinan pelajar untuk berkomunikasi, berinteraksi, berdiskusi dan memperkemaskan mutu penulisan.
Bagi mengukuhkan kemahiran lisan para pelajar, guru boleh menerapkan bahan sastera melalui drama dan puisi. Beberapa aktiviti boleh dilakukan seperti mengucapkan kata bual sesuatu watak dalam cerita, melakonkan episod drama dengan dialog yang sudah dihafal, berpantun, bersyair dan membaca puisi mengikut intonasi, sebutan, rima dan irama yang sesuai.
Sebagai kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek bahasa Melayu atau ringkasnya komsas penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin dan beretika tinggi. Pelajaran kesusasteraan Melayu penting kepada pelajar, bukan setakat menghafal cerita, malah karya kesusasteraan Melayu kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman, etika dan sebagainya. Malah, di dalamnya juga terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya dan evolusi masyarakatnya. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah juga memerlukan gugu-guru yang mempunyai pendedahan dalam bidang kesusasteraan.

fadilah saleah berkata...

Fadilah saleah
M20082000312
Tukasan Kuliah kelima (24 Januari 2009)
BMP6123 Pengujian dan Penilaian

Jawapan
Soalan 1. kandungan kusus sastera dalam pengajian bahasa Melayu.
Pelajaran Bahasa Melayu sebagai asas penting Dasar Pendidikan Kebangsaan dan memenuhi Falsafah Pendidikan Negara. Mulai tahun 1999, Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian) yang memasukkan Kesusasteraan Melayu sebagai Komponen Wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Pengajaran dan pembelajaran yang memasukkan komponen sastera (komsas) dalam bahasa ini bermula pada Mac 2000 untuk tingkatan satu dan tingkatan empat. Bagi peringkat sekolah rendah, ianya masih dibincangkan dan bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi. Sesunguhnya, pengajaran dan pembelajaran bahasa yang memasukkan unsur sastera telah dilaksanakan sejak dahulu lagi, tetapi memasukkannya secara serius dan penggunaan teks wajib berjaya dimulakan pada tahun 2000 ini. Sebelum ini, teks sastera digunakan dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu yang diduduki oleh pelajaran aliran tersebut dalam peperiksaan.

Menurut Dr. Sharifah Maimunah Syed Zain, Timbalan Pengarah PPK dalam wawancara yang disiarkan dalam Dewan Sastera (Februari 2000), “Komponen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan memperkenalkan kepada pelajar tentang enam genre sastera yang meliputi genre novel, cerpen, drama, puisi dan prosa tradisional, dan puisi moden (sajak).”

Secara umumnya kesusasteraan diajar di sekolah-sekolah sebagai penyumbang ilmu pengetahuan dan kemahiran bertindak sebagai alat untuk menyemadikan nilai-nilai kerohanian.

Subjek Bahasa Melayu diajari sejak tahun satu (sekolah rendah) hinggalah ke peringkat universiti memandangkan kepentingannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara Malaysia. Jadi, menerusi subjek bahasa Melayu ini ilmu sastera diperkenalkan sekaligus dihayati oleh semua pelajar tidak mengira latar, tempat, bangsa, dan juga aliran.

Modul dasar bagi setiap tingkatan telah digubal oleh panel yang dilantik yang terdiri daripada kalangan guru dan sarjana sastera. Adalah wajar guru mematuhi kandungan modul ini di samping menyesuaikannya mengikut kreativiti sendiri dan suasana yang dihadapi. Jika berlainan atau bertentangan mungkin keseronokan dan penghayatan ilmu kesusasteraan akan terbantut.

Kesesesuaian komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu ini dapat dilihat dari segi beberapa perkara iaitu kesesuaian kandungan atau teks yang dipilih,

Kesesuaian Kandungan/ Teks
Teks dipilih oleh Kementerian Pendidikan melalui beberapa orang ahli panel secara berperingkat-peringkat bermula secara rawak hinggalah ke peringkat akhir yang lebih spesifik dan teliti. Garis panduan dan kriteria telah ditetapkan oleh pihak kementerian untuk dipatuhi oleh ahli panel. Antara ahli panel peringkat akhir ialah Dr. Othman Puteh, Prof. Madya Rahman Shaari, Mawar Shafie, T.Alias Taib, Prof. Madya Dr. Rahman Hanafiah, Prof. Madya Dr. Noriah Mohamad, dan Mahaya Mohd. Yassin.

Dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, sebanyak 15 buah novel remaja dipilih (Lihat lampitan). Antaranya ialah novel Meniti Kaca oleh Raja Sabaruddin Abdullah untuk tingkatan satu, Perlumbaan Kedua oleh Marwilis Haji Yusof untuk tingkatan dua, Merdeka! Merdeka! oleh A. Rahman Hanapiah, Panas Salju karya Talib Samat untuk tingkatan tiga, Di Hadapan Pulau oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said (tingkatan empat), dan Julia oleh Abu Hassan Morad untuk tingkatan lima.

Sebanyak 28 buah cerpen, 30 buah puisi, dan 15 buah drama juga telah terpilih. Antara cerpen yang termasuk dalam senarai tersebut ialah “Di Sisi Rinda” oleh SN Datuk A. Samad Said, “Diari seorang Pengawas” oleh Ali Majod dan banyak lagi.

Bagi karya puisi dan prosa tradisional kebanyakannya tidak mempunyai pengarang berdasarkan sifat karya itu yang berasal dari tradisi lisan dan sastera rakyat
.
Teks yang digunakan akan dibahagikan mengikut zon (utara, tengah, timur, selatan) Malaysia dan perincian serta modul setiap satunya telah dan akan diedarkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah-sekolah. Tugas guru adalah untuk membaca dan mendalami isi karya untuk disampaikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Untuk lebih mendalami teks ini, buku-buku rujukan tambahan boleh digunakan selain bantuan bahan bacaan yang lain seperti majalah dan akhbar. Antaranya ialah majalah Dewan Siswa, Fokus, Dewan Sastera, dan Pelita Bahasa. Akhbar harian dan mingguan juga banyak membuat ulasan dan panduan tentang teks-teks yang dikaji seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran Guru
Terdapat berbagai-bagai
Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan sejarah (historis), pendekatan sosiologi (kemasyarakatan), pendekatan antropologi, psikologi, biografi, formal/struktural, dan moral. Selain itu dalam pengajaran dan pembelajaran pula, pendekatan deduktif, pendekatan induktif, dan pendekatan berfikir boleh digunakan.

Pada asasnya terdapat empat kaedah pengajaran kesusasteraan yang diterima pakai oleh kebanyakan guru dan juga disaranakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Keadah-kaedah tersebut ialah kaedah global, struktural, berfokus, dan mengalami serta menghayati.

Teks sastera yang diguanakan tidaklah membebankan. Bagi tingkatan satu, novel yang digunakan (mengikut zon) ialah Meniti Kaca ataupun Anak Din Biola juga Aku Anak Timur. Novel-novel ini mengangkat tema kemanusiaan yang mudah difahami di samping penggunaan gaya bahasa dan teknik yang tidak begitu mencabar. Jadi, para pelajar diharap dapat menguasai teks dengan baik sehinggalah pembelajaran berlangsung dengan lancar.


Soalan 2. sepuluh perkataan penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.
Proses pengajaran adalah edaran yang berterusan. Tujuan ujian dalam pendidikan:
• mendapatkan kembali maklumat
• memastikan objektif pengajaran guru tercapai
• menggredkan pelajar
• sebagai penggerak (motivasi pelajar)
• tujuan penempatan – sederhana, baik, lemah

Ciri-ciri ujian:
- Kesahan ujian
- Kebolehpercayaan atau kestabilan ujian
- Keobjektifan atau ketepatan ujian

Jenis-jenis ujian:
- Ujian Penempatan – menguji ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
- Ujian Formatif – ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa.
- Ujian Diagnostik – ujian untuk mencari punca kelemahan pelajar.
- Ujian Sumatif – ujian untuk penggredan dan pensijilan, contohnya ujian PMR dan SPM.

Asas Penilaian:
• Penilaian Domain Kognitif
o Kemampuan proses berfikir.
o Bermula dari aras rendah hingga yang tertinggi.
o Bentuk ujian seperti ujian objektif, ujian subjektif, ujian lisan, tulisan dan ujian bulanan.
• Penilaian Domain Afektif
o Melihat hubungan sikap, pendangan dan nilai.
o Bentuk ujian seperti wawancara, pengamatan dan tingkah laku dan ujian bertulis.
o Skala Likert – contoh: sangat setuju, amat setuju, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju.
o Pilihan jawapan – YA atau TIDAK.
• Penilaian Domain Psikomotor
o Berhubung dengan aktiviti pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan.
o Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
o Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan dengan kognitif dan afektif).

Aras-aras Ujian Sastera
Ujian kesusasteraan meliatkan tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai enam aras(Taksonomi Bloom):
1. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan
Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan pada aras ingatan ini hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan mengukapkan kembali daya atau kebolehan mengigati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya begitu mudah hanya menhendaki pelajar menamakan, memberi difinisi, nama pengarang, buku-buku yang dihasilkan dan sebagainya. Tugasan hanya melalukan kembali butiran faktar yang di bacanya dengan secara langsung dan soalannya juga tidak disamar-samarkan. Contoh seperti berikut:
•Apakah yang diertikan dengan perkataan cemara ?
•Sebutkan pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat di Malasia.
•Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden ?
• Sebutkan dua antologi sajak yang ditulis oleh Usman Awang.
Dalam pengajarannya, pendidik tersebut boleh juga menggunakan butiran ujian yang berbunyi siapakah atau nyatakan watak-watak utama novel watak utama dalam cerpen.

2.Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman
Pada aras pemahaman memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami, membizakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat yang lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengigat dan meluahkan kembali fakta yang di bacasahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa puisi yang dipelajarnya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat ranga novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam moden dan juga berkeupayaan menyimpulkan beberapa ciri perbizaan antara syair dengan pantung umpamanya. Contoh-contoh:
• Buat satu sinopsi cerpen yang berjudul Tebusnya Lima Ratus Ringgit karya Azizi Haji Abdllah.
• Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Zam-zam Ismail dalam sejaknya Air Papan.
•Terdapat beberapa dibandingkan antara pantun dengan syair, apakah ciri-ciri persamaan dan perbezaan tersebut?
• Buat ringkasan cerita cerpen yang berjudul Duka Tidak Memanjang karya Baharudin C.D.

3. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi
Ujian aras aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang di pelajari dan maklumat-maklumat yang di perolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Misalnya pengunaan pengentahuan berkenaan ciri-ciri pantung untuk mencipta pantung. Di aras ini pelajar berkeupayaan mengubah,memodifikasi, mendemonstrasikan (tunjuk cara), mengoprasi dan menerapkan sesuatu hal atau sesuatu kemampuan.Contohnya pelajar mampu mengubah karya berbentuk puisi kepada berbentuk prosa tanpa menghasilkan maksud sebenar puisi tersebut. Contoh soalan berbentuk aplikasi ialah:
• Sudutkan pandagan apakah yang digunakan dalam cerita di atas, ungkapan kembali cerita di atas sudut pandangan yang berbiza, contoh daripada gaya dia kepada aku atau sebagainya.
• Tunjukkan dan huraikan semua gaya bahasa yang terdapat dalam wacana di atas.
4. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis
Ujian aras analisis mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yanng terkandung dalam sebuah garya sastera. Sebelum di ujikan aras ini seseorang pelajar itu harus benar-benar sudah membaca karya yang di tetapkan dan pelajar mampu melakukan kerja analisis karya tersebut.Sikap dan aras membaca seharusnya lebih luas.Pelajar bukan sekadarberkeupayaan memahami isi cerita tetapi lebih jauh daripada itu berkemampuan membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut atau karya sastera tersebut sebagai hasil secara keseluruhan.

5.Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis
Pada ujian sintesis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan,menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera,kemampuan menyelesaikan tugasan berbentuk sintesis ini antara lain pelajar berkeupayaan mengkategorikan sesuatu cerita atau keadaan yang sejenis, contohnya puisi, cerpen atau novrl yang mempunyai persamaan unsur tertentu seperti gaya, tema plot dan lattar. Pelajar juga berkeupayaan menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa buah karya sastera. Tugas kemampuan sintesis antara lain kemampuan mengkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis. Contohnya puisi, cerpen atau novel yang mempunyai persamaan unsur seperti gaya bahasa, tema, plot dan latar. Antara tema, perwatakan dan latar, antara gaya dengan plot, tema utama dengan anak tema, antara tema utama dan diksi dalam sebuah puisi atau beberapa buah puisi.

6.Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian
Aras penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam kayu ukuran aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan rinya,ahubungannya dalam tema dan makna keluruhan sesuatu karya sastera. Kebolehan murid-murid menilai dan mempanbingkan berbegai-bagai aspek dalam karya-karya sastera.Data dan bukti yanng di peroleh melalui kerja analisis itu selalunya dijadikan sebagai panduan dasar membuat penilaian. Penilaian terhadap keupayaan berfikir aras penilaian memang lebih ditekankan pada proses berfikir dan bukan hasil penilaiannya itu sendiri.Aras penilaian ini bukan sahaja mengarah pada penilaian secara perincian terhadap hasil karya sahaja tetapi mungkin berkeupayaan menelah dan mengelompokkan ke dalam sesuatu angkatan penulisan baru menggantikan angkatan penulis lama.Gagasan ini memerlukan bukti dan alasan berserta contoh yang kuat, jitu dan padu. Butiran-butiran soalan atau permasaalahan pada aras penilaian yang hendak dikupas dan dibicarakan itu seperti contohnya:
•Bandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azza Khan daripada segi:
-Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat kedua-dua drama tersebut.
-Unsur-unsur kemanusiaan.kan pengentahuan.
Aras ujian ketegori Moody secara khusus dirangcangkan bagi meguju kesusasteraan dan ianya sama sekali berbiza dengan pendekatan taksonpmi Boom. Pendekatan taksonomi Boom bpleh diguna bagi menguji semua mata pelajaran tetapi tidak halnya dengan ujian kesusasteraan Moody. Ujian Moody ini membezakannya ke dalam empat ketegori
1.Ujian kesusastaraan Aras Informasi.
Ujian kesusastaraan Aras Informasi dimaksudkan berfungsi menguji kemampuan pelajar trhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubungan dengan sastera. Perkara-perkara pokok ini boleh terdiri daripada hal-hal yang bersangkutan dengan maklumamaklumat berkenaan sesuatu karya dan lebih jauh daripada itu informasi lainyang bpleh membantu pelajar memudahkan pentafsiran sebuah karya sastera, beberapa jenis soalan seperti apakah yang terjadi,di manakah peristiwa itu berlaku,nama-nama waktu,latar tempat kejadian secara khusus dan sebagainya.Pelajar hanya memerlukan pengetahuan untuk membaca ke atas membuat rujukan kembali butiran idea atau maklumat yang dibacaranya diuji. Penilaian ujian bentuk ini adalah hal-hal pertanyaan seperti masalah genre, kekadian pokok, bilakah kejadian tersebut berlaku, di manakah kejadian tersebut berlaku,tokoh-tokoh yang terlibat, awal cerita, perkembangan dan akhir cerita dan sebagainya.
2. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep
Pada aras konsep adalah berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Masalah-masalah yang dimaksudkan antara lain memberitakan mengenai pertanyaan: Apa-apa unsur yang terkandung dalam karya fiksyen dan puisi, mengapakah pengarang membuat pilihan mendedahkan unsur-unsur seperti itu,apakah kesannya kepada pembaca, apakah hubungan antara sebab akibat unsur atau peristiwa-peristiwa itu, apakah konflik utama yang ditimpulkan dalam karya tersebut, faktor-faktor yanng mempungaruhi terjadinya konflik dan sebagainya. Ujian kesusasteraan aras konsep juga tidak begitu sulit untuk dibina dalam bentuk ujian objektif tetapi memerlukan ketelitian membuat pertimbangan keprakisan.
3.Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif
Pada aras perspektif lebih diberi penumpuan kepada mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Bagaimanakah pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah karya sastera ditentukan oleh keupayaannya memahami karya sastera yang berkaitan.Aras ujian peringkat perspektif ini memerlukan para pelajar berkeupayaan menghubungkan antara sesuatu yang ada dalam lingkungan karya sastera dengan sesuata yang berada di luar karya sastera tersebut. Pelajar berkemampuan membandingkan dan menilai antara dua periodisasi masa nilai-nilai masyarakat pada waktu yang berbeza. Oleh yang aras ini adalah ujian kemampuan kognitif yang paling tinggi sekali arasnya.
4.Ujian Kesusasteraan Aras Apreiasi atau penghayatan
Ujian kesusasteraan pada aras apresiasi selalunya berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik.Sering terdapat seolah-olah percanggahan dan perbizaan pendapat antara amalan bahasa mengikut rumus tatabahasa berbanding bahasa yang digunakan oleh ahli sastera. Dalam ujian aras apresiasi ini selalunya berhubungan dengan antara lain seperti mengapakah pengarang membuat keputusas memilih bentuk, kata ungkapan, kalimat dan gaya bagi karya itu secara kesuluruhan, jenis atau ragam bahasa apakah yang dipergunakan dalam karya itu, penyimpangan kebahasaan apa sahaja yang terdapat di dalamnya,apakah kesan atau efek penyimpangan kebahasaan itu, bagaimanakah cara mengaktualisasikan penuturan dalam karya itu dan jenis-jenis lain lagi.

Soalan 3.Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu.
KOMSAS Bahasa Malaysiia dirancang dengan penuh teliti dan praktikal bagi mencapai matlamat menguji tahap prestasi pelajar dalam aspek Komponen wajib Kesusasteraan dalam pengajaran Bahasa Malaysia.
Soalan-soalan yang dikemukakan mencukupi keseluruhan perincian sukatan pelajaran yang sistematik dan berkesan.Bahan pengujian ekstra turut dimuatkan untuk menjana minda dan memaksimumkan potensi pelajar, selain memberi latihan persediaan menghadapi peperiksaan yang mencukupi.

Penilaian
Selain melaksanakan pengajaran, guru juga perlu menjalankan penilaian dan pengujian. Dalam usaha menilai dan menguji pemahaman pelajar terhadap sesebuah karya, beberapa aspek penting perlu diberi perhatian. Menurut Azman Wan Chik (1981) sebarang ujian messtilah menguji:
1. Penikmatan
2. Penghayatan
3. Pengalaman

Soalan-soalan boleh dibentuk secara objektif (aneka pilihan) seperti soalan pemahaman dan tatabahasa ataupun secara subjektif seperti melengkapkan teks, membuat rumusan, dan menulis karangan.. Kedua-dua bentuk ini boleh dijalankan mengikut kesesuaian dan jenis ujian. Bagi peringkat menengah (Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia) terdapat kertas aneka pilihan dan secara subjektif dalam kertas Bahasa Melayu.

Bagi ujian biasa di dalam bilik darjah guru boleh menyediakan soalan ujian sendiri. Soalan sastera yang bersifat subjektif boleh dibina mengikut kebolehan pelajar. satu daripada caranya ialah menggunakan Taksonomi Bloom yang membahagikan objektif pendidikan kepada tiga bidang besar iaitu kognitif, afektif, dan psikomotor. Guru juga boleh menilai berdasarkan sudut yang difikirkan wajar seperti ketepatan memberi pendapat, membuat analisis, dan sebagainya.

Sukatan Pelajaran
Huraian sukatan pelajaran yang memasukkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu telah dikeluarkan oleh pihak kementerian melalui Pusat Perkembangan Kurikulum . Huraian sukatan adalah tambahan (disebut Edisi Penyesuaian) bagi bahasa Melayu sekolah menengah.

Kemahiran-kemahiran dibahagikan kepada dua iaitu Kemahiran Bahasa dan Kemahiran Sastera. Namun begitu, tidak semua Kemahiran Bahasa mempunyai Kemahiran Sastera. Ianya bergantung kepada jenis kemahiran dan kesesuaiannya dengan unsur kesusasteraan ataupun berkaitan dengan teks yang dikaji.

Sebagai contoh, Kemahiran Berbahasa 2.3 ialah ”Membaca dan memahami makna kata, frasa dan peribahasa yang terdapat dalam pelbagai bentuk prosa.” Kemahiran ini memang terdapat dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu tingkatan satu sejak dahulu lagi tetapi ditambah Kemahiran Sastera 2.3.1 iaitu “Membaca dan memahami konsep diksi. a) Pengertian diksi b) Kepelbagaian diksi. Dalam Kemahiran Bahasa 2.4 iaitu “Membaca dan memahami makna kata dari segi pengimbuhan yang terdapat dalam bahan prosa” pula tidak mengandungi Kemahiran Sastera. Ianya dicatat “TIADA”.

Sukatan pelajaran yang membahagikan kepada dua kemahiran (bahasa dan sastera) itu bersesuaian untuk dilaksanakan dan menjadi panduan kepada para guru untuk mencapai objektif pengajaran.

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan membimbing
pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan
berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal-hal
persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, tak rasmi dan kreatif
melalui lisan dan penulisan (Rumi atau Jawi) selaras dengan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.

Matlamat pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk
membolehkan pelajar-pelajar:
1.Menghargai dan membanggakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta alat perpacluan rakyat sesuai
dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
2.Memahami sistem Bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan fungsinya,
dan menggunakannya dengan tepat dalam kehidupan seharian.
3.Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu
pengetahuan.
iv. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam perhubungan
harian.
V. Membaca pelbagai bahan sebagai satu amalan untuk menimba ilmu
pengetahuan dan mengisi masa lapang.

Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah akan terus memperkukuh dan
meningkatkan penguasaan berbahasa pelajar-pelajar. Objektif pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk
membolehkan pelajar-pelajar :
OM1 Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media
massa.
OM2 Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan
hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi.
OM3 Membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat
membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar.
OM4 Membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera, komponen
Kesusasteraan Melayu dan ilmiah.
OM5 Menghasilkan pelbagai jenis penulisan.

Objektif Penilaian Bahasa Melayu sekolah menengah untuk menilai PENGETAHUAN dan KEMAHIRAN pelajar dalam:
OP1 Memahami dan menilai pelbagai sumber bacaan dan pertururan melalui
bahan yang dibaca dan didengar.
OP2 Berlisan dengan menggunakan Bahasa Melayu bagi menyampaikan
fikiran, pendapat dah hujah-hujah.
OP3 Mentafsir, menilai dan merumus pelbagai bahan bacaan yang dibaca.
OP4 Memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera (Komponen
Kesusasteraan Melayu) yang dibaca.
OP5 Menulis pelbagai jenis penulisan.
OP6 Memahami sistem Bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan fungsinya.
Pengujian kertas 1103 Bahasa Melayu dengan memasukkan kompanen kesusasteraan melayu melai peperiksaan sijil pelajaran Malaysai.
Bahasa Melayu kertas1 (1103/1 )
Bentuk Kertas Soalan:
1.Menulis karangan berdasarkan satu daripada enam tajuk yang diberikan.
2.Soalan I hingga Soalan 5 sama seperti bentuk soalan sedia ada iaitu menulis
pelbagai jenis karangan yang dipelajari oleh pelajar-pelajar di tingkatan empat
dan lima.
3.Soalan 6 ialah soalan berunsur sastera.
4.Soalan berunsur sastera merupakan soalan yang berkaitan bidang sastera
secara umum dan tidak merujuk mana-mana teks Komponen
Kesusasteraan Melayu yang dikaji. Pelbagai pengetahuan dan kemahiran
asas sastera, isu-isu dan perkara-perkara umum yang berkaitan bidang ini
akan dikemukakan sebagai soalan.
5.Panjang karangan yang mesti ditulis tidak kurang daripada 350 patah
perkataan.
6.Markah penuh untuk kertas ini ialah 100 markah.
7.Masa untuk menjawab kertas soalan ini ialah 1 jam 30 minit.
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2)
Bentuk Kertas Soalan
1.Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2.Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
3.Kertas soalan ini merangkumi soalan merumuskan karangan, pengetahuan dan
kemahiran tatabahasa bahasa Melayu, pemahaman teks dan pengetahuan genre
novel.
4.Soalan-soalan Kornponen Kesusasteraan Melayu meliputi 20-30 peratus
daripada keseluruhan kertas soalan ini. Pertimbangan ini diberikan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulurn setelah merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Menengah ( Edisi Penyesuaian ).
5.Genre-genre Komponen Kesusasteraan Melayu dibekalkan kepada para pelajar.
6.Masa untuk menjawab kertas soalan ini ialah dua jam setengah.

Soalan 4.Bina lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda.
Lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera dalam bahasa Melayu SPM(Pengujian kertas Bahasa Melayu SPM 2001)
Soalan1 Prosa Moden (drama):
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan sendiri.
Pegawai:(Terdiam beberapa ketika ) Sudahlah. Jangan kita semua masih
berbalik pada yang larna, yang sudah lalu. Kita sekarang mesti
menghadapi kebenaran hari ini.
Orang Muda : Tuan jadi pegawai tinggi?
Pegawai : Bukan itu. Di zaman merdeka ini kita mesti mengikis habis segala
cara berfikir kita di zaman penjajahan dahulu.
Gadis: Ya, benar tuan pegawai, benar.
Orang Tua : Tuanlah yang jangan berfikir lagi seperti dulu. Kerana tuan
seorang pegawai tinggi janganlah tuan ingat ada segala
kekuatan, tuan ada kerajaan Inggeris berdiri di belakang tuan.
Tidak, tidak ada lagi. Hari ini tuan jadi pegawai dan berkuasa
kerana kami semua ada di belakang tuan.
Perempuan Tua: Jangan kerja tangkap kami saja, tuan.
Pegawai: Tidak, tidak. Aku tahu, aku tahu. Kerana itu hari kita mestilah
bekerjasama, bantu-membantu. Aku sebagai pegawai
kerajaan….
( Dipetik daripada Drama-drama Kala Dewata,
karya Kala Dewata,
Dewan Bahasa dan Pustaka )
1.Nyatakan saranan Pegawai kepada orang ramai dalarn petikan di atas.(3 markah)

2.Berdasarkan dialog kita mesti mengikis habis segala cara berfikir kita di zaman
penjajahan dahulu, apakah sikap yang perlu ada pada rakyat dalarn sebuah
negara yang merdeka?( 3 markah )

3.Berdasarkan petikan dialog drama di atas, jelaskan latar masa peristiwa itu
berlaku dan nyatakan tiga latar tempat yang terdapat dalam drama ini .
( 4 markah)]

Soalan2 Prosa Klasik:
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan sendiri.
Sebermula, anak kera itu pun kembalilah ia kepada bapanya. Setelah dilihat oleh
bapanya anaknya luka, maka kata bapanya, "Kenapa engkau luka itu?"
Maka berceritalah anak kera itu segala perihalnya itu kapada bapanya. Maka kata
bapanya, "Hai anakku, apakah kataku dahulu kepadamu? Sekarang janganlah lagi
engkau bersahabat dan bennain-main dengan anak saudagar itu."
Sungguhpun demikian kata bapanya, tiada jua didengar oleh anak kera itu, sedia
kala pergi juga ia bermain-main dengan anak saudagar itu. Adapun luka anak kera itu
sudahlah sembuh, tetapi luka anak saudagar itu belum juga sernbuh lagi, beberapa pun
diubati oleh tabib, tiada juga baik.
Maka kata tabib kepada saudagar itu, "Adapun luka anak tuan hamba ini, jika
beroleh hati anak kera itu, sembuhlah."
Setelah anak saudagar mendengar kata tabib demikian, maka katanya, "Meski
hamba mati sekalipun, bahawa sesungguhnya tiadalah hamba mahu membunuh anak
kera itu.
( Dipetik daripada Hikayat Bayan Budiman,
terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. )

1.Apakah nasihat bapa kera kepada anaknya? Jelaskan akibat kepada anak kera
kerana tidak mendengar nasihat bapanya.( 4 markah )

2.Pada pendapat anda, adakah wajar arahan tabib dalam petikan di atas?
Jelaskan.( 4 markah )

Soalan3 Puisi Moden (Sajak):
Baca sajak di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan sendiri.

MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN

Kelelahan kita semakin parah tenatnya
berserta kekejaman mengatasi kedamaian
titik pertemuan menjadi tentangan
tak siapa mau beralah
Saat ini siapa lagi sanggup bersemboyan
janjikan harapan semanis orang bercinta
setiap pembicaraan tanpa persatuan
kejujuran mati di hati
Hari ini tak payah parau bertanya
ketuaan dunia akan tenggelam juga
dalam kebodohan manusia
yang kian bermuka dua
Demikian kelak dewasanya anakku
kau bikinlah perhitungan sendiri
untuk menjengah neraka kecintaan manusia
mencucuri bahan api neraka
Tambah mengimbau sorotan kitab MUHAMMAD!
Tambah mengimbau sorotan kitab ESA!
Hanya kesejahteraan membunga api!

SALMI MANJA

1.Apakah pesanan penyajak kepada anaknya? ( 2 markah )

2.Pada pendapat anda, bagaimanakah persoalan yang diperkatakan oleh penyajak
dapat diatasi? ( 3 markah )

3.Huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak di atas. ( 4 markah )

Soalan4 Puisi Tradisional( Syair ):
Baca syair di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan berikutnya dengan
menggunakan perkataan sendiri.

DANDAN SETIA DAN INTAN TERPILIH

Dedaun Berahi nama desanya,
Mendam Perasat raja perkasa,
Rakyatnya banyak berketi laksa,
Bersuka-suka setiap masa.
Riuh-rendah nobat nafiri,
Semuanya konon berbunyi sendiri,
Hairan tercengang isi negeri,
Apakah ada demikian peri.
Air pasang penuh rata,
Melambak sampai ke kakinya kota,
Bunyi-bunyian gegak gempita,
Segala bunga kembanglah rata.
Berbunyilah genta di Gunung Dendam,
Di tempat padang berbunyi meriam,
Bahananya gunung sangat menderarn,
Isi negeri tercenganglab diam.
Adapun akan di dalam istana,
Permaisuri Lela Mengerna,
Di dalam kecoh terlalu kena,
la pun bersalin dengan sempurna.
Seorang laki-laki konon khabamya,
Terlalu sekali baik parasnya,
Gilang-gernilang nur wajahnya,
Tak sempat disambut oleh bidannya.
( Dipetik daripada Puisi Warisan,
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka )

1.Gambarkan keadaan desa Dedaun Berahi. ( 2 markah )

2.Pada pendapat anda, mengapakah kelahiran seseorang anak raja itu
digambarkan sedemikian?( 3 markah )
3.Nyatakan watak-watak yang dikisahkan dalam syair ini.
( 4 markah )


Soalan5 Baca puisi di bawah dan jawab soalan berikut.

Apa Dtakutkan Pada Malam
A. Ghafar Ibrahim
Kiranya takut pada malam
Terasa apa benar ditakutkan
Kerana ini bukan hakikat kehidupan
Kerana malam satu ciptaan Cuma
Esok bila meninjau mentari
Cahayanya tentu menghalau malam
Akan tersenyum anak di daerahnya.
Seperti kita malam ialah perantau
Tidak abadi. Cita di dada kekal dipinta
Terus menyala. Tentu terang di muka
Akan terbentang siang di jiwa garang.
Sudah bertimbun sejarah mengisi bulu dunia
Adakala manusia jatuh mereka belajar darinya
Dan tika bangun selamat mengingat bekas jatuh
Akan terpelihara dan singgah di pelabuhan
Demi pelabuhan. Sedar memercup sentiasa
Bakal sampai tujuan semula
Kita biasa tegak di pencapaian cita.
Jadi, apa ditakutkan pada malam
Kerana esok tetap siang
Selagi dada membara

1.Nyatakan harapan penyajak.(6 markah)

2.Huraikan mesej yang terdapat dalam sajak ini.(6 markah)

3.Nyatakan fungsi sajak dalam masyarakat.(8 markah)

Soalan5 Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini.
Dua Cadangan untuk memperbaiki pengajaran sastera dalam bahasa Melayu guru dan peelajar.
1.Untuk guru memang boleh dilaksanakan dengan jayanya jika mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Berbagai faktor yang mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalannya seperti faktor kepakaran guru, kesediaan guru, pentadbiran, alatan, masa, teknik, latar pelajar, minat, dorongan, suasana fizikal, dan lain-lain. Apa yang penting sekarang adalah melaksanakannya mengikut kemampuan dan kreativiti yang terdaya.

Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan sejarah (historis), pendekatan sosiologi (kemasyarakatan), pendekatan antropologi, psikologi, biografi, formal/struktural, dan moral. Selain itu dalam pengajaran dan pembelajaran pula, pendekatan deduktif, pendekatan induktif, dan pendekatan berfikir boleh digunakan.

Empat kaedah pengajaran kesusasteraan yang diterima pakai oleh kebanyakan guru dan juga disaranakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Keadah-kaedah tersebut ialah kaedah global, struktural, berfokus, dan mengalami serta menghayati.

Kaedah global merupakan kaedah pengajaran kesusasteraan yang konvensional. Kaedah ini memerlukan guru mengajar kesusasteraan secara keseluruhan teks. Pelajar seharusnya membaca dan mengetahui terlebih dahulu struktur karya.

Kaedah struktural memerlukan pengajaran mengikut srutktur karya dari sudut tema, plot, watak, latar, bahasa, dan sebagainya. Kaedah ini amat perlu untuk memperkenalkan pelajar tentang aspek-apek struktur karya yang dikaji.

Kaedah berfokus pula diperkenalkan oleh PPK iaitu guru boleh memilih fokus pengajaran yang utama atau sampingan. Ini dapat membenarkan guru dan pelajar memberi perhatian terhadap aspek yang hendak diajarkan. Kaedah ini memudahkan pelajar memahami aspek yang harus diberi tumpuan.

Kaedah mengalami serta menghayati pula diharapkan dapat para pelajar menghayati karya beradasrkan pengalaman yang dialami dan juga mengaitkannya dengan pengalaman teman-teman atau orang lain berdasarkan karya yang dikaji. Kaedah ini memudahkan pemahaman sekaligus menjadikannya menarik.

Teknik pula ialah tindakan melaksanakan pendekatan dan kaedah yang telah difikir dan dirancang oleh guru. Ia adalah pelaksanaan sebenar di dalam bilik darjah. Teknik dapat direalisasikan di dalam kelas menjadi aktiviti. Beberapa teknik yang sesuai boleh digunakan oleh guru. Guru mestilah memikirkan teknik setelah membaca karya yang dikaji atau dibincangkan lalu memikirkan teknik mana yang mudah dijalankan selain menarik minat dan mengesankan.

Teknik merupakan perlaksanaan pengajaran dalam bilik darjah. Sama ada berjaya atau tidak teknik itu bergantung kepada praktikalnya juga kerjasama guru dengan pelajar serta faktor-faktor lain. Antara teknik yang popular dan sesuai dijalankan ialah teknik sketsa, teknik membaca teks, teknik bercerita, berlakon, mendengar rakaman, bersoal-jawab, perbincangan, ceramah, penerangan, tugasan, seminar, perbengkelan, dan group-programme.

Dalam teknik sketsa sebagai contoh, kaedah yang digunakan ialah keadah berfokus untuk mendalami tema dan watak utama sesebuah novel. Pelajar diminta membaca novel tersebut terlebih dahulu. Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan lalu berbincang tentang tema dan watak utama novel tersebut. Kemudian mereka dikehendaki membuat lakaran atau sketsa apa sahaja bentuk lukisan yang difikirkan memberi maksud.

2.Para pelajar juga seharusnya bersedia untuk mendalami teks dan bahan yang dimestikan. Perbincangan, pendapat, komen, dan cetusan idea baru sangat perlu untuk menyemarakkan lagi bahasa dan sastera di dalam dan di luar kelas.

Untuk lebih mendalami teks ini, buku-buku rujukan tambahan boleh digunakan selain bantuan bahan bacaan yang lain seperti majalah dan akhbar. Antaranya ialah majalah Dewan Siswa, Fokus, Dewan Sastera, dan Pelita Bahasa. Akhbar harian dan mingguan juga banyak membuat ulasan dan panduan tentang teks-teks yang dikaji seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia.

Selain itu adalah baik jika guru-guru yang mengajar bahasa Melayu diberi kursus dan pendedahan yang menyeluruh dan berterusan untuk mengajar komsas dalam bahasa Melayu ini. Bagitu juga pelajar akan berjaya dalam pengajian mereka. Insya Allah

Bibliografi
Abdul Jalil Othman, 1999. “Senario dan Hala Tuju Pendidikan Kesusasteraan Kebangsaan” dlm. Dewan Sastera, Jun, hlm. 72-75.
Azman Wan Chik, 1981. Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
A.Aziz Deraman, 2000. “Kesusasteraan Kebangsaan dalam Sistem Pendidikan: Membentuk Masyarakat Madani di Malaysia” dlm. Dewan Sastera, Februari, hlm. 13-17.
Borhan Md. Zain, 1999. “Penilaian Pendidikan Kesusasteraan Melayu” dlm. Dewan Sastera, Jun, hlm. 76-78.
Borhan Md. Zain, 2000. “Kesusasteraan Melayu Sebagai Komponen Bahasa Melayu: Menangani Kekeliruan dan Teknik Pengajaran” dlm. Dewan Sastera, Februari , hlm. 18-21.
Dharmawijaya, 1998. Dunia Puisi dalam Penelitian dan Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, 1988. Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, 1998. Kaedah Mengajar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Edisi Penyesuaian) , Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Misran Rokimin, 1999. “Era Globalisasi: Masih Pentingkah Pendidikan Kesusasteraan?” dlm. Dewan Sastera, Jun , hlm. 64-71.
Misran Rokimin, 2000. “Generasi Alaf Baru: Pendidikan Sastera Disajikan” dlm. Dewan Sastera, Februari, hlm. 8-12.
Sharifah Maimunah Syed Zain, 2000 “Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera”, wawancara Rozninah Abd. Azib dlm. Dewan Sastera, Februari, hlm. 22-23.

zuraliza berkata...

Zuraliza Binti Zakaria
SMK Tunku Ismail, Sungai Petani Kedah
0124341415
Jawapan soalan 1:
Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu


Pengajaran sastera merupakan komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran sukatan bahasa Melayu di sekolah. Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi. Karya sastera yang dihasilkan dapat mengembangkan bahasa seseorang kerana karya sastera biasanya menggunakan bahasa yang halus indah dan tinggi.

Guru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunkan dalam pengajaran bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran, pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yang akan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusaha mencari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku cerita rakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya.

Bahan sastera seharusnya menjadi sebahagian daripada bahan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Pendedahan awal seharusnya bermula dari murid-murid itu berada di peringkat rendah bawah lagi. Dalam peringkat sekolah rendah, pengajaran bahan sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berbeza daripada pengajaran Kesusasteraan Melayu yang diajarkan secara khusus. Penggunaan bahan sastera di dalam mata pelajaran bahasa Melayu hanya menjadikan bahan sastera itu sebagai komponen yang dijadikan bahan utama bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu murid-murid.

Jenis-jenis bahan sastera tempatan

i) Pantun
Dalam bahasa Melayu pantun terbahagi kepada enam jenis bentuk iaitu; pantun dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, sepuluh kerat, dan dua belas kerat.

ii. Syair
Syair ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terbina daripada empat baris klausa atau ayat yang diakhiri dengan rima ‘aaa”. Setiap barisnya pula terdiri daripada empat atau lima perkataan atau andaikata jumlah suku katanya diambil kira, kita dapati bahawa setiap baris terdiri daripada lapan hingga dua belas suku kata. serangkap syair dipetik daripada “syair Badrul Zaman”

iii) Sajak
Sejenis puisi Melayu moden yang bebas sifatnya dan tidak terikat pada sesuatu pola tertentu serta digubah dengan bahasa yang indah bagi menyatakan perasaan, fikiran, pengalaman, dan sikap terhadaphal sekeliling.
Contoh sajak oleh Sasterawan Negara, Usman Awang “ Guru oh Guru

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja memjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis dan baca…

iv) Prosa
Dua prosa Melayu iaitu moden dan tradisional:

Prosa Melayu moden ialah karangan bebas, iaitu hasil karya masyarakat Melayu moden yang yang tidak terikat oleh irama atau puisi.

Prosa Melayu moden terbahagi kepada tiga iaitu cerpen, novel, dan drama.

Prosa Melayu tradisional ialah karangan bebas., iaitu hasil karya masyarakat Melayu tradisional yang tidak terikat oleh irama atau puisi.
Prosa yang dihasilkan adalah dalam dua bentuk iaitu berbentuk cerita (naratif) dan bukan cerita (bukan naratif)

Prosa Melayu tradisional berbentuk cerita terbahagi kepada:
Lisan (cerita rakyat, lagenda, dan mitos)
Tulisan (kesusteraan agama, kesusateraan epik, kesusateraan hikayat, kesusateraan panji dan kesusateraan sejarah.

v) Cerpen
cerita pendek yang merupakan kisah rekaan yang ringkas yang panjangnya antara 500 hingga 12,000 patah perkataan.
Cerpen ialah akronim bagi dua perkataan iaitu perkataan cerita dan perkataan pendek.

vi) Novel

Kisah atau cerita yang dihasilkan dalam bentuk prosa yang panjangnya melebihi 12,000 patah kata. Novel ialah kisah yamg dijalin dalam satu pola secara terperinci yang benar-benar berlaku atau kisah yang imaginatif ataupun cerita rekaan yang dihasilkan dalam bentuk prosa.



Soalan dua: sepuluh perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.

Proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) adalah aktiviti yang berterusan dan ujian bertujuan untuk mendapatkan kembali maklumat, memastikan objektif guru tercapai, menggredkan pelajar, untuk memotivasikan pelajar dan tujuan penempatan tahap pelajar mengikut pencapaian. Ciri-ciri ujian seperti kesahan ujian, kebolehpercayaan atau kestabilan ujiandan keobjektifan atau ketepatan ujian. Jenis-jenis ujian:
- Ujian Penempatan – menguji ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
- Ujian Formatif – ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa.
- Ujian Sumatif – ujian untuk penggredan dan pensijilan, contoh kertas PMR dan SPM.
- Ujian Diagnostik – ujian untuk mencari punca kelemahan pelajar.


ARAS-ARAS UJIAN SASTERA

Ujian kesusteraan melibatkan tingkat-tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai enam aras utama iaitu bermula dengan tingkat ingatan sehingga menjurus kepada tingkat penilaian. Merencanakan ujian kesusasteraan di peringkat awalan yang melibatkan teori dan sejarah, mudah dilakukan dan inilah yang selalu dilakukan oleh kebanyakan guru yang mengajar kesusasteraan ke aras yang lebih tinggi yang lebih menyerlahkan kemampuan pelajar untuk mengapresiasi sastera tetapi ujian-ujian hingga ke aras ini selalunya kurang mendapat tempat di kalangan pendidik sastera.

Terdapat enam tahap dalam mengukur aras ujian bagi Taksonomi Bloom iaitu aras-aras ujian tersebut adalah ujian kesusasteraan Aras Ingatan, ujian kesusasteraan Aras Pemahaman, ujian kesusasteraan Aras Aplikasi, ujian kesusasteraan Aras Analisis, ujian kesusasteraan Aras Sintesis, dan ujian kesusasteraan Aras Penilaian. Sementara bagi ujian kategori Moody pula terdapat empat ujian iaitu, ujian kesusasteraan Aras Informasi, ujian kesusasteraan Aras Konsep, ujian kesusasteraan Aras Perspektif, ujian kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan,

Enam tahap mengukur aras ujian Taksonomi Bloom


1) Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan
Ujian kesusasteraan pada aras ingatan ini hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan untuk mengungkapkan kembali daya atau kebolehan dalam mengingati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya.
Ujiannya begitu mudah, iaitu hanya menghendaki pelajar menamakan, memberi definisi, nama pengarang, jenis-jenis buku yang dihasilkan dan sebagainya.
Tugas pelajar hanya meluahkan kemnbali apa yang dibaca. Contoh ujian aras ingatan ini adalah seperti berikut:


- Apakah yang diertikan dengan perkataan “cemara”
- Sebutkan Pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat di Malaysia
- Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden? Jawapannya adalah Abdullah Munsyi
- Sebutkan dua antologi sajak yang ditulis oleh Usman Awang.

Sekiranya menggunakan soalan-soalan seperti ini, maka jawapannya masih pada aras pengujian di peringkat ingatan sahaja.

2) Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman

Ujian pada tahap ini memerlukan pelajar berkeupayaan untuk memahami, membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca seperti ujian bagi aras ingatan, tetapi para pelajar mesti berupaya untuk menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajari. Mereka perlu pandai dalam meringkaskan fakta dan membuat rangka-rangka bagi mencari isi-isi utama.
Antara contoh ujian dalam kelompok ini adalah seperti berikut:

- Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Zam-Zam Ismail dalam sajaknya air papan.
- Buat satu sinopsis cerpen yang berjudul Tebusnya Lima Ratus Ringgit karya Azizi Haji Abdullah.

Bentuk ujian aras kefahaman seperti di atas juda dapat digunakan melalui bentuk ujian aneka pilihan. Tugasan yang diberikan kepada pelajar agar memgemukakan contoh yang diperlukan, memerlukan pelajar melakukan aktiviti yang lebih kompleks termasuk aras-aras kognitif yang lebih tinggi. Contoh soalan seperti berikut:
- Buatkan tiga jenis contoh pengucapan yang mempunyai unsure metafora atau simili (perbandingan).


3) Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi

Ujian ini menilai kebolehan pelajar untuk mempraktikkan ilmu pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang didapati itu ke dalam suatu situasi baru. Adanya maklumat berkenaan ciri-ciri pantun untuk mencipta pantun dan prosedur kritikan bagi menilai sesebuah karya.
Melalui cara ini, pelajar dapat menerapkan pengetahuan teorinya ke dalam kegiatan secara praktis dan konkrit. Hal ini bermaksud, pelajar tersebut berkeupayaan melakukan segala yang berhubungan dengan sastera secara nyata. Ujian pada rasa ini meletakkan pelajar agar mampu untuk mengubah, memodifikasi, memodifikasi, mendemonstrasikan apa yang dilihat. Pelajar mampu untuk mengubah karya berbentuk puisi kepada prosa tanpa menjejaskan isi kandungannya. Aras ujian seperti ini memberi kebebasan kepada pelajar mengemukakan jawapan. Soalan ujian berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran juga boleh disoal kepada pelajar

4) Ujian Kesusteraan Aras Analisis

Berfungsi untuk mengukur kebolehan pelajar mengesan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Kebolehan pelajar melihat perkaitan dan hubungan antara unsur- unsur yang dapat dikesan dan kebolehan menggunakan organisasi, susunan sistematik binaan, kesatuan yang membangunkan sesebuah karya sastera. Seseorang pelajar itu perlu membaca karya dan teks yang diberikan terlebih dahulu dan benar-benar faham isi kandungannya sebelum ujian diberikan.
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif juga perlu ada di samping daya usaha yang bersungguh-sungguh semasa menganalisis karya yang diberikan dengan terperinci. Ketika merencanakan hujahan tersebut, patut disertai dengan bukti-bukti dan alasan yang padu berdasarkan karya tersebut.

5) Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis

Mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera. Kemampuan menyelesaikan tugasan berbentuk sintesis ini antara lain adalah pelajar mempunyai keupayaan untuk mengkategorikan sesuatu cirri atau keadaan.
Contoh bahan adalah novel, cerpen, puisi, yang mempunyai perkaitan dengan unsure seperti gaya, tema plot dan latar belakang.
Hal ini menjadikan pelajar dapat menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa hal baik dalam sesebuah karya sastera ataupun tidak.
Ujian berbentuk esei amat sesauai dan tepat kerana ia lebih menjelaskan proses berfikir pelajar yang sebenarnya.

6) Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian

Ujian aras penilaian merupakan aras bagi peringkat yang tertinggi dalam mengukur aspek kognitif. Isi kandungan ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti yang tertulis, ketepatan dalam pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Ia juga mengukur kebolehan murid-murid dalam menilai dan membandingkan berbagai-bagai aspek dalam karya sastera.
Keupayaan berfikir secara evaluatif juga ditujukan kepada kemampuan menunjukkan sesuatu yang baru dalam sesebuah atau beberapa karya melalui kerja analisis dan perbandingan.
Oleh itu, semasa melakukan tugasan perbandinagn tentunya melibatkan persamaan, kekuatan, kelemahan, atau perbezaan.

Sementara bagi kategori Moody pula, terdapat empat ujian kesusasteraan iaitu, ujian kesusasteraan aras informasi, ujian kesusasteraan aras konsep,
ujian kesusasteraan aras perspektif, dan ujian kesusasteraan aras apresiasi/penghayatan.

Ujian Kesusasteraan Kategori Moody secara khususnya direncanakan bagi menguji kesusasteraan dan sama sekali berbeza dengan pendekatan yang digunakan dalam Taksonomi Bloom. Pendekatan Taksonomi Bloom boleh diguna bagi menguji semua mata pelajaran tetapi tidak halnya dengan ujian kesusasteraan Moody.
Secara khusus bagi tujuan pengukuran hasil pengajaran pembelajaran kesusasteraan pendekatan ujian Moody ini membezakannya ke dalam empat kategori yang diatur daripada aras sederhana sehingga aras yang semakin kompleks.

Perbezaan yang nyata tentang Ujian Moody ini adalah menyingkap masuk secara langsung dengan berorientasikan kepada sesuatu karya secara konkrit.


1) Ujian Kesusasteraan Aras Informasi

Berfungsi untuk menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera. Perkara asas ini boleh terdiri daripada hal-hal yang berkaitan dengan maklumat-maklumat berkenaan sesuatu karya yang mana dapat membantu pelajar dalam memudahkan proses penafsiran sesebuah karya sastera.
Soalan-soalan selalunyan ditanya seperti apakah yang terjadi, di manakah peristiwa itu berlaku, dan sebagainya.
Item-item soalan yang akan dirancang dan diajukan kepada pelajar amat mudah disediakan kerana ia selalunya merujuk kembali kepada karya sastera.
Jenis soalan ujian informasi ini ada persamaan dengan ujian kognitif aras ingatan pada Taksonomi Bloom. Walau bagaimanapun, pendekatan ujian Moody ini lebih maju sedikit berbanding ujain Taksonomi Bloom.

2) Ujian Kesusasteraan Aras Konsep

Ujian ini berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu di organisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya adalah hal penting yang dipersoalkan dalam ujian aras ini.
Antara masalah yang di maksudkan antaranya mengenai pertanyaan seperti: apa-apa unsure yang terkandung dalam karya fiksyen dan puisi, mengapakah pengarang membuat pilihan mendedahkan unsur-unsur seperti itu dan sebagainya.

Pelajar perlu mempunyai pengetahuan asas teori, pelajar juga terlebih dahulu harus membaca karya sastera yang hendak dikajinya itu secara kritikal. Hal ini adalah supaya pelajar dapat mengerjakan butiran soalan ujian aras konsep.




3) Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif

Ujian jenis ini lebih diberi penumpuan untuk mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Walau bagaimanapun ianya ditentukan oleh pelajar itu sendiri setakat mana dia faham tentang isi kandungan sesebuah karya yang dibacanya.
Aras ujian peringkat perspektif ini memerlukan pelajar berkeupayaan menghubungjalinkan antara sesuatu yang ada dalam lingkungan karya sastera dengan sesuatu yang berada di luar karya sastera tersebut.
Kebiasaannya, dalam mengadakan ujian perspektif ini bentuk ujian esei memang lebih tepat bagi mengungkap kemampuan pelajar dan ujian bentuk objektif tidak mungkin dilakukan kerana ia memerlukan penelitian dan pembinaan soalan yang tidak mudah disusun atau kurang menetapi kehendak jawapan.


4) Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi /Penghayatan

Ujian pada aras ini selalunya berkisar pada permasalahan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Masalah penggunaan bahasa ini berlaku di dalam kumpulan dalaman dan luaran. Sebagai mana yang diketahui, bahan sastera sebagai salah satu fenomena linguistik menunjukkan susun bahasa yang berbeza jika di bandingkan dengan penggunaan linguistik secara umum.
Sastera mempunyai larasnya yang tersendiri. Usaha mengenali dan memahami bahan sastera melalui ciri-cirinya, kemudian membandingkan keberkesanan denagn peraturan bahasa secara umum bagi mengungkap hal terutama yang dipermasalahkan dalam ujian aras apresiasi.


SOALAN 3: ISU-ISU PENGUJIAN DAN PENILAIAN YANG TERLIBAT DALAM PENGAJARAN SASTERA BAHASA MELAYU

PENGUJIAN KERTAS BAHASA MELAYU SPM 2001
(KOMPONEN KESUSASTERAAN MELAYU)

1) Matlamat Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan membimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan, hal-hal persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, tak rasmi dan kreatif melalui lisan dan penulisan (Rumi atau Jawi) selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar:
i. Menghargai dan membanggakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara serta alat perpacluan rakyat sesuai dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.
ii. Memahami sistem Bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan fungsinya, dan menggunakannya dengan tepat dalam kehidupan seharian.
iii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam bidang ilmu pengetahuan.
iv. Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan dalam perhubungan harian.
V. Membaca pelbagai bahan sebagai satu amalan untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengisi masa lapang.

2) Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah akan terus memperkukuh dan meningkatkan penguasaan berbahasa pelajar-pelajar. Objektif pengajaran dan pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar :
- Mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam siaran am dan media
massa.
- Bertutur dengan fasih dan lancar serta memberikan pendapat dan
hujah-hujah yang kritis dan analitis dalam pelbagai situasi;
- Membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat
membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar;
- Membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera, komponen
Kesusasteraan Melayu dan ilmiah;
- Menghasilkan pelbagai jenis penulisan.

3) Objektif Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Objektif Penilaian Bahasa Melayu sekolah menengah untuk menilai
Pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam:
- Memahami dan menilai pelbagai sumber bacaan dan pertururan melalui bahan yang dibaca dan didengar.
- Berlisan dengan menggunakan Bahasa Melayu bagi menyampaikan fikiran, pendapat dah hujah-hujah.
- Mentafsir, menilai dan merumus pelbagai bahan bacaan yang dibaca.
- Memahami dan menghayati pelbagai bahan sastera (Komponen Kesusasteraan Melayu) yang dibaca.
-Menulis pelbagai jenis penulisan.
- Memahami sistem Bahasa Melayu dari segi bentuk, makna dan fungsinya.

4) PENGUJIAN KERTAS 1103 BAHASA MELAYU DENGAN MEMASUKKAN KOMPONEN KESUSASTERAAN MELAYU MULAI
PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2001
BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)
Bentuk Kertas Soalan:
1. Menulis karangan berdasarkan satu daripada enam tajuk yang diberikan.
2. Soalan I hingga Soalan 5 sama seperti bentuk soalan sedia ada iaitu menulis
pelbagai jenis karangan yang dipelajari oleh pelajar-pelajar di tingkatan empat
dan lima.
3. Soalan 6 ialah soalan berunsur sastera.
4. Soalan berunsur sastera merupakan soalan yang berkaitan bidang sastera
secara umum dan tidak merujuk mana-mana teks Komponen
Kesusasteraan Melayu yang dikaji. Pelbagai pengetahuan dan kemahiran
asas sastera, isu-isu dan perkara-perkara umum yang berkaitan bidang ini
akan dikemukakan sebagai soalan.
5. Panjang karangan yang mesti ditulis tidak kurang daripada 350 patah
perkataan.
6. Markah penuh untuk kertas ini ialah 100 markah.
7. Masa untuk menjawab kertas soalan ini ialah 1 jam 30 minit.
Contoh soalan karangan sedia ada:
1. Anda telah menyaksikan satu pameran kereta yang diadakan di sebuah pusat
membeli belah di bandar tempat tinggal anda. Ceritakan pengalaman anda itu.
2. Sebuah syarikat telah memulakan kerja-kerja pembinaan kilang tidak jauh dari
tempat tinggal anda. Anda dan penduduk kampung berasa bimbang tentang
kesan buruk ekoran daripada pembinaan kilang tersebut. Tulis sepucuk surat
kepada pihak berkuasa tempatan untuk menyuarakan kebimbangan anda dan
penduduk kampung terhadap perkara ini.
3. Anda akan menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh jabatan
pendidikan negeri. Tajuk syarahan tersebut ialah, "Sekolah Penyayang". Tulis
syarahan itu selengkapnya.
Contoh soalan karangan berunsur sastera:
1. Anda telah dihadiahi sebuah novel yang baru diterbitkan oleh rakan anda. Novel itu
dikarang oleh seorang penulis tempatan yang terkenal. Setelah anda membaca
novel tersebut, anda ingin membuat komen tentang kelebihan dan
keistimewaannya untuk dihantar ke ruangan sastera sebuah akhbar tempatan.
Tulis komen anda itu selengkapnya.
Pengujian kertas Bahasa Melayu SPM 2001
5
2. Golongan remaja hari ini lebih berminat membaca bahan bacaan ringan seperti
majalah hiburan dan kornik. Mereka tidak membaca novel dan karya sastera lain
yang lebih mencabar minda mereka. Sekiranya keadaan ini berterusan,
perkembangan sastera tanah air tidak akan sampai ke mana-mana. Berikan
pendapat anda.
3. Anda ingin menyertai Pertandingan Menulis Cerpen bagi pelajar tingkatan empat
dan lima. Pertandingan ini dianjurkan oleh jabatan pendidikan negeri. Tema yang
telah ditetapkan berkaitan dengan kejayaan. Tulis cerpen tersebut.

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (1103/2)
Bentuk Kertas Soalan

1 Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.
2. Calon dikehendaki menjawab semua soalan.
3. Kertas soalan ini merangkumi soalan merumuskan karangan, pengetahuan dan
kemahiran tatabahasa bahasa Melayu, pemahaman teks dan pengetahuan genre
novel.
4. Soalan-soalan Kornponen Kesusasteraan Melayu meliputi 20-30 peratus
daripada keseluruhan kertas soalan ini. Pertimbangan ini diberikan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulurn setelah merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Menengah ( Edisi Penyesuaian ).
5. Genre-genre Komponen Kesusasteraan Melayu dibekalkan kepada para pelajar.
6. Masa untuk menjawab kertas soalan ini ialah dua jam setengah.

Soalan 1 : Rumusan
Soalan ini menguji kebolehan dan keupayaan calon membaca pelbagai jenis bahan
dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar.
Dalam soalan ini calon akan mernbuat rumusan karangan berdasarkan petikan daripada
bahan bacaan umum dalam pelbagai bidang tidak termasuk bentuk penulisan kreatif.

SOALAN 4: BINA LIMA SOALAN BERKAITAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SASTERA DI SEKOALH ANDA.

Soalan 1 (b) Petikan Cerpen.

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Deliah yang sudah biasa dengan semak-samun di situ berlari dengan mudah di celah-celahnya. Beberapa peristiwa genting di
tengah-tengah bahaya bom dan peluru sebelumnya mengurangkan kegusarannya menghadapi keadaan genting sekarang. Anak itu
terdengar beberapa das tembakan dan jeritan kesakitan seorang lelaki. Tetapi baginya yang lebih utama ialah Rinda yang dilihat
sudahpun berlari di hadapannya. Dia menoleh ke belakang menjerit. “Tuk Juma….” Dan dia terbatuk-batuk. “Jangan susahkan
aku… aku selamat,” jeritnya kembali. “Wak pendek tertembak wak pendek,” tambahnya . “Lari … lari ke bot!”
Deliah merasa lega apabila mendapati Jumari Jipan yan sedang termegah berlari itu semakin menghampirinya. “Lari Nen, lari
cepat ke bot. Masuk!”
“Yang kejar itu tadi memang gila kucing. Lari Nen!” Deliah tahu bot itu sedang tertambat di tepi muara di celah-celah pokok.
Memang dia sendiri yang turut menyembunyikan bot itu dua hari lalu ketika sojar Jepun merampas semua bot dan basikal yang
ada di kawasan itu.

(Dipetik daripada cerpen Di Sisi Rinda, 1990 oleh A.Samad Said dalam antologi Kerusi DBP)

(i) Mengapakah Deliah tidak menghiraukan keadaan cemas yang sedang berlaku pada waktu itu? [3 markah]
(ii) Berikan beberapa cadangan agar kanak-kanak mangsa peperangan tidak merasakan kesan peperangan yang berpanjangan dalam kehidupan mereka? [3 markah)

(iii) Nyatakan dua nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan, dan dua nilai murni dalam keseluruhan cerita.? (4 markah)

Soalan 5: Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sastera pada masa ini.

Dua cadangan dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah adalah pertama, jika dahulunya pembelajaran sastera lebih menyeluruh di mana penggunaan bahasa sastera memberi peluang dan ruang yang lebih meluas yang bermula daripada pengalaman sendiri untuk meneroka luar hidupnya melalui hubungan masyarakat dan budayanya (Ismail Ahmad,2001) . Kini, sebagai guru kita perlu lebih memberi peluang kepada pelajar dalam menyatakan pendapat dan perasaan mereka.

Cadangan kedua adalah penggunaan bahan-nahan sastera dalam pengajaran bacaan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat membaca di kalangan jiwa pelajar. Sebagai contoh, penggunaan cerpen satu cerita rakyat yang akan dapat membantu pelajar.
Selain itu, pelajar mesti mengenali watk-watak, pemahaman isi cerita, dan meningkatkan perbendaharaan kata serta memupuk minat pelajar dalam bidang pembacaan. Penggunaan bahan sastera seperti pantun, sajak, cerpen atau cerita rakyat juga akan membantu pelajar bukan Melayu mengenali kebudayaan orang-orang Melayu.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kelebihan yang dapat diambil manfaat dalam
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru hendaklah
mengambil inisiatif dalam memilih bahan-bahan yang sesuai bagi menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menyeronokkan bagi semua
pelajar. Pemilihan bahan yang baik serta bersesuian akan menjadikan pelajar faham
dan minat terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh guru.
Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu, sastera merupakan bahasa yang dicirikan oleh keindahan kata-kata, sama ada melalui lisan atau tulisan. Manakala kesusasteraan pula ialah hasil seni yang diwujudkan dalam bentuk prosa bebas dan puisi.

Di Negara Brunei Darussalam, sesetengah guru sekolah rendah masih kurang mahir menggunakan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru juga didapati kurang inisiatif dalam menggunakan bahan sastera dalam pengajaran, bahkan ada yang beranggapan bahawa bahan sastera tidak sesuai diajarkan di sekolah rendah. Perkara ini terjadi mungkin juga kerana guru tersebut kurang berminat dalam karya-karya sastera.

Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001: 31), melalui pembacaan karya sastera sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang disampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Bahan sastera biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman, perbendaharaan kata, tatabahasa, lisan dan sebagainya. Kaedah dan teknik yang digunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pengajaran guru menggunakan bahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca, lisan, menulis serta mempelajari
peribahasa dan tatabahasa.

Objektif penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasaMelayu.

Menurut Rozaiman (2007: 10), walaupun bahan sastera (BAHTERA) digunakan sebagai bahan pengajaran, namun dari segi penggabungjalinan, objektif dan tujuan mengajarkan kesusasteraan Melayu itu boleh dijadikan dasar pengajaran dan pembelajaran BAHTERA.
Objektif-objektif khusus sukatan pelajaran kesusasteraann Melayu tersebut adalah seperti berikut:

1. memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera;
2. menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera;
3. menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta
mengahargai nilai keindahan bahasa dalam kesusasteraan;
4. mengekalkan, menyuburkan dan memperkembangkan minat terhadap kesusasteraan;
5. membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera yang sepadan dengan kemampuan pelajar.

Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Sujud (2001:32), pula menggariskan beberapa objektif tentang penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu seperti berikut:
1. Menggalakkan seseorang itu membaca kerana minatnya didorong oleh kebolehannya membaca, memahami dan berfikiran kritis terhadap yang dibaca. Oleh itu semakin banyak pembacaan semakin meningkat kebolehan menggunakan bahasa.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak kelebihan yang dapat diambil manfaat dalam penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Guru-guru hendaklah mengambil inisiatif dalam memilih bahan-bahan yang sesuai bagi menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menyeronokkan bagi semua. pelajar. Pemilihan bahan yang baik serta bersesuian akan menjadikan pelajar faham dan minat terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh guru.

hasuenah wohseng berkata...

HASUENAH bt.WOHSENG
0176289707
M20082000313

Jawapan untuk tugasan kuliah kelima pada 24 Januari 2009.

Soalan 1:
Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.

Komsas ialah akronim bagi perkataan-perkataan ‘komponen’ dan ‘kesusasteraan Melayu’. Komsas ialah komponen penting dalam subjek Bahasa Melayu. Bagi pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Tingkatan I hingga V pascatahun 2003 telah memperuntukkan dua waktu dalam seminggu. Berdasarkan kepada beberapa penyelidikan yang dijalankan mendapati bahawa umumnya guru Bahasa Melayu kurang memahami falsafah pengajaran dan pembelajaran komsas dalam subjek Bahasa Melayu. Sememangnya, komsas yang juga lebih dikenali sebagai s kecil adalah amat berbeza dengan S besar yang mewakili konsep kesusasteraan sebagai mata pelajaran atau yang mewakili konsep pendidikan Kesusasteraan Melayu sebenar, khususnya daripada segi matlamat, objektif pengajaran dan pembelajaran serta penilaian atau peperiksaan yang menggunakan kaedah dan metodologi yang tersendiri. Ada beberapa perkara yang mengelirukan mereka sehingga kajian yang dijalankan mendapati bahawa ada antara guru yang mengajar komsas dalam subjek Bahasa Melayu mengajarnya sama seperti mereka mengajar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu tulen. Malah, penyelidikan yang dijalankan mendapati mereka juga kurang yakin dan cekap dalam usaha mereka menjalankan tanggungjawab pengajaran komsas di sekolah.
Menurut Abdul Rasid Jamian dan Arba’ie Subjud (2001:31), melalui pembacaan karya sastra sebagai bahan pengajaran, murid-murid akan dapat menikmati serta menghayati kesusasteraan Melayu yang di sampaikan dalam struktur bahasa yang indah. Bahan sastra biasanya digunakan untuk mengajar kefahaman, berbendaharaan kata, tatabahasa,lisan dan sebagainya.Kaedah dan teknik yang digunakan terpulang kepada guru, untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran menarik minat murid-muridnya. Fokus pegajaran guru menggunakan bahan sastera ini ialah kepada objektif khusus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa seperti membaca, lisan,menulis serta mempelajari peribahasa dan tatabahasa.

Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidak di kaji secara terperinci sebagai mana di gunakan sekadar bahan rangsangan, iaitu semata-mata unkuk pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam KLSM, ada dijelaskan bahawa penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan mempelajaran Bahasa Melayu waima yang dipilih atau digunakan si peringkat pendidikan Bahasa Melayu sekolah menegah dari tingkatan satu hingga lima mempunyai dua objektif. Yang pertama adalah untuk menyediakan asas pelajaran kesusasteraan. Manakala yang kedua adalah untuk mengukuhkan penguasaan pelajar Bahasa Melayu pada kalagan pelajar (Kementerian Pelajar Malaysia,1987).

Dalam KBSM ditegaskan bahawa penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menitikberatkan keupayaan membaca, mendengar, memaham, menaakul dan menulis atau secara tidak langsung lebih menekankan aspek apresisasi, penghayatan dan penilaian bahan kesusasteraan. Manakala daripada sudut lain pula penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dikatakan berfungsi sebagai pengukuhan, pengayaan dan penguasaan bahasa.

Sebelum semakin kurikulum Bahasa Melayu yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 itu, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu diperuntukkan hanya sekali seminggu. Waktu sekali seminggu itu tidak cukup dan masa yang diperuntukkan kepada teks kesusasteraan Melayu itu sangat sedikit. Hal ini bukan sahaja menyebabkan penghayatan dan penilaiannya terbatas, malah menimbulkan beberapa masalahlain.


Dalam pengunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa melayu menurut Rozaiman (2007:10), walaupun bahan sastera (BAHTERA) digunakan sebagai bahan pengajaran, namun dari segi penggabungjalinan, objektif dan tujuan mengajarkan kesusasteraan Melayu itu boleh dijadikan dasar pengajaran dan mempelajaran BAHTERA.Objektif-objektif khusus Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu tersebut adalah seperti:

1- memberi kefahaman tentang nilai-nilai kemanusiaan,kemasyarakatan dan kebudayaan yang terdapat dalam karya sastera.
2- Menerapkan nilai-nilai moral yang dicerminkan melalui karya sastera.
3- Menganalisis bentuk dan memberi kefahaman isi kesusasteraan serta mengahargai nilai keindahan nahasa dalam kesusasteraan .
4- Membuat penilaian terhadap mutu sesuatu karya sastera yang sepadan dengan kemampuan pelajar.

Dalam prisip memilih bahan sastera dalam pegajaran bahasa melayu guru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunakan dalam pengajaranBahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objiktif pengajaran,pendekatan,kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yang akan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks,tetapi tidak seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusaha memcari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku cerita rakyat,koleksi-koleksi sajak,pantun,cerpen dan sebagainya. Seterusnya akan disenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan yang dianjurkan oleh ahli-ahli bahasa.

Soalan 2 : Perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.
Nota kuliah pada 24 Januari 2009 membincangkan beberapa topik. Antara topik penting yang dibincangkan adalah seperti berikut:

Aras-Aras Ujian Sastera
Ujian kesesasteraan melibatkan tingkat-tingkat ujian kongnitif yang selalunya mempunyai enam aras utama iaitu bermula dengan tingkat ingatan sehingga menjurus kepada tingkat penilaian. Merencanakan ujian kesusasteraan di prengkat awalan yang melibatkan teori dan sejarah mudah di lakukan dan inilah yang selalu dilakukan oleh kebanyakan guru yang mengajar kesusasteraan sama ada di pringkat sekolah atau maktap. Ujian kesusasteraan ke aras yang lebih tinggi lebih menyalahkan kemampuan pelajar mengapresiasi sastera tetapi ujian-ujian hingga ke aras ini selalunya kurang mendapat tempat di kalangan pendidik sastera.
Perbezaan-perbezaan yang didapati ketika mengadakan ujian aras-aras kongnitif ini hanyalah bersifat pilih benar. Perbizaannya kelihatan hanya pada tahap di mana kompleksiti kerja kongnitif yang diperlukan bagi aras-aras kongnitif yang lebih tinggi.


i-Ujian kesusasteraan Aras Ingatan
Ujian kesusasteraan pada aras ingatan ini hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingati hal-hal yang berhubungan dengan fakta,konsep,pengertian,definisi,deskripsi atau penamaan berkenaan sessuatu hal dan sebagainya. Ujiannya begitu mudah hanya menghendaki pelajar menamakan,memberi definisi,nama pegarang,buku-buku yang dihasilkan dan sebagainya.Tugasnya hanya meluahkan kembali butiran fakta yang di bacanya dengan secara langsung dan soalannya juga tidak disamar-samarkan. Contoh Ujian aras ingatan.
• Apakah yang diertikan dengan perkataan “cerama”?
• Sebutkan pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat dimalaysia.
• Siapakah yang dikenali Bapa kesusasteraan Melayu moden


ii-Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman
Ujian kesusasteraan pada aras pemahamam memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami,membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden.Pelajar juga berkemampuan dan berkeupayaan menyimbulkan beberapa cirri perbezaan antara syair dengan pantun umpamanya. Contoh soalan
• Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Latifah Hj Shebli dalam sajaknya Aku Menjadi Lebih Berani
• Buat ringkasan cerita cerpen yang berjudul Duka Tidak Memanjang karya Baharudin C.D.

iii-Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi
Ujian aras aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Dengan cara ini membolehkan para pelajar menerapkan pengetahuan teoritisnya ke dalam kegiatan praktis dan konkrit. Pada aras ini pelajar berkeupayaan mengubah, memodifikasi, mendemonstrasi, mengoperasi dan menerapkan sesuatu hal atau sesuatu kemampuan.Dan pelajar juga berkeupayaan memimikan gaya dan bentuk muka, menyenaraikan unsure-unsur gambaran naratif dan imagimatif ke dalam bentuk dan perlakuan yang agak nyata dan terang.Contoh soalan,
• Sudut pandangan apakah yang digunakan dalam cerita di atas,ungkapkan kembali cerita di atas dengan sudut pandangan yang berbeza,contohnya daripada gaya dia kepada aku atau sebaliknya.
• Ubahkan bentuk cerita yang dilampirkan menjadi sebuah dialog.


iv-Ujian Kesusasteraan Aras Analisis
Ujian aras analisis berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Sebelum diuji aras ini, pelajar harus benar-benar sudah membaca karya yang ditetapkan dan pelajar mampu melakukan kerja analisis terhadap karya tersebut. Sikap dan aras membaca seharusnya lebih luas. Pelajar bukan sekadar berkeupayaan memahami isi cerita tetapi lebih jauh daripada itu berkemampuan membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut atau karya sastera tersebut sebagai hasil secara keseluruhan. Keupayaan menyelesaikan tugasan analisis ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman karya tersebut.Analisis terhadap unsur bentuk dan isi berbeza dengan aras analisis membezakan,memilih dan membuat perincian lebih lanjur terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera.Contoh soalan,
• Bagaimanakah sifat-sifat watak utama dalam Novel Senjakala?
• Jelaskan dengan terperinci cara pengarang mengembangkan jalinan plot novel Senjakala?
• Jelaskan keberkesanan unsur-unsur bunyi dalam sajak yang berjudul Kasih Petani Buta Karya Kamala.

v-Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis
Ujian kesusasteraan pada aras sintesis megukur kebolehan pelajar menkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan,menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur antara karya sastera,kemampuan meyelesaikan tugasn berbentuk sintesis ini antara lain pelejar berkeupayaan menkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis.Tuas kemampuan sintesis ini antara lain berupa kemampuan menkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis.Pelajar dapat menunjukkan dan menjelaskanperkaitanantara beberapa hal baik dalam sesebuah karya sastera mahupun beberapabuah karya sastera sama ada ditulis oleh penulis yang sama atau ditulis oleh beberapa orang penulis yang berbeza.Contoh soalan
• Jelaskan benarkan kaitan antara latar,perwatakan dan tema dalam novel Senjakala bersifat padu dan wajar.
• Jelaskan persamaan antara watak Saaman dalam Keluarga Gerilya dan Busat dalam novel Sandera.
vi-Ujaran Kesesasteraan Aras Penilaian
Aras penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam kayu ukuran aspek konnitif.Item-Item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta darapada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis,ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubugannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Kobolah murid-murid menilai dan membandingkan berbagai-bagai aspek dalam karya-karya sastera.Pelajar juga berkeupayaan melakukan penilaian terhadap berbagai-bagai masalah kesusasteraan, sama ada karya sastera dengan unsur-unsurnya mahupun kehidupan dan sastera secara keseluruhan.Ketepatan dan kelancungan sesuatu penilaian itu bergantung pada kekuatan penghujahan yang mendasarnya,kekuatan hujahan ini pula bergantung pada bukti-bukti pada lagi itu.Keupayaan berfikir aras penilaian ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu perkara.Pendik kata unsur-unsur yang mendukung sesebuah karya sastera itu terus ditilitdengan serias bagi megensan kekuatan dan kelemahannya .Aras penilaian ini bukan sahaja mengarah pada penilaian secara perincian terhadap hasil karya sahaja tetapi mungkin berkeupayaan menelah dan mengelompokkan kedalam suatu angkatan penulis lama. Contoh soalan
• Watak Saaman dalam novrl Keluarja Gerilya bukan tokoh yang boleh dipertanggungjawab melaikan hanya watakbikinan Pramuday sahaja sahaja .Bersetujukananda dwngan pandagan ini.Beri penjelasan yang sepatutnya menguatkan hujah-hujah anda itu.
• Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dabandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya.

Ujian Kesusasteraan Kategori Moody
Aras kategori Moody memang secara khusus direncanakan bagi menguji kesusasteraan dan ianya sama sekali berbiza dengan pendekatan konsonomi Bloom. Pendekatan taksonomi Bloom boleh diguna bagi menguji semua mata pelajaran tetapi tidak halnya dengan ujaran kesusasteraan Moody.Walau bagaimanapun dalam hal ini usahlah dicari unit unsur-unsur yang membezakan antara kedua –dua jenis pendekatan ujian ini demi kebaikan mata pelajaran kesusateraan.Secara khusus bagi tujuan pengukuran dan pembelajaran kesusasteraan pendekatan ujianMoody ini membizakannya ke dalam empat kategori yang di atur daripada aras yang sederhana sehingga aras yang semakin kompleks.Aras yang di maksudkan ini seperti megukur kemampuan pada aras informasi, konsep,persktif dan apresiasi.Klau dibandingkan dengan pendekatan ujian taksonomi Bloom,ia membahagikan aras kognotif ini kepada enam aras.Perbezaan yang nyata pendekatan ujian Moody menyingkap masuk secara langsung dengan berorientasikan kepada sesuatu karya secara konkrit.

i-Ujian Kesusasteraan Aras Informasi
Ujian kesusasteraan aras Informasi–berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera.Item-item soalan yang dirancang dan diajukan kepada pelajar amat mudah disediakan kerana selalunya merujuk kembali kepada karya sastera yang dipelajari dan murid melakukan aktiviti hafalan bagi mengingati fakta-fakta penting dalam karya tersebut. Contoh soalan,
• Siapakah watakutama novel Basai semalam? Kemanakah watak utama pergi di akhir cerita novel tersebut dan untuk apakah beliau pergi ketempat baru tersebut?
• Di manakah peristiwa itu berlaku?
• Meninggalkan Tangung Putrid an melarikan diri kerumah ibu mentuanya.

ii-Ujian Kesusasteraan Aras Konsep
Ujian kesusastera pada aras konsep adalah berkaitan dengan persepsi bagaimana maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini.Supaya pelajar dapat mengerjakan butiran soalan ujian aras konsep,pelajar perlu mempunyai pengetahuan asas teori,pelajar juga harus terlebih dahulu membaca karya sastera yang hendak di kajinya itu secara tritikal,analisis dan bacaan matang,bukan bacaan sekadar mengetahui garis-garis utama cerita sahaja. Contoh soalan,
• Apakah konflik atau masalah utama yang terdapat dalam novel tersebut?
• Mengapakah Kinto begitu saying kepada Noor dan Dasima?
• Apakah hubungan di antara kinto dengan Noor?


iii-Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif
Ujian kesusasteraan pada aras perspiktif lebih diberi penumpuan kepada pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah karya sastera ditentukan oleh keupayaannya memahami karya sastera yang berkaitan.Pelajar berkemampuan membandingkan dan menilai antara dua periodisasi masa dan nilai-nilai masyarakat pada waktu yang berbiza.Item-item soalan ujian aras ini adalah ujian kemampuan kognitif yang paling tinggi arasnya. Contoh soalan,
• Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Senjakala?
• Adakah sesuatu yang bersifat tipikal dalam novel senjakala?
• Unsur apakah yang bersifat tipikal itu dan reality kehidupan yang manakah yang anda maksudkan itu.

iv-Ujian Kesesasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan
Ujian kesusasteraan pada aras ini berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Keperluan kognitif yang diperlukan untuk mengerjakan butiran-butiran ujian aras apresiasi juga memerlukan kemampuan kognitif aras tinggi. Pelajar harus berupaya mengenali, menganalisis, membandingkan, menggeneralisasi dan menilai bentuk-bentuk kebahasaan yang digunakan dalam sesebuah karya sastera yang dikaji dan dibahaskan.Item-item soalan yang di maksudkan untuk menggungkapkan aras aprisiasi ini sepertiContoh soalan,
• Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang jalan dan Azizi Hj Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu.?
• Apakah fungsi dan efek penggunaan kata-kata arkaik dalam sajak itu?
• Seandainya kata-kata arkis itu digantikan dengan kata-kata lain yang “baru” apakah ianya dikira tepat?

Soalan 3
Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu. (1000 perkataan)

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil ujian diperlukan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa faktor penting digunakan dalam usaha mengubah ujian pencapaian dan keupayaan sastera.Sebarang ujian haruslah menguji:
penikmatan
penghayatan
pengalaman.
Bentuk ujian tidak haruslah tertumpu kepada yang mudah dimarkah, dan objektif dari segi pemarkahan, tetapi yang boleh menguji daya kreatif pelajar juga sebagai hasil sampingan penikmatan dan penghayatan mereka terhadap sastera. Ia juga tidaklah seharusnya hanya merupakan ujian dan penilaian pencapaian, tetapi harus merupakan ujian dan penilaian keupayaan, jika kita ingin menanam minat membaca dan daya cita rasa positif terhadap sastera di kalangan pelajar sebarang ujian pencapaian atau keupayaan dalam bidang sastera wajar berlandaskan bukan sahaja kepada matlamat atau objektif mengikut kurikulum tetapi berlandaskan juga pada objektif tersirat dan objektif jangka panjang (berlanjutan) pembelajaran dan pengajaran sastera. Kefahaman pelajar tentang bahan sastera yang dipelajari boleh dimanfaatkan untuk pengukuhan serta juga untuk pemulihan. Ini bergantung kepada objektif ujian tersebut dijalankan oleh guru.
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa objektif pendidikan terbahagi kepada tiga bidang penting iaitu:

kognitif
afektif
psikomotor
Di bawah domain kognitif terdapat enam peringkat kemahiran yang perlu ditanamkan dalam diri pelajar iaitu:

pengetahuan
pemahaman
aplikasi
analisis
sintesis
penilaian

Di bawah domain afektif pula terdapat lima peringkat iaitu:
penerimaan
sambutan
penghargaan
penghargaan
pembentukan
penyebatian
Perkara-perkara ini penting diambil kira terutama ketika menyediakan atau membina soalan bagi menguji untuk melihat hasil daripada pengajaran guru serta pembelajaran pelajar. Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu juga tidak terkecuali dalam hal ini. Malah kesusasteraan Melayu dapat dijadikan prinsip dalam konsep pengujian dan penilaian sastera yang akan dilaksanakan itu..
Bentuk ujian tidak haruslah tertumpu kepada yang mudah dimarkah, dan objektif dari segi pemarkahan, tetapi yang boleh menguji daya kreatif pelajar juga sebagai hasil sampingan penikmatan dan penghayatan mereka terhadap sastera. Ujian sastera tidaklah seharusnya hanya merupakan ujian dan penilaian pencapaian, tetapi harus merupakan ujian dan penilaian keupayaan, jika kita ingin menanam minat membaca dan daya cita rasa positif terhadap sastera di kalagan pelajar
Kaedah penilaian
Penekankan dalam ujian informal ini adalah dari elemen formatifnya dan bukan sumatif. Penilaian formatif haruslah berterusan dalam jangkamasa yang ditentukan dan ia harus membolehkan murid melihat perkembagan dan pencapaian mereka.
Lasan
Sekiranya sesuatu pelajaran itu dirancang dengan baik berserta dengan kriteria penilaian yang dijelaskan kepada murid, maka respon murid secara lisan juga boleh dijadikan ujian yang sahih dalam melihat perkembangan murid. Antara penilaian formatif yang boleh dilakukan ialah melalui lisan seperti persembahan puisi, lakonan drama dalam babak yang tertentu dan analisis sajak. Tugasan individu pula harus memberi peluang bagi murid untuk memberi respon yang pelbagai berdasarkan teks seperti imaginasi dan kreativiti. Tumpuan pada aspek pemikiran yang analitikal dan kritikal juga harus digalakkan. Kemahiran untuk membina keyakinan murid dalam kemampuan mereka untuk menganalisa kandungan teks, bahasa dan stail penulisan adalah salah satu aspek yang penting dan harus diberi penekanan.
Tugasan Individu
Oleh kerana murid harus diberi peluang untuk melakukan pelbagai aktiviti, tugasan menulis secara individu adalah penting untuk melihat perkembangan murid. Namun bentuk tugasan yang diberi dalam bentuk tulisan ini tidak seharusnya ‘diciplak’ langsung dari kertas peperiksaan peringkat ‘O’. Murid harus diberi peluang untuk memberi respon mereka daripada pelbagai sudut seperti menggunakan daya imaginasi, kreativiti, analitikal mahupun kritikal mereka. Antara tugasan dalam bentuk penulisan yang boleh mereka lakukan ialah menulis laporan suratkhabar, menulis diari atau jurnal dan menulis komen tentang puisi.
Portfolio Murid
Portfolio adalah kerja murid yang telah dikumpulkan dalam jangka masa yang tertentu dan ia mempunyai bukti pencapaian murid dalam pelbagai bidang pembelajaran dan juga sebagai refleksi tentang apa yang telah mereka pelajari. Portfolio amat berfaedah dalam melihat ketekalan dan kesinambungan usaha kerja murid dalam jangka masa yang panjang. Murid juga dapat melihat kepentingan semua kerja yang diusahakan dan bukan beberapa kerja yang terpilih sahaja. Portfolio juga memberi peluang bagi murid, waris dan guru untuk memantau perkembangan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti lantas kebolehan murid yang lebih menyeluruh dapat dilihat. Dengan portfolio, murid juga dapat memainkan peranan yang aktif dalam pembelajaran dan penilaian mereka.
Objektif penilaian
Menunjukkan pengetahuan tentang teks sastera
Menunjuk pemahaman tentang teks.
Menghargai dan mengenalpasti gaya penulisan yang berkesan.
Memberi respon peribadi yang berasas terhadap bahan.
Memberi respon yang jelas dan koheren dengan menggunakan bukti-bukti tekstual yang relevan.
Objektif penilaian ini saling berkait dan tidak diuji secara sendiri

Soalan 4 bina lima soalan berkaitan pengajaran da membelajaran sastera di sekolah anda.

1- Nyatakan jenis tema pantun berikut?

(a) Tema……………………………………..

Anak rusa Nani,
Baru kembang ekor,
Apakah salah kami,
Lalu tidak tegur.

(b) Tema……………………………………
Pungut teritip di tiang batu,
Batu pecah dilanda karang,
Beginilah nasib dagang piatu,
Kain basah kering di pinggang.

(c) Tema……………………………………
Kelip-Kelip kusangka api,
Kalau api mana puntungnya,
Hilang ghaib disangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

(d) Tema……………………………………
Burung merbuk membuat sarang,
Anak enggang meniti di paya;
Tembaga buruk di mata orang,
Intan berkarang di hati saya.

2-Baca dengan teliti pantun kemudian huraikan bentuk pantun tersebut?
(a) Bentuk pantun…………………………
Buah jambu disangka kandis,
Kandis ada di dalam cawan,
Gula madu disangka manis,
Manis lagi senyuman tuan.
(b) Bentuk pantun……………………………..
Bagus rupanya bunga melur,
Putih rupanya bunga pinang,
Berukir bertangkai perak,
Permainan raja perempuan;
Cawan, cerek sudah teratur,
Pinggan, mangkuk sudah terhidang,
Penganan mulia sudah terletak,
Semalah duduk kita makan.
(d) Bentuk pantun………………………………
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu saying sekarang benci.

3-Baca dengan teliti syair kemudian nyatakan bentuk syair tersebut?
Anakku saying salahmu nyata,
Dalam pelajaran bertutur kata,
Duduk menulis kalam di lata,
Kembali kepada sekalian pendeta.

Kerana pelajaran teraturpangkatnya,
Jangan di campur yang bukan masanya,
Kerja demikian besar salahnya,
Faham tak lekat dalam keduanya.

Pendegaran pasti menjadi haru,
Yang di tulis pun tentu keliru,
Laksana menumbuk beralas nyiru,
Berasnya luluh antah menderu.

Ilmu lisan tatkala dusyarahkan,
Sekalian anggota wajib satukan,
Ke hati semuanya kamu kumpulkan,
Barulah pendengaran dapat difahamkan.

Semasa memdengar orang berkata,
Tangan menulis pula serta,
Telinga diasingkan daripada mata,
Mustahillah faham terangnya nyata.


Baca sajak di bawah ini dengan teliti kemudian jawab soalan 4 hingga 5 berikutnya
Ingin sekali aku
berdiri tegak di persadamu
mengenal setitik budi
menghirup secangkir kasih.
Ingin sekali aku
berdiri di anjung kasihmu
memetik sebuah keikhlasan
menghampar slautan harapan.

Ingin sekali aku
bersamamu menyanyi lagu mesra
bertepuk utuh pasakmu teguh
ini anak-anak merdeka
perlu kaumerdekakan jiwanya.

Ingin sekali aku
berada di tahta muliamu
mengisi kekosongan pada anak-anak bangsa
mendukung keagungan, melempar gusar
dari pada jiwa anak didikmu.

Ingin sekali aku
berkongsi kerinduanmu
tatkala mereka tidak bersamamu
bangga dengan mutiara
berjabat erat, bersapa mesra
ketika kau ketemu mereka di jalanan.

4-Nyatakan tema dan pemikiran sajak tersebut?

5- Huraikan bentuk sajak tersebut?

Soalan 5
Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah pada masa ini. (1000 perkataan)

Guru bahasa perlu bijak dalam memilih bahan sastera untuk digunkan dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Guru perlu mengambil kira tentang objektif pengajaran,
pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan serta latar belakang pelajar yang
akan diajar. Guru boleh saja memilih bahan daripada buku teks, tetapi tidak
seharusnya bersandarkan kepada buku teks semata-mata. Guru perlu berusaha
mencari atau memilih dari sumber-sumber lain yang bersesuaian seperti buku cerita
rakyat, koleksi-koleksi sajak, pantun, cerpen dan sebagainya. Seterusnya akan
disenaraikan beberapa prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh ahli-ahli
bahasa. Antaranya,
Menurut Asmah Hj Omar (1984), terdapat tiga aspek dalam pemilihan bahan berupa
petikan seperti berikut:
i. Pandangan guru Bahasa Melayu. ‘Apakah tujuan ia memilih sesuatu
petikan itu?’
ii. Kemampuan pelajar yang bergantung kepada umur, tingkat kesedaran,
pengalaman, pencapaian bahasa, jantina dan sebagainya.
iii. Linguistik dan pedagogi. ‘Adakah teks yang dipilih sesuai dengan laras
bahasa yang akan diajarkan?’
Selain itu, guru juga perlu menitikberatkan aspek lain seperti gaya bahasa yang baik,
mempunyai unsur-unsur moral, nilai-nilai murni yang boleh diterapkan kepada
pelajar, teknik penceritaan yang baik dan sebagainya. Pergerakan proses
pembelajaran iaitu, daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada perkara
yang diketahui kepada yang tidak diketahui juga menjadi sukat-sukat bagi prinsip
pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa.
Manakala menurut B.Rahmanto (dalam EL Moody, dalam Abdul Rasid Jamian dan
Arba’ie Sujud, 2001) selain prinsip-prinsip yang dikemukan, aspek psikologi juga
perlu diambil kira kerana ia berkait rapat dengan dengan minat dan sikap pelajar
dalam kesusasteraan. Peringkat tahap perkembangan psikologi kanak-kanak
terbahagi kepada empat peringkat iaitu tahap khayal (umur 8-9 tahun),tahap
romantik (umur 10-12 tahun), tahap realistik (umur 13-16 tahun) dan tahap
generalisasi (umur 16 tahun).
Pemilihan bahan yang bersandarkan kepada tahap psikologi pelajar akan
memudahkan pelajar memahami isi karya sastera yang guru sampaikan. Sebaliknya,
jika guru menggunakan bahan seperti yang di luar dari latar belakang dan budaya
pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi kurang berkesan atau
tidak berkesan sama sekali.
Dalam pada itu EL Moody seterusnya menyatakan, terdapat empat prinsip penting
dalam pemilihan bahan iaitu:
i. Bahan-bahan hendaklah disusun daripada yang senang kepada
yang sukar.
ii. Bermula daripada konkrit kepada yang abstrak.
iii. Adanya urutan kronologi.
iv. Disusun berdasarkan kepada strategi yang telah dirancangkan
Daripada saranan mengenai prinsip pemilihan bahan sastera yang dianjurkan oleh
ahli-ahli bahasa dan sastera, dapat dirumuskan bahawa prinsip-prinsip pemilihan
bahan tersebut haruslah dilakukan dengan teliti serta mempertimbangkan perkara
seperti latar belakang pelajar, bahan yang digunakan, objektif pengajaran dan
sebagainya. Pemilihan bahan yang kurang teliti akan menjadikan pengajaran dan
pembelajaran tidak akan membuahkan hasil yang membanggakan dan tidak
berkesan.
Pembelajaran sastera dalam peringkat ini bukan sahaja penting dalam perkembangan aspek komunikasi dan kemahiran berfikir tetapi harus juga meningkatkan kesedaran mereka dalam aspek kebudayaannya. Adalah penting untuk memberi murid peluang untuk menikmati dan menghayati pembelajaran sastera. Kaedah penilaian formatif memberi murid kesempatan untuk melihat perkembangan mereka disamping melihat potensi yang ada pada diri mereka.
Murid yang mengambil pelajaran sastera harus diberi kesempatan untuk mengembangkan potensi mereka untuk
Menikmati bahan bacaan sastera dan menghayati serta mengapresiasinya.
Menyelusuri aspek-aspek kemanusiaan lantas meningkatkan kesedaran mereka tentang diri mereka sendiri dan diri orang-orang di sekeliling.
Membaca, memahami dan memberi maklum balas kepada berbagai teks sastera bagi mengapresiasi teknik penulisan penulis dan mengembangkan kemahiran ini untuk tujuan pembelajaran sastera.
Membaca, membina dan menyampaikan makna dengan jelas dan dapat difahami dalam tulisan dan juga lisan.
Pengalaman Pembelajaran Sastera di Dalam Bilik Darjah