17 Januari 2009

Kuliah 4: Rekabentuk Ujian

Komunikasi dan Reka Bentuk Ujian

1. Pandangan tentang bahasa dan penggunaan bahasa mempengaruhi reka bentuk ujian, dan mentafsir skor
2. Binaan ujian adalah bagi mengetahui kemahiran bahasa calon yang diukur.
3. Reka bentuk ujian ditentukan oleh apa yang kita anggap menjadi kemahiran yang diuji.
4. Format yang berlainan, ujian lisan atau ujian tulisan bergantung pada apa yang dianggap bahasa dan penggunaan bahasa.

Ujian unsur-unsur berasingan

1. Pengaruh linguistik struktural.
2. Dilakukan oleh Lado 1961
3. Menguji unsur bunyi, tatabahasa, kosa kata secara berasingan
4. Diperkukuh oleh psychometrics, menguji kemahiran kognitif secara berasingan.
5. Mewujudkan bateri (perangkat) ujian bagi empat kemahiran yang berlainan mendengar, bertutur, membaca, menulis
6. Masih digunakan hingga sekarang

Ujian integratif dan pragmatik

1. Keperluan penguasaan bahasa bagi belajar di universiti di Amerika dan Britain memerlukan ujian dilakukan terhadap kemahiran menggunakan bahasa.
2. Ini memerlukan prestasi secara integratif diuji.
3. Ujian unsur diskret (berasingan) hanya menguji pengetahuan mengenai bahasa tidak kemahiran menggunakan bahasa

Ujian integratif

1. Menguji sebutan, tatabahasa, kosa kata dalam konteksnya diutamakan.
2. Ini berbeza daripada ujian unsur bahasa berasingan.
3. Ini dilakukan dengan melihat kemahiran bertutur dan wawancara, mengarang teks lengkap, memahmi teks yang lengkap bagi tulisan dan lisan.

Masalah ujian integratif

1. Memakan masa
2. Mahal
3. Sukar membuat penskoran
4. Sukar melatih pemeriksa
5. Tidak juga dapat dipercayai

Penyelesaian Oller 1970-an

1. Ujian cloze.
2. Asasnya: pelajar memproses dalam masa sebenar, natural seperti bertutur dan membaca
3. Bagi memahami teks, pelajar perlu memahami seluruh unsur bahasa, yakni perlu memahami sistem bahasa
4. Ujian cloze – mengisi ruang kosong
5. Sama juga dengan menguji unsur berasingan

Ujian Komunikatif

1. Hymes, kemahiran bahasa bukan sekadar mengetahui unsur tatabahasa
2. Peraturan budaya aamat menentukan betl salah penggunaan bahasa, khusus bagi konteks tertentu.
3. Ujian berubah, penilaian pelajar dalam konteks sebenar, dan dalam aaktiviti berkomunikasi.
4. Memberi perhatian kepada peranan penutur dalam konteks
5. Melahirkan ujian integratif dan prgamatik

Komponen yang perlu diuji

1. Bentuk tatabahasa, sebutan, tatabahasa, kosa kata seperti ujian unsur berasingan
2. Kemahiran sosiolinguitik, dalam konteks yang berlainam: komunikasi dalam budaya sesuatu masyarakat.
3. Kemahiran strategik, kemampuan menggunakan muslihat bagi mengatasi kelemahan dalam kemahiran berbahasa
4. Kemahiran wacana – kemampuan menggunakan bahasa dalam konteks luas.

Tiada ulasan: