9 Mac 2009

Tugasan

Semua tugasan yang sudah selesai diminta dihantarkan kepada saya, sebaiknya melalui "comments" dalam blog ini.

10 ulasan:

normahismail berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fadilah saleah berkata...

Fadilah Saleah
M20082000312
Nomber telefon bimbit : 0176289757
Jawapan
Soalan 1. 1. Siapkan bacaan bab yang ditugaskan kepada setiap pelajar. Buat nota ringkas 1000 perkataan tentang apa yang dibaca. (10 markah)

BELAJAR BAHASA KEDUA

Kita telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ibu itu berlaku di kalangan kanak-kanak secara tidak formal, iaitu tidak perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Kita mesti mempunyai dorongan dan sikap yang sihat untuk dapat belajar dengan berkesan. Tegasnya ada perbezaan yang besar antara memperolehi bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua. Bahasa pertama dikuasai secara tidak formal. Ia tidak perlu diajar dan kanak-kanak pandai tanpa pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa dan mereka akan pandai dengan sendirinya. Bahasa kedua melalui rancangan dan kaedah tertentu Pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua. Ini mungkin memberi kita pengetahuan mengenai masalah penting dan sukar diatasi di negara.

PROSES MENJADI DWIBAHASA

Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini, pembelajaran itu perlulah berlaku dalam satu lingkungan sosial di mana bahasa itu dituturkan. Linguistik dan sosiologi merupakan suatu masalah persepaduan yang amat kompleks di mana seseorang pelajar itu mencuba meresapkan ciri-ciri kebudayaan, iaitu dari bahasa ibunya.

MEMBENTUK LAKUAN BAHASA MELALUI LATIHAN

Proses mempelajari bahasa itu menumpukan perhatian kepada proses pembelajaran perbezaan dan persamaan di antara kedua lakuan bahasa itu.

Keperluan Latihan

Perkara yang penting dalam pembelajaran bahasa kedua itu ialah latihan. Latihan itu hanyalah merupakan satu bahagian sahaja daripada seluruh proses menjadi dwibahasa. Latihan yang demikian mencakupi latihan mendengar, pendedahan terhadap penggunaan bahasa itu, berfikir, bercakap sama dengan menggunakan satu bahan pengajaran yang tersusun rapi ataupun dengan menggunakan bahan yang dibentuk secara rambang.

Dorongan untuk Mempelajari Bahasa Kedua

Dorongan untuk Mempelajari Bahasa Kedua, kerana ingin berhubung dengan orang lain. Seseorang yang masuk ke dalam sesebuah masyarakat baharu itu tentu dianggap asing. Selalunya keasingan ini akan beransur hilang apabila dia telah fasih dalam bahasa yang dituturkan oleh masyarakat yang menerimanya itu.

Penerimaan ke dalam Masyarakat Baharu

Perhubungan dalam sesuatu masyarakat itulah yang akan dapat menghilangkan segala ciri keasingan yang dirasai oleh seseorang asing itu. Oleh itu akan mencuba untuk mengatasi masalah ini dengan menghilangkan unsur keasingan ini dan menjadi salah seorang anggota dari masyarakat baharu pula. Hal ini memang ada orang yang tidak pernah bergaul dengan anggota masyarakat lain merasa tidak perlu mencuba untuk menghilangkan unsur keasingan ini.

Peringkat Pencapaian yang Perlu

Walau ramai, bahawa keperluan mempelajari sesuatu bahasa asing itu dan juga peringkat kecapaiannya bergantung pada dorongannya sendiri. Jelas sekali dorongan mempelajari bahasa Melayu sebagai keperluan kelulusan untuk melanjutkan pelajaran dan mendapat pekerjaan atau penetapan dalam jawatan menjadi faktor mendorong kaum lain mempelajari bahasa Melayu. Bahasa kedua itu amat penting untuk perhubungan, walaupun secara amnya. Sebenarnya perhubungan tanpa bahasa itu amat terhad. Hanya mereka yang ingin terus tinggal sebagai orang asing dalam sebuah mas arakat itu sahaja yang akan terus tidak memperdulikan keperluan bahasa kedua itu. Walaupun kemahiran dalam bahasa kedua itu dapat dianggap opsyenal, tetapi ternyata bahawa perhubungan akan menjadi terhad dan kaum pendatang itu tidak akan dapat menjadi sebagai sebahagian dari masyarakat itu tanpa menggunakannya.

PEMELIHARAAN BAHASA KANDUNG

Pada tahun 1971, Mohd. Khalid melihat keperluan pemeliharaan bahasa Melayu sebagai bahasa kandung di kalangan mereka yang mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah. Dari golongan pelajar yang dikaji, tidak ada mereka yang betul-betul lancar dalam kedua-dua bahasa tersebut. Mereka hanya lancar dalam bahasa kandung dan mereka bergantung kepada bahasa Inggeris, untuk kepentingan akademik. Kemahiran kedwibahasaan sebenarnya mempunyai pertalian rapat dengan pola-pola persekolahan yang telah dialami oleh pelajar tersebut. Dalam kebanyakan hal mereka salah faham dalam menganggarkan darjat kemahiran mereka. Umumnya terdapat bahawa mereka itu lebih atau kurang mahir dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun boleh dibuat satu generalisasi bahawa kemahiran mereka dalam bahasa kandung memang cukup baik, manakala kemahiran mereka dalam bahasa kedua tidaklah sempurna.

FAKTOR-FAKTOR MEMBANTU PEMBELAJARAN BAHASA KEDUA

Dapat dilihat bahawa ada beberapa unsur tertentu perlu wujud bagi menghasilkan pembelajaran bahasa kedua:

a. Motif

Motif itu timbul dari tujuan kenapa seseorang itu ingin mempelajari bahasa kedua. Kalau ada tujuannya maka lahirlah motif yang mendorongnya. Motif juga mungkin terbit dari keinginan memelihara identiti dan budaya sesuatu kaum.

b. Keupayaan

Keupayaan ini berhubung rapat dengan kecerdasan otak seseorang itu. Walau seseorang itu berkeupayaan mempelajari bahasa apa pun. Tetapi peringkat kejayaannya tentulah berlainan. Keupayaan ini semakin berkurangan apabila orang itu menjadi lebih lanjut umurnya, iaitu apabila ia telah melangkaui jangka masa yang subur untuk perkembangan bahasa tersebut secara semulajadi. Tetapi proses itu akan menjadi lebih sukar bagi orang yang sudah meningkat umurnya.

c. Sikap

Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap dalam mempelajari sesuatu bahasa itu. Dalam sikap ini dapat melihat dari segi psikologi sama ada seseorang itu merasa bahawa pembelajaran bahasa itu akan mendatangkan faedah kepadanya, serta tidak mengancam kedudukan atau identitinya.

d. Peluang

Peluang merupakan satu faktor penting dalam mempelajari bahasa. Peluang ini mungkin tidak wujud disebabkan perbelanjaan yang mahal yang mungkin tidak mengizinkan orang itu belajar. Kadang- kadang ketiadaan guru, buku teks, masa dan peralatan yang sempurna akan menghalang pembelajaran bahasa tersebut. Jadi untuk menjayakan pembelajaran bahasa itu maka perlulah adanya peluang untuk belajar, baik dari dalam mahupun dari luar kelas.

e. Lingkungan

Lingkungan di mana pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu dan suasana politik tentu sekali akan dapat juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa.

KEMUNGKINAN KEJAYAAN MEMPELAJARI BAHASA KEDUA

D.N. Larson dan W.A. Smalley (1972) membutirkan tujuh perkara yang dapat memberi sedikit penjelasan mengenai kemungkinan berhasilnya pembelajaran bahasa kedua itu.

1. Pelajar yang mempunyai keupayaan yang tinggi, serta diberi peluang yang baik dan mempunyai motif yang kukuh dan sikap yang sihat serta belajar dalam lingkungan masyarakat yang mendorong, maka usahanya dalam pembelajaran bahasa itu tentu sekali akan berjaya.

2. Seorang yang mempunyai motif tinggi dan diberi peluang baik, tetapi tidak mempunyai keupayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa, akan mencapai kejayaan yang baik juga.

3. Seorang yang mempunyai motif yang tinggi serta ada sikap dan keupayaan baik, tetapi kurang berpeluang, harus juga mencapai kejayaan yang agak baik kalaulah ada individu di sekelilingnya yang memberi sokongan kepada pembelajarannya itu.

4. Kalau seorang pelajar itu berpeluang baik untuk belajar bahasa dan mempunyai keupayaan tinggi, maka kejayaannya bergantung pada motifnya.

5. Kalau seorang pelajar itu bermotif tetapi tidak mempunyai keupayaan, sikap dan peluang untuk belajar maka dia harus gagal. Kalaulah kebudayaan dan masyarakat sekelilingnya membantu maka ada juga sedikit harapan untuk mendapat sedikit kejayaan.

6. Kalau seorang pelajar itu mendapat peluang baik untuk belajar bahasa tetapi tidak mempunyai keupayaan dan motif, maka dia akan gagal. Peluang yang diberi kepadanya akan sia-sia. Kebudayaan yang menyokong pembelajaran itu juga akan membosankannya.

7. Pelajar yang berkeupayaan tinggi, tetapi tidak bermotif dan juga tidak diberi peluang akan gagal. Walau bagaimanapun lingkungan yang menyokong mungkin membantunya mencari motif, kalau tidak dia akan gagal.

PEMEROLEHAN BAHASA

Ada dua aliran yang mencuba menganalisa dan menerangkan fenomena ini. Teori pertama itu dipanggil teori behaviorisme dan yang kedua itu dipanggil teori biologis.

TEORI BEHAVIORISME

Salah satu dari bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistik ialah psikologi. Teori psikologi ini menyelidik lakuan-lakuan binatang. Teori behaviorisme ini yang bersangkutan dengan kegunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Teori behaviorisme ini tidaklah pula membuat tuntutan yang khusus mengenai bagaimana bahasa dikuasai. Mereka hanya menganggap bahawa kemahiran bertutur itu juga merupakan satu lakuan manusia, sama seperti lakuan lain. Sepertimana ahli psikologi yang masyhur ialah Watson, Guthrie dan Skinner.

KRITIKAN TERHADAP TEORI BEHAVIORISME

Dalam kritiknya itu, Chomsky menyatakan bahawa teori behaviorisme itu hanya sebuah dongeng. Baginya, tidak memberi tempat yang sewajarnya pada akal atau otak manusia. Behaviorisme tidak mengindahkan tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai bahasa. Menurutnya proses penguasaan bahasa itu jelas menunjukkan bahawa pengukuhan, pemerhatian biasa dan sifat semulajadi yang ingin tahu, bergabung dengan sifat mahu meniru merupakan faktor penting, memberi kemungkinan untuk kanak-kanak membuat generalisasi, hipotesis dan memproses maklumat dalam suatu cara istimewa dan amat kompleks.

TEORI BIOLOGIS

Chomsky dan rakan-rakan telah menumpukan perhatian kepada unsur yang terpendam dalam manusia dan lakuan, bahawa manusia sejak lahirnya sudah mempunyai kebolehan untuk memperolehi sistem perhubungan yang dipakai oleh manusia, iaitu bahasa. Bahasa itu mempunyai keupayaan yang semulajadi untuk merumus dan membentuk hukum nahu bahasa tersebut. Ini bermakna, kalau tidak ada pendedahan, maka penguasaan bahasa juga tidak akan berlaku.

Jadual Pemerolehan Bahasa

Salah satu dari teori E.H. Kajian Lenneberg telah mengatakan bahawa pemerolehan bahasa ini bergantung kepada suatu jadual biologi dan bukan terbit dari rangsangan yang datang dari lingkungan. Pertama ialah bahawa kanak-kanak itu tidaklah bergantung kepada ibu bapanya untuk mengajarnya sesuatu bahasa. Kedua ialah perkembangan bahasa ini hanya terbatas kepada hubungan dengan jenis makhluk yang dikenali sebagai manusia sahaja.

Daya Kefahaman Lebih Asas dari Bertutur

Lenneberg telah membezakan antara kemahiran memahami dan bertutur. Dia menunjukkan yang dalam peringkat awal kanak-kanak dapat mengenali dan terus membezakan pola-pola pertuturan yang berlainan. Misalnya kebolehan kognitif di kalangan kanak-kanak pekak yang tidak terdedah pada bahasa pendengaran itu adalah sama pantas dengan kanak-kanak biasa. Ini menunjukkan kebolehan itu telah wujud. Kehilangan salah satu dari pancaindera, tidaklah mencatatkan kebolehan asas berbahasa itu.

Dari yang Umum Menuju yang Khusus

Semasa umurnya meningkat lapan belas bulan apabila kanak-kanak itu mula mengetahui nama-nama barang. Di antara dua puluh empat hingga tiga puluh bulan kanak-kanak tadi melalui proses memberi nama kepada barang-barang. Semasa dia mencapai umur lebih kurang tiga puluh bulan kanak-kanak tadi akan mempunyai perbendaharaan kata lebih kurang 100 perkataan dan mempunyai kemungkinan untuk memahami antara 2,000 sampai 3,000 perkataan lain.

PERINGKAT PENGUASAAN BAHASA

Kita dapat melihat bahawa kanak-kanak tidaklah mempelajari bahasa dengan meniru-niru percakapan ibu bapa. Pertuturan kanak- kanak itu sebenar-benarnya keluar dari daya ciptaan sendiri. Merupakan gabungan-gabungan pertuturan yang dibuat oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukanlah merupakan pertuturan yang mereka dengar dan tiru dari ibu bapa.

Pemerolehan Bahasa Melalui Pendedahan

Kanak-kanak tidak akan dapat memperolehi sesuatu bahasa melainkan kalau mereka mendengarnya dan fungsi orang bercakap. Selain dari itu, fungsi sokongan moral juga amat kecil sebab biologi kuat memainkan peranannya. Bayi manusia dilahirkan dengan tidak berupaya dan terpaksa membesar. Berat otak bayi manusia semasa dilahirkan hanya lebih kurang 25% daripada otak orang dewasa. Ini membolehkan proses tumbesaran kematangan otak berlaku dalam satu jangkamasa yang panjang selepas lahir. Oleh sebab sistem araf berkembang maka proses perkembangan bahasa boleh berlaku.

Jadual Pemerolehan Mengikut Umur

Menurut Lenneberg (1967) perkembangan pemerolehan bahasa di kalangan kanak-kanak melalui lapan peringkat:

1. Semasa berumur tiga bulan, kanak-kanak hanya dapat mengangkat kepada meniarap. Dia meletakkan semua berat badannya pada sikunya. Kanak-kanak kurang menangis dan dia boleh mengeluarkan bunyi seakan-akan bunyi vocal, kadang-kadang berpanjangan antara lima belas sampai dua puluh saat.

2. Semasa berumur empat bulan, kepala kanak-kanak itu mula kukuh dan tegap dan mula menggemari barang- barang permainan. Tindakbalas kepada suara manusia lebih tajam, matanya mencari si penutur kadang-kadang kanak-kanak itu akan ketawa.

3. Pada masa berumur lima bulan, kanak-kanak tersebut boleh duduk tegap. Dia mula menyebut bunyi konsonan dan vocal. Tetapi dari segi akustik bunyi-bunyi itu berbeza dari bunyi bahasa.

4. Semasa kanak-kanak yang berumur enam bulan ia mula boleh bertupang tangan semasa duduk. Kebolehan mengagah bertukar kepada pengeluaran bunyi-bunyi yang berciri sukukata.

5. Pada masa berumur lapan bulan kanak-kanak mula boleh berdiri sambil berpegang kepada dinding. Pengulangan bunyi- bunyi lebih kerap dan pola lagu menjadi lebih nyata dan pertuturan mula digunakan.

6. Semasa berumur sepuluh bulan kanak-kanak itu mulai merangkak dan kadang-kadang berdiri tegak. Kanak-kanak mula mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dan meniru bunyi dan membezakan bunyi yang berlainan yang didengarnya.

7. Semasa berumur dua belas bulan kanak-kanak mulai belajar berjalan-jalan dan bunyi yang serupa dengan bunyi bahasa mula diterbitkan dan perkataan, Pada masa ini juga kanak-kanak tersebut mulai memahami arahan.

8. Semasa berumur lapan belas bulan kanak-kanak tersebut mulai berjalan. Dia sudah mempunyai antara tiga hingga lima puluh perkataan. Kefahamannya bertambah baik dan mula menggabungkan dua perkataan. Semasa umurnya meningkat dua tahun pola-pola ayatnya mula menjadi lengkap dan dia dapat merumuskannya dengan bersendirian. Proses ini berterusan hingga umurnya menjadi baligh.

Kekenyalan Berakhir

Pemerolehan bahasa bermula semasa kanak-kanak berumur dua tahun, iaitu semasa otaknya tumbuh menjadi 60% dari otak orang dewasa. Masa ini juga merupakan masa progres yang rapi berlaku untuk berjalan dan kemahiran-kemahiran motor yang lain. Di antara perkara yang penting ialah untuk membolehkan kemahiran bertutur itu menjadi matang. Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa proses bermula semasa kanak-kanak itu berumur dua tahun dan berakhir lebih kurang semasa ia berumur dua belas tahun.
Setelah mencapai peringkat itu maka, bahasa kanak-kanak itu dianggap sudah lengkap dalam serba serbinya. Memang betul bahawa kanak-kanak, bahkan orang dewasa sendiri masih terus belajar. Tetapi apa yang mereka pelajari itu hanya merupakan gaya, atau peluasan dari segi pemakaian, atau sesuatu makna yang baharu sahaja. Sebenarnya, dari segi nahunya, bahasa itu sudah cukup lengkap, tetapi pemerolehan lain akan terus berlaku.
Soalan 2. Semak dan kemaskan nota kuliah masing-masing. (10 markah)
Kuliah 1
19 Disember 2008

BMP 6103 PSIKOLINGUISTIK DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

Kursus ini membincangkan pengenalan umum kepada bidang psikolinguistik. Topik-topik yang dikaji adalah bagaimana manusia mempersepsi dan memahami ujaran, kosa kata, unsur tatabahasa, dan wacana. Pelajar akan mengikuti proses pemerolehan bahasa pertama, pengajaran dan pembelajaran bahasa: melihat kasus-kasus (Genie, dll) serta bahasa dan pemikiran. Pelajar juga akan didedahkan kepada teori dan pandangan ahli bahasa yang berkaitan dengan bidang psikolinguistik, Behaviorisme, LAD, Hipotesis Usia Kritikal, dan Afeksia. Pembelajaran bahasa kedua dan bahasa asing juga dikaji. Kuliah juga akan membangkitkan isu-isu mengenai psikolinguistik serta melihat implikasinya dalam pengajaran bahasa Melayu. Pelajar akan dibimbing membuat eksperimen dan persepsi masing-masing mengenai pembelajaran bahasa Melayu dan membuat sumbangan masing-masing.

Pengajaran
1. Kursus disampaikan melalui:a. kuliah, b. bengkel,c. amali,d. bahan bacaan dipaparkan dalam blog e. tugasan dan arahan perbincangan juga dipaparkan dalam blog.
2. Semua tugsan hendaklah dimasukkan ke dalam blog
3. Prinsip dan teknik penilaian dan pengujian akan diberi dalam kuliah, dan amali akan dijalankan dalam bengkel, atau sebagai kerja rumah.
Penilaian prestasi pelajar
Esei dan persembahan: 60% (2 esei)
- Buatkan nota buku bacaan
- Buatkan nota kuliah
- Kumpulkan bahan mengenai penguasaan kanak-kanak yang diperhati. Hendaklah
Catatan perkataan yang dilakukan oleh kanak-kanak menurut tarikh diambil, dan bunyi yang sudah dikuasai oleh kanak-kanak. Buatkan jadual perkembangan bunyi bahasa kanak-kanak yang diperhatikan.

Peperiksaan akhir: 40





Kuliah 2
02 January 2009

Psikologi melibatkan bahasa, menunjukan ada yang portindihan, Psikologi bahasa juga mengguasai bagaimana kita memahami proses kanak-kanak mempelajari bahasa. Dapat mengentaui kompleksnya , bagaimana kanak-kanak dapat mempelajari proses yang begitu kompieks. Adakah bahasa itu wujud dalam dirinya sejak lahir.

Firaun mengkaji bagaimana kanak-kank memproses bahaa, penyusun kanak-kanak bisu, kanak-kanak tidak dapat menyebut perkatana.

Kanak-kanak adalah makhluk social, persekitaran mempengaruhi pengentahuan bahasanya.

Kajian sebenarnya mula pada 1950-an adanya alat-alat teknologi seperti pita perukan. Pada waktu ini bermulanya perkembangan teori empirical berdasarkan pada yang dilihat dan didengar. Yang boleh diuji dan diulang. Seterusnya baru boleh di buat analisis dan generalisasi


Kaedah yang berkesan
Teknik yang dilakukan tidak semasa dengan orang dewasa kerana :
a. Perkembangkan kognitif yang berbeza
b. Pendik
c. Kurang memahami dan menggikat arahan
d. Sukar dilakukan terhadap kanak-kanak dibawah tiga tahun

Kaedah baru yang digunakan
a. Teknik merukam dan eksperimen
b. Kanak-kanak dirakam tanpa gungguan
c. Tahap pemikiran direndahkan seperti kanak-kanak sesuai dengan tahun intelektual dan pengalaman social.
d. Kanak-kanak yang belum boleh bercakap
e. Daya kanak-kanak dapat memahami dunianya boleh dirakam
f. Boleh dipercapaian apabila kanak-kanak itu kecil hingga balig

Kesulitan dia dapat mengetahui apa yang difahami dan diketahui, kanak-kanak tidak mengetahui keupayaan penting kanak-kanak mengentahui bahasa.

Hasil pneyelidikan, memahami kemampuan kanak-kanak, membuat generasi dan pola-pola yang dihasilkan, tidak dilakukan dalam susunan yang terkawal, lain subjek susuna eksperimen dan proses stutistik memberi interpretasi yang berlaian.
Kekerupaan, sebaiknya seminggu sekali selama ½ jam, sejak kanak-kanak itu dilahirkan.

Roger Brown, seorang ahli psikologi Amerika (19250, dilakukan pada tahun 1960-an, mengambil sample 3 orang kanak-kanak, membuat kajian 2 jam sebulan

Gordon Wells, mula pada 1935, dan 1970-an seramai 128 orang kanak-kanak 3 jam setiap 2 bulan

Saiz Sampel, sample yang besar tidak menjamin berlakunya cirri penting, yang popular sample ½ jam, mengganakan 100 ujuran, mewakili keadaan sebenar kanak-kanak.


Kuliah 3
09 January 2009

Bagai manakah kanak-kanak yang bunyi?
Apakah kanak-kanak yang ia faham?

Bahasa jenis pertama, iaitu bahasa yang bertumpu pada diri sendiri merupakan situasi berbahasa kanak-kanak yang sama sekali tidak mempedulikan orang di sekitarnya atau pada orang yang mendengarnya. Dia bercakap dengan dirinya sendiri dan tentang dirinya sendiri. Kanak-kanak juga kadangkala menghubungkan sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya dengan perkara yang sedang dilakukannya itu, tetapi orang berkenaan hanya menjadi penonton sahaja.

Locig ada 3 peringkat
a. Menunjung tempat,
b. Menujung masa, dan
c. Menujung akibat.

Bagaimana Bunyi Dihasilkan

Bunyi yang dihasilkan dapat dibahagi kepada dua kelompok besar: konsonan dan vokal. Perbezaan antara kedua jenis bunyi ini terletak pada cara penghasilannya.
1. Penghasilan Bunyi Konsonan
Bunyi dihasilkan dengan menggunakan bahagian mulut seperti lidah, bibir, dan gigi. Bahagian-bahagian ini dinamakan artikulator. Bagi menghasilkan bunyi konsonan perlu diperhatikan tiga faktor. Diantara bunyinya
[b], [p],[m],[n],[t],[d],[k],[g],[c],[j],[ny],[s],[z],[y],[l],[v].
2.Pembuatan Bunyi Vokal
Berbeza dengan konsonan, kriteria yang dipakai untuk membentuk bunyi vokal adalah (1) tinggi-rendahnya lidah, (2) posisi lidah, (3) ketegangan lidah, dan (4) bentuk bibir.
iaitu[a],[i],[o],[u],[e].
Contoh

Jadual Pemerolehan Bunyi




PRAGMATIK

Pragmatik bukanlah salah satu komponen dalam bahasa; ia hanyalah memberikan perspektif kepada bahasa.

Kerana pragmatik mencakup penggunaan bahasa dalam interaksi maka pragmatik memperhatikan pula aspek-aspek lain dalam komunikasi seperti pengetahuan dunia, hubungan antara pembicara dengan pendengar atau orang ketiga, dan macam-macam lakuan ujaran, contohnya
Akan
A : suku kata buka
Kan : suku kata tutup

Daripada gambaran dan contoh-contoh di atas tampak bahawa pragmatik memang merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi tetapi tidak merupakan salah satu komponen dalam bahasa. Pragmatik memberikan aturan yang membimbing manusia untuk berbahasa yang wajar.

Language Acquisition Devicl(LAD)

Proses yang berlaku apabila apa yang di bunyi dan apabila didengar maka kudrat dapat di faham.

Kuliah 4
16 January 2009
Contoh

Jadual Perkembangkan Bahasa kanak-kanak

1.Jenis Jabual Bilagan Perkataan








2. Jenis Jadual Konsonan



3. Jenis Jadual Frasa

Teori memahami proses mempelajari Bahasa Melayu, terbahagi kepada tiga teori.

a.Teori meniru

Apabila kanak-kanak mempelajari bahasa, banyak yang dipelajarinya dilakukan melalui tiruan iaitu dengan meniru bahasa ibu bapa atau orang-orang tua, Mereka belajar mengujarkan perkataan seperti mama, baba, maksu, dan frasa atau ayat seperti hendak minum susu dan sebagainya.

b.Teori kudrat (innat)

Apa bila otak kanak-kanak itu sudah tersedia untuk belajar bahasa.

c.Teori input

Iaitu seolah-olah dia (kanak-kanak yang mempelajari bahasa) dilengkapkan (secara batin) dengan satu set “acuan” yang boleh digunakannya untuk membanding, seperti meniru tuturan yang didengarnya secara kebetulan tuturan ibu bapa dan orang-oang lain.

Perkataan Pertama
- Umumnya perkataan pertama diajukan pada tahun pertama.
- Iaitu bukti ketara perkembangan bahasa, bunyi mula bercakap.
- Tetapi pada hakikatnya banyak perkembangan berlaku pada tahun pertama.

Penghasilan Bunyi

Daripadasaat bunyi lahir hingga 12 bulan, ada banyak perkembangan dan beberapa tahap.

a. Tahap I (0-8 minggu)

- Pada tahap ini beberapa minggu pertama, bunyi-bunyi suara adalah bagi menunjukkan keadaan dan aktiviti biologi sahaja;
- Ia mungkin menyatakan lapar, sakit, atau tidak selasa menyebabkan terhasil bunyi refleksif, mungkin menghasilkan bunyi yang sama;
- Aktiviti juga bernafas, seperti makan, buang air dan gerak badan adalah berkaitan dengan keperluan hidupnya;
- Bunyi makan, mencepak, menelan, batuk dan sedawa adalah berkaitan dengan keperluan biologi juga;
- Tidak ada cirri tertentu yang menunjukkan bunyi bahasa, namun ada beberapa ciri sama dengan bunyi bahasa.



b. Tahap II (8-20 minggu)

- Tahap II antara 6-8 minggu bayi mengeluarkan bunyi mengagah apabila dibirakan;
- Tangisan juga dihasilkan, nadanya mula berbagai-bagai;
- Mula berinteraksi dengan suara dan senyuman ibu;
- Berirama dan pendak-pendak misalnya: mi, bi, air, cu,cid an sebagainya;
- Mula mengagah dan gerak, mula mewujudkan kontur intonasi;
- Bunyi ga,gu menyerupai suku kata;
- Ketika berumur 4 bulan bunyi bahagian-agah belakang rongga mulut mula lahir;
- Pada masa ini mengagah-agah menyerupai bunyi bahasa;
- Lidah lebih banyak bergerak keatas dan kedepan menyerupai aktiviti menyibut bunyi bahasa.

c. Tahap III (20-30 minggu)

- Pada ini penghasilan bunyi lebih mantap;
- Bunyi-bunyian lebeh panjang 1 saat, seperti vokal: ari, dan konsonan;
- Nada selalu tinggi menunjukkan bunyi seperti konsonan dan vocal;
- Ada banyak bunyi berlainan yang dahasilkan,ada bunyi lelangit lembut, ada bunyi bibir dan gabunkan bunyi-bunyi tersebut;
- Bunyi itu seolah-oleh berlatih pada masa ini-lebih menggembirakan pada ibunya.

d. Tahap IV (25-50 minggu)

- Tahap ini menggunakan beberapa bunyi sahaja, tetapi lebih kerap di gunakan;
- Bunyi seperti bababa dan beritam lain… selalunya di ulang-ulang;
- Selepas itu ia menghasilkan k.d.u dalam suku kata seperti- aa, ba, aagaa, dada dan pelbagainya;
- Betul tidak ada makna, tetapi menyerupai bunyi bewasa;
- Pada mulanya penkaji percaya bebel dan bahasa tidak berkaitan ia berhenti sebelum bayi bercakap. Ini salah;
- Kanak-kanak terus membebel selepas bercakap-ada membebel hingga 18 bulan.



e. Tahap V (9-18 bulan)

- Kanak-kanak sudah bunyi berirama, berbeza-beza;
- Ibu mula ada mengesah tujuan di sebalik ujian;
- Bunyi lebih jelas, mula ada makna, soalan, pangilan,kemahuan, dan kemesraan;
- Bermula main dan ulangan- nyaian bermilodi, sudah ada suku kata, kata awal, ini tanda awal bahasa;
- Boleh cakap 2-3 perkataan kata nama, kata kerja, kata adjektif (mungkin tak jelas).
- Boleh mengikut arah mudah;
- Boleh memberikan tumpuan untuk lebih kurang 2 minit;
- Tunjuk kepad angguta badan yang mudah;
- Faham kata kerja yang mudah;
- Menyebut bunyi vocal dan konsonan n,m,p,h terutama da awal suku kata dan perkataan pendek.

Kuliah 5
23 January 2009

Bagaimana kanak-kanak memperolehi bunyi.

Contoh
Nak ipoh
Agu
Ijak
nyak
Ikat abut

Jadual 1. Perkembangan Bunyi Kanak-kanak





Kuliah 6
30 January 2009

Proses selepas kanak-kanak memahami
- Memperkembangkan frasa
- Memperkembangkan ayat

Ungkapan

Tahap 1

Ayat satu perkataan, contohnya : atut, ayi, su, yam, kan, dan dll.

Tahap 2

Ayat dua perkataan, contohnya : nak ipoh, uwat, cucu, akan, ubat, dan dll.

Prodikat
Dalam prodikat yang banyak itu ada pola seperti.
1. Kata Nama + adjektif
2. Kata Kerja + objektif
3. Kata Bantu + Kata kerja

Kuliah 8
13 FEBRUARY 2009

Bunyi kanak-kanak di keluarkan
Kanak-kanak mempelajari tatabahasa, frasa, dan ayat yang terdiri dari satu perkataan atau ayat yang pindik seperti mamam, maksud, abah, dan dll.Kanak-kanak juga mengguasai bunyi forma iaitu tersusun, dan tidak forma.
Contoh
A : Abah balik kerumah. (subjek + perdikat + keterangan)
B : Kucing makan.
C : Kucing jahat.

Dalam Frasa terdiri daripada :
1. Kata Nama + Penerang
2. Lori sampah
3. Lori simen

Sendi logik terdiri daripada :
1. Tempat
2. Masa
3. Sebab akibat

Kuliah 9
20 FEBRUARY 2009

Prakmatik
Umumnya, peringkat pemerolehan bahasa kanak-kanak hampir sama. Kebanyakan pengkaji menghubungkan tahap pemerolehan bahasa dengan melihat perkembangan usia dengan pergerakan deria motor kanak-kanak. Peringkat pemerolehan bahasa kepada beberapa tahap, iaitu tahap membabel atau mengagah, tahap holofrasa, tahap ucapan dua kata, tahap permulaan tatabahasa, tahap menjelang tatabahasa penuh dan akhirnya, tahap kecakapan penuh. Berikut dihuraikan bagaimana kanak-kanak Melayu mempelajari aspek pragmatik dalam interaksinya dengan orang di sekeliling. Kanak-kanak Melayu biasanya membahasakan diri mereka dengan nama sendiri, atau gelaran dan pangkat dalam keluarga, seperti kakak atau abang. Anak-ank Melayu, biasanya dia suka menyebut nama dia sendiri. Walau bagaimanapun, hanya pada usia dua tahun dan ke atas, kebanyakan kanak-kanak mula boleh bertutur dalam bentuk ayat, ada yang satu tahun mereka tidak belajar lagi disegi sesuatu perkataan baru atau frasa, tetapi ayat baru belum di belajari. Manakala jenis monolog tumpuan dapat dilihat apabila kanak-kanak bercakap seorang diri, dan dia menghubungkan butir percakapannya dengan orang yang ada berhampiran dengannya. kanak-kanak bertukar fikiran dengan orang lain dengan berbagai-bagai cara, seperti bercerita, bertengkar, mengulas, dan bertanya. Dalam situasi ini, kanak-kanak telah mula berkeupayaan untuk memberi fokus kepada pelbagai aspek dalam pelbagai situasi. Justeru, mereka telah mula berfikir tentang menjalinkan perhubungan dengan orang lain, dengan cara menghasilkan pelbagai bentuk komunikasi dengan audiens yang berbeza. Bahasa jenis pertama, iaitu bahasa yang bertumpu pada diri sendiri merupakan situasi berbahasa kanak-kanak yang sama sekali tidak mempedulikan orang di sekitarnya atau pada orang yang mendengarnya. Dia bercakap dengan dirinya sendiri dan tentang dirinya sendiri. Kanak-kanak juga kadangkala menghubungkan sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya dengan perkara yang sedang dilakukannya itu, tetapi orang berkenaan hanya menjadi penonton sahaja. Kata bahawa dalam mental atau mindal kanak-kank ada satu alat dalam kepala kanak-kanak itu.





Kuliah 10
27 FEBRUARY 2009

Semantik
Bagaimana makna dikenali sebagai semantik.
Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.
Contohnya :
Kurusi, adanya kurusi boleh dipusing, dan tidak boleh dipusing.
Ayah : manusia, lelaki,dewasa,bapa kepada anak.
Saya : ganti nama, manusia, .orang yang berkata.

Prototype

Teori prototaip mengatakan bahawa sesuatu entri dalam kamus mental
bertumpu di sekitar sesuatu perwakilan kelompok makna kata itu oleh suatu
anggota yang masuk prototaip. makna kata burunga Syarikat menganggap robin (jenis burung yang berdada merah), burung
yang paling sesuai sebagai prototaip. Akan tetapi, walaupun. robin burung yang
paling lazim, mungkin ada burung yang dipandang lebih lazim. Yang paling lazim
dari burung-burung mungkin itulah yang dianggap sebagai prototaip yang
lebih daripada jenis burung. Satu cara untuk menerangkan konsep prototaip adalah dengan menggunakan konsep esyarat diantara tulisan dan gambar.

Wallahu a lam

shariah binti zulkifly berkata...

BMP 6123 PENGUJIAN DAN PENILAIAN
NAMA : SHARIAH BINTIZULKIFLY
SEKOLAH : SJK(C) ST. MICHAEL & ALL ANGELS,KAMPUNG TAWAS,30010 IPOH,PERAK
TELEFON : 017 5269094
NOMBOR MATRIK : M20082000005

1. NOTA KULIAH
PENYERAPAN UNSUR BARU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
Huraian Sukatan Pelajaran :
Konsep : penyerapan : proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni kemahiran bernilai tambah.













Kemahiran Baru : diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
HSP Bahasa Melayu : penekanan kepada KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mengelaskan, mengumpul, mengkategorikan
- Membuat kaitan dan pertimbangan
- Membanding dan membeza
- Menyusun atur
- Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu.

Alat berfikir
• Peta minda
• Penyususunan grafik
• Soalan bertumpu/bercapah/lingkaran soalan.

Kemahiran Bernilai Tambah
• Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi
• Kemahiran belajar cara belajar
• Kajian masa depan
• Kecerdasan pelbagai
• Pembelajaran konstruktivisme
• Pembelajaran kontekstual
Perlu diserapkan dengan mengambil kesesuaian pembelajaran yang ingin dicapai berdasarkan kebolehan dan sumber yang ada.

Konsep Penggabung jalinan Kemahiran Berbahasa.
Penggabungan merupakan proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinanberlaku antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa.Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti berikut :
• Kemahiran bahasa iaitukemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis.
• Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
• Kosakata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membca teks yang mengandungi kosa kata dan peribahasa.

Penyerapan dalam konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa berfokus kepada :
• Penyerapan ilmu dalam pengajarapembelajaran
• KBT
• Kepintaran emosi

Penyerapan Ilmu dalam Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa.
Penyerapan ilmu dan penggabungjalinan berjalan seiring semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-mrid mendapat keseronokan meneroka sesuatu bidang dan dapat melihat manfaatnya.

Penyerapan KBT dalam Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa.
Kemahiran yang diajar dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
Pembentangan Kognitif Bloom :
• Pengetahuan
• Kefahaman
• Aplikasi
• Analisis
• Sintesis
• Penilaian.

Penyerapan Kepintaran Emosi Dalam Konsep Penggabungjalinan.
EQ : kebolehan menggunakan emosi yang baik.
Dr. Noriah Ishak : Emosi dikaitkan dengan dua jenis kompetensi iaitu peribadi dan social ( kerohanian dan kematangan )

1. Kompetensi Peribadi.
• Kesedaran kendiri
• Kesedaran emosi
• Penilaian kendiri yang tepat
• Keyakinan kendiri
• Niat baik
• Regulasi kendiri ( kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, penyesuaian,inovasi)
• Motivasi kendiri ( dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif, optimis, minat )

2. Kompetensi Sosial.
• Empati – memahami orang lain, membantu
• Kemahiran social – mengurus, komunikasi, kerjasama.
• Kerohanian – sabar, beriman, takwa, ikhlas
• Kematangan – usia,pengalaman dan pengetahuan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran guru membimbing murid-murid tentang etika perbincangan yang sihat ( komunikasi berkesan )
Dalam aktiviti lakonan,murid dibimbing merasai apa yang dialami oleh watak ( empati)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggabungjalinan kemahiran berbahasa bertutur, membaca,menulis.
Pengajaran ini diadun dengan baik denganmenyerapkan ilmu, nilaimurni, kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya, KBT atau kepintaran emosi. Guru akan memilih mana-mana elemen dan merancang dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada murid. Murid pula dapat meneroka sesuatu bidang dengan baik.

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu.
• Murid menguasai 3M
• Murid berbahasa dengan baik
Penyerapan akan menjadikan murid-murid insane berilmu, mampu memenuhi keperluan, dan bijak dalam perhubungan sosial dan harian.
Murid-murid dilatih agar mempunyai rasa tanggungjawab, kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan.

Kesimpulan : Guru berperanan membantu membina sahsiah diri yang terpuji agar menjadi insan berketrampilan.

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU.
Sukatan Pelajaran : Dokumen yang penting bagi guru professional. Guru perlu memiliki, memahami,menguasai dan menghayati sukatan pelajaran dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu yang diajar dan ilmu penguasaan pendidikan, pedagogi.

Guru perlu peka dengan perubahan dan membuat pengubahsuaian. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian daripada intipati profesionalisme guru.
Definisi Sukatan Pelajaran .
• Dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi sesuatu mata pelajaran, pada tahap tertentu.
• Berdasarkan kemahiran dan mengandungi topic, objektif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian.
• Dibangunkan oleh dua elemen penting iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Guru akan merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian yang mengandungi kemahiran, hasil pembelajaran, strategi pengajaran, pengurusan sumber dan bahan pengajaran.

Sukatan Pelajaran.
Dokumen induk yang mewakilin keperluan kurikulum bagi satu peringkat persekolahan iaitu Sekolah Rendah ( Tahap 1 dan Tahap 2 ) dan Sekolah Menengah ( Menengah Rendah dan Menengah Atas )

Huraian Sukatan Pelajaran
Dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandunga sukatan pelajaran. Disediakan bagi setiap tahun pembelajaran dan dibezakan anatara Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
1. Matlamat dan objektif
2. Organisasi kandungan kurikulum ( konsep utama )
a. Kemahiran bahasa
Kemahiran mendengar
Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat member maklum balas.
Kemahiran bertutur
Keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, sertaidea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran membaca
Keupayaan muriud membaca ayat dengan lancer serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran menulis
Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kretiviti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
b. Hasil pembelajaran
Ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Ia merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu,murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran membantu guru memilih kandungan, kaedah,sumber,dan prosedur yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum . Pendekatan berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Hasil pembelajarn juga dapat membantu dan membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
c. Sistem bahasa
Merujuk kepada bahasa Melayu baku dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada tatabahasa,ejaan, sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi, dan sintaksis manakala kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.
d. Pengisian kurikulum
Terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi ilmu, nilai,kewarganegaraan,perauturan sosiobudaya, kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

Organisasi HSP Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Lima buah buku HSP berlainan dari dua segi :
1. Objektif
2. Huraianhasil pembelajaran.
3. Catatan dan cadangan aktiuviti dan sumber.

Organisasi HSP Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
1. Matlamat
2. Organisasi Kandungan( Konsep Utama )
a. Penggunaan bahasa
b. Kemahiran bahasa
c. Hasil pembelajaran
d. Komponen Kesusasteraan Melayu
e. Pengisian kurikulum
3. Penerangan tentang HSP hasil pembelajaran
a. Hasil pembelajaran ( utama dan khusus )
b. Huraian hasil pembelajaran
c. Cadangan aktiviti atau nota
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran.
5. Sistem bahasa
6. Pengisian kurikulum
7. Hasil pembelajaran
a. Hasil pembelajaran ( utama dan khusus )
b. Huraian hasil pembelajaran
c. Cadangan atau nota

Matlamat dan objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan.
Sekolah Menengah : melengkapkan murid-murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusanharian, pendidikan dan pekerjaan.

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
1. Melibatkan diri dalam interaksi social melalui perbualaan, perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untukmendapatkan barangan dan perkhidmatan.
2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber didengar,dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat.
3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
4. Mendengar, membaca, menonton, membuat respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera.
5. Melahirkan idea dan pendapat dalambentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginative secara kreatif dan berkesan.
6. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

Penggunaan Bahasa.





























Hasil Pembelajaran
1. Set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapaioleh murid melalui proses pembelajaran bahasa.
2. Skinner (1992) – pembelajaran ialah proses perubahan hasil pembelajaran melalui pengalaman pembelajaran pengetahuan, kemahiran, dan sikap dapat dibentuk.


ISU-ISU DALAM PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA.
- Memperkenalkan teori, kaedah, dan teknik-teknik menilai dan menguji dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Kaedah penilaian dan pengujian dalam bahasa Inggeris disesuaikan kepada bahasa Inggeris.
- Perbezaan akan dibuat terhadap belajar bahasa sebagai bahasa ibunda dan juga bahasa asing.
Penilaian
a. Teori dan kaedah pengujian dan penilaian 30 peratus.
b. Membina ujian 30 peratus
c. Peperiksaan 40 peratus
d. Jumlah 100 peratus

Cara membina ujian seperti ujian karangan, pemahaman dan tatabahasa.
2. Pengenalan
- Belajar bahasa ibunda dengan bahasa asing.
- Hubungan ujian dengan pembelajaran
- Isu-isu yang selalu timbul

Pengujian dalam bahasa.
• Masalah menguji bahasa asli
- Dialek yang berbeza-beza
- Tatabahasa
- Falasi logik
Logik berbeza mengikut kaum/tempat/umur/jawapan tidak semestinya betul/kenaubah kosep ujian.
- Kekurangan kosa kata – berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat.
Contoh : ayam – manuk, turu- tidur
Perbezaan bilangan kosa kata antara anak kelas menengah dan anak kelas rendah ( masalah bahasa rendah dan bahasa tinggi ).
- Penulisan
- Gaya
Hambar atau bertenaga ( lengkap, peribahasa, analogi cukup)

Teori dan Amali.
• Teori dan amali menguji bahasa asing
• Perbezaan berbanding dengan bahasa ibunda.

Budaya.
Kosa kata ( reading skill)
• Hiburan
• Maklumat
• Kefahaman
• Anugerah
• Kita perlu galakkan kanak-kanak membaca buku maklumat untuk membina pengetahuan dan memperkayakan kosa kata.

Variabel : unsur dan kemahiran ( kebarangkalian )
Strategi : situasi dan bahasa, unsur atau kemahiran, ujian berkelompok atau individu, ujian subjektif atau objektif.
Dalam kemahiran berbahasa :
• Mesti ada unsure budaya
• Boleh menjadi modal insane
• Sesuai dengan konteks

Kriteria menguji
- Kesahihan, realibiliti,scorabiliti, ekonomi,administrabiliti.
- Kritikan : terjemahan, esei, rencana, ujian objektif, ujian mendengar.

Sebutan
– peranan sebutan, segmen sebutan dan bunyi.
3. Kemahiran bersepadu
- Kefahaman auditori
- Bagaimana membentuk ujian
- Pelbagai pilihan, betul-salah dan lain-lain.
- Membina unit ujian bersepadu.
4. Kefahaman membaca
- Teknik umum
- Pra bacaan
- Teknik bagi pelajar awal
- Teknik bagi pelajar maju
- Membina unit ujian membaca

5. Prosedur membina Ujian
- Prinsip ujian dalam bilik darjah
- Ujian atau kuiz
- Item ujian objektif
- Kertas jawapan
- Fail item ujian
- Menyediakan item ujian
- Merekabentukujian on-line

1. Membina ujian
2. Pembinaan ujian
3. Ujian secara berasingan
4. Ujian intergrasi dan pragmatic
5. Ujian komunikatif
6. Model kecekapan komunikatif.

Apakah yang perlu diuji ?
- Kefahaman kemahiran
- Pengetahuan

Bahan bacaan dari luar perlu diedit, dibaca,disusun oleh guru sebelumdigunakan di dalam kelas.
Ujian pragmatik :
Tidak diuji secara individu tapi diajar atau diuji dalam konteks unsure itu berguna.

Bahasa tinggi : peraturan-peraturannya adalah rapi, tatabahasa,pilihan perkataan, peribahasa, susunannya .

Pembinaan ujian :
1. Penggunaan ujian berkriteria
2. Pembinaan item ujian
3. Kesahan ujian
4. Kebolehpercayaan ujian.

Prosedur Membina Ujian
1. Prinsip ujian dalam bilik darjah.
2. Ujian
3. Item ujian objektif
4. Kertas jawapan
5. Fail item ujian
6. Menyediakan item ujian
7. Membina ujian
8. Merekabentuk ujian on-line.

MEMBINA UJIAN
1. Pembinaan ujian
2. Ujian secara berasingan
3. Ujian intergrasi dan pragmatik
4. Ujian bahasa komunikatif
5. Model kecekapan komunikatif

Ujian secara berasingan (Discrete Point Test )
- Intergrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi
- Intergrasi mahal ,mengambil masa yang panjang.
- Ujianintergrasi sesuai untuk KBSR
- Item intergratif meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa.
- Ujian kloz, sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti.

REKABENTUK UJIAN
Komunikatif dan Rekabentuk Ujian
- Pandangan tentang bahasa dan penggunaan bahasa mempengaruhi rekabentuk ujian, dan mentafsir skor.
- Binaan ujian adalah bagi mengetahui kemahiran bahasa calon yang diukur.
- Rekabentuk ujian ditentukan oleh apa yang kita anggap menjadi kemahiran yang diuji.
- Format yang berlainan, ujian lisan atau ujian tulisan bergantung pada apa yang dianggap bahasa dan penggunaaan bahasa.

Bahasa : ialah satu aspek budaya dan boleh dijadikan sebagai produk yang kita boleh digunakan dalam perhubungan. Kita boleh membina citra hidup kita dengan menggunakan bahasa. Bahasa juga ialah bakat atau kebolehan yang boleh meningkatkan kualiti hidup. Bahasa juga boleh berperanan untuk memahami orang lain.

Bahasa ada unsure huruf, bunyi, frasa, tatabahasa.
Bahasa digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain, memahami orang lain, membaca karangan orang lain
Bahasa alat komunikasi :
• Bercakap dan bergaya
• Menulis dan bergaya

Ujian unsur-unsur berasingan
- Pengaruh liguistik struktural
- Dilakukan oleh Lado pada tahun 1961
- Menguji unsur bunyi, tatabahasa,kosa kata secara berasingan.
- Diperkukuhkan oleh psychometrics, menguji kemahiran kognitif secara berasingan, mewujudkan bateri (peringkat ) ujianbagi empat kemahiran yang berlainan iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Masih digunakan sehingga sekarang.

Taxonomy Bloom
1. Pengetahuan
2. Kefahaman
3. Aplikasi
4. Analisis
5. Sintesis
6. Penilaian.

Kognitif : proses daripada kita tidak tahu kepada tahu.
Senaraikan apakah yang hendak kita uji kepada murid:
- Tatabahasa
- Pemahaman ( petikan teks)
- Lisan
- Bacaan
- Penulisan – bahagian
 A - Nilai-nilai murni
 Bina ayat berpandukan gambar
 Karangan berformat atau tidak berformat.

- Isu-isu
o Pemahaman
o Mendengar : betul atau sebaliknya, mendengar dan memahami
o Lisan : bertutur, intonasi, jeda, sebutan
o Sebutan : kata-kata pinjaman, masalah daerah
( Terengganu, Kelantan)
Bagaimana menguji pertuturan
- Syarahan
- Beri pendapat
- Forum
- Ucapan
- Rangsangan gambar
- Dialog
- Pidato



Forum
Setiap perkara yang dituturkan atau ditulis perlulah berdasarkan bukti atau maklumat tentang sesuatu tajuk yang hendak dibincangkan
- ada pengerusi atau pengurus forum
o pengurus masa
o pengurus giliran
o mengurus perjalanan forum.
Bercerita : keluarga, peristiwa, cerita-cerita rakyat
Rangsangan gambar

UJIAN DI SEKOLAH.
Ujian di sekolah : diberi markah tinggi atau rendah. Tidak ada makna jika tidak dinilai. Dapat memberi gambaran atau tafsiran jika dibandingkan ujian lain atau ujian yang dibuat pada waktu lain.

Isu-isu :
Ujian terkongkong dengan format peperiksaan.
Lupa kepada kemahiran bertutur

Sebab-sebab Pengujian
1. Melihat prestasi
2. Melihat kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran yang diajar.
3. Melihat tahap penguasaan kemahiran murid
4.
Jenis-jenis Ujian :
a. Norma : nilai berubah -ubah.
Satu nilai untuk pada masa itu sahaja.
Ujian nilai itu hanya untuk pada masa ujian itu sahaja.
Markah lulus diturunkan – ramai yang lulus dan mendapat A. Hakikatnya tiada kualiti lagi.

b. Ujian rujukan kriteria – norma tidak berubah.
Contoh : ujian kedoktoran. Markah lulusnya 40 peratus dan jika markah pelajar itu 38 peratus, dia akan gagal dalam ujianitu. Dalam keadaan ini markah lulus tidak akan diturunkan walaupun ramai yang gagal. Syaratnya mesti mengikut markah yang telah ditetapkan.

Kemahiran Kreatif dan Kritis
Kritis : kita perlu melihat yang baik dan buruk tentang sesuatu dan penilaian itu perlu seimbang.

Kreatif : daripada tidak ada kepada ada iaitu daripada yang lama buat yang baru .
Contohnya: rekaan topi berlampu.

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN BAHAN SASTERA.
1. Proses pengajaran






- Proses yang berterusan
- Objektif – pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran – penilaian ( pengujian )

2. Tujuan dalam pendidikan
- Mendapatkan kembali maklumat
- Memastikan objektif pengajaran guru tercapai.
- Mengredkan pelajar
- Sebagai penggerak ( motivasi pelajar )
- Tujuan penempatan ( sederhana, baik, lemah )
- Mengenal pasti kelemahan pelajar
o Lemah - pemulihan
o Baik - pengukuhan

3. Ciri-ciri Ujian
a. Kesahan ujian
Sejauhmanakah ujian itu menggambarkan atau menguji apa yang hendak diuji.
b. Kebolehpercayaan atau kestabilan.
c. Keobjektifan atau ketepatan ujian
Item-item yang dibina atau member peluang kepada sesuatu interprestasi berkesan.
Bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian.
Skema permarkahan hendaklah disediakan sebelum guru memeriksa.

4. Jenis-jenis Ujian
a. Ujian penempatan : ujian ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
b. Ujian formatif : menguji pelajar dari semasa ke semasa. Lepas mengajar
c. Ujian diognastik : mencari punca kelemahan pelajar
d. Ujian sumatif : tujuan untuk pengredan dan pensijilan – UPSR, PMR, SPM

5. Aras Penilaian
a. Penilaian Domain Kognitif
i. Lebih banyak ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir.
ii. Bermula denganyang rendah ( ingatan ) hingga yang tinggi ( kompleks)
iii. Bentuk ujian: aneka pilihan atau subjektif, lisan, tulisan atau ujian bulanan dan sebagainya.
iv. Oleh sebab untuk menguji pengetahuan : mudah ke susah.

b. Penilaian Domain Afektif.
i. Hubungan dengan masalah sikap,pandangan dan nilai yang dipercayai seseorang.
ii. Dapat diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis.
iii. Pengukuran menggunakan skala likert antara caranya dengan pernyataan sangat setuju, sangat tidak setuju.
iv. Juga boleh menggunakan pilihan jawapan ya atau tidak.

c. Penilaian Domain Psikomotor.
i. Berkembang dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan.
ii. Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
iii. Aktiviti seperti mendeklamasikan puisi, berlakon, bergerak,beraksi dan sebagainya. ( ada kaitan dengankognitif dan afektif )

6. Aras-aras Ujian.
Kategory Moody
Aras - informasi, konsep, perspektif, apreasiasi atau penghayatan.

UJIAN
Ujian : satu insrumen untuk membantu guru mengajar dan bukan melihat pencapaian prestasi semata-mata.
Objektif
• jangkapanjang ( keselutuhan kursus)
• jangka pendek

Cultural Literalacy : pandai berbudaya
• dapat berbicara atau menyampaikan sesuatu hujah yang berlandaskan fakta atau kajian atau pendapat pakar.
Pendapat : kurang atau lebih bebelan,dapat menulis

Membina bahasa sebagai modal insane ( human capital ) – gunabahasa dalam budaya tinggi atau intelektual untuk menyampaikan maklumat dan fakta.

Bahasa itu sendiri ada potensi untuk memberi pelajar itu pekerjaan dan kerjaya. Contoh : penulis buku, penceramah.

Isu 2 : mengajar kefahaman atau membuat rumusan tersurat dan tersirat.
Akibat sampingan :
1. Memberi platform tambahan kepada pembangkang
2. Perbezaan pendapat antara menteri UMNO jangka pendek

1. Kesan ekonomi seperti pembiayaan insfrasruktur dan elaun guru.
2. Hubungan cendiakawan dan pemimpin renggang.
3. Timbul cemuhan dan kritikan
4. Apa yang hendak dicapai 9 objektif masih kabur )
5. Sikap orang yang tidak mahu berdebat.
Positif : kecenderungan mengetepikan persoalan dan menangguhkan penyelesaian.

Langkah : pilih teks.
• Baca teks
• Sesuaikan apa isinya.
• Bina soalan dan sesuaikan dengan isi.
Semua soalan ada objektif – untuk mendapatkan jawapan
Soalan panjang : Terbuka
Soalan pendek : Tertutup
i. Salah /betul
ii. Aneka jawapan





2. Esei mengenai objektif Bahasa Melayu sekolah rendah.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid mendapat :
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan, membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan kearah membina budaya pembelajaran berterusan.
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Berdasarkan objektif di atas, kita boleh bahagikan objektif-objektif itu kepada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

I. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.
Semasa menjalankan aktiviti ini, murid-murid akan berbual tentang ahli keluarga,rakan dan orang sebagainya. Pada peringkat bahasa di sekolah saya, aktiviti dapat dijalankan dengan baik walaupun bahasa yang dituturkan oleh murid-murid adalah terhad dan masih mempunyai intonasi dan nada sebutan Cina.Namun begitu, mereka dapat menceritakan hal ahli keluarga menggunakan aras bahasa yang sederhana. Untuk membantu murid menjana idea, guru perlu bersoal jawab dengan murid-murid agar mereka dapat menyampaikan cerita dengan mengunakan ayat sendiri. Bantuan gambar juga boleh digunakan untuk membantu murid-murid membina idea menyampaikan cerita tentang ahli keluarga atau rakan-rakan lebih baik.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau dialami.
Aktiviti bercerita sangat menyeronokkan bagi murid-murid di sekolah ini. Mereka dapat bercerita dengan baik walaupun sebutan dan intonasinya kurang baik kerana terpengaruh dengan sebutan bahasa Cina. Perkataan yang sering silap disebut ialah perkataan yang mengandungi huruf ‘r’ seperti ‘rasa’ , ‘mereka’ dan sebagainya. Huruf ‘r’ akan ditukar menjadi huruf ‘l’. Guru boleh melatih tubi sebutan untuk memperbaiki kesalahan ini. Semasa melaporkan perkara yang didengar, mereka menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan kosa kata yang mudah. Namun begitu, isi yang ingin disampaikan dapat mencapai objektif pembelajaran. Kemahiran inimahu melatih murid-murid mendengar dan bertutur dengan baik. Mereka dilatih menggunakan bahasa yang ringkas untuk menyampaikan apa yang telah didengar.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan.
Menyampaikan maklumat dalam pengucapan adalah aktiviti yang sukar bagi murid-murid di sekolah ini kerana mereka kekurangan kosa kata. Idea yang hendak disampaikan ada tetapi apabila dikehendaki bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan berasa tertekan. Guru perlu membimbing mereka menggunakan perkataan yang mudah dan member sokongan semasa mereka berucap. Bahan seperti keratan akhbar, gambar, dan buku boleh digunakan agar maklumat itu dapat disampaikan .

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila.
Kemahiran ini memerlukan murid-murid mengemukakan idea dan pandangan tentang sesuatu tajuk yang diberikan oleh guru. Kemahiran ini agak sukar kerana murid-murid perlu menggunakan perkataan sendiri untuk menyampaikan ideanya. Aktiviti memerlukan bimbingan daripada guru terutama bagi kelas yang lemah.

II. KEMAHIRAN MEMBACA.
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai.
Aktiviti ini tidak menimbulkan kesukaran kepada guru walaupun murid-murid ini menghadapi kesukaran dari aspek sebutan . Mereka masih lagi dipengaruhi oleh bahasa ibunda dari aspek sebutan. Murid-murid dapat membaca kuat bahan yang diberikan. Mereka dapat membaca dengan baik walaupun ada sedikit masalah dari aspek sebutan dan intonasi. Untuk bacaan puisi, guru boleh menggunakan pita rakaman untuk memberi panduan kepada murid-murid mendeklamasikan puisi seperti pantun, syair, sajak dan sebagainya. Dengan pita rakaman itu,sebutan,intonasi dan kosa kata murid-murid dapat diperbaiki.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca.
Kemahiran ini akan mendidik murid-murid mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku, akhbar dan sebagainya. Daripada petikan yang dibaca,murid-murid akan mencari makna perkataan menggunakan kamus. Mereka akan diminta menghayati isi teks dan memahami makulat yang terkandung di dalamnya.

7.0 Membaca , menaakul,dan menghayati kandungan teks yang dibaca.

II. KEMAHIRAN MENULIS
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu menggunakan pelbagai system bahasa untuk membina ayat dalam penulisan karangan. Murid-murid Cina dan India didapati sukar membina ayat yang gramatis dan ringkas kerana kekurangan kosa kata. Mereka juga masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dalam membina ayat. Mereka sering menggunakan teknik terjemahan terus ke bahasa Melayu dengan mengikut struktur bahasa Cina.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat
Murid-murid Cina dan India mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan aktiviti ini disebabkan mereka kurang faham makna perkataan. Dengan itu, mereka tidak memahami teks yang diberikan. Guru boleh menggunakan gambar untuk membantu mereka menyusun maklumat yang diberikan. Bagi maklumat yang perlu disusun mengikut urutan masa dan tarikh, aktiviti dapat dijalankan dengan lebih mudah kerana ada panduan yang jelas dan mudah difahami.

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Penulisan adalah aktiviti yang sukar bagi murid-murid di sekolah ini kerana masalah kurang kosa kata. Mereka masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dari aspek morfologi, sintaksis, dan percampuran kod. Ini jelas dilihat dalam pembinaan ayat pendek, tiga kesalahan ini sering dilakukan. Contohnya :
Ali and Abu di padang main bola.
Masalah morfologi disebabkan bahasa Cina tidak ada imbuhan. Kesalahan menulis ‘dan’ menjadi ‘and’ kerana kesalahan percampuran kod. Kesalahan sintaksis kerana mereka mengikut struktur bahasa Cina.
Untuk mengatasi masalah ini guru akan membina jadual susunan ayat untuk memberi panduan mereka menyusun perkataan dengan betul.
Contoh panduan susunan ayat :
1. Siapa – buat apa- di mana.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca.

umar berkata...

UMAR BIN AHMAD
M20071000115
umar115_ahmad@yahoo.com

Soalan 1
Kandungan kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu.

Unsur sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu telah diperkenalkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sebagai komponen wajib dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2000 di Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di seluruh negara. Pelajar mengkaji dan membaca pelbagai karya sastera berdasarkan genre novel, cerpen, drama, puisi tradisional, puisi moden dan prosa tradisional.
Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini diperkenalkan bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam kalangan pelajar, serta memperkukuh kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya.
Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijalankan secara berperingkat-peringkat di sekolah mulai bulan Mac 2000 seperti yang berikut:

Mac 2000 : Tingkatan 1 dan Tingkatan 4
Tahun 2001 : Tingkatan 2 dan Tingkatan 5
Tahun 2002 : Tingkatan 3

Melalui pelaksanaan komponen ini, setiap pelajar akan membaca dan mengkaji novel-novel secara berasingan mengikut zon yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Satu novel bagi setiap tingkatan ditetapkan mengikut zon, iaitu daripada pilihan 4 judul. Ini bermakna, seorang pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan. Novel-novel yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Tingkatan 1 - 1. Meniti Kaca (R. Sabarudin R. Abdullah)
2. Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)
3. Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj.Yusuf)
4. Limpahan Darah Di Sungai Semur (Zakaria Salleh)

Tingkatan 2 - 1. Pahlawan Pasir Salak (Mohd.Ismail Sarbini)
2. Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain)
3. Timulak Kapal Perang (Azmah Nordin)
4. Kapten Hassan Wira Bangsa (Harun Johari)

Tingkatan 3 - 1. Panas Salju (Talib Samad)
2. Merdeka! Merdeka! (A. Rahman Hanafiah)
3. Ekspedisi (Mohd.Ghazali Tocheh)
4. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Noordin)

Tingkatan 4 - 1. Terminal Tiga (Othman Puteh)
2. Perlumbaan Kedua (Marwilis Hj.Yusuf)
3. Di Hadapan Pulau (A.Samad Said)
4. Bukit Kepong (Ismail Johari)

Tingkatan 5 - 1. Konserto Terakhir (Abdullah Hussain)
2. Seteguh Karang (Tuan Faridah Syed Abdullah)
3. Julia (Abu Hassan Morad)
4. Putera Gunung Tahan (Ishak Haji Muhammad)

Di samping itu, pelajar juga dikehendaki membaca dan mengkaji teks antologi yang sama bagi semua zon. Teks antologi ini mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden (sajak), 6 puisi tradisional, dan 4 prosa tradisional seperti yang berikut:
Tingkatan 1- Sehijau Warna Daun
Tingktan 2 - Seuntai Kata untuk Dirasa
Tingktan 3 – Anak Bumi Tercinta
Tingktan 4 – Anak Laut
Tingkatan 5 – Kerusi

Bagi mempelajari komponen Kesusasteraan Melayu ini, dua waktu diperuntukkan daripada enam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Sementara, penaksiran pada peringkat sekolah dan peringkat pusat dilaksanakan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai pada Tahun 2001dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai pada Tahun 2002.



Soalan 2
Perkara penting dalam kuliah pada 24 Januari 2009.

Nota kuliah pada 24 Januari 2009 membincangkan beberapa topik. Antara topik penting yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Tujuan ujian dalam pendidikan adalah untuk mendapat kembali maklumat, memastikan
objektif pengajian guru tercapai, menggred pelajar, ujian sebagai penggerak atau motivasi dan
bagi tujuan penempatan (sederhana, baik dan lemah).

2. Ciri-ciri ujian yang dibincangkan meliputi perkara-perkara berikut:
i. Kesahan ujian – ujian itu mengambarkan atau menguji apa yang hendak diuji. Contoh,
jikalau objektif guru mahu pelajar menguasai tema, maka ujian yang diadakan adalah
berkaitan tema.
ii. Kebolehpercayaan atau kestabilan - ciri ini dilihat dari segi ketepatan dan kejituan ukuran
yang dibuat. Ujian yang stabil atau boleh dipercayai.
iii. Keobjektifan atau ketepatan ujian – Item-item yang dibina tidak memberi peluang kepada
sesuatu interpretasi berlainan daripada apa yang telah ditentukan terlebih dahulu. Bahasa
hendaklah tepat dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Skema pemarkahan juga
disediakan terlebih dahulu sebelum guru memeriksa.

3. Jenis-jenis Ujian. Jenis-jenis ujian merangkumi ujian berikut:
i. Ujian penempatan – bertujuan menguji pelajar agar mempunyai keterampilan yang
disyaratkan bagi sesuatu kursus.
ii. Ujian formatif – menguji pelajar dari masa ke masa serta memberi maklumat kepada guru.
iii. Ujian Diagnostik – mencari punca kelemahan pelajar.
iv. Ujian Sumatif – untuk penggredan dan pensijilan(UPSR,PMR,SPM,STPM).

4. Asas-asas Penilaian. Asas-asas penilaian digariskan mengikut domain-domain berikut:
i. Penilaian Domain Kognitif – ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir. Bermula
daripada peringkat rendah iaitu aras ingatan sehingga yang tertinggi,iaitu kompleks. Bentuk
ujian adalah pelbagai seperti aneka pilihan, subjektif, lisan, tulisan, ujian bulanan dan lain-
lain.
ii. Penilaian Domain Afektif – berhubung dengan masalah sikap, pandangan dan nilai-nilai
yang dipercayai seseorang. Penilaian ini diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara,
pengamatan terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis. Pengukuran menggunakan skala
Likert . Di samping itu, boleh juga menggunakan respon pilihan ya atau tidak.
iii. Penilaian Domain Psikomotor – berhubung dengan aktiviti otot dan pergerakan yang
menggunakan anggota tubuh badan. Penilaian menggunakan pengamatan berbeza dengan
bidang sukan. Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain
(ada kaitan dengan kognitif dan afektif).

5. Aras-aras Ujian. Antara aras ujian yang digariskan adalah seperti berikut:
i. Kategori Moody – Aras informasi, Aras Konsep, Aras perspektif, Aras
Apresiasi/penghayatan.
ii. Taksonomi Bloom – Aras pengetahuan, Aras pemahaman, Aras Aplikasi, Aras Analisis,
Aras Sintesis dan Aras Penilaian.

6. Aras-aras Ujian Sastera.
i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan – memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan
kembali daya atau kebolehan mengingati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep,
pengertian,definisi,deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya
mudah, hanya menghendaki pelajar menamakan,memberi definisi,nama pengarang dan
sebagainya. Contoh ujian aras ingatan ini adalah seperti berikut; Apakah yang diertikan
dengan perkataan “cemara”? Butiran ujian juga boleh direncanakan dalam bentuk aneka
pilihan.
ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman – memerlukan para pelajar berkeupayaan
memahami,membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat
lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang
dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya,
berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi
utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Contoh soalan,
Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Latifah Hj Shebli dalam sajaknya Aku Menjadi
Lebih Berani.
iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi – menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan,
teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu
situasi baru. Dengan cara ini membolehkan para pelajar menerapkan pengetahuan teoritisnya
ke dalam kegiatan praktis dan konkrit. Pada aras ini pelajar berkeupayaan mengubah,
memodifikasi, mendemonstrasi, mengoperasi dan menerapkan sesuatu hal atau sesuatu
kemampuan. Contoh soalan, Sudut pandangan apakah yang digunakan oleh dalam Novel Julia
karya Abu Hassan Morad.
iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis - berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-
unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Sebelum diuji aras ini, pelajar harus
benar-benar sudah membaca karya yang ditetapkan dan pelajar mampu melakukan kerja
analisis terhadap karya tersebut. Sikap dan aras membaca seharusnya lebih luas. Pelajar
bukan sekadar berkeupayaan memahami isi cerita tetapi lebih jauh daripada itu
berkemampuan membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut
atau karya sastera tersebut sebagai hasil secara keseluruhan. Keupayaan menyelesaikan
tugasan analisis ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan
dalaman karya tersebut. Contoh soalan, Bagaimanakah sifat-sifat watak utama dalam Novel
Perlumbaan Kedua?
v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis – mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan,
menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang
berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera, kemampuan
untuk menyelesaikan tugasan berbentuk sintesis antara lain pelajar berkeupayaan
mengkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis, contohnya, puisi, cerpen atau novel
yang mempunyai persamaan unsur tertentu seperti gaya, tema plot dan latar.Pelajar juga
berkeupayaan menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa buah karya sastera.
Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut; Jelaskan
persamaan watak Julia dalam novel Julia dan watak Tuk Kura dalam novel Perlumbaan
Kedua.
vi.Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian – peringkat tertinggi dalam kayu ukuran aspek kognitif.
Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada
kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan
hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Contoh soalan,
Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-
kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya.

7. Ujian Kesusasteraan Kategori Moody.
i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi – berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap
perkara-
perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera.Item-item soalan yang dirancang dan
diajukan kepada pelajar amat mudah disediakan kerana selalunya merujuk kembali kepada
karya sastera yang dipelajari dan murid melakukan aktiviti hafalan bagi mengingati fakta-fakta
penting dalam karya tersebut. Contoh soalan, Siapakah watak utama novel Perlumbaan
Kedua?
ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep – berkaitan dengan persepsi bagaimana maklumat-
maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung
dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Contoh
soalan, Apakah konflik yang dialami oleh watak Tuk Kura?
iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif - penumpuan kepada pandangan pelajar atau pembaca
dengan karya sastera yang dibaca. Pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah
karya sastera ditentukan oleh keupayaannya memahami karya sastera yang berkaitan. Item-
item soalan ujian aras ini adalah ujian kemampuan kognitif yang paling tinggi arasnya.
Contoh soalan, Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Julia?
iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan – ujian aras ini berkisar pada permasalahan
dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Keperluan kognitif yang
diperlukan untuk mengerjakan butiran-butiran ujian aras apresiasi juga memerlukan
kemampuan kognitif aras tinggi. Pelajar harus berupaya mengenali, menganalisis,
membandingkan, menggeneralisasi dan menilai bentuk-bentuk kebahasaan yang digunakan
dalam sesebuah karya sastera yang dikaji dan dibahaskan. Contoh soalan, Mengapakah
Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang jalan dan Azizi Hj Abdullah dalam novel
Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah)
bagi melahirkan maksud-maksud tertentu.


Soalan 3
Isu-isu pengujian dan penilaian yang terlibat dalam pengajaran sastera dalam bahasa Melayu.

Pengujian dan penilaian memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan bahasa. Apabila unsur sastera diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu secara berperingkat mulai 2000, pengujian dan penilaian bahasa turut berubah. Jikalau dahulu pelajar didedahkan dengan item-item ujian yang menjurus kepada penulisan karangan, tatabahasa, rumusan dan ringkasan karangan, pemahaman, kini item-item ujian yang dibina perlu berlandaskan teks-teks kesusasteraan yang ditetapkan oleh kementerian.
Pada asasnya, penilaian adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan mengajar sesuatu kemahiran bahasa, iaitu kemahiran yang telah dapat diajar dan dikuasai oleh murid, dan aspek-aspek yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran yang akan datang. Mulai tahun 2001, Komponen Sastera (KOMSAS) mula diuji dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang disemak semula pada tahun 2002 (Pusat Perkembangan Kurikulum), ditegaskan KOMSAS dimasukkan ke dalam bidang estetik dan bertujuan membolehkan pelajar menguasai aspek bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping mementingkan penikmatan hasil karya, antara perkara-perkara yang dititikberatkan ialah:
10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya
10.3 Menyatakan jenis, ciri tema dan persoalan,pemikiran,latar,plot,gaya bahasa dan sudut pandangan.
Bagi membolehkan pelajar menikmati dan menghayati sesebuah karya sastera dari aspek kandungan mesej dan keindahan bahasanya, pelajar perlu memahami karya tersebut dari aspek luaran dan dalaman. Dalam pengujian dan penilaian KOMSAS, soalan aneka pilihan digunakan bagi menguji KOMSAS bagi tingkatan satu hingga tiga. Item-item soalan dibina berdasarkan petikan yang terdapat dalam antologi yang ditetapkan oleh Kementerian. Soalan esei dikemukakan berasas novel yang dipelajari semasa tingkatan satu, dua dan tiga. Isu yang timbul di sini, ialah bentuk-bentuk soalan aneka pilihan yang disoal lebih cenderung ke arah mencungkil pemahaman pelajar semata-mata. Item soalan yang dibina adakalanya tidak menguji apa yang sepatutnya diukur. Seimbas lalu ujian itu kelihatan seperti mengukur apa yang sepatutnya diukur. Oleh itu, sebelum membina ujian yang bertujuan untuk menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa, eloklah guru menyemak semula setiap item atau soalan supaya jangan ada yang terkeluar daripada batasan atau tujuan ujian itu dibina.

Isu seterusnya yang dapat dilihat dalam pengujian dan penialaian KOMSAS adalah berkait dengan kesahan isi. Kesahan isi mempersoalkan sama ada sesuatu ujian itu mengandungi satu sampel yang seimbang tentang perkara yang telah diajar menurut sukatan pelajaran atau program pengajaran. Ini adalah penting bagi kedua-dua jenis ujian,iaitu yang bercorak formatif atau sumatif. Sebagai contoh, jika guru hendak menguji aspek-aspek yang telah dibincangkan dengan pelajar bagi sesebuah novel dalam bulan Februari, maka kesahan isi ujian tersebut adalah tinggi sekiranya item ujian yang dibina mewakili semua aspek novel yang telah diajar dalam bulan ini. Oleh itu, bagi menjaga kesahan isi ini, guru perlu merujuk semula rekod-rekod pengajarannya seperti buku rekod mengajar dan sukatan pelajaran. Skop isi ujian tersebut, iaitu sama ada untuk hujung penggal, pertengahan tahun atau hujung tahun, hendaklah mewakili pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku dalam tempoh tersebut.

Seterusnya, pengujian dan penilaian KOMSAS turut dikaitkan dengan kesahan konstrak. Konstrak ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda yang abstrak atau maujud. Dalam bidang pengajaran sastera dalam bahasa Melayu, kemahiran pelajar menaakul konsep-konsep abstrak seperti unsur-unsur gaya bahasa, tema, persoalan dan sebagainya merupakan antara aspek yang sering diuji oleh guru. Dalam menguji kemahiran murid memahami konsep-konsep ini, guru harus memahami terlebih dahulu konstruk –konstruk yang ingin diuji.
Selain itu, isu pengujian dan penilaian pengajaran sastera turut dikaitkan dengan kebolehpercayaan item. Kebolehpercayaan item kadang kala disebut sebagai ketekalan dalam sesuatu ujian, sebab setiap item dalam ujian tersebut berfungsi dalam kebolehpercayaan atau ketekalannya membezakan murid yang bagus dengan murid yang lemah tentang kemahiran yang diukur oleh ujian tersebut. Bagi menjaga kebolehpercayaan item sesuatu ujian, guru perlulah mengikuti garis panduan berikut:
i. Jangan menggunakan item soalan yang terlampau senang. Hal ini demikian kerana murid yang bagus dan yang lemah pun boleh menjawabnya dan oleh hal yang demikian item-item tersebut tidak dapat berfungsi dalam membezakan antara kedua-dua golongan murid.
ii. Jangan menggunakan item soalan yang terlampau susah. Hal ini demikian kerana murid yang lemah dan yang bagus sekalipun tidak boleh menjawabnya dengan betul. Oleh hal yang demikian item tersebut juga tidak dapat membezakan antara kedua-dua golongan murid.
iii. Berdasarkan maklum balas daripada faktor (i) dan (ii), maka sebaik-baiknya dari segi ketekalan dalam sesuatu ujian,item yang akan digunakan oleh guru adalah item soalan yang bercorak susah, sederhana dan senang,, dan bukan yang terlampau susah atau terlampau senang.
iv. Sekiranya item soalan dalam sesuatu ujian itu berbentuk aneka pilihan, adalah dicadangkan supaya item yang kabur atau yang mempunyai dua pilihan yang boleh dianggap betul digugurkan daripada ujian tersebut.

Soalan 4
Bina lima soalan berkaitan pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah anda.

Soalan 1 - Petikan Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta dengan demikian maka Laksamana pun sampailah ke balai gendang. Maka Laksamana berhenti di balai gendang mendengar bunyi rebana itu terlalu ramai, Si Jebat makan minum dengan segala isi istana. Setelah dilihatnya hampir tengah hari, maka didengar oleh Laksamana bunyi rebana dan redap itu berhenti, hingga bunyi rebana kecil juga lagi bunyinya mengulit Si Jebat tidur. Maka Laksamana pun tahulah akan Si Jebat tidur itu. Maka Laksamana pun melihat ketika dan edaran. Setelah sudah sampai ketikanya maka Laksaman pun turun dari balai gendang itu lalu berjalan masuk ke pagar lalu berdiri di tengah halaman istana itu. Maka segala orangnya empat puluh itu pun berdiri di belakang Laksamana. Maka segala orang banyak pun berdiri dari jauh melihat tenasya: ada yang naik pohon kayu, ada yang naik bumbungan, ada yang naik ke haling jambatan raja; maka sekalian yang berani masuk berdiri di belakang Laksamana.
(Dipetik daripadacerita “Pertarungan Tuah dengan Jebat”dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata “melihat ketika dan edaran”? [2 markah]
(ii) Bagaimanakah Laksamana meyakinkan dirinya bahawa Jebat telah tidur? [3 markah]
(iii) Pada pandangan anda, mengapakah kehadiran Laksamana di hadapan istana menarik minat orang ramai? [3 markah]
Soalan 2 - Petikan Puisi Tradisional
Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN ENAM KERAT

Ular tedung jangan dipermudah,
Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,
Kota terbuat daripada kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.

Penakik pisau raut,
Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,
Memikul Cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi.
[Permatang Budi, 1991 Fajar Bakti Sdn. Bhd. ]

i. Apakah maksud baris –baris berikut?
Telah patah tempat berpijak,
Ke mana hendak digapai lagi [2 markah]

ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara mengatasi masalah kehilangan tempat bergantung dahan berpijak. [3 markah]

iii. Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

Soalan 3 - Sajak
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

AKU MENJADI LEBIH BERANI
Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu.
Sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.

Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar
sepatah kata
bisa,
aku merasa.

Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.

Latifah Haji Shelbi (Antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud baris “Hati dan rasa mengajarku”? [2 markah]
(ii) Apakah bukti yang menunjukkan bahawa pensyair seorang yang berani? [3 markah]
(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Soalan 4 - Petikan Cerpen
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Setiap kali, cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.
Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menghela nafas panjang.
Jo menjadi serba salah ketika menatap wajah Daneng yang keruh seperti air danau yang timbul kelodaknya.
“Adakah aku sudah menyinggung perasaannya, adakah nasihatku keterlaluan?” bentak suara hati Jo.
Tetapi niatnya harus diteruskan. Bara yang digenggam perlu menjadi arang!
“Daneng, kau terlalu sayang akan hutan ini bukan?”
“Janganlah memisahkan saya dengan hutan ini, cikgu,” terkeluar kalimat rayuan daripada mulut Daneng.
“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan kamu.”
“Apa maksud cikgu?”
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam pembalakan. Sindiket yang gila akan duit menceroboh dan membunuh fauna dan flora di kawasan hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di Lembangan Amazon juga terancam.

(Dipetik daripada cerpen Lambaian Malar Hijau, oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan dalam antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

( i ) Apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata Bara yang digenggam perlu menjadi
arang dalam petikan cerpen di atas? [2 markah ]

( ii ) Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ancaman yang dihadapi oleh
hutan malar hijau. [3 markah]

( iii ) Huraikan dua persoalan dalam petikan dan dua persoalan yang terdapat dalam
cerpen di atas. [4 markah ]


Soalan 5 - Petikan drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
PUTERI HANG LI PO: Pandai Orang Kaya mengolah bicara hingga tujuan asal beta untuk
melamar cinta telah tuan hamba ubah pula menjadi seolah-olah beta hanya menguji Orang Kaya.

HANG JEBAT : Sememangnya pada hemat patik, Tuanku Puteri hanya menguji patik.
Adalah wajar perbuatan Tuanku Puteri itu tadi untuk mengukur kesetiaan hamba sahaya. Atas anggapan itu akan patik tanam lagi dengan sekukuh-kukuhnya akan kesetiaan hamba sahaya seperti patik ini untuk panduan Tuanku Puteri. Percayalah Tuanku Puteri bahawa atas nama hulubalang Melayu tidak terlintas di hati lelaki yang perwira dan taat pada rajanya untuk menderhaka sedemikian rupa. Mereka akan lebih rela mati daripada menjejas kedaulatan raja. Apatah lagi Sultan Melaka sungguh adil dan saksama serta bijaksana pula. Jika ada sesuatu kedurjanaan akan segera dikesan oleh baginda.

PUTERI HANG LI PO: Malu amat beta dibuat oleh kata-kata Orang Kaya. Apalah lagi
yang ada pada beta selepas ini. Sudahlah dagang di negeri orang, menumpang kasih pula dilarang.

HANG JEBAT: Sudahlah Tuanku Puteri. Bersabarlah menanti kedatangan Sultan.
Apabila baginda kembali dari berburu pelanduk di hutan, patik akan sampaikan betapa rindunya Tuanku Puteri semoga segera dikunjungi baginda. Mohon patik minta diri dahulu Tuanku Puteri, takut geruh pula nanti terlalu lama berdua-duaan begini. Ampun Tuanku Puteri.

[Dipetik daripada drama Puteri LI Po, karya Rahmah Bujang, dalam Antologi Kerusi]

( i ) Apakah sifat-sifat yang dimiliki oleh hulubalang Melayu Melaka? [3 markah]

( ii ) Pada pendapat anda, mengapakah Hang Jebat menolak cinta Puteri Hang Li Po?
[3 markah]

( iii ) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam drama ini. [4 markah]


Soalan 5
Dua cadangan memperbaiki pengajaran dan pembelajaran sastera
di sekolah pada masa ini


Pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah kini sememangnya berdepan dengan beberapa masalah. Antara masalah yang dihadapi oleh guru dan murid adalah penggunaan genre yang terlalu banyak dalam peruntukan waktu yang terlalu singkat. Dalam situasi ini guru sering berdepan dengan dilema untuk menghabis pengkajian novel atau genre yang ditetapkan demi keperluan peperiksaan semata-mata. Dalam keadaan ini sudah pasti nilai estetika genre berkenaan tidak dititikberatkan oleh guru. Guru hanya mengajar KOMSAS berlandaskan alasan untuk memenuhi keperluan peperiksaan. Dalam hal ini sudah pasti matlamat tujuan KOMSAS diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tersasar daripada matlamat asasnya. Guru tidak berkesempatan mengungkapkan nilai-nilai estetika sesebuah genre berkenaan, malahan adalah lebih tragis, murid tidak langsung mengenali penulis karya berkenaan. Hal ini demikian kerana soalan tentang latar belakang penulis tidak dijadikan item dalam pembinaan soalan sama ada di peringkat sekolah, mahupun peringkat PMR atau SPM. Dalam keadaan ini adalah wajar pihak-pihak berkenaan memastikan bahawa genre yang dipilih dihadkan bilangannya, ibarat pepatah “ukur baju di badan sendiri”. Ukur keupayaan guru dan ukurlah keupayaan murid kerana jika kita bersikap hanya melepaskan batuk di tangga, maka matlamat kurikulum untuk mengungkap nilai-nilai estetika dalam karya-karya sastera sukar direalisasi oleh pendidik. Sesebuah karya harus dikupas dengan teliti agar murid benar-benar dapat melihat nilai-nilai estetika karya berkenaan. Waktu yang diperuntuk sekitar 35 hingga 40 minit, (dua kali seminggu) tidak mencukupi bagi murid menilai keindahan karya berkenaan. Tambahan pula, lambakan genre yang pelbagai tidak dapat membantu murid menghayati genre-genre berkenaan dengan sewajarnya. Oleh itu, adalah wajar pihak berkenaan mengehadkan bilangan genre dan novel yang perlu dikaji oleh murid di sekolah. Sekiranya bilangan genre ini tidak dihadkan, alternatif kedua yang perlu difikirkan oleh pihak terbabit adalah menambah bilangan waktu pengajaran KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran sastera di sekolah juga memerlukan guru-guru yang mempunyai pendedahan dalam bidang kesusasteraan. Walaupun pengetahuan guru mungkin tidak mendalam, namun adalah lebih baik berbanding jika guru-guru yang mengajar KOMSAS atau mata pelajaran Bahasa Melayu adalah guru-guru yang mempunyai latar belakang akademik atau bidang kemahiran yang berbeza. Situasi ini menyebabkan guru-guru tidak dapat menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan kepada murid. Situasi di sekolah kini memperlihatkan bahawa kebanyakan guru yang mengajar bahasa Melayu adalah terdiri daripada guru-guru yang mempunyai latar belakang teknologi maklumat, perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Dasar kerajaan 60:40, iaitu 60 pemberatan ke arah sains dan 40 sastera, menyebabkan guru-guru yang keluar dari institusi pendidikan mempunyai latar belakang yang majoritinya bukan aliran kesusasteraan. Bagaimana mungkin seorang guru yang tidak berminat langsung dengan karya-karya sastera, dapat menterjemahkan nilai-nilai estetika yang terkandung di dalam genre atau sesebuah novel berkenaan. Jika terdapat guru yang sedemikianpun, adalah sukar untuk dicari. Jika ditinjau di sekolah-sekolah, rungutan yang pasti kedengaran adalah kekurangan guru opsyen bahasa Melayu. Guru-guru yang mempunyai opsyen lain rela atau terpaksa, harus mengajar subjek ini. Realitinya, sukar kita mengungkap nilai-nilai estetika karya-karya sastera jika pendidik yang menjadi wadah ilmu ini sendiri tidak mempunyai kesediaan ilmu yang mencukupi dalam bidang berkenaan. Pihak-pihak yang berkenaan perlu merenung kembali permasalahan ini, agar KOMSAS yang diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, benar-benar dapat menyedarkan murid tentang keindahan karya-karya sastera di negara kita.

umar berkata...

UMAR BIN AHMAD
M20071000115
SMK ALANG ISKANDAR
34300 BAGAN SERAI, PERAK.
019-4217750

1.Sempurnakan nota kuliah setakat ini. (10 markah)
ntara perkara yang dibincangkan dalam kuliah adalah seperti berikut;
Kuliah awal membincangkan dua kertas kerja yang ditulis oleh Hjh. Zahirah Abd. Aziz , Ketua Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Pusat Perkembagan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Kertas kerja pertama
A membincangkan konsep penyerapan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan kertas kerja kedua merupakan satu analisis terhadap sukatan pelajaran Bahasa Melayu.

Kuliah berikutnya membincangkan perkara-perkara berikut:

Pengenalan

1. Belajar bahasa asli dan bahasa asing
2. Hubungan ujian dengan pembelajaran
3. Isu-isu yang selalu timbul mengenai ujian
4. Lado: Bab 1 dan 2

Pengujian dalam bahasa

1. Masalah menguji bahasa asli: dialek yang berbeza-beza, tatabahasa, falasi logik, kekurangan kosa kata, penulisan, gaya.
2. Teori dan amali menguji bahasa asing: Perbezaan daripada bahasa asli.
3. Lado: Bab 1, 2, dan 3

Variabel dan strategi

1. Variabel: unsur dan kemahiran.
2. Strategi: situasi atau bahasa, unsur atau kemahiran, ujian berkelompok atau individu, ujian subjektif atau subjektif.
3. Lado: Bab 4

Kriteria menguji

1. Kesahihan, reliablity, scorability, ekonomi, administrability.
2. Kritikan: terjemahan, esei, rencana (dictation), ujian objktif, ujian mendengar.
3. Lado: bab 5

Sebutan

1. Peranan sebutan, segmen sebutan dan bunyi.
2. Perspesi bunyi bermakna (pasangan), mengenal pasti bunyi melalui sebutan, melahirkan sebutan, sebutan baku,

Intonasi

1. Amali: membina unit ujian sebutan dan intonasi.
Lado: 6, 7, 8, 9, 10.

Menguji Tatabahasa

1. Apakah struktur bahasa, struktur yang ditentukan oleh bahasa asli, pola-pola struktur bahasa, pemeringkatan pola bahasa.
2. Teknik menguji dan mengenali struktur tatabahasa.
3. Ujian menghasilkan struktur tatabahasa.
4. Menguji struktur bahasa asing.
5. Amali: membina unit ujian tatabahasa.
6. Lado: Bab 11 dan 12.

Menguji Kosa Kata

1. Apa itu kosa kata?
2. Berapa banyak kosa kata, sampel.
3. Teknik mengenal kata, menuliskan kata.
4. Teknik mengujii melahirkan kosa kata, dll.
5. Amali: membina unit ujian kosa kata.
6. Lado: Bab 13.

Kemahiran Bersepadu

1. Kefahaman auditori.
2. Bgaimana membentuk ujian.
3. Pelbagai pilihan, betul-salah dll.
4. Membina unit ujian bersepadu.
5. Lado: Bab 14

Kefahaman Membaca

1. Teknik umum
2. Pra-membaca
3. Teknik bagi pelajar awal
4. Teknik bagi pelajar maju.
5. Membina unit ujian membaca.
6. Lado Bab 15, Marohaini

Menguji keseluruhan bahasa

1. Menguji over-all control of the language.
2. Menguji kefahaman budaya, dan silang budaya.
3. Menguji nilai tinggi.
4. Membina unit ujian penggunaan bahasa canggih.
5. Lado: Bab 19, 20 dan 21

Prosedur Membina Ujian

1. Prinsip ujian dalam bilik darjah.
2. Ujian atau kuiz.
3. Item ujian objektif.
4. Kertas jawapan.
5. Fail item ujian.
6. Menyediakan item ujian.
7. Membina ujian.
8. Merekabentuk ujian on-line.

Kuliah seterusnya membincangkan apa itu ujian. Kuliah ini melihat perkara-perkara berikut:

Apa itu ujian?
1.Umumnya kita hidup penuh dengan ujian dan penilaian. Apa saja yang kita lakukan diuji dan diukur.
Menentukan identiti

1. Ujian dadah dalam sukan
2. Ujian darah
3. Ujian DNA
4. Ujian mata
5. Ujian pendengaran


Mengetahui tahap kemampuan
1. Ujian amat sedikit dimengerti
2. Ujian bahasa juga demikian
3. Bayangkan ujian bahasa yang dilakukan di Malaysia
4. Apa gambaran yang kita dapati

Keperluan ujian bahasa
1. Mengawal (masuk ke universiti – MUET, TOEFL)
2. Membuat penyelidikan penguasaan bahasa (memerlukan ujian)
3. Menjalankan ujian bagi mengetahui tahap kemahiran, kefahaman, kemahiran (tugas seorang guru)
4. Jenis Ujian

Berbeza dari segi kaedah (method) dan tujuan (purpose)

1. Kaedah: kertas and pensil berbeza
2. Peperiksaan: kosa kata, tatabahasa, dll)
3. Kemahiran: mendengar, kefahaman, membaca dan memahami.
4. Bentuk ujian: aneka pilihan, esei, mendengar, lisan dll.

Dibezakan daripada segi:

1. Prognostik
2. Progres
3. Kecapaian (achievement)
4. Kemahiran (proficiency)


Tujuan
1. Kecapaian (pencapaian)
2. Kemahiran (kemahiran, kefasihan)
3. Jangka panjang – tujuan kursus
4. Jangka pendek – setiap pelajaran

Prinsip
1. Mengetahui ujian dalam darjah
2. Mendorong progres pelajar
3. Menilai pencapaian dalam darjah

Masalah menguji
1. Masalah
2. Dialek
3. Logik
4. Kurang kosa kata (lack of vocabulary)
5. Menulis (writing)
6. Gaya (style)

Variabel
1. Unsur (Elements, information)
2. Kemahiran (Skill)

Strategi
1. situation vs language sebenar
2. skill vs different elements
3. Group testing vs individual testing
4. objective vs subjective tests

Kriteria ujian bahasa
1. Validity
2. Reliability
3. Scorability
4. Economy
5. administrability

Kritikan terhadap ujian
1. Translation
2. Essay
3. Objective tests
4. Auditory comprehension

Isu-Isu Semasa Lain
1. Ujian BM secara umum
2. Sukatan baru
3. Apa yang diuji
4. Pemeringkatan ujian
5. Kesahihan ujian
6. Tafsiran ujian

Kuliah seterusnya membincangkan topik berikut:

Jenis ujian

1.Pembinaan ujian
2.Ujian Secara Berasingan
3.Ujian Integrasi dan Pregmatik
4.Ujian Bahasa Komunikatif

Pembinaan Ujian

1. Penggunaan ujian berkriteria
2. Pembinaan item ujian
3. Kesahan ujian
4. Kebolehpercayaan ujian

Ujian Secara Berasing (Discrete Point Test)

1. Integrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi
2. Integrasi mahal- mengambil masa yang pannjang
3. Ujian integrative sesuai untuk kelas KBSR
4. Item integrative- meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa
5. Ujian kloz, sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti.

Ujian integrasi dan pragmatik

1. Integrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi
2. Integrasi mahal – mengambil masa yang panjang
3. Ujian integratif sesuai untuk kelas KBSR
4. Item integratif – meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa.
5. Ujian kloz – sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti

Ujian Bahasa Komunikatif

1. Kemahiran menggunakan bahasa dalam komunikasi
2. Pendekatan komunikatif berpusatkan bentuk komunikatif
3. Kebolehan menggunakan bahasa dengan konteks

Dua bentuk ujian komunikatif.
1. Ujian prestasi – penglibatan pelajar secara langsung
2. Latar belakang pelajar dan peranannya dalam sosial.

Model kecekapan Komunikatif
1. Tindak balas imaginatif dan praktis dengan penggunaan teori Model dibahagi kepada komponen pengetahuan bahasa
2. Kecekapan tatabahasa
3. Kecekapan sosiobudaya
4. Kecekapan wacana
5. Kecekapan strategi.

Kuliah seterusnya membincangkan Rekabentuk ujian. Antara perkara yang ditekankan ialah:

Komunikasi dan Rekabentuk Ujian
1. Pandangan tentang bahasa dan penggunaan bahasa mempengaruhi reka bentuk ujian dan mentafsir skor
2. Binaan ujian adalah bagi mengetahui kemahiran bahasa calon yang diukur.
3. Reka bentuk ujian ditentukan oleh apa yang kita anggap menjadi kemahiran yang diuji.
4. Format yang berlainan, ujian lisan atau ujian tulisan bergantung pada apa yang dianggap bahasa dan penggunaan bahasa.
Ujian unsur-unsur berasingan
1. Pengaruh linguistik struktural
2. Dilakukan oleh Lado 1961
3. Menguji unsur bunyi,tatabahasa, kosa kata secara berasingan.
4. Diperkukuh oleh psychometrics, menguji kemahiran kognitif secara berasingan.
5. Mewujudkan bateri(perangkat) ujian bagi empat kemahiran yang berlainan mendengar, bertutur,membaca,menulis
6. Masih digunakan hingga sekarang.
Ujian integratif dan pragmatik
1. Keperluan penguasaan bahasa bagi belajar di universiti di Amerika dan Britain memerlukan ujian dilakukan terhadap kemahiran menggunakan bahasa.
2. Ini memerlukan prestasi secara integratif diuji.
3. Ujian unsur diskret (berasingan) hanya menguji pengetahuan mengenai bahasa tidak kemahiran menggunakan bahasa.
Ujian integratif
1. Menguji sebutan,tatabahasa,kosa kata dalam konteksnya diutamakan
2. Ini berbeza daripada ujian unsur berasingan
3. Ini dilakukan dengan melihat kemahiran bertutur dan wawancara, mengarang teks lengkap,memahami teks yang lengkap bagi tulisan dan lisan.
Masalah Ujian Integratif.
1. Memakan masa
2. Mahal
3. Sukar membuat penskoran
4. Sukar melatih pemeriksa.
5. Tidak juga dapat dipercayai.
Penyelesaian Olter 1970-an
1. Ujian cloze
2. Asasnya: pelajar memproses dalam masa sebenar,natural seperti bertutur dan membaca.
3. Bagi memahami teks, pelajar perlu memahami seluruh unsur bahasa,yakni perlu memahami sistem bahasa.
4. Ujian cloze-mengisi ruang kosong
5. Sama juga dengan menguji unsur berasingan
Ujian komunikatif
1. Hymes, kemahiran bahasa bukan sekadar mengetahui unsur tatabahasa.
2. Peraturan budaya amat menentukan betul salah penggunaan bahasa, khusus bagi konteks tertentu.
3. Ujian berubah,penilaian pelajar dalam konteks sebenar, dan dalam aktiviti berkomunikasi.
4. Memberi perhatian kepada peranan penutur dalam konteks
5. Melahirkan ujian integratif dan pragmatik.
Komponen yang perlu diuji.
1. Bentuk tatabahasa sebutan, tatabahasa, kosa kata seperti ujian unsur berasingan
2. Kemahiran sosiolinguistik, dalam konteks yang berlainan:komunikasi dalam budaya sesuatu masyarakat.
3. Kemahiran strategik, kemampuan menggunakan muslihat bagi mengatasi kelemahan dalam kemahiran berbahasa.
4. Kemahiran berwacana –kemampuan menggunakan bahasa dalam konteks luas.

Nota kuliah pada 24 Januari 2009 membincangkan beberapa topik. Antara topik penting yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Tujuan ujian dalam pendidikan adalah untuk mendapat kembali maklumat, memastikan objektif pengajian guru tercapai, menggred pelajar, ujian sebagai penggerak atau motivasi dan bagi tujuan penempatan (sederhana, baik dan lemah).
2. Ciri-ciri ujian yang dibincangkan meliputi perkara-perkara berikut:
i. Kesahan ujian – ujian itu mengambarkan atau menguji apa yang hendak diuji. Contoh, jikalau objektif guru mahu pelajar menguasai tema, maka ujian yang diadakan adalah berkaitan tema.
ii. Kebolehpercayaan atau kestabilan - ciri ini dilihat dari segi ketepatan dan kejituan ukuran yang dibuat. Ujian yang stabil atau boleh dipercayai.
iii. Keobjektifan atau ketepatan ujian – Item-item yang dibina tidak memberi peluang kepada sesuatu interpretasi berlainan daripada apa yang telah ditentukan terlebih dahulu. Bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Skema pemarkahan juga disediakan terlebih dahulu sebelum guru memeriksa.
3. Jenis-jenis Ujian. Jenis-jenis ujian merangkumi ujian berikut:
i. Ujian penempatan – bertujuan menguji pelajar agar mempunyai keterampilan yang disyaratkan bagi sesuatu kursus.
ii. Ujian formatif – menguji pelajar dari masa ke masa serta memberi maklumat kepada guru.
iii. Ujian Diagnostik – mencari punca kelemahan pelajar.
iv. Ujian Sumatif – untuk penggredan dan pensijilan(UPSR,PMR,SPM,STPM).

4. Asas-asas Penilaian. Asas-asas penilaian digariskan mengikut domain-domain berikut:
i. Penilaian Domain Kognitif – ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir. Bermula daripada peringkat rendah iaitu aras ingatan sehingga yang tertinggi,iaitu kompleks. Bentuk ujian adalah pelbagai seperti aneka pilihan, subjektif, lisan, tulisan, ujian bulanan dan lain-lain.
ii. Penilaian Domain Afektif – berhubung dengan masalah sikap, pandangan dan nilai-nilai yang dipercayai seseorang. Penilaian ini diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis. Pengukuran menggunakan skala Likert . Di samping itu, boleh juga menggunakan respon pilihan ya atau tidak.
iii. Penilaian Domain Psikomotor – berhubung dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan. Penilaian menggunakan pengamatan berbeza dengan bidang sukan. Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan dengan kognitif dan afektif).
5. Aras-aras Ujian. Antara aras ujian yang digariskan adalah seperti berikut:
i. Kategori Moody – Aras informasi, Aras Konsep, Aras perspektif, Aras Apresiasi/penghayatan.
ii. Taksonomi Bloom – Aras pengetahuan, Aras pemahaman, Aras Aplikasi, Aras Analisis, Aras Sintesis dan Aras Penilaian.
6. Aras-aras Ujian Sastera.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan – memerlukan pelajar berkeupayaan mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian,definisi,deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Ujiannya mudah, hanya menghendaki pelajar menamakan,memberi definisi,nama pengarang dan sebagainya. Contoh ujian aras ingatan ini adalah seperti berikut; Apakah yang diertikan dengan perkataan “cemara”? Butiran ujian juga boleh direncanakan dalam bentuk aneka pilihan.
ii. Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman – memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami,membezakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Pelajar berkeupayaan menangkap isi prosa atau puisi yang dipelajarinya, berkeupayaan meringkaskan atau membuat rangka novel atau cerpen atau mencari isi-isi utama dan menyalin kembali karya-karya klasik ke dalam bahasa moden. Contoh soalan, Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Latifah Hj Shebli dalam sajaknya Aku Menjadi Lebih Berani.
iii. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi – menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Dengan cara ini membolehkan para pelajar menerapkan pengetahuan teoritisnya ke dalam kegiatan praktis dan konkrit. Pada aras ini pelajar berkeupayaan mengubah, memodifikasi, mendemonstrasi, mengoperasi dan menerapkan sesuatu hal atau sesuatu kemampuan. Contoh soalan, Sudut pandangan apakah yang digunakan oleh dalam Novel Julia karya Abu Hassan Morad.
iv. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis - berfungsi mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera. Sebelum diuji aras ini, pelajar harus benar-benar sudah membaca karya yang ditetapkan dan pelajar mampu melakukan kerja analisis terhadap karya tersebut. Sikap dan aras membaca seharusnya lebih luas. Pelajar bukan sekadar berkeupayaan memahami isi cerita tetapi lebih jauh daripada itu berkemampuan membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut atau karya sastera tersebut sebagai hasil secara keseluruhan. Keupayaan menyelesaikan tugasan analisis ini memberatkan identifikasi dan analisis terhadap unsur-unsur luaran dan dalaman karya tersebut. Contoh soalan, Bagaimanakah sifat-sifat watak utama dalam Novel Perlumbaan Kedua?
v. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis – mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera, kemampuan untuk menyelesaikan tugasan berbentuk sintesis antara lain pelajar berkeupayaan mengkategorikan sesuatu ciri atau keadaan yang sejenis, contohnya, puisi, cerpen atau novel yang mempunyai persamaan unsur tertentu seperti gaya, tema plot dan latar.Pelajar juga berkeupayaan menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara beberapa buah karya sastera. Butiran soalan bagi mengukur kemampuan sintesis dapat dicontohkan seperti berikut; Jelaskan persamaan watak Julia dalam novel Julia dan watak Tuk Kura dalam novel Perlumbaan Kedua.
vi. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian – peringkat tertinggi dalam kayu ukuran aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Contoh soalan, Mengapakah sajak-sajak ciptaan Amir Hamzah dikira lebih menampakkan permainan kata-kata dibandingkan dengan sajak-sajak yang dihasilkan sebelumnya.
7. Ujian Kesusasteraan Kategori Moody.

i. Ujian Kesusasteraan Aras Informasi – berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubung dengan sastera.Item-item soalan yang dirancang dan diajukan kepada pelajar amat mudah disediakan kerana selalunya merujuk kembali kepada karya sastera yang dipelajari dan murid melakukan aktiviti hafalan bagi mengingati fakta-fakta penting dalam karya tersebut. Contoh soalan, Siapakah watak utama novel Perlumbaan Kedua?
ii. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep – berkaitan dengan persepsi bagaimana maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Contoh soalan, Apakah konflik yang dialami oleh watak Tuk Kura?
iii. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif - penumpuan kepada pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah karya sastera ditentukan oleh keupayaannya memahami karya sastera yang berkaitan. Item-item soalan ujian aras ini adalah ujian kemampuan kognitif yang paling tinggi arasnya. Contoh soalan, Apakah kesimpulan yang boleh anda buat dengan membaca novel Julia?
iv. Ujian Kesusasteraan Aras Apresiasi/Penghayatan – ujian aras ini berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Keperluan kognitif yang diperlukan untuk mengerjakan butiran-butiran ujian aras apresiasi juga memerlukan kemampuan kognitif aras tinggi. Pelajar harus berupaya mengenali, menganalisis, membandingkan, menggeneralisasi dan menilai bentuk-bentuk kebahasaan yang digunakan dalam sesebuah karya sastera yang dikaji dan dibahaskan. Contoh soalan, Mengapakah Shahnon Ahmad dalam novel Ranjau Sepanjang jalan dan Azizi Hj Abdullah dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung banyak memilih kata-kata dan ungkapan daerah utara (Kedah) bagi melahirkan maksud-maksud tertentu.

Kuliah pada 14.02.2009 membincangkan isu-isu berkaitan apakah yang kita uji. Dalam bahagian ini dijelaskan bagaimana kita menguji pertuturan. Kesimpulan kuliah ini merumuskan bahawa apabila kita membuat ujian,kita sering dikongkong oleh format soalan. Kedua, kita sering mengabaikan kemahiran bertutur dan mendengar dalam pengujian kita.
Kuliah pada 21.02.2009 membincangkan perkara-perkara penting ketika kita membuat ujian. Apakah tatatingkatnya? Apakah nilai-nilai mantapnya?Bagaimana kita mencari maklumat yang tersirat. Apakah yang dimaksudkan dengan kritis dan bagaimanakah kita melihat sesuatu yang kritis?
Kuliah pada 28.02.2009, membincangkan tiga isu dalam pengujian. Pertamanya, ujian merupakan satu instrumen yang membantu dalam pengajaran,bukan menguji kedudukan. Apabila kita menguji bahasa, apakah matlamat jangka panjang? Sebagai contoh, matlamat kita untuk melahirkan pelajar yang pandai menulis novel.Isu kedua, membincangkan apakah perkara-perkara yang selalu kita ajar dan bagaimana kita menguji kefahaman. Isu ini menekankan bagaimana kita mengajar pemahaman dan rumusan, terutama berkaitan isi tersurat dan isi tersirat. Bagaimana kita membina soalan bagi menguji isi tersurat dan isi tersirat? Isu ketiga, apabila kita mengajar bahasa, kita perlu mengajar kemahiran berkreativiti, dalam menghasilkan sesuatu yang baharu.Amalan yang berlaku dalam pengujian kini, hanya berkisar kepada soalan yang bertanyakan maklumat kepada pelajar. Kita perlu memikirkan akan kepentingan kemahiran berkreativiti. Sebagai contoh, kita meminta pelajar membina peribahasa baru.



2. Buat esei mengenai objektif sukatan pelajaran Bahasa Melayu menurut sekolah Menengah dan Rendah tempat anda bertugas (10 markah)
Objektif pelajaran sekolah menengah di sekolah adalah berpandukan objektif yang terkandung di dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan,dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;


iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Seterusnya sukatan pelajaran Bahasa Melayu mementingkan tiga hasil pembelajaran bidang berikut:

I. Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal

Bidang Interpersonal berfokus pada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat secara bertatasusila untuk mengekalkan hubungan melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurusan untuk tujuan komersial. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam Bidang Interpersonal ialah berinteraksi, memberikan pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Sebagai contoh, antara hasil Pembelajaran Utama ialah;
1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra.
Sementara hasil pembelajaran khusus adalah seperti berikut:

1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri,keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi, serta nada yang sesuai.
1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.
1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.
Huraian hasil pembelajaran pula ditandai menggunakan aras1, 2 atau 3, seperti dalam contoh berikut:
Aras 1
i. Berbual tentang masalah harian dan isu semasa dengan menggunakan
ungkapan yang sesuai.
ii. Memberikan reaksi yang bersesuaian dengan penyataan yang dikemukakan oleh orang yang dilaw an berbicara.
iii. Mengemukakan alasan untuk menarik diri daripada meneruskan perbualan secara sopan.
iv. Mengemukakan penjelasan lanjut tentang sesuatu kemusykilan dalam perbualan.
Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut:
a. Melaksanakan sesi perbincangan intelek dalam kumpulan kecil untuk meningkatkankecemerlangan remaja kini dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.
b. Reaksi verbal dan nonverbal harus digalakkan misalnya mengiakan pernyataan,mengangguk, memper lihatkan kekaguman dan mendapatkan penegasan. Contoh pernyataan menarik diri “Maafkan saya, saya terpaksa...”
c. Menjalankan sesi perbincangan intelek berdasarkan sesuatu isu denganmemberikan penekanan penjelasan lanjut secara beradab.

II. Hasil Pembelajaran Bidang Maklumat
Bidang Maklumat berfokus pada keupayaan murid memperoleh dan menyampaikan pelbagai pengetahuan dalam bidang ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui mendengar, berbual, membaca, serta mengakses maklumat daripada multimedia. Hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam bidang maklumat adalah untuk mendapat, memproses, dan menyampaikan maklumat. Sebagai contoh, antara hasil Pembelajaran Utama ialah;

7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton.
Sementara hasil pembelajaran khusus pula adalah seperti berikut;

7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting, dan
isi relevan tentang bahan yang didengar, dibaca, dan ditonton.
7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.
7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Huraian hasil pembelajaran pula ditandai menggunakan aras1, 2 atau 3, seperti dalam contoh berikut:
Aras 1
i. Menyatakan persoalan pokok dan menganalisis isi yang relevan dan tidak relevan.
ii. Memberi makna kata dan rangkai kata yang sukar difahami termasuk sinonim , antonim,
homonim, polisem, hiponim dan pasangan minimal berdasarkan konteks.
iii. Membina dan mengemukakan lingkaran soalan untuk mengemaskinikan maklumat.
iv. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk menentukan bahan yang sesuai dengan tugasan.
Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut:

a. Membaca teks untuk menyatakan idea utama dan menganalisis yang relevan dan tidak relevan.
b. Melaksanakan aktiviti permainan bahasa untuk mencari makna kata, termasuk sinonim, antonim, homonim, polisem, hiponim dan pasangan minimal berdasarkan konteks. Contoh: Teka silang kata, memadankan kata,dan kotak rahsia.
c. Membina soalan berdasarkan bahan untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi tujuan mengemaskinikan maklumat tugasan yang diberi.
d. Membaca pantas secara imbasan dan luncuran untuk mencatatkan isi releven dengan tugasan yang diberikan.

III. Hasil Pembelajaran Bidang Estetik

Bidang Estetik berfokus kepada keupayaan murid menguasai aspek kebahasaan, keindahan, dan kehalusan bahasa. Bidang Estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, serta membuat apresiasi dan penghayatan. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai oleh murid dalam Bidang Estetik adalah untuk memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Sebagai contoh, antara hasil Pembelajaran Utama ialah;

10.0 Memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera

Sementara hasil pembelajaran khusus pula adalah seperti berikut;

10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan.
10.2 Mengenal pasti perkara yang menarik dalam sesebuah karya.
10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi.
10.4 Menyatakan jenis, ciri,tema dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.

Huraian hasil pembelajaran pula ditandai menggunakan aras1, 2 atau 3, seperti dalam contoh berikut:
Aras 1
i. Menyatakan makna kata dan ungkapan berdasarkan konteks untuk meningkatkan presiasi.
ii. Membuat sinopsis dengan menggunakan bahasa yang menarik.
iii. Menganalisis karya prosa dan puisi untuk mengenal pasti aspek-aspek yang menarik.
Aras 2
i. Menjelaskan teknik plot dalam karya.
ii. Menganalisis w atak dan perwatakan dalam karya.
Antara contoh aktiviti yang dapat dijalankan adalah seperti berikut:

a. Membaca senyap petikan karya sastera dan menghuraikan makna kata dan ungkapan mengikut konteks.
b. Mengadakan teater bercerita karya sastera yang telah dibaca dan seterusnya menulis sinopsis karya tersebut.
c. Menjalankan aktiviti ‘penulisan idea ‘berdasarkan karya sastera untuk menganalisis unsur-unsur yang menarik.Contoh: Watak antagonis dan protagonis, dan gaya bahasa.
d. Membuat perubahan plot dengan menggunakan teknik imbas kembali.
e. Membuat pelukisan watak untuk menganalisis dan menghuraikan watak dan perwatakan dalam karya yang dibaca.

normidza berkata...

Kursus : BMP 6123 Pengujian dan Penilaian Bahasa Melayu
Nama : Normidza binti Md.Kamel
Sekolah : SM Sains Kuala Selangor
Alamat : Bandar Malawati,45000 Kuala Selangor
No.Telefon : 019-3307172

Soalan 1. Nota Kuliah Pengujian dan Penilaian

Prinsip-prinsip menguji dan menilai dalam Bahasa Melayu

Proses pengajaran merupakan satu pedaran yang berterusan dan melibatkan tiga proses yang utama iaitu objektif pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian yang dilaksanakan untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tujuan penilaian/ujian dilakukan adalah untuk :
1. Mendapatkan kembali maklumat yang telah disampaikan kepada pelajar semasa proses pengajaran
2. Memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah telah tercapai
3. Menggredkan pelajar berdasarkan pencapaian yang diperoleh melalui penilaian yang dilakukan
4. Memotivasikan para pelajar untuk mencapai keputusan yang lebih baik dalam ujian yang dilaksanakan
5. Menempatkan pelajar berdasarkan tahap kemampuan intelektual (IQ).

Terdapat beberapa ciri yang mesti ada untuk membolehkan sesuatu ujian mempuyai kesahan dan kebolehpercayaan iaitu:
1. Kesahan ujian. Ujian yang dilaksanakan mestilah menggambarkan perkara-perkara yang hendak diuji. Kandungan ujian juga mestilah meliputi apa-apa yang telah dipelajari dan diajar kepada pelajar.
2. Kebolehpercayaan atau kestabilan.Setiap soalan dalam ujian mestilah tepat dan mengandungi ukuran tertentu yang mesti dipatuhi. Contohnya, pemberian markah untuk setiap soalan mestilah sama untuk semua pelajar.
3. Keobjektifan atau ketepatan ujian. Soalan-soalan yang dibina mestilah berbentuk objektif iaitu tidak memberi peluang kepada pelajar untuk membuat tanggapan/interpretasi yang berlainan terhadap soalan yang sama. Oleh itu, skema jawapan yang selaras hendaklah disediakan untuk setiap ujian/peperiksaan yang dilaksanakan.

Terdapat empat jenis pengujian yang sering digunakan pada masa ini iaitu:
1. Ujian penempatan. Ujian ini dilaksanakan untuk menempatkan pelajar berdasarkan syarat-syarat yang diperlukan untuk sesuatu kursus. Contohnya, ujian bertulis untuk penempatan pelajar ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
2. Ujian Formatif. Ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa untuk menilai tahap kemampuan pelajar.
3. Ujian Diagnostik. Ujian yang dilakukan untuk mencari punca kelemahan pelajar.
4. Ujian Sumatif. Ujian yang dilaksanakan dengan tujuan penggredan dan pensijilan. Contohnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Aras penilaian terbahagi kepada tiga, iaitu:
1. Penilaian Domain Kognitif. Penilaian jenis ini memerlukan proses pengetahuan berfikir. Aras soalan yang dikemukakan bermula daripada soalan aras rendah ke aras soalan yang lebih tinggi (kompleks). Terdapat pelbagai bentuk ujian yang boleh dikemukakan seperti soalan aneka pilihan, subjektif, lisan, penulisan, kuiz, dan sebagainya.
2. Penilaian Domain Afektif. Penilaian ini melihat hubungan dan perkaitan masalah sikap, pandangan, dan nilai-nilai yang didokong oleh seseorang. Penilaian domain ini dapat diuji dan dikesan melalui aktiviti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku sesaorang ataupun aktiviti secara bertulis. Pengukuran dilakukan dengan menggunakan skala Likert, contohnya sangat setuju (ss),setuju (s), amat tidak setuju (ats), tidak setuju (ts), dan sangat tidak setuju (sts), serta menggunakan pilihan jawapan ya atau tidak.
3. Penilaian Domain Psikomotor. Penilaian yang dilakukan ada hubungan dengan aktiviti otot dan pergerakan otot. Contohnya latihan fizikal untuk individu yang memohon untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Membina kertas ujian
Bagi menghasilkan ujian/peperiksaan yang berkesan dan berkualiti, empat langkah berikut perlu diambil kira :
1. Merancang ujian
2. Menggubal soalan
3. Memilih dan menyelaraskan soalan
4. Menyediakan kertas soalan

Merancang Ujian. Proses yang penting dalam merancang ujian ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Pada tahap ini, kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan pentingnya setiap tajuk/subtajuk dalam kandungan sukatan pelajaran berkenaan. Antara aspek yang perlu dianalisis termasuklah yang berikut:
a) Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk
b) Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk
c) Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain
d) Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk
e) Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Maklumat di atas penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itu menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk. Analisis perlu juga dibuat terhadap objektif pendidikan yang diasaskan pada taksonomi pendidikan yang dikemukakan oleh Benjamin S. Bloom (1956). Huraian mengenai pelbagai tahap Taksonomi Bloom adalah seperti berikut:
1. Aras Ingatan. Ujian aras ini memerlukan keupayaan pelajar mengungkap kembali daya atau kebolehan mengingat hal-hal yang berkaitan dengan fakta,konsep,pengertian,definisi, deskripsi, atau menamakan sesuatu.
2. Aras Pemahaman. Ujian aras ini memerlukan pelajar memahami,membezakan,menjelaskan fakta, dan menghubungkan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan hanya mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca.
3. Aras Aplikasi. Ujian aras ini menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya ke dalam situasi yang baru. Istilah yang digunakan ialah selesaikan, ramalkan, dan cari kesilapan.
4. Aras Analisis. Berfungsi untuk mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu bahan.Pelajar mampu mengaitkan dan menghubungkan unsur-unsur yang didapati dan menggunakannya dalam organisasi.
5. Aras Sintesis. Ujian aras ini mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur sastera. Pelajar mampu menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara satu idea dengan idea yang lain. Ujian berbentuk esei adalah amat sesuai kerana mampu mengukur kemampuan berfikir yang kompleks. Ujian objektif masih boleh digunakan namun kurang berkeupayaan mencerminkan proses berfikir.
6. Aras Penilaian. Aras yang tertinggi dalam pengukuran aspek kognitif. Mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna secara keseluruhan. Pelajar mampu melakukan penilaian terhadap sesuatu perkara. Aras ujian ini mengarah kepada penilaian secara terperinci dan penilaian yang dilakukan memerlukan bukti dan alasan serta contoh yang kuat,jitu dan padu.

Kategori Moody
Aras ujian Kategori Moody dikhususkan untuk menguji kesusasteraan dan pendekatannya adalah berbeza daripada pendekatan Taksonomi Bloom. Aras ujian Kategori Moody terbahagi kepada empat iaitu aras informasi, aras konsep, aras perspektif, dan aras apresiasi. Aras-aras ini diatur daripada aras yang sederhana sehingga ke aras yang semakin kompleks.Ujian Kategori Moody juga berorientasikan kepada sesuatu karya secara konkrit.
Membina Soalan

Berdasarkan analisis inilah Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dirangka. JSU akan menetapkan bilangan soalan yang perlu diuji bagi setiap tajuk/subtajuk pada setiap peringkat kemahiran. JSU yang lengkap dibina akan menjadi panduan kepada penggubal soalan. Proses berikut mesti dipatuhi dalam pembinaan soalan, iaitu :

1. Menggubal soalan. Penggubal membina soalan berdasarkan JSU dari segi kandungan dan kemahiran yang hendak diuji. Soalan hendaklah ditulis berpandukan kepada prinsip penulisan soalan. Secara umumnya, kriteria yang perlu ada pada seseorang penggubal ialah:
a) menguasai isi kandungan silibus, termasuklah kesedaran tentang sebarang kesukaran yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai mata pelajaran, kesedaran tentang kekeliruan atau kesilapan yang lazim dibuat oleh pelajar, dan kesedaran tentang kesukaran bandingan antara tajuk- tajuk yang ada. Kesedaran itu penting kerana sampel soalan perlu didasarkan pada kesukaran bandingan yang ada supaya kertas soalan tidak menjadi terlalu mudah atau terlalu susah,
b) mempunyai objektif pendidikan yang rasional supaya dapat membezakan antara perkara yang penting diketahui oleh pelajar dengan perkara yang remeh-temeh yang tidak perlu diuji,
c) memahami dan menyedari tahap pendidikan pelajar supaya soalan yang dibina dapat disesuaikan dengan kemampuan mental pelajar tanpa menjejaskan standard soalan. Ini penting untuk mengelakkan sebarang perkara yang menimbulkan keraguan atau perkara di luar liputan sukatan pelajaran,
d) mahir dalam perhubungan verbal supaya soalan yang ditulis tepat maknanya secara eksplisit dan implisit dan betul jalan bahasanya; kesilapan tafsiran kerana penggunaan kata-kata atau ungkapan yang kurang tepat dalam soalan esei dapat dibetulkan dengan mengubahsuaikan skema pemarkahan tetapi dalam soalan aneka pilihan, ubahsuaian ini tidak dapat dilakukan,
e) mahir dalam teknik menulis soalan dengan menggunakan imaginasi clan daya cipta sendiri.

2. Memilih dan menyelaraskan soalan. Soalan (terutamanya soalan aneka pilihan) hendaklah digubal berdasarkan kehendak JSU disemak oleh satu jawatankuasa/panel berdasarkan kriteria yang berikut.
a) Pokok soalan lengkap dan jelas.
b) Tugasan soalan jelas dan terfokus.
c) Soalan dapat digolongkan ke dalam mana-mana satu bidang isi kandungan-kemahiran yang terdapat dalam JSU.
d) Teori, konsep, prinsip yang terlibat adalah arlit kepada pelajar.
e) Laras bahasa sesuai dan tatabahasa betul.

3. Menyediakan kertas soalan. Soalan-soalan yang bermutu dipilih mengikut bilangan yang ditetapkan oleh JSU untuk dijadikan kertas soalan sebenar. Soalan yang dipilih ialah soalan yang mempunyai aras kesukaran yang sederhana dan mempunyai kuasa diskriminasi yang baik.

Bentuk-bentuk Soalan Ujian

Pada asasnya, soalan ujian perlu dibina dengan sistematik dan jelas agar matlamat untuk memperoleh bukti markah yang sahih dan dipercayai bagi tujuan penilaian pengajaran dapat dicapai. Guru perlu mengaplikasikan prinsip dan teknik penggubalan dan penyediaan soalan ujian yang bermutu. Guru seharusnya berupaya menggubal soalan-soalan objektif dan soalan esei yang bermutu. Bagi tujuan penggubalan soalan, pemahaman terhadap pengertian kata tugas yang akan digunakan bagi penggubalan kedua-dua bentuk soalan objektif dan soalan esei sangat perlu bagi memastikan soalan bukan sahaja jelas, malah tepat mengukur sesuatu objektif pengajaran. Dengan memahami persamaan dan perbezaan serta kekuatan dan kelemahan kedua-dua teknik soalan serta kata tugas yang sesuai digunakan, anda seharusnya berupaya menggubal sesuatu soalan berasaskan kesesuaiannya dengan penilaian yang akan anda gunakan untuk menilai keberkesanan pengajaran anda. Terbahagi kepada dua bentuk soalan ujian iaitu :
1. Soalan Objektif
2. Soalan Esei

1. Soalan Objektif. Ujian boleh dikelaskan mengikut jenis gerak balas yang kita inginkan dari pelajar. Pada umumnya terdapat ujian jenis gerak balas pelajar iaitu ujian jawapan dipilih yang juga dikenali sebagai ujian objektif dan ujian jawapan bina yang dikenali sebagai ujian subjektif. Jenis jawapan dipilih memerlukan pelajar memilih jawapan daripada pilihan jawapan yang diberi oleh pensyarah. Guru bukan sahaja perlu menyediakan soalan, malah perlu menyediakan jawapan yang paling tepat bagi soalan berkenaan beserta pengganggunya. Antara ujian jenis jawapan dipilih yang sering digunakan ialah jenis soalan salah benar, pemadanan dan aneka pilihan. Soalan perlu dibina bersesuaiani dengan keperluan objektif pengajaran . Soalan bentuk ini boleh dibahagikan kepada:
a) Soalan Salah-Benar. Soalan jenis Salah-Benar menghendaki pelajar menyatakan sama ada sesuatu kenyataan yang dikemukakan benar atau salah. Soalan jenis salah benar menguji banyak kandungan dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji, memerlukan masa pembinaan soalan yang sedikit dan juga memerlukan masa pemarkatan jawapan yang pendek. Namun, kelemahan utamanya ialah soalan jenis ini lebih menekankan ingatan pelajar daripada mengembangkan daya intelek mereka.
b) Soalan pemadanan.Soalan jenis pemadanan menghendaki pelajar memadankan sesuatu ciri dengan gagasan, konsep atau prinsip yang berkaitan. Soalan bentuk pemadanan mudah dibina dan dimarkat serta sesuai untuk menguji kefahaman pelajar dalam mengaitkan antara fakta ciri yang dinyatakan dengan gagasan, konsep atau prinsip yang berkaitan. Kesukaran berlaku apabila terdapat bilangan pilihan padanan yang banyak. Sekiranya bilangan pilihan padanan banyak, penggunaan borang OMR tidak sesuai. Kebiasaannya terhad kepada lima pilihan jawapan.
c) Pelbagai Pilihan.Soalan pelbagai atau aneka pilihan menghendaki pelajar memilih jawapan yang paling tepat daripada beberapa pilihan jawapan bagi soalan yang dikemukakan. Justeru itu, soalan jenis pelbagai pilihan bukan sahaja mengandungi satu pilihan jawapan yang benar tetapi juga mengandungi pengacau. Pengacau adalah pilihan jawapan yang salah. Pengacau dibina untuk mengelirukan pelajar. Walaupun salah, pengacau perlu dibina dengan berkesan supaya dapat memainkan peranan sebagai pengacau yang berkesan dan seterusnya mengelakkan pemilihan jawapan tekaan. Banyak kelebihan soalan pelbagai pilihan. Soalan pelbagai pilihan boleh digunakan untuk menguji pelbagai tahap objektif pengajaran dari aras pengetahuan ke penilaian untuk domain kognitif hingga ke pelbagai aras domain afektif dan psikomotor. Namun, ujian pelbagai pilihan mempunyai kelemahan. Pembinaan soalan dan pilihan jawapan bagi jenis ujian ini memakan tenaga dan masa.
d) Pelengkap. Soalan pelengkap menghendaki pelajar melengkapkan ayat atau rumusan sesuatu kenyataan. Soalan pelengkap boleh jadi berbentuk jawapan dipilih sekiranya pilihan jawapan untuk melengkapkan sesuatu ayat atau kenyataan diberi. Soalan pelengkap boleh menjadi berbentuk soalan jawapan dibina sekiranya pilihan jawapan tidak diberi. Soalan jawapan pelengkap mudah dibina dan ditulis. Soalan jenis ini juga boleh menampung lebih banyak kandungan berbanding dengan soalan pelbagai pilihan kerana jawapan soalan pelengkap mudah ditulis. Di samping itu, soalan pelengkap berupaya mengelak tekaan kerana soalan jenis ini memerlukan daya ingatan yang tinggi. Kelemahan utama soalan pelengkap ialah menggalak jawapan aras rendah yang tidak sesuai untuk objektif aras tinggi. Soalan jenis ini sesuai untuk mengukur ingatan, fakta, nama, tempat dan peristiwa khusus dan tidak sesuai untuk tingkah laku rencam seperti pemikiran kreatif dan bercapah.

2. Soalan Esei.Soalan esei memerlukan pelajar membekalkan sendiri jawapan berdasarkan kepada soalan yang dikemukakan. Soalan esei menghendaki pelajar membina sendiri jawapan berasaskan soalan yang diberi. Oleh itu,pelajar bukan sahaja pandai membaca dan memahami soalan, malah berupaya merangka, membina, menulis dan mengarang dengan baik jawapannya. Ringkasnya, soalan ujian esei memerlukan kemahiran komunikasi khususnya komunikasi tulisan yang tinggi. Justeru itu, soalan esei merupakan cara berkesan untuk menguji dan menilai hasil pembelajaran yang rencam.
Terdapat kelemahan soalan ujian esei. Antaranya sampel kandungan yang diuji adalah terhad.

Faktor Penentu Mutu Ujian

Keberkesanan sesuatu kertas ujian banyak bergantung pada mutu kertas ujian itu sendiri. Justeru, pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan dengan teliti untuk menjamin mutunya dari segi kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability). Ujian dikatakan bermutu jika ujian itu sah dan boleh dipercayai. Faktor-faktor utama yang perlu diambil kira dalam proses pembinaan dan penyediaan kertas soalan yang bermutu adalah seperti yang berikut.

1. Kerelevanan. Ujian yang dibina hendaklah mengandungi soalan-soalan yang dipilih dengan teliti agar soalan itu dapat menguji apa yang hendak diuji. Relevan atau tidaknya sesuatu ujian yang dibina bergantung pada faktor sejauh mana ujian itu dapat menguji objektif sukatan pelajaran berkenaan. Kertas soalan yang relevan seharusnya dapat menguji objektif sukatan pelajaran.

2. Keseimbangan. Sesuatu ujian hendaklah mempunyai bilangan soalan yang ditentukan mengikut tajuk/subtajuk berdasarkan penekanan tajuk/subtajuk berkenaan dalam sukatan pelajaran. Lazimnya keseimbangan sesuatu ujian (terutamanya bagi ujian aneka pilihan) boleh dicapai dengan menggubal soalan mengikut kehendak Jadual Spesifikasi Ujian yang mengandungi maklumat tentang bentuk ujian, panjangnya ujian, jenis soalan, kandungan tajuk/subtajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, bilangan soalan, dan peruntukan markah.

3. Keobjektifan.Semua soalan yang terkandung dalam sesuatu ujian hendaklah cukup jelas dan jawapan yang disediakan bagi setiap soalan hendaklah tepat. Bagi soalan aneka pilihan, semua guru (penaksir soalan) dalam bidang yang diuji hendaklah bersetuju tentang jawapan yang betul (atau jawapan terbaik) antara pilihan jawapan (opsyen) yang diberikan oleh penggubal. Demikian juga, jawapan bagi soalan esei hendaklah diperakukan oleh semua guru dalam bidang tersebut

4. Aras kesukaran. Soalan sesuatu ujian hendaklah mempunyai kesukaran yang sederhana, iaitu tidak terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar. Aras kesukaran sesuatu soalan dapat dilihat daripada kadaran bilangan calon yang dapat menjawab.

5. Diskriminasi. Soalan sesuatu ujian hendaklah dapat membezakan dengan jelas antara calon yang baik (tinggi prestasinya) dengan calon yang lemah (rendah prestasinya).
Tanggungjawab guru adalah untuk memastikan keputusan yang dikeluarkan oleh sesuatu peperiksaan mempunyai darjah kesahan yang tinggi. Apabila timbul sesuatu isu yang boleh menjejaskan kredibilitinya, guru dituntut untuk menyemak sama ada isu itu boleh menyebabkan darjah kesahan terjejas atau tidak. Jika darjah kesahan masih terjamin tinggi, keputusan peperiksaan yang dikeluarkannya tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu, guru perlu mematuhi prinsip-prinsip utama dalam pengujian iaitu wujudnya kesahan,dan kebolehpercayaan.
1. Kesahan. Secara tradisi, didefinisikan sebagai darjah sesuatu ujian menguji apa yang hendak diuji. Dengan definisi yang mudah ini, tanggungjawab badan peperiksaan seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia juga mudah iaitu memastikan soalan ujian menguji apa yang hendak diuji. Jika terbukti apa yang diuji oleh sesuatu soalan itu benar menguji apa yang hendak diuji maka keputusan yang dikeluarkan daripada ujian itu dianggap sah dan boleh diguna untuk apa ujian itu diadakan.Teori moden mendefinisikan kesahan sebagai ukuran sejauh mana skor atau markah atau gred yang diperoleh calon dalam ujian menggambarkan kebolehan sebenar calon itu dalam perkara di mana calon itu diuji. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu PMR misalnya, calon diuji untuk melihat pencapaiannya dalam pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut. Oleh itu, jika gred yang diperoleh kebanyakan calon dapat menggambarkan pencapaian sebenar mereka dalam pembelajaran bagi mata pelajaran itu bermakna ujian itu mempunyai darjah kesahan yang tinggi. Untuk mencapai hasrat itu, kertas soalan yang disediakan untuk sesuatu ujian hendaklah juga mematuhi prinsip kesahan yang berkaitan dengan kandungan ujian.
2. Kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan ialah ukuran sejauh mana skor sesuatu ujian cepat dan konsisten dalam memberi ukuran pencapaian calon yang diuji dalam pembelajarannya. Oleh itu, kepelbagaian pencerapan dengan kaedah yang banyak seperti membesarkan cakupan perkara yang diuji, membesarkan bilangan dan mempelbagaikan calon yang diuji, meningkatkan pengalaman dan kepakaran guru dapat menambahkan kebolehpercayaan terhadap sesuatu ujian.

Soalan 2. Esei tentang objektif sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah Menengah .

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, dan Bidang Estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan, dan sebagainya bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Pendidikan bahasa Melayu juga memberi pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza antara satu sama lain dalam kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan penerapan kemahiran bernilai tambah. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah amat penting sebagai sokongan untuk memantapkan ilmu dan pengalaman pembelajaran di bilik darjah.
Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan adalah untuk melangkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan pekerjaan.
Antara objektif mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah Menengah ialah pada akhirnya di sekolah menengah murid dapat :
1. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin hubungan erat
2. Mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
3. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat
4. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan
5. Mendengar,membaca,menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera
6. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan
7. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin hubungan erat
Objektif ini tercapai melalui penggabungjalinan antara bidang interpersonal dengan mengemukakan kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, dan kemahiran menulis. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelabagi situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Manakala dalam kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.
Hasil pembelajaran : Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra
i. berbual dan berbicara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi serta nada yang sesuai.
ii.bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan
Huraian hasil pembelajaran :
i. Berbual tentang pengalaman diri dan kegiatan harian dengan menggunakan sebutan, nada, dan intonasi yang sesuai.
ii. membenarkan pendapat rakan untuk meneruskan perbualan
iii.mengemukakan hujah dan menegaskan pendirian dengan sopan tentang sesuatu topik yang dibincangkan dengan cara bersahaja.
Aktiviti :
i. Membahagikan pelajar kepada kumpulan kecil
ii.mengadakan perbualan antara pelajar untuk menceritakan pengalaman mereka semasa cuti sekolah.
iii.Menulis karangan pengalaman yang bertajuk pengalaman yang tidak boleh dilupakan semasa cuti sekolah yang lalu.
Mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
Objektif ini dapat dicapai melalui penggabungjalinan antara bidang antara kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid untuk mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelabagi situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Manakala dalam kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. Dengan menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila maka komunikasi yang wujud dalam keadaan yang harmoni membolehkan wujudkanya hubungan dan urusan bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang dikehendaki.
Hasil pembelajaran : Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
i. Menggunakan sebutan, intonasi, dan unsur papalinguistik yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
ii. Menggunakan perkataan, ungkapan, ayat, dan laras bahasa yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
Huraian hasil pembelajaran :
i. Memberi komen yang membina tentang barangan dan perkhidmatan secara sopan
ii. Mengulangi, menyemak,menukar, mengesahkan dan membatalkan pesanan tanpa menyinggung pihak lain
Aktiviti :
i. Menyediakan satu situasi di dalam kedai jahitan
ii. Perbualan antara pelanggan dan tukang jahit tentang mutu jahitan yang kurang memuaskan
iii. Wujudkan dialog yang menggunakan kata-kata yang sopan bagi menyelesaikan masalah dihadapi
Menulis perbualan dengan menggunakan format penulisan dialog tentang perbualan yang berlaku

Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat
Objektif ini tercapai melalui penggabungjalinan antara kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberi maklum balas. kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalin hubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang betul. Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca.
Hasil pembelajaran : mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton
i. Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea utama, isi penting dan isi relevan tentang bahan yang didengar,dibaca,dan ditonton.
ii. Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks
iii. Memahami dan meneliti maksud tersurat dan tersirat daripada sesuatu bahan.
Huraian hasil pembelajaran :
Meneliti dan mengutarakan fakta dan pendapat dalam bahan dengan memberikan alasan yang sesuai
Aktiviti :
i. Mengemukakan bahan bacaan kepada pelajar
ii. Pelajar membaca dan menyenaraikan fakta yang terdapat dalam bahan yang dibaca
iii. Menyatakan pendapat berdasarkan bahan yang dibaca
iv. Menyediakan satu perenggan yang mengandungi maksud tersurat dan satu perenggan maksud tersirat

Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan
Objektif ini tercapai melalui penggabungjalinan antara kemahiran bertutur,kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penyerapan kemahiran berfikir ini berlaku dalam pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Hasil pembelajaran : menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
i. Menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.
ii. Menentukan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat
iii. Menyediakan kerangka penyampaian dan bahan edaran untuk membuat perbentangan
Huraian hasil pembelajaran :
i. Mengenal pasti format penyampaian dialog, teks pengerusi majlis dan pidato secara lisan dan penulisan
ii. Memberikan pendapat dengan alasan yang sesuai untuk membuat perbentangan
Aktiviti :
i. Mengadakan pertandingan pidato antara murid dalam kelas
ii.Mempertontonkan rakaman video pidato
iii.Murid mencatat format pidato yang betul
iv. Guru mengedarkan lembaran pengurusan grafik untuk membuat draf penyampaian pidato
v. Menyampaikan pidato berdasarkan tajuk yang diberi.

Mendengar,membaca,menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera
Objektif ini tercapai melalui penggabungjalinan antara kemahiran bertutur,kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penyerapan kemahiran berfikir ini berlaku dalam pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Hasil pembelajaran : memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera
i. Menceritakan semula sesebuah karya sastera secara keseluruhan
ii. Mengenal psti perkara yang menarik dalam sesebuah karya
iii. Menyatakan jenis, ciri, tema, dan persoalan, pemikiran, nilai, dan pengajaran.
Huraian hasil pembelajaran :
i. Menyatakan makna kata dan ungkapan berdasarkan konteks untuk memahami maksud tersurat dan tersirat
ii. Mengesan urutan peristiwa untuk menggambarkan keseluruhan cerita
iii. Mengemukakan jenis, ciri-ciri tema dan persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran karya puisi dan prosa.
Aktiviti :
i. Mengadakan aktiviti main peranan sebagai seorang sasterawan
ii. Menceritakan sinopsis prosa tradisional yang dibaca
iii. Menghuraikan aspek yang menarik dalam prosa tradisional yang dikaji

Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan
Objektif ini tercapai melalui penggabungjalinan antara kemahiran bertutur,kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penyerapan kemahiran berfikir ini berlaku dalam pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Hasil pembelajaran : memproses maklumat untuk keperluan tertentu
i. Menyaring maklumat mengikut klasifikasi
ii. Menyusun maklumat mengikut keutamaan
iii. Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat yang telah disusun
Huraian hasil pembelajaran :
i. Menentukan maklumat untuk sesuatu tugasan
ii. Menyusun maklumat mengikut keperluan
iii. Mengubahsuaikan maklumat untuk memperlihatkan kesinambungan idea
Aktiviti :
i. Menulis karangan berdasarkan bahan rangsangan.
ii. Bahan grafik diedarkan kepada murid
iii. Murid memproses maklumat yang terdapat dalam bahan
iv. Murid membincangkan maklumat yang diperoleh untuk mendapatkan gambaran keseluruhan

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.
Objektif ini tercapai melalui penggabungjalinan antara kemahiran bertutur,kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penyerapan kemahiran berfikir ini berlaku dalam pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Hasil pembelajaran : berrunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat
i. Berbincang dengan menggunakan ragam bahasa dan gaya pengucapan yangbetul semasa berunding
ii. Berbincang untuk menerima dan menolak pandangan orang lain secara terbuka untuk mencapai kata sepakat
iii. Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan
Huraian hasil pembelajaran :
i. Memberikan komen tentang sesuatu pandangan dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang sesuai untuk mengelakkan konflik.
ii. Memberikan pandangan dalam perundingan dengan menggunakan sebutan, intonasi, nada dan jeda yang sesuai untuk membina kesefahaman
Aktiviti :
i. Mengemukakan satu situasi perundingan untuk menyelesaikan pertelingkahan antara pengerusi persatuan tentang aktiviti yang akan dijalankan
ii. Guru mengemukakan ungkapan-ungkapan yang boleh digunakan
iii.Ungkapan-ungkapan yang digunakan berupa ungkapan mempunyai maksud yang positif dan mengamalkan nilai-nilai murni

Kesimpulannya,objektif bagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berlaku dan dicapai melalui kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan bagi memastikan objektif yang telah ditetapkan tercapai. Hasil pembelajaran, dan huraian hasil pembelajaran merupakan bidang interpersonal yang membolehkan peluang diberi kepada setiap murid untuk bernteraksi, memberikan pendapat, berunding, membat pertimbangan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Amnya, objektif sukatan pelajaran sekolah menengah memberi penekanan kepada kemampuan mereka untuk berinterasi dengan masyarakat menggunakan bahasa yang bersopan dan bertatasusila.

Contoh Penulisan Rancangan Harian

Tingkatan : 5 Berlian
Masa : 9.15 – 10.35 pagi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Karangan Perbahasan (Hukuman merotan dapat mendisiplinkan pelajar)
Objektif : Pada akhir pelajaran,murid-murid akan dapat :
1. Menyatakan 5 hujah penting berdasarkan keutamaan
2. Membidas hujah pihak lawan dengan laras bahasa yang bersesuaian.
3. Menulis karangan perbahasan dengan menggunakan tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
FU : 12.4 Aras 2 (ii)
FS : 1.5 Aras 2 (i)
Penyerapan/penggabungjalinan : Kajian masa depan
Aktiviti :
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil
2. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang pelajar
3. 3 kumpulan membincangkan kebaikan merotan dan kesannya kepada pelajar
4. 3 kumpulan membincangkan keburukan hukuman merotan dan kesannya kepada pelajar
5. Setiap kumpulan membentangkan dapatan kumpulan masing-masing
6. Pelajar-pelajar menulis karangan perbahasan dengan menggunakan tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
BBB : Petikan umum, rencana akhbar dan petikan majalah
Nilai : Rasional / Kesederhanaan
Refleksi :

Soalan 3. Huraikan isu mengenai pengujian karangan, kefahaman, rumusan, tatabahasa, peribahasa dan komsas sebagai yang diajarkan di sekolah anda. Buat satu huraian bagi satu jenis topik ini. Gunakan contoh dalam pengajaran anda sendiri.
“ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”- Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalam sektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggungjawab dipikul oleh mereka yang bergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan walaupun wujudnya isu-isu yang perlu diselesaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Isu Pengujian Karangan

Karangan merupakan satu aktiviti penulisan yang boleh dijalankan di bilik darjah. Aktiviti yang dirancang dan dijalankan boleh meliputi aspek kemahiran bahasa yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran yang telah ada. Aktiviti penulisan di peringkat sekolah menengah atas ialah penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan dan pengajaran penulisan karangan.

Isu pertama dalam pengujian karangan ialah adakah soalan ujian karangan yang dikemukakan oleh guru kepada pelajar merangkumi pembinaan item soalan yang sesuai dengan tahap pemikiran setiap murid? Isu ini muncul apabila soalan karangan yang dikemukakan hanya merangkumi tahap pemikiran dan pencapaian sekelompok murid sahaja. Contohnya untuk soalan karangan berbentuk pengalaman.Ceritakan pengalaman anda semasa bercuti di luar negara pada musim cuti sekolah yang lalu. Soalan ini memerlukan murid menceritakan pengalaman yang mereka alami/lalui semasa pergi bercuti ke luar negara. Soalan ini hanya sesuai untuk kelompok murid yang mungkin dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan gaya hidup mewah dan menjadikan percutian ke luar negara sebagai aktiviti tahunan mereka. Namun soalan ini tidak mungkin dapat dijawab oleh murid yang datang daripada latar belakang keluarga sederhana ataupun rendah. Kelompok murid-murid ini mungkin tidak dapat membayangkan dalam pemikiran mereka bagaimanakah situasi dan perasaan yang dialami apabila pergi bercuti keluarga negara kerana mereka tidak pernah mengalaminya disebabkan faktor ekonomi keluarga yang tidak mengizinkan. Semasa membina soalan, guru seharusnya mengambil kira faktor demografi murid-murid mereka. Perkara ini amat penting untuk dipertimbangkan oleh para guru bagi membolehkan setiap murid mempunyai peluang yang sama untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Apabila perkara ini berlaku, barulah boleh dikatakan soalan yang dikemukakan mempunyai kesahan.

Isu Pengujian Kefahaman

Berdasarkan pendekatan taksonomi Bloom, soalan pengujian Kefahaman memerlukan murid berkeupayaan memahami, membezakan, dan menjelaskan fakta, atau menghubungkan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca sahaja. Kefahaman merupakan satu proses mendapatkan makna daripada komunikasi; sama ada melalui lisan, tulisan atau penggunaan simbol-simbol yang tertentu. Kefahaman ini juga melibatkan proses mental yang kompleks seperti pengecaman perkataan, pemilihan makna yang sesuai, penubuhan generalisasi dan juga penilaian.

Isu yang timbul ialah adakah petikan pemahaman yang dikemukakan oleh guru benar-benar dapat difahami oleh murid? Situasi ini berlaku apabila soalan yang dikemukakan oleh guru kurang difahami dengan jelas oleh murid. Keadaan ini sering berlaku apabila murid-murid dikehendaki menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan klasik. Masalah berlaku apabila murid-murid tidak dapat memahami maksud perkataan dan ayat-ayat yang digunakan dalam prosa tersebut sedangkan dalam format pengujian, murid-murid dikehendaki untuk menjawabnya. Maka wujudlah situasi murid menjawab berdasarkan kefahaman mereka sendiri dan berlaku situasi seperti ayam bercakap dengan itik apabila kedua-dua pihak guru dan murid tidak memperoleh keperluan sebenar pengujian dilakukan. Bagi mengatasi perkara ini, guru bertanggungjawab untuk mengajar murid-muridnya memahami mesej pengarang. Jika murid tidak memahami apa-apa yang ditulis oleh pengarang, mereka tidak boleh dikatakan membaca. Jadi,apabila seseorang guru mengajar membaca,tujuan yang sebenarnya ialah untuk memahirkan murid-murid mendapatkan makna daripada apa-apa yang dibaca. Menurut Bloomfield ( 1961 ), kandungan dalam bacaan sangat penting dan membaca bukan sahaja kemahiran untuk mendekodingkan lambang-lambang tetapi juga memahamkan keseluruhan perkataan dan seterusnya keseluruhan teks tersebut.

Isu Pengujian Rumusan

Rumusan merupakan satu bentuk penyoalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Bahagian ini menguji kebolehan dan keupayaan calon membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian, dan rumusan yang wajar.

Isu yang timbul untuk pengujian rumusan ialah adakah pengujian rumusan benar-benar menguji kemampuan murid untuk mengarang dan adakah kemahiran menulis dipratikkan sepenuhnya? Persoalan ini timbul apabila untuk menjawab pengujian ini, murid tingkatan dan lima hanya diperlukan menulis karangan rumusan dengan hanya menggunakan 120 patah perkataan. Jumlah patah perkataan yang disyaratkan dikatakan tidak menggambarkan tahap kognitif pelajar yang seharusnya mampu menulis 1000 patah perkataan. Selain itu, dalam menjawab soalan ini murid-murid hanya dikehendaki mengeluarkan semula isi-isi yang terdapat dalam petikan (tersurat) dan hanya perlu mengemukakan sekurang-kurangnya dua pendapat sendiri (tersirat). Keperluan dalam kemahiran menulis seperli yang terdapat huraian sukatan pelajaran merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginative.

Isu Pengujian Tatabahasa

Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna. Plato (429-347) menerangkan kata nama sebagai noun dan perbuatan adalah verb. Ayat sebagai. Antara tokoh penulis tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901) menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay Grammar". Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu (1950).

Isunya, adakah pengujian tatabahasa dapat menguji kemahiran bertutur murid-murid? Isu ini timbul apabila soalan pengujian yang dikemukakan kepada murid-murid adalah berbentuk soalan objektif (menengah rendah) dan hanya satu bahagian yang memerlukan murid membina ayat (menengah atas). Oleh itu, pengagihan yang dilakukan ini tidak dapat menentukan kemahiran mereka berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan gramatis

Isu Pengujian Peribahasa
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Peribahasa bahasa Melayu terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan,pepatah, perbilangan, perumpamaan, dan kata-kata hikmah.
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Sebagai contoh; ada hati yang bermaksud ada kemahuan, alas perut pula bermaksud makanan yang dimakan sedikit supaya tidak lapar. Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Contoh bidalan seperti jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak yang bermaksud semakin kaya semakin sombong.
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.Perbilangan adat, banyak pengertian yang ditafsirkan, antaranya teromba, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat. Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaitu ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakai Adat Pepatih. Secara ringkasnya, perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi (puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan).
Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, dan seperti. Sebagai contoh; bagai aur dengan tebing yang bermaksud bermuafakat atau tolong-menolong. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda.

Isu pertama yang timbul dalam pengujian peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu ialah adakah guru mengajarkan kemahiran berkreativiti kepada murid-muridnya iaitu adakah bentuk soalan peribahasa memberi peluang kepada pelajar untuk membina peribahasa yang baru? Isu ditimbulkan kerana format peperiksaan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia terutamanya bagi penyoalan peribahasa hanya memerlukan murid memberi maksud peribahasa, mengemukakan peribahasa yang sesuai untuk situasi tertentu, mengisi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang betul, dan membina ayat dengan menggunakan peribahasa yang diberi. Keperluan menjawab penyoalan ini hanya memerlukan murid menghafal, mengingat, dan mengemukakan semula peribahasa yang sedia ada. Oleh itu,dalam proses pengajaran dan pembelajaran tumpuan guru hanya kepada peribahasa-peribahasa yang terdapat dalam buku teks ataupun yang terdapat dalam buku himpunan peribahasa yang terdapat di pasaran. Guru hanya memberi maklumat kepada murid tentang peribahasa yang diajarkan dan murid berperanan untuk menghafal dan mengingat peribahasa yang diberi. Murid tidak diberi peluang untuk membina dan membentuk peribahasa sendiri berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka masa ini dan murid-murid diminta untuk menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Isu yang kedua ialah pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah tidak dapat memenuhi matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh murid. Keadaan ini berlaku apabila kemahiran berbahasa dengan menggunakan peribahasa tidak dapat menentukan masa depan murid. Murid tidak dapat melihat dan memahami apakah keperluan sebenar mereka mempelajari peribahasa kerana tiada perkaitan yang nyata antara peribahasa dan peluang pekerjaan yang mereka pilih pada masa depan. Contohnya, seorang murid yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tidak dapat menjangkakan dan mengaitkan dalam pemikiran mereka tentang hubungan peribahasa yang dipelajari dengan kerjaya sebagai seorang doktor yangmemerlukan mereka memberi tumpuan kepada mata pelajaran sains yang lebih bersifat praktikal. Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru perlu mengaitkan kepentingan pengajaran peribahasa kepada murid iaitu dengan menggalakkan murid menggunakan peribahasa yang bersesuaian dalam pertuturan seharian dalam konteks yang bersesuaian. Murid-murid perlu diajar pola-pola untuk membuat peribahasa dan soalan-soalan peribahasa yang disediakan seharusnya tidak hanya mencapah kepada peribahasa yang sedia ada.

Isu ketiga ialah adakah pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah mampu menunjukkan perkembangan murid dari semasa ke semasa? Isu ini timbul apabila murid-murid diajarkan dengan peribahasa-peribahasa yang mempunyai laras bahasa yang tinggi dan tidak bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Contohnya, murid tahun satu telah diajarkan simpulan bahasa ada hati. Berdasarkan pemahaman sedia ada mereka, setiap manusia mestilah mempunyai hati tetapi maksud sebenar bagi simpulan bahasa ini ialah mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap orang lain. Oleh itu seharusnya guru mengajarkan peribahasa yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka dan kesesuaian persekitaran mereka sama ada kanak-kanak, remaja, ataupun dewasa. Bentuk ujian peribahasa yang dikemukakan tidak harus tertumpu kepada soalan ujian yang mudah dimarkah, dan objektif dari segi pemarkahan. Soalan peribahasa yang dikemukakan oleh guru seharusnya boleh menguji daya kreativiti dan sebagai hasil sampingan penikmatan mereka terhadap peribahasa

Isu Pengujian Komsas

Komponen kesusasteraan Melayu (Komsas) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi karya sastera yang berbentuk cerpen,novel, drama, prosa tradisional, sajak, dan puisi tradisional iaitu pantun, syair, gurindam, seloka, dan bahasa berirama. Tujuan pembelajaran komsas adalah untuk membolehkan murid lebih berminat untuk membaca bahan-bahan sastera, mengenal, menikmati, dan mengapresiasi karya sastera. Selain itu, murid dapat mengenali penulis atau pengarang-pengarang serta mengetahui perkembangan ringkas sastera tanah air berdasarkan karya yang dipilih dan dapat melahirkan murid yang mengenali, menghayati, dan menghargai karya sastera bagi memperkukuhkan kemahiran berbahasa serta meningkatkan keterampilan berbahasa dalam kalangan murid.

Isu yang ditimbulkan di sini, apakah kepentingan pembelajaran komsas ini dengan kehidupan murid pada masa hadapan? Adakah pembelajaran unsur-unsur sastera akan dipraktikkan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka? Isu ini timbul apabila murid-murid tidak dapat melihat kepentingan dan keperluan untuk mempelajarinya secara nyata. Situasi ini tidak timbul apabila murid dapat melihat akan kepentingan dan keperluan untuk mereka mempelajari mata pelajaran Matematik. Keperluan untuk mempelajarinya dapat dilihat dengan mata kasar dan dialami sendiri oleh murid. Contohnya dalam urusan jual beli, pengetahuan akan ilmu Matematik amat diperlukan bagi membolehkan murid mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-harian mereka. Walau bagaimanapun keadaan ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar apabila mempelajarinya. Pada tanggapan mereka, pembelajaran komsas hanya akan melahirkan individu yang bersikap jiwang dan suka berangan-angan. Oleh itu, dalam pengajaran, guru seharusnya dapat menghubung kaitkan kepentingan pembelajaran komsas dengan kehidupan murid-murid. Contohnya dalam pengajaran sajak `Keindahan yang Hilang’, guru seharusnya dapat mengaitkan bahasa alam yang terdapat sajak dengan kehidupan mereka. Tema yang terdapat dalam sajak seharusnya dihayati oleh murid iaitu untuk menyemai perasaan kasih dan sayang terhadap alam sekitar agar dapat dikongsi bersama dengan gereasi akan datang. Sajak ini juga dapat mengaitkan peranan yang perlu dilakukan oleh pelajar bagi memastikan alam sekitar tidak tercemar. Teknik yang sesuai untuk mengajar komsas adalah dengan menggunakan teknik main peranan ataupun simulasi supaya murid dapat menghayatinya sendiri.

Dengan penekanan kepada visi `Thinking Schools,Learning Nation’, guru yang mengajar bahasa Melayu perlu membuat rombakan dan semakan semula dalam Rancangan Pelajaran dan kaedah mengajar supaya tidak ketinggalan dalam dunia ledakan informasi. Pendekatan yang dilakukan oleh guru dalam pengajaran peribahasa mestilah memberi penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat yang mampu membuatkan murid mampu berdikari, berinovasi, produktif dan syumul untuk mempersiapkan diri mereka menempuh cabaran abad ke-21 ini. Oleh itu, hasil pembelajaran merupakan set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh murid melalui proses pembelajaran bahasa Melayu

Contoh Rancangan Harian

Tingkatan : 5 Berlian
Masa : 9.15 – 10.35 pagi
Mata pelajaran: Bahasa Melayu
Tajuk : Gejala Buli dalam kalangan murid
Objektif : Pada akhir pelajaran,murid-murid akan dapat :
1. Menyatakan maksud buli
2. Megemukakan 5 isi tentang punca gejala buli dan 5 langkah untuk mengatasi masalah ini.
3. Menulis karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
FU : 12.4 Aras 2 (ii)
FS : 1.5 Aras 2 (i)
Penyerapan/penggabungjalinan : Kajian masa depan
Aktiviti :
1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil
2. Setiap kumpulan mengandungi 5 orang pelajar
3. 3 kumpulan membincangkan 5 punca buli dalam kalangan murid
4. 3 kumpulan membincangkan 5 langkah untuk mngatasi gejala ini
5. Setiap kumpulan membentangkan dapatan kumpulan masing-masing
6. Pelajar-pelajar menulis karangan berbentuk perbincangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 350 patah perkataan.
BBB : Petikan umum, rencana akhbar dan petikan majalah
Nilai : Rasional / Kesederhanaan
Refleksi :

fadilah saleah berkata...

Fadilah Saleah
M20082000312
No.tel 0176289757

BMP 6123 PENGUJIAN DAN PENILAIAN

Soalan 1. Sempurnakan nota kuliah setakat ini.

Kuliah 2
03 January 2009
Memperkenalkan teori, kaedah dan teknik-teknik menilai dan menguji dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Kaedah penilaian dan pengujian dalam bahasa Inggeris, disesuaikan kepada bahasa Melayu.

Perbezaan akan dibuat terhadap belajar bahasa sebagai bahasa asli dan juga bahasa asing.

Bacaan Utama
1. Robert Lado (1962, Language Testing, New York: McGraw Hill.
2. Tim MacNamara (2000) Language Testing, Oxford: OUP

Bacaan dalam BM
1. Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: DBP
2. Abdul Aziz Abdul Talib (1996), Menguji Kemahiran Bahasa, Kuala Lumpur: DBP
3. Marohaini Yusoff (1999), Bacaan dan Kefahaman, Kuala Lumpur: DBP
4. Bashah Abu Bakar (2003) Asas Pengukuran Bilik Darjah, Tg. Malim: Quantum
5. Abu Bakar Nordin (1995), Penilaian Afektif, Kajang: Masa Enterprise.
Penilaian
1. Tugasan 1 = 30
2. Tugasan 2 = 30
3. Peperiksaan = 40
4. Jumlah = 100

1. Pengenalan
1.1 Belajar bahasa asli dan bahasa asing
1.2 Hubungan ujian dengan pembelajaran
1.3 Isu-isu yang selalu timbul mengenai ujian
1.4 Lado: Bab 1 dan 2

2. Pengujian dalam bahasa
2.1 Masalah menguji bahasa asli: dialek yang berbeza-beza, tatabahasa, falasi logik, kekurangan kosa kata, penulisan, gaya.
2.2 Teori dan amali menguji bahasa asing: Perbezaan daripada bahasa asli.
2.3 Lado: Bab 1, 2, dan 3
3. Variabel dan strategi
3.1 Variabel: unsur dan kemahiran.
3.2 Strategi: situasi atau bahasa, unsur atau kemahiran, ujian berkelompok atau individu, ujian subjektif atau subjektif.
3.3 Lado: Bab 4

4. Kriteria menguji
4.1 Kesahihan, reliablity, scorability, ekonomi, administrability.
4.2 Kritikan: terjemahan, esei, rencana (dictation), ujian objktif, ujian mendengar.
4.3 Lado: bab 5

5.Sebutan
5.1 Peranan sebutan, segmen sebutan dan bunyi.
5.2 Perspesi bunyi bermakna (pasangan), mengenal pasti bunyi melalui sebutan, melahirkan sebutan, sebutan baku,

6.Intonasi
6.1 Amali: membina unit ujian sebutan dan intonasi.
Lado: 6, 7, 8, 9, 10.

7.Kemahiran Bersepadu
7.1 Kefahaman auditori.
7.2 Bgaimana membentuk ujian.
7.3 Pelbagai pilihan, betul-salah dll.
7.4 Membina unit ujian bersepadu.
7.5 Lado: Bab 14

8.Kefahaman Membaca
8.1 Teknik umum
8.2 Pra-membaca
8.3 Teknik bagi pelajar awal
8.4 Teknik bagi pelajar maju.
8.5 Membina unit ujian membaca.
8.6 Lado Bab 15, Marohaini

9.Prosedur Membina Ujian
9.1 Prinsip ujian dalam bilik darjah.
9.2 Ujian atau kuiz.
9.3 Item ujian objektif.
9.4 Kertas jawapan.
9.5 Fail item ujian.
9.6 Menyediakan item ujian.
9.7 Membina ujian.
9.8 Merekabentuk ujian on-line.

Persembahan
Tugasan dan persembahan

Kuliah 3
10 January 2009
Jenis ujian
1.Pembinaan ujian
2.Ujian Secara Berasingan
3.Ujian Integrasi dan Pregmatik
4.Ujian Bahasa Komunikatif

Pembinaan Ujian
1. Penggunaan ujian berkriteria
2. Pembinaan item ujian
3. Kesahan ujian
4. Kebolehpercayaan ujian

1. Penggunaan ujian berkriteria


Kriteria ialah fonom apa yang berkaitan dengannya atau norma tahu sistem- system tatabahasa, sebutan tulisan bunyinya dan sebagainya

2. Pembinaan item ujian
Pembinaan item ujian, ada data dalam ujian yang salah kita membetulkan, dalam tatabahasa mesti senaraikan sendi nama. Contoh : Buku di atas mija, dan kecandingan bahasa di segi kefahaman utama.

3. Kesahan ujian
Kesahan ujian apa bila ada pengujian lisan sering berlaku bagaimana kita sudah Tanya.

4. Kebolehpercayaan ujian
Ujian ini juga mesti memberi sama berulah kata ujian itu boleh percaya.

Ujian Secara Berasing (Discrete Point Test)
1. Integrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi
2. Integrasi mahal- mengambil masa yang pannjang
3. Ujian integrative sesuai untuk kelas KBSR
4. Item integrative- meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa
5. Ujian kloz, sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti.
KBSR
Soalan tatabahasa kefahaman peringkat keyataan ayat.

Kuliah 4
17 January 2009
Komunikasi dan Rekabentuk Ujian
Pandangan tentang bahasa dan penggunaan bahasa mempenggaruhi reka bentuk ujian, dan mentafsir skor.
Binaan ujian adalah bagi mengentahui kemahiran bahasa colon yang diukur.
Reka bentuk ujian ditentukan oleh apa yang kita angap menjadi kemahiran yang diuji.
Format yang berlaina, ujian lisan atau ujian tulisan bergantung pada yang dianggapkan bahasa dan penggunaan bahasa.
Bahasa
Ialah sebagai satu aspek budaya dan satu prodak yang boleh berniagakan dalam berbahasa, satu alat komunikasi, bangunan bakat lambing-lambang, satu budaya, model manusia (Insan) atau model hidup. Bahasa terdiri daripada bunyi, supaya bahasa bagus, dan ada pribahasadan sindi.

Ujian unsure-unsur berasing
1. Pengaruh linguistic structural.
2. Dilakukan oleh Lado 1961
3. Menguji unsure bunyi, tatabahasa, kosa kata cecara berasingan
4. Diperkukuh oleh psyhometrics,menguji kemahiran kognitif secara berasing
5.Mewujudkan bateri(perongkat) ujian bagi empat kemahiran yang berlain mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
6. Masih digunakan sekarang

Kuliah 5
24 January 2009
Proses Pengajaran
Proses pengajaran adalah edaran yang berterusan. Tujuan ujian dalam pendidikan:
- mendapatkan kembali maklumat
- memastikan objektif pengajaran guru tercapai
- menggredkan pelajar
- sebagai penggerak (motivasi pelajar)
- tujuan penempatan – sederhana, baik, lemah

Ciri-ciri ujian:
- Kesahan ujian
- Kebolehpercayaan atau kestabilan ujian
- Keobjektifan atau ketepatan ujian
Jenis-jenis ujian:
- Ujian Penempatan – menguji ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
- Ujian Formatif – ujian yang dilakukan dari semasa ke semasa.
- Ujian Diagnostik – ujian untuk mencari punca kelemahan pelajar.
- Ujian Sumatif – ujian untuk penggredan dan pensijilan, contohnya ujian PMR dan SPM.

Asas Penilaian:
1. Penilaian Domain Kognitif
1.1 Kemampuan proses berfikir.
1.2 Bermula dari aras rendah hingga yang tertinggi.
1.3 Bentuk ujian seperti ujian objektif, ujian subjektif, ujian lisan, tulisan dan ujian bulanan.
2.Penilaian Domain Afektif
2.1 Melihat hubungan sikap, pendangan dan nilai.
2.2 Bentuk ujian seperti wawancara, pengamatan dan tingkah laku dan ujian bertulis.
2.3 Skala Likert – contoh: sangat setuju, amat setuju, setuju, tidak setuju, sangat tidak setuju.
2.4 Pilihan jawapan – YA atau TIDAK.

3. Penilaian Domain Psikomotor
3.1 Berhubung dengan aktiviti pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan.
3.2 Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
3.3 Aktiviti seperti mendeklamasi puisi, berlakon, bergerak, beraksi dan lain-lain (ada kaitan dengan kognitif dan afektif).
Aras-aras Ujian Sastera
Ujian kesusasteraan meliatkan tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai enam aras(Taksonomi Bloom):

1. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan
Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan pada aras ingatan ini hanya sekadar memerlukan pelajar berkeupayaan mengukapkan kembali daya atau kebolehan mengigati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, deskripsi atau penamaan berkenaan sesuatu hal dan sebagainya. Contoh seperti berikut:
- Apakah yang diertikan dengan perkataan cemara ?
- Sebutkan pembahagian angkatan kesusasteraan yang terdapat di Malasia.
- Siapakah yang dikenali sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden ?
- Sebutkan dua antologi sajak yang ditulis oleh Usman Awang.

2.Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman
Pada aras pemahaman memerlukan para pelajar berkeupayaan memahami, membizakan dan menjelaskan fakta, atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat yang lain yang tingkatnya bukan sekadar untuk mengigat dan meluahkan kembali fakta yang di bacasahaja. Contoh-contoh:
- Buat satu sinopsi cerpen yang berjudul Tebusnya Lima Ratus Ringgit karya Azizi Haji Abdllah.
- Apakah tema yang hendak dikemukakan oleh Zam-zam Ismail dalam sejaknya Air Papan.
- Terdapat beberapa dibandingkan antara pantun dengan syair, apakah ciri-ciri persamaan dan perbezaan tersebut?
- Buat ringkasan cerita cerpen yang berjudul Duka Tidak Memanjang karya Baharudin C.D.

3. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi
Ujian aras aplikasi menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang di pelajari dan maklumat-maklumat yang di perolehnya itu ke dalam suatu situasi baru. Contohnya pelajar mampu mengubah karya berbentuk puisi kepada berbentuk prosa tanpa menghasilkan maksud sebenar puisi tersebut. Contoh soalan berbentuk aplikasi ialah:
- Sudutkan pandagan apakah yang digunakan dalam cerita di atas, ungkapan kembali cerita di atas sudut pandangan yang berbiza, contoh daripada gaya dia kepada aku atau sebagainya.
- Tunjukkan dan huraikan semua gaya bahasa yang terdapat dalam wacana di atas.

4. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis
Ujian aras analisis mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yanng terkandung dalam sebuah garya sastera. Sebelum di ujikan seseorang pelajar itu harus benar-benar sudah membaca karya yang di tetapkan dan pelajar mampu melakukan kerja analisis karya tersebut. Pelajar bukan sekadarberkeupayaan memahami isi cerita tetapi lebih jauh daripada itu berkemampuan membuat kritikan terhadap unsur-unsur yang terkandung dalam karya tersebut atau karya sastera.

5. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis
Pada ujian sintesis mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan,menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur karya sastera dan unsur-unsur antara karya sastera, contohnya puisi, cerpen atau novel yang mempunyai persamaan unsur tertentu seperti gaya, tema plot dan lattar.

6. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian
Aras penilaian adalah peringkat yang tertinggi dalam kayu ukuran aspek kognitif. Item-item ujian aras penilaian mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan rinya, Kebolehan murid-murid menilai dan membanbingkan berbagai-bagai aspek dalam karya-karya sastera. Seperti contohnya:
- Bandingkan drama Anna karya Kemala dengan Jebat karya Hatta Azza Khan daripada segi:
- Latar masa, latar tempat dan latar masyarakat yang terdapat kedua-dua drama tersebut.
- Unsur-unsur kemanusiaan.kan pengentahuan.

Ujian Moody ini membezakannya ke dalam empat ketegori :
1. Ujian kesusastaraan Aras Informasi
Ujian kesusastaraan Aras Informasi dimaksudkan berfungsi menguji kemampuan pelajar terhadap perkara-perkara dasar atau asas berhubungan dengan sastera. Pelajar hanya memerlukan pengetahuan untuk membaca ke atas membuat rujukan kembali butiran idea atau maklumat yang dibicaranya diuji. Penilaian ujian bentuk ini adalah hal-hal pertanyaan seperti masalah genre, kekadian pokok, bilakah kejadian tersebut berlaku, di manakah kejadian tersebut berlaku,tokoh-tokoh yang terlibat, awal cerita, perkembangan dan akhir cerita dan sebagainya.
2. Ujian Kesusasteraan Aras Konsep
Pada aras konsep adalah berkaitan dengan persepsi bagaimanakah maklumat-maklumat atau unsur-unsur karya sastera itu diorganisasikan. Unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera adalah hal pokok yang dipersoalkan dalam ujian aras ini. Yang dimaksudkan antara lain memberitakan mengenai pertanyaan: Apa-apa unsur yang terkandung dalam karya fiksyen dan puisi, mengapakah pengarang membuat pilihan mendedahkan unsur-unsur seperti itu,apakah kesannya kepada pembaca, apakah hubungan antara sebab akibat unsur atau peristiwa-peristiwa itu, apakah konflik utama yang ditimpulkan dalam karya tersebut, faktor-faktor yanng mempungaruhi terjadinya konflik dan sebagainya. Ujian kesusasteraan aras konsep juga tidak begitu sulit untuk dibina dalam bentuk ujian objektif tetapi memerlukan ketelitian membuat pertimbangan keprakisan.
3. Ujian Kesusasteraan Aras Perspektif
Pada aras perspektif lebih diberi penumpuan kepada mendapatkan pandangan pelajar atau pembaca dengan karya sastera yang dibaca. Bagaimanakah pandangan dan tindak balas pelajar terhadap sesebuah karya sastera. Aras ujian peringkat perspektif ini memerlukan para pelajar berkeupayaan menghubungkan antara sesuatu yang ada dalam lingkungan karya sastera dengan sesuata yang berada di luar karya sastera tersebut.
4. Ujian Kesusasteraan Aras Apreiasi atau penghayatan
Ujian kesusasteraan pada aras apresiasi selalunya berkisar pada permasalahan dan atau yang berkaitan antara bahasa sastera dengan linguistik. Seolah-olah percanggahan dan perbizaan pendapat antara amalan bahasa mengikut rumus tatabahasa berbanding bahasa yang digunakan oleh ahli sastera.

Kuliah 6
30 January 2009
Aras-aras Ujian Sastera
Ujian kesusasteraan meliatkan tingkat ujian kognitif yang selalunya mempunyai enam aras(Taksonomi Bloom):
1. Ujian Kesusasteraan Aras Ingatan
Mengingati semula perkara-perkara yang sudah dipelajari yang melibatkan
mengingat semula fakta-fakta spesifik hingga teori-teori yang sukar. Contohnya :
- Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang kedua?

2.Ujian Kesusasteraan Aras Pemahaman
Memahami sesuatu bahan. Keadaan ini berlaku ketika menterjemah, menghurai dan
mejangkakan apa yang mungkin berlaku berdasarkan sumber. Contohnya :
- Huraikan masalah-masalah yang dihadapi pelarian Iraq?
- Apakah maksud gambar ini?

3. Ujian Kesusasteraan Aras Aplikasi
Menggunakan pengetahuan abstrak untuk menyelesaikan sesuatu situasi konkrit. Keadaan ini menguji pelajar menggunakan (mengaplikasi) pengetahuan dan
kefahamannya. Contohnya :
- Pelajar telah diajar garisan bujur dan lintang
Tandakan tempat-tempat pada peta kosong Semenanjung Malaysia yang
mempunyai garisan lintang dan bujur seperti berikut:

4. Ujian Kesusasteraan Aras Analisis
Pelajar bukan sahaja diperlukan mengingat, mengatur dan menggunakan
pengetahuan, mereka juga dikehendaki membuat analisis atas dasar menaakul
sebab dan akibat. Contohnya :
- Mengapakah kanak-kanak biasanya tidak bersetuju dengan penjaganya?

5. Ujian Kesusasteraan Aras Sintesis
Mencantumkan unsur atau bahagian supaya menjadi satu keseluruhan melibatkan mengatur dan menggabungkan unsur supaya terbentuk corak/strukturvyang baharu. Contohnya :
- Dalam keadaan manakah kemungkinan negara-negara di dunia boleh bersatu dan
berkerjasama?

6. Ujian Kesusasteraan Aras Penilaian
Membuat pertimbangan nilai bagi sesuatu tujuan tentang fikiran, tugasan,
penyelesaian, kaedah, benda dan sebagainya.
Contoh Soalan:
- Berdasarkan sajak berikut, mengapakah pribumi sekarang perlu mengubah sikap?


Kuliah 8
14 February 2009
Isu-isu Semasa
Cara Mengajar
1.Lisan : terdiri daripada tahap kecekapan diperhatikan sebutan dalam percakapan. Sebutat atau intonasi itu, merupakan wacana yang berterusan, mesti ada kefahaman dalam mendengar
2. Ucapan
3. Pelatih

Kuliah 9
21 February 2009
1. Apakah menguji atau ujian
2. Apakah penilaian mantab
Menguji Kefahaman
Ujian kefahaman adalah untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan pelajar di dalam pembelajaran. Makluman ini memberi maklumat balik kepada guru dari segi kelemahan dan kekuatan pengajarannya. Hasil pengujian juga memberi makluman balik kepada pelajar dari segi kelemahan dan kekuatan pembelajarannya.
Penilaian
Penilaian dijalankan untuk beberapa tujuan seperti
Pemilihan Calon untuk memilih calon bagi berbagai jurusan pelajaran dan pekerjaan.
Penilaian sama ada formal atau tidak formal, dapat menunjukkan kepada kita kesan daripada sesuatu aktiviti. Kesan ini merupakan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam bidang kefahaman, lisan dan sebagainya. Perubahan ini penting dan perlu untuk mencapai matlamat pengajaran-pembelajaran.
Standad Categricel(syarcet) Criteria Based.
Berdasar kepada normal, iaitu nilai, ada yang berubah dan tidak berubah, dan tidak berbeza dengan nilai tetap bernilai msyarakat, seperti : peperaksaan normal dan peperaksaan bukan normal.
Apakah Isi Tersurat dan Isi Tersirat
Isi Tersurat
Isi Tersurat ialah pelajar hanya perlu memetik isi tersebut dan menulisnya semula dalam ayat sendiri. Bermakna isi tersurat ialah isi yang jelas dan isi yang terdapat dalam petikan teks.
Isi Tersirat
Ialah fakta yang tidak terdapat dalam petikan, tetapi yang mempunyai perkaitan dengan petikan, isi yang tidak terdapat dalam bahan yang diberi tetapi mempunyai kaitan secara langsung dengan isi tersurat. Pelajar perlu menyatakan isi-isi tersirat dengan mengemukakan soalan pada diri sendiri sebagai panduan.
Ujian Kefahaman
Ujian Kefahaman adalah untuk mengetahui sejauh manakah murid-murid telah memahami isi kandungan yang diajukan khususnya di dalam bilik darjah, seperti ujian bulanan, adalah umumnya untuk mengenai kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar didalampembelajaran.Guru mesti proses dahulu, mahu buat kesimpulan sebelumnya.
Kuliah 10
28 February 2009
Jenis Soalan
Ujian dan peperiksaan bahasa Malaysia dapat dijalankan di dalam dua bentuk iaitu: ujian objektif dan ujian esei.

1.Ujian objektif
Bermaksud bahawa bahan atau perkara yang hendak diuji itu telah ditentukan sebagai objektif ujian tersebut. Ujian objektif itu amat berguna di dalam keadaan apabila pelajar yang hendak diuji itu ramai jumlahnya,
2. Ujian Esei

Ini ialah cara ujian tradisional. Pelajar diminta mengarang esei untuk menjelaskan jawapannya. Inilah perbezaan di antara ujian objektif dengan ujian jenis esei. Ujian jenis esei bukanlah ujian subjektif. Ujian berbentuk esei ini dapat digunakan di dalam banyak keadaan. Ujian esei ini berkesan kalau bilangan pelajar yang hendak diuji itu tidak ramai. Ujian ini juga berkesan kalau guru ingin memberi galakan untuk perkembangan kemahiran menulis dan mengarang.

Jenis Soalan Ujian Objektif
Jenis Soalan Pendek
Ada dua bentuk umum jenis soalan pendek.
a. Bentuk Isi Tempat Kosong
b. Bentuk Soalan dan Jawapan Pendek

Ujian Soalan Pendek ini biasanya terdiri daripada satu soalan pendek dan pelajar dikehendaki memberi jawapan pendek dan kemas.
Jenis Aneka Pilihan
Soalan objektif beraneka pilihan mengandungi sekurang-kurangnya bahagian pokok dan bahagian pilihan jawapan. Bahagian pokok merupakan soalan, dan bahagian pilihan jawapan pula mungkin terdiri daripada tiga hingga tujuh pilihan. Salah satu daripada pilihan itu adalah jawapan betul, dan yang lain merupakan butir pengeliru.
Contohny : mengandungi empat pilihan (A), (B), (C), dan (D). Jawapan yang betul adalah (A), manakala (B),(C), dan (D) hanya merupakan butir pengeliru. Fungsi butir-butir pengeliru ialah untuk menguji kecekapan dan untuk menentukan pelajar-pelajar yang pandai, daripada pelajar-pelajar yang kurang pandai. Biasanya empat hingga lima pilihan digunakan untuk setiap soalan. Ada juga dua atau tiga saja, maka akan mudah membuat tekaan. Jika diberi lebih daripada lima, mungkin pilihan yang sesuai sudah

Soalan 2. Buat esei mengenai objektif sukatan pelajaran Bahasa Melayu menurut sekolah Menengah dan Rendah tempat anda bertugas. Buat pelajar Thai, huraikan objektif pengajaran bahasa Melayu di sekolah anda sendiri.

Sejarah akhir ini terdapat perubahan yang meyifatkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang sangat penting, kerana ingin berhubung komunikasi yang berkualiti, dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat, membaca secara kritis dan memahami penguasaan mengguna bahasa Melayu sebagai alat untuk peringkatan dan menambahkan ilmu pengentahuan.
Huraian sukatan Pelajar Bahasa Melayu sekolah menengah agama rakyat di Selatan Thailan termasuk wilayah, Pattani, Yala, Naratiwat, menangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat, Bidang Estetik. Bagi setiap bidang tersebut terdapat Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dikuasai oleh murid.
Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal membolehkan murid memulakan, membina, dan mengekalkan hubungan dengan rakan atau dengan orang lain melalui perkongsian idea semasa berinteraksi social atau berurus bagi tejuan komersial. Penggunaan bahasa bagi Bidang Maklumat membolehkan murid memperoleh dan menyampaikan maklumat serta ilmu kepada pihak tertentu. Penggunaan bahasa bagi Bidang Estetik membolehkan murid menikmati bercerita, bersyarah, melahirkan idea serta perasaan secara kreatif.

Bidang Interpersonal memberikan focus pada kemahiran lisan iaitu, kemahiran mendengar, membaca, menulis, dan kemahiran bertutur. Bidang Maklumat dan Bidang Estetik pula memberikan focus dan penekanan pada kemahiran membaca dan menulis di samping menerapkan kemahiran mendengar dan bertutur. Bidang Maklumat menekankan topic ilmu manakala Bidang Estetik lebih bertumpu pada topic imaglnatif.

Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kemahiran Bahasa ini merupakan ters kepada penguasaan bahasa baku.

Kemahiran Mendengar
Merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti soal jawab, perbincangan, ucapan, lakonan, dan temu bual.

Kemahiran Bertutur
Merujuk kepada keupayaan murid menyampaikan maklumat,pendapat,perasaan,serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca
Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,intonasi,jeda,dan kelancaran yang betul.Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan.

Kemahiran Menulis
Merujuk kepada keupaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kriatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis,tanda baca dan ejaan yang betul,serta tulisan yang jelas dan kemas.

Hasil Pembelajaran
Hasil Pembelajaran iailah penyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa. Penyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang apa yang harus dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada strategi bilik darjah yang paling berkesan agar murid menguasai hasil tersebut. Justeru,hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,kaedah,sumber,dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Selai itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. Terdapat dua hasil pembelajaran dalam kurikulum Bahasa Melayu iaitu Hasil Pembelajaran utama dan Hasil Pembelajaran khusus. Hasil pembelajaran utama dapat dicapai dengan menguasai hasil pembelajaran khusus.

Sistem Bahasa
System Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosakata ,peribahasa, ejaan,dan sebutan dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah.

Soalan 3. Huraikan isu mengenai pengujian karangan, kefahaman, rumusan, tatabahasa, peribahasa dan komsas sebagai yang diajarkan di sekolah anda. Buat satu huraian bagi satu jenis topik ini. Gunakan contoh dalam pengajaran anda sendiri.

Isu Pengujian Karangan

Ujian esei
Ini ialah cara ujian tradisional.Pelajar diminta mengarang esei untuk menjelakan jawapannya.Inilah perbezaan di antara ujian objektif denga ujian jenis esei. Istilah ini kerap disalahfahami dengan pemakaian istilah subjektif.Ujian jenis esei ini bukanlah ujian subjektif.Pemarkahannya boleh juga objektif (adil dan tidak mengambil kira perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan ujian itu).Cuma, memang agak sukar untuk bersifat objektif dalam memarkahkan esei.

Ujian berbentuk esei ini dapat digunakan di dalam banyak keadaan. Ujian esei ini berkesan kalau bilangan pelajar yang hendak diuji itu tidak ramai. Bahan ujian itu biasa juga diulang pengunaannya,walaupun ada pehak yang menganggap ujian itu tidak bolah digunakan kembali .Ujian ini juga berkesan kalau guru ingin memberi galakan untuk perkembangan kemahiran menulis dan mengarang.ujian begini juga memerlukan guru mempunyai kemampuan menjadi pembaca yang kritis,menilai jawapan-jawapan yang diberi. Dengan cara begini daya kreatif bahasa pelajar betul-betul dapat berkembang dan boleh diuji,dan tidak semata-mata melihat kebolehannya di dalam mempelajari aspek-aspek formal bahasa saja.

Ujian berbentuk Esei
Ujian berbentuk esei dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu, bentuk esei yang mempunyai jawapan terhad atau tidak terhad. Telah dikatakan di atas bahawa objektif membawa dua makna,iaitu : perkara yang diuji dan pemarkahan yang tidak terpengaruh oleh pilihan atau fikiran pemarkah. Ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif,tetapi biasanya agak sukar dan pemarkah cenderung untuk menjadi subjektif,Cuma pemarkahnya saja yang kadang-kadang sukar dibuat secara objektif iaitu menjadi subjektif. Cara permarkahan pertama yang boleh digunakan oleh guru di sekolah ialah cara pandangan sepintas lalu. Cara yang kedua yang lebih saintifik ialah cara analitis.

a. Cara Pandangan Sepintas Lalu
Cara ini dilakukan dengan membaca esei tersebut dan memberi gred nilainya menurut beberapa kategori seperti cemerlang (A), baik (B), sederhana (C), lemah (D) dan gagal (G). Gred diberi semata-mata kepada esei itu berasaskan ‘pandangan’ saja. Kesukaran dihadapi oleh guru terutama, mereka yang baru mengajar kerana, tidak ada ukuran daripada pengalaman untuk memastikan gred yang ingin diberi itu tepat. Lagipun pandangan dan rasa penilai berbeza daari semasa ke semasa yang lain.
Cara ini agak popular diamalkan oleh guru bahasa Malaysia di peringkat sekolah menengah, untuk memeriksa esei ialah secara rambang. Satu norma baku ditentukan berdasarkan prestasi pelajar yang menghasilkan esei berkenaan. Biasanya pemberian markah mengikut cara ini eloklah dilakukan oleh seorang pemeriksa saja supaya markah yang diberinya itu konsisten dan tidak wujud perbezaan dengan penilai lain. Tajuk esei yang sama harus disemak pada waktu yang sama, agar pandangannya seragam dan munasabah. Guru memberi markah dengan cara sekaligus. Cara ini tidak menggunakan skema pemarkahan.

b. Cara Analitis
Cara ini mengambil beberapa ciri esei berkenaan sebagai asas untuk diberi markah. Untuk memudahkan guru yang memeriksa esei tersebut, biasanya satu skema pemarkahan disediakan. Akan tetapi, skema pemarkahan tersebut hanya merupakan satu panduan, seorang pemeriksa masih perlu bersikap rasional dan terbuka semasa mempertimbangkan isi dan hujah yang di luar skema pemarkahan. Perkara seperti ejaan, penggunaan aspek bahasa, keaslian esei haruslah diberi kewajaran di dalam skema pemarkahannya. Sebaik-baiknya seorang pemeriksa harus mempertimbangkan lima komponen am sesuatu penulisan seperti di bawah (D.P. Harris, 1969).

1. Skema Pemarkahan
Penilaian guru ke atas karangan bahasa Malaysia mestilah berpandukan kepada satu skema tertentu. Skema pemarkahan mengandungi kriteria tertentu sebagai kayu ukur untuk menilai serta menentukan mutu sesuatu aspek atau demensi penulisan dan seterusnya menilai seluruh karangan itu. Skema pemarkahan hendaklah dibina berdasarkan tujuan-tujuan penulisan seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia untuk Tingkatan I-III Atau Tingkatan IV-V atau Tingkatan VI. Sebagai contoh; karangan bahasa Malaysia seorang pelajar menengah atas (Tingkatan IV-V)patutlah dinilai daripada ada segi kebolehan. Iaitu:
(1)isi
(2)penyusuan,dan
(3)bahasa

Dari segi isi, guru hendaklah menaksir perkaitan dan kerelevanan isi dan bahan dengan tajuk karangan. Dari segi penyusunan, guru hendaklah menilai kebolehan pelajar untuk menyusun dan menstruktur isi dan bahan di dalam satu keseluruhan yang wajar dan menarik. Manakala dari segi bahasa pula, guru hendaklah menggunakan gaya yang menarik.

2. Darjah Pemarkahan Menurut Koh Boh Boon (1981)

Pemarkahan boleh terdiri daripada tiga darjat iaitu cemerlang, sederhana dan lemah. Dari segi isi , criteria bagi darjat masing-masing adalah disenaraikan di bawah:

Cemerlang: Idea pokok dibincang secara jelas, dan disokong dengan jelas dan disertakan dengan butir-butir yang konkrit dan bersangkutan.

Sederhana: Idea pokok dibincang tetapi terlalu ringkas dan am. Perbincangan disokong dengan butir-butir konkrit tetapi kadang kala butir-butir itu diulang, dan tidak berkait atau tidak lengkap.
Lemah: Idea pokok kurang jelas, keliru, atau tidak disokong dengan butir- butir konkrit dan tidak berhubung.

Syarat-syarat dari segi penyusunan adalah seperti berikut:
Cemerlang: Tema dikembangkan dengan teratur selangkah demi selangkah; perenggan-perenggannya adalah bersepadu, dan satu perenggan beralih ke perenggan yang lain dengan licin. Perenggan berkenaan dikembangkan secara menarik dan seimbang dengan penekanan yang wajar.

Sederhana: Pelan tema kadang kala tidak teratur, diperkembangkan secara tidak seimbang atau memberi penegasan yang tidak sesuai; perenggan berkaitan tetapi peralihan dari satu perenggan ke satu perenggan lain kadang kala tidak licin dan membosankan.

Lemah: Tema tidak dikembangkan atau dikembangkan dengan tidak konsisten, tidak kena-mengena dan diulangi; perenggan-perenggan tidak bertalian dan peralihan dari satu perenggan ke satu perenggan lain adalah tidak jelas dan tidak berkesan.

Dari segi bahasa, criteria-kriteria berikut patutlah digunakan:

Cemerlang: Ayat-ayat dibina dengan baik: bersepadu, berkesan dan menggunakan berbagai ragam. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan sangat berkesan: menarik, tepat dan penuh dengan bunga bahasa. Penggunaan tatabahasa, tanda bacaan dan ejaan yang baku.

Sederhana: Ayat-ayat digunakan secara betul tetapi tidak bersifat luar biasa
dan juga kadang kala bersifat seragam saja. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan secara sesuai: jelas dan kadang kala berbunga. Kadang kala terdapat penyelewengan dari tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang baku.

Lemah: Ayat-ayat tidak bersepadu, tidak berlainan, keliru, tidak sempurna dan membosankan. Perkataan-perkataan dipilih dan digunakan dengan tidak munasabah: kabur, tidak berbunga bahasa atau kurang baku. Penglahiran idea-idea terhalang kerana sering terdapat penyimpangan daripada tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang baku.

Dengan itu, Koh telah membina satu skema pemarkahan untuk menilai karangan bahasa Malaysia Tingkatan IV dan V. Setiap aspek penulisan, iaitu isi, penyusunan dan bahasa diberi markah antara satu hingga sepuluh. Kerangkanya adalah seperti berikut:

Darjat Gred Markah Markah
CemerlangA1028-30
B8-9,24-27
SederhanaC6-7,18-23
D4-512-17
LemahE3,9-11
F1-2,1-8

Persoalan yang timbul di sini, ialah sama ada patut diberi nisbah agihan markah karangan menurut misalnya nisbah 1:1:2 bagi isi: penyusunan: bahasa. Ini bermakna kita tidak perlu patut pada satu system saja.

Kelemahan Ujian Esei
Karangan mengukur kebolehan seseorang pelajar untuk menyusun ideanya, memilih kosa katanya, untuk melahirkan ayatnya. Secara ringkas, dia menilai bagaimana seseorang mencetuskan idea pada kertas. Walaupun karangan boleh digunakan sebagai alat ujian, tetapi ada beberapa kekurangannya. Menurut R. Lado (1980:20), terdapat tiga kekurangan karangan bertulis.

a. Aspek Bahasa yang Digunakan Terhad
Sebuah karangan tidak mengandungi semua pola ayat di dalam bahasa itu, begitu juga kosa kata, ejaan dan tanda baca juga adalah terhad. Di dalam sebuah karangan tidak terdapat satu pun ayat perintah. Kosa kata yang diperlukan bagi sebuah karangan itu amat terhad dan khusus. Di dalam karangan pelajar boleh meninggalkan sesuatu yang menjadi masalah baginya.


b. Pengetahuan pelajar Mempengaruhi Pengolahan
Sebuah karangan juga tidak dapat memberi kenyataan sepenuhnya tentang kebolehan pelajar menyusun fikirannya atau mengolah sebuah tajuk yang matang. Sekiranya tajuk yang diberi kepada pelajar itu melibatkan sesuatu yang sudah diketahuinya, maka pengetahuannya mengenai tajuk tersebut akan menentukan penyusunan dan cara dia mengolah karangan tersebut. Sekiranya dia tidak mengetahui tajuk tersebut, maka dia tidaklah dapat menunjukkan apa-apa kemampuan bahasa.

c. Kesukaran Pemeriksa
Dari segi praktisnya pula, amatlah sukar memeriksa sebuah karangan. Menulis sebuah karangan memakan masa dan berubah dari semasa yang lain. Oleh itu pemarkahannya mungkin tidak tepat. Lagipun, pernah terdapat guru memberi markah yang berbeza-beza semasa memarkahkan karangan yang sama. Jadi, amat bersukar mendapat keadilan di dalam penarkahan karangan.

Cara Memperbaiki Keberkesanan Ujian Esei

Untuk tujuan guru yang ingin memperbaiki rekabentuk dan pemarkahan ujian esei, Harris (1996) telah mengemukakan syor-syornya di dalam dua peringkat.

a. Penyediaan Ujian

Biasanya ujian karangan patut diadakan sebanyak dua kali, atau kalau karangan pendek patut diadakan beberapa kali untuk menjadikannya lebih sah daripada membuat satu karangan panjang saja. Beberapa karangan yang dikehendaki ditulis pada masa yang berlainan, ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan karangan-karangan yang terpaksa disiapkan di dalam satu masa yang sama. Prestasi pelajar untuk menghasilkannya terjejas apabila diminta menulis beberapa buah karangan sekaligus.

b. Tajuk Perlu Sesuai Untuk Semua
Tajuk penulisan esei perlu diberi di dalam lingkungan kemampuan semua. Kita mesti berusaha mencari tajuk karangan yang dapat menimbulkan minat semua pelajar dan di samping itu dapat mencabar pelajar yang lebih berkebolehan. Kita mesti mengelakkan tajuk yang memerlukan darjah kekreatifan dan kepintaran yang tinggi. Tujuan ujian am kemahiran mengarang ialah untuk memperlihatkan sampel penulisan setiap pelajar bagi mengenalpasti kemahirannya mengutarakan sesuatu di dalam bentuk prosa yang jelas,berkesan dan bertatabahasa, bukan untuk mengukur daya kreatifannya. Tajuk yang berbentuk pemerian terus juga dapat mencapai objektif ini.

c. Tajuk dan Arah Perlu Khusus
Tajuk esei perlulah jelas dan khusus, serta memberi arahan jelas. Tajuk karangan yang terlalu umum dan tidak terhad akan menyebabkan pelajar menghasilkan karangan yang terkeluar daripada dugaan penilai. Karangan yang dihasilkan oleh pelajar itu menjadi amat berbeza sekali isinya.

d. Pilihan tajuk Ditiadakan
Setiap pelajar harus dapat memilih dan membuat tajuk yang berlainan daripada pelajar yang lain. Oleh itu, masalah timbul kerana guru menghadapi kesukaran untuk membuat perbandingan prestasinya. Untuk memastikan semua pelajar membuat tugasan yang serupa elok jangan diberi pilihan tajuk di dalam latihan.

e. Tajuk Karangan Diuji Sebelum Ditugaskan
Seorang penilai seharusnya mencuba membuat karangan itu sendiri sebelum tajuk karangan diberi kepada pelajar-pelajarnya. Masa yang digunakannya dicatat supaya tidak berlaku kesuntukan masa. Seelok-eloknya jangka masa yang dipakai oleh guru itu sendiri untuk dijadikan masa ujian karangan.

Isu Pengujian Kefahaman

Kefahaman membaca membawa erti memahami apa yang ditulis oleh seseorang pengarang. Tanggungjawab penting bagi guru bahasa adalah untuk mengajar murid-muridnya memahami mesej pengarang daripada apa yang dibaca. Jika murid tidak memahami apa yang dibaca oleh pengarang, mereka tidak boleh dikatakan membaca.

Untuk memahami mesej pengarang, murid perlu mencari makna daripada rangkaian perkataan-perkataan. Ada beberapa pendapat mengatakan, untuk mencari makna kita perlu menumpukan perhatian kita terhadap ayat atau perenggan. Manakala ada pendapat lain mengatakan,frasa dan klausa juga mengandugi mesej dan ini harus dijadikan tumpuan pengajaran kefahaman.

Perkara yang penting dalam proses membaca adalah penguasaan makna yang terkandung di dalam symbol tercetak dan makna di dalam konteks ini bermaksud satu kombinasi penerangan kompleks yang ingin di sampaikan oleh pengarang kepada pembaca-pembacanya. Sebagai contog, perkataan “pokok” mempunyai makna. Manakala ayat “pokok itu tumbang di dalam hutan” mengandungi satu pemikiran. Di dalam keadaan ini, penguasaan makna berlaku dengan memahami perhubungan di antara perkataan tersebut. Kita boleh soal seorang murid yang telah membaca ayat tersebut, apa makna “pokok”. Mungkin dia sudah mengetahui apa “pokok” berdasarkan pengalamannya, dan ayat tersebut tidak menerangkan makna pokok. Soalan yang lebih baik untuk mendapatkan makna keseluruhan ayat tersebut ialah “Apa yang terjadi kepada pokok?” atau “Apa yang telah terjadi di dalam hutan?” satu soalan yang lebih baik ialah “Mengapa pokok itu tumbang?” Di dalam soalan ini, murid-murid diperlukan merumuskan makna yang terkandung di dalam ayat tersebut dan juga makna yang terkandung di dalam ayat-ayat yang sebelumnya atau selepasnya.

Factor yang Mempengaruhi Kefahaman Membaca
Dalam menentukan unit yang terpenting di dalam kefahaman membaca, kita dapat dapati bukanlah satu perkataan tetapi satu unit yang mengandungi rangkaian perkataan-perkataan.Seterusnya,terdapat 4 faktor yang boleh menpengaruhi perkembangan kefahaman membaca seseorang murid:
1. Tahat kefahaman yang diperlukan.Ini dikaikan dengan kemahiran kefahaman yang berbeza yang memerlukan jenis dan tahap pemikiran yang berbeza.
2. Kefahaman berlaku dalam bentuk satu kontinum berdasarkan kepanjangan atau jumlah isi penerangan yang diperlukan oleh seseorang untuk membaca pada tiap-tiap satu ketika. Kebanyakan murid tidak mengalami masalah membaca cerita-cerita pendek; mana kala jika diberi satu novel yang sama tahap kesusahanya, murid-murid tersebut mengalami berbagai masalah membaca dan memahaminya kerana jumlah isi kandungan di dalam novel tersebut terlalu banyak untuk diingat. (Otto, McMenemy dan Smith, 1973).Jumlah isi kandungan mempengaruhi ketepatan pengukuran kefahaman kerana selalunya ujian-ujian kefahaman standard merupakan ujian di mana bahan bacaan adalah keratin pendek yang jauh berbeza dengan keratan bacaan di dalam situasi pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah yang selalunya lebih panjang dan padat isi kandungannya.
3. Tahap kesusahan bahan bacaan mempengaruhi kefahaman. Kebolehbacaan pula adalah dipengaruhi oleh kepanjangan dan kepadatan ayat dan juga bilangan perkataan-perkataan baru yang diperkenalkan (Klare,1975).
4. Selain daripada factor-faktor di atas, latar belakang pengalaman murid merupakan satu factor kesediaan yang mempengaruhi kefahaman.

Beberapa Pandangan Terhadap Kefahaman
Barrett (1968) mengemukakan lima peringkat sebagai kefahaman iaitu:
1. kefahaman “literal”
2. organisasi semula;
3. kefahaman inferensi;
4. penilaian;
5. penikmatan.

Nila Banton Smith (1969) pula mengemukakan empat jenis kemahiran kefahaman:
1. kefahaman literal
2. kefahaman tafsiran
3. kefahaman kritikan
4. kefahaman kreatif

“Dalam kefahaman literal penuntut cuba mendapat makna terus dari penulis yang menulis teks;dengan tafsiran ia cuba menambah makna yang diberi oleh teks penulis; dalam membaca secara kri tikal ia menilai,dan mengemukakan pandangan terhadap teks.Dalam bacaan kreatif,pembaca meninggalkan teks penulis dan dengan daya sendiri melibat keluar darinya untuk mencari atau melahirkan idea-idea baru,mendapatkan maklumat tambahan,mencari jawapan terhadap soalan atau mencari penyelesaian atau masalah-masalah dalam kehidupan”(smith,1969).

Contoh
Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendiran di rumah kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.

Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.


Soalan-soalan kefahaman:
Ke manakah ibu bapa penulis semasa kejadian tersebut berlaku?
Kenapakah orang ramai berkumpul di depan rumah jiran penulis?
Selain daripada barang-barang, apakah dokumen-dokumen penting yang perlu diselamatkan semasa kebakaran?
Pada pendapat anda, apakah punca kebakaran tersebut?
Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya penulis tidak berada di rumah pada ketika itu?
Apakah pengajaran yang anda perolehi melalui cerita ini?

Isu yang timbul ialah adakah petikan pemahaman yang dikemukakan oleh guru benar-benar dapat difahami oleh murid? Situasi ini berlaku apabila soalan yang dikemukakan oleh guru kurang difahami dengan jelas oleh murid. Keadaan ini sering berlaku apabila murid-murid dikehendaki menjawab soalan kefahaman berdasarkan petikan klasik. Masalah berlaku apabila murid-murid tidak dapat memahami maksud perkataan dan ayat-ayat yang digunakan dalam prosa tersebut sedangkan dalam format pengujian, murid-murid dikehendaki untuk menjawabnya. Maka wujudlah situasi murid menjawab berdasarkan kefahaman mereka sendiri dan berlaku situasi seperti ayam bercakap dengan itik apabila kedua-dua pihak guru dan murid tidak memperoleh keperluan sebenar pengujian dilakukan. Bagi mengatasi perkara ini, guru bertanggungjawab untuk mengajar murid-muridnya memahami mesej pengarang. Jika murid tidak memahami apa-apa yang ditulis oleh pengarang, mereka tidak boleh dikatakan membaca. Jadi,apabila seseorang guru mengajar membaca,tujuan yang sebenarnya ialah untuk memahirkan murid-murid mendapatkan makna daripada apa-apa yang dibaca. Menurut Bloomfield ( 1961 ), kandungan dalam bacaan sangat penting dan membaca bukan sahaja kemahiran untuk mendekodingkan lambang-lambang tetapi juga memahamkan keseluruhan perkataan dan seterusnya keseluruhan teks tersebut.

Isu Pengujian Rumusan

Rumusan merupakan satu bentuk penyoalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu SPM. Bahagian ini menguji kebolehan dan keupayaan calon membaca pelbagai jenis bahan dengan cekap dan kritis serta dapat membuat tafsiran, penilaian, dan rumusan yang wajar.

Isu yang timbul untuk pengujian rumusan ialah adakah pengujian rumusan benar-benar menguji kemampuan murid untuk mengarang dan adakah kemahiran menulis dipratikkan sepenuhnya? Persoalan ini timbul apabila untuk menjawab pengujian ini, murid tingkatan dan lima hanya diperlukan menulis karangan rumusan dengan hanya menggunakan 120 patah perkataan. Jumlah patah perkataan yang disyaratkan dikatakan tidak menggambarkan tahap kognitif pelajar yang seharusnya mampu menulis 1000 patah perkataan. Selain itu, dalam menjawab soalan ini murid-murid hanya dikehendaki mengeluarkan semula isi-isi yang terdapat dalam petikan (tersurat) dan hanya perlu mengemukakan sekurang-kurangnya dua pendapat sendiri (tersirat). Keperluan dalam kemahiran menulis seperli yang terdapat huraian sukatan pelajaran merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan ilmu dan imaginative.
Soalan 1: Rumusan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan gejala buli dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan andahendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perbuatan membuli diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan. Secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung dan tidak langsung. Buli secara langsung termasuk diugut, disepak, atau membalas pukulan. Buli jenis ini disebut sebagai buli fizikal. Sementara buli secara tidak langsung atau buli psikologi melibatkan kata-kata (verbal) termasuk memanggil atau ejek-mengejek dengan nama tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain, atau menyebarkan gosip liar terhadap seseorang.
Biasanya mangsa buli datang dari keluarga yang menyokongnya manakala pembuli datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya. Kebanyakan kejadian buli berlaku di sekolah yang kurang pemantauan disiplinnya, sama ada akibat kelemahan guru, kemudahan fizikal atau organisasi, budaya dan nilai yang diamalkan.
Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi. Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak.
Tingkah laku buli bukan sahaja boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsanya, tetapi kepada rakan sekelasnya yang menyaksikan perlakuan itu walaupun mereka tidak dibuli. Pemerhati tingkah laku buli akan turut mengalami gangguan emosi dan merasakan persekitaran sekolah tidak lagi selamat. Malah pemerhati buli juga merasa bimbang dia pula akan diancam oleh pembuli dan menjadi mangsa seterusnya. Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia dan Pensyarah Jabatan Pendidikan Psikologi, Dr. Suradi Salim, berpendapat bahawa mangsa yang dibuli akan merobah personaliti mereka menjadi seorang yang penakut. Mangsa bukan sahaja takut ke sekolah, malah takut diugut, dipukul dan sebagainya.
Sebetulnya perasaan “takut” yang luar biasa ini amat memeritkan. Jika dibiarkan akan membentuk peribadi individu terbabit menjadi lemah dan kurang keyakinan diri. Akibat ketakutan yang amat sangat inilah menyebabkan mereka tidak akan mengadu kepada guru atau ibu bapa. Biasanya, mereka dikaunseling bukan si pembuli tetapi mangsa kerana mereka perlu dibantu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Sebaliknya, si pembuli berasa seronok kerana dapat membuli orang lain. Masalah ini hanya dapat dikesan apabila menjadi serius sehingga berlaku kecederaan fizikal.
(Diubahsuai daripada “Menangani Masalah Buli di Sekolah” dalam Dewan Siswa, Ogos 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur)
Soalan 2: Pemahaman
Berdasarkan petikan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud rangkai kata mengambil tindakan intervensi berdasarkan
petikan? [2 markah]
(ii) Nyatakan kesan-kesan yang serius berlaku ke atas pelajar yang dibuli? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk hukuman yang wajar dikenakan ke atas
pembuli yang membabitkan kes kematian. [4 markah]


Isu Pengujian Tatabahasa

Mengapa tata bahasa Harus diuji
1. Bahasa mempunyai peraturan-peraturan yang tersendiri dan berlainan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain.Di dalam pengujian bahasa bilik darjah,tatabahasa harus mendapat tempat kerana aspek tatabahasa diajar kepada murid murid. Sesuatu ujian yang sah harus penguji apa yang telah diajar yang terdapat dalam sukatan pelajaran.Oleh kerana ujian bilik darjah lazimnya dianggap sebagai ujian pencapaian, maka segala aspek bahasa yang telah diajar hendaklah diuji, termasuklah aspek tatabahasa.
2. Pengujian aspek tatabahasa ini telah banyak dikaji oleh ahli-ahli pengujian bahasa. Lado (1967) misalnya,telah cuba membahagikan kefahaman bahasa kepada komponen-komponen yang kecil dengan tujuan untuk mencari unsur-unsur yang sama dalam kefasihan bahasa. Beliau berpendapat bahawa bahasa mengandungi unsur-unsur yang terdiri daripada pembolehubah – pembolehubah yang tidak boleh terdiri dengan sendiri,tetapi bersepadu kedalam kemahiran-kemahiran seperti bertutur,mendengar,membaca,menulisdan mungkin juga menterjemahan.
3. Smith dan Berger (1968) sependapat dengan lado,iaitu kemahiran-kemahiran bahasa boleh diasingkan kepada pembolehubah-pembolehubah yang sama. Mereka mengatakan bahawa semua kemahiran menggunakan teras struktur morfologi dan kosakata yang sama. Dari kajian yang dibuat oleh Lofgren (1969), beliau telah mengenal pasti pembolehubah tatabahasa sebagai perubah yang sama bagi mengukur kefasihan bahasa dan dengan memberi beberapa ujian tatabahasa dan kosakata, kita dapati darjah kebolehpercayaan yang tinggi menggred penuntut dalam kemahiran berbahasa. Katanya,kefasihan dalam perpendaharaan kata dan struktur adalah merupakan faktor utama dalam kefasihan bahasa.
4. Kajian yang dibuat oleh Ingram (1968) menunjukkan tatabahasa mempunyai pertalian yang sederhana tingginya (0.68) dengan kefahaman. “SRA achievement Series” (bagi Gred 2-4) pula mempunyai indeks pertalian antara 0.572-0.605 dengan kefahaman; 0.659 dengan hurup besar dan tanda-tanda bacaan. Dalam ujian ULCA ESLPE 1, tatabahasa mempunyai indeks pertalian 0.50 dengan karangan;0.50 dengan fonologi dan 0.65 dengan rancana. Dalam ujian TOEFL yang dijalankan oleh gue dan Holdaway (1973),struktur bahasa (Bahasa Inggeris) menunjukkan pertalian 0:74 dengan perbendaharaan kata; 0.65 dengan kefahaman membaca dan 0.82 dengan kebolehan menulis.Lofgren telah mengemukakan pertalian antara bahagian-bahagian ujian kefasihan bahasa sebagai :
perbendaharaan kata dan nahu dengan membaca : 0.84
perbendaharaan kata dan nahu dengan menulis :0.92
perbendaharaan kata dan nahu dengan kefahaman mendengar:0.78
perbendaharaan kata dan nahu dengan bertutur 0.85

Penubahan Ujian tatabahasa
Tajuk kecil ini berkaitan dengan bagaimana aspek tatabahasa harus diuji. Soalan ini ada kaitan dengan pendekatan,teknik dan format ujian yang digunakan bagi menguji tatabahasa.
1. Amat sukar dan tidak praktis bagi kita menguji semua aspek tatabahasa yang terdapat di dalam “keseluruhan bahasa”bahasa Malaysia.Aspek-aspek tatabahsa Maleysia yang dinyatakan dalam sukatan pelajar sahaja,yang harus diuji.Timbul pula persoalan ; apakah kesemua aspek tatabahsa(mofologi dan sintaksis)dalam sukatan pelajaran bahasa Malaysia itu harus diuji dalam semua penggunaannya dalam bahsa? Disini timbul 2 masalah : pertama ialah masalah sampel dan kedua adalah masalah tujuan ujian diadakan.kedua-dua masalah ini boleh diselesaikan ; bergantung kepada tujuan ujian itu diadakan ; sama ada ujian pencapaian atau ujian yang merujuk kepada Nilai-Tara.Ujian jenis kedua ini merupakan ujian diangnostik.Yang penting kedua-dua jenis ujian ini harus dapat memberi maklumat yang berguna atau diperlukan lagi sah. Bagi Lado(1972), mempelajari pola-pola yang menjadi masalah dalam bahsa merupakan aktiviti mempelajari sesuatu bahasa (iaitu Bahsa kedua).
2. Di samping itu, kita harus dapat membizakan antara pendekatan dan teknik ujian serta kemahiran-kemahiran dalam ujian bahasa.Bertutur mendengar,membaca dan menulis adalah kemahiran -kemahiran bahasa. Menulis karangan,temuduga,memberi syarahan dan berlakon misalnya ,adalah teknik ujian, manakala “penghasilan” (bertutur dan menulis) dan “penerimaan” (mendengar dan membaca) adalah pendekatan.Dari segi praktis dan kebolehpercayaan ,ujian “pendekatan penerimaan” misalnya kefahaman adalah lebih baik daripada “pendekatan penghasilan”.

Pemilihan Objektif Unit (Tatabahsa)
Pilihan objektif-objektif ujian bagi tatabahsa yang boleh dibuat mengikut langkah-langkah seperti berikut :
(a) Tentukan kandungan tatabahsa yang terdapat dalam sukatan pelajaran dan senaraikan mengikut kumpulan-kumpulannya, misalnya morfologi, 9imbuhan awalan,akhir, serentak0; sintaksis (jenis-jenis ayat dan lain-lain).
(b) Tentukan bagaimana murid-murid dapat menunjukkan penguasan tatabahasa. Adakah murid-murid dapat mengenal atau menyesuaikan dan mengunkan unsur-unsur tatabahsa.
(c) Tetapkan objektif-objektif yang hendak dicapai bagi tiap-tiap aspek tatabahsa yang hendak diuji.
(d) Padankan butiran-butiran ujian dengan “taksonomi”
(e) Menilis butiran-butiran ujian.
(f ) Merancang sistem pemarkahan.
Bagi (a),(d) di atas, satu pelan ujian perlu disediakan.

Pembinaan Bahan Ujian Tatabahsa
Terdapat banyak teknik dan bentuk ujian yang digunakan dalam menguji kemahiran tatabahsa didalam bilik darjah. Bentuk-bentuk ini dapat digolongkan kepada dua kategori iaitu “Ujian berbentuk Subjektif” dan “Ujian berbentuk objektif”. Pilihan berbentuk ujian adalah bergantung kepada kebijaksanaan membina ujian dan juga beberapa faktor lain.Azman Wan Chik telah memberikan beberapa kriteria dalam memilih bentuk ujian ini. Di antara:

1. Ujian objektif digunakan apabila:
(a) Kumpulan yang diuji besar dan bahan ujian yang ditubuhkan itu akan diulang kegunaannya pada masa-masa hadapan kelak.
(b) Kita ingin mengalakkan pelajar mempelajari tentang aspek-aspek formal bahasa tersebut seperti tatabahasa dan ejaan.
(c) Kita hendak menguji kefahaman dan kebolehan mengunakan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan bahsa yang telah diajar kepada mereka.
(d) Kita mementingkan keadilan sepenuh-sepenuhnya dalam perarkahan dan tidak ingin timbul masalah “makan -sebelah” daripada pemarkah.
(e) Guru sendiri lebih yakin akn kebolehannya untuk menubuh bahan ujian objektif yang bermutu, daripada menilai jawapan-jawapan jenis esei dengan adil dan tepat berdasarkan kriteria-kriteria tertentu.

2. Kita boleh mengunakan bahn ujian berbentuk esei apabila :
(a) Kumpulan yang hendak diuji itu kecil dan bahan ujian itu tidak akan diulang penggunaannya di masa-masa depan
(b) Guru ingin dengan seboleh-bolehnya untuk memberi galakan dan kepujian bagi perkembangan kemahiran manusia.
(c)Guru sendiri yakin akan kemempuan kemahirannya sebagai pembaca yang kritis dan tidak sebagai penubuh butiran-butiran soalan yang rapi.
(d) Guru ingin menguji daya kreatif bahsa pelajar dan tidak kebolehannya dalam aspek-aspek formal bahasa tersebut.

Tujuan penilaian tatabahasa
Tujuan penilaian tatabahsa berkai rapat dengan tujuan pengajaran tatabahasa. Penilaian tatabahsa Bahasa Malaysia di prengkat sekolah Menengah rendah adalah untuk menaksir aras kecekapan murid dalam menggunakan berbagai bentuk jenis kata,pola frasa dan ayat untuk melahirkan idea atau perasaan dalam konteks yang sesuai dengan peringkat perkenbangan kognitif mereka.Oleh itu sesuatu ujian tatabahasa Bahasa Malaysia seharusnya lebih menitik beratkan kebolehan dalam penggunaan tatabahasa daripada pengetahuan tentang tatabahasa.Ini merupakan satu prinsip yang amat penting dalam penilaian tatabahasa Bahasa Malaysia.Perbincangan ujian tatabahasa BahasaMalaysia di peringkat Sekolah Menengah Rendah di sini akan lebih menekankan tujuan diagnostik iaitu mengesan kelemahan atau kekurangan khusus dalam penggunaan tatabahasa daripada mengukur aras pencapaian murid. Hasil daripada ujian diagnostik akan menolong guru mengenalpastikan kesulitan murid dan merancang tindakan penulihan yang perlu.
Contoh Ujian Tatabahasa

1. Pilih ayat-ayat yang betul tatabahasanya:
(a) Ayah saya pergi ke melaka.
(b) Membeli saya rumah sebuah itu di bandar.
(c) Ibunya seorang yang penyayang.
(d) Ke mana kamu pergi minggu lalu.
(e) Rumah kami rumah sakit dekat.
(f) Ayah kamu apa nama.

2. Susun semula perkataan-perkataan yang diperikan supaya terbentuk ayat-ayat yang betul tatabahasanya.
(a) Saya kucing tikus menangkap.
(b) Padang ada rumah saya di hadapan.
(c) sekali berpusing kipas yang dengan laju baru saya beli itu.
iv. Polis berjaya itu menangkap penjahat orang dua.
(d) Ibu saya hati sangat baik.

3. Buat ayat daripada perkataan-perkataan berikut:
bangun,menbangun,terbangun
ingat, mengigat, teringat
kena, mengena, terkena
ikat, mengekat, terikat

4. bezakan maksud me-kan dan me-i dengan membentuk dua ayat daripada perkataan berikut dengan menggunakan imbuhan-imbuhan tersebut.
naik, jalan, turun, siram, capur

5. Sambungkan ayat-ayat yang diberi dengan menggunakan kata hubung.
(a) Ayah saya kepejabat.Ibu saya ke pasar
(b) Dia membaca suratkhabar.Dia mendengar radio.
(c) Kakaknya amat rajin. Dia pemalas.
(d) Saya tidak begitu sihat. Saya pergi ke sekolah.
(e) Kamal berjalan seorang diri. Kamal berjalan pantas.

6. Betulkan imbuhan pada perkataan yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah
(a) Saya tidak berangkat meja yang berat itu.
(b) Bunga-bunga itu berwarna-warni dan harum menyerbak baunya.
(c) pokok itu sedang membesarkan .
(d) Ibu digulung tikar dan simpannya di dalam bilik.
(e) Jam saya telah membetulkan oleh tukang.

7. Pilih ijaan yang betul.
menggoreng,mengoreng
menaikki,menaiki
mengelakan,mengalakkan
mengail,mengkail
pengangur,pengganggur
tunjukan,tunjukkan

8. Namakan jenis-jenis ayat berikut.
(a)Kami berjalan kaki ke sekolah.
(b) di mana kamu simpan buku kamu?
(c) Wah, besarnya rumah awak!
(d) Suruh dia masuk dengan segera.
(e) Jemput makan!
(f) Mudah-mudahan kamu cepat sembuh!

9. Baca berikan dengan teliti kemudian isikan ruang yang dikosongkan dengan perkataan berimbuhan yang sesuai,yang terdapat dalam tanda kurungan.
Ramasami ...................(mendiam,terdiam,diamkan)apabila dituduh begitu oleh AhLok. Dia..............(teringat,mengingat,diingat)semula bagaimana kakinya sengaja...................... (ditendang,tertendang,menendang)waktu bermain bolasepak dua hari yang lalu.Kalau........( menurutkan,menuruti, diturutkan)perasaan hatinya, mahu dia................... (bertumbukan,bertumbuk, menumbuk)pada hari itu. Tetapi oleh kerana dia................. (dipunyai,berpunya, mempunyai)semangat kesukanan, dia dapat...................(bersabar, menyabar,disabarkan).
” Sudahlah! Mari kita balik ”,kata Mei Wan. Meraka pun ..................(mengedar,teredat, beredar)dari dewan itu. Oleh kerana meraka........................(beramalkan,mengamalkan, diamalkan)semangat kesukaran yang tulen,meraka tidak lekas marah. Mereka mudah ...... (dimaafkan,memaafkan,bermaafan)kesilapan kawan-kawan mereka.

Isu Pengujian Peribahasa

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidal, pepatah, dan sebagainya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Kepentingan
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.

Kegunaan
Umumnya, peribahasa masih terus digunakan dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga hari ini. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perbandingan, perumpamaan, pepatah, bidalan, dan kata-kata hikmat. Antara beberapa contoh peribahasa termasuklah “Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga”, “Masa itu emas”, “Ibarat burung, mata lepas badan terkurung”, “Bagai aur dengan tebing”, “Seperti api dalam sekam”, “Seperti anak ayam kehilangan induk”, “Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”, “Bahasa Jiwa Bangsa”, “Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi”, “Ukur baju pada badan sendiri”, dan “Muafakat Membawa Berkat”.

Tujuan
Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan. Misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi “takkanlah perigi yang mencari timba”. Dalam konteks lain pula, seorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, “malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut”.
Menurut Za'aba, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
(a) Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b) Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
(c) Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
(d) Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

Isu Pengujian Komsas
Kursus sastera dalam pengajaran bahasa Melayu yang dikenali sebagai komponen sastera( Komsas ) telah dijadikan komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu.Kursus ini telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 di peringkat tingkatan satu dan tingkatan empat. Kemudian,pada tahun 2001,Komsas diperluas ke tingkatan dua dan tingkatan empat. Menjelang tahun 2003,Komsas telah dapat dilaksanakan sepenuhnya daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Calon sulung bagi sukatan bahasa Melayu edisi penyesuaian ini mula diuji secara rasmi dalam Peperiksaan Menengah Rendah dalam subjek Komsas mulai tahun 2002 manakala calon Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2001,setahun lebih awal daripada pelajar tingkatan 1,2000.

Melalui pengajaran dan pembelajaran Komsas,unsur atau bahan sastera dalam pendidikan bahasa akan menjurus kepada aspek nilai estetik,keindahan bahasa dan sosio budaya yang tergarap dalam sesebuah karya. Hal ini dapat dilihat melalui matlamat pengajaran dan pembelajaran Komsas Antara matlamat itu ialah untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis, meningkatkan kekuatan rohani dan intelek, memupuk kesedaran terhadap nilai estetika karya dan keindahan bahasa, mengenali dan mengurus perasaan pelajar serta meningkatkan kemahiran intrapersonel dan interpersonel.

Matlamat Komsas ini dapat digambarkan dalam kandungannya. Kandungan Komsas dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian A, Antologi yang disoal dalam Kertas 1 manakala bahagian B pula membicarakan novel dan diuji dalam Kertas 2. Antologi yang digunakan adalah mengikut peringkat tingkatan iaitu :

i) Tingkatan Satu:Antologi
Sehijau Warna Daun
ii) Tingkatan Dua: Antologi
Seuntai Kata Untuk Dirasa
iii)Tingkatan Tiga: Antologi Anak
Bumi Tercinta
iv) Tingkatan Empat: Antologi Anak
Laut
v) Tingkatan Lima: Antologi Kerusi.

Misalnya, antologi ’ Seuntai Kata Untuk Dirasa’ yang diajar di tingkatan dua mengandungi beberapa buah genre seperti puisi tradisional,sajak,prosa tradisional,cerpen dan drama. Puisi tradisonal mengandungi pantun perpisahan,pantun Joget Pahang,pantun teka-teki,syair Pesanan Ibu,syair Nur Alam Syah Lela Putera dan syair Mungkir Janji. Prosa tradisional mengandungi cerita klasik dengan tajuk, ’Pak Kaduk’,’Putera Besar Lahir ke Dunia’, dan ’Kera dengan Buaya’. Kata orang, kalau ada yang lama tentu pula ada yang baharu. Bagi mengimbangi puisi dan prosa tradisonal maka puisi dan prosa baru turut diajar. Sajak mengandungi tajuk,’Mata Ayah',’Seuntai Kata Untuk Dirasa’, ’Bicara Buat Guru’,’Pesan Tangan Kepada Jari,’Cinta’, dan ’Ruang’ manakala genre cerpen pihak panel pemilih yang terdiri dalam kalangan nama-nama besar sastera seperti Othman Puteh, Rahman Shaari dll telah memilih enam buah cerpen.Cerpen yang dimaksudkan ialah Tina,Batu,Buku Catatan Farid Badrul,Mama,Erti Kasih Makna Sayang dan cerpen ’ Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya’. Drama dengan tiga buah tajuk iaitu Penunggu Pusaka, Angin dan Buyong merupakan genre yang terakhir yang terdapat dalam bahagian antologi. Di antara daya penarik yang terdapat di dalam genre cerpen ialah ’Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya ’,hasil nukilan penulis bukan Melayu,Tung Wai Chee yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Bahagian B atau Kertas 2 melibatkan beberapa buah novel dan diagihkan mengikut zon dan negeri.

Berikut merupakan maklumat berkenaan yang disusun mengikut negeri dan mengikut turutan yang dimulai novel tingkatan satu, dua, tiga, empat dan lima.

i)Negeri Selangor, Perlis,Negeri Sembilan dan WilayahPersekutuan:
Meniti Kaca, Pahlawan Pasir Salak,Panas Salju,Bukit Kepong dan Konserto Terakhir.
ii)Negeri Sabah,Sarawak, Pahang dan Terengganu:Limpahan Darah Di
Sungai Semur, Timulak Kapal Perang, Ekpsedisi,Terminal Tiga dan Seteguh Karang.
iii)Negeri Melaka Johor dan Kelantan:Anak Din Biola, Trajedi 4 Disember,Merdeka!Merdeka!,Di Hadapan Pulau dan Putera Gunung Tahan.
iv)Negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang:Aku Anak Timur, Kapten Hassan Wira Bangsa, Kanang Cerita Seorang Pahlawan, Perlumbaan Kedua dan Julia.

Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam Komsas,jelas menunjukkan komponen itu memberi pendedahan yang cukup tentang kesusasteraan.Kedua,melihat kepada enam genre teks(puisi tradisional,sajak,prosa tradisional,drama,cerpen dan novel) yang perlu dikuasai oleh pelajar maka pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan merupakan sebahagian daripada sukatan bahasa Melayu yang tidak boleh diasingkan dan tanpa pengecualian. Ketiga, terdapat enam buah puisi tradisional, enam buah puisi moden, empat buah prosa tradisional, tiga buah drama, enam buah cerpen sebuah novel yang perlu dipelajari oleh para pelajar dalam setahun. Keempat, beberapa konsep seperti ironi,sinis,woordopname dll yang terdapat dalam gaya bahasa dapat diterap secara tidak langsung kepada pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
WALLAHU ALAM

shariah binti zulkifly berkata...

BMP 6123 PENGUJIAN DAN PENILAIAN
NAMA : SHARIAH BINTIZULKIFLY
SEKOLAH : SJK(C) ST. MICHAEL & ALL ANGELS,KAMPUNG TAWAS,30010 IPOH,PERAK
TELEFON : 017 5269094
NOMBOR MATRIK : M20082000005

1. NOTA KULIAH
PENYERAPAN UNSUR BARU DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
Huraian Sukatan Pelajaran :
Konsep : penyerapan : proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah.




Kemahiran Baru : diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
HSP Bahasa Melayu : penekanan kepada KBKK dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Mengelaskan, mengumpul, mengkategorikan
- Membuat kaitan dan pertimbangan
- Membanding dan membeza
- Menyusun atur
- Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu.

Alat berfikir
• Peta minda
• Penyususunan grafik
• Soalan bertumpu/bercapah/lingkaran soalan.

Kemahiran Bernilai Tambah
• Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi
• Kemahiran belajar cara belajar
• Kajian masa depan
• Kecerdasan pelbagai
• Pembelajaran konstruktivisme
• Pembelajaran kontekstual
Perlu diserapkan dengan mengambil kesesuaian pembelajaran yang ingin dicapai berdasarkan kebolehan dan sumber yang ada.

Konsep Penggabung jalinan Kemahiran Berbahasa.
Penggabungan merupakan proses penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinanberlaku antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa.Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti berikut :
• Kemahiran bahasa iaitukemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dengan kemahiran bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis.
• Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
• Kosakata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan, membca teks yang mengandungi kosa kata dan peribahasa.

Penyerapan dalam konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa berfokus kepada :
• Penyerapan ilmu dalam pengajarapembelajaran
• KBT
• Kepintaran emosi

Penyerapan Ilmu dalam Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa.
Penyerapan ilmu dan penggabungjalinan berjalan seiring semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-mrid mendapat keseronokan meneroka sesuatu bidang dan dapat melihat manfaatnya.

Penyerapan KBT dalam Konsep Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa.
Kemahiran yang diajar dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
Pembentangan Kognitif Bloom :
• Pengetahuan
• Kefahaman
• Aplikasi
• Analisis
• Sintesis
• Penilaian.

Penyerapan Kepintaran Emosi Dalam Konsep Penggabungjalinan.
EQ : kebolehan menggunakan emosi yang baik.
Dr. Noriah Ishak : Emosi dikaitkan dengan dua jenis kompetensi iaitu peribadi dan social ( kerohanian dan kematangan )

1. Kompetensi Peribadi.
• Kesedaran kendiri
• Kesedaran emosi
• Penilaian kendiri yang tepat
• Keyakinan kendiri
• Niat baik
• Regulasi kendiri ( kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, penyesuaian,inovasi)
• Motivasi kendiri ( dorongan, pencapaian, komitmen, inisiatif, optimis, minat )

2. Kompetensi Sosial.
• Empati – memahami orang lain, membantu
• Kemahiran social – mengurus, komunikasi, kerjasama.
• Kerohanian – sabar, beriman, takwa, ikhlas
• Kematangan – usia,pengalaman dan pengetahuan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran guru membimbing murid-murid tentang etika perbincangan yang sihat ( komunikasi berkesan )
Dalam aktiviti lakonan,murid dibimbing merasai apa yang dialami oleh watak ( empati)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggabungjalinan kemahiran berbahasa bertutur, membaca,menulis.
Pengajaran ini diadun dengan baik dengan menyerapkan ilmu, nilai murni, kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya, KBT atau kepintaran emosi. Guru akan memilih mana-mana elemen dan merancang dengan teliti agar pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada murid. Murid pula dapat meneroka sesuatu bidang dengan baik.

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu.
• Murid menguasai 3M
• Murid berbahasa dengan baik
Penyerapan akan menjadikan murid-murid insane berilmu, mampu memenuhi keperluan, dan bijak dalam perhubungan sosial dan harian.
Murid-murid dilatih agar mempunyai rasa tanggungjawab, kasih sayang terhadap haiwan dan tumbuhan.

Kesimpulan : Guru berperanan membantu membina sahsiah diri yang terpuji agar menjadi insan berketrampilan.

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU.
Sukatan Pelajaran : Dokumen yang penting bagi guru professional. Guru perlu memiliki, memahami,menguasai dan menghayati sukatan pelajaran dengan baik. Pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu yang diajar dan ilmu penguasaan pendidikan, pedagogi.

Guru perlu peka dengan perubahan dan membuat pengubahsuaian. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian daripada intipati profesionalisme guru.
Definisi Sukatan Pelajaran .
• Dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi sesuatu mata pelajaran, pada tahap tertentu.
• Berdasarkan kemahiran dan mengandungi topic, objektif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian.
• Dibangunkan oleh dua elemen penting iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Guru akan merangka dan menyediakan rancangan tahunan dan harian yang mengandungi kemahiran, hasil pembelajaran, strategi pengajaran, pengurusan sumber dan bahan pengajaran.

Sukatan Pelajaran.
Dokumen induk yang mewakilin keperluan kurikulum bagi satu peringkat persekolahan iaitu Sekolah Rendah ( Tahap 1 dan Tahap 2 ) dan Sekolah Menengah ( Menengah Rendah dan Menengah Atas )

Huraian Sukatan Pelajaran
Dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan kandunga sukatan pelajaran. Disediakan bagi setiap tahun pembelajaran dan dibezakan anatara Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
1. Matlamat dan objektif
2. Organisasi kandungan kurikulum ( konsep utama )
a. Kemahiran bahasa
Kemahiran mendengar
Keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat member maklum balas.
Kemahiran bertutur
Keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, sertaidea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.
Kemahiran membaca
Keupayaan muriud membaca ayat dengan lancer serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.
Kemahiran menulis
Keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kretiviti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.
b. Hasil pembelajaran
Ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Ia merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu,murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran membantu guru memilih kandungan, kaedah,sumber,dan prosedur yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum . Pendekatan berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Hasil pembelajarn juga dapat membantu dan membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.
c. Sistem bahasa
Merujuk kepada bahasa Melayu baku dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdiri daripada tatabahasa,ejaan, sebutan dan intonasi,kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi, dan sintaksis manakala kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.
d. Pengisian kurikulum
Terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi ilmu, nilai,kewarganegaraan,perauturan sosiobudaya, kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

Organisasi HSP Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Lima buah buku HSP berlainan dari dua segi :
1. Objektif
2. Huraianhasil pembelajaran.
3. Catatan dan cadangan aktiuviti dan sumber.

Organisasi HSP Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
1. Matlamat
2. Organisasi Kandungan( Konsep Utama )
a. Penggunaan bahasa
b. Kemahiran bahasa
c. Hasil pembelajaran
d. Komponen Kesusasteraan Melayu
e. Pengisian kurikulum
3. Penerangan tentang HSP hasil pembelajaran
a. Hasil pembelajaran ( utama dan khusus )
b. Huraian hasil pembelajaran
c. Cadangan aktiviti atau nota
4. Strategi pengajaran dan pembelajaran.
5. Sistem bahasa
6. Pengisian kurikulum
7. Hasil pembelajaran
a. Hasil pembelajaran ( utama dan khusus )
b. Huraian hasil pembelajaran
c. Cadangan atau nota

Matlamat dan objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan.
Sekolah Menengah : melengkapkan murid-murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusanharian, pendidikan dan pekerjaan.

Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
1. Melibatkan diri dalam interaksi social melalui perbualaan, perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untukmendapatkan barangan dan perkhidmatan.
2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber didengar,dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat.
3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
4. Mendengar, membaca, menonton, membuat respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera.
5. Melahirkan idea dan pendapat dalambentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginative secara kreatif dan berkesan.
6. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

Penggunaan Bahasa.














Hasil Pembelajaran
1. Set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapaioleh murid melalui proses pembelajaran bahasa.
2. Skinner (1992) – pembelajaran ialah proses perubahan hasil pembelajaran melalui pengalaman pembelajaran pengetahuan, kemahiran, dan sikap dapat dibentuk.


ISU-ISU DALAM PENGUJIAN DAN PENILAIAN BAHASA.
- Memperkenalkan teori, kaedah, dan teknik-teknik menilai dan menguji dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Kaedah penilaian dan pengujian dalam bahasa Inggeris disesuaikan kepada bahasa Inggeris.
- Perbezaan akan dibuat terhadap belajar bahasa sebagai bahasa ibunda dan juga bahasa asing.
Penilaian
a. Teori dan kaedah pengujian dan penilaian 30 peratus.
b. Membina ujian 30 peratus
c. Peperiksaan 40 peratus
d. Jumlah 100 peratus

Cara membina ujian seperti ujian karangan, pemahaman dan tatabahasa.
2. Pengenalan
- Belajar bahasa ibunda dengan bahasa asing.
- Hubungan ujian dengan pembelajaran
- Isu-isu yang selalu timbul

Pengujian dalam bahasa.
• Masalah menguji bahasa asli
- Dialek yang berbeza-beza
- Tatabahasa
- Falasi logik
Logik berbeza mengikut kaum/tempat/umur/jawapan tidak semestinya betul/kena ubah kosep ujian.
- Kekurangan kosa kata – berubah-ubah dari satu tempat ke satu tempat.
Contoh : ayam – manuk, turu- tidur
Perbezaan bilangan kosa kata antara anak kelas menengah dan anak kelas rendah ( masalah bahasa rendah dan bahasa tinggi ).
- Penulisan
- Gaya
Hambar atau bertenaga ( lengkap, peribahasa, analogi cukup)

Teori dan Amali.
• Teori dan amali menguji bahasa asing
• Perbezaan berbanding dengan bahasa ibunda.

Budaya.
Kosa kata ( reading skill)
• Hiburan
• Maklumat
• Kefahaman
• Anugerah
• Kita perlu galakkan kanak-kanak membaca buku maklumat untuk membina pengetahuan dan memperkayakan kosa kata.

Variabel : unsur dan kemahiran ( kebarangkalian )
Strategi : situasi dan bahasa, unsur atau kemahiran, ujian berkelompok atau individu, ujian subjektif atau objektif.
Dalam kemahiran berbahasa :
• Mesti ada unsure budaya
• Boleh menjadi modal insane
• Sesuai dengan konteks

Kriteria menguji
- Kesahihan, realibiliti,scorabiliti, ekonomi,administrabiliti.
- Kritikan : terjemahan, esei, rencana, ujian objektif, ujian mendengar.

Sebutan
– peranan sebutan, segmen sebutan dan bunyi.
3. Kemahiran bersepadu
- Kefahaman auditori
- Bagaimana membentuk ujian
- Pelbagai pilihan, betul-salah dan lain-lain.
- Membina unit ujian bersepadu.
4. Kefahaman membaca
- Teknik umum
- Pra bacaan
- Teknik bagi pelajar awal
- Teknik bagi pelajar maju
- Membina unit ujian membaca

5. Prosedur membina Ujian
- Prinsip ujian dalam bilik darjah
- Ujian atau kuiz
- Item ujian objektif
- Kertas jawapan
- Fail item ujian
- Menyediakan item ujian
- Merekabentukujian on-line

1. Membina ujian
2. Pembinaan ujian
3. Ujian secara berasingan
4. Ujian intergrasi dan pragmatic
5. Ujian komunikatif
6. Model kecekapan komunikatif.

Apakah yang perlu diuji ?
- Kefahaman kemahiran
- Pengetahuan

Bahan bacaan dari luar perlu diedit, dibaca,disusun oleh guru sebelumdigunakan di dalam kelas.
Ujian pragmatik :
Tidak diuji secara individu tapi diajar atau diuji dalam konteks unsure itu berguna.

Bahasa tinggi : peraturan-peraturannya adalah rapi, tatabahasa,pilihan perkataan, peribahasa, susunannya .

Pembinaan ujian :
1. Penggunaan ujian berkriteria
2. Pembinaan item ujian
3. Kesahan ujian
4. Kebolehpercayaan ujian.

Prosedur Membina Ujian
1. Prinsip ujian dalam bilik darjah.
2. Ujian
3. Item ujian objektif
4. Kertas jawapan
5. Fail item ujian
6. Menyediakan item ujian
7. Membina ujian
8. Merekabentuk ujian on-line.

MEMBINA UJIAN
1. Pembinaan ujian
2. Ujian secara berasingan
3. Ujian intergrasi dan pragmatik
4. Ujian bahasa komunikatif
5. Model kecekapan komunikatif

Ujian secara berasingan (Discrete Point Test )
- Intergrasi kemahiran penggunaan bahasa dan komunikasi
- Intergrasi mahal ,mengambil masa yang panjang.
- Ujianintergrasi sesuai untuk KBSR
- Item intergratif meningkatkan pencapaian kemahiran bahasa.
- Ujian kloz, sesuai untuk ujian kemahiran produktiviti.

REKABENTUK UJIAN
Komunikatif dan Rekabentuk Ujian
- Pandangan tentang bahasa dan penggunaan bahasa mempengaruhi rekabentuk ujian, dan mentafsir skor.
- Binaan ujian adalah bagi mengetahui kemahiran bahasa calon yang diukur.
- Rekabentuk ujian ditentukan oleh apa yang kita anggap menjadi kemahiran yang diuji.
- Format yang berlainan, ujian lisan atau ujian tulisan bergantung pada apa yang dianggap bahasa dan penggunaaan bahasa.

Bahasa : ialah satu aspek budaya dan boleh dijadikan sebagai produk yang kita boleh digunakan dalam perhubungan. Kita boleh membina citra hidup kita dengan menggunakan bahasa. Bahasa juga ialah bakat atau kebolehan yang boleh meningkatkan kualiti hidup. Bahasa juga boleh berperanan untuk memahami orang lain.

Bahasa ada unsur huruf, bunyi, frasa, tatabahasa.
Bahasa digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain, memahami orang lain, membaca karangan orang lain
Bahasa alat komunikasi :
• Bercakap dan bergaya
• Menulis dan bergaya

Ujian unsur-unsur berasingan
- Pengaruh liguistik struktural
- Dilakukan oleh Lado pada tahun 1961
- Menguji unsur bunyi, tatabahasa,kosa kata secara berasingan.
- Diperkukuhkan oleh psychometrics, menguji kemahiran kognitif secara berasingan, mewujudkan bateri (peringkat ) ujianbagi empat kemahiran yang berlainan iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
- Masih digunakan sehingga sekarang.

Taxonomy Bloom
1. Aras Ingatan.
Ujian aras ini memerlukan keupayaan pelajar mengungkap kembali daya atau kebolehan mengingat hal-hal yang berkaitan dengan fakta,konsep,pengertian,definisi, deskripsi, atau menamakan sesuatu.
2. Aras Pemahaman.
Ujian aras ini memerlukan pelajar memahami,membezakan,menjelaskan fakta, dan menghubungkan antara konsep dan sifat-sifat lain yang tingkatnya bukan hanya mengingat dan meluahkan kembali fakta yang dibaca.
3. Aras Aplikasi.
Ujian aras ini menilai kebolehan pelajar mempraktikkan pengetahuan, teori-teori yang dipelajari dan maklumat-maklumat yang diperolehnya ke dalam situasi yang baru. Istilah yang digunakan ialah selesaikan, ramalkan, dan cari kesilapan.
4. Aras Analisis.
Berfungsi untuk mengukur kebolehan pelajar mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu bahan.Pelajar mampu mengaitkan dan menghubungkan unsur-unsur yang didapati dan menggunakannya dalam organisasi.
5. Aras Sintesis.
Ujian aras ini mengukur kebolehan pelajar mengkategorikan, menghubungkan dan mengkombinasikan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur-unsur sastera. Pelajar mampu menunjukkan dan menjelaskan perkaitan antara satu idea dengan idea yang lain. Ujian berbentuk esei adalah amat sesuai kerana mampu mengukur kemampuan berfikir yang kompleks. Ujian objektif masih boleh digunakan namun kurang berkeupayaan mencerminkan proses berfikir.
6. Aras Penilaian.
Aras yang tertinggi dalam pengukuran aspek kognitif. Mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti-bukti yang tertulis, ketepatan pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna secara keseluruhan. Pelajar mampu melakukan penilaian terhadap sesuatu perkara. Aras ujian ini mengarah kepada penilaian secara terperinci dan penilaian yang dilakukan memerlukan bukti dan alasan serta contoh yang kuat,jitu dan padu.

Kognitif : proses daripada kita tidak tahu kepada tahu.
Senaraikan apakah yang hendak kita uji kepada murid:
- Tatabahasa
- Pemahaman ( petikan teks)
- Lisan
- Bacaan
- Penulisan – bahagian
 A - Nilai-nilai murni
 Bina ayat berpandukan gambar
 Karangan berformat atau tidak berformat.

- Isu-isu
o Pemahaman
o Mendengar : betul atau sebaliknya, mendengar dan memahami
o Lisan : bertutur, intonasi, jeda, sebutan
o Sebutan : kata-kata pinjaman, masalah daerah
( Terengganu, Kelantan)
Bagaimana menguji pertuturan
- Syarahan
- Beri pendapat
- Forum
- Ucapan
- Rangsangan gambar
- Dialog
- Pidato



Forum
Setiap perkara yang dituturkan atau ditulis perlulah berdasarkan bukti atau maklumat tentang sesuatu tajuk yang hendak dibincangkan
- ada pengerusi atau pengurus forum
o pengurus masa
o pengurus giliran
o mengurus perjalanan forum.
Bercerita : keluarga, peristiwa, cerita-cerita rakyat
Rangsangan gambar

UJIAN DI SEKOLAH.
Ujian di sekolah : diberi markah tinggi atau rendah. Tidak ada makna jika tidak dinilai. Dapat memberi gambaran atau tafsiran jika dibandingkan ujian lain atau ujian yang dibuat pada waktu lain.

Isu-isu :
Ujian terkongkong dengan format peperiksaan.
Lupa kepada kemahiran bertutur

Sebab-sebab Pengujian
1. Melihat prestasi
2. Melihat kelemahan penguasaan sesuatu kemahiran yang diajar.
3. Melihat tahap penguasaan kemahiran murid

Jenis-jenis Ujian :
a. Norma : nilai berubah -ubah.
Satu nilai untuk pada masa itu sahaja.
Ujian nilai itu hanya untuk pada masa ujian itu sahaja.
Markah lulus diturunkan – ramai yang lulus dan mendapat A. Hakikatnya tiada kualiti lagi.

b. Ujian rujukan kriteria – norma tidak berubah.
Contoh : ujian kedoktoran. Markah lulusnya 40 peratus dan jika markah pelajar itu 38 peratus, dia akan gagal dalam ujianitu. Dalam keadaan ini markah lulus tidak akan diturunkan walaupun ramai yang gagal. Syaratnya mesti mengikut markah yang telah ditetapkan.

Kemahiran Kreatif dan Kritis
Kritis : kita perlu melihat yang baik dan buruk tentang sesuatu dan penilaian itu perlu seimbang.

Kreatif : daripada tidak ada kepada ada iaitu daripada yang lama buat yang baru .
Contohnya: rekaan topi berlampu.

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN BAHAN SASTERA.
1. Proses pengajaran



- Proses yang berterusan
- Objektif – pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran – penilaian ( pengujian )

2. Tujuan dalam pendidikan
- Mendapatkan kembali maklumat
- Memastikan objektif pengajaran guru tercapai.
- Mengredkan pelajar
- Sebagai penggerak ( motivasi pelajar )
- Tujuan penempatan ( sederhana, baik, lemah )
- Mengenal pasti kelemahan pelajar
o Lemah - pemulihan
o Baik - pengukuhan

3. Ciri-ciri Ujian
a. Kesahan ujian
Sejauhmanakah ujian itu menggambarkan atau menguji apa yang hendak diuji.Secara tradisi, didefinisikan sebagai darjah sesuatu ujian menguji apa yang hendak diuji. Dengan definisi yang mudah ini, tanggungjawab badan peperiksaan seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia juga mudah iaitu memastikan soalan ujian menguji apa yang hendak diuji. Jika terbukti apa yang diuji oleh sesuatu soalan itu benar menguji apa yang hendak diuji maka keputusan yang dikeluarkan daripada ujian itu dianggap sah dan boleh diguna untuk apa ujian itu diadakan.Teori moden mendefinisikan kesahan sebagai ukuran sejauh mana skor atau markah atau gred yang diperoleh calon dalam ujian menggambarkan kebolehan sebenar calon itu dalam perkara di mana calon itu diuji. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu PMR misalnya, calon diuji untuk melihat pencapaiannya dalam pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut. Oleh itu, jika gred yang diperoleh kebanyakan calon dapat menggambarkan pencapaian sebenar mereka dalam pembelajaran bagi mata pelajaran itu bermakna ujian itu mempunyai darjah kesahan yang tinggi. Untuk mencapai hasrat itu, kertas soalan yang disediakan untuk sesuatu ujian hendaklah juga mematuhi prinsip kesahan yang berkaitan dengan kandungan ujian.


b. Kebolehpercayaan atau kestabilan.
Kebolehpercayaan ialah ukuran sejauh mana skor sesuatu ujian cepat dan konsisten dalam memberi ukuran pencapaian calon yang diuji dalam pembelajarannya. Oleh itu, kepelbagaian pencerapan dengan kaedah yang banyak seperti membesarkan cakupan perkara yang diuji, membesarkan bilangan dan mempelbagaikan calon yang diuji, meningkatkan pengalaman dan kepakaran guru dapat menambahkan kebolehpercayaan terhadap sesuatu ujian.

c. Keobjektifan atau ketepatan ujian
Item-item yang dibina atau member peluang kepada sesuatu interprestasi berkesan.
Bahasa hendaklah tepat dan bersesuaian.
Skema permarkahan hendaklah disediakan sebelum guru memeriksa.

4. Jenis-jenis Ujian
a. Ujian penempatan : ujian ketrampilan yang disyaratkan bagi kursus.
b. Ujian formatif : menguji pelajar dari semasa ke semasa. Lepas mengajar
c. Ujian diognastik : mencari punca kelemahan pelajar
d. Ujian sumatif : tujuan untuk pengredan dan pensijilan – UPSR, PMR, SPM

5. Aras Penilaian
a. Penilaian Domain Kognitif
i. Lebih banyak ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir.
ii. Bermula dengan yang rendah ( ingatan ) hingga yang tinggi ( kompleks)
iii. Bentuk ujian: aneka pilihan atau subjektif, lisan, tulisan atau ujian bulanan dan sebagainya.
iv. Oleh sebab untuk menguji pengetahuan : mudah ke susah.

b. Penilaian Domain Afektif.
i. Hubungan dengan masalah sikap,pandangan dan nilai yang dipercayai seseorang.
ii. Dapat diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara, pengamatan terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis.
iii. Pengukuran menggunakan skala likert antara caranya dengan pernyataan sangat setuju, sangat tidak setuju.
iv. Juga boleh menggunakan pilihan jawapan ya atau tidak.

c. Penilaian Domain Psikomotor.
i. Berkembang dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota tubuh badan.
ii. Penilaian menggunakan pengamatan berbeda dengan bidang sukan.
iii. Aktiviti seperti mendeklamasikan puisi, berlakon, bergerak,beraksi dan sebagainya. ( ada kaitan dengankognitif dan afektif )

6. Aras-aras Ujian.
Kategory Moody
Aras - informasi, konsep, perspektif, apreasiasi atau penghayatan.
Aras ujian Kategori Moody dikhususkan untuk menguji kesusasteraan dan pendekatannya adalah berbeza daripada pendekatan Taksonomi Bloom. Aras ujian Kategori Moody terbahagi kepada empat iaitu aras informasi, aras konsep, aras perspektif, dan aras apresiasi. Aras-aras ini diatur daripada aras yang sederhana sehingga ke aras yang semakin kompleks.Ujian Kategori Moody juga berorientasikan kepada sesuatu karya secara konkrit.

UJIAN
Ujian : satu instrumen untuk membantu guru mengajar dan bukan melihat pencapaian prestasi semata-mata.
Objektif
• jangkapanjang ( keseluruhan kursus)
• jangka pendek

Cultural Literalacy : pandai berbudaya
• dapat berbicara atau menyampaikan sesuatu hujah yang berlandaskan fakta atau kajian atau pendapat pakar.
Pendapat : kurang atau lebih bebelan,dapat menulis

Membina bahasa sebagai modal insane ( human capital ) – gunabahasa dalam budaya tinggi atau intelektual untuk menyampaikan maklumat dan fakta.

Bahasa itu sendiri ada potensi untuk memberi pelajar itu pekerjaan dan kerjaya. Contoh : penulis buku, penceramah.

Isu 2 : mengajar kefahaman atau membuat rumusan tersurat dan tersirat.
Akibat sampingan :
1. Memberi platform tambahan kepada pembangkang
2. Perbezaan pendapat antara menteri UMNO jangka pendek

1. Kesan ekonomi seperti pembiayaan insfrasruktur dan elaun guru.
2. Hubungan cendiakawan dan pemimpin renggang.
3. Timbul cemuhan dan kritikan
4. Apa yang hendak dicapai 9 objektif masih kabur )
5. Sikap orang yang tidak mahu berdebat.
Positif : kecenderungan mengetepikan persoalan dan menangguhkan penyelesaian.

Langkah : pilih teks.
• Baca teks
• Sesuaikan apa isinya.
• Bina soalan dan sesuaikan dengan isi.
Semua soalan ada objektif – untuk mendapatkan jawapan
Soalan panjang : Terbuka
Soalan pendek : Tertutup
i. Salah /betul
ii. Aneka jawapan


2. Esei mengenai objektif Bahasa Melayu sekolah rendah.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid mendapat :
i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.
ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,mencapai persetujuan, membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;
v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.
vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;
viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis;
ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
x. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Berdasarkan objektif di atas, kita boleh bahagikan objektif-objektif itu kepada kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

I. KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.
Semasa menjalankan aktiviti ini, murid-murid akan berbual tentang ahli keluarga,rakan dan orang sebagainya. Di sekolah saya, aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik walaupun bahasa yang dituturkan oleh murid-murid adalah terhad dan masih mempunyai intonasi dan nada sebutan Cina.Namun begitu, mereka dapat menceritakan hal ahli keluarga menggunakan aras bahasa yang sederhana. Untuk membantu murid menjana idea, guru perlu membantu dengan bersoal jawab dengan murid-murid agar mereka dapat menyampaikan cerita dengan menggunakan ayat sendiri. Bantuan gambar juga digunakan untuk membantu murid-murid membina idea menyampaikan cerita tentang ahli keluarga atau rakan-rakan lebih baik.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca, atau dialami.
Aktiviti bercerita sangat menyeronokkan bagi murid-murid di sekolah ini. Mereka dapat bercerita dengan baik walaupun sebutan dan intonasinya kurang baik kerana terpengaruh dengan sebutan bahasa Cina. Perkataan yang sering silap disebut ialah perkataan yang mengandungi huruf ‘r’ seperti ‘rasa’ , ‘mereka’ dan sebagainya. Huruf ‘r’ akan ditukar menjadi huruf ‘l’. Guru perlu melatih tubi sebutan jenis ini untuk memperbaiki kesalahan. Semasa melaporkan perkara yang didengar, mereka menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan kosa kata yang mudah. Namun begitu, isi yang ingin disampaikan masih dapat mencapai objektif pembelajaran. Kemahiran ini dapat melatih murid-murid mendengar dan bertutur dengan baik. Mereka dilatih menggunakan bahasa yang ringkas untuk menyampaikan apa yang telah didengar,ditonton, dibaca dan sebagainya.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan.
Menyampaikan maklumat dalam pengucapan adalah aktiviti yang sukar bagi murid-murid di sekolah ini kerana mereka kekurangan kosa kata. Idea yang hendak disampaikan ada tetapi apabila dikehendaki bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan berasa tertekan. Dengan itu, guru perlu membimbing mereka menggunakan perkataan yang mudah dan memberi sokongan semasa mereka berucap. Bahan seperti keratan akhbar, gambar, dan buku boleh digunakan agar maklumat itu dapat disampaikan .

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila.
Kemahiran ini memerlukan murid-murid mengemukakan idea dan pandangan tentang sesuatu tajuk yang diberikan oleh guru. Kemahiran ini agak sukar kerana murid-murid perlu menggunakan perkataan sendiri untuk menyampaikan ideanya. Aktiviti memerlukan bimbingan daripada guru terutama bagi kelas yang lemah. Namun begitu, mereka berupaya mengeluarkan pendapat sendiri dengan memberikan hujah yang bernas untuk menyokong pendapat itu. Contohnya: Perbincangan tentang pencemaran. Mereka mampu mengeluarkan pendapat dengan mengaitkan dengan apa yang mereka lihat, tonton, dengar dan baca melalui media massa atau pun kehidupan seharian.

II. KEMAHIRAN MEMBACA.
5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai.
Aktiviti ini tidak menimbulkan kesukaran kepada guru walaupun murid-murid ini menghadapi kesukaran dari aspek sebutan dan intonasi. Mereka masih lagi dipengaruhi oleh bahasa ibunda dari aspek sebutan. Murid-murid dapat membaca kuat bahan yang diberikan. Untuk bacaan puisi, guru menggunakan pita rakaman untuk memberi panduan kepada murid-murid mendeklamasikan puisi seperti pantun, syair, sajak dan sebagainya. Dengan pita rakaman itu,sebutan dan intonasi murid-murid dapat diperbaiki. Selain itu, buku cerita dapat membantu murid-murid melancarkan bacaan dan memperbaiki sebutan dan ejaan. Dialog yang terdapat di dalam buku,digunakan untuk melatih murid-murid melafazkan cerita dengan sebutan, intonasi di samping menghayati isi cerita. Murid-murid ini menghadapi sedikit masalah, tetapi mereka dapat melakonkan cerita itu dengan baik.
6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks.membaca, menaakul, dan menghayati kandungan teks yang dibaca.
Kemahiran ini akan mendidik murid-murid mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku, akhbar dan sebagainya. Daripada petikan yang dibaca,murid-murid akan mencari makna perkataan menggunakan kamus. Mereka akan diminta menghayati isi teks dan memahami maklumat yang terkandung di dalamnya. Mereka dapat mencari jawapan dengan meneliti kata kunci setiap soalan yang diberikan. Aktiviti dapat diajar dengan berkesan kerana mereka dapat mengaitkan kata kunci dengan soalan yang ditanya.

II. KEMAHIRAN MENULIS
7.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
Dalam aktiviti ini, murid-murid perlu menggunakan pelbagai sistem bahasa untuk membina ayat dalam penulisan karangan. Murid-murid Cina dan India didapati sukar membina ayat yang gramatis dan ringkas kerana kekurangan kosa kata. Mereka juga masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dalam membina ayat. Mereka sering menggunakan teknik terjemahan terus ke bahasa Melayu dengan mengikut struktur bahasa Cina. Namun begitu, mereka dapat menggunakan wacana yang betul dari satu perenggan ke perenggan yang lain.

8.0 Mencatat dan menyusun maklumat
Murid-murid Cina dan India mengalami sedikit kesukaran untuk melakukan aktiviti ini disebabkan mereka kurang faham makna perkataan. Dengan itu, mereka tidak memahami teks yang diberikan. Guru boleh menggunakan gambar untuk membantu mereka menyusun maklumat yang diberikan. Bagi maklumat yang perlu disusun mengikut urutan masa dan tarikh, aktiviti ini dapat dijalankan dengan lebih mudah kerana ada panduan yang jelas dan mudah difahami.

9.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.
Penulisan adalah aktiviti yang sukar bagi murid-murid di sekolah ini kerana masalah kurang kosa kata. Mereka masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dari aspek morfologi, sintaksis, dan percampuran kod. Ini jelas dilihat dalam pembinaan ayat pendek, tiga kesalahan ini sering dilakukan. Contohnya :
Ali and Abu di padang main bola.
Masalah morfologi disebabkan bahasa Cina tidak ada imbuhan. Kesalahan menulis ‘dan’ menjadi ‘and’ kerana kesalahan percampuran kod. Kesalahan sintaksis kerana mereka mengikut struktur bahasa Cina.
Untuk mengatasi masalah ini guru akan membina jadual susunan ayat untuk memberi panduan mereka menyusun perkataan dengan betul.
Contoh panduan susunan ayat :
1. Siapa – buat apa- di mana.

10.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca.
Bagi sekolah rendah, ulasan yang perlu dibuat ialah menulis nilai-nilai murni berdasarkan teks yang dibaca. Aktiviti dapat dijalankan dengan baik kerana mereka dapat memahami teks yang diberi. Mereka boleh mencari ayat-ayat yang mempunyai nilai murni dan menulisnya dalam bentuk karangan.

KESIMPULANNYA.
Setiap objektif pengajaran dan pembelajaran perlu dicapai. Oleh itu, guru seharusnya menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang hendak dicapai itu akan berhasil. Guru perlu memahami lokasi, ekonomi ibu bapa, sosial, latar belakang pendidikan dan kemudahan fizikal memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan murid-murid. Selain itu guru perlu mengetahui kebolehan dan pengetahuan murid dengan melihat jumlah kosakata, pengetahuan sedia ada murid, aspek tatabahasa, dan jumlah bacaan murid-murid apabila menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Bahan-bahan yangdigunakan perlulah sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Sebagai contoh, jika guru mahu mengajar cara membaca puisidengan betul, guru perlu menggunakan pita rakaman puisi agar murid-murid dapat mendengar bacaan itu berulang-ulang kali. Ini sangat penting terutama kepada murid bukan Melayu. Guru yang baik adalah guru yang dapat mengetahui bagaimana menarik dan mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran murid-murid di dalam kelas.

Contoh pengajaran kemahiran menulis.
Contoh Persediaan Mengajar Karangan.

PERSEDIAAN MENGAJAR KARANGAN A
(BINA AYAT)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bilangan Murid : 30 orang
Tahun : 4A
Tarikh : 3 Mac 2009
Masa : 30 minit
Tajuk : Aktiviti di kawasan rumah.
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menulis:
a. Mencari aktiviti berdasarkan gambar.
b. Membina ayat yang gramatis dan betul .

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran :
8.1 Aras 2 (i)- menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk berdasarkan
topik yang diberikan.

5.2 Aras 2 (i)- membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan
Intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Alat bantu mengajar : Lembaran kerja


LANGKAH PENGAJARAN.
INDUKSI SET
1. Guru bertanya murid-murid bagaimana mereka menunjukkan rasa sayang kepada ibu.

LANGKAH 1.
1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang hendak diajar.
2. Guru mengedarkan gambar kepada murid lalu meminta murid-murid menyenaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar.
3. Guru meminta beberapa orang murid menulis aktiviti di papan putih.

Contoh gambar :














LANGKAH 2.
1. Guru meminta beberapa orang murid menulis ayat berdasarkan aktiviti yang disenaraikan di papan putih.
2. Jika ada kesalahan, guru meminta beberapa orang murid membetulkan ayat tersebut.
3. Jika masih ada kesalahan,guru akan membetulkan kesalahan tersebut dan menerangkan mengapakah ayat tersebut salah dari aspek gramatisnya.
4. Guru membetulkan ayat murid dengan menggunakan jadual ayat sebagai panduan kepada murid.
Contoh :
1. Siapa – sedang – buat apa
2. Siapa – sedang – buat apa – dimana
3. Siapa – sedang – buat apa – dimana – bila.

LANGKAH 3.
1. Guru meminta murid menyalin semula ayat yang telah lengkap ke dalam buku latihan dan menghafalnya sebagai kerja rumah. Pada hari berikutnya, guru akan memberi imlak berdasarkan ayat yang telah dipelajari.


KESIMPULAN :
Kesimpulan yang boleh dibuat, objektif-objektif yang ingin dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan baik. Bahan-bahan pengajaran daripada pelbagai sumber dapat membantu guru-guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di bilik darjah. Kemahiran bertutur dan mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dapat diterapkan kepada murid-murid. Untuk lebih berkesan,guru perlu menyesuaikan pengajaran dan pembelajarannya dengan menggabungjalinkan kaedah, ilmu dan kemahiran bernilai tambah dengan tahap kebolehan dan minat murid-murid. Murid-murid di sekolah ini perlu ditekankan dengan kemahiran lisan kerana mereka masih dipengaruhi oleh bahasa ibunda dan percampuran kod.

TUGASAN 3
Huraikan isu mengenai pengujian karangan, kefahaman,rumusan, tatabahasa,peribahasa, dan komsas sebagai yang diajarkan di sekolah anda. Buat satuhuraian bagi satu jenis topic ini. Gunakancontoh dalam pengajaran anda sendiri.

1.0 PENDAHULUAN :
Karangan adalah gubahan, ikatan .... susunan ( Kamus Dewan, 1970). Ia adalah hasil daripada kepandaian atau kemahiran menggubah atau menyususn kata-kata untuk menjadi rangkai kata dan seterusnya dijadikan ayat ( Za’ba, 1952).
BagiLado (1964), Broto (1974), Bullock (1975) dan Ishak Harun (1979), karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyususn kata-kata dan ayat sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia yang dinamakan bahasa.
Pandangan ini bersesuaian dengan pandangan Koh Boh Boon (1981:1)) mengarang adalah satu proses melahirkan satu idea atau rangkaian idea dalam bentuk tulisan secara tersesusun dan logic. Dari segi kepanjangannya, ia boleh merupakan satu ayat, perenggan atau satu muka makalah panjang. Dari segi isi pula, ia meliputi surat kiriman, minit mesyuarat, nota ringkas, cerita, laporan, iklan dan sebagainya.

2.0 Isu Pengujian Pemahaman.
2.1 Lokasi.
Semasa membina soalan, guru harus mengambil kira lokasi tempat tinggal dan sekolah pelajar. Hal ini penting, agar aras soalan yang dikemukakan oleh guru bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar, jumlah bacaan pelajar, kemudahan-kemudahan seperti internet, pusat sumber, dan sebagainya.
Bagi pelajar yang tinggal di luar bandar, kemampuan mereka mendapatkan sumber maklumat daripada internet , pusat sumber awam, dan bahan bacaan bercetak adalah terhad. Dengan itu, kekurangan ini mempengaruhi jumlah kosa kata, pengetahuan sedia ada, dan aras kebolehan pelajar menjana idea.
Oleh itu,semasa guru membina item pengujian penulisan karangan beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa memilih tajuk karangan iaitu :
a. Kosa kata.
b. Aspek tatabahasa
c. Jumlah bacaan murid
d. Format karangan.
e. Kandungan bahan iaitu jumlah perkataan.

2.2 Bentuk Soalan
Tajuk soalan yang dikemukakan kepada murid-murid perlu mengambil kira kebolehan, pengetahuan sedia ada, dan sebagainya.
Sebagai contoh, soalan yang memerlukan murid-murid menceritakan pengalamannya pergi bercuti hendaklah sesuai dengan lokasi tempat tinggal mereka. Jika guru ingin menguji kemahiran menulis karangan seperti ini, guru perlulah memilih tajuk yang sesuai.
Tajuk karangan “ Pada cuti sekolah yang lalu, anda telah melancong ke luar negara dengan keluarga. Ceritakan pengalaman itu.” Karangan tajuk ini lebih sesuai diuji kepada murid-murid di kawasan bandar kerana kemampuan ekonomi ibu bapa, mereka boleh melancong ke luar negara. Namun bagi murid-murid di kawasan luar bandar, tajuk ini amat berat kerana mereka tidak pernah melancong ke luar negara. Dengan itu, mereka akan sukar menulis menurut pengalaman sedia ada mereka. Tajuk yang lebih sesuai kepada murid-murid di kawasan luar bandar ialah :
a. Ceritakan pengalaman kamu bercuti ke Melaka.
b. Ceritakan pengalaman kamu melawat Zoo Negara.

2.3 Aktiviti pengajaran.
Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran karangan, saya menggunakan pendekatan dari mudah ke susah untuk membina kemahiran murid-murid menulis karangan. Murid di sekolah ini terdiri daripada murid Cina dan murid India. Dengan itu,saya mengambil kira kemampuan mereka menjana idea menggunakan bahasa Melayu. Aspek yang dititikberatkan ialah :
1. Jumlah kosa kata
2. Jumlah panjang karangan,
3. Tatabahasa
4. Jumlah bahan bacaan yang dibaca .

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis ini dijalankan berperingkat-peringkat agar kemahiran menulis sentiasa berkembang. Pengajaran dan pembelajaran berperingkat ini sangat perlu dibuatkerana mereka masih belum tahu format yang betul menulis karangan.

i. PERINGKAT PERTAMA.
Pada peringkat ini,murid akan diberikan teks karangan pendek. Mereka diminta membaca karangan ini dan mencari makna perkataan yang susah dengan merujuki kamus.
Guru akan membantu murid-murid mencari memahami makna perkataan yang sukar dengan menterjemahkannnya dalam bahasa yang lebih mudah. Contoh :




Ibu Saya.

Saya mempunyai seorang ibu. Nama ibu saya Lina. Beliau berumur 30 tahun. Ibu saya seorang suri rumah.

Setiap pagi, ibu saya akan menyediakan sarapan. Selepas itu, dia akan menghantar kami pergi ke sekolah. Selepas pulang dari sekolah, ibu akan mengemas rumah, mencuci pakaian dan memasak. Masakan ibu sungguh sedap. Ibu saya pandai memasak kari ayam.

Pada masa lapang, ibu saya suka menjahit baju dan menanam bunga. Saya dan adik selalu membantu ibu menyiram pokok bunga. Ibu juga selalu membantu saya dan adik dalam pelajaran. Beliau mengajar saya membaca dan menulis.

Kami sekeluarga sungguh bertuah mempunyai seorang ibu yang baik hati dan rajin.

Selepas membaca teks karangan ini,guru akan mengedarkan lembaran kerja latihan kepada murid-murid. Mereka perlulah mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang diberikan.
Mereka juga dikehendaki menghafal mengikut perenggan. Hafalan dijalankan supaya murid-murid dapat menulis perkataan dan ayat dengan betul. Pada hari berikutnya akan diberi imlak untuk menguji kemahiran hafalan yang telah dibuat.

ii. PERINGKAT KEDUA
Pada peringkat ini, guru akan meminta murid-murid menggunakan teknik tukar dan salin. Teknik ini membantu murid-murid menulis karangan secara berpandu.

Ibu Saya.

Saya mempunyai seorang ibu. Nama ibu saya Lina. Beliau berumur 30 tahun. Ibu saya seorang suri rumah.

Pada waktu pagi, ibu saya akan menyediakan sarapan. Selepas itu, dia akan menghantar saya dan adik pergi ke sekolah. Selepas pulang dari sekolah, ibu akan mengemas rumah, mencuci pakaian dan memasak. Masakan ibu sungguh sedap. Ibu saya pandai memasak kari ayam.

Pada masa lapang, ibu saya suka menjahit baju dan menanam bunga. Saya dan adik selalu membantu ibu menyiram pokok bunga. Ibu juga selalu membantu saya dan adik dalam pelajaran. Beliau mengajar saya membaca dan menulis.

Kami sekeluarga sungguh bertuah mempunyai seorang ibu yang baik hati dan rajin.


Pada peringkat ini,murid-murid dikehendaki menukarkan perkataan yang bergaris dengan perkataan sendiri. Mereka dikehendaki menulis karangan mengenai ibu mereka sendiri.

iii. PERINGKAT KETIGA
Peringkat ini pula, guru akan meminta murid-murid menulis karangan dengan menukar isi karangan bersesuaian dengan tajuk. Contohnya,karangan “Ibu Saya” ditukarkan menjadi “Bapa Saya”.
Murid –murid dikehendaki menulis karangan dengan berpandukan karangan yang telah diajar. Guru akan membimbing murid-murid menulis karangan pada isi yang berbeza. Contohnya pada perenggan di bawah :

Saya mempunyai seorang bapa. Nama bapa saya Ali. Beliau berumur 35 tahun. Bapa saya seorang doktor.

Pada waktu pagi, bapa saya akan bersarapan bersama-sama. Selepas itu, dia akan menghantar saya dan adik pergi ke sekolah. Selepas itu ,dia akan pergi ke hospital. Beliau merawat pesakitnya dengan teliti. Beliau seorang doktor yang baik hati dan rajin.

Pada peringkat ini murid-murid akan diajar membina ayat dan mengubah
isi-isi karangan supaya sesuai dengan tajuk. Selepas itu murid-murid diminta menulis sebuah karangan dengan menukar jenis pekerjaan bapa. Tajuk yang sesuai ditulis untuk aktiviti ini ialah Jiran Saya, Pak Cik Saya dan Bapa Ali.








Contoh Persediaan Mengajar Karangan.

PERSEDIAAN MENGAJAR KARANGAN
(BIOGRAFI)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bilangan Murid : 30 orang
Tahun : 4A
Tarikh : 3 Mac 2009
Masa : 60 minit
Tajuk : Ibu Saya
Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat menulis:
c. Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

KEMAHIRAN MENULIS
Kemahiran :
8.1 Aras 2 (i)- menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk berdasarkan
Topic yang diberikan.

5.2 Aras 2 (i)- membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan
intonasiyang betul serta gayayang sesuai.

Alat bantu mengajar : Lembaran kerja


LANGKAH PENGAJARAN.
INDUKSI SET
2. Guru bertanya murid-murid bagaimana mereka menunjukkan rasa sayang kepada ibu.

LANGKAH 1.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang hendak diajar.
5. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid lalu meminta murid-murid membaca petikan karangan itu.
6. Guru menerangkan makna perkataan yang sukar.

LANGKAH 2.
5. Guru meminta seorang demi seorang menjawab soalan (1) hingga (10) pada tempat kosong yang disediakan dalam teks.
6. Jika ada kesalahan, guru meminta murid kedua membantu membetulkan jawapan tersebut.

LANGKAH 3.
2. Guru meminta murid-murid menukarkan perkataan yang bergaris dengan perkataan sendiri dengan merujuk karangan yang pertama.
3. Guru meminta murid menyalin semula teks yang telah lengkap ke dalam buku latihan sebagai latihan di rumah.


CONTOH LEMBARAN KERJALANGKAH PENGAJARAN 2.

Ibu Saya.

Saya mempunyai seorang (1)________. Nama ibu saya Lina. Beliau berumur 30 tahun. Ibu saya seorang (2)______________.

Setiap pagi, ibu saya akan(3) ____________ sarapan. Selepas itu, dia akan (4)_____________ kami pergi ke sekolah. Selepas pulang dari sekolah, ibu akan mengemas rumah, mencuci (5)___________ dan memasak. Masakan ibu sungguh (6)________ . Ibu saya pandai memasak (7)___________.

Pada masa lapang, ibu saya suka menjahit (8)_________ dan menanam bunga. Saya dan adik selalu membantu ibu (9)___________ pokok bunga. Ibu juga selalu membantu saya dan adik dalam pelajaran. Beliau mengajar saya membaca dan menulis.

Kami sekeluarga sungguh bertuah (10)____________seorang ibu yang baik hati dan rajin.

suri rumah ibu menyiram sedap suri rumah.
menyediakan pakaian kari ayam menghantar baju

umar berkata...

Umar Bin Ahmad
M20071000115
umar115_ahmad@yahoo.com
019-4217750

Soalan 3.

Huraikan isu mengenai pengujian karangan, kefahaman, rumusan, tatabahasa, peribahasa dan komsas sebagai yang diajarkan di sekolah anda. Buat satu huraian bagi satu jenis topik ini. Gunakan contoh dalam pengajaran anda sendiri.

Mengarang merupakan aspek penting dalam kemahiran berbahasa seseorang individu. Bagi seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan, kecekapan mengarang merupakan asset penting yang memungkinkan seseorang pelajar itu mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan. Kecekapan mengarang melibatkan kemampuan pelajar menulis karangan memenuhi keperluan dan mematuhi keperluan yang ditetapkan dalam soalan peperiksaan. Tujuan penulisan karangan dikemukakan dalam Kertas 2 Bahasa Melayu STPM 910/2 adalah untuk menilai kebolehan calon dalam :
1.1 Mengemukakan isi-isi yang releven bagi setiap soalan karanagn
1.2 Menghuraikan dan merumuskan hujah-hujah dengan matang, lancer, dan berkesan.
1.3 Menyusun isi-isi mengikut urutan yang sesuai.
1.4 Menyampaikan isi dalam bentuk wacana yang utuh.
1.5 Menggunakan bahasa yang betul, persis, dan sesuai.
Bagi peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) setiap calon perlu menulis karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dalam masa 1 jam 30 minit sahaja. Dalam jangka masa yang singkat sangat sukar kepada seorang pelajar untuk menghasilkan karangan yang mantap, baik, dan bermutu yang merangkumi aspek kerelevenan isi yang dikemukakan, pengolahan yang melibatkan pengolahan dan binaan karangan dan aspek bahasa yang meliputi pemilihan diksi, penggunaan tatabahasa dan aspek mekanis. Bagi seseorang calon peperiksaan, kemampuan untuk menghasilkan karangan yang cukup panjang dan memenuhi arahan bilangan perkataan merupakan masalah yang serius. Berdasarkan kajian dan pengalaman guru, kebanyakan pelajar tidak mampu untuk menulis karangan yang panjang. Kegagalan ini antaranya kerana pelajar tidak didedahkan dengan teknik penulisan yang membolehkan mereka menulis dengan panjang serta mengetengahkan idea yang baik. Teknik-teknik mengarangan yang sedia ada juga tidak menyediakan kerangka penulisan yang tuntas tentang cara-cara peluasan karangan pelajar. Contoh soalan karangan seperti di bawah:

Bahagian A
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50]
1 Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat semakin meluas disebabkan pengaruh media. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas?
2 Kejadian tsunami, gempa bumi, jerebu, dan banjir kilat adalah antara bencana alam yang melanda dunia kini dan menyebabkan kemusnahan yang besar. Jelaskan faktor-faktor kejadian tersebut dan kesan-kesannya kepada manusia sejagat.
3. Jenayah kanak-kanak sering diperkatakan oleh masyarakat dan menjadi topik hangat dalam media. Fenomena ini telah menjejaskan imej masyarakat Malaysia yang penyayang dan bersopan santun. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi menangani masalah ini.
4. Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Menangani Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Negeri, anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca kekurangan bekalan makanan dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh soalan rumusan
Bahagian B
5. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

Persaingan untuk mendapatkan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA pada masa ini semakin sengit, berikutan peningkatan pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Boleh dikatakan hampir setiap tahun, semakin ramai pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM dan STPM. Keadaan berkenaan juga boleh menimbulkan masalah apabila tempat yang ditawarkan adalah terhad, terutama bagi kursus kritikal berbanding nisbah pelajar yang lulus cemerlang.

Dalam keadaan ini, sememangnya wajar Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan penanda aras dan kelayakan memasuki IPTA bagi memastikan mereka yang benar-benar layak diterima masuk ke universiti tempatan. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana hampir setiap tahun wujud bantahan apabila pelajar mendakwa ada diskriminasi dan peranan orang berpengaruh dalam memastikan tempat di IPTA. Oleh hal yang demikian, kita berharap penanda aras dan syarat berkenaan nanti mesti objektif dan praktikal serta telus bagi memastikan pelajar mendapat hak setanding dengan pencapaian mereka. Kita tidak mahu berlakunya kejadian terlepas pandang atau tidak menilai sewajarnya terhadap permohonan pelajar yang benar-benar layak untuk mengikuti kursus yang dipohon.
Dalam pada itu, pelajar cemerlang dan ibu bapa perlu membuka minda supaya tidak terlalu tertumpu kepada kursus kritikal seperti bidang perubatan dan pergigian yang tempatnya terhad. Mereka boleh memilih kursus lain yang mempunyai potensi pasaran kerja yang baik bagi mengelakkan persaingan sengit, selain membolehkan mereka mendapat tempat di universiti awam. Pelajar perlu bijak memilih kursus bagi menjamin masa depan mereka. Mereka tidak seharusnya menganggap bahawa pelajar cemerlang mesti mengikuti kursus kritikal setanding dengan keputusan akademik. Mereka juga perlu sedar bahawa IPTA menyediakan pelbagai kursus yang mencabar, mempunyai potensi baik pada masa depan dan dapat membantu pembangunan negara.
Calon-calon yang sudah terjamin tempatnya di IPTA, semestinya berasa lega kerana sasaran dan cita-cita mereka sudah dipenuhi. Tidak kurang juga pelajar yang kurang berpuas hati kerana mereka ditawarkan program pengajian bukan pilihan, terutama dalam kalangan calon yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00. Namun begitu, harus diingat bahawa selain faktor tempat yang terhad, dasar meritokrasi dalam pemilihan calon ke IPTA sekarang turut mengambil kira pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum yang menyumbang 10 peratus, selain 90 peratus aspek akademik seperti yang pernah diguna pakai sebelum tahun 2002. Pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum itu bukan sekadar digunakan untuk tujuan pengukuran, tetapi dinilai sebagai sebahagian daripada markah penuh yang menjadi penentu, sama ada seseorang calon lebih layak berbanding dengan calon lain yang mendapat tempat.
Oleh itu, calon yang memperoleh PNGK 4.00 tetapi tidak langsung terbabit dalam sebarang kegiatan kokurikulum tidak harus terkejut atau melatah sekiranya mereka tidak mendapat tawaran ke IPTA kerana markah mereka hanya 90 peratus untuk akademik semata-mata sedangkan untuk kegiatan kokurikulum mereka tidak memperoleh sebarang markah.

Mereka yang tidak dapat memasuki IPTA, tidak bermakna impian mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan hasrat mencapai cita-cita terkubur. Mereka masih dapat meneruskannya dengan mengikuti pelbagai kursus di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Berikutan syarat yang lebih ketat untuk ke IPTA, kemasukan ke IPTS dijangka meningkat kira-kira 40 peratus atau 25,000 orang pada tahun 2006. Hal ini menjadi petanda baik kepada IPTS yang sebelum ini menghadapi masalah kekurangan pelajar, malah ada institusi yang terpaksa ditutup. Namun begitu, banyak pihak yang mengharapkan pengusaha IPTS dapat meningkatkan mutu perkhidmatan masing-masing. Mereka hendaklah menyediakan sistem pembelajaran dan pengajaran serta kemudahan yang setanding atau lebih baik daripada IPTA. Mereka perlu menggunakan peluang ini untuk membuktikan bahawa IPTS mampu menyediakan modal insan cemerlang untuk pembangunan negara pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Berita Harian, 27 Mac 2006)

Contoh Soalan Alih Bahasa
Bahagian C
6. Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada dalam bentuk prosa biasa dengan
memindahkan bentuk dialog kepada bentuk cakap pindah. [ 15 ]

“Assalamualaikum?” Lebai Pa melangkah masuk ke kawasan gelanggang silat itu.
“Waalaikummussalam..ha, kamu orang tua!”
Lebai Pa terkejut. Di dalam gelanggang itu tidak ada Pendekar Atan tetapi yang ada
ialah Kidam dan Majid.
“Lebai hendak berjumpa dengan Pendekar Atan?” tanya Majid.
“Ya... dia ada di rumah?”
“Tak ada!” bentak Kidam.
“Saya tidak bercakap dengan kamu, Kidam!” Lebai Pa menyergah.
“Jangan dilayan sangat Kidam tu, Lebai. Dia tu tengah mereng...gila isim.” Majid
bersuara lagi.
“Pendekar Atan ada di rumah?”
“Tak ada! Tak ada!” teriak Kidam lagi.
Majid seperti cuba untuk bercakap tetapi kemudiannya mendiamkan diri setelah
Kidam membeliakkan mata ke arahnya.
“Pendekar Atan pergi ke mana?”
“Manalah aku tahu, dia tidak memberitahu aku!”
Mata Lebai Pa terkebil-kebil setelah diperbodoh-bodohkan sebegitu rupa. Majid
menekup mulutnya sendiri menahan suaranya daripada keluar. Dia begitu geli hati
melihat lakonan Lebai Pa dan Kidam itu.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Mereka Yang Tertewas,
oleh Hasanuddin Md Isa, 1989, DBP, halaman 172)


7. Alih bentuk teks prosa klasik di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa
moden. [15 ] Maka Nenek Kebayan pun masuklah ke dalam bilik itu mendapatkan Tuan Puteri, memicit ulunya, mengurut-urut seluruh tubuhnya. Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, “Orang mana itu, nenek, yang terlalu amat elok itu, gilang-gemilang cahaya mukanya?”
Maka sahut Nenek Kebayan dengan perlahan-lahan suaranya, “Wahai cunda Tuan Puteri, itulah yang bernama Tuanku Malim Deman, putera Tuanku Gombang Malim Dewa, cucu Tuanku Malim Perman yang memerintah di negeri Bandar Muar ini. Adapun hajat anak raja itu datang hendak beristerikan Tuan Puterilah. Pada fikiran nenek bertuah besarlah Tuan Puteri dapat bersuamikan dia, laksana sesuai bagai cincin.”
Maka sabda Tuan Puteri Bongsu, “Jikalau sudi ia perhambakan beta, maka terlebihlah lagi beta hendak pertaruhkan diri beta yang dagang ini kepada anak raja itu, tetapi jikalau sudah berbetul pada fikiran nenek sudah menjadi ganti ayahanda bonda beta.”
Maka sembah Nenek Kebayan, “Wahai Tuan Puteri, jikalau sudah Tuan Puteri rela, bolehlah nenek bersiap-siap mengahwinkan Tuan Puteri, janganlah lambat lagi kerana ada seperti kata orang tua-tua dahulu kala, ‘Pekerjaan baik itu jikalau dilambatkan takut datang kejahatan.; jikalau pekerjaan jahat itu dilambatkan nescaya dapat kebajikan’.”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Hikayat Malim
Deman, 1984, Fajar Bakti Sdn. Bhd, halaman 31-32)

Contoh soalan Analisis kesalahan
Bahagian D
8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]
Kenaikan harga minyak di dalam pasaran dunia telah menyebabkan kesan kepada kebanyakan negara-negara termasuk Malaysia. Kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen seliter dan RM1.00 seliter bagi diesel. Keputusan yang diambil oleh kerajaan ini ialah untuk menampung subsidi yang besar akibat daripada kenaikan harga minyak dunia. Kesan utama dirasai oleh rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Seri Shahrir bin Abd Samad berkata rakyat perlu mengamalkan langkah berjimat cermat sewaktu berbelanja. Justeru, kita sebagai rakyat perlu mengambil langkah berjimat cermat sebagai satu cara untuk mengelakkan diri daripada menanggung kesusahan.

SKEMA JAWAPAN BAHASA MALAYSIA KERTAS 2
Soalan 1:
Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat semakin meluas disebabkan pengaruh media. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan di atas?
Pendahuluan:
- masyarakat sering menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan seharian
- masalah ini berpunca daripada pengaruh media
- namun begitu, terdapat faktor-faktor lain

Isi:

Is1 : Pengaruh Media
- pengacara dan personaliti megah bercakap bahasa rojak terutamanya dalam rancangan realiti
- drama Melayu menggunakan bahasa Inggeris jika babak melibatkan dunia korporat
- bahasa Melayu digunakan sepenuhnya jika ceritanya berkisar tentang masyarakat kampung
- bahasa rojak digunakan dalam lirik lagu
-bahasa rojak juga digunakan dalam media cetak khususnya majalah-majalah hiburan

Is2: Sikap mengagung-agungkan bahasa Inggeris kian menebal dalam kalangan masyarakat
- penguasaan bahasa Inggeris penting pada era teknologi
- sebahagian masyarakat menganggap bahawa bahasa Melayu tidak standard, kolot, dan tidak maju
- mereka menggunakan bahasa rojak agar nampak lebih hebat

Is3: Perkembangan teknologi komunikasi
- bahasa rojak digunakan dalam sistem pesanan ringkas, e-mel
- ringkas dan cepat

Is4: Kurangnya pemantauan dan penegasan oleh pihak berkuasa tempatan
- penggunaan bahasa rojak pada papan-papan iklan, poster dan iklan-iklan perniagaan.
- pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan kepada peniaga-peniaga


Is5: Kurangnya kempen tentang penggunaan bahasa Melayu dengan betul
- pihak DBP kurang mengadakan kempen-kempen mengalakkan masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul
- Kementerian Kesenian, Kebudayaan, dan Warisan kurang memberikan tumpuan terhadap aspek penggunaan bahasa

Is6: Pendidik tidak peka tentang penggunaan bahasa yang betul
- pendidik mencampuradukkan bahasa ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
- pendidik tidak berusaha untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul

Penutup
- masalah penggunaan bahasa rojak bukan sahaja disebabkan pengaruh media tetapi juga faktor-faktor lain

2. Kejadian tsunami, gempa bumi, jerebu, dan banjir kilat adalah antara bencana-bencana alam yang melanda dunia kini dan menyebabkan kemusnahan yang besar. Jelaskan faktor-faktor kejadian tersebut dan kesan-kesannya kepada manusia sejagat.

Pendahuluan
- Sejak kebelakangan ini, dunia asyik dikejutkan dengan bencana alam.
- Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kejadian tersebut.
- Kejadian bencana alam membawa kemusnahan yang besar kepada manusia
sejagat
Faktor-faktor
IS 1- Perubahan cuaca yang tidak menentu.
- kemarau panjang dan banjir besar.akibat pemanasan global dan kesan rumah hijau
IS 2- Kejahilan dan kerakusan manusia
-aktiviti penebangan pokok yang tidak terkawal dan pembalakan haram
menyebabkan tanah runtuh atau hakisan tanah.
-pembuangan sampah sarap yang tidak sistematik menyebabkan banjir kilat.

IS 3 –Perkembangan sektor perindustrian yang pesat telah menyebabkan
pembebasan gas CFC ke ruang atmosfera semakin banyak.
- menyebabkan jerebu dan hujan asid.

IS 4 –Penyelenggaraan sungai dan saliran yang tidak berkesan
- hasil hakisan mendak dan lama-kelamaan sungai menjadi cetek.
- sungai yang tidak dibersihkan menyukarkan aliran air.
- sampah sarap yang terperangkap menyebabkan pencemaran dan boleh
menyebabkan banjir kilat.
Kesan-kesan
IS 5 –Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah
- kejadian tsunami memusnahkan negara dan harta benda
- Banda Acheh menjadi padang jarak padang terkukur

IS 6 - Mangsa yang selamat mengalami trauma dan gangguan emosi
- kehilangan orang tersayang dan diri mengalami kecacatan

IS 7 –Melumpuhkan kegiatan ekonomi
- memusnahkan kawasan tanaman dan pusat-pusat perniagaan
- menjejaskan sektor pelancongan
- berjuta-juta ringgit diperlukan untuk membaiki kerosakan

IS 8 –Tahap kesihatan terjejas
- masyarakat terdedah kepada bahaya penyakit taun, penyakit kulit, asma
Penutup
-Banyak faktor yang menyebabkan kejadian bencana alam
-Kejadian ini menyebabkan kemusnahan nyawa dan harta benda
-Manusia perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut dan menjaga alam sekitar

3. Jenayah kanak-kanak sering diperkatakan oleh masyarakat dan menjadi topik hangat dalam media. Fenomena ini telah menjejaskan imej masyarakat Malaysia yang terkenal dengan sikap penyayang dan bersopan santun. Bincangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi menangani masalah ini.

Pendahuluan
-jenayah kanak-kanak seperti penderaan, penculikan, perkosaan dan pembunuhan banyak disiarkan melalui media massa
-menjejaskan imej masyarakat Malaysia
-pelbagai langkah perlu diambil untuk menangani masalah ini.
Isi
IS1 Penguatkuasaan undang-undang
- hukuman berat kepada penjenayah seperti hukuman penjara dan sebatan
- meminda akta yang berkaitan dengan jenayah supaya dapat memberi pengajaran
kepada penjenayah
- dapat menyedarkan masyarakat supaya tidak melakukan jenayah
- menunjukkan kerajaan serius menangani masalah jenayah kanak-kanak
IS2 Peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- menganjurkan Kempen Masyarakat Penyayang dengan mengadakan
program untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan kasih sayang
- kursus keibubapaan dan kursus perkahwinan
- mewujudkan talian teledera
IS3 Masyarakat bersikap ambil tahu
- melaporkan kes-kes jenayah yang berlaku
- tampil sebagai saksi
- menganggap “anak kita anak orang dan anak orang anak kita”
IS4 Peranan media massa
- menguar-uarkan kempen antijenayah kanak-kanak
- menyiarkan program-program berbentuk keagamaan dengan lebih kerap
- menyiarkan berita yang berkaitan dengan jenayah kanak-kanak
IS5 Peranan Badan Bukan Kerajaan seperti persatuan penduduk
- mengadakan ceramah tentang jenayah kanak-kanak kepada penduduk setempat
- menyebarkan risalah ke rumah-rumah
IS6 – Meningkatkan aspek kawalan keselamatan di tempat-tempat awam
- menyediakan lebih banyak pengawal keselamatan dan memasang televisyen litar
terutup
- mengadakan rondaan di kawasan perumahan
IS7 Peranan ibu bapa
– Ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anak dan tidak cuai
- sentiasa memastikan keselamatan anak-anak dengan mengawasi mereka
terutama ketika di luar rumah
- memastikan anak-anak tidak keluar rumah bersendirian
- mengalakkan anak-anak mempelajari seni mempertahankan diri
Penutup
-Jenayah kanak-kanak merupakan jenayah yang kejam dan sadis
-Semua pihak perlu bersatu hati untuk menangani masalah ini agar masyarakat tidak
terus bimbang akan keselamatan anak-anak mereka.
Soalan 4:

Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Menangani Masalah Kekurangan Bekalan Makanan Negeri, anda diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca kekurangan bekalan makanan dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Sediakan laporan itu selangkapnya.
Skema jawapan:
-berdasarkan format laporan
Tajuk: Laporan tentang Punca-Punca kekurangan Bekalan Makanan dan Cadangan untuk Mengatasinya

1.0 Pendahuluan

- Malaysia masih lagi mengimport makanan terutamanya daging, susu, buah-
buahan, beras
- Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku
- Beberapa cadangan telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah tersebut

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK Kecil
3.0 Punca-Punca kekurangan Bekalan Makanan

3.1 Bekalan makanan Negara tidak mencukupi
- bekalan beras masih tidak mencukupi untuk kegunaan
penduduk
- teknik dan teknologi masih lagi ketinggalan berbanding
negara yang maju dalam bidang pertanian seperti Thailand

3.2 Bentuk muka bumi dan iklim yang berbeza
- tanaman seperti epal, anggur, oren, dan gandum hanya sesuai untuk iklim
yang sejuk
- jenis tanah tanih juga mempengaruhi jenis tanaman
3.3 Kejadian bencana alam
- kemarau dan banjir memusnahkan kawasan tanaman
- sumber bekalan makanan terjejas
3.4 Serangan penyakit
- serangan penyakit memusnahkan tanaman dan binatang ternakan
- serangan bena perang dan siput gondanguntuk tanaman padi, penyakit kuku
dan mulut untuk ternakan lembu dan kerbau, selsema burung untuk tenakan
ayam
3.5 Masyarakat kurang berminat untuk menceburi bidang pertanian
- cabaran pekerjaan dalam sektor pertanian
- anggapan bahawa bidang pertanian tidak mendatangkan pendapatan yang
lumayan
4.0 Langkah-langkah mengatasi.
4.1 Meningkatkan bidang penyelidikan dalam sektor pertanian
- penyelidikan tentang penggunaan baka yang baik
- penyelidikan tentang penggunaan baja dan racun serangga yang lebih mesra
alam dan mampu meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.
- penyelidikan juga dijalankan dalam bidang penternakan
4.2 Penggunaan Teknologi moden
- penggunaan jentera moden dalam proses membajak, menanam, dan menuai
- kaedah moden digunakan secara besar-besaran seperti kaedah bioteknologi
- pakar-pakar pertanian harus memberi tunjuk ajar kepada petani
4.3 Sistem pengairan yang sistematik
- tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk menghasilkan produk yang
berkualiti
- kekurangan air dan air yang berlebihan akan menjejaskan kuantiti dan kualiti
hasil tanaman
4.4 Pemuliharaan tanah
- tanah yang tidak subur dapat dipulihkan dengan kaedah moden
- nilai pH tanah akan dikaji dan ditanam dengan tanaman yang sesuai
- tanah yang tidak subur dapat dipulihkan dengan mencampurkan baja, kapur,
dan garam mengikut keperluan tanah
4.5 Melakukan pertanian berskala besar
- mengalakkan para petani mengusahakan tanaman secara berkelompok dengan
menebusguna tanah-tanah yang terbiar
4.6 Peranan agensi-agensi pertanian
- menyediakan bantuan dan subsidi berupa benih, baja, dan peralatan
- memberikan kursus dan latihan dalam bidang pertanian dan penternakan
4.7 Peranan agensi kewangan
- memberikan pinjaman kepada warga petani dan golongan belia yang berminat
menceburi bidang pertanian
- bayaran balik pinjaman boleh dibuat selepas
5.0 Penutup
- masalah kekurangan bekalan makanan disebabkan beberapa faktor
- cadangan untuk mengatasi masalah tersebut perlu dilaksanakan secara bersepadu

Laporan disediakan oleh Tarikh

----------------------------------------
(Nama )
Jawatan
Nota:
Penolakan markah mengikut format
a. Tajuk – tolak 1 markah
b. Pendahuluan / penutup - tolak 1 marakah
c. Subtopik – tolak 1 markah
d. Penomboran – tolak 1 markah
e. Tandatangan / tarikh – 1 markah (maksimum penolakan 5 markah)

Soalan 5:

IU : Persaingan untuk mendapatkan tempat di institusi pendidikan tinggi awam
(IPTA) semakin sengit. Setiap tahun, ramai pelajar memperoleh keputusan
cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STPM. Keadaan ini menimbulkan
masalah kerana tempat yang ditawarkan terhad.

IS1 : Bagi memastikan pelajar yang layak ke universiti tempatan, Kementerian
Pengajian Tinggi wajar meningkatkan penanda aras dan kelayakan.

IS2 : Penanda aras dan kelayakan mesti objektif, praktikal, dan telus bagi
memastikan pelajar mendapat hak standing dengan pencapaian mereka.

IS3 : Pelajar cemerlang dan ibu bapa perlu membuka minda supaya tidak terlalu
tertumpu kepada kursus kritikal.

IS4 : Pelajar boleh memilih kursus yang mempunyai potensi pasaran kerja yang
baik bagi mengelakkan persaingan sengit dan mendapat tempat di universiti
awam.

IS5 : Ada calon berasa lega kerana cita-cita terlaksana dan ada calon yang kurang
berpuas hati kerana ditawarkan program pengajian bukan pilihan.

IS6 : Pemilihan calon ke IPTA mengambil kira aspek kokurikulum yang
menyumbang sebanyak 10 peratus dan aspek akademik sebanyak 90
peratus. Pembabitan calon dalam kegiatan kokurikulum adalah sebagai
penentu sama ada calon itu lebih layak atau tidak berbanding calon lain.

K : Bagi pelajar yang gagal ke IPTA bukan bermakna cita-cita telah terkubur.
Mereka boleh mengikuti pelbagai kursus di IPTS. Kemasukan ke IPTS
dijangka meningkat dan hal ini menjadi petanda baik kepada IPTS. Banyak
pihak mengharapkan pengusaha IPTS membaiki mutu perkhidmatan dan
dapat menyediakan sistem pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan
IPTA.
SOALAN 6:

1. Lebai Pa melangkah masuk ke kawasan gelanggang silat sambil mengucapkan salam.
2. Sambil menjawab salam dan dengan perasaan terkejut, Kidam berkata Lebai Pa ialah orang tua.
3. Lebai Pa terkejut. Di dalam gelanggang itu tidak ada Pendekar Atan tetapi yang ada ialah Kidam dan Majid.
4. Majid bertanya sama ada Lebai Pa ingin berjumpa dengan Pendekar Atan atau tidak.
5. Lebai Pa mengeyakannya lalu bertanya sama ada Pendekar Atan ada di rumah atau tidak.
6. Sambil membentak, Kidam berkata tidak ada.
7. Lebai Pa menyergah dan berkata bahawa dia tidak bercakap dengan Kidam.
8. Majid menyatakan bahawa jangan dilayan sangat Kidam itu.
9. Majid menyatakan bahawa Kidam seorang yang mereng dan gila isim.
10. Lebai Pa bertanya sama ada Pendekar Atan ada di rumah atau tidak.
11. Kidam berteriak sambil menyatakan berulangkali bahawa Pendekar Atan tiada di rumah.
12. Majid seperti cuba untuk bercakap tetapi kemudiannya mendiamkan diri setelah Kidam membeliakkan mata ke arahnya.
13. Lebai Pa bertanya ke mana perginya Pendekar Atan.
14. Kidam tidak mengetahui Pendekar Atan pergi ke mana kerana dia tidak memberitahunya.
15. Mata Lebai Pa terkebil-kebil setelah diperbodoh-bodohkan sebegitu rupa. Majid menekup suaranya daripada keluar. Dia begitu geli hati melihat lakonan Lebai Pa dan Kidam.

Soalan 7:
1. Nenek Kebayan masuk ke dalam bilik mendapatkan Tuan Puteri lalu memicit kepala
baginda dan mengurut-urut seluruh tubuh baginda.
2. Tuan Puteri Bongsu bertanya kepada Nenek Kebayan tentang lelaki yang kacak itu dan
memiliki wajah yang berseri-seri.

3. Dengan suara yang perlahan, Nenek Kebayan memberitahu Tuan Puteri Bongsu
bahawa lelaki itu ialah Tuanku Malim Deman, anakanda Tuanku Gombang Malim
Dewa dan cucu Tuanku Malim Perman yang memerintah negeri Bandar Muar.

4. Nenek Kebayan menyatakan bahawa Tuanku Malim Deman berhajat / ingin
memperisterikan Tuan Puteri Bongsu.

5. Menurut Nenek Kebayan , Tuan Puteri Bongsu bertuah jika berkahwin dengan
Tuanku Malim Deman kerana mereka berdua secocok / sepadan.

6. Tuan Puteri Bongsu menyatakan bahawa jika Tuanku Malim Deman sudi berkahwin
dengannya, baginda yang merantau / berdagang amat berbesar hati untuk
mempertaruhkan nasib atau mencuba nasib menjadi isteri kepada Tuanku Malim
Deman.

7. Menurut Tuan Puteri Bongsu , Nenek Kebayan boleh menjadi pengganti ayahanda dan
bonda baginda jika Nenek Kebayan berpendapat bahawa baginda patut berkahwin








SOALAN 8:

Bil Kesalahan Sebab Pembetulan

1. di dalam Frasa sendi nama di dalam digunakan untuk menunjukkan konsep ruang, tempat, dan jarak. Kata dalam digunakan untuk menyatakan konsep yang abstrak atau yang tidak menunjukkan konsep ruang atau jarak. dalam
2. kebanyakan negara-negara Kesalahan unsur lewah dalam frasa nama. kebanyakan negara




3. ialah Kesalahan kata pemeri ialah. Kata pemeri ialah digunakan untuk menghubungkan FN dengan FN, sedangkan kata pemeri adalah digunakan untuk menghubungkan FN dengan FA dan FN dengan FSN. adalah
4. Kesan utama dirasai... Tiada kata hubung pancangan relatif yang untuk membentuk klausa yang berfungsi sebagai frasa penerang kata nama / FN / penerang subjek. Kesan utama yang dirasai ...
5. YB Tiada tanda baca noktah. Kata singkatan perlu ada tanda baca noktah. Y.B.





6. Justeru, Kesalahan penggunaan kata hubung justeru di awal ayat atau pangkal ayat.


Kita sebagai rakyat...
Pemberian markah karangan
Markah karangan dibahagikan kepada tiga, iaitu
A. Kerelevanan (21 markah)
B. Pengolahan (14 markah)
C. Bahasa (15 markah)

A. Kerelevanan (21 markah)
Pendahuluan (3 markah)
Tahap Markah Kriteria
Baik 3 • tepat dan jelas
Sederhana 2 • kurang tepat dan kurang jelas
Lemah 1 • tidak tepat, terlalu pendek/ meleret-leret









Isi (15 markah)
Tahap Markah Kriteria
Baik 3 • isi tepat, huraian jelas, dan berfokus kepada isi utama
Sederhana 2 • isi masih tepat tetapi huraian kurang jelas dan kurang berfokus kepada isi utama

Lemah 1 • Isi dan huraiannya lemah








Penutup
Tahap Markah Kriteria
Baik 3 • Baik dan meyakinkan
Sederhana 2 • Kurang baik dan kurang meyakinkan
Lemah 1 • Tidak meyakinkan/ terlalu pendek





B. Pengolahan (14 markah)
Pengolahan karangan yang baik berrmaksud:
• Isi atau buah fikiran disampaikan dengan kemas dan teratur (koheren)
• Idea yang disampaikan memperlihatkan hubungan logical yang padu antara ayat dengan ayat, dan antara perenggan dengan perenggan (koheren)
• Ayat-ayat yang di bina menunjukkan kekukuhan tautan dari segi leksikal dan nahuan (kohensi)


Tahap
Markah
Kriteria


Amat Baik
13 -14 • Pengolahan kemas dan teratur
• Memperlihatkan tautan yang kukuh
• Pemerengganan baik

Baik
10 -12 • Pengolahan masih kemas dan masih teratur tetapi ada bahagian yang tidak memperlihatkan kohensi
• Pemerengganan baik

Sederhana
7 – 9 • Pengolahan masih kemas tetapi aspek koheren dan kohensi kurang memuaskan
• Pemerengganan masih baik

Lemah
4 – 6 • Pengolahan kurang kemas dan tidak teratur
• Koheren dan kohensi tidak memuaskan
• Pemerengganan kurang baik

Sangat Lemah
1 - 3 • Pengolahan amat baik
• Tidak koheren dan kohensi
• Pemerengganan lemah


C. Bahasa (15 Markah)

Markah bahasa dinilai dari aspek penggunaan penggunaan diksi, morfologi, sintaksis, dan aspek mekanis


Tahap
Markah
Kriteria


Amat Baik
13 -15 • Kurang daripada 6 kesalahan sintaksis
• Penggunaan bahasa lancer dan berkesan
• Diksi tepat dan luas

Baik
10 -12 • 6 hingga 10 kesalahan sintaksis
• Penggunaan bahasa masih lancer dan berkesan
• Diksi masih tepat dan luas

Sederhana
7 – 9 • 11 hingga 15 kesalahan sintaksis
• Penggunaan bahasa masih baik
• Diksi tepat

Lemah
4 – 6 • 16 hingga 20 kesalahan sintaksis
• Penggunaan bahasa tidak lancer
• Diksi ada yang tidak tepat dan lancar

Sangat Lemah
1 - 3 • 21 dan lebih kesalahan sintaksis
• Penggunaan bahasa amat tidak lancer
• Diksi banyak tidak tepat dan terbatas
• 29 kesalahan sintaksis 2 markah sahaja
• 30 kesalahan sintaksis 1 markah sahaja

Jawa Moden berkata...

NAMA : ROS HASLINDA HAYATI BT MOHD MOHYI
NO.MATRIK: M20082000308
NO.TELEFON : 012-6199185
SEKOLAH : SMK AYER TAWAR, 32400 AYER TAWAR, PERAK.

TUGASAN 6 MAC 2009
SOALAN 1: NOTA KULIAH PENGUJIAN DAN PENILAIAN (10 markah)

1.0 Penyerapan Unsur Baharu dalam Pengajaran bahasa Melayu

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berkonsepkan penyerapan iaitu proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni dan kemahiran berfikir. Proses ini juga melibatkan tiga elemen utama iaitu :
• Isu dalam pengujian dan penilaian- menyerapkan pelbagai bidang ilmu dan pelbagai tema sama ada kemasyarakatan atau persendirian.
• Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia berlandaskan Kepercayaan Kepada Tuhan (diserapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran) secara sedar atau terancang dan secara tidak langsung.
• Kemahiran berfikir dapat diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

2.0 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu memberi penekanan kepada kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis(KBKK) semasa proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi aktiviti mencirikan, mengelas, mengumpul, mengkategori, membuat kaitan dan perhubungan, membanding dan membeza, menyusun maklumat dan mengenal pasti kenyataan benar atau palsu. Pelajar boleh menggunakan alat berfikir seperti peta minda, penyusunan grafik dan soalan jenis bercapah, bertumpu dan lingkaran soalan untuk membantu mereka mendapat maklumat di sekeliling mereka atau menerokai dunia maklumat tanpa sempadan melalui teknologi maklumat.
Kemahiran Bernilai tambah (KBT) terdiri daripada :
• Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
• Kemahiran belajar cara belajar
• Kajian masa depan
• Kecerdasan pelbagai (ruang, kinestatik, interpersonel, muzik, intra personel dan naturalis)
• Pembelajaran kontruktivisme’
• Pembelajaran konstektual

Kemahiran ini perlu diterapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid dan sumber yang ada di sekeliling pelajar.

3.0 Konsep Penggabungjalinan Kemahiran berbahasa

Konsep ini merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangat penting melibatkan kemahiran membaca, menulis, dan bertutur. Penyerapan dalam konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa memberi fokus kepada penyerapan ilmu, kemahiran bernilai tambah dan kepintaran emosi.
3.1 Penyerapan ilmu dalam penggabungjalinan kemahiran berbahasa merangkum pelbagai bidang dan disiplin yang luas iaitu bahasa merentas kurikulum. Penyerapan ilmu melibatkan mata pelajaran sains, matematik, geografi, agama ataupun sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Selain itu, penyerapan ilmu juga meliputi peristiwa yang berlaku di sekeliling pelajar dan meliputi seluruh kehidupan masyarakat. Oleh itu, penyerapan ilmu dan penggabung jalinan kemahiran berjalan seiring semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran yang dipilih oleh guru dan digabungkan dengan bahan pengajaran (ilmu) membantu murid belajar dalam suasana yang menyeronokkan kerana dapat meneroka sesuatu bidang dan mendapat manfaat daripada setiap sesi pembelajaran .


3.2 Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa dapat membantu pelajar menguasai kemahiran yang diajar dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

3.3. Penyerapan Kepintaran Emosi (Emotional Quation ) dalam konsep penggabungjalinan amat perlu digarap oleh para guru untuk menerbitkan kebolehan menggunakan emosi yang baik dalam diri setiap pelajar. Menurut Dr. Noriah Ishak, EQ dapat dikaitkan dengan dua jenis kompetensi iaitu kompetensi peribadi dan kompetensi sosial.

3.3.1 Kompetensi Peribadi :
-Kesedaran kendiri
-kesedaran emosi
-penilaian kendiri yang tepat
-keyakinan kendiri
-niat yang baik
-Regulasi kendiri –kawalan kendiri, keboleh percayaan, bertanggung jawab, penyesuaian
dan inovasi.
-Motivasi kendiri- dorongan pencapaian, komitmen, inisiatif, optimis dan minat.

3.3.2 Kompetensi Sosial
-Empati – memahami orang lain, membantu orang lain
-kemahiran sosial – mengurus, berkomunikasi dan bekerjasama dalam satu kumpulan
-Kerohanian – sabar, beriman dan bertaqwa dan ikhlas
-Kematangan – usia, pengalaman dan pengetahuan

Kesimpulannya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep penggabungjalinan kemahiran berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis perlu diadun dengan baik dengan konsep penyerapan ilmu, nilai murni, peraturan sosio budaya, kewarganegaraan, kemahirann bernilai tambah atau kepintaran emosi. Para guru perlu memilih mana-mana elemen dan merancang pengajaran dengan teliti agar proses pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada pelajar agar mereka dapat meneroka sesuatu bidang dengan baik. Guru memainkan peranan penting membantu membina sahsiah diri yang positif agar pelajar menjadi insan yang berketerampilan.


4.0 Analisis Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

4.1 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merupakan dokumen yang penting bagi guru yang professional. Oleh itu guru yang professional mesti memiliki, memahami, menguasai dan menghayati sukatan pelajaran. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan pelbagai kemahiran tentang ilmu yang diajar, ilmu pengurusan pendidik dan pedagogi. Selain itu , guru perlu peka dengan perubahan yang dilaksanakan di peringkat kementerian atau jabatan pendidikan serta bijak membuat pengubahsuaian terhadap arahan atau pekeliling baru yang diterima. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah sebahagian intipati profsesion perguruan.

4.2 Sukatan Pelajaran bahasa adalah dokumen induk yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi sesuatu mata pelajaran dan pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan kurikulum dan mengandungi topik, objektif, kemahiran dan penerangan tentang cara penilaian. Sukatan pelajaran bagi sekolah rendah melibatkan tahap 1 dan tahap 2 manakala bagi sekolah menengah melibatkan tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

4.3 Huraian Sukatan Pelajaran pula merupakan dokumen yang memperincikan kandungan Sukatan Pelajaran dan mesti disediakan bagi setiap tahun pembelajaran dan dibezakan antara Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Kebangsaan dan Huraian Sukatan Pelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan.

4.4 Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah :

4.4.1 Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
4.4.2 Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat.
4.4.3 Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
4.4.4 Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respon kepada pelbagai bahan
bacaan jenis maklumat dan bahan sastera
4.4.5 Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan
4.4.6 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

4.5 Penggunaan bahasa terdiri daripada tiga bidang iaitu interpersonel, bidang maklumat
dan bidang estetika.

4.5.1 Bidang Interpersonel

Bidang ini memberi fokus kepada keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks mengekalkan hubunga dan interaksi sosial yang lain seperti memberikan pendapat, rundingan, membuat pertimbangan, memujuk dan membuat transaksi.


4.5.2 Bidang Maklumat

Bidang ini memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks memperoleh, memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dalam pelbagai disiplin ilmu. Pemerolehan maklumat didapati melalui aktiviti mendengar , berbual, membca, serta mengakses maklumat daripada multimedia. Adalah diharapkan murid dapat menguasai proses mencari maklumat, memproses dan menyampaikannya.

4.5.3 Bidang Estetik

Bidang estetik pula memfokus kepada keupayaan penggunaan bahasa bagi apresiasi keindahan bahasa pelbagai karya penulisan dan penghasilan genre penulisan. Hasil Pembelajaran Utama dan Hasil Pembelajaran Khusus yang perlu dicapai oleh murid dalam bidang ini ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

4.6 Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran merupakan satu set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh murid melalui proses pembelajaran bahasa. Skinner(1920) menjelaskan pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku melalui pengalaman , pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dapat dibentuk ke atas setiap individu.


5.0 PRINSIP-PRINSIP PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM BAHASA MELAYU

Proses pengajaran merupakan satu proses yang berterusan melibatkan objektif pengajaran, pelaksanaan pengajaran dan penilaian. Proses ini dijalankan untuk menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

5.1 Antara tujuan penilaian adalah untuk

• mengenalpasti kelemahan pelajar ( pelajar yang baik – diberi pengukuhan manakala
pelajar yang lemah diberi pemulihan)
• memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah tercapai
• menggredkan pelajar berdasarkan pencapaian yang diperoleh melalui penilaian yang
dilakukan oleh guru
• sebagai penggerak kepada motivasi pelajar agar meningkatkan pencapaian masing-
masing dalam setiap ujian yang dijalankan
• Menempatkan pelajar berdasarkan tahap kemampuan intelektual (baik,sederhana dan
lemah)

5.2 CIRI-CIRI UJIAN

1. Keesahan uji. Sejauh mana ujian itu menggambarkan atau menguji apa yang hendak
diuji. Kandungan ujian juga mestilah meliputi apa-apa yang dipelajari dan diajar
kepada pelajar.
2. Kebolehpercayaan atau kestabilan ujian. Setiap soalan yang dibina mestilah tepat
dan mengandungi ukuran tertentu yang mesti dipatuhi dari segi skema
pemarkahan.
3. Keobjektifan atau ketepatan ujian . Item-item yang dibina mestilah berbentuk
objektif dan tidak memberi peluang kepada kepada pelajar membuat sesuatu interpretasi
berlainan terhadap soalan yang sama dan pemarkahan juga mesti berdasarkan skema yang
ditetapkan. Bahasa yang digunakan hendaklah tepat dan bersesuaian dengan peringkat
umur.

5.3 JENIS-JENIS UJIAN

1. Ujian Penempatan
Ujian ini dijalankan untuk menguji pelajar/calon yang mempunyai keterampilan yang disyaratkan bagi sesuatu kursus. Contohnya ujian bertulis untuk penempatan pelajar lepasan UPSR ke tingkatan satu sekolah berasrama penuh.

2.Ujian Formatif
Ujian ini dijalankan bagi menguji pelajar dari semasa ke semasa, boleh dijalankan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran atau selepas menamatkan sesuatu topik.
3.Ujian Diognastik
Ujian ini dilakukan untuk mencari punca kelemahan pelajar dan memudahkan guru membuat tindakan susualan sama ada untuk member I pengukuhan , pemulihan atau pengayaan.
4.Ujian Sumatif.
Ujian ini dijalankan untuk tujuan penggredan atau pensijilan seperti peperiksaan SPM, PMR atau UPSR.




6.0 ARAS PENILAIAN

Terbahagi kepada domain kognitif, afektif dan psikoimotor.

6.1 Penilaian Domain Kognitif
-lebih banyak ditumpukan kepada kemampuan proses berfikir
-bermula dengan yang rendah(ingatan) hingga yang tertinggi (kompleks).
-bentuk ujian yang boleh dijalankan :
Aneka pilihan, subjektif, lisan, tulisan, ujian bulanan dan kuiz.
-oleh itu, ujian ini dijalankan untuk menguji pengetahuan dari mudah
kepada susah.

6.2 Penilaian Domain Afektif
-hubungan dengan masalah sikap, pandangan dan nilai yang dipercayai oleh
seseorang
-dapat diuji dan dikesan melalui aktiviti seperti wawancara, pengamatan
terhadap tingkah laku atau aktiviti bertulis.
-pengukuran menggunakan skala likert- antara caranya ialah menggunakan
pernyataan sangat setuju, setuju atau tidak setuju.
-juga boleh menggunakan pilihan jawapan ya atau tidak .

6.3 Penilaian Domain Psikomotor.

-berkembang dengan aktiviti otot dan pergerakan yang menggunakan anggota
tubuh badan.
-penilaian menggunakan pengamatan berbeza dalam bidang sukan.
-aktiviti yang boleh dijalankan seperti mendeklamasikan puisi, berlakon, beraksi
dan sebagainya tetapi mesti ada kaitan dengan domain kognitif dan afektif.


7.0 ARAS-ARAS UJIAN
Taksonomi Bloom dan Kategori Moody

7.1 Taksonomi Bloom
-Prinsip/ peraturan dalam pengelasan Taksonomi Bloom

7.1.1 Pengetahuan/ingatan
Pada aras ini pelajar hanya perlu mengungkapkan kembali daya atau kebolehan mengingati hal-hal yang berhubungan dengan fakta, konsep, pengertian, definisi, penamaan berkenaan sesuatu hal dan deskripsi.

7.1.2 Pemahaman
Para pelajar berkeupayaan memahami, membezakan dan menjelaskan fakta atau hubungan antara konsep dan sifat-sifat lain. Pelajar dapat menulis sinopsis atau membuat peta minda bagi cerpen, prosa tradisonal dan drama, memberi maksud pantun, syair gurindam ataupun seloka ke dalam bahasa moden. Pelajar juga dikira memahami kandungan teks atau bahan yang dibaca sekiranya dapat menceritakan semula secara lisan.

7.1.3 Aplikasi
Ujian aras ini boleh menilai pengetahuan berkenaan ciri-ciri bahan sastera seperti pantun, sajak atau syair. Pelajar boleh menerapkan pengetahuan teoritisnya ke dalam kegiatan praktis dan konkrit. Pada tahap ini pelajar boleh mencipta pembayang pantun bagi maksud pantun yang diberi atau sebaliknya. Mereka juga dapat mengubah karya puisi kepada bentuk prosa dan mendeklamasikan sajak dengan sebutan, dan intonasi yang betul.

7.1.4 Analisis
Pada aras ini pelajar dapat mengesan unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya sastera, berkeupayaan memahami bahan yang dibaca , boleh memberi kritikan serta memberikan contoh atau fakta-fakta yang tepat.

7.1.5 Sintesis
Pada tahap ini adalah diharapkan para pelajar dapat mengkategorikan, menghubungkan, menjelaskan dan meramalkan hal-hal yang berkaitan dengan unsur- unsur sastera. Pelajar juga boleh menjelaskan perkaitan antara beberapa hal baik dalam sesebuah karya sastera yang dibaca seperti menghubungkan antara tema, perwatakan dan latar, antara gaya dan plot ataupun antara nilai dan pengajaran.


7.1.6 Penilaian
Tahap tertingggi dalam ukuran domain kognitif menurut Bloom ini dapat mengukur kemampuan pelajar menilai ketepatan fakta daripada kenyataan dan bukti- bukti yang tertulis, pemilihan kata, ungkapan dan kalimat dan hubungannya dalam tema dan makna keseluruhan sesuatu karya sastera. Keupayaan berfikir pada aras ini antara lain berbentuk kemampuan menilai sesuatu dalam setiap perkara atau tindakan yang diambil seperti nilai gigih dalam cerpen Menatap Wajahmu ( antologi Anak laut- tingkatan 4) menunjukkan bahawa Muliati yang telah kehilangan sepasang kaki dan sebelah tangannya akibat terjatuh ke dalam gaung semasa menyertai ekspedisi anjuran sekolahnya. Pada peringkat awal dia tidak dapat menerima kekurangan yang ada pada dirinya tetapi pada satu tahap dia menghargai dan mensyukuri nikmat Tuhan yang masih memberikannya peluang untuk berjaya . Perwatakan yang ada pada Muliati ini sepatutnya digarap oleh para pelajar tentang pentingnya menghargai peluang yang masih ada dan menjauhkan diri daripada berputus asa.

7.2 Kategori Moody

7.2.1 Aras informasi
Aras informasi berada pada aras pengetahuan pada Taksonomi Bloom tetapi kehadapan sedikit sehingga ke aras kemampuan pelajar memahami. Bagi menjawab soalan yang tepat, pelajar harus memahami secara mendalam butiran kehendak soalan melalui bacaan secara teliti supaya jawapan pelajar dapat memenuhi soalan .

7.2.2 Aras konsep
Pada aras ini pelajar mesti menguasai teori dan membaca terlebih dahulu karya sastera yang hendak dikaji secara kritikal, analitis dan bacaan matang. Pelajar bukan setakat memahami cerita sahaja tetapi dapat menganalisis dan memperhubungkan berbagai-bagai unsur dalam sesuatu karya.

7.2.3 Aras perspektif
Ujian kesusasteraan pada aras ini lebih menumpukan kepada mendapatkan pandangan dan tindak balas pelajar atau pembaca terhadap karya sastera yang dibaca. Pelajar akan diuji dengan soalan yang menguji keupayaan menghubungkan antara sesuatu (perwatakan, nilai, latar dan sebagainya) di dalam bahan yang dibaca dengan situasi sebenar. Selain itu pelajar juga dapat membanding dan menilai antara dua keadaan, nilai atau perwatakan yang ditonjolkan dalam bahan sastera. Pada aras ini juga pelajar dapat dinilai tahap kognitif yang paling tinggi arasnya. Soalan esei amat sesuai pada aras ini dan jawapan yang dikemukakan pelajar amat subjektif kerana memerlukan kekuatan daya fikir dan perencanaan jawapan yang teliti dan tepat.

7.2.4 Apreasiasi/penghayatan
Pada peringkat ini pelajar atau pembaca mestilah berkeupayaan mengenali, menganalisa, membanding, menggeneralisasikan dan menilai bentuk-bentuk kebahasaan yang digunakan dalam sesebuah karya sastera yang dibaca dan dibahaskan melibatkan pengetahuan lingusitik para pelajar khususnya. Soalan pada aras ini tidak pernah dikemukakan dalam peperiksaan peringkat PMR mahupun SPM kerana tidak terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.


8.0 Faktor Penentu Ujian

Keberkesanan sesuatu kertas ujian banyak bergantung pada mutu soalan ujian itu sendiri. Oleh itu pembinaan kertas soalan bagi sesuatu ujian perlu dilaksanakan dengan teliti
untuk menjamin mutunya dari segi kesahan (validity) dan kebolehpercayaan(reaibity). Ujian dikatakan bermutu jika ujian itu sah dan boleh dipercayai. Factor-faktor utama yang perlu diambil kira dalam proses pembinaan dan penyediaan kertas soalan yang bermutu adalah seperti yang berikut :

1. Kerelevanan. UJian yang dibina hendaklah mengandungi soalan-soalan yang dipilih dengan teliti agar soalan itu dapat menguji apa yang hendak diuji. Relevan atau tidaknya sesuatu ujian yang dibina bergantung pada faktor sejauh mana ujian itu dapat menguji objektif sukatan pelajaran berkenaan. Kertas soalan yang relevan seharusnya dapat menguji objektif sukatan pelajaran.
2. Keseimbangan. Sesuatu ujian hendaklah mempunyai bilangan soalan yang ditentukan mengikut tajuk/subtajuk berdasarkan penekanan tajuk/subtajuk berkenaan dalam sukatan pelajaran. Lazimnya keseimbangan sesuatu ujian boleh dicapai dengan menggubanl soalan mengikut jadual spesifikasi ujian yang mengandunginmaklumat tentang bentuk ujian, jenis soalan, kandungan/sub tajuk, aras kemahiran yang hendak diuji, bilangan soalan bersesuaian dengan masa dan peruntukkan markah.
3. Keobjektifan- Soalan-soalan yang dibina dalam sesuatu ujian mestilah jelas arahannya, dan jawapan yang disediakan mestilah tepat. Bagi soalan aneka pilihan, semua guru hendaklah bersetuju dengan jawapan yang betul atau jawapan yang terbaik antara pilihan jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan. Begitu juga dengan jawapan bagi soalan esei hendaklah diperakukan oleh semua guru dalam bidang tersebut berdasarkan panduan/skema jawapan yang disediakan.
4. Aras Kesukaran. Pembinaan soalan bagi setiap ujian hendaklah berpandukan pembahagaian aras kesukaran seperti soalan yang sukar (aras tinggi) ialah 20%, aras sederhana 40% dan aras mudah 40%. Aras kesukaran sesuatu soalan dapat dilihat daripada kadar bilangan calon yang dapat menjawab soalan tersebut.

9.0 Prinsip-prinsip utama dalam pengujian

Setiap guru penggubal soalan mesti memastikan keputusan sesuatu ujian atau peperiksaan mempunyai darjah kesahan yang tinggi. Sekiranya terdapat isu yang boleh menjejaskan kredibilitinya, guru dituntut untuk menyemak semula sama ada isu itu boleh menyebabkan darjah kesahan terjejas atau tidak. Jika darjah kesahan masih terjamin tinggi,keputusan peperiksaan yang dicapai tidak perlu dipertikaikan lagi. Oleh itu, guru perlu mematuhi prinsip-prinsip utama dalam pengujian iaitu wujudnya kesahan dan kebolehpercayaan.

9.1 Kesahan merupakan tahap sesuatu ujian untuk menguji apa yang hendak diuji. Jika terbukti demikian maka keputusan yang dikeluarkan daripada ujian itu dianggap sah dan boleh digunakan mangikut tujuan ujian itu diadakan. Kesahan juga mengukur sejauh mana skor atau markah/gred yang diperoleh calon dalam ujian menggambarkan kebolehan sebenar calon itu dalam bidang di mana calon itu diuji. Sebagai contoh, bagi subjek bahasa Melayu SPM, calon diuji untuk melihat pencapaiannya dalam mata pelajaran tersebut. Oleh itu , jika gred yang diperoleh kebanyakan calon dapat menggambarkan pencapaian sebenar, bermakna ujian itu mempunyai darjah kesahan yang tinggi. Bagi mencapai hasrat tersebut, kertas soalan yang disediakan untuk sesuatu ujian hendaklah juga mematuhi prinsip kesahan yang berkaitan dengan kandungan ujian.

9.2 Kebolehpercayaan merupakan tahap ukuran sejauh mana skor sesuatu ujian tepat dan konsisten dalam menilai pencapaian calon yang diuji. Oleh itu , kepelbagaian pencerapan dengan kaedah yang banyak seperti membesarkan cakupan terhadap perkara yang diuji, membesarkan bilangan dan mempelbagaikan calon yang diuji, meningkatkan pengalaman dan kepakaran guru pasti dapat menambah kebolehpercayaan terhadap sesuatu ujian. Dalam ujian bahasa kita boleh katakan bahawa kebolehpercayaan sesuatu ujian itu sebagai ketekalan ujian itu mengukur sesuatu kemahiran atau sesuatu aspek yang hendak diukur olehnya. Misalnya, sekiranya ujian tersebut digunakan pada murid yang sama , bolehkah ia menunjukkan keputusan yang sama ? atau sekiranya ujian itu digunakan dua kali pada dua waktu yang berlainan juga menujukkan keputusan yang sama.


SOALAN 2 : Buat esei mengenai objektif Sukatan pelajaran Bahasa Melayu menurut Sekolah Menengah tempat anda bertugas. (10 markah)

Jawapan :

2.0 Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Tawar, 32400 Ayer Tawar, Perak terdiri daripada 97 % pelajar Cina, 2% pelajar Melayu dan 1% pelajar India. Responden yang dipilih dari kelas 5M berjumlah 33 orang yang terdiri daripada seorang murid India, dua orang murid Murid Melayu dan 30 orang murid Cina.

Adalah menjadi tanggung jawab semua guru yang mengajar matapelajaran bahasa Melayu di sekolah ini menerapkan rasa cinta akan bahasa Melayu yang berperanan membantu pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu, guru-guru juga berusaha membantu pelajar mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin ilmu atau mata pelajaran lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir. Konsep penggabungjalinan antara kemahiran berbahasa dan penyerapan ilmu dirangkumkan dalam sesi pengajaran agar dapat melahirkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif di samping maklumat yang disampaikan adalah maklumat terkini bersesuaian dengan kemajuan dunia yang tanpa sempadan ini.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa iaitu bidang interpersonel, bidang maklumat dan bidang estetik. Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pebagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Selain itu, aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu persekolahan adalah penting sebagai menyokong penguasaan kemahiran berbahasa murid. Huraian sukatan pelajaran ini disediakan bagi setiap tingkatan iaitu dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Objektif yang perlu dicapai pada akhir pengajaran dan pembalajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah ialah :

1. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat.
3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
4. Mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
5. Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respon kepada pelbagai bahan
bacaan jenis maklumat dan bahan sastera
6. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan
7. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.

2.1 Contoh-contoh pengajaran berdasarkan objektif yang dipilih:

2.1.1 Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui , perbincangan dan penulisan untuk menjalin hubungan erat.


Objektif pertama ini dapat dicapai melalui penggabungjalinan antara bidang interpersonal iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Bidang interpersonal berfokus kepada keupayaan murid berkomunikasi dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata, ungkapan, dan ayat yang betul dan tepat secara bertatasusila. Sejauh mana pelajar di sekolah ini merujuk kepada pelajar tingkatan 5M (kelas kelima daripada 6 kelas) berdasarkan Hasil Pembelajaran Khusus 1.1 dapat berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga dan masayarakat dengan menggunakan kata, sebutan dan intonasi serta nada yang sesuai.

Sekiranya pelajar diberikan kad situasi : Ceritakan pengalaman manis anda semasa cuti sekolah yang lepas.

Contoh Jawapan responden.

1. Kerja baik kereta. Dapat wang ma, tolong apak , kasi wang sama amak, susah o cikgu. (Ho ai King)
2. Cuti sekolah, saya tolong bapa kebun sayur. Tolong bapa juai sayur itu pasar Rabu , dapat wang , simpan ma. Apa itu, gembiralah tolong bapa. Cukup ah cikgu.(Ong Boon Tiong)
3. Pada masa cuti sekolah, saya bersama keluarga makan angin ke Pulau Pangkor. Best, cikgu. Kami tinggal di sana tiga hari je. Saya dan adik bermain di tepi pantai, seronok la juga. Kami pergi sana dan balik naik bot, tambang Rm30 kut. (Ngo Chien Hoi)

Dapatan : Berdasarkan pernyataan ketiga-tiga responden dapat dibuat kesimpulan bahawa mereka mempunyai buah fikiran, berjaya mengaitkan cerita dengan kehidupan harian yang menyentuh diri dan keluarga serta masyarakat. Walau bagaimanapun , murid masih belum mancapai objektif dari segi sebutan, kosa kata yang tepat dalam konteks yang dinyatakan, penggunaan bahasa pasar dan dialek yang mempengaruhi pertuturan.

Cadangan aktiviti :

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil terdiri daripada 3 orang
2. Memberi peluang kepada mereka berbual tentang aktiviti masa cuti
3. Guru meminta seorang pelajar sebagai wakil daripada setiap kumpulan membacakan aktiviti yang dilakukan oleh mereka kepada kelas
4. Guru meminta pelajar menulis 5 ayat berdasarkan perkara yang dibincangkan
5. Guru meminta pelajar lain membaca ayat –ayat tersebut yang dipancarkan pada skrin untuk disemak bersama-sama dan dibetulkan.
6. Murid menulis semula ayat yang betul dan menuturkannya dengan sebutan dan intonasi yang betul.
7. Guru membuat penilaian dan peneguhan.


Kesimpulan : Setelah murid melihat dan menuturkan ayat yang betul, mereka mendapat gambaran yang lebih jelas bagaimana untuk berbual denga ayat yang betul dan sopan mengikut aktiviti yang dilakukan.

Contoh : Pada masa cuti yang lalu, saya mengikut ibu bapa saya bercuti ke Pulau Pangkor. Kami ke sana menaiki bot. Bapa membayar RM120 untuk tambang kami seramai empat orang. Kami menginap di Chalet Beringin selama tiga hari dua malam. Saya dan adik berenang dan bermain di tepi pantai dengan gembira.

Objektif ini boleh dicapai tetapi bukan dalam masa yang singkat. Setelah melakukan aktiviti ini berulang kali, murid masih dipengaruhi oleh masalah sebutan, dialek dan kebolehan melahirkan idea secara spontan.


2.1.2 Objektif Sukatan Pelajaran yang kedua ialah mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat. Objektif ini dapat dicapai melalui penggabungjalinan pelbagai kemahiran bahasa, namun begitu bagi pelajar 5M menjadi satu masalah kepada mereka untuk memproses maklumat yang diterima. Hal ini dapat dibuktikan dalam satu sesi pengajaran bersumberkan novel Julia. Guru telah memberi peluang kepada pelajar menonton drama yang diadaptasi daripada novel Julia. Setelah menonton drama tersebut, guru meminta pelajar menyatakan sinopsis drama tersebut. Contoh jawapan 3 responden :

1. Julia belajar di Australia. Sana, Perth ada pakcik nama Khairil. Jumpa Jun lelaki Cina. Jun kasi bunga sama Julia. Lagi, ibu bapa Julia mati eksiden. Julia kahwin Jun sudah lama Islam. (Lim Pe Hwa)

2. Novel ini cerita Julia sudah kawan dengan Jun dalam kapal terbang masa Julia pergi belajar agama di Perth, mana tu Australia. Jun suka tolong Julia masa dia susah. Bapa dan ibu Julia mati kemalangan, Jun datang masa di kubur pakai baju Melayu. Julia ganti bapa dia Datuk Bakar jadi manager BMPro. Julia ingat Ibu tiri mau harta lebih tapi dia baik la. Julia banyak buat projek sebab Jun selalu tolong. Akhirnya, Jun kahwin dengan Julia dan gembira.( Rajasegaran)

3. Novel karya Abu Hassan Morad ini menceritakan seorang remaja bernama Julia telah dihantar ke Australia oleh ibu dan bapanya, DatuK Bakar dan Datin Maznah. Bapa Julia berkahwin dengan Ummi Sarah. Ibunya berasa sedih tetapi sabar. Masa Julia di Australia, ibu dan bapanya kemalangan lalu meninggal dunia. Julia berusaha mengambil alih perniagaan bapa dan jaga adik-adiknya. Jun seorang lelaki Cina muslim selalu tolong Julia. Syarikat Julia makin maju, akhirnya Julia berjaya dalam projek homestay dan berkahwin dengan Jun. (Sakinah)

Dapatan: Berdasarkan dapatan daripada ketiga-tiga responden, pelajar boleh menerima maklumat daripada sumber yang ditonton dan didengar tetapi masih menghadapi masalah untuk memproses maklumat tersebut secara kritis. Sinopsis yang dikemukakan responden menunjukkan maklumat yang diterima diproses mengikut kadar kemampuan murid yang berbeza walaupun mereka cuba menyampaikan maklumat yang sama. Responden pertama, (pelajar Cina) bercerita kurang lancar kerana menghadapi masalah kosa kata, imbuhan , struktur ayat yang tidak tepat dan masih dipengaruhi dialek. Responden kedua (pelajar India) turut mengalami masalah yang sama tetapi menghuraikan maklumat lebih panjang dan responden ketiga(Pelajar Melayu) menyampaikan sinopsis dengan lebih baik dan kurang melakukan kesalahan bahasa memandangkan pelajar tersebut mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa pertama berbanding responden 1 dan 2 (bahasa kedua). Namun begitu, Sakinah tetap melakukan kesalahan tatabahasa dari segi imbuhan.


Cadangan Aktiviti :

1. Pelajar menonton drama Julia
2. Beberapa orang pelajar menyatakan sinopsis berdasarkan bahan yang
ditonton.
3. Pelajar diminta menulis lima ayat(bagi pelajar lemah), 8 ayat(bagi pelajar sederhana) dan 10 ayat bagi pelajar (baik).
4. Guru meminta pelajar menyampaikan sinposis yang ditulis
5. Guru mengemukakan beberapa soalan kefahaman secara lisan berdasarkan novel untuk menilai sejauh mana pelajar dapat memproses maklumat.
6. Guru mengemukakan satu soalan kritis kepada pelajar, contoh: Sekiranya anda sebagai Julia, sanggupkah anda menerima tanggung jawab memajukan syarikat BMPro? Beri alasan.
7. Guru juga boleh menayangkan buat pertama kalinya babak tertentu dan meminta pelajar menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya. Semua jawapan disenaraikan di papan putih, dan guru meneruskan tayangan agar pelajar dapat membandingkan dengan jawapan yang telah mereka kemukakan.
8. Guru membuat penilaian dan refleksi.

Kesimpulan :

Objektif yang kedua ini boleh dicapai tetapi memerlukan latihan yang berulang- ulang dalam tempoh tertentu dan para guru mengalami kesukaran akibat kekangan masa dan banyak lagi kemahiran berbahasa yang perlu diajar kepada pelajar. Kelemahan pelajar untuk bertutur dengan struktur ayat yang betul juga menyukarkan objektif ini tercapai memandangkan mereka masih belum menguasai kemahiran bertutur ditambah dengan sikap pelajar yang kurang berminat untuk mencuba walaupun telah diberi galakan oleh guru.


2.1.3 Objektif Sukatan pelajaran yang ketiga ialah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan. Hasil pembelajaran utama yang berkaitan dengan objektif ini pelajar boleh memproses maklumat seperti 8.1 menyaring maklumat mengikut klasifikasi, 8.2 menyusun maklumat mengikut keutamaan, 9.1 menggunakan kata, istilah, frasa, rangkai kata, peribahasa, dan ayat yang tepat serta indah untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif.

Cadangan aktiviti :

1. Guru mempertontonkan video pidato dan meminta pelajar mendengar dengan teliti
2. Guru mempertontonkan video pidato sekali lagi dan meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting .
3. Guru mengedarkan borang format pidato dan meminta pelajar mengisi maklumat di dalam borang pidato mengikut keutamaan isi dengan bimbingan guru.
4. Guru mengedarkan teks pidato mengikut urutan isi kepada pelajar dan meminta pelajar menyampaikan pidato dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
Betul bagi setiap satu isi. Pelajar yang lain mendengar dan diberi peluang membuat kritikan membina terhadap penyampaian rakan .
5. Guru berbincang dengan pelajar untuk memberi peluang mereka memberikan pendapat .
6. Guru membuat penilaian dan peneguhan.


Kesimpulan : Bagi mencapai objektif ketiga ini, pelajar 5M perlu dibimbing sepenuhnya oleh guru. Berdasarkan petikan pidato, mereka menyenaraikan isi-isi penting dengan bimbingan guru kerana terlalu banyak kosa kata yang tidak difahami dalam teks tersebut. Hal ini menyukarkan pelajar untuk menjawab soalan kefahaman mahupun memberikan pendapat secara kritis. Semua aktiviti dibimbing oleh guru sepenuhnya.

Berdasarkan tiga daripada tujuh objektif Sukatan Pelajaran bahasa Melayu Sekolah Menengah yang dipilih, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa semua objektif dapat dicapai tetapi bergantung kepada kemampuan guru dan kepelbagaian pencapaian pelajar terutamanya dalam menguasai kemahiran berbahasa seperti membaca, menulis dan bertutur. Pada akhir tahun pelajar berada di tingkatan 5, adalah diharapkan pelajar dapat:

a. memproses maklumat secara kritis daripada pelabagi sumber yang didengar,
ditonton atau yang dibaca dan dipelajari.
b. menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian seta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan mahupun lisan.
c. melahirkan idea, pendapat dan menjana minda dengan penghasilan tulisan kreatif atau melibatkan diri dalam arena kesusasteraan sebagai penulis cerpen, novel atau penulisan ilmiah.
d. menghayati dan mengamalkan nilai murni, berfikiran positif , menyemaikan semangat patriotik dalam diri melalui bahan-bahan sastera ataupun bahan bantu mengajar yang diplih oleh guru bersesuaian dengan tahap pelajar .

Adalah diharapkan, objektif ini dapat dicapai oleh semua pelajar untuk meneruskan kehidupan sebagai warganegara yang berilmu dalam semua bidang berteraskan kemahiran berbahasa Melayu yang lengkap sebagai bahasa ilmu dan pembentuk sahsiah diri selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara


TUGASAN 3. (6 Mac 2009/21 Mac 2009)

Huraikan isu mengenai pengujian karangan, kefahaman, rumusan, tatabahasa, peribahasa dan komsas sebagai yang diajarkan di sekolah anda. Buat satu huraian bagi satu jenis topik ini. Gunakan contoh dalam pengajaran anda sendiri.

1.0 Pendahuluan
Karangan merupakan satu aktiviti penulisan dalam komponen mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah menengah atau sekolah rendah . Aktiviti yang dirancang dan dijalankan boleh meliputi aspek kemahiran bahasa yang bertujuan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran berbahasa yang telah ada. Aktiviti penulisan di peringkat sekolah menengah atas ialah untuk menilai penggunaan bahan rangsangan dalam penulisan dan pengajaran penulisan karangan. Menurut Isahak Haron (1979) , kemahiran menulis(karangan) adalah mustahak dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lainnya disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang sifat bahasanya adalah formal. Asmah Hj. Omar(1970) pula berpendapat bahawa penggunaan bahasa secara formal sama ada bahasa lisan mahupun bahasa tulisan adalah bahasa standard.
Karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan yang terhad dan masa yang ditetapkan oleh guru. Secara tidak langsung pelajar diberikan kebebasan melahirkan idea, komen, pendapat, cadangan ataupun ulasan ketika menjawab karangan. Dari aspek yang lain pula, fikiran mereka dikawal oleh tajuk atau topik karangan yang telah disediakan oleh guru.
Kesimpulannya, karangan ialah latihan melahirkan fikiran, perasaan dan idea secara bebas tetapi dikawal oleh arahan, peraturan dan tajuk karangan yang disediakan mengikut dimensi diri, masyarakat atau keluarga, kerajaan, antarabangsa, penulisan kreatif dan juga soalan rangsangan.

2.0 Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Karangan di peringkat SPM (pelajar tingkatan 4 dan 5)
2.1 Memberi peluang kepada murid-murid melahirkan fikiran, pendapat, komen, perasaan dan idea secara bebas berdasarkan tajuk yang disediakan.
2.2 Melatih pelajar menggunakan kebebasan berfikir dan melahirkan perasaan dalam peraturan yang ditetapkan terutamanya bagi jenis karangan berformat seperti karangan berita, syarahan, uacapan, surat kiriman dan sebagainya . Jenis karangan berformat ini mempunyai peraturan tersendiri dari segi pendahuluan, panggilan kehormat, huraian isi ataupun penutup.
2.3 Aktiviti menulis karangan memberi peluang kepada pelajar melahirkan perasaan dan buah fikiran secara bertulis dengan menggunakan struktur ayat dan perkataan yang tepat.
2.4 Mengasah bakat kreatif pelajar


3.0 Isu Pengujian Karangan Berasaskan Sekolah.

3.1 Sejauh manakah guru-guru bahasa Melayu di sekolah membina item soalan karangan berasaskan lokasi, situasi dan pelajar?

Sebelum membina item soalan, guru perlu memberi perhatian kepada situasi tempat tinggal dan lokasi sekolah tempat pelajar belajar. Oleh itu, soalan yang dibina memberi peluang pelajar melahirkan idea berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Sebagai contoh :

a. Bandar
Contoh soalan :
Kes keracunan makanan telah berlaku di sekolah anda. Sebagai wartawan majalah sekolah, anda diminta untuk menulis berita tentang kes tersebut. Tulis berita tentang kes keracunan di sekolah anda.

b. Luar Bandar
Contoh soalan :
Kes keracunan makanan sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk mengatasi kes keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Tulis karangan anda selengkapnya.

Berdasarkan soalan (a) -
Soalan dibina bersesuaian dengan lokasi pelajar yang tinggal di bandar kerana pelajar-pelajar berpeluang mencari maklumat daripada pelbagai sumber yang ada di sekeliling mereka . Bertepatan dengan kemajuan teknologi maklumat, pelajar-pelajar di bandar boleh mengakses maklumat dengan melayari internet sama ada di rumah, di sekolah dan juga di siber kafe. Selain itu, mereka juga boleh merujuk pelbagai jenis bahan bacaan di pusat sumber sekolah atau pun di pusat sumber awam. Kemudahan-kemudahan ini memberi peluang kepada mereka mengumpulkan idea untuk menghasilkan sebuah karangan yang baik.
Selain itu, pengalaman sedia ada pelajar yang sering makan di luar sama ada memilih restoran makanan segera, gerai-gerai di tepi jalan mahupun di restoran mamak kerana kekangan masa dalam jadual seharian mereka. Ibu-ibu yang sibuk bekerja juga lebih cenderung membeli makanan di gerai-gerai atau restoran sebagai hidangan ahli keluarga. Situasi sebegini memberi peluang mereka terdedah kepada masalah keracunan makanan.
Pelajar di bandar juga mempunyai semangat berlumba-lumba dan bertukar-tukar idea untuk memantapkan kemahiran penulisan karangan masing-masing. Pelajar turut didedahkan dengan format karangan berita dan boleh menyampaikan isi /skop yang dipilih dalam bentuk penyampaian berita.

Soalan (b)
Disediakan untuk pelajar di luar bandar kerana situasi mereka ini amat berbeza dengan pelajar-pelajar di luar bandar. Pelajar-pelajar luar bandar hanya bergantung penuh kepada pusat sumber sekolah untuk mendapatkan maklumat berdasarkan bahan bacaan yang disediakan. Mereka juga tidak berpeluang melayari internet kerana kemudahan tersebut tidak terdapat di semua sekolah. Kemampuan ekonomi keluarga masyarakat luar bandar pada tahap sederhana dan tidak memungkinkan mereka dapat memiliki komputer atau membeli bahan bacaan sama ada buku rujukan, surat khabar ataupun majalah ilmiah. Pelajar di luar bandar juga kurang pendedahan terhadap kes keracunan makanan kerana kebanyakannya membawa bekal ke sekolah ataupun kurang makan di luar bersama keluarga. Mereka lebih selesa makan di rumah yang sudah pasti kebersihan makanan yang disediakan terjamin.

Kesimpulannya, guru-guru mesti menerima idea-idea pelajar berasaskan lokasi/situasi, pengalaman sedia ada dan kreativiti mereka. Isi karangan yang relevan boleh diberikan markah dan guru tidak sepatutnya terikat dengan skema pemarkahan semata-mata .


3.2 Rancangan Mengajar Harian (Tingkatan 4B)

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh: 21 Febuari 2009
Masa : 8.50-10.10 pagi
Tajuk : Kes keracunan makanan sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda bagaimanakah cara untuk mengatasi kes keracunan makanan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Tulis karangan anda selengkapnya.

Objektif : i. Murid dapat menghuraikan salah satu isi karangan dengan ayat yang gramatis.
ii. Murid dapat menulis karangan berdasarkan isi-isi penting yang dibincangkan.

Fokus Utama : 2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan.
Fokus sampingan : 2.1 mencetuskan idea yang bernas semasa memberikan pendapat dalam
perbincangan.
2.4 mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan

Aktiviti :
- Pelajar berbicang dalam kumpulan untuk membuat peta minda berdasarkan soalan.
- Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
- Sesi sumbangsaran untuk memurnikan isi-isi penting yang dapat dikumpulkan
- Pelajar menghuraikan isi penting dengan ayat yang gramatis mengikut formula penulisan (4w1H atau AT/AC/AH/ACD/AK)
- Pelajar menulis karangan dengan bimbingan guru.
- Penilaian

Sistem Bahasa : Sintaksis , Penanda Wacana
Pengisian Kurikulum : Nilai murni – menjaga kebersihan diri dan persekitaran.
Alat penilaian : Skema pemarkahan mengikut gred.

Rancangan Mengajar

Langkah(masa)
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan

Induksi Set
(5 minit)
Guru menayangkan beberapa keratan akhbar berkaitan keracunan makanan
Pelajar bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat daripada tayangan tersebut
Guru menjelaskan punca berlakunya kes keracunan makanan

Keratan akhbar : punca keracunan makanan

Langkah 1
(10 minit)
Perbicangan kumpulan:
cara untuk mengatasi kes keracunan makanan

Pelajar berbincang dalam kumpulan dan membuat peta minda.

Membuat peta minda menggunakan kertas mahjong

Langkah 2
(20 minit)

Pembentangan hasil perbincangan.

Frasa yang dicadangkan:

Saya cadangkan….
Pada pendapat saya……
Adalah lebih baik…..
sekiranya…….
Masalah ini boleh diatasi……

Guru membuat penilaian(lisan) terhadap wakil kumpulan yang membuat pembentangan.




Guru memberikan gred kepada isi yang dikemukakan oleh ahli kumpulan.
Pelajar lain mencatat maklumat daripada hasil pembentangan kumpulan lain.
Model skala kadar 5 peringkat
-cemerlang
-baik
-sederhana baik
-sederhana lemah
-lemah





Murid mencacat isi-isi penting dalam buku nota karangan mengikut formula yang dipilih.

Langkah 3
(15 minit )
Cara mengatasi kes keracunan makanan:
i. Individu
ii. Keluarga
iii. Masyarakat
iv. Kerajaan
Pelajar diberi masa untuk memilih satu daripada empat isi utama dan menulis huraian isi berdasarkan ayat topik, ayat huraian dan ayat contoh , ayat cadangan dan ayat kesimpulan.


Pelajar memilih satu daripada empat isi utama

Langkah 4
(25 minit)


Cara mengatasi kes keracunan makanan:
Pembinaan perenggan mengikut isi yang disenaraikan menggunakan formula :
Ayat topik (AT)
Ayat contoh(AC)
Ayat huraian(AH)
Ayat cadangan(ACD)
Ayat kesimpulan (AK)


Beberapa orang murid dipilih untuk menayangkan huraian isi penting yang ditulis.
Guru membantu pelajar membuat analisa bagi setiap huraian isi berdasarkan formula.
Guru membuat penilaian.


Unsur AT dan AK hanya ada satu sahaja. AC, AH dan ACD boleh melebihi satu ayat dan susunannya boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian pengolahan idea/isi.


Penutup
( 5 minit )
Nilai murni :
menjaga kebersihan
bekerjasama dalam satu kumpulan.
Latihan menulis karangan berdasarkan tajuk yang telah dibincangkan.
Guru membuat rumusan/peneguhan tentang kes keracunan yang melibatkan pelajar sekolah pada masa kini .




Latihan menulis karangan di rumah.

2. Model skala kadar 5 peringkat (penilaian lisan)

Peringkat
Penerangan tentang ciri-ciri pertuturan

1. Cemerlang
Dapat bertutur dan berhubung dengan lancar , menarik dan berkesan
Tiada kesalahan tatabahasa dan tidak melakukan kesalahan ayat,
sebutan dan intonasi jelas.

2. Baik
Dapat bertutur dengan baik, kadangkala teragak-agak dalam menyampaikan idea tetapi masih berkesan
Melakukan kesalahan kecil seperti penggunaan imbuhan yang kurang tepat dan melakukan sedikit kesalahan ayat.
Sebutan dan intonasi jelas.

3. Sederhana baik
Dapat bertutur dengan baik tetapi kadang kala terhenti-henti sewaktu bertutur , mengulang-ngulang perkataan dan masih berkesan.
Melakukan beberapa kesalahan imbuhan, ketepatan perkataan dan kesalahan ayat yang agak ketara.
Sebutan dan intonasi masih jelas.

4. Sederhana lemah
Bertutur dengan bantuan rakan, banyak melakukan kesalahan dan kadang-kadang pertuturan sukar difahami. Adakalanya boleh memberi idea yang baik.
Melakukan kesalahan imbuhan yang ketara, penggunaan kata yang kurang tepat dan banyak melakukan kesalahan ayat.
Sebutan dan intonasi kurang jelas.

5. Lemah
Interaksi kerap terputus, soalan terpaksa diulang banyak kali dan dipermudahkan. Jawapan kadangkala tidak tepat dan sukar difahami.
Melakukan kesalahan imbuhan yang amat ketara, penggunaan kata kurang tepat dan tidak dapat membina ayat yang tepat untuk menyampaikan maksud.
Sebutan dan intonasi tidak jelas.


Contoh pengolahan isi:
Bagi menunjukkan pengolahan idea/berdasarkan formula (AT, AC, AH, ACD, dan AK), skop perbincangan yang dicadangkan bagi tugasan : langkah menangani keracunan makanan melibatkan pelajar sekolah ialah skop individu, ibu bapa/keluarga/ masayarakat dan kerajaan.
a ) Skop perbincangan - Masyarakat
Ayat Topik : Tindakan memulau makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh
Masyarakat
Ayat contoh : Masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak
mementingkan kebersihan.
Ayat contoh : masyarakat hendaklah membeli makanan yang bersih yang dijual di kedai-kedai lain yang bersih.
Ayat contoh : Persatuan pengguna boleh memakanainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini.
Ayat huraian : Penjual yang mengabaikan kebersihan akan berasa takut.
Ayat huraian : Penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri.
Ayat Kesimpulan : Kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Ayat- ayat yang dibina berdasarkan formula ini hendaklah ditautkan dengan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai seperti contoh berikut :
Ayat Topik : Tindakan memulau makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh
Masyarakat
Ayat contoh : Misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan.
Ayat contoh : Selain itu, masyarakat hendaklah membeli makanan yang bersih yang dijual di kedai-kedai lain yang bersih.
Ayat contoh : Sehubungan itu, persatuan pengguna boleh memakanainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini.
Ayat huraian : Oleh itu, penjual yang mengabaikan kebersihan akan berasa takut.
Ayat huraian : dan penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri.
Ayat Kesimpulan : Oleh yang demikian, kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan.



Perenggan penuh bagi huraian skop masyarakat di atas ialah;
Tindakan memulau makanan yang tercemar hendaklah dilakukan oleh masyarakat
misalnya, masyarakat tidak membeli makanan yang dijual oleh penjual yang tidak mementingkan kebersihan. Selain itu, masyarakat hendaklah membeli makanan yang bersih yang dijual di kedai-kedai lain yang bersih. Sehubungan itu, persatuan pengguna boleh memakanainkan peranan dalam tindakan pemulauan ini.
Oleh itu, penjual yang mengabaikan kebersihan akan berasa takut dan penjual akan memberikan perhatian tentang aspek kebersihan gerai, makanan dan diri. Oleh yang demikian, kes keracunan makanan yang sering berlaku dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Rujukan : Berita Harian: SKOR (bilangan 372, 11-17 Februari 2009)
Saya berminat menggunakan sisipan Berita Harian SKOR sebagai panduan untuk mengajar karangan, rumusan, pemahaman dan tatabahasa di sekolah kerana maklumat yang dibekalkan lebih terkini dan lebih fokus kepada kecemerlangan SPM. Pelajar-pelajar juga boleh membina ayat mengikut contoh dan akhirnya dapat menulis karangan dengan lebih baik dan lebih berkeyakinan menghuraikan idea. Hal ini merupakan objektif jangka panjang agar pelajar dapat melahirkan idea dan boleh menilai mutu karangan masing-masing. Pelajar juga berusaha tidak melakukan kesalahan tatabahasa semasa menulis karangan.

3.2 Isu Pemarkahan Karangan
Sehingga hari ini “ujian menulis karangan” adalah merupakan teknik yang popular bagi mengukur kemahiran pelajar menulis dalam sesuatu bahasa, termasuk bahasa Melayu. Hal ini kerana melalui penulisan karangan, guru-guru dapat menguji dan mengukur kebolehan pelajar menyusun buah fikiran dan pendapat serta melahirkannya dengan menggunakan perkataan, gaya dan bahasa sendiri dalam bentuk komunikasi tulisan. Sekiranya pelajar banyak membaca pelbagai bahan bacaan tambahan ilmiah, sudah pasti mereka mempunyai contoh ayat untuk menghuraikan isi dengan lebih baik.
Isu Pemarkahan karangan di sekolah ialah guru-guru bahasa Melayu di sekolah menggunakan kaedah tanggapan atau holistik berpandukan kriteria yang ditetapkan kerana lebih mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Hanya guru yang mengetahui kelemahan pelajar sedangkan pelajar hanya diberi markah tanpa mengetahui kesalahan isi yang dikemukakan atau kesalahan dari segi tatabahasa iaitu stuktur ayat, ejaan, imbuhan, kosa kata dan tanda baca. Kaedah ini dianggap mempunyai kelemahan kerana pengukuran dan penilaian yang dilakukan oleh seseorang pemeriksa itu mungkin bercorak sangat subjektif walau bagaimanapun para guru masih berpandukan kepada skema yang ditetapkan. Heaton(1979:136) menegaskan bahawa “Impression marks must be based on impression only, and the whole object is defeated if examiners start to reconsider marks and analyse composition.’ Ada juga pemeriksa berpendapat bahawa jika pemarkahan dijalankan di antara satu hingga dua jam secara berterusan, ini akan dapat menjamin ketekalan. Walaupun hipotesis ini belum lagi disokong oleh bukti-bukti penyelidikan, namun guru-guru yang menggunakan kaedah ini menunjukkan bahawa pemeriksaan dalam jangka masa yang panjang menghasilkan markah yang lebih tekal dan lebih boleh dipercayai jika dibandingkan dengan jangka masa yang pendek.
Skema yang dicadangkan ialah:
cemerlang (80 -100 markah),
baik (65-79 markah),
kepujian (55 – 64 markah),
lemah (40 – 54 markah) dan
sangat lemah (00 – 39 markah) ataupun tidak menguasai kemahiran menulis.

Contoh penskoran cemerlang ( 80 – 100 markah )

a. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
b. Penggunaan pelbagai jenis ayat yang majmuk dan gramatis
c. Laras bahasa sesuai dengan usia calon yang berusia 16 dan 17 tahun
d. Calon menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
e. Idea yang sesuai mengikut tugasan yang diberi, dihuraikan dengan jelas dan matang dan disertakan dengan contoh yang bersesuaian.
f. Pengolahan yang menarik dan berkesan serta pemerengganan yang seimbang.
g. Calon menggunakan wacana yang betul dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.
h. Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
i. Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, hadis atau frasa yang menarik.

Oleh itu, sebagai guru bahasa Melayu di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan pelajarnya bukan bumiputera/Melayu , agak sukar untuk menjuruskan pelajar kearah penulisan karangan yang berkualiti mengikut penskoran cemerlang. Adalah lebih baik jika guru-guru menggunakan kaedah pemeriksaan karangan secara analisis di peringkat sekolah untuk memudahkan pelajar mengesan kelemahan mereka. Selain itu, menurut Abdul Aziz Talib (1996:171) pemarkahan secara analisis dapat membantu guru untuk tujuan diagnostik dan pemulihan aspek tertentu dalam kemahiran mengarang .
Walau bagaimanapun guru-guru tetap berusaha membantu mengatasi kelemahan pelajar terutama pelajar sederhana dan lemah. Pada tahun ini, SMK Ayer Tawar telah mencapai keputusan Bahasa Melayu SPM(2008) 67.23 peratus lulus berbanding keputusan tahun 2001 (72.23 peratus) . Walaupun berlaku penurunan sebanyak 5 peratus, namun 32 orang pelajar telah mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar di sekolah ini mampu mencapai tahap penskoran cemerlang .
Adalah diharapkan objektif jangka panjang pembelajaran karangan dapat dicapai oleh pelajar yang cemerlang dengan mendapat pekerjaan yang baik sebagai penulis buku, penterjemah, pengulas atau pengkritik yang celik akal budinya dan boleh mendapat pendapatan yang lumayan hasil daripada kebolehan menulis. Pelajar juga diharapkan dapat menulis surat rasmi untuk membuat permohonan, aduan mahupun cadangan kepada pihak tertentu apabila diperlukan dan dapat meyakinkan pihak lain semasa proses temuduga atau perbincangan. Pembinaan modal insan dalam diri pelajar akan terus subur dengan penerapaan nilai-nilai murni daripada bahan-bahan yang telah diajarkan guru untuk memacu kehidupaan pelajar sebagai warga Negara Malaysia yang berketerampilan.

3.3 Isu Pengujian Peribahasa
Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Peribahasa bahasa Melayu terdiri daripada simpulan bahasa, bidalan,pepatah, perbilangan, perumpamaan, dan kata-kata hikmah.
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Sebagai contoh; anak emas yang bermaksud anak yang paling disayangi, kaki ayam pula bermaksud tidak memakai alas kaki. Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan pengajaran. Contoh bidalan seperti bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar bermaksud berhati-hati bila bercakap agar tidak terbocor rahsia.
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Sebagai contoh, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau bermaksud orang yang baik akan memberi manfaat kepada orang lain walau di mana berada, diam besi berkarat bermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh. Perbilangan adat, banyak pengertian yang ditafsirkan, antaranya teromba, undang-undang yang tetap dan kata-kata adat. Menurut Aripin Said (1996), perbilangan adat adalah sebagai gundalan adat, iaitu ikatan puisi yang menyatakan adat lembaga atau asal usul adat lembaga khususnya terdapat dalam kalangan mereka yang memakai Adat Pepatih. Secara ringkasnya, perbilangan adat merupakan susunan adat dalam bentuk puisi (puisi adat) yang mencerita dan menerangkan sesuatu dan berasal daripada masyarakat Melayu Minangkabau (adat/peraturan). Perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan apa-apa yang ada di sekeliling kita. Perumpamaan menggunakan perkataan bagai, laksana, dan seperti. Sebagai contoh; bagai belut pulang ke lumpur yang bermaksud orang yang merantau akhirnya kembali ke kampung halamannya, seperti katak bawah tempurung bermaksud orang yang tidak berusaha menambah maklumat. Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan dan boleh membina minda.

Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai pengawal sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan. Misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi “takkanlah perigi yang mencari timba”. Dalam konteks lain pula, seorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, “malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut”.

Menurut Za'aba lagi, terhasilnya simpulan bahasa adalah dengan berdasarkan empat perkara iaitu:
(a)Daripada perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur.
Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang dan sebagainya.
(b)Daripada benda atau kejadian yang berlaku di sekelilingnya.
Contoh: mandi kerbau, mata duitan, kutu embun dan sebagainya.
(c)Daripada kepercayaan orang ramai
Contoh: harimau berantai, buruk siku, dimakan bulan dan sebagainya.
(d)Daripada kebiasaan atau resaman bahasa.
Contoh: ada hati, gila bahasa, beri muka dan sebagainya.

Isu pertama yang timbul dalam pengujian peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu ialah adakah guru mengajarkan kemahiran berkreativiti kepada pelajar iaitu adakah bentuk soalan peribahasa memberi peluang kepada pelajar untuk membina peribahasa yang baru?
Isu ini ditimbulkan kerana format peperiksaan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia terutamanya bagi penyoalan peribahasa hanya memerlukan murid memberi maksud peribahasa, mengemukakan peribahasa yang sesuai untuk situasi tertentu, mengisi tempat-tempat kosong dengan peribahasa yang betul, dan membina ayat dengan menggunakan peribahasa yang diberi. Keperluan menjawab penyoalan ini hanya memerlukan murid menghafal, mengingat, dan mengemukakan semula peribahasa yang sedia ada. Oleh itu,dalam proses pengajaran dan pembelajaran tumpuan guru hanya kepada peribahasa-peribahasa yang terdapat dalam buku teks ataupun yang terdapat dalam buku himpunan peribahasa yang terdapat di pasaran. Guru hanya memberi maklumat kepada murid tentang peribahasa yang diajarkan dan murid berperanan untuk menghafal dan mengingat peribahasa yang diberi. Murid tidak diberi peluang untuk membina dan membentuk peribahasa sendiri berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka masa ini dan murid-murid diminta untuk menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Isu yang kedua ialah pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah tidak dapat memenuhi matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh murid. Keadaan ini berlaku apabila kemahiran berbahasa dengan menggunakan peribahasa tidak dapat menentukan masa depan murid. Murid tidak dapat melihat dan memahami apakah keperluan sebenar mereka mempelajari peribahasa kerana tiada perkaitan yang nyata antara peribahasa dan peluang pekerjaan yang mereka pilih pada masa depan. Contohnya, seorang murid yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor tidak dapat menjangkakan dan mengaitkan dalam pemikiran mereka tentang hubungan peribahasa yang dipelajari dengan kerjaya sebagai seorang doktor yangmemerlukan mereka memberi tumpuan kepada mata pelajaran sains yang lebih bersifat praktikal. Oleh itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru perlu mengaitkan kepentingan pengajaran peribahasa kepada murid iaitu dengan menggalakkan murid menggunakan peribahasa yang bersesuaian dalam pertuturan seharian dalam konteks yang bersesuaian. Murid-murid perlu diajar pola-pola untuk membuat peribahasa dan soalan-soalan peribahasa yang disediakan seharusnya tidak hanya mencapah kepada peribahasa yang sedia ada.


Isu ketiga ialah adakah pengajaran peribahasa di dalam bilik darjah mampu menunjukkan perkembangan murid dari semasa ke semasa? Isu ini timbul apabila murid-murid diajarkan dengan peribahasa-peribahasa yang mempunyai laras bahasa yang tinggi dan tidak bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka. Contohnya, murid tahun satu telah diajarkan simpulan bahasa ada hati. Berdasarkan pemahaman sedia ada mereka, setiap manusia mestilah mempunyai hati tetapi maksud sebenar bagi simpulan bahasa ini ialah mempunyai perasaan kasih dan sayang terhadap orang lain. Oleh itu seharusnya guru mengajarkan peribahasa yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka dan kesesuaian persekitaran mereka sama ada kanak-kanak, remaja, ataupun dewasa. Bentuk ujian peribahasa yang dikemukakan tidak harus tertumpu kepada soalan ujian yang mudah dimarkah, dan objektif dari segi pemarkahan. Soalan peribahasa yang dikemukakan oleh guru seharusnya boleh menguji daya kreativiti dan sebagai hasil sampingan penikmatan mereka terhadap peribahasa
Isu keempat dalam pengujian peribahasa dalam pengajaran bahasa Melayu ialah adakah guru mengajarkan kemahiran berkreativiti kepada murid-muridnya? Isu ditimbulkan kerana format peperiksaan yang dikemukakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia terutamanya bagi penyoalan peribahasa peringkat SPM( Bahasa Melayu Kertas 2 , soalan pengetahuan bahasa bahagian 3e (6 markah)mengemukakan beberapa jenis soalan iaitu :
a. mengemukakan tigabahasa peribahasa yang sesuai dengan satu
perenggan cerita pendek/situasi tertentu,
b. membina ayat dengan menggunakan peribahasa yang diberi.
c. Mengisi tempat kosong (kloz) dengan peribahasa yang sesuai di dalam satu
Perenggan cerita pendek/situasi tertentu
d. Memberikan peribahasa yang sesuai dengan konteks ayat yang diberi.

Isu yang cuba dibangkitkan ialah kewajaran menilai pengetahuan peribahasa pelajar di peringkat SPM setelah berbagai-bagai peribahasa dipelajari tetapi mereka hanya dinilai dengan tiga soalan sahaja. Pelajar dikehendaki mengemukakan peribahasa yang sesuai mengikut konteks ayat dan markah penuhnya hanya 6. Oleh itu pembinaan modal insan kreatif sepertinya tidak berlaku sedangkan dalam kehidupan seharian pelajar, mereka banyak terdedah dengan pelbagai peribahasa baharu tanpa mereka sedari. Alangkah baiknya jika pelajar terus diberi peluang mencipta peribahasa yang sesuai mengikut zamannya.

Contoh 1 : Pola -Mat Jenin
Dapatan : mat kelentung (orang yang suka menipu)
Mat terap (penunggang motosikal yang meniarap di atas motornya.
Mat gian ( penagih dadah)

Contoh 2: Pola - Kaki bangku(orang yang tidak tahu bermain bola)
Dapatan : kaki dangdut ( orang yang suka berjoget dangdut)
Kaki lepak (orang yang suka menghabiskan masa di sesuatu tempat)

Contoh 3 : Pola - Seperti layang-layang terputus talinya
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana- mana sahaja
Seperti gadis mendapat kunci( gadis yang telah mendapat kebebasan daripada penjaga)

Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan jualan buku peribahasa moden tetapi janggal didengar dan dianggap peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan keindahan dan kesantunan bahasa. Hal ini kerana sesetengah daripadanya hanya dicipta mengikut situasi semasa tanpa sebarang penyeliaan oleh golongan sasterawan atau budayawan.

Walau bagaimanapun, penekanan kepada visi `Thinking Schools,Learning Nation’, guru yang mengajar bahasa Melayu perlu membuat rombakan dan semakan semula dalam Rancangan Pelajaran dan kaedah mengajar supaya tidak ketinggalan dalam dunia ledakan informasi. Pendekatan yang dilakukan oleh guru dalam pengajaran peribahasa mestilah memberi penekanan terhadap pembelajaran sepanjang hayat yang mampu membuatkan pelajarmampu berdikari, berinovasi, produktif untuk mempersiapkan diri mereka menempuh cabaran abad ke-21 ini.


Isu Pembelajaran peribahasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Tawar : 1.Sejauhmanakah penggunaan peribahasa ini dalam kehidupan para pelajar ?
2. Adakah dengan berjaya menjawab soalan peribahasa dalam bahagian kemahiran bahasa (Soalan 3e di peringkat SPM) pelajar dikira telah menguasai kemahiran ini ?

Majoriti pelajar di sekolah ini berbangsa Cina dan belajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Situasi sebegini memerlukan keupayaan guru untuk membuka minda mereka tentang keindahan bahasa dan kesantunan masyarakat Melayu menggunakan peribahasa dalam kehidupan mereka. Adalah sesuatu yang amat sukar bagi pelajar untuk menghafal lebih kurang lima puluh dua peribahasa yang terkandung dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan 5. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5, penggubalan soalan latihan harian, ujian bulanan dan peperiksaan dalaman berkaitaan aspek peribahasa mesti berpandukan kepada 52 peribahasa tersebut. Oleh itu , bentuk soalan ujian peribahasa yang dikemukakan tidak harus tertumpu kepada soalan ujian yang mudah mendapat markah, dan sebaik-baiknya soalan peribahasa tersebut boleh menguji daya kreativiti pelajar dan sebagai hasil sampingan penikmatan mereka terhadap peribahasa. Saya berasa amat bangga dan gembira sekiranya pelajar dapat mengingat semua peribahasa tersebut beserta maksudnya dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka.


3.4 Isu Pengujian Rumusan
Kemahiran merumus karangan perlu dikuasai oleh pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk menjawab soalan rumusan (30 markah) dalam peperiksaan SPM kertas 2. Teks yang digunakan untuk tujuan ini mestilah diambil daripada artikel di dalam majalah ilmiah ataupun akhbar meliputi isu-isu yang berlaku di negara kita dan relevan dengan keupayaan pengetahuan pelajar. Petikan “bahan mentah” tersebut perlu diedit menjadi satu petikan yang mengandungi lebih kurang 250 patah kata. Berdasarkan teks rumusan, pelajar akan diuji untuk mencari atau meyenaraikan sekurang-kurangnya 6 isi tersurat mengikut arahan soalan (faedah aktiviti kokurikulum) dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 isi tersurat ( apakah kekangan terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ?) yang mesti lahir daripada idea pelajar dan tidak terdapat dalam petikan. Pelajar juga mesti menulis pendahuluan dan penutup rumusan mengikut format yang diajarkan kepada mereka. Sebagai contoh:
1. Pendahuluan : Petikan ini membincangkan kebaikan aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan di sekolah. (2 markah )
Ulasan: Pelajar perlu menukar beberapa kata kunci (faedah – kebaikan) pada soalan dan (aktiviti kokurikulum – aktiviti diluar bilik darjah) di sekolah
(menunjukkan tempat).

2. Penutup : a. Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjsama menjayakan aktiviti kokurikulum di sekolah demi kecemerlangan diri para pelajar.

b. Kesimpulannya, semua pelajar mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum agar dapat membina keyakinan diri yang lebih cemerlang.

Ulasan : Penutup mesti ditulis mengikut format seperti 2 contoh di atas untuk mendapat
2 Markah.

Isu yang perlu diberi perhatian ialah :
1. Terdapat pelajar yang tidak dapat memahami arahan soalan dan tidak tahu mencari isi penting atau isi tersurat.
2. Pelajar tidak dapat menyenaraikan isi penting daripada keseluruhan teks terutamanya bagi pelajar tahap kemahiran bacaan yang sederhana dan lemah. Keadaan yang berlaku ialah pelajar hanya menyalin semula petikan perenggan demi perenggan tanpa menulis isi tersurat ataupun tersirat.
3. Pelajar tidak dapat menulis pendahuluan, isi tersurat apatah lagi isi tersirat dan penutup berdasarkan petikan bagi mereka yang belum menguasai kemahiran membaca.
4. Pelajar tidak dapat mengemukakan sekurang-kurangnya dua isi tersirat berdasarkan petikan. Pada kebiasaannya, isi tersirat adalah sama dengan objektif sesuatu penulisan, adalah menjadi kesukaran untuk pelajar menentukan dua objektif bagi sesuatu penulisan atau petikan rumusan yang diberi.

Contoh Soalan Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah aktiviti kokurikulum dan kekangan pelaksanaannya di sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Cadangan untuk meminda syarat kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dengan menetapkan markah tambahan 10 peratus kegiatan kokurikulum di samping pencapaian akademik mulai tahun 2006 yang diumumkan oleh kerajaan memperlihatkan betapa aktiviti kokurikulum sangat signifikan bagi setiap pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Malah aspek kokurikulum juga diambil kira kepada calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh. Manfaat daripada cadangan ini dapat mewujudkan keseimbangan antara perkembangan akademik dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pelengkap bagi kurikulum di sekolah. Interaksi dan integrasi dalam kalangan pelajar sekolah dapat diwujudkan dan diperkukuhkan melalui aktiviti-aktiviti luar bilik darjah. Para pelajar bergaul sesama mereka tanpa mengira perbezaan umur, bangsa dan agama. Oleh itu, mereka dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
Kegiatan kokurikulum ini juga diharapkan dapat meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif. Pelajar dikehendaki mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan dalam persatuan, kelab atau badan beruniform yang mereka anggotai seperti peraturan berpakaian, waktu perjumpaan dan sebagainya. Para pelajar juga dapat mengembangkan bakat dan kemahiran dalam aktiviti kokurikulum yang diceburi. Ramai atlet negara yang lahir hasil daripada penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum di sekolah. Bakat dan kemahiran mereka mula dikesan di peringkat sekolah dan seterusnya diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Para pelajar merupakan modal insan yang ingin dibangunkan sebagai generasi yang akan menggantikan barisan pemimpin masa kini. Kita tidak mahu generasi muda ini hanya menjadi ulat buku sahaja. Ilmu yang dipelajari di dalam bilik darjah perlu diperkukuhkan melalui penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Kegiatan luar bilik darjah dapat mengisi masa lapang pelajar dengan perkara-perkara yang berfaedah dan menggembirakan. Antaranya mereka dapat berkhemah, mendaki gunung, kembara, berenang dan sebagainya. Tahap kesihatan dan kecergasan diri pelajar juga dapat ditingkatkan. Hal ini dapat menghindarkan penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat. Impaknya suasana sekolah menjadi lebih menarik.
Secara tuntasnya, berdasarkan idealisme kokurikulum sekolah yang hendak dicapai, ternyata sistem pendidikan negara mampu melahirkan insan yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang tinggi dan ketrampilan peribadi yang unggul, malah berupaya melahirkan masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana harmonis.
(Diubahsuai daripada rencana “Matlamat Kokurikulum
Tidak Boleh Dipandang Ringan” oleh Idris Ahmad, Pendidik, Bil 13/2005
3.5 Isu pengujian pemahaman
Sejauh manakah penggunaan bahan-bahan ilmiah yang dipetik daripada akhbar dan majalah atau buku teks membantu kemahiran menjawab soalan kefahaman pelajar ?

Setelah menjawab soalan rumusan pelajar mesti menjawab 3 soalan kefahaman berdasarkan petikan rumusan aras pengetahuan - soalan (i), aras pemahaman- soalan (ii) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis soalan (iii).
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata modal insan yang ingin dibangunkan....... [2 markah]
(ii) Mengapakah kegiatan kokurikulum perlu diberikan penekanan di sekolah? [4 markah]
(iii) Anda merupakan pengerusi persatuan di sekolah. Cadangkan langkah-langkah bagi menarik pelajar-pelajar untuk menyertai sesebuah persatuan. [4 markah ]
Ulasan : Soalan satu hanya menguji pengetahuan memberi maksud perkataan mengikut konteks ayat, soalan dua pula pada aras pemahaman dan jawapan boleh didapati di dalam petikan manakala soalan 3 berbentuk aplikasi dan mirip kepada kemahiran berfikir.

Petikan Prosa Klasik
Isu yang dibangkitkan : Sejauh manakah penggunaan bahan sastera moden dan klasik dapat membantu kemahiran membaca pelajar dan menjawab soalan kefahaman dengan tepat ?
Pemilihan bahan sastera genre prosa klasik, puisi tradisional dan drama klasik dalam pengajaran bacaan dan kefahaman akan mendekatkan pelajar kepada perubahan-perubahan sosial yang berlaku di sekitar mereka. Pelajar juga dapat dilatih menganalisis dan membandingkan latar belakang masyarakat atau keadaan-keadaan yang terdapat dalam konteks kefahaman dengan keadaan sebelumnya atau sekarang. Dalam bahan-bahan sastera berbentuk prosa moden dan klasik terdapat gambaran tentang adat istiadat, “world view” dan kebudayaan masyarakat Melayu. Oleh itu, penggunaan bahan-bahan sastera tersebut dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara tidak langsung akan mendekatkan pelajar-pelajar bukan Melayu dengan kebudayaan orang Melayu. Selain itu, penggunaan bahan sastera ini boleh membantu pelajar-pelajar memahami penggunaan sesuatu perkataan dalam konteks yang tepat.
Contoh soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah didengar oleh bayan titah raja itu, maka sahutnya, “Hai, raja besar yang berakal, sempurna bicaranya, duli yang maha mulia, belilah juga patik ini, supaya penyakit duli syah alam ini patik ubati! Insya-Allah Taala nescaya hilanglah penyakit tuanku itu.”
Setelah oleh raja demikian itu maka dibelilah oleh raja dengan harga empat ribu dinar. Setelah sudah maka penyakit sopak raja itu pun diubati oleh bayan itu. Maka penyakit itu pun sembuhlah dengan kurnia Allah Subhanawataala, pulanglah seperti dahulu kala dengan sempurnanya. Maka raja pun terlalu amat sukacita melihat penyakitnya sembuh itu.
Hatta, beberapa lamanya maka bayan itu pun berdatang sembah, “Ya tuanku, jikalau ada ampun kurnia duli syah alam akan patik, mohonlah dilepaskan patik, kerana patik hendak melihat anak bini patik, kerana lamanya sudah bercerai.”
Maka titah raja, “Baiklah, hai bayan budiman!” Lalu dilepaskan baginda akan bayan itu. Maka ia pun terbanglah kembali kepada anak bininya.
Demikianlah hikayat anak bayan yang tiada menurut kata ibu bapanya, dapat juga kesusahan.
(Dipetik daripada Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya,
dalam antologi, Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah burung bayan meminta raja itu membelinya? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah raja itu melepaskan burung bayan yang dibelinya itu?
[ 3 markah]
(iii) Huraikan pengajaran yang cuba disampaikan dalam petikan di atas. [ 4markah]


Ulasan : Soalan 1 dikemukakan pada aras kefahaman, soalan 2 pada aras sintesis dan soalan 3 pada aras penilaian.

Isu : Wajarkah soalan kefahaman yang dibina hanya berdasarkan sebahagian kecil daripada cerita yang asal? ( seperti contoh soalan 3, dua perenggan daripada keseluruhan cerita)
Alasan: Tidak wajar. Pelajar telah belajar sebuah prosa yang mengandungi pelbagai maklumat tetapi hanya disoal berdasarkan 3 soalan yang memerlukan jawapan daripada perenggan cerita yang dipilih. Keadaan ini menggambarkan bahawa jika pelajar tidak belajar keseluruhan cerita tetapi masih dapat menjawab semua soalan kecuali soalan 2 yang meminta pendapat pelajar. Skop pemikiran pelajar telah dikecilkan sedangkan kita berkehendak kepada pelajar yang lebih kreatif dan kritis dalam kemahiran berfikirnya.

3.6 Isu Pengujian Tatabahasa
Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) menjelaskan bahawa tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhadap bahasa itu berdasarkan makna. Antara tokoh penulis tatabahasa bahasa Melayu yang memberi sumbangan besar kepada perkembangan dan pembinaan tatabahasa bahasa Melayu ialah Shellabear (1899) menulis "A practical Malay Grammar", Adam & Butler (1948) menulis "Grammar of the Malay Language", Tandeloo (1901) menulis "Malaisch Grammatica" dan R.O.Winstedt (1913) menulis buku tatabahasa "Malay Grammar". Di Malaysia, "Pelita Bahasa Melayu" karangan Za'ba (1953) adalah buku tatabahasa paling luas digunakan bagi memajukan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebelum ini beliau juga menghasilkan Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926) dan Kitab Pelita Mengarang (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu (1950).

Mengapa tatabahasa harus diuji:

1.Menurut Hussein Mahmood (dalam Azman Wan Chik Editor 1987) ialah:bahasa mempunyai peraturan-peraturan yang tersendiri dan berlainan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain.Di dalam pengujian bahasa bilik darjah,tatabahasa harus mendapat tempat kerana aspek tatabahasa diajar kepada murid murid. Sesuatu ujian yang sah harus penguji jalankan ialah apa yang telah diajar yang terdapat dalam sukatan pelajaran.Oleh kerana ujian bilik darjah lazimnya dianggap sebagai ujian pencapaian, maka segala aspek bahasa yang telah diajar hendaklah diuji, termasuklah aspek tatabahasa.
2.Pengujian aspek tatabahasa ini telah banyak dikaji oleh ahli-ahli pengujian bahasa. Lado (1967) misalnya,telah cuba membahagikan kefahaman bahasa kepada komponen-komponen yang kecil dengan tujuan untuk mencari unsur-unsur yang sama dalam kefasihan bahasa. Beliau berpendapat bahawa bahasa mengandungi unsur-unsur yang terdiri daripada pembolehubah – pembolehubah yang tidak boleh terdiri dengan sendiri,tetapi bersepadu kedalam kemahiran-kemahiran seperti bertutur,mendengar,membaca,menulisdan mungkin juga menterjemahan.
3.Smith dan Berger (1968) sependapat dengan lado,iaitu kemahiran-kemahiran bahasa boleh diasingkan kepada pembolehubah-pembolehubah yang sama. Mereka mengatakan bahawa semua kemahiran menggunakan teras struktur morfologi dan kosakata yang sama. Dari kajian yang dibuat oleh Lofgren (1969), beliau telah mengenal pasti pembolehubah tatabahasa sebagai perubah yang sama bagi mengukur kefasihan bahasa dan dengan memberi beberapa ujian tatabahasa dan kosakata, kita dapati darjah kebolehpercayaan yang tinggi menggred penuntut dalam kemahiran berbahasa. Katanya,kefasihan dalam perpendaharaan kata dan struktur adalah merupakan faktor utama dalam kefasihan bahasa.

Tujuan penilaian tatabahasa
Tujuan penilaian tatabahsa berkai rapat dengan tujuan pengajaran tatabahasa. Penilaian tatabahasa Bahasa Malaysia di peringkat sekolah Menengah rendah adalah untuk menaksir aras kecekapan murid dalam menggunakan berbagai bentuk jenis kata,pola frasa dan ayat untuk melahirkan idea atau perasaan dalam konteks yang sesuai dengan peringkat perkembangan kognitif mereka.Oleh itu sesuatu ujian tatabahasa Bahasa Malaysia seharusnya lebih menitik beratkan kebolehan dalam penggunaan tatabahasa daripada pengetahuan tentang tatabahasa. Hal ini merupakan satu prinsip yang amat penting dalam penilaian tatabahasa Bahasa Malaysia.Perbincangan ujian tatabahasa BahasaMalaysia di peringkat Sekolah Menengah akan lebih menekankan tujuan diagnostik iaitu mengesan kelemahan atau kekurangan khusus dalam penggunaan tatabahasa daripada mengukur aras pencapaian murid. Hasil daripada ujian diagnostik akan menolong guru mengenalpasti kesulitan murid dan merancang tindakan pemulihan yang perlu.

Isunya, adakah pengujian tatabahasa dalam peperiksaan SPM dapat menguji penguasaan tatabahasa pelajar? Isu ini timbul apabila soalan pengujian yang dikemukakan kepada pelajar berbentuk objektif dan hanya satu bahagian yang memerlukan murid membina ayat (soalan 3a). Oleh itu, pengagihan yang dilakukan ini tidak dapat menentukan kemahiran mereka berbahasa dengan menggunakan tatabahasa yang betul dan gramatis. Pembahagian soalan kemahiran tatabahasa peringkat SPM dalam kertas bahasa Melayu 2 ialah :
3a. membina 6 ayat daripada golongan kata yang diberikan,
3b. menganalisis ayat sama ada empat pola ayat dasar, ayat pasif dan aktif, ayat cajap ajuk dan ayat cakap pindah.
3c. mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan bagi setiap ayat yang dikemukakan.
3d. mengenalpasti kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa.


Contoh Ujian
Soalan 3 : Pengetahuan Tatabahasa dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) angkat
(ii) berangkat
(iii) keberangkatan
(iv) mengangkat
(v) mengangkatkan
(vi) angkatan
[6 markah]

(b) Kenal pasti binaan ayat berpola FN+FN dan FN+FK di bawah. Bahagikan subjek dan predikatnya berdasarkan pola ayat tersebut.

(i) Rakyat Malaysia perlu mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
(ii) Sistem pendidikan negara Malaysia akan mampu melahirkan modal insan yang berkualiti.
(iii) Budak perempuan yang comel itu anak gadis Dato’ Zamili.
[6 markah]


(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Para belia merupakan gulungan yang akan meneruskan pemimpin negara pada masa hadapan.

(ii) Pemimpin itu telah mengenengahkan idea yang jitu lagi berenas dalam mesyuarat itu semalam.

(iii) Proses untuk pengitaran bahan-bahan terbuang untuk dijadikan bahan yang bahru dipanggil kitar semula. (6 markah)


(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Anda boleh memakan pelbagai makanan yang lazat di Karina Restoran yang terletak di seberang jalan itu.

(ii) Sudah dua suku jam dia menunggu kawan-kawannya yang tidak kunjung hadir di stesen bas itu.

(iii) Pengacara itu menyampaikan kata-kata aluan atas kedatangan tiba Sultan Perak ke majlis santapan diraja itu.
(6 markah)

Ulasan soalan :

Berdasarkan soalan 3a, 3b, 3c dan 3d , pelajar dinilai dari segi Pengetahuan tatabahasa dan kemahiran bahasa yang menguji hanya sebahagian kecil daripada pengetahuan tatabahasa pelajar dalam peperiksaan SPM. Namun begitu, Pelajar-pelajar yang telah mempelajari banyak rumus-rumus tatabahasa pasti dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam urusan seharian agar dapat menonjolkan keterampilan diri yang bijak berbahasa.


Kesimpulan

Proses pengujian karangan, kefahaman, rumusan, tatabahasa, peribahasa dan komsas perlu dijalankan secara berterusan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar juga perlu didedahkan dengan format peperiksaan PMR atau SPM agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun dan peperiksaan umum. Walau bagaimanapun semua guru perlu kembali kepada matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar mendidik semua pelajar menjadi insan yang cemerlang dalam semua bidang berlandaskan pengetahuan bahasa dan kemahiran berbahasa yang baik .